5
SAHSIAH WAJA DIRI (RESILIENCE) DEFINISI SAHSIAH WAJA DIRI Keupayaan seseorang untuk menjana aspek biologikal, psikologikal dan sosial bagi menangani, menyesuaikan diri dan menguatkan dirinya apabila menghadapi risiko persekitaran seperti, gejala sosial, kemiskinan dan kecacatan fizikal. Keupayaan ini akan menyebabkan seseorang individu itu bangkit (bouncing back) daripada kegagalan/keperitan/ dalam kehidupan. Risiko kehidupan yang dihadapi oleh seseorang tidak menunjukkan kesan yang negatif dalam dirinya malah menjadikan diri mereka lebih berjaya dari yang sebelumnya. FAKTOR PELINDUNGAN (PROTECTIVE FACTOR) a) FAKTOR DALAMAN (INTERNAL FACTOR) 1) EFIKASI KENDIRI (SELF EFFICACY) - Kepercayaan/persepsi terhadap keupayaan/kecekapan diri seseorang untuk menyempurnakan tugasan dan/atau mencapai matlamat. 2) ESTIM KENDIRI (SELF ESTEEM)

Sahsiah waja diri

  • Upload
    nazri15

  • View
    1.256

  • Download
    2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Sahsiah waja diri

SAHSIAH WAJA DIRI (RESILIENCE)

DEFINISI SAHSIAH WAJA DIRI

Keupayaan seseorang untuk menjana aspek biologikal, psikologikal dan sosial bagi

menangani, menyesuaikan diri dan menguatkan dirinya apabila menghadapi risiko

persekitaran seperti, gejala sosial, kemiskinan dan kecacatan fizikal.

Keupayaan ini akan menyebabkan seseorang individu itu bangkit (bouncing back) daripada kegagalan/keperitan/ dalam kehidupan.

Risiko kehidupan yang dihadapi oleh seseorang tidak menunjukkan kesan yang negatif dalam dirinya malah menjadikan diri mereka lebih berjaya dari yang sebelumnya.

FAKTOR PELINDUNGAN (PROTECTIVE FACTOR)

a) FAKTOR DALAMAN (INTERNAL FACTOR)

1) EFIKASI KENDIRI (SELF EFFICACY)

- Kepercayaan/persepsi terhadap keupayaan/kecekapan diri seseorang untuk menyempurnakan tugasan dan/atau mencapai matlamat.

2) ESTIM KENDIRI (SELF ESTEEM)

- Kepercayaan/persepsi terhadap nilai/harga diri seseorang.

3) KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH (PROBLEM SOLVING SKILLS)

- kebolehan seseorang menganalisa keadaan/situasi bermasalah dan kemudiannya membentuk satu model penyelesaian yang boleh diapplikasikan untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Page 2: Sahsiah waja diri

4) AUTONOMI KENDIRI (SELF AUTONOMY)

-Seseorang yang memberikan diri mereka ruang untuk menguruskan sesuatu matlamat/tugasan secara bersendirian tanpa bergantung dengan orang lain.

5) PENJURUSAN TUJUAN

- Fokus seseorang terhadap sesuatu objektif ataupun matlamat yang

hendak dicapai.

- memberikan fokus daripada segi kaedah, tatacara dan pendekatan dalam mencapai

matlamat ataupun objektif yang menjadi fokus samada jangka pendek atau jangka panjang.

6) KESEDARAN KRITIKAL (CRITICAL AWARENESS)

- Kesedaran kritikal merujuk kepada seseorang itu menyedari tentang potensi yang ada pada dirinya dan juga cabaran yang mendepaninya secara kritis dan reflektif.

b) FAKTOR LUARAN (EXTERNAL FACTOR)

1) MASYARAKAT-. Masyarakat merupakan kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat yang tertentu dengan budaya dan norma tertentu.

- Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil (peer group) merupakan anggota dalam sesebuah masyarakat.

- Jaringan erat wujud dalam kalangan ahli masyarakat tersebut khususnya melalui hubungan bersemuka atau maya.

2) KELUARGA

- Pengaruh keluarga yang negatif : daripada keluarga yang berpecah belah/yang

ketiadaan ibu bapa/kemiskinan/bilangan adik beradik ramai.

Page 3: Sahsiah waja diri

- Pengaruh keluarga yang positif :tempat bergantung/tempat menumpahkan kasih

sayang/ menerima contoh dan teladan/ ahli masyarakat yang lebih aktif dan dinamis.

3) RAKAN SEBAYA

- Rakan Sebaya juga ialah berpengaruh positif: bersama dalam pelbagai aktiviti yang membawa kepada kebaikan dan matlamat atau dalam kata lain mempunyai minat yang sama.

- Rakan Sebaya boleh memberi pengaruh yang negatif : boleh mempengaruhi dalam bentuk yang negatif/ kejahatan/gejala sosial.

FAKTOR RISIKO

1) KEMISKINAN

- Ketidakmampuan seseorang untuk menyediakan/mendapatkan sesuatu kehendak atau keperluan samada dari segi rohani mahupun jasmani. Kemiskinan bukan hanya tertumpu pada aspek kebendaan semata-mata tetapi harus dilihat dari segi ekonomi, pendidikan, sosial, politik, agama dan budaya.

- Kemiskinan sebagai pendorong untuk mereka bangkit dan meningkatkan waja diri mereka.

2) GEJALA SOSIAL

- Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif,anggota

masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan

struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara.

- Gejala sosial boleh menjadi penyuntik semangat untuk seseorang membina sahsiah waja diri.

3) PERSEKITARAN

Page 4: Sahsiah waja diri

- Persekitaran adalah merupakan suasana sosial dan fizikal di sekeliling seseorang itu.

- Persekitaran yang positif akan mempertingkatkan sahsiah waja diri seseorang, manakala persekitaran yang negatif selalunya akan menjadi faktor penolak seseorang itu untuk tidak mempunyai sahsiah waja diri.