8
TUGASAN/ TUTORIAL Tugasan 1 1. Bincangkan ciri-ciri tamadun a) Pertempatan Kekal Salah satu ciri utama kemunculan tamadun ialah kewujudan petempatan kekal secara menetap membawa kepada corak kehidupan yang lebih sistematik.Kawasan yang dipilih untuk petempatan adalah penting untuk kelangsungan bekalan makanan. Ini akan melahirkan kemajuan di dalam bidang pertanian terutamanya dari segi penanaman dan penyimpanan makanan serta penternakan. Kepandaian manusia pada masa tersebut mencipta peralatan baru seperti cangkul dan penggunaan teknologi pengairan yang baik telah meningkatkan pengeluaran dan membawa kepada lebihan pengeluaran. Lebihan ini mampu menampung pertambahan bilangan penduduk kerana bekalan makanan yang berterusan. b) Kehidupan Berorganisasi Bertambahya bilangan penduduk telah membawa kepada sebuah kehidupan berorganisasi yang merangkumi aspek sosial, ekonomi dan politik. Kehidupan berorganisasi ini mampu mengatur cara hidup manusia untuk memastikan kestabilan dan kemakmuran kehidupan mereka. Organisasi sosial yang paling awal ialah sistem keluarga. Pertambahan bilangan penduduk dan kepelbagaian aktiviti ekonomi telah membawa kepada proses pembahagian masyarakat yang lebih kompleks.Sistem sosial masyarakat ini adalah berbentuk piramid dan bersusun lapis mengikut status sosial. Lapisan paling atas merupakan golongan bangsawan yang menerajui pemerintahan yang diketuai oleh seorang raja.Lapisan kedua ialah golongan pembesar yang terdiri daripada golongan yang menguasai upacara dan hal ehwal agama, individu yang dihormati oleh masyarakat seperti ketua keluarga atau ketua kelompok, kumpulan pentadbir dan ilmuan, serta kumpulan yang mempunyai kepakaran dalam bidang kesenian. Lapisan yang seterusnya adalah terdiri daripada golongan rakyat biasa yang merupakan golongan yang paling ramai. Kumpulan ini merupakan tunjang ekonomi terutamanya dalam bidang pertanian dan perdagangan.Golongan hamba berada di lapisan yang paling bawah sekali.Kehidupannya adalah bergantung kepada lapisan lapisan di atasnya. c) Sistem Pemerintahan Sistem pemerintahan mula dibentuk untuk mentadbir masyarakat.Seseorang pemimpin ataupun raja selalunya menggunakan magis dan mendakwa dirinya sebagai wakil tuhan untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai ketua pemerintah.Kewujudan sistem pemerintahan akan membawa kepada lahirnya sistem perundangan yang menjadi panduan kepada

TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA SEMENANJUNG

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA SEMENANJUNG

TUGASAN/ TUTORIAL

Tugasan 1

1. Bincangkan ciri-ciri tamadun

a) Pertempatan KekalSalah satu ciri utama kemunculan tamadun ialah kewujudan petempatan kekal secara menetap membawa kepada corak kehidupan yang lebih sistematik.Kawasan yang dipilih untuk petempatan adalah penting untuk kelangsungan bekalan makanan. Ini akan melahirkan kemajuan di dalam bidang pertanian terutamanya dari segi penanaman dan penyimpanan makanan serta penternakan. Kepandaian manusia pada masa tersebut mencipta peralatan baru seperti cangkul dan penggunaan teknologi pengairan yang baik telah meningkatkan pengeluaran dan membawa kepada lebihan pengeluaran. Lebihan ini mampu menampung pertambahan bilangan penduduk kerana bekalan makanan yang berterusan.

b) Kehidupan Berorganisasi

Bertambahya bilangan penduduk telah membawa kepada sebuah kehidupan berorganisasi yang merangkumi aspek sosial, ekonomi dan politik. Kehidupan berorganisasi ini mampu mengatur cara hidup manusia untuk memastikan kestabilan dan kemakmuran kehidupan mereka. Organisasi sosial yang paling awal ialah sistem keluarga. Pertambahan bilangan penduduk dan kepelbagaian aktiviti ekonomi telah membawa kepada proses pembahagian masyarakat yang lebih kompleks.Sistem sosial masyarakat ini adalah berbentuk piramid dan bersusun lapis mengikut status sosial. Lapisan paling atas merupakan golongan bangsawan yang menerajui pemerintahan yang diketuai oleh seorang raja.Lapisan kedua ialah golongan pembesar yang terdiri daripada golongan yang menguasai upacara dan hal ehwal agama, individu yang dihormati oleh masyarakat seperti ketua keluarga atau ketua kelompok, kumpulan pentadbir dan ilmuan, serta kumpulan yang mempunyai kepakaran dalam bidang kesenian. Lapisan yang seterusnya adalah terdiri daripada golongan rakyat biasa yang merupakan golongan yang paling ramai. Kumpulan ini merupakan tunjang ekonomi terutamanya dalam bidang pertanian dan perdagangan.Golongan hamba berada di lapisan yang paling bawah sekali.Kehidupannya adalah bergantung kepada lapisan–lapisan di atasnya.

c) Sistem Pemerintahan

Sistem pemerintahan mula dibentuk untuk mentadbir masyarakat.Seseorang pemimpin ataupun raja selalunya menggunakan magis dan mendakwa dirinya sebagai wakil tuhan untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai ketua pemerintah.Kewujudan sistem pemerintahan akan membawa kepada lahirnya sistem perundangan yang menjadi panduan kepada masyarakat untuk menjaga keamanan dan kemakmuran sesebuah tamadun.

Page 2: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA SEMENANJUNG

d) Pengkhususan Pekerjaan

Peningkatan dalam produktiviti manusia menyebabkan pengkhususan pekerjaan menjadi lebih penting. Ini menyebabkan keadaan politik menjadi stabil dan penuh dengan kemakmuran dan seterusnya membawa kepada peningkatan dan perkembangan ekonomi. Melalui pengkhususan pekerjaan, barangan yang dihasilkan mempunyai kepakaran tersendiri dan ia akan menghasilkan pertukaran barangan. Kegiatan ini dikenali sebagai sistem barter, yang merupakan titik permulaan bagi aktiviti ekonomi yang bersifat perdagangan. Akttiviti pertukaran barang dan perdagangan dan kegiatan perdagangan membolehkan berlakunya pertukaran ilmu pengetahuan, teknologi, dan budaya antara sesebuah masyarakat dengan masyarakat yang lain.

e) Agama dan Kepercayaan

Kemunculan Agama dan kepercayaan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan tamadun.Kedua-duanya mempunyai perkaitan yang rapat berkaitan dengan pengiktirafan terhadap golongan pemerintah, pembahagian sosial masyarakat, perkembangan ilmu pengetahuan, kesenian, dan pembinaan dalam proses pembentukan tamadun awal.Unsur alam seperti pokok, batu, matahari, dan laut dipercayai mempunyai semangat dan harus dihormati demi menjaga keamanan dan kemakmuran hidup. Manusia menganut agama yang dikenali sebagai animisme iaitu terdapat kuasa ghaib yang menguasai alam sekeliling. Kepercayaan ini berubah menjadi bentuk agama. Agama ini dikenali sebagai politeisme yang bermaksud penyembahan terhadap lebih daripada satu tuhan.

f) Bahasa dan Tulisan

Kewujudan bahasa dan sistem tulisan adalah sebahagian daripada perkembangan ilmu pengetahuan dalam proses pembentukkan tamadun yang hasilnya dapat dilihat sehingga hari ini. Contoh tulisan yang awal ialah Hieroglif, Cuneiform dan Ideogram, manakala bahasa tertua ialah Yunani dan Sanskrit. Bahasa amat penting untuk tujuan penyebaran ilmu pengetahuan dan perhubungan di dalam sesebuah masyarakat dan juga antara sesebuah masyarakat dengan masyarakat yang lain.Tulisan amat penting untuk tujuan urusan pentadbiran seperti penyimpanan rekod, penulisan undang-undang, dan hal-hal keagamaan. Bahasa dan tulisan merupakan instrument paling penting untuk menyampaikan, memperkembangkan serta mencatatkan idea pemikiran manusia.

Page 3: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA SEMENANJUNG

2. Jelaskan faktor-faktor keruntuhan sesebuah tamadun

a) Keruntuhan akhlak dalam masyarakat khususnya di kalangan pemimpin adalah faktor kemerosotansesebuah tamadun. Penghayatan nilai-nilai murni tidak dipedulikan lagi. Sikap berfoya-foya, amalanrasuah, tamakkan kuasa berlaku secara berleluasa. Contohnya empayar moghul dan kesultanan Delhi.

b) Perpecahan di kalangan masyarakat turut membantutkan perkembangan tamadun. Contohnya pertentangan antara kaum mawali berbangsa Parsi dengan Bani Umaiyah menyebabkan kerajaan BaniUmaiyah merosot.

c) Ketidakadilan yang berlaku seperti wujudnya jurang perbezaan yang ketara antara golongan kaya dan miskin juga menjadi punca kemerosotan sesebuah tamadun. Contohnya di Yunani terdapat golongan hamba abdi yang hidup melarat yang ditindas dan dikerah untuk mengusahakan tanah golongan berharta telah menyebabkan pemberontakan di kalangan masyarakat bawahan.

d) Ketidakstabilan politik menyebabkan perpecahan dikalangan negara kota dan wilayah-wilayah yang dijajah.

e) Bencana alam atau malapetaka menyebabkan berlaku kerosakan harta benda secara besar-besaran seperti banjir, wabak penyakit dansebagainya. Contoh Athens – serangan wabak penyakit yang mengakibat kematian penduduk danpemerintahnya iaitu Pericles.

f) Penerimaan perubahan sikap tidak mahu menerima perubahan juga boleh membantutkan perkembangan tamadun. Sikap seperti ini merencatkan daya kreativiti dan inovasi sesebuah masyarakat yang seterusnya membawa kepada masyarakat berkeadaan beku atau static berpanjangan. Contohnya kerajaan Turki Uthmaniyyah

Tugasan 2

1. Bincangkan ciri-ciri keistimewaan tamadun Islam

a) Agama melahirkan tamadun

Berbanding dengan tamadun lain, tamadun Islam adalah lahir dari sebuah agama. Oleh itu, semua prinsip pembinaan tamadun ini adalah diadaptasikan daripada ajaran Islam. Berteraskan kepada konsep iman, maka pembinaan tamadun ini mengambil kira konsep mentauhidkan Allah dalam semua perkara.

b) Peradaban

Peradabaan tamadun Islam bermula dengan pembentukan individu Muslim yang menjalani kehidupan ini denganpenuh penghayatan terhadap ajaran Islam. Menerusi pembentukan individu Muslim yang soleh ini akan dapat melahirkan sebuah institusi

Page 4: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA SEMENANJUNG

kekeluargaan yang juga soleh. Penerusan dalam pembinaan institusi kekelurgaan yang baik akan dapat menghasilkan sebuah masyarakat yang juga baik dan seterusnya membawa kesejahteraan kepada sesebuah negara.

c) Perkembangan

Tamadun Islam merupakan satu-satunya tamadun yang masih terus berkembang dari awal kemunculannya hinggalah kini. Perkembangannya adalah berkait rapat dengan konsep kesejagatan yang ada padanya. Tuntasnya perkembangan tamadun Islam adalah berkait rapat dengan perkembangan pengaruh agama Islam itu sendiri.

d) Konsep al-Ummah

Konsep ini adalah manifestasi dari kesejagatan agama Islam. Konsep al-Ummah meletakkan semua orang Islam adalah bersaudara tanpa mengira latar belakang bangsa, budaya, bahasa mahupun warna kulit. Konsep al-Ummah ini merupakan satu kekuatan dalam menjana tamadun Islam yang gemilang. 

e) Asas Pengetahuan

Tamadun Islam berkait rapat dengan kepentingan konsep ilmu dan proses pembudayaan ilmu. Ini jelas terbukti melalui penurunan wahyu pertama yang mendorong manusia kearah pencapaian dan penguasaan ilmu. Pembinaan institusi pendidikan dan aktiviti pembudayaan serta penyebaran ilmu menjadi agenda pengisian yang utama dalam setiap misi perluasan dan perkembangan pengaruh Islam.

2. Terangkan secara ringkas faktor-faktor kelahiran dan kemerosotan tamadun Islam

Antara faktor-faktor kelahiran tamadun Islam adalah Pemerintah yang bertakwa dan bijaksana. Ajaran Islam menggariskan kualiti untuk menjadi pemerintah. Pemerintah tamadun Islam bertakwa kepada Allah SWT dan bijaksana dalam memerintah. Dalam era kegemilangan tamadun Islam, pemimpin bukan sahaja adill saksama tetapi juga cintakan ilmu pengetahuan. Kegiatan Keilmuan juga meluas pada era tersebut. Institusi masjid memainkan peranan sebagai pusat melakukan ibadat khusus dan tempat pembelajaran serta kegiatan ekonomi. Para ilmuan terawal lahir dari institusi masjid dan universiti-universiti terawal kebanyakannye berkembang dari institusi masjid. (Contoh: Universiti Al-Azhar)

Selain itu, keadilan yang menyeluruh juga merupakan salah satu faktor kelahiran tamadun Islam. Pemerintah Islam bersifat adil kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira agama anutan meraka. Sepanjang zaman pemerintah Islam, orang bukan Islam diberikan kebebasan yang same seperti orang Islam. Kedudukan tamadun Islam yang strategik juga membolehkan pemerintah untuk menguasai jalan-jalan perdagangan yang penting. Bumi mereka juga kaya dengan pelbagai sumber alam. Disebabkan kedudukan yang strategik, pemerintah Islam juga menyediakan kepada prasarana yang sempurna dimana mereka

Page 5: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA SEMENANJUNG

menekankan penyediaan infrastruktur yang terbaik. Contoh Syaidina Umar al-Khattab mengarahkan pembinaan terusan atau tali air di Sungai Nil.

Sikap keterbukaan kepada tamadun lain menjadi penyumbang kepada faktor kelahiran tamadun Islam. Pemerintah Islam mengiktiraf tamadun-tamadun lain yang baik dan bermanfaat untuk manusia sejagat. Contoh, terjemah karya Yunani dan Latin dalam bidang falsafah dan perubatan ke bahasa Arab. Tamadun Islan juga memilik ketenterann yang kuat, ia element yang penting untuk menjaga keamanan dan keselamatan. Semangat jihad yang tinggi dan kental yang sering mengerunkan musuh-musuh untuk menceroboh merupakan salah satu rahsia kekuatan negara Islam.

Lain daripada itu, antara faktor-faktor kemerosotan tamadun Islam ialah Pemerintah yang lemah. Negara menjad kucar-kacir akibat ketidakstabilan politik and ekonomi semakin lumpuh. Pemerintah mula bertindak zalim, kuku besi dan menindas golongan bawahan.Ini menyebabkan negara menjadi berpecah-belah. Contoh, Andalusia, selepas Kerajaan Bani Umaiyah runtuh. Penyelewengan dan keruntuhan akhlak menandakan musnahnya penghayatan terhadap budi pekerti yang murni dan mulia. Jawatan diberikan untuk hajat peribadi dan anggap mereka yang menolak kemungkaran serta mengajak kebaikan sebagai antisosial dan antikemajuan. Contoh, Khulafa Uthmainayah di Turki berfoya-foya dengan arak dan wanita

Pada waktu yang sama, sumber ekonomi semakin berkurangan. Tanpa sumber ekonomi, segala perancangan pembangunan terbantut. Masalah sosial, kegiatan mencuri dan tidak bermoral semakin berleluasa. Contohnya, Hadis Rasullah SAW hampir-hampir kepapan kerana keadaan terlalu miskin. Kegiatan ilmu juga tidak berkembang, pemerintah kurang member tumpuan kepada kegiatan penyelidikan dan pembangunan. Abad ke 15 hingga ke 18 Masihi merupakan zaman kemerosotan tamadun Islam.

Seterusnya, ancaman dari musuh luar. 1256 Masihi, tentera Monggol menyerang dan memusnahkan Kota Baghad. Apabila dijajah oleh kuasa Barat, saki-baki khazanah ilmu pengetahuan Islam dibawa balik. Banyak manuskrip penting terdapat di perpustakaan Barat. Mala petaka atau bencana alam seperti banjir dan gempa bumi yang menyebabkan kerosakan secara besar-besaran dan boleh memusnahkan sesebuah tamadun. Faktor seperti ini juga merupakan salah satu penyebab kemerosotan sesebuah tamadun. Bagaimana pun faktor ini diluar kawalan manusia untuk menghalangnya daripada berlaku.

Tugasan 3

1. Nyatakan lima (5) prinsip utama dalam agama Hindu

a) Kewujudan Tuhan yang tunggalb) Manusia itu sucic) Perpaduan melalui percintaand) Harmoni dan agamae) Pengetahuan tentang sungai yang suci, kitab yang suci dan mantera yang suci

Page 6: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA SEMENANJUNG

2. Senaraikan Lapan Jalan Mulia

a) Pandangan yang betulb) Aspirasi yang betulc) Pertuturan yang betuld) Kelakuan yang betule) Kehidupan yang betulf) Usaha yang betulg) Minda yang betulh) Konsentrasi yang betul

Tugasan 4

1. Bincangkan sistem kepercayaan dan agama dalam tamadun China

a) Kepercayaan Alam Sekitar

Kepercayaan kepada bencana alam seperti kemarau, banjir, serangan belalang dan bawaan penyakit adalah ketentuan tuhan. Ini menyebabkan mereka menyembah alam sekitar seperti matahari, bulan, bintang, bumi dan sebagainya yang dianggap mempu mengubah sesuatu keadaan. Contohnya masyarakat Lembah Hwang Ho iaitu Shang Ti menyembah alam sekitar.

b) Kepercayaan kepada penyembahan roh nenek moyang

Kepercayaan terhadap nenek moyang mempunyai pengaruh dalam kehidupan seharian. Amalan pemujaan dilakukan agar roh nenek moyang mereka masih mempunyai pengaruh ke atas kehidupan mereka atau kehidupan masa hadapan mereka. Mereka juga memohon pertolongan nenek moyang melalui ramalan menerusi pendeta cina dengan menggunakan tulang nujumyang ditulis dengan pelbagai soalan, dihempaskan dan garisan-garisan yang pecah tersebut akan dibuat ramalan, contoh masyarakat Shang dan Maharaja Shang mereka mengamalkan penyembahan roh nenek moyang yang memerintah syurga dan menjalankan upacara pengorbanan untuk memuja semangat roh nenek moyang yang diketuai oleh bomoh.

c) Kepercayaan kepada Anak Syurga

Kepercayaan  kepada anak syurga adalah untuk mengesahkan pemerintahan sesebuah dinasti. Is dilakukan dengan menonjolkan unsur suci dan sakti yang mampu menarik keyakinan dan ketaatan rakyat kepada pemerintah tersebut. Anak syurga dianggap sebagai perantara antara bumi dengan syurga. Contoh Dinasti  Chou mengamalkan  kepercayaan tersebut untuk mengukuhkan kedudukan pemerintah Dinasti Chou.

d) Kepercayaan kepada dewa

Kepercayaan terhadap dewa dipercayai dapat membantu mengawal dan meningkatkan hasil tanaman kerana mereka percaya bahawa semua dewa berada di syurga dan

Page 7: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA SEMENANJUNG

mempunyai kuasa menolong manusia di dunia untuk berbuat baik atau jahat. Contohnya masyarakat Shang turut menyembah ‘Dewa Biji-bijian’

Agama Buddha

Kedatangan ajaran Buddha semasa Dinasti Han oleh pemerintah Maharaja Ming Ti. Agama Buddha mendapat tempat di hati rakyat ketika dilanda masalah peperangan dan perpecahan. Ia dibawa masuk dari Sri Lanka.

a) Ajaran Confuciusnisme

Ia bermula semasa Dinasti Chou yang dibawa oleh Confucius pada 551 SM. Pada asalnya beliau adalah seorang pegawai dalam kerajaan Lu tetapi telah meletak jawatan dan mengembara untuk menyebarkan idea dan fahaman tersebut. Akhirnya, fahaman tersebut diterima dan beliau dianggap seorang dewa serta disembah. Ajaran Confucius menekankan bahawa seorang pemimpin perlu menitikberatkan soal moral maka pemerintah tersebut akan diiktiraf oleh rakyat dan negara tersebut tidak memerlukan undang-undang.

Ajaran ini berubah sedikit demi sedikit sehingga menjadi sebuah agama. Ia turut menekankan konsep Jen iaitu perikemanusiaan kepada diri sendiri dan orang lain. Jen pula mengutamakan lima kebaikan iaitu berbudi bahasa, kemurahan hati, amanah, kerajinan dan bersifat baik. Ajaran ini menekankan juga unit keluarga sebagai satu unit terpenting.

b) Ajaran Toisme

Diasaskan oleh Loazi dan Chuang Tzu adalah satu jalan atau cara untuk mencapai keharmonian dengan alam semesta. Ia menekankan keamanan dan keharmonian akan dapat dicapai sekiranya manusia tidak mengikut hawa nafsu untuk mencapai materialistik dan mengasingkan diri daripada kegiatan duniawi serta apa sahaja yang merugikan dengan cara meditasi.

Buku utama ajaran ini ialah ‘Tao Te Ching’. Setiap tindakan ditentukan oleh Tao dan sekiranya ingkar dunia akan rosak. Ia juga menekankan kehidupan secara sederhana dan manusia perlu bebas daripada peraturan ciptaan manusia. Ajaran ini berubah sedikit demi sedikit menjadi sebuah agama.

Kepercayaan dan agama berperanan penting dalam perkembangan tamadun China, dimulai dengan kepercayaan alam sekitar, roh nenek moyang, fahaman dan bertukar kepada bentuk agama. Agama dan kepercayaan berkait rapat dengan sistem pemerintahan agar taat dan patuh kepada pemerintah.