Upload
abdol-rahim
View
9.656
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN : MEMPERTINGKATKAN
PENGUASAAN SEBUTAN DAN PERBENDAHARAAN KATA BAHASA INGGERIS
MENGGUNAKAN SIMULASI WATAK (ROLE PLAY SIMULATION)
KPR5063 : KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
KUMPULAN : E
AHLI KUMPULAN :
NORAZURA BINTI YAHYA L20101006102
NOR HASLINA BINTI ROSLI L20101006101
NOR AMIRA BINTI NOOR ALI L20101006107
ABDOL RAHIM BIN AHMAD L20101006103
DISEDIAKAN UNTUK:
PROF.MADYA HJ.ABD LATIF BIN HJ. GAPOR
1
1.0 PENGENALAN
Kumpulan kami telah membuat kajian tindakan berkaitan pencapaian akademik Bahasa
Inggeris ke atas pelajar SMK Selayang Bharu, Selangor iaitu sebuah sekolah di daerah
Gombak. Kami telah memilih tingkatan 2 Silikon yang seramai 30 orang sebagai sampel kajian
kami. Isu yang hendak dikaji ialah pencapaian pelajar dalam Bahasa Inggeris (B.I). Pemerhatian
di lakukan semasa sesi pembelajaran B.I berlangsung. Di dapati bahawa pelajar di dalam kelas
tersebut tidak memberi perhatian sepenuhnya terhadap mata pelajaran tersebut dan tidak dapat
menguasai B.I dengan baik. Setelah tamat waktu pembelajaran, kami telah bersemuka dengan
guru mata pelajaran tersebut dan bertanyakan tentang pencapaian akademik B.I bagi kelas
berkenaan. Selain itu, kami juga meminta rekod pencapaian seperti ujian bulanan peperiksaan
setengah tahun. Berdasarkan rekod yang di perolehi, didapati bahawa pencapaian pelajaran B.I
kelas 2 Silikon amat tidak memuaskan. Oleh itu, untuk menaikkan prestasi pelajar kami
merangka satu pelan tindakan yang bernama Simulasi Watak (Roleplay) supaya pelajar 2 Silikon
meminati untuk belajar matapelajaran B.I. iaitu dengan menarik minat pelajar untuk memahirkan
sebutan perkataan dan menguasai perbendaharaan kata dalam Bahasa Inggeris.
2.0 PERNYATAAN MASALAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Selayang Bharu ini merupakan salah sebuah sekolah
yang terletak di Selangor merupakan antara sekolah yang berada di luar bandar. Berdasarkan
rekod pencapaian mata pelajaran B.I di salah sebuah kelas di sekolah berkenaan, didapati
bahawa tahap pencapaian mata pelajaran tersebut adalah sangat rendah. Ramai pelajar yang
gagal di dalam ujian B.I bulanan dan pertengahan tahun. Mereka tidak menyedari kepentingan
B.I merupakan mata pelajaran yang amat penting bukan sahaja di sekolah malah ia penting
selepas alam persekolahan dan ia perlu diaplikasikan di dalam setiap aspek termasuk semasa di
peringkat pengajian tinggi.
Berdasarkan pemerhatian kami, terdapat dua fenomena yang memberikan sumbangan
kepada gred pencapaian pelajar yang merosot iaitu bagi ujian bulanan dan tahunan merosot dari
50.% kepada 40% sahaja. Pertama, guru hanya mengajar untuk mereka lulus peperiksaan
2
semata-mata tetapi tidak dari aspek menanam minat pelajar untuk meminati B.I. Kedua,
disebabkan pengajaran guru yang kurang berkesan sehingga membosankan pelajar.
3.0 RASIONAL KAJIAN
Rasional utama kajian ini dijalankan adalah kerana B.I merupakan mata pelajaran yang
paling penting. Ini adalah kerana B.I merupakan bahasa antarabangsa seantero dunia. Ia akan
diaplikasikan apabila pelajar tamat alam persekolahan iaitu semasa belajar diperingkat universiti
kerana bahasa yang digunakan semasa sesi kuliah adalah dalam B.I. Sekiranya pelajar sudah
menguasai bahasa ini pada peringkat pengajian maka dengan secara tidak langsung memudahkan
pelajar tersebut untuk mendapatkan pekerjaan memandangkan semua syarikat swasta mahupun
kerajaan memerlukan pekerja yang mahir dalam B.I.
Secara rasionalnya kajian ini dijalankan adalah kerana pelajar bagi kelas akhir Sek Men
Keb Selayang Bharu (2Silikon) mendapat keputusan ujian B.I sangat rendah. Ini akan memberi
impak yang negatif terhadap pelajar dan sekolah itu sendiri. Apabila kajian ini dibuat secara
rasionalnya dapat membantu pihak sekolah dalam membendung masalah ini agar semua pihak
terlibat agar sedar betapa pentingnya peningkatan pencapaian B.I.
3
4.0 FOKUS KAJIAN
Kami akan memfokuskan kajian kami kepada kemahiran sebutan dan perbendaharaan
kata agar pelajar dapat melancarkan bacaan dan menigkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Ini
kerana kebanyakan pelajar tidak dapat membaca Bahasa Inggeris dengan lancar sekaligus
menyebabkan pelajar berasa bosan untuk mempelajari B.I. Secara langsung akan memberi kesan
pada markah peperiksaan B.I.
5.0 OBJEKTIF KAJIAN
5.1 Objektif am
Meningkatkan pencapaian pelajar (markah) bagi subjek pendidikan Bahasa Inggeris.
5.2 Objektif Khusus
i. Untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Inggeris
ii. Untuk meningkatkan perbendaharaan kata
iii. Membantu pelajar menguasai kemahiran menyebut perkataan
iv. Menbantu pelajar mengusai kemahiran belajar kendiri apabila ketiadaan guru
v. Membantu guru mempelbagaikan kaedah pengajaran di dalam kelas
4
6.0 METODOLOGI KAJIAN
6.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini akan dilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan seperti model
berikut:
Langkah 1 : pengenalpastian isu dan masalah
Langkah 2 : Perancangan Tindakan
Langkah 3 : Pelaksanaan Tindakan
Langkah 4 : Pemerhatian dan Menganalisis Data
Langkah 5 : Refleksi dan Penilaian
6.2 Kumpulan Sasaran
Kajian ini akan melibatkan seramai 30 orang pelajar tingkatan 2 Silikon di
Sekolah Menengah Kebangsaan Selayang Bharu, Selangor.
6.3 Instrumen Kajian
Tinjauan masalah
Tinjauan masalah dilakukan dengan mengutip data dan mendapatkan maklumat
dalam kelas yang terlibat. Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah akan dibuat
berdasarkan temubual dengan guru Bahasa Inggeris, rekod markah ujian bulanan, temu
bual, soal selidik kepada pelajar dan pemerhatian
a) Temubual dengan Guru Bahasa Inggeris
Penyelidik mendapat maklumat daripada temubual bersama tenaga pengajar, iaitu
Pn. Anisah yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi kelas 2 Silikon dan
mendapati biasanya murid tidak mendapat markah penuh atau mendapat markah rendah
dalam subjek Bahasa Inggeris. Guru Bahasa Inggeris ini kecewa kerana pencapaian
5
rendah pelajar dalam subjek tersebut. Ini merupakan satu kerugian kepada pelajar. Antara
punca yang menyebabkan pelajar tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik
adalah :-
i. Pelajar tidak mahir sebutan dan perbendaharaan kata serta ejaan dalam
Bahasa Inggeris.
ii. Tidak bermula dari peringkat asas iaitu dari peringkat sekolah rendah
iii. Pelajar tidak mahir tatabahasa
iv. Pelajar tidak biasa membaca maklumat dalam Bahasa Inggeris
b) Rekod markah ujian bulanan
Penyelidik telah mendapatkan rekod markah ujian bulanan yang lepas bagi subjek
Bahasa Inggeris daripada guru pendidikan Bahasa Inggeris. Tujuan rekod markah ujian
ini adalah untuk melihat pencapaian pelajar sebelum ini, dan bagi mengesahkan
kebanyakkan pelajar tidak mendapat markah tinggi pada peperiksaan Bahasa Inggeris
pada ujian bulanan dan peperiksaan pertengahan tahun.
6
c) Soal selidik
Penyelidik telah memberikan borang soal selidik kepada pelajar. Ini bertujuan
untuk mengetahui sebab pelajar mendapat markah yang rendah dalam sebutan dan
pembendaharaan kata untuk subjek Bahasa Inggeris. Berikut adalah borang soal selidik
yang diberikan:
1. Tidak setuju 2. Setuju
Bi
l
Pernyataan Tidak Setuju Setuju
1. Saya tidak lancar menyebut perkataan atau apa-apa bacaan
menggunakan Bahasa Inggeris.
2. Saya tidak ada masa untuk menyebut dan meningkatkan
perbendaharaan kata Bahasa Inggeris
3. Saya tidak berminat untuk menyebut dan meningkatkan
perbendaharaan kata Bahasa Inggeris.
4. Saya sentiasa mengulangkaji topik perbendaharaan kata
dalam Bahasa Inggeris.
5. Subjek Bahasa Inggeris merupakan subjek yang mudah
kerana melibatkan sebutan dan perbendaharaan kata.
6. Saya sangat meminati subjek Bahasa Inggeris
7
Analisis soal selidik
Jadual: Graf soal selidik berkaitan pandangan pelajar berkenaan subjek Bahasa Inggeris.
Di dapati ramai pelajar bersetuju dengan pernyataan negatif yang dikemukan dalam soal
selidik yang disediakan.. pernyataan bagi nombor 1 iaitu saya tidak lancar menyebut
perkataan atau apa-apa bacaan menggunakan Bahasa Inggeris iaitu seramai 20 orang dan item
ketiga iaitu saya tidak berminat untuk menyebut dan meningkatkan perbendaharaan kata
Bahasa Inggeris pula sebanyak 21 orang. Bagi pernyataan no.6 pula sebanyak 23 orang
pelajar telah bersetuju bahawa mereka sangat meminati subjek Bahasa Inggeis.Ini juga
membuktikan dan mengesahkan sama dengan hasil dapatan daripada temubual penyelidik
dengan guru Bahasa Inggeris.
8
d) Pemerhatian
Pemerhatian akan dilakuakan ke atas tingkah laku murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlangsung sebelum dan selepas kajian. Penyelidik
menggunakan borang check list yang menyenaraikan tingkah laku murid semasa proses
P&P berlangsung. Hasil dapatan secara keseluruhan dapat memberi gambaran sebenar
sikap pelajar terhadap sesi P&P B.I berlangsung.
bil kelakuan Pelajar
baris 1
Pelajar
baris 2
Pelajar
baris 3
Pelajar
baris 4
Pelajar
baris 5
1. Berbual dengan rakan di
sebelah
2. Tidur
3. Mengganggu rakan
disebelah
4 Menjawab soalan yang
diajukan oleh guru
5. Bertanyakan soalan di
luar topik yang diajar
Senarai tingkah laku dipilih setelah penyelidik terlebih dahulu telah bertanya kepada
guru terbabit mengenai tingkah laku pelajar yang paling ketara sering dilakukan oleh
pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
9
e) Ujian Pra
Sebelum menggunakan kaedah Simulasi Watak (Role Play), penyelidik
terlebih dahulu akan mengadakan ujian Pra untuk melihat atau mengesahkan
pelajar tidak mendapat markah yang tinggi dalam ujian bahasa Inggeris
6.4 Metod Analisis
a) Temubual: Analisis secara perbincangan tentang keputusan pelajar dan kaedah
pengajaran guru tersebut.
b) Rekod markah ujian bulanan: Analisis markah pelajar
c) Soal selidik: Analisis tentang pandangan pelajar mengenai subjek Bahasa Inggeris
d) Ujian pra: Analisis markah pelajar
e) Pemerhatian : analisis secara perbincangan tentang tindakan tindak balas pelajar
semasa pengajaran di dalam kelas
7.0 STRATEGI TINDAKAN YANG DICADANGKAN
7.1 Simulasi Watak (Roleplay)
Ada banyak kaedah-kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh guru untuk mejadikan
pengajaran seseorang guru itu lebih menarik, berkesan dan sebagainya. Kaedah-kaedah itu
terletak di atas satu kontinum yang melibatkan murid-murid belajar secara langsung.
Di antara kaedah-kaedah yang ada ialah seperti kaedah syarahan, bercerita, projek,
simulasi, demonstrasi dan sebagainya. Disini penulis hanya akan membincangkan tentang
kaedah simulasi.
10
Kaedah simulasi.
Simulasi adalah suatu pengajaran yang sangat berkesan. Pengunaan kaedah simulasi
membolehkan para guru mencapai objektif pembelajaran dari segi isi kandungan, konsep,
kemahiran dan sikap. Kaedah simulasi ini juga boleh memperbaiki kesihatan mental dan
memudahkan kreativiti1.
Simulasi ini adalah juga suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan
sengaja diwujudkan sama dengan situasi yang sebenar. Tujuannya ialah untuk menjalankan
latihan demi untuk menyelesaikan masalah2.
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, kaedah simulasi
digunakan untuk membolehkan para pelajar berlatih sendiri aktiviti lakonan dalam keadaan yang
teratur dan terkawal dengan tujuan mengemukakan cara penyelesaian untuk satu-satu masalah
yang ditimbulkan, yang mana masalah-masalah yang ditimbukan itu melibatkan satu kajian yang
rumit,masalah disiplin atau peristiwa-peristiwa yang berlaku di alam sekitar seperti di kedai,
jalan raya, pasar, sekolah dan sebagainya.
Jenis-jenis simulasi.
Kaedah simulasi ini ada dua. Dua jenis yang biasa di gunakan dalam aktiviti
pembelajaran di dalam bilik darjah. Dua jenis yang di maksudkan ialah sosio drama dan main
peranan.
Sosiodrama.
Sosiodrama adalah merupakan satu aktiviti lakonan yang menarik, ianya adalah
berdasarkan sesuatu cerita yang menggambarkan sesuatu situasi atau isu berkonflik, mempunyai
perwatakan yang menentang sosial. Oleh kerana sosiodrama adalah merupakan aktiviti lakonan
yang berdasarkan cerita yang lengkap pada kebiasaannya skrip lakonan akan di sediakan lebih
awal agar ianya dapat di fahami, di baca, dan membuat persediaan oleh pelajar-pelajar yang
dipilih untuk melakonkan ssuatu watak yang di berikan oleh guru.
11
Main Peranan.
Main peranan adalah merupakan satu lakonan yang spontan yang melibatkan sekumpulan
pelajar tanpa menggunakan sebarang skrip, ianya adalah merupakan lakonan yang berdasarkan
kepada satu masalah yang timbul pda ketika itu. Biasanaya, di dalam aktiviti main peranan
pelajar membayangkan situasi yang timbul dan kemudian mereka melakonkan sitiasi yang di
bayangkan tadi dengan secara sepontan.
Aktiviti main peranan ini bermula daripada suatu situasi yang direka dan ditimbulkan
oleh guru. Sebelum mengadakan aktiviti main peranan ini pada kebiasaannya keterangan yang
ringkas mengenai objektif lakonan dan watak-watak yang terlibat dalam situasi ini akan
dihuraikan oleh guru. Setelah menerangkan secara ringakas tadi baharulah guru memilih sesiapa
yang berminat untuk melakonkan situasi tersebut. Oleh kerana aktiviti main peranan ini
merupakan satu lakonan yang di lakukan secara spontan masa yang di berikan hendaklah pendek
sahaja iaitu sekitar 5-7 minit sahaja. Setelah selesai penilaian hendaklah dibuat di dalam bilik
darjah.
Prinsip-prinsip menggunakan simulasi.
Jika hendak menggunakan kaedah simulasi ini di dalam bilik darjah dengan berkesan maka guru
haruslah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip berikut terlebih dahulu:-
1-Guru hendaklah merancang situasi yang bermasalah dan mewujudkannya secara
bertulis atau lisan di dalam kelas.
2- Sebelum menjalankan aktiviti lakonan, peneranagan yang ringkas tentnag masalah,
peranan watak-watak dan tempoh masa sesi simulasi hendaklah diberikan.
3- Pilih pelajar-pelajar yang telah mahir dalam peraturan sebagai pelakon. Ini akan
menjamin aktiviti lakonan dapat dijalankan dengan lancar.
4- Bagi sosiodrama, skrip lakonan hendaklah disediakan dan diedarkan kepada mereka
12
yang dipilih untuk terlebih dahulu.
5- Jika perlu, sediakan alatan seperti topeng-topeng untuk pelakon.
6- Semasa sesi simulasi, pastikan para pelajar yang lain menjadi penonton benar-benar
menumpukan perhatian terhadap aktiviti lakonan itu
7- Selepas sesi simulasi, guru hendaklah meminta mereka memberi pandangan tentang
cara penyelesaian masalah seperti yang ditunjukkan dalam lakonan.
8- Suatu rumusan harus dicapai melalui perbincangan di antara pelajar pada akhir waktu
pelajaran.
Tujuan-tujuan simulasi.
- Untuk menguasi kemahiran : simulasi melatih bertutur secara spontan melalui aktiviti
lakonan. Ianya juga melatih murid kemahiran menyusun ayat dan menggunakan
sebutan yang tepat.
- Untuk membina pemikiran secara analitis dan kritis : semasa menjalankan aktiviti
lakonan, murid-murid harus berfikir dan menyusun ideanya secara teratur untuk
menggambarkan cara penyelesaian yang di lakukan.
- Untuk membina sikap positif : melalui simulasi yang di lakonkan, konflik sosial itu
dapat diselesaikan. Sikap atau tingkah laku yang negatif akan dapat diubah dan sikaf
yang positif akan dapat dibentuk dan dipupuk.
- Untuk mengaitkan isi pelajaran dengan aspek afektif: melalui aktiviti lakonan
berdasarkan isi pelajaran pendidikan moral, murid-murid dapat menghayati nilai-nilai
dan sikap orang lain.
13
- Untuk membawa situasi yang sebenar ke dalam bilik darjah : misalnya, untuk
menjelaskan konsep demokrasi murid-murid boleh melakonkan sebagai pengundi-
pengundi dalam situasi pilihanraya yang direka.
- Untuk mempelbagai aktiviti pembelajaran : simulasi meruakan suatu teknik mengajar
tambahan yang juga boleh membantu murid-murid mempertingkatkan penguasaan
kemahiran bahasa dengan berkesan.
Kelebihan simulasi.
-Memberi peluang kepada murid memikirkan cara penyelesaian secara spontan dalam
situasi bermasalah yang diwujudkan.
-Murid-murid dapat mempertingkatkan kemahiran pertuturan mereka.
-Simulasi merupakan satu teknik pembelajaran yang menarik dan seronok, dan
membawa kepada suasana pembelajaran yang berkesan.
-Murid-murid dapat dilatih berlakon dengan gaya yang betul.
-Mereka akan dilatih untuk menghadapi situasi bermasalah yang sebenar.
-Selain menggalakkan interaksi di antara murid-murid, ianya juga memberi kesempatan kepada
murid-murid untuk menghayati nilai-nilai moral yang baik, seterusnya mengubah sikap negatif
dan membina sikap positif.
-Dengan menggunakan teknik simulasi, banyak situasi di luar bilik darjah dapat
ditunjukkan dalam bilik darjah.
-Secara tidak langsung,bakat lakonan murid dapat diasah.
Perlaksanaan aktiviti simulasi.
Perlaksanaan simulasi ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu: peringkat sebelum simulasi,
14
peringkat perlaksanaan simulasi, dan peringkat selepas simulasi.
Peringkat sebelum simulasi.
- Objektif pembelajaran.Guru hendaklah menentukan objektif pembelajaran yang
hendak dicapai.
- Kemahiran.Guru mengenal pasti kemahiran yang akan menjadi fokus.
- Penyerapan nilai.Guru menentukan jenis penilaian yang akan didunakan.
- Penilaian.Guru menentukan jenis penilian yang akan digunakan dalam simulasi.
- Pengukuhan dan pengayahan.Guru perlu memikirkan jenis aktiviti pengukuhan dan pengayaan.
- Alatan.Guru memastikan bahawa semua alatan yang dipelukan telah disediakan
Peringkat perlaksanaan simulasi.
- Adakan set induksi untik menarik minat murid Bacakan arahan dengan jelas.
- Pecahkan kelas kepada beberapa kumpulan.
- Edarkan kad arahan kepada murid yang mengambil bahagian.
- Minta murid cuba memahmi tugas yang diberikan kepada mereka.
- Setiap kumpulan menjalankan simulasi berkenaan.
- Murid yang lain akan mencatatkan dan memerhatikan aktiviti simulasi yang diadakan.
15
- Diakhir simulasi penilaian dijalankan
Peringkat selepas simulasi.
- Guru berbincang dengan murid tentang masalah yang dikemukakan.
- Menulis laporan tentang masalah itu.
- Menulis semula dialog yang digunakan dalam simulasi.
- Menyediakan carta aliran bagi menjelaskan konsep yang ditonjolkan.
Perlaksanaan sesi main peranan.
Perlaksanaan sesi main peranan juga memuatkan tiga peringkat iaitu peringtak sebelum sesi
main peranan, peringkat semasa main peranan, dan peringkat selepas main peranan
Peringkat sebelum main peranan.
- Guru menentukan tajuk yang sesuai untuk sesi main peranan.
- Guru memaklumkan apa yang perlu dilakonkan.
- Guru memilih peserta serta berbincang dengan murid tentang watak yang ditentukan.
- Guru menentukan murid-murid lain sebagai pemertahi. Guru memberitahu aspek-
aspek yang perlu diberi perhatian.
Peringkat semasa sesi main peranan.
- Perbincangan dijalankan sama ada dalam kumpulan atau secara kelas.
16
- Lakonan semula diadakan jika perlu untuk memperbaiki aspek-aspek lakonan yang
tertentu.
Peringkat selepas sesi main peranan
Guru menjalankan perbincangan dengan murid-murid. Dia (guru) akan menenyakan
kelas (murid-murid) tentang siapa yang paling aktif, siapa yang menjalankan main
peranan dengan baik dan siapa pula yang pasif.
- Guru memberikan taklimat semula dengan tujuan:
-Menganalisis kesan main peranan,
-Membaiki kelemahan jika ada,
-Menerangkan apa yang berlaku dalam keadaan sebenar,
-Membantu murid membuat renungan dan mengembangkan satu-satu
kemahiran.
-Membantu murid-murid membuat rumusan tentang perlakuan mereka dalam
main peranan.
Langkah-langkah perlaksanaan main peranan.
- Reka situasi secara terperinci dan teratur sebelum diperkenalkan kepada murid-murid.
- Adakan perbincangan dengan murid tentang situasi ini.
- Terangkan peranan kepada murid-murid yang terlibat.
17
- Pilih murid-murid yang terlibat secara suka rela.
- Berikan masa untuk mereka membincangkan tentnag masalah yang ada.
- Pemerhati-pemerhati hendaklah menulis nota tentnag watak-watak agar dapat mereka
membuat pandangan tentang peranan itu disampaikan.
- Setelah selesai sesi main peranan, peniaian pesrta hendaklah dibuat.
- Sebahagian daripada main peranan boleh diulangi serta dibaiki sekiranya ada
kekurangan dan jika perlu.
- Sekiranya ada emosi yang sukar untuk dikawal cubalah tukar peranan pelakon.
- Wujudkan suasana kebebasan serta keselamatan.
Bermacam-macam kaedah yang ada didalam pengajaran itu tetapi tidak semua kaedah
sesuai untuk semua mata pelajaran yang ada. Kaedah simulasi ini adalah salah satu kaedah yang
boleh digunapakai agar dapat menaikkan minat para pelajar untuk menumpukan perhatian
mereka pada pelajaran mereka.
Selain daripada itu simulasi watak boleh dilaksanakan dengan cara pelajar disediakan
sampul yang mempunyai kad bergambar mengandungi watak yang akan dilakonkan oleh
mereka. Sebelum watak tersebut dilakonkan, pelajar akan diminta untuk mencari maklumat
berkenaan watak tersebut. Sebagai contoh, pelajar mendapat kad bergambar doktor. Mereka
perlu menyenaraikan perkataan yang memerihalkan tentang watak tersebut seperti pekerjaan,
pakaian, tugas, lokasi dan sebagainya (apa sahaja) dalam sumbangsaran. Pelajar tersebut akan
berkongsi dengan pelajar lain hasil dapatan mereka dengan menceritakan semula apa yang telah
diperolehi. Pelajar tersebut akan melakonkan watak tersebut dengan bantuan watak lain dan guru
bagi melatih penggunaan bahasa.
18
8.0 JADUAL PERLAKSANAAN KAJIAN
BIL AKTIVITI TARIKH PERLAKSANAAN
1. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data 26 Julai 2010
2. Menulis proposal Kajian 31 Julai 2010
3. Merancang Tindakan 5 Ogos 2010
4. Melaksanakan Tindakan
1. Mengumpul maklumat
Temu bual
Pemerhatian
Soal selidik
Strategi tindakan yang dicadangkan mula
dijalankan
2. Menjalankan ujian Pra
9 Ogos 2010 - 30 September 2010
9 Ogos 2010
9 Ogos 2010
9 Ogos 2010
11 Ogos 2010
30 September 2010
19
9.0 KOS KAJIAN
Bil Jenis Bahan Kuantiti x harga seunit Jumlah kos
1. Kertas A4 1 x RM12.00 RM12.00
2. Print RM0.30 x 25 Set RM 7.50
3. Fofostat bahan RM50
JUMLAH RM 69.50
10.0 PENUTUP
Kajian ini diharap dapat membantu murid-murid dalam mempertingkatkan penguasaan
B.I mereka. Melalui kajian ini, pelajar dibimbing untuk menyebut sesuatu perkatan dengan betul.
Sesi pengajaran ini diharap akan diteruskan walaupun tempoh kajian ini berakhir. Dengan
adanya program seperti ini, diharapkan pelajar 2 Silikon dapat meningkatkan minat mereka
untuk mempelajari B.I. sekaligus melonjakkan penguasaan B.I dengan baik walaupun ada
kelemahan dalam penguasaan tatabahasa. Oleh itu, pihak guru yang terlibat diharap dapat
meningkatkan minat pelajar terhadap penguasaan B.I. dan bukan semata-mata lulus dalam
peperiksaan serta sebagai seorang guru harus memberi sokongan kepada pelajar untuk
mempelajari B.I. walaupun guru tersebut bukan khusus dalam subjek tersebut.
20
BIBLIOGRAFI
Abdul Rahim Osman (1994). Kanak-kanak Melayu Mundur : Keturunan Atau Persekitaran.
Isu Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Adnan Kamis (1985) Pertalian Antara Sikap Pelajar Mata Pelajaran Dan Kaitannya
Dengan Pencapaian Akademik., Jurnal Pendidikan :UKM, 17-36.
Alis Putih (2008)’Kajian Tindakan Di Sekolah, Satu Pengenalan. , Jitra : Pure Honey Enterprise.
Ee Ah Meng (1997). Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Erwin Tripp (1994). Language Acquisation And Communicative Choice. Stanford
University Press.
Fathman A. K. (1995). Variables Affecting The Successful Learning Of English As A Second
Language. New York : Tesol Quarterly.
Hassan Al. (1996). Mendidik Anak Pintar Cerdas. Kuala Lumpur : Utusan Publication
And Distributors Sdn. Bhd.
Ibrahim Saat (1995). Isu Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jumali Ismail (1992). Sikap, Motivasi Dan Pencapaian Dalam pembelajaran Bahasa Inggeris
Sebagai Bahasa Kedua Di Kalangan Pelajar Melayu. Jurnal Dewan Bahasa. 11 : 1071 -
1080.
Jumrang Mendeng (2004). Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Matematik Dalam
Bahasa Inggeris. Tinjauan Persepsi Pelajar 3 Buah Sekolah Daerah Kota Kinabalu,
Sabah. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.
21
Kamaruddin Hussin (1999). Psikologi Bilik Darjah : Asas Pedagogi. Kuala Lumpur :
Utusan Publication And Distributors Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang (1994). Psikologi Pendidikan 2. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.
Othman Lebar (2009), Modul Kajian tindakan.
Sinari Mohd Eunos (2003). Persepsi Pelajar Terhadap Pengajaran Guru Dalam Mata Pelajaran
KHB KBSM. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.
Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor (2008). Psikologi Pendidikan
Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Tajul Ariffin Ahmad (1998). Pendidikan Suatu Pemikiran Semula. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tarmizi Amran (2003). Penguasaan Bahasa Inggeris Di Kalangan Pelajar Tahun 4 SPA Fakulti
Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.
Tuckmen dan Blair (1998). Factor Associated With Pupil : Attitudes Towards Mathematics In
Negerian Primary School. Research Technological Mathematics Education. 33 : 247 -
255.
Widad Othman (1998). Kaedah Mengajar Lukisan Kejuruteraan. Universiti Teknologi
Malaysia : Tesis Sarjana Muda.
22