Upload
sherina-wong
View
749
Download
6
Embed Size (px)
Citation preview
PENGURANGAN STRES KERJA GURU MELALUI KEBERKESANAN KAUNSELING KELOMPOK PEMUSATAN INSAN (HUMANISTIK)
NAMA : SHAHRINA WONG BINTI ZULKEFLI WONGNO.MATRIK : M20102001275
GRU 6014
PENGENALAN
Kecemerlangan pendidikan memainkan peranan penting dalam menjamin mutu pendidikan sesbuah negara. Ia bergantung kepada produktiviti dikalangan ahli –ahli pendidik. Namun, secara amnya,profesion ini banyak mengundang stres dan meninggalkan kesan negatif kepada ahli-ahlinya jika tidak terkawal.
(Chua &Adi ,2002, Brewer & McMahan,2003)
LATARBELAKANG KAJIANStres kerja guru dilihat sebagai satu isu yang serius
dan satu halangan kepada produktiviti kerja yang baik, dimana penyumbang kepada ketidakhadiran,penurunan kualiti kerja,kemurungan, masalah sosial dan keinginan meninggalkan pekerjaan.
Maka, pendekatan kaunseling kelompok melalui kajian eksperimental benar bertepatan tujuan bagi mengatasi stres kerja guru seterusnya meningkatkan kepuasan kerja guru.
PERNYATAAN MASALAHPelbagai kaedah kajian dilakukan dalam
mengurangkan tekanan namun sebahagiannya tidak berkualiti dan mempunyai kelemahan dari segi rekabentuk kajiannya.
Kajian yang baik ialah kajian eksperimen yang berciri saintifik dan hasil keberkesanan rawatan juga dapat diukur.
Corey (2003) berpendapat kaunseling kelompok mempunyai nilai aplikasi yang tinggi, efektif dan menjimatkan masa.
TUJUAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan menguji keberkesanan
rawatan kaunseling kelompok pemusatan
insan dalam pengurangan stres kerja guru
Kajian ini juga bertujuan meningkatkan
kepuasan kerja melalui kaedah eksperimen.
PERSOALAN KAJIANAdakah kaunseling kelompok yang dilaksanakan
dapat mengurangkan tahap stres?Adakah kaunseling kelompok yang dilaksanakan
dapat meningkatkan kepuasan kerja?Apakah tahap stres mempunyai perbezaan
signifikan dengan kepuasan kerja kesan pelaksanaan proses kaunseling?
Adakah tahap stres mempunyai hubungan yang signifikan antara kelompok rawatan dan kelompok kawalan.
HIPOTESIS KAJIANTerdapat perubahan yang signifikan melalui
kaunseling kelompok pemusatan insan diantara mengurangkan tahap stres dan meningkatkan kepuasan kerja.
Terdapat perbezaan kesan rawatan yang signifikan di antara kelompok rawatan pemusatan insan dengan kelompok kawalan dalam ukuran pra ujian dan pos ujian bagi skala tahap tekanan.
KEPENTINGAN KAJIANMelalui kaunseling kelompok pemusatan
insan pendekatan 3 teknik yang digunakan oleh para kaunselor (empati,kongruen dan penerimaan tanpa syarat) dapat mengerakkan potensi diri sebenar klien(guru) seterusnya dapat mengurangkan tahap stres dan akhirnya meningkatkan kepuasan kerja.
Bakal berlaku perbezaan yang signikan antara kelompok kawalan dan rawatan kesan daripada sesi kaunseling kelompok iaitu peningkatan motivasi .
BATASAN KAJIANKajian ini mempunyai dua batasan kajian iaitu batasan terkawal dan
batasan tidak terkawal
Batasan TerkawalKajian hanya dijalankan mengenai tahap kepuasan kerja guru di
sekitar daerah Johor Bahru. Dapatan kajian ini tidak mewakili tahap kepuasan kerja guru di seluruh sekolah di Malaysia. Kajian ini juga menjurus kepada hanya aspek fizikal luaran keseriusan stres tersebut sahaja.
Batasan Tidak Terkawal
Pengkaji mengandaikan bahawa semua subjek kajian dan responden memberikan jawapan secara jujur dan ikhlas dalam menjawab
setiap soalan dan pertanyaan yang telah dikemukakan.
TINJAUAN LITERATUR
Sorotan Literatur Mengenai Tahap Kepuasan Kerja dan pengurangkan stres kerja guru.
Rujukan terhadap kajian lepas Kyriacou (2001) –Tekanan stres bukan sahaja dibawa
di tempat kerja malah kehidupan seharian guru tersebut .
Rujukan terhadap teori Pemusatan Perorangan (Carls Rogers, dimana ia mementingkan kualiti hubungan kaunselor - klien bagi menolong klien dengan corak motivasi (kaunseling kelompok) dan mematangkan klien ke arah kesempurnaan kendiri) bermatlamat kurangkan stres dan tingkatkan prestasi kepuasan kerja.
METADOLOGI KAJIAN Rekabentuk kajian
Kajian berbentuk eksperimental benar dilakukan yang melibatkan
dua kelompok kawalan dan rawatan melalui ujian pra dan pos
secara rawak.
Sampel kajian terdiri daripada 40 orang guru berusia 23 tahun
hingga 50tahun.
Instrumen Kajian
-Soal selidik : Occupation Stress Indicator (OSI)
-Modul Sesi Kaunseling : Modul Kaunseling Pemusatan Insan
( Humanistik Carls Rogers)
Nilai kebolehpercayaan alat kajian diukur melalui kaedah
Cronbach Alpha Koefisien.
KESIMPULANKejayaan prestasi kerja guru berkait dengan
tahap pengawalan stres yang dialaminya.Stres yang berjaya diatasi bakal
meningkatkan kepuasan kerja guru tersebut.Keberkesanan kaunseling kelompok
pemusatan insan mendorong guru mencapai matlamat mengatasi stres. Selain kebergantungan kepada kaunselor,ia juga bergantung kepada subjektiviti setiap ahli kelompok itu sendiri.