10
SME 3023 TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES GROUP B NAMA NORIYAH NO. MATRIK D20111048242 NAMA PENSYARAH:PROF DR MARZITA PUTEH Markah

Penulisan Ilmiah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Penulisan Ilmiah

SME 3023

TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR

MATHEMATICAL SCIENCES

GROUP B

NAMA NORIYAH

NO. MATRIK D20111048242

NAMA PENSYARAH:PROF DR MARZITA PUTEH

Markah

Page 2: Penulisan Ilmiah

BIL KANDUNGAN

1 1.0 Standard Guru Malaysia

1.1 Penggunaan standard guru Malaysia

1.2 Kerangka Standard Guru Malaysia

2 2.0 Kualiti Guru

2.1 Pengenalan

2.2 Ciri - ciri guru yang berkualiti

2.3 Akauntabiliti Guru

2.4 Cadangan Meningkatkan Kualiti Guru

3 3.0 Pensijilan Guru

3.1 Pengenalan

3.2 Matlamat kursus perguruan

3.3 Isu -Isu pensijilan Guru

Page 3: Penulisan Ilmiah

1.0 Standard Guru Malaysia

Menurut Dato’ Haji Alimuddin Haji Mohd.Dom(2008) menyatakan untuk cemerlang, guru

perlu berfikiran global, bertindak secara sistematik dan efektif, menguasai bidangnya,

mengamalkan etika profesion keguruan dan berpandangan jauh.terdapat tiga standard guru di

Malaysia iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan serta kefahaman dan

kemahiran pedagogi.

1.1 Penggunaan standard guru Malaysia

(a) Guru

Guru yang dimaksudkan adalah guru terlatih yang sedang mengajar di sekolah, guru

terlatih yang sedang mengikut kursus dalam perkhidmatan dan guru pelatih yang

sedang mengikut kursus pra perkhidmatan di institusi latihan perguruan. Golongan ini

boleh memanfaatkan Standard Guru Malaysia sebagai membuat refleksi kendiri dan

mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri.

1.2 Kerangka Standard Guru Malaysia

Standard 1 : Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan

Standard ini mempunyai tiga domain:

(a) Domain diri

Domain ini merujuk kepada nilai pegangan guru yang sedia ada dan patut

diperkembangkan supaya guru boleh memberi sumbangan yang lebih berkesan kepada

profesion keguruan bagi mencapai matlamat sistem pemdidikan negara. Nilai – nilai

yang difokuskan adalah kepercayaan kepada Tuhan, amanah, ikhlas, berilmu, kasih

sayang, sabar, budi bahasa, adil, bertimbang rasa, daya tahan, daya saing, tahan lasak,

Page 4: Penulisan Ilmiah

cergas, aktif, sihat, kemahiran interpersonal dan intrapersonal, semangat sukarela dan

efisien.

(b) Domain Profesion

Domain ini merujuk kepada pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus oleh

guru dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru yang profesional. Nilai – nilai

yang ditekankan dalam domain ini adalah kecintaan terhadap profesion,

berketerampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja sepasukan, proaktif, kreatif dan

inovatif.

( c) Domain sosial

Guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat.

Nilai –nilai utama yang patut diamalkan oleh guru ialah keharmonian, kemahiran

sosial, semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar.

Standard 2 : Pengetahuan dan Kefahaman

Guru yang memiliki dan menguasai ilmu yang mantap dapat meningkatkan

profesionalisme keguruan, melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta menjadi

lebih kreatif dan inovatif. Bidang pengetahuan yang patut dikuasai oleh guru adalah

seperti berikut:

1. Falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam pelaksanaan

pengajaran dan pembelajaran

2. Falsafah, matlamat, objektuif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran, dan

keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarkan.

3. Kandunagn mata pelajaran yang diajarkan

4. Kandungan ilmu pendidikan

Page 5: Penulisan Ilmiah

5. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), media dan sumber pendidikan dalam

pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum.

6. Strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif

7. Kaedah pentaksiran dan penilaian, dan penyelidikan tindakan untuk menambah baik

amalan pengajaran dan pembelajaran.

8. Potensi murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan bersepadu.

Standard 3 : Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran

Kemahiran yang patut ada pada guru :

1. Kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan

sukatan pelajaran dan takwin

2. Kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan

pelbagai kaedah bagi meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

3. Kemahiran memantau, mentaksir, dan menilai keberkesanan pengajaran bertujuan

memperbaik pengajaran guru dan meningkatkan pencapaian murid

4. Kemahiran mengurus bilik darjah, melibatkan pengurusan hubungan kemanusiaan,

masa, ruang, dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang bermakna dan berkesan.

2.0 Kualiti Guru

2.1 Pengenalan

Jemaah nazir sekolah mendefinisikan kualiti sebagai sifat yang cemerlang dan

dikehendaki oleh sesuatu barang atau perkhidmatan. Manakala Darling Harmmond

(2000), menyatakan guru yang berkualiti adalah guru memiliki kelulusan yang tinggi.

Wayne & Youngs (2003) menyatakan guru yang berkualiti mampu memberi impak

Page 6: Penulisan Ilmiah

kepada pencapaian murid.Dapatlah disimpulkan bahawa guru yang berkualiti adalah guru

yang memenuhi keperluan murid dalam pelbagai aspek sama ada dari segi pengajaran dan

pembelajaran(PdP), sahsiah, kemahiran, kepakaran dan pengurusan.

2.2 Ciri - ciri guru yang berkualiti

Ciri-ciri yang perlu ada pada guru adalah sebagai penyebar ilmu, penyebar nilai, pengamal

budaya ilmu, mengamalkan kemahiran profesional dan mengamalkan pengajaran efektif.

Ragbir Kaur (2007) menyatakan bahawa fungsi guru adalah mendidik murid dalam

pelbagai pengetahuan dan kemahiran dalam kurikulum sekolah. Para guru haruslah

memiliki sifat - sifat amanah, dedikasi,komited pada tugas,ikhlas,sanggup berkorban masa

dan tenaga serta mempunyai sikap membantu dan menyampaikan seberapa banyak ilmu

kepada murid muridnya.

Selain itu, guru harus bertindak sebagai pembentukan nilai. Menurut Ragbir Kaur

(2007), menyatakan bahawa guru harus membentuk murid murid dalam memiliki akhlak

yang mulia dna mempunyai nilai niali murni yang tinggi. Nilai nilai murni yang harus

diterapkan adalah agama, moral, terminal dan instrumental. Maka, guru harus mempunyai

sifat dan kualiti peribadi yang baik sebelum menyebarkan nilai kepada murid.

Guru juga harus bertindak sebagai pengamal budaya ilmu. Ragbir Kaur (2007)

menyatakan guru harus mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca, berfikir,

memerhati, berkarya, bersumbang saran dan memncari pengalaman baru. Budaya ilmu

dalam kalangan guru mahupun murid adalah sejajar dengan salah satu matlamat falsafah

pendidikan kebangsaan iaitu melahirkan generasi yang mencintai ilmu dan pengetahuan,

seterusnya menjadi teras dalam amalan pendidikan seumur hidup.

Guru juga perlu mengamalkan pengajaran efektif. Pengajaran efektif terbahagi

kepada tiga iaitu perancangan pengajaran, penilaian pengajaran dan pelaksanaan

Page 7: Penulisan Ilmiah

pengajaran. Cohn ( 1987) menyatakan bahawa mengenal pasti objektif pengajaran,

membuat refleksi dan menggunakan kaedah pengajaran yang bersesuaian. Mok Soon Sang

( 2002) menyatakan guru berperanan dalam menganalisis objektif dan kandungan,

menentukan keperluan pelaksanaan. Yap, Wan, dan Ismail ( 1985) dalam kertas kerja

oleh Profesor Dr. Saedah Siraj menyatakan penilaian dalam PdP adalah aktiviti untuk

mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian objektif PdP.

2.3 Akauntabiliti Guru

Akauntabiliti guru bermaksud tanggungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab

terhadap sesuatu. Guru mempunyai akauntabiliti terhadap negara, terhadap program

pendidikan, terhadap murid dan ibu bapa serta terhadap diri sendiri.

(a)Isu kualiti Guru

Isu kebocoran kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR) menjadi topik

hangat pada tahun 2014. Segala-galanya bermula apabila murid UPSR pada tahun ini

diminta untuk menduduki semula kertas peperiksaan berkenaan kerana didapati bocor

yang dilakukan oleh segelintir pihak yang tidak amanah melalui aplikasi telefon pintar. Isu

ini telah mencemarkan imej pendidikan negara.

(b) Isu Profesionalisme Guru

Perlaksaan dasar Melindungi Masa Instruksional (MMI) memberi reaksi berbeza daripada

guru - guru sehingga memaksa untuk National Union Of The Teaching Profession

Malaysia (NUTP) bertindak memperjuangkan permasalahan yang timbul di peringkat

guru dan sekolah. Muncul juga kenyataan kontroversi daripada pihak tertentu mengenai

profesionalisme guru seperti guru tidak bersemangat untuk mengajar dan murid ponteng

kerana pengajaran guru membosankan.

Page 8: Penulisan Ilmiah

2.4 Cadangan Meningkatkan Kualiti Guru

Antara tindakan yang dapat meningkatkan kualiti guru

a) Pelaksanaan program praktikum

b) Program pembangunan insan guru

c) Penambahbaikan proses pemilihan dan pengambilan pelajar program PSIMP.

3.0 Pensijilan Guru

3.1 Pengenalan

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke – 4, Pensijilan adalah pemberian sijil kepada

seseorang kerana telah mencapai piawai dan syarat yang ditetapkan bagi membuktikna

barangan yang dikeluarkan berkualiti.Manakala maksud guru adalah pengajar atau

pendidik. Jadi, dapatlah disimpulkan bahawa pensijilan guru adalah pemberian sijil

kepada seseorang guru yang telah mencapai syarat yang ditetapkan oleh kerajaan dan

merupakan guru yang berkualiti.

3.2 Matlamat kursus perguruan

Matlamat kursus perguruan adalah untuk melahirkan guru yang berwibawa dari segi

aspek sahsiah, ilmu pengetahuan, kemahiran ikhtisas, amalan murni, nilai keguruan

selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan perkembangan teknologi. Antara

amalan nilai murni yang dipupuk melalui kursus perguruan adalah baik hati, jenaka,

sabar, bertanggungjawab, yakin dan kepimpinan.

Page 9: Penulisan Ilmiah

3.3 Isu -Isu pensijilan Guru

(a)Ismp Dipinggirkan

Dalam Utusan Malaysia yang bertarikh 3 November 2011 menyatakan bahawa

Seramai 5000 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) berdemi untuk

mendapatkan jaminan yang sama dengan penempatan Guru Sandaran Tidak Terlatih

(GSTT). Dalam Berita Harian yang bertarikh 20 Disember 2011 menyatakan

Kementerian Pelajaran telah menyerap 7,079 GSTT ke jawatan tetap di seluruh negara

selepas menawarkan peluang mengikuti kursus DPLI dalam bidang perguruan di

Institut Pendidikan Guru Malaysia dan IPTA terpilih.

Cadangan

Cadangan yang pertama bagi mengatasi isu ini adalah kementerian pelajaran

hendaklah mengeluarkan unjuran yang lebih tepat dan telus agar pihak universiti dapat

menyediakan jumlah graduan yang mencukupi dan sistem KPLI dan DPLI diperkemas

bagi memastikan pelajar betul – betul berminat menjadi seorang guru.

Page 10: Penulisan Ilmiah

Bibliografi

Yahya Don, Azizah Sarkowi & Yaakob Daud (2014). Pembentukkan dan peningkatan

kualiti guru di Malaysia. Sintok : Universiti Utara Malaysia.