42
CHAPTER 3 Perkembangan kognitif dan bahasa

Psikologi pendidikan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

perkembangan kognitif dan bahasa

Citation preview

Page 1: Psikologi pendidikan

CHAPTER 3

Perkembangan kognitif dan bahasa

Page 2: Psikologi pendidikan

DEFINISI : PERKEMBANGAN

Perubahan tertentu yang berlaku bersifat kualitatif, tersusun, berperingkat dan berterusan pada diri manusia yang melibatkan aspek-aspek fizikal, emosi, sosial dan kognitif.

Page 3: Psikologi pendidikan

ASPEK-ASPEK PERKEMBANGAN

1. Fizikal – perubahan fizikal / luaran2. Emosi – perubahan personaliti3. Sosial – cara pergaulan individu dengan

orang lain4. Kognitif – pemikiran / cara berfikir

Perkembangan secara ringkasnya berhubung kait dengan pertumbuhan dan kematangan.

Page 4: Psikologi pendidikan

PERTUMBUHAN ATAU PERKEMBANGAN

Aspek Pertumbuhan Perkembangan

Fizikal Pertumbuhan fizikal seperti saiz, berat dll.

Bertambah kemahiran menggunakan anggota.

Emosi / Sahsiah

Perasaan seronok, gembira, sedih , takut.

Kemahiran mengawal perasaan dalam situasi tertentu.

Sosial Meluaskan pergaulan dengan orang lain / bermasyarakat.

Kemahiran menyesuaikan diri dalam pergaulan.

Kognitif Bertambah keupayaan berfikir.

Berkembangnya kemahiran menggunakan perkataan dan bahasa, mengira serta lebih matang dari segi pemikiran.

Page 5: Psikologi pendidikan

PRINSIP PERKEMBANGAN

Merupakan suatu proses yang berlaku secara teratur, berperingkat dan berterusan.

Kadar pertumbuhan adalah berbeza bagi setiap individu.

Kematangan : perubahan yang berlaku secara semulajadi dan spontan

Page 6: Psikologi pendidikan

Lateralisasi – pengkuhususan kepada dua bahagian otak iaitu kiri dan kanan

Rajah 1 : Fungsi otak kanan dan kiri (sumber: triewolz.wordpress.com)

Page 7: Psikologi pendidikan

KEBOLEHAN ASAS DALAM PEMIKIRAN

1. Organisasi- proses menyusun atur maklumat dan pengalaman ke dalam sistem / kategori tertentu- Piaget menamakan ia sebagai skema (kategori persepsi / pengalaman)

Page 8: Psikologi pendidikan

KEBOLEHAN ASAS DALAM PEMIKIRAN

2. Adaptasi - proses menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran.- ia melibatkan asimilasi dan akomodasi.

3. Keseimbangan - pencarian keseimbangan mental

antara skema kognitif dan maklumat dari persekitaran (equilibration)

Page 9: Psikologi pendidikan

ASIMILASI

Menyesuaikan maklumat baru dalam skema yang sedia ada

Page 10: Psikologi pendidikan

AKOMODASI

Mengubahsuai skema sedia ada atau membentuk idea baru sebagai tindakbalas kepada maklumat yang baru.

Page 11: Psikologi pendidikan

JEAN PIAGET

Dilahirkan di Neuchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896

Meninggal dunia pada 16 Sept 1980

Anak sulung kepada pasangan Arthur Piaget dan Rebecca Johnson

Berkahwin dengan Valentine Chatenay

Mempunyai 3 orang anak

Mula menulis ketika berumur 11 tahun iaitu berkenaan “albino sparrow”

Mempunyai ijazah Ph.D dalam bidang Biologi tetapi lebih berminat kepada psikologi.

Page 12: Psikologi pendidikan

JEAN PIAGET DAN KELUARGA

Page 13: Psikologi pendidikan

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF : JEAN PIAGET (1896 – 1980)

Membahagikan perkembangan kognitif kanak-kanak kepada 4 peringkat:

1. Peringkat deria motor (sensorimotor stage)2. Peringkat praoperasi (preoperational thought

stage)3. Peringkat operasi konkrit (concrete

operational stage)4. Peringkat operasi formal (formal operational

stage)

Page 14: Psikologi pendidikan

PERINGKAT DERIA MOTOR ( 0 – 2 TAHUN)

Menggunakan deria motor untuk berinteraksi dan memahami persekitarannya

Selepas 2 bulan dilahirkan, seorang bayi sudah boleh membezakan objek di sekitarnya.

Umur 4 – 8 bulan, bayi mempunyai koordinasi di antara penglihatan dan sentuhan.

Page 15: Psikologi pendidikan

Umur 1 tahun, sudah menyedari objek lain sekitarnya.

Umur 1 – 2 tahun, kanak-kanak cuba menggunakan pelbagai skema untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Akhir umur 2 tahun, kanak-kanak mula belajar bahasa dan lambang yang mudah serta cuba belajar mengaitkan perkataan dengan objek-objek disekitarnya.

Page 16: Psikologi pendidikan

KEBOLEHAN KOGNITIF KANAK-KANAK PERINGKAT DERIA MOTOR

FIZIKAL KOGNITIF

•Daripada aksi refleks kepada aksi bermatlamat

•4 bulan – mencapai objek

•6 bulan – duduk bersendirian

•8 bulan – berdiri dengan bantuan

•Gigi mula tumbuh

•12 bulan – berjalan

•berlari

•mula menggunakan imitasi, memori dan pemikiran

•Konsep pengekalan objek – menyedari objek wujud walaupun tidak boleh dilihat atau didengar.

•2 tahun – boleh terlibat dengan permainan membayangkan sesuatu seperti menggunakan kasut sebagai telefon.

Page 17: Psikologi pendidikan

PERINGKAT PRAOPERASI( 2 – 7 TAHUN)

Kanak-kanak boleh menggunakan bahasa dan simbol untuk menggambarkan sesuatu konsep.

Apabila mencapai 4 tahun, kanak – kanak boleh bertutur dengan fasih dan menggunakan bahasa yang dikuasainya.

Pada peringkat ini, pemikiran kanak-kanak adalah berbentuk egosentrik (menganggap pengalaman dan pandangan orang lain serupa dengan mereka).

Page 18: Psikologi pendidikan

Hanya boleh berfikir transduktif iaitu contoh khusus kepada contoh khusus sahaja. Tetapi mereka tidak boleh memikirkan secara:

Deduktif ( daripada umum kepada contoh khusus)

Induktif (daripada contoh khusus kepada umum

Pada peringkat ini, kanak-kanak berupaya memberi sebab untuk menyokong kepercayaan mereka, boleh mengelaskan objek mengikut ciri tertentu.

Page 19: Psikologi pendidikan

KEBOLEHAN KOGNITIF KANAK-KANAK PERINGKAT PRAOPERASI

FIZIKAL KOGNITIF

•Mengayuh basikal

•Mengguna gunting

•4 tahun- menaiki tangga, membaling dan menendang bola

•Melompat tali

•Mengayuh basikal tanpa sokongan

•Mengumpulkan objek mengikut fungsi•Mengumpulkan objek mengikut bentuk dan warna•Belum menguasai pengekalan isipadu, saiz, panjang, pendek dan proses kebalikan.•Berumur 7 tahun – berfikir logik satu hala•Egonsentrik – menghadapi masalah orang lain•Animisme – memberi sifat hidup pada benda dan peristiswa•Pemusatan – melihat sesuatu dari satu perspektif sahaja

Page 20: Psikologi pendidikan

PERINGKAT OPERASI KONKRIT(7 – 12 TAHUN)

Berdasarkan pemerhatiannya, Piaget mendapati egosentrik kanak-kanak mula luput secara beransur-ansur dari umur 7 tahun – 12 tahun.

Mereka mula memahami konsep transformasi, menguasai proses pembalikan dan mengamati proses songsangan.

Mereka juga boleh mengelas, menyusun dan membezakan objek-objek. Memahami aritmetik asas, jisim, panjang, sifat transitif dan proses matematik.

Page 21: Psikologi pendidikan

Mereka juga sudah boleh memikir secara induktif dan deduktif serta dapat menguasai konsep masa dan kelajuan.

Bagaimanapun, keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepada konkrit sahaja.Oleh itu, mereka tidak dapat menyelesaikan masalah kompleks seperti:

“A lebih panjang daripada B; B lebih pendek daripada C; Yang manakah adalah paling pendek sekali?

Page 22: Psikologi pendidikan

KEBOLEHAN KOGNITIF KANAK-KANAK PERINGKAT OPERASI KONKRIT

FIZIKAL KOGNITIF

•Kemahiran 3 M (membaca, menulis, mengira)

•Psikomotor halus lebih baik

•Psikomotor kasar lebih cekap

•Akil baligh untuk kanak-kanak perempuan dan lelaki perkembangan bentuk badan

•Pengekalan kuantiti, berat,pepejal dan isipadu

•Pelbagai strategi menyelesai masalah konkrit

•Menerima pandangan orang lain – tidak egosentrik

•Memahami perkaitan situasi

•Faham proses kebalikan

•Tumpuan perhatian lebih lama

•Berfikiran objektif

Page 23: Psikologi pendidikan

PERINGKAT OPERASI FORMAL (SELEPAS UMUR 12 TAHUN – 16 TAHUN)

Perkembangan kognitif bermula dari umur 12 tahun dan mencapai kemuncak sehingga akhir umur 16 tahun.

Remaja boleh berfikir secara abstrak dan menyelesaikan masalah yang sukar.

Boleh berfikir secara induktif dan deduktif.

Page 24: Psikologi pendidikan

Boleh menggunakan simbol-simbol matematik untuk menggambarkan konsep yang abstrak, mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain menggunakan logik.

Membolehkan remaja menyelesaikan masalah operasi songsang seperti berikut tanpa wujudnya andaian konkrit:

8 – 4 = 44 + 4 = 8

Page 25: Psikologi pendidikan

KEBOLEHAN KOGNITIF KANAK-KANAK PERINGKAT OPERASI FORMAL

FIZIKAL KOGNITIF

•Akil baligh untuk kanak-kanak lelaki – berlaku perkembangan dalam bentuk badan dan organ-organ

•Kanak-kanak mencapai had ketinggian maksima

•Mencapai bentuk badan dewasa

•Permulaan operasi formal

•Kebolehan membuat pemikiran hipotetikal dan deduktif

•Boleh menyelesaikan masalah konkrit dan abstrak secara logik

•Aplikasi prinsip penyelesaian masalah

•Struktur mental bertambah

•Berminat tentang isu identiti dan masalah sosial

Page 26: Psikologi pendidikan

KEKUATAN TEORI PIAGET Banyak membantu kanak-kanak

menggunakan kognitif dalam kehidupan seharian mereka

Perkembangan paling penting adalah penggunaan bahasa

Berasaskan 3 fenomena mental iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan

Page 27: Psikologi pendidikan

IMPLIKASI TEORI KOGNITIF PIAGET Guru harus fokus pada proses pemikiran pelajar

dan bukan hanya kepada hasil atau produk akhir untuk memastikan pelajar telah mengalami proses berfikir yang betul.

Menggalakkan pelajar memainkan peranan penting dan melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran.

Menentang idea menjadikan pemikiran kanak-kanak seperti orang dewasa.

Berpegang teguh jika kanak-kanak menerima pengajaran “premature” sedangkan belum mencapai tahap kematangan tertentu, kesannya lebih buruk dari tiada pembelajaran (Johnson,1982)

Page 28: Psikologi pendidikan

KELEMAHAN TEORI PIAGET

Teori Piaget tidak mampu menerangkan struktur, proses dan fungsi kognitif dengan jelas

Ada pengkritik yang mempertikaikan kebenaran wujudnya empat peringkat perkembangan kognitif yang disarankan oleh Piaget

Dari segi metodologi, pengkritik mempertikaikan kaedah klinikal yang digunakan dalam kajian Piaget di mana kajian dengan kaedah klinikal sukar untuk diulang.

Page 29: Psikologi pendidikan

VYGOTSKY

• Nama sebenar ialah Lev Semenovich Vygotsky

• Dilahirkan pada tahun 1896 dan meninggal dunia pada tahun 1934)

• Psikologis berbangsa Yahudi-Rusia. Beliau juga seorang guru dan sarjana sastera.

• Beliau telah menulis buku tentang ‘Pemikiran dan Bahasa' dan ‘Fikiran Masyarakat'.

Page 30: Psikologi pendidikan

LATAR PENDIDIKAN Pendidikan awal daripada ibunya sendiri yang

merupakan seorang guru dan mempunyai seorang tutor peribadi yang bernama Solomon Ashpiz.

Beliau meneruskan pengajian sekolah menengahnya di sebuah sekolah persendirian.

Menamatkan pengajian sekolah menengahnya dengan anugerah medal emas.

• Beliau menamatkan pengajian di Moscow State University pada 1917

• Selepas itu, bekerja di beberapa tempat. Antaranya ialah Institut Psikologi pada pertengahan 1920 dan di beberapa pusat pendidikan di Moscow, Lerningrad dan Kharkow di mana beliau bekerja keras menyatakan ideanya tentang perkembangan kognitif.

Page 31: Psikologi pendidikan

4 PRINSIP PENTING DALAM PEMBELAJARAN

Anak-anak membina pengetahuan dari konteks sosial ke konteks individu

Perkembangan pengetahuan tidak dapat dipisahkan daripada konteks sosial

BAHASA memainkan peranan penting dalam pembelajaran memandangkan ianya adalah salahsatu alat budaya

Teori Zon Perkembangan Terhampir

Page 32: Psikologi pendidikan

BAHASA

Menurut Vygotsky, perkembangan kognitif adalah hasil daripada proses-proses atau aktiviti berbahasa

Kanak-kanak belajar tentang persekitaran dan penyelesaian masalah daripada orang-orang sekeliling mereka melalui bahasa

Peranan bahasa:

Menerangkan dan menyampaikan pelbagai maklumat dan pengetahuan yang ada dalam masyarakat dan budaya kepada kanak-kanak

Menjadi alat atau kaedah penyelesaian masalah iaitu ditunjukkan oleh orang dewasa dan dicontohi atau diikuti oleh kanak-kanak.

Page 33: Psikologi pendidikan

BAHASA

Pada peringkat permulaan , fikiran dan bahasa berkembang secara terpisah dan saling mempengaruhi.

Bahasa berkembang tanpa fikiran dan sebaliknya ianya berlaku sehingga kanak-kanak berumur 2 tahun.

Pada umur 2 tahun, fikiran dan bahasa mula berkait dimana kefahaman bahasa berkembang dan bahasa dijadikan sebagai alat bantuan dalam membuat penaakulan.

Page 34: Psikologi pendidikan

ZON PERKEMBANGAN TERHAMPIR

TERATAS*dapat dicapai

dengan bantuan individu yang

lebih mahir dari dirinya

Zone of Proximal Development

*tahap yang perlu dikenal pasti untuk menentukan tindakan

pengajaran

TERBAWAH*dapat dicapai dengan daya usaha sendiri. Pengetahuan

sedia ada.

Tahap perkembangan sebenar :

Penyelesaian masalah secara bersendirian oleh kanak-kanak tanpa sebarang bantuan.

Tahap perkembangan potensi :

Apa yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak dengan bimbingan orang dewasa.

Page 35: Psikologi pendidikan

SCAFFOLDING(TEMPORARY STRUCTURE)

Konsep bimbingan dalam proses pembelajaran Satu struktur yang menyokong satu struktur

yang lain. Apabila struktur yang baru itu sudah kuat/ lengkap dan boleh berdiri sendiri, struktur sokongan itu akan dibuang.

Bimbingan diberi ketika mempelajari kemahiran baru namun dikurangkan hingga boleh menguasai sesuatu kemahiran

Perbualan & Interaksi adalah sebagai proses bimbingan

Selain guru, rakan sebaya juga boleh memberi pengaruh dalam perkembangan pembelajaran

Page 36: Psikologi pendidikan

PERBANDINGAN TEORI VYGOTSKY DAN TEORI PIAGET

  Vygotsky Piaget

Konteks Sosiobudaya

Penekanannya kuat Penekanannya sedikit

Kontruktivisme Kontruktif Sosial Kontruktif kognitif

Penilaian Tahap Tidak ada penilaian mengikut tahap yang umum diusulkan

Penekanannya kuat pada beberapa penilaian tahap;sensorimotor (0–2 tahun)praoperasional (2–7 tahun)operasional konkrit (7–11 tahun)operasional formal (11 tahun - dewasa)

Proses kunci Zon Perkembangan Proksimal, bahasa, dialog, alat-alat budaya

Skema, asimilasi, akomodasi, operasi, konservasi, klasifikasi, pemikiran hipotetis- deduktif

Page 37: Psikologi pendidikan

PERBANDINGAN TEORI VYGOTSKY DAN TEORI PIAGET

Vygotsky Piaget

Peranan bahasa Sangat penting, bahasa memiliki peranan kuat dalam menajamkan pemikiran

Bahasa memiliki peranan minimal; kognisi secara penuh mengarahkan bahasa

Pandangan terhadap pendidikan

Pendidikan menjadi perananan penting dalam membantu anak mempelajari alat-alat budaya

Pendidikan hanya menyempurnakan ‘keahlian’ kognitif anak yang telah muncul sebelumnya

Implikasi pengajaran

Guru adalah fasilitator dan pembimbing, suatu pengetahuan tidak hanya didapat oleh anak itu sendiri melainkan mendapat bantuan dari masyarakat persekitarannya juga.

Juga berpandangan bahwa guru adalah fasilitator dan pembimbing bukan direktur, memberikan dukungan kepada anak menjelajahi dunianya sendirian dan membentuk gambaran realitinya sendirian

Page 38: Psikologi pendidikan

IMPLIKASI TEORI VYGOTSKY KE ATAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Penilaian perlu difokuskan untuk menentukan Zon Perkembangan Proksimal setiap kanak-kanak. Guru perlu meberi latihan yang berbeza kesukaran untuk menentukan tahap bimbingan yang sepatutnya diberi.

Objektif perlu pada tahap kesukaran yang lebih tinggi daripada pencapaian pelajar ketika itu. Guru membantu bila diperlukan.

Menggalakkan bantuan daripada rakan sebaya yang sudah mahir.

Kawal dan galakkan kanak-kanak bercakap sendiri semasa menyelesaikan sesuatu masalah.

Beri arahan yang bermakna. Seboleh-bolehnya kaitkan pengajaran dengan kehidupan seharian. Kurangkan penghafalan, bimbing pelajar mengaplikasi pengetahuan kepada pengalaman sebenar.

Page 39: Psikologi pendidikan

PERKEMBANGAN BAHASA

Page 40: Psikologi pendidikan

APA ITU BAHASA?

Berkomunikasi Menyampaikan maklumat Warisan sesebuah bangsa Dipelajari dari persekitaran Gabungan perkataan

Page 41: Psikologi pendidikan

PERINGKAT PERKEMBANGAN BAHASA

KATEGORI PERKEMBANGAN

Dalam kandungan ibu

Beberapa kajian yang telah dijalankan menyatakan bahawa janin boleh mendengar suara ibunya semasa di dalam kandungan

0 – 3 bulan bayi berkomunikasi dengan cara membuat pelbagai bunyi

4 – 12 bulan bayi berkeupayaan untuk mengenal perkataan yang didengari dari sekeliling mereka.

1 – 2 tahun boleh memberi respon dengan satu perkataan

2 – 5 tahun sudah mula pandai untuk menggabungkan beberapa perkataan untuk menjadi satu ayat

Page 42: Psikologi pendidikan