5
www.alraufi.blogspot.com 17 ﺍﻟ MUNYATUL MUSOLLI (Cita-Cita Orang Yang Bersembahyang) 06 SUNAT AB’ADH DAN SUNAT HAIAH Sunat Ab’adh (ﺍﺑﻌﺎﺽ) Dan sunat sembahyang ab’adh itu, yakni yang dijabarkan ( ﺩﺟﱪ ﻛﻦ- ditampalkan) dengan sujud sahwi ( ﺳﻬﻮﻯ) sama ada sembahyang fardhu atau sembahyang sunat, delapan: Pertama: Tasyahhud awal, Keduanya: Duduknya (tasyahhud awal), Ketiga: Membaca qunut, Keempat: Berdiri baginya (membaca qunut), Kelima: Membaca solawat atas Nabi j kemudian daripada qunut, Keenam: Solawat atas Aali ( - keluarga Nabi j) kemudian daripada tasyhhud akhir, Kedelapannya: Solawat atas Aali, kemudian daripada qunutnya. Maka sekalian itu, manakala ia meninggalkan satu-satunya, maka sunat dijabarkan dia dengan sujud sahwi, dua sujud pada akhir sembahyangnya, dahulu daripada salam, sudah membaca solat (solawat) dan doa tasyahhud. Sunat Haiah ( ﻫﻴﺌﻪ) Adapun sunat haiahnya, yang tiada dijabarkan dengan sujud sahwi itu, amat banyak: 1. Setengahnya, hendaklah diangkatkan dua tangannya serta permulaan takbir taharrumnya (ﲢﺮﻡ) berbetulan tapak tangannya dengan bahunya dan hujung anak jarinya (berbetulan) dengan cuping telinganya yang di atas dan dua ibu tangannya (berbetulan) dengan cuping telinganya. Kemudian diturunkan keduanya, ditaruh di bawah dadanya dan digenggamkan tangan kanan pada pergelangan tangan kiri, kesudahan hantarnya dengan kesudahan takbirnya bersama-sama, atas yang dimuktamad pada Syarah Muhazzab ( ﺷﺮﺡ ﻣﻬﺬﺏ) dan Syarah Wasith (ﺷﺮﺡ ﻭﺳﻴﻂ). 2. Dan setengahnya, membaca doa iftitah kemudian daripada takbiratul ihram. Sekurang akmalnya: ﻼﹰ ﹶﺻ ﺓﹰ ﻭ ﹾﺮ ﺎﻥﹶ ﺍﷲ ﺍ، ﻭ ﻛﹶﺜ ﹾﺤﺍﻟ ﺍ، ﻭ ﻛﹶﺒﹺﻴ ﹾﺒ ﹶﻛ ﺍﷲ(“Allah Maha Besar dengan kebesaranNya, segala puji bagi Allah dengan sebanyak-banyaknya dan Maha Suci Allah pagi dan petang.”)

sunat ab'adh dan sunat haiah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: sunat ab'adh dan sunat haiah

www.alraufi.blogspot.com

17

منية المصليMUNYATUL MUSOLLI(Cita-Cita Orang Yang Bersembahyang)

06 SUNAT AB’ADH DAN SUNAT HAIAH

Sunat Ab’adh (ابعاض)

Dan sunat sembahyang ab’adh itu, yakni yang dijabarkan ( كندجرب - ditampalkan) dengansujud sahwi (سهوى) sama ada sembahyang fardhu atau sembahyang sunat, delapan:

Pertama: Tasyahhud awal,Keduanya: Duduknya (tasyahhud awal),Ketiga: Membaca qunut,Keempat: Berdiri baginya (membaca qunut),Kelima: Membaca solawat atas Nabi j kemudian daripada qunut,Keenam: Solawat atas Aali ( - keluarga Nabi j) kemudian daripada tasyhhud akhir,Kedelapannya: Solawat atas Aali, kemudian daripada qunutnya.

Maka sekalian itu, manakala ia meninggalkan satu-satunya, maka sunat dijabarkan diadengan sujud sahwi, dua sujud pada akhir sembahyangnya, dahulu daripada salam, sudahmembaca solat (solawat) dan doa tasyahhud.

Sunat Haiah (هيئه)

Adapun sunat haiahnya, yang tiada dijabarkan dengan sujud sahwi itu, amat banyak:

1. Setengahnya, hendaklah diangkatkan dua tangannya serta permulaan takbir taharrumnyaberbetulan tapak tangannya dengan bahunya dan hujung anak jarinya (berbetulan) dengan (حترم)cuping telinganya yang di atas dan dua ibu tangannya (berbetulan) dengan cuping telinganya.Kemudian diturunkan keduanya, ditaruh di bawah dadanya dan digenggamkan tangan kanan padapergelangan tangan kiri, kesudahan hantarnya dengan kesudahan takbirnya bersama-sama, atasyang dimuktamad pada Syarah Muhazzab (شرح مهذب) dan Syarah Wasith (شرح وسيط).

2. Dan setengahnya, membaca doa iftitah kemudian daripada takbiratul ihram. Sekurangakmalnya:

اهللا أكبر كبيرا، والحمد هللا كثيرا، وسبحان اهللا بكرة وأصيال(“Allah Maha Besar dengan kebesaranNya, segala puji bagi Allah dengan sebanyak-banyaknyadan Maha Suci Allah pagi dan petang.”)

Page 2: sunat ab'adh dan sunat haiah

www.alraufi.blogspot.com

18

Dan yang akmalnya:

تهجول هيجإن و ،نيركشالم نا ما أنما، وملسفا منيح ضاألرو اتاومالس ي فطرلذله كريال ش ،نيالمب العي هللا راتممو اييحمي وكسني والتأ،ص كبذلوأنو ترم نا م

نيملسالم.

(“Aku menghadapkan mukaku untuk Tuhan yang menjadikan sekalian langit dan bumi, dengankeadaan lurus beragama dan aku bukan orang yang musyrikin (mempersekutukan Allah I).Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku bagi Allah yang mentadbir sekalianalam. Tiada sekutu bagiNya. Begitulah aku disuruh, dan aku dari orang-orang Muslimin(Islam).”)

3. Kemudian, maka membaca pada tiap-tiap raka’at:

أعوذ باهللا من الشيطان الرجيم

(“Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.”)

4. Dan setengahnya, mengucap Amiin (آمني) kemudian daripada selesai membaca Fatihah.Dinyaringkan pada sembahyang yang dinyaringkan Fatihahnya dan disirkan (perlahankan - سر) pada sembahyang yang disirkan. Dan sunat makmum mengucap Amiin bacaan imamnyabersama-sama dengan ucap imamnya. Dan sunat berhenti Saktah (سكته - sebentar) antara Fatihahdan Amiin, dan antara Amiin dan surah, dan antara surah dengan ruku’.

5. Dan setengahnya, membaca surah pada imam dan munfarid (منفرد – sembahyang seorangdiri) pada dua raka’at yang pertama dipanjangkan pada sembahyang Subuh, dan Zohor kurangsedikit daripadanya, dan ‘Asor dan ‘Isya’ pertengahan, dan Maghrib yang pendek. Dan padaSubuh Juma’at Alif Lam Mim Sajdah dan (Surah) (امل) Hal Ataa (هل أتى - Surah Al-Insaan).

6. Dan sunat mengucap Takbir Al-Intiqalaat (تكبرية اإلنتقاالت – memindahkan dari satu rukunkepada satu rukun) yang lima, iaitu:

i. Takbir ruku’,ii. Takbir turun kepada sujud,iii. Takbir bangkit daripadanya,iv. Takbir sujud yang kedua dan,v. Takbir bangkit daripada sujud (yang kedua) kepada qiyam.

Dan sunat mengangkatkan kedua tangannya seperti takbiratul ihram:i. Tatkala hendak ruku’,ii. Tatkala bangkit daripada ruku’ kepada i’tidal permulaan angkat keduanya bersama-sama

angkat kepalanya.iii. Dan demikian lagi, sunat mengangkatkan dua tangannya tatkala bangkit daripada

tasyahhud awal kepada qiyam.

Page 3: sunat ab'adh dan sunat haiah

www.alraufi.blogspot.com

19

7. Dan setengahnya mengucap:

هدمبحم ويظالع بيان رحبس(“Maha Suci Tuhanku yang Maha Besar serta dengan segala kepujianNya.”)

tiga kali di dalam ruku’, dan:

هدمبحلى واألع بيان رحبس(“Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi serta dengan segala kepujianNya.”)

di dalam sujud tiga kali, dan dilebihkan pada ruku’nya kemudian daripada tasbihnya jika orangmunfarid:

اللهم لك ركعت، وبك آمنت، ولك أسلمت، خشع لك سمعي وبصري ومخي .وعظمي، وما استقلت به قدمي

(“Ya Allah! Aku ruku’ untukMu, aku beriman denganMu, dan aku beragama Islam keranaMu.Pendengaranku, penglihatanku, otakku dan tulangku dan apa yang ditanggung oleh kakikukepadaMu.”)

Demikian lagi dilebihkan kemudian daripada tasbih dua sujud:

مالله قشو ،هروصو لقهي خلذل هيجو دجس ،تلمأس بكو ،تنآم بكو ،تدجس لكنيقالالخ نساهللا أح كاربت ،هرصبو هعمس.

(“Ya Allah! Aku sujud untukMu, denganMu aku beriman dan denganMu aku Islam. Mukakusujud kepada Tuhan yang menciptakannya, membentuk rupanya dan memberi pendengaran danpenglihatan kepadanya. Maha Berkatlah Allah yang mana Ia adalah sebaik Pencipta.”)

8. Dan setengahnya, mengucap:

هدمح نماهللا ل عمس(“Allah mendengar siapa yang memujiNya.”)

serta permulaan angkat kepala. Maka apabila berdiri dibacanya:

دعء بيش نم ئتا شلء ممض، ولء األرمو ،اتاوملء السم دمالح ا لكنبر.(“Tuhan kami! BagiMu segala puji sepenuh langit, dan sepenuh bumi, dan sepenuh apa jua yangEngkau kehendaki seterusnya.”)

Dan dilebih orang yang munfarid (dengan membaca):

يطعال مو ،تطيا أعمل انعال م ،دبع ا لككلنو دبا قال العم قأح دجالماء ول الثنا أهمل فعنال يو ،تعنمدالج كنم دذا الج.

(“Ahli kepujian dan kebesaran, paling berhak apa yang diucapkan oleh hamba. Sekalian kamiadalah hambaMu. Tiada siapa yang dapat menghalang apa yang Engkau kurniakan dan tiada siapayang dapat memberi apa yang Engkau halangi dan tiada sebarang usaha yang boleh menghalanghabuan seseorang daripada Engkau.”)

Page 4: sunat ab'adh dan sunat haiah

www.alraufi.blogspot.com

20

9. Dan setengahnya, sunat membaca qunut pada raka’at yang kedua daripada Subuh, dan witirnisfu yang kedua bulan Ramadhan, dan pada tiap-tiap sembahyang jika kedatangan bala ataupercubaan, iaitu:

فني فيمن عافيت، وتولني فيمن توليت، وبارك لي فيما هدني فيمن هديت، وعااللهم انل مذال ي هإنو ،كليى عقضال يي وقضت كفإن ،تيا قضم رني شقو ،تطيأع ،تاليو

كتاربت ،تيادع نم زعال ياونبر كرفغتأس ،تيا قضلى مع دمالح فلك ،تاليعتولمسو بهحصو هآلو دمحا منيدلى سلى اهللا عصو ،كإلي بوأتو.

(“Ya Allah! Tunjukkanlah aku jalan orang yang Engkau telah berikan petunjuk. Afiatkanlah akusebagaimana orang yang Engkau afiatkan. Kurniakanlah tanggungjawab kepadaku sebagaimanaorang yang Engkau kurniakan tanggungjawab. Berkatilah aku pada apa yang Engkau kurniakan.Peliharakanlah aku dari segala kejahatan yang Engkau ciptakan. Sesungguhnya Engkau yangmelaksanakan, tiada siapa yang dapat melaksanakan terhadap Engkau. Sesungguhnya tiada siapayang dapat menghina orang yang Engkau jadikannya sebagai teman. Dan tiada siapa yang dapatmuliakan orang yang Engkau musuhi. Maha berkatlah Engkau serta Maha Tinggi. Pujian itubagiMu jua pada apa jua yang Engkau ciptakan. Aku mohon keampunan kepadaMu sertabertaubat terhadapMu. Semoga melimpahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas Junjungan kamiMuhammad dan ahli keluarganya serta sekalian sahabatnya.”)

Dan jika imam, dibaca dengan lafaz jama’ seperti dibacanya .hingga akhir [اللهم اهدنا]

10. Dan setengahnya, sunat dibaca antara dua sujud:

.ني واهدني وعافني واعف عنيرب اغفر لي وارحمني واجبرني وارزق(“Tuhanku! Ampunilah daku, rahmatilah daku, tampunglah kekuranganku, rezekikanlah daku,tunjukilah daku, afiatkanlah daku dan ampunkanlah daku.”)

11. Dan setengahnya sunat membaca doa kemudian daripada tasyahhud dan solawat padatasyahhud akhir, iaitu:

لمأع تا أنمو فترا أسمو تلنا أعمو تررا أسمو ترا أخمو تما قدي مل راغف ماللهمالله ،تإال أن ال إله ،رخؤالم تأنو مقدالم تني، أنم ر بهذاب القبع نم ذ بكوإني أع

وفتنة المحيا والممات، ومن فتنة المسيح الدجال، يا مقلب القلوب ثبت قلبي على نكيد.

(“Ya Allah! Ampunilah daku apa yang terdahulu dan apa yang terkini yang telah aku lakukan, apayang aku lakukan secara tersembunyi dan secara terang-terangan, apa yang aku lakukan secaraberlebihan dan apa yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada aku. Engkaulah yangterdahulu dan Engkaulah yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Ya Allah!Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada azab kubur, cubaan semasa hidup dan mati,juga cubaan Dajjal pembohong. Wahai Tuhan yang membalikkan segala hati tetapkanlah hatikuterhadap agamaMu.”)

Page 5: sunat ab'adh dan sunat haiah

www.alraufi.blogspot.com

21

12. Dan setengahnya duduk pada tasyahhud akhir tawarruk (تورك). Iaitu duduk atas duapunggungnya dan keluarkan kaki kiri di bawah betis kanannya.

13. Dan pada tasyahhud awal, dan duduk antara dua sujud, dan duduk istirahah iftirash ( استراحة.iaitu duduk atas tapak kaki kirinya dan mendirikan kaki kanannya (افتراش

14. Dan setengahnya sunat menggenggamkan anak jari tangan kanan tatkala menghantar padalutut kanan dan dihantarkan jari kiri di atas peha kirinya, berbetulan anak jarinya dengan kepalalututnya kepada kedua tasyahhud. Dan kaifiatnya, menggenggamkan tangan kanan itu tiga jaridan dilepaskan telunjuk dan ditaruh ibu tangannya di sisi telunjuk. Dan sunat mengangkatkantelunjuk tatkala berkata:

أشهد أن ال إله إال اهللا(“Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah”)

Dan makruh menggerak-gerak akan dia.

15. Setengahnya sunat mengekalkan tilik kepada tempat sujud dan mengekalkan khusyu’. Iaitu,menghadirkan hatinya dan tetap segala anggotanya (zahir dan batin) dan tadabbur (تدبر). Yaknimengirakan qira’ahnya dan akan zikirnya.

16. Dan setengahnya masuk kepada sembahyang dengan rajin dan selesai hati (kosong) daripadamembimbangkan pekerjaan sama ada di dunia atau akhirat. Demikian lagi, hendaklahmenghadirkan hatinya akan kebesaran AllahI, Tuhan yang ia sembah.