15
1 TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES ( SME 3023 ) TUGASAN 2: PENULISAN ILMIAH ( ISU BERKAITAN KUALITI GURU ) Nama : Chan Chew Yen No. Matrik : D20111048273 Kumpulan : B Semester : 8 Pensyarah : Prof. Dr. Marzita Binti Puteh

Penulisan Ilmiah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Penulisan Ilmiah

1

TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR

MATHEMATICAL SCIENCES

( SME 3023 )

TUGASAN 2: PENULISAN ILMIAH

( ISU BERKAITAN KUALITI GURU )

Nama : Chan Chew Yen

No. Matrik : D20111048273

Kumpulan : B

Semester : 8

Pensyarah : Prof. Dr. Marzita Binti Puteh

Page 2: Penulisan Ilmiah

2

Isi Kandungan

Bil Kandungan Muka Surat

1.0 Standard Pengajaran Profesional 1

1.1 Standard Guru Malaysia (SGM) 1

1.2 Isu Berkaitan dengan Standard Pengajaran Profesional 3

1.2.1 Isu Guru Bukan Opsyen 3

1.2.1.1 Kesan Isu Guru Bukan Opsyen 3

1.2.1.2 Langkah Mengatasi Isu Guru Bukan Opsyen 4

2.0 Kualiti Guru 4

2.1 Ciri-ciri Guru Berkualiti 4

2.1.1 Bertindak sebagai Penyebar Ilmu 4

2.1.2 Bertindak sebagai Pembentukan Nilai / Role Model 5

2.1.3 Bertindak sebagai Pengamal Budaya Ilmu 5

2.1.4 Mengamalkan Kemahiran Profesional 5

2.1.5 Mengamalkan Pengajaran Efektif 5

2.2 Akauntabiliti Guru 6

2.2.1 Akauntabiliti Guru terhadap Sekolah 6

2.2.2 Akauntabiliti Guru terhadap Tingkah Laku 6

2.2.3 Akauntabiliti Guru terhadap Pelajar 7

2.2.4 Akauntabiliti Guru terhadap Profesion 7

2.2.5 Akauntabiliti Guru terhadap Komuniti 7

2.3 Isu Berkaitan dengan Kualiti Guru 7

2.3.1 Isu Bebanan Tugas Guru 7

2.3.1.1 Kesan Isu Bebanan Tugas Guru 8

2.3.1.2 Langkah Mengatasi Isu Bebanan Tugas Guru 8

3.0 Pensijilan Guru 9

3.1 Matlamat Kursus Perguruan 9

3.2 Isu Berkaitan dengan Pensijilan Guru 10

3.2.1 Isu Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP)

Dipinggirkan 10

3.2.1.1 Langkah Mengatasi Isu Pelajar Ijazah Sarjana Muda

Pendidikan (ISMP) Dipinggirkan 10

3.2.2 Isu Guru Luar Bidang 10

3.2.2.1 Kesan Isu Guru Luar Bidang terhadap Guru 11

3.2.2.2 Kesan Isu Guru Luar Bidang terhadap Pelajar 11

3.2.2.3 Langkah Mengatasi Isu Guru Luar Bidang 11

4.0 Kesimpulan 12

Bibliografi 13

Page 3: Penulisan Ilmiah

3

1.0 Standard Pengajaran Profesional

Standard Pengajaran Profesional merupakan satu rujukan utama bagi bidang tugas seseorang

guru di mana ia menerangkan tentang perkara yang boleh dilakukan oleh guru serta

menyediakan hala tuju dan struktur untuk menyokong penyediaan dan pembangunan guru

(NSW Institute of Teachers, 2005). Di Malaysia, Standard Guru Malaysia (SGM) disediakan

sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru di institusi latihan perguruan,

pengurus dan pentadbir institusi latihan perguruan, guru besar dan pengetua sekolah serta

agensi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti.

SGM menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru dan keperluan yang

patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai

tahap kompetensi yang ditetapkan.

1.1 Standard Guru Malaysia (SGM)

SGM mempunyai dua komponen utama yang saling berkait iaitu standard dan

keperluan. Standard merangkumi tiga aspek seperti berikut:

a) Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan

Amalan nilai profesionalisme keguruan digubal berlandaskan budaya Institut

Pendidikan Guru (IPG), Tatasusila Profesion Keguruan, nilai murni dalam

kurikulum sekolah, nilai utama dalam perkhidmatan awam, prinsip utama etika

kerja Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Tonggak Dua Belas.

Standard ini mempunyai tiga domain utama iaitu domain diri, domain profesion

dan domain sosial yang perlu dimiliki oleh seseorang guru.

i. Domain Diri

Domain diri merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada

dan patut dikembangkan supaya guru boleh memberi sumbangan yang

lebih berkesan kepada profesion keguruan bagi mencapai matlamat

sistem

pendidikan negara. Nilai-nilai yang difokuskan dalam domain ini

adalah kepercayaan kepada Tuhan, amanah, ikhlas, berilmu, kasih

sayang, sabar, budi bahasa, adil, bertimbang rasa, daya tahan, daya

saing dan tahan lasak, cergas, aktif dan sihat, kemahiran interpersonal

dan intrapersonal, semangat sukarela dan efisien.

Page 4: Penulisan Ilmiah

4

ii. Domain Profesion

Domain profesion merujuk kepada pegangan nilai yang patut

diamalkan secara telus oleh guru dalam menjalankan tugasnya. Nilai-

nilai yang ditekankan dalam domain ini adalah kecintaan terhadap

profesion, berketerampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja

sepasukan, proaktif, kreatif dan inovatif.

iii. Domain Sosial

Domain sosial menerangkan guru berperanan sebagai agen sosialisasi

dan penjana modal insan dalam masyarakat. Nilai-nilai utama yang

patut diamalkan oleh guru adalah keharmonian, kemahiran sosial,

semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap alam

sekitar.

b) Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman

Standard ini memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman

tentang subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum

yang patut ada pada seseorang guru. Guru yang memiliki dan menguasai ilmu

yang mantap dapat meningkatkan profesionalisme keguruan, melaksanakan

tugas dengan cekap dan berkesan serta menjadi lebih kreatif dan inovatif.

Bidang pengetahuan yang patut dikuasai oleh guru adalah seperti yang berikut:

i. Falsafah, matlamat dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam

pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

ii. Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil

pembelajaran dan keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata

pelajaran yang diajarkan.

iii. Kandungan mata pelajaran yang diajarkan.

iv. Kandungan ilmu pendidikan

v. Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), media dan sumber

pendidikan dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum.

vi. Strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

vii. Kaedah pentaksiran dan penilaian serta penyelidikan tindakan untuk

menambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran.

viii. Potensi murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan

bersepadu.

Page 5: Penulisan Ilmiah

5

c) Standard 3: Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran

Standard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan

pembelajaran yang sepatutnya dikuasai oleh seorang guru. Standard ini turut

memfokuskan kebolehan guru untuk membuat perancangan, pelaksanaan dan

penilaian pengajaran dan pembelajaran akademik dan kokurikulum. Semua

guru haruslah mempunyai kemahiran berikut:

i. Kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran

berdasarkan sukatan pelajaran dan takwim dengan mengambil kira

perbezaan kebolehan, pengetahuan sedia ada serta jangkaan pencapaian

murid.

ii. Kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan

menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik serta

mengintegrasikan kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran

teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran pemudah cara serta

kemahiran mentaksir dan menilai.

iii. Kemahiran memantau, mentaksir dan menilai keberkesanan pengajaran

dan pembelajaran yang bertujuan untuk memperbaiki pengajaran guru

dan seterusnya meningkatkan pencapaian murid.

iv. Kemahiran mengurus bilik darjah yang melibatkan pengurusan

hubungan kemanusiaan, masa, ruang dan sumber untuk mencapai

pembelajaran yang bermakna dan berkesan.

1.2 Isu Berkaitan dengan Standard Pengajaran Profesional

1.2.1 Isu Guru Bukan Opsyen

Isu guru bukan opsyen biasanya berlaku di sekolah pedalaman.

Ketidaksepadanan dalam pengagihan guru mengikut opsyen menyebabkan guru

diarahkan untuk mengajar mata pelajaran yang bukan opsyen mereka. Hal ini

menjadikan guru kurang berkeyakinan untuk mengajar akibat pengetahuan yang

kurang tentang mata pelajaran yang diajar dan seterusnya menyebabkan

profesionalisme tidak dapat dicapai.

1.2.1.1 Kesan Isu Guru Bukan Opsyen

Guru menjadi tidak bersemangat apabila ditugaskan untuk mengajar

mata pelajaran yang bukan opsyen mereka. Justeru, pelajar akan

Page 6: Penulisan Ilmiah

6

menjadi kurang bermotivasi untuk belajar dan secara tidak langsung

keputusan mereka menurun. Hal ini bukan sahaja menyebabkan guru

tidak mencapai tahap profesionalisme, malah kerjaya guru akan

dianggap mudah dalam kalangan masyarakat.

1.2.1.2 Langkah Mengatasi Isu Guru Bukan Opsyen

Salah satu langkah untuk mengatasi masalah isu guru bukan opsyen

adalah guru perlu menghadiri kursus seperti kursus profesionalisme

untuk meningkatkan pengetahuan berkaitan pedagogi dan kandungan

mata pelajaran yang diajar. Di samping itu, guru perlu mempunyai

tahap keyakinan yang tinggi walaupun mengajar mata pelajaran bukan

opsyen mereka. Guru juga perlu sentiasa berfikiran positif dengan

menganggap mata pelajaran bukan opsyen mereka sebagai satu cabaran

yang perlu ditempuhi dengan tabah.

2.0 Kualiti Guru

Bagi menghasilkan pendidikan bertaraf dunia, ciri-ciri guru yang berkualiti ialah guru yang

memenuhi keperluan pelajar dalam pelbagai aspek sama ada dari segi pengajaran dan

pembelajaran, sahsiah, kemahiran, kepakaran ataupun pengurusan.

2.1 Ciri-ciri Guru Berkualiti

2.1.1 Bertindak sebagai Penyebar Ilmu

Menurut Ragbir Kaur (2007), guru berfungsi untuk mendidik pelajar dalam

pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran pelbagai disiplin dalam kurikulum

sekolah. Guru haruslah memiliki sifat amanah, komited pada tugas, dedikasi,

ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga bagi menyampaikan ilmu kepada

pelajarnya. Oleh hal yang demikian, guru haruslah mendalami ilmu sebanyak

mungkin agar dapat menyebarkannya kepada para pelajar bagi melahirkan

pelajar yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan

potensi pelajar dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial bagi

mencapai pendidikan bertaraf antarabangsa.

Page 7: Penulisan Ilmiah

7

2.1.2 Bertindak sebagai Pembentukan Nilai / Role Model

Nilai merupakan kriteria penting bagi mengukur mutu sesuatu benda. Guru

harus membentuk pelajar-pelajar untuk memiliki akhlak yang mulia dan nilai-

nilai murni yang tinggi (Ragbir Kaur, 2007). Nilai-nilai yang perlu diterapkan

ialah moral, agama, terminal dan instrumental. Segala nilai dan tingkah laku

guru akan menjadi contoh teladan kepada para pelajar yang seterusnya dapat

diterapkan dalam jiwa pelajar. Menurut Ee Ah Meng (2003), guru yang

beriltizam akan menjadi role model kepada para pelajarnya. Secara tidak

langsung, guru berkenaan akan dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang

positif melalui amalan-amalannya di dalam bilik darjah.

2.1.3 Bertindak sebagai Pengamal Budaya Ilmu

Ragbir Kaur (2007) menyatakan guru sebagai pengamal ilmu perlu

mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca, berfikir, memerhati, berkarya,

bersumbangsaran dan mencari pengalaman baru. Sebagai seorang guru, budaya

ilmu harus dijadikan sebagai kriteria utama dan dipupuk dalam diri supaya

menjadi teladan untuk dicontohi oleh para pelajar. Justeru, budaya ilmu dalam

kalangan guru dan pelajar adalah sejajar dengan salah satu matlamat yang

terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu melahirkan

generasi yang mencintai ilmu pengetahuan dan seterusnya menjadi teras dan

tunjang dalam amalan pendidikan seumur hidup.

2.1.4 Mengamalkan Kemahiran Profesional

Guru merupakan tenaga ikhtisas yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik

pelajar-pelajar di sekolah. Oleh itu, guru yang mempunyai kemahiran

profesional serta kecerdasan emosi yang tinggi memainkan peranan penting

dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya

ilmu dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara agar dapat

membawa pendidikan negara Malaysia ke arah pendidikan yang bertaraf dunia

(Ragbir Kaur, 2007).

2.1.5 Mengamalkan Pengajaran Efektif

Mok Soon Sang (2007) menyatakan ciri-ciri pengajaran efektif adalah dari segi

perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran seseorang guru. Oleh itu,

Page 8: Penulisan Ilmiah

8

guru harus mempunyai kemahiran dalam memilih strategi pengajaran yang

sesuai kerana ia merupakan suatu rancangan untuk melaksanakan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Selain itu, guru juga perlu

mahir dalam penggunaan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai untuk

menyampaikan isi pelajaran bagi menjamin keberkesanan pengajaran serta

pencapaian objektifnya secara optimum.

2.2 Akauntabiliti Guru

Akauntabiliti bermaksud sifat tanggungjawab kepada seseorang atau terhadap sesuatu

tindakan, keputusan serta bersedia memberikan penjelasan dan justifikasi yang

diperlukan. Maka, akauntabiliti keguruan merujuk kepada tanggungjawab guru

terhadap profesion keguruannya. Secara umumnya, akauntabiliti seorang guru

merangkumi akauntabilitinya terhadap sekolah, tingkah laku, pelajar, profesion dan

komuniti.

2.2.1 Akauntabiliti Guru terhadap Sekolah

Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu, guru perlu

bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan oleh pentadbiran sekolah.

Guru haruslah menggunakan kaedah mengajar yang sesuai dengan

perkembangan kognitif pelajar. Guru juga perlu bersifat optimistik dan

menunjukkan minat yang tinggi dalam melaksanakan tugasnya. Justeru, guru

harus mempunyai perhubungan sosial yang baik dengan semua pihak.

2.2.2 Akauntabiliti Guru terhadap Tingkah Laku

Sebagai seorang pendidik, guru perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu

pengetahuan dan menjadi ‘role model’ yang baik kepada para pelajar. Oleh hal

yang demikian, guru haruslah sentiasa menjaga penampilan dirinya dan

melibatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah sahaja. Selain itu, nilai-nilai

murni seperti kejujuran, keikhlasan, keadilan, ketatasusilaan dan belas kasihan

perlu diamalkan oleh seseorang guru di samping mengawal emosinya ketika

mengajar.

Page 9: Penulisan Ilmiah

9

2.2.3 Akauntabiliti Guru terhadap Pelajar

Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik

darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru

juga haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan pelajar

dengan bersedia menyelesaikan masalah mereka secara adil tanpa mengira

bangsa dan agama. Guru hendaklah membimbing dan mengajar pelajar-pelajar

dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang ganjaran dan balasan daripada

mereka.

2.2.4 Akauntabiliti Guru terhadap Profesion

Guru haruslah meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan

berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar. Ini termasuklah memahami

selengkapnya isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dan menyertai

seminar pendidikan seperti kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan

pendidikan dan pihak pentadbiran sekolah. Selain itu, guru perlu mengelakkan

diri daripada membuat sebarang kenyataan negatif tentang profesionnya dalam

media tempatan. Guru juga harus sentiasa bersedia untuk membantu rakan

sejawatnya.

2.2.5 Akauntabiliti Guru terhadap Komuniti

Guru hendaklah tidak menyebarkan ajaran negatif yang boleh merosakkan

kepentingan pelajar, masyarakat dan negara. Guru juga perlu bersopan santun

dan bertingkah laku baik dalam segala aktiviti sosial serta mengambil bahagian

secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. Justeru, guru mestilah

sentiasa menghormati ahli-ahli masyarakat setempat dan tidak mencemarkan

nama baik rakan sejawat.

2.3 Isu Berkaitan dengan Kualiti Guru

2.3.1 Isu Bebanan Tugas Guru

Isu bebanan tugas guru bukanlah perkara baru dalam dunia pendidikan di

Malaysia, namun ia kembali diperkatakan sejak belakangan ini berikutan

bebanan tugas yang berlebihan sehingga bukan sahaja mengganggu tugas hakiki

guru, malah menyebabkan sesetengah guru hidup dalam tekanan kerja. Selain

Page 10: Penulisan Ilmiah

10

terlibat dengan kegiatan kokurikulum serta mengikuti pelbagai jenis kursus,

guru juga terpaksa melakukan tugas pentadbiran dan perkeranian yang banyak

memerlukan penggunaan aplikasi capaian internet. Implikasinya, golongan

pendidik ini tidak dapat memberikan sepenuh komitmen terhadap kualiti proses

pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

2.3.1.1 Kesan Isu Bebanan Tugas Guru

Guru menjadi tidak bersemangat untuk mengajar apabila diberi tugas

yang banyak untuk diselesaikan selain mendidik dan mengajar. Guru

perlu memperuntukkan masa yang banyak untuk merekod pencapaian

pelajar secara atas talian bagi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Oleh sebab capaian internet yang lemah, guru terpaksa berjaga sehingga

jam 3 atau 4 pagi untuk menyelesaikan kerja-kerja PBS. Akibatnya,

guru terpaksa tidur lewat dan bangun awal pagi untuk menjalankan

tugasnya di sekolah. Hal ini secara tidak langsung telah menjejaskan

kesihatan guru.

2.3.1.2 Langkah Mengatasi Isu Bebanan Tugas Guru

Satu jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban

Tugas Guru (JKMIBTG) ditubuhkan untuk mengkaji bebanan tugas

guru. Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia harus mengkaji

semula nisbah guru dan pelajar di samping memperhalusi dan mengkaji

semula setiap tugas yang diberikan kepada guru untuk mengurangkan

bebanan tugas guru. Justeru, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan

Kebangsaan Malaysia (NUTP) ditubuhkan untuk mengambil pembantu

guru atau dikenali sebagai guru kedua yang akan ditempatkan di dalam

kelas yang melebihi 35 orang murid di sekolah rendah dan 40 orang

pelajar di sekolah menengah. Antara rasionalnya adalah NUTP mampu

mengurangkan bebanan tugas guru dan seterusnya menjamin

keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Page 11: Penulisan Ilmiah

11

3.0 Pensijilan Guru

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), pensijilan didefinisikan sebagai pemberian sijil

kepada seseorang atau pihak kerana telah mencapai piawai dan syarat yang ditetapkan bagi

membuktikan barangan yang dikeluarkan adalah berkualiti. Guru pula bermaksud pengajar,

pendidik atau pengasuh dan merupakan pembimbing dalam proses pembelajaran. Secara

ringkasnya, pensijilan guru membawa maksud pemberian sijil kepada seorang guru yang telah

mencapai syarat yang ditetapkan oleh kerajaan dan merupakan guru yang berkualiti.

Kriteria bagi mendapatkan pensijilan guru ialah guru harus mempelajari teknik-teknik

mengajar dan menjalani latihan khas, kemahiran diiktiraf, lulus peperiksaan profesional,

mengutamakan dan bertanggungjawab terhadap pelanggan, mematuhi kod etika dan

mempunyai satu badan bebas yang mengawal kualiti. Seorang guru bukan sahaja perlu

mempunyai ilmu pengetahuan tentang opsyen yang diajar, tetapi juga perlu mengetahui teori

dan teknik-teknik pengajaran yang betul.

Jadual di bawah menunjukkan bilangan guru sekolah rendah dan sekolah menengah di

Malaysia. Jumlah guru lelaki adalah kurang daripada jumlah guru perempuan. Oleh itu,

Kementerian Pendidikan Malaysia harus merangka strategi bagi menarik minat pelajar lelaki

untuk mengikuti kursus perguruan dan seterusnya dapat mengurangkan jurang bilangan guru

lelaki dan perempuan.

Peringkat Lelaki Perempuan Jumlah

Rendah 71523 166550 238073

Menengah 55076 126671 181747

Jumlah 126599 293221 419820

Sumber: Portal Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan (EMIS) sehingga 31 Disember

2014

3.1 Matlamat Kursus Perguruan

Kursus perguruan bermatlamat untuk menghasilkan insan guru yang berwibawa dalam

aspek sahsiah, ilmu pengetahuan, kemahiran ikhtisas, amalan nilai-nilai murni, nilai

keguruan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan

Guru serta perkembangan teknologi.

Page 12: Penulisan Ilmiah

12

3.2 Isu Berkaitan dengan Pensijilan Guru

3.2.1 Isu Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Dipinggirkan

Kehadiran pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dan Kursus

Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) telah menyebabkan pelajar ISMP

dipinggirkan. Hal ini jelas dilihat apabila seramai 5000 orang mahasiswa ISMP

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berdemo untuk mendapatkan jaminan

penempatan sekolah yang sama dengan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)

(Utusan Malaysia, 3 November 2011).

Menurut Berita Harian (20 Disember 2011) pula, Kementerian

Pendidikan telah menyerap 7079 orang GSTT ke jawatan tetap di seluruh negara

selepas menawarkan peluang mengikuti DPLI dalam bidang perguruan di

Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

terpilih. Berikutan ini, seramai 7000 orang lepasan ISMP belum ditawarkan

tempat dan ini menyebabkan ada dalam kalangan mereka menganggur kerana

sukar mendapatkan pekerjaan yang sesuai.

3.2.1.1 Langkah Mengatasi Isu Pelajar Ijazah Sarjana Muda

Pendidikan (ISMP) Dipinggirkan

Bagi mengatasi isu pelajar ISMP dipinggirkan, Kementerian Pendidikan

hendaklah mengeluarkan unjuran penempatan yang lebih tepat dan telus

agar pihak universiti dapat menyediakan jumlah graduan yang

mencukupi. Di samping itu, sistem pengambilan pelajar KPLI dan DPLI

perlu diperkemaskan bagi memastikan pelajar betul-betul berminat

untuk menjadi seorang guru yang bukan sekadar memerlukan kerjaya.

3.2.2 Isu Guru Luar Bidang

Guru luar bidang merujuk kepada guru yang tidak mempunyai kelayakan sijil

atau major dalam mata pelajaran yang diajar. Guru ini dikehendaki mengajar

mata pelajaran lain yang bukan bidang mereka setelah mendapat penempatan

mengikut kekosongan guru mata pelajaran yang terlibat. Oleh hal yang

demikian, guru mengalami masalah untuk mengajar mata pelajaran yang bukan

bidang mereka.

Page 13: Penulisan Ilmiah

13

3.2.2.1 Kesan Isu Guru Luar Bidang terhadap Guru

Guru menjadi kurang berkeyakinan, tidak bersemangat dan malas untuk

mengajar mata pelajaran yang di luar bidang mereka. Hal ini berlaku

kerana guru tidak mempunyai kandungan isi pelajaran yang lengkap

mengenai mata pelajaran yang di luar bidang mereka. Berikutan ini,

guru menjadi tertekan dan secara tidak langsung guru tidak dapat

mengajar dengan berkualiti dan berkesan.

3.2.2.2 Kesan Isu Guru Luar Bidang terhadap Pelajar

Pelajar bukan sahaja berasa bosan dengan isi pengajaran guru, tetapi

juga tidak yakin dengan pengajaran yang disampaikan oleh guru.

Akibatnya, pelajar tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan

mereka. Justeru, pelajar menganggap Matematik adalah satu mata

pelajaran yang susah dan hilang minat terhadapnya.

3.2.2.3 Langkah Mengatasi Isu Guru Luar Bidang

Antara langkah untuk mengatasi masalah isu guru luar bidang adalah

unjuran kekosongan penempatan guru perlu mendapat kerjasama antara

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Institusi Pengajian

tinggi (IPT). Selain itu, umur persaraan bagi pegawai kerajaan harus

dikaji semula untuk memberikan peluang kepada guru yang baru. KPM

juga perlu mengkaji semula penempatan guru mengikut opsyen untuk

mengelakkan lebihan guru.

Page 14: Penulisan Ilmiah

14

4.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melakukan pelbagai perkara untuk

memartabatkan profesion perguruan. Antaranya memberi pengiktirafan kepada Institut

Perguruan Sultan Idris (IPSI) dan menaikkan tarafnya kepada Universiti Pendidikan Sultan

Idris (UPSI) pada 1 Mei 1997. Profesion perguruan adalah merupakan profesion yang sangat

mulia kerana merekalah yang membawa kunci kepada keberhasilan sistem pendidikan negara

kita. Jasa dan sumbangan yang diberikan pendidik untuk melahirkan masyarakat yang berilmu

tidak harus dipandang mudah oleh masyarakat. Usaha Kementerian Pendidikan Malaysia

untuk memartabatkan profesion ini perlu dipandang tinggi. Hal ini demikian kerana tanpa guru,

siapalah kita hari ini.

Page 15: Penulisan Ilmiah

15

Bibliografi

Berita Harian (Disember 20, 2011). 7079 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) ke Jawatan

Tetap.

Bilangan guru di Malaysia (2014). Diperoleh pada Mei 2, 2015 daripada

http://emisportal1.moe.gov.my/emis2/emisportal2/

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007).

Standard Guru Malaysia. Diperoleh pada Mei 2, 2015 daripada

https://lamanbahasa.files.wordpress.com/2010/02/standard-guru-malaysia.pdf