Upload
smktsj2
View
2.134
Download
3
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Citation preview
1
DRAF TEKS UCAPAN
YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP
MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
“MAJLIS PERUTUSAN TAHUNAN 2014 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA” 28 JANUARI 2014 (SELASA); 10-1130AM
2
PENGENALAN
1. Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama
merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat
Allah SWT kerana dengan limpah izin dan kurnia-
Nya jua telah memungkinkan saya bertemu dengan
tuan-tuan dan puan-puan dalam Majlis Perutusan
Tahun Baharu 2014 pada pagi ini. Selamat Tahun
Baharu saya ucapkan kepada keluarga besar
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), guru-
guru, pensyarah, staf akademik, mahasiswa-
mahasiswi, para ibubapa dan murid di seluruh
negara. Semoga hari ini akan menjadi lebih baik
daripada semalam dan semoga esok menjadi lebih
baik dan cemerlang daripada hari ini.
2. Saya mengambil kesempatan mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada semua anggota
perkhidmatan Kementerian Pendidikan, warga
3
pendidik, para guru dan pensyarah atas komitmen
dalam melaksanakan segala tugas yang
diamanahkan dan pencapaian cemerlang yang
dicatatkan sepanjang tahun 2013. Saya berharap
semoga momentum ini dapat terus dikekalkan dan
dipertingkatkan serta dapat memotivasikan kita ke
arah transformasi yang lebih cemerlang pada
tahun 2014.
3. Sesungguhnya tahun 2014 merupakan
perutusan pertama selepas pengabungan semula
KPM dan KPT selepas pilihanraya ke-13 tahun
lepas. Sehubungan ini, adalah menjadi
tanggungjawab yang besar setiap warga KPM dari
pra-sekolah hingga ke universiti memacu
transformasi secara bersepadu agar segala hasrat
dan aspirasi yang telah dibukukan melalui PPPM
dan PSTPN dapat direalisasikan. Kita yakin rakyat
sentiasa bersama-sama dengan kita dalam
4
menjayakan agenda besar pendidikan negara bagi
menjana modal insan berkualiti yang akan menjadi
pewaris kesinambungan kemajuan dan
kesejahteraan negara. Oleh itu, kita telah berusaha
mengorak langkah awal bagi memastikan visi dan
aspirasi iaitu akses kepada kejayaan, kualiti
standard antara bangsa yang tinggi, ekuiti untuk
semua murid, perpaduan dan efisiesi atau
kecekapan yang tinggi dalam pelaksanaan dasar
dan program pendidikan dapat direalisasikan.
4. Memang kita akui dan sedar, menjana modal
insan dalam acuan kita sendiri dan pada masa yang
sama gah dalam pentas global bukan suatu usaha
dan proses yang mudah. Terlalu banyak cabaran
dan usaha yang perlu kita laksanakan. Namun
begitu ini tidak bermakna kita perlu berhenti dan
berputus asa kerana sesungguhnya anak-anak kita
layak mendapat yang terbaik. Inilah juga hasrat dan
5
aspirasi kita. Inilah juga harapan kita agar rakyat
berada dibelakang kita bersama-sama menyokong
dan berganding bahu merealisasikan agenda yang
penting ini.
5. Dalam kesempatan ini juga saya
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
dalam menghasilkan PPPM. Sebagaimana yang
kita sedia maklum, PPPM lahir daripada usaha
bersama panel penilai bebas Malaysia dan antara
bangsa, panel dialog dan maklum balas daripada
pelbagai pihak yang prihatin terhadap kemandirian
pendidikan nusa dan bangsa. Hasilnya, hasrat kita
melalui PPPM telah mendapat pengiktirafan pihak
UNESCO dan pakar-pakar antarabangsa seperti Dr
Andreas Schleicher (OECD) dan Professor Michael
Fullan (Profesor Emeritus, Ontario Institute for
Studies in Education, Ontario University, Canada)
6
serta diakui sebagai pelan yang realistik sekiranya
dilaksanakan dengan cara terbaik.
6. Saya suka membawa tuan/puan mengimbau
pencapaian kita dalam 2013 bukan sekadar
berbangga dengan kejayaan kita tetapi bagi
menyuntik semangat dan motivasi bersama ke arah
transformasi yang lebih berimpak.
PENCAPAIAN PELAN PEMBANGUNAN
PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 2025
7. Kita telah melalui tempoh setahun
pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 yang penuh warna dan
cabaran. Penggabungan semula dua
Kementerian terbesar dalam perkhidmatan
awam – Kementerian Pelajaran dan Kementerian
Pengajian Tinggi merupakan satu langkah
7
berani kerajaan untuk menyelaraskan usaha
memartabatkan sistem pendidikan negara ke
peringkat yang lebih tinggi. Di bawah PPPM,
Kementerian Pendidikan telah menunjukkan
iltizam dan komitmen yang tidak berbelah bagi
untuk melaksanakan insiatif-inisiatif yang telah
ditetapkan.
8. Selaras dengan Program Transformasi
Kerajaan 2.0, Kementerian mengorak langkah
dengan penetapan 1Agenda pada 5 Disember
2012 bagi memastikan kita semua bergerak
dalam satu pasukan - satu nada, satu suara.
Usaha ini telah membuahkan hasil kerana dalam
masa 100 hari, kita telah berjaya melaksanakan 6
sasaran awal yang telah ditetapkan. Kejayaan
ini telah saya umumkan di SMK Jalan 4, Bandar
Baru Bangi pada 10 April 2013 yang lalu sebagai
bukti bahawa Kementerian kita benar-benar
8
serius dalam usaha memberikan pendidikan
berkualiti bertaraf dunia.
9. Menyedari hakikat bahawa anak-anak
generasi akan datang ini adalah modal insan yang
bakal menerajui negara dan menjadi pesaing global
serta penyumbang di peringkat dunia, justeru PPPM
komited dalam menyuntik pelbagai aspek
kemahiran, pengetahuan, etika serta jati diri tanpa
melupakan aspek kerohanian yang terangkum
dalam enam aspirasi murid.
PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH
10. Pertama, Program Transformasi Daerah di
bawah Anjakan ke 6 PPPM bertujuan mempercepat
penambahbaikan prestasi sekolah melalui program
yang sistematik dan dipimpin oleh Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD) telah dirintis di Sabah
9
dan Kedah. Fungsi dan peranan PPD dan JPN
telah ditambahbaik untuk memberikan sokongan
dan bimbingan melalui Rakan Peningkatan Sekolah
(SIPartners+) dan Jurulatih Utama Peningkatan
Sekolah (SISC+). Di Kedah dan Sabah, program ini
melibatkan 2551 sekolah, lebih 89 000 guru dan
hampir satu juta murid. Hasilnya, kedua-dua
negeri mencatatkan prestasi UPSR terbaik
dalam tempoh 8 tahun dan peningkatan tertinggi
berbanding negeri lain pada 2013. Gred purata
Kedah dan Sabah masing-masing meningkat 0.06
dan 0.07 mata berbanding purata peningkatan
kebangsaan sebanyak 0.04. Tahniah diucapkan
kepada semua yang terlibat dalam usaha murni ini.
LINUS
11. Kedua, Kementerian berbangga kerana usaha
gigih guru-guru di negara ini telah menunjukkan
10
hasil memberangsangkan bagi LINUS – Anjakan
kedua PPPM. Pencapaian murid Tahun 3 di
seluruh negara yang menguasai literasi Bahasa
Malaysia ialah 99.1% atau 440 591 murid Tahun 3
manakala kadar numerasi meningkat kepada
99.3% atau 441 571 murid selepas 3 tahun
persekolahan. LINUS B Inggeris juga dilancarkan
pada tahun ini dan dalam masa empat bulan, garis
asas pencapaian murid menguasai literasi Bahasa
Inggeris adalah 50% bagi murid Tahun 1 dan
pencapaian ini telah meningkat kepada 63%
pada bulan November 2013. Walaupun peratusan
ini tidak setinggi yang diharapkan, tetapi ia
merupakan satu titik permulaan kearah
mempertingkatkan kadar literasi bahasa Inggeris
secara lebih berstruktur dan sistematik
berbanding tahun-tahun sebelumnya.
11
PELIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR
SWASTA
12. Dalam mencapai matlamat sistem pendidikan
terbaik di dunia, penting untuk kita membentuk satu
ekosistem pembelajaran di dalam komuniti
setempat. Seperti yang pernah saya sampaikan
semasa majlis Pelancaran PPPM pada
6 September lalu, proses merakyatkan pelaksanaan
PPPM ini juga bermakna memberikan peluang
kepada ibu bapa turut sama turun padang bagi
membantu pembelajaran anak mereka melalui
sarana pelibatan ibu bapa.
13. Pencapaian ketiga, di bawah Anjakan ke 9
Pelibatan Ibu Bapa, komuniti dan sektor swasta,
Sarana Pelibatan Ibu bapa telah Berjaya
diedarkan ke 10 087 sekolah di seluruh negara
dengan penekanan kepada pelibatan mereka
12
bersama pihak sekolah dalam membantu
mempertingkatkan keberhasilan murid. Hasilnya
kini ibu bapa dan penjaga dapat memainkan
peranan lebih aktif dalam pembelajaran anak-anak
dengan memberi sumbangan dalam keceriaan
kelas, aktiviti kokurikulum dan kelas tambahan.
SMK Taman Tuanku Jaafar, Senawang, Negeri
Sembilan danSK Batu Road, Kuala Lumpur
merupakan antara contoh terbaik sekolah-sekolah
yang telah berjaya merealisasikan hasrat sarana ini.
Kementerian dengan berbesar hati merakamkan
penghargaan kepada semua ibu bapa dan penjaga
serta semua pihak yang telah bersama-sama
menjayakan usaha murni ini.
13
Tuan-tuan dan puan-puan,
PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
14. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
merupakan pelan komprehensif mengambil kira
keperluan setiap murid yang berbeza kebolehan
dan keupayaan. Permintaan untuk sumber tenaga
mahir pada masa depan akan terus meningkat.
Menjelang 2020, daripada 3.3 juta peluang
pekerjaan yang diwujudkan di bawah Bidang
Keberhasilan Utama Ekonomi atau NKEA,
sekurang-kurangnya 46% memerlukan kemahiran
vokasional. Sehubungan dengan itu, Kementerian
menyahut seruan ini di bawah Anjakan 1 PPPM
untuk memperluas akses dan meningkatkan kualiti
laluan pendidikan vokasional.
14
15. Bagi pencapaian ke empat 2013, saya
terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada
seluruh warga pendidikan teknik dan
vokasional. Ini kerana pada tahun 2013, 4.7%
(daripada sasaran 5%) murid telah mengikuti
latihan teknikal dan vokasional di peringkat
menengah atas. Walaubagaimanapun, fokus bagi
tahun 2014 ini akan diberikan kepada transformasi
pendidikan vokasional dan peningkatan penyediaan
kemudahan fizikal untuk menambah bilangan
pelajar kepada 20%. Saya percaya dengan Sektor
Pengajian Tinggi berada di bawah payung yang
sama, laluan latihan vokasional daripada peringkat
pendidikan asas ke pendidikan tinggi akanlebih
berkesan dan kerjasama yang lebih erat akan wujud
di antara kedua-dua sektor Pelajaran dan Pengajian
Tinggi.
15
PENDIDIKAN KHAS
16. Pendidikan Khas di negara ini semakin
mendapat perhatian daripada pelbagai pihak dan
pelbagai usaha dilakukan secara bersepadu untuk
meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti.
Artikel 28, Akta Orang Kurang Upaya 2008
memperaku bahawa murid bekeperluan khas perlu
diberi sokongan untuk membantu mereka mencapai
pelibatan penuh dan kesamarataan dalam
pendidikan. Berdasarkan amalan terbaik
antarabangsa dan dasar semasa Negara,
Kementerian telah menetapkan bagi tahun 2013,
sasaran 10% daripada lebih 50 ribu murid
berkeperluan khas mendaftarkan diri dalam program
pendidikan inklusif.
16
17. Bagi pencapaian ke lima saya bangga
untuk mengumumkan kita sudahpun mencapai
9.6% daripada sasaran ini, iaitu seramai 5 393
murid berkeperluan khas sudahpun mendaftar
dalam program pendidikan arus perdana. Ini
membuktikan bahawa jalinan kerjasama ibu bapa,
komuniti, agensi kerajaan dan badan bukan
kerajaan serta warga pendidikan adalah penting
dalam memastikan murid berkeperluan khas
sentiasa mendapat peluang untuk pendidikan
berkualiti tinggi yang sesuai dengan keperluan
mereka.
INFRASTRUKTUR ASAS
18. Bagi memastikan suasana yang kondusif
untuk pembelajaran, Kementerian sentiasa
berusaha untuk memastikan keperluan asas di
setiap sekolah berada dalam keadaan baik,
17
terutama di Sabah dan Sarawak seperti yang
dinyatakan dengan jelas dalam Bab 6 PPPM. Di
bawah Anjakan 6, kita menetapkan sasaran 1 608
projek pembaikan kritikal selesai, memberikan
murid akses kepada bekalan elektrik yang stabil
dan bekalan air, dan sasaran ini telah pun
dicapai pada 2013. Kita akan meneruskan usaha
secara berperingkat untuk mengenalpasti sekolah-
sekolah lain yang memerlukan penambahbaikan
infrastruktur dari masa ke semasa ini demi
keselamatan dan keselesaan semua murid di
negara ini.
TRANSFORMASI INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Para hadirin yang dihormati sekelian.
19. Seperti yang dinyatakan dengan jelas dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, guru
18
dan pemimpin sekolah adalah penggerak utama
yang paling penting di peringkat sekolah untuk
keberhasilan murid. Kita tidak boleh berkompromi
didalam hal kualiti guru dan kompetensi para
pengetua dan guru besar kita. Guru dan pemimpin
sekolah berpeluang untuk peningkatan
profesionalisme berterusan bagi memastikan
aspirasi sistem pendidikan dapat dicapai.
20. Anjakan ke 4 PPPM, iaitu mentransformasi
profesion keguruan menjadi profession pilihan
yang jelas menerangkan peningkatan peranan
dan laluan kerjaya guru. Melalui anjakan ini, guru
boleh memilih untuk menjalankan tugas kepimpinan
iaitu Guru besar dan pengetua di peringkat sekolah
ataupun guru pakar (laluan professional) ataupun
menjadi pegawai di peringkat daerah dan negeri
dan persekutuan (laluan pentadbiran pendidikan).
Yang menariknya, peluang untuk kenaikan pangkat
19
adalah sama tanpa mengira laluan yang dipilih
sama ada laluan kepimpinan, laluan pakar
pengajaran ataupun laluan pentadbiran pendidikan.
Selain itu, kita juga telah berjaya menggabungkan
skim perkhidmatan pegawai perkhidmatan
pendidikan siswazah (PPPS) dan pegawai
perkhidmatan pendidikan lepasan diploma (PPPLD)
ke dalam satu skim perkhidmatan bersepadu
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP).
21. Selaras dengan amalan terbaik di peringkat
antarabangsa, pencapaian ke TUJUH PPPM
menyaksikan kualiti pengambilan guru pelatih di
Institut Pendidikan Guru meningkat dengan
ketara. 42% daripada kohort tahun ini
merupakan pelajar yang mendapat 7A dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Manakala
70% ambilan IPG yang sedang mengikuti latihan
perguruan kini mendapat 5A dalam SPM. Saya
20
percaya usaha-usaha yang dijalankan di bawah
Transformasi IPG akan dapat meningkatkan kualiti
guru-guru permulaan yang bakal mencorak masa
depan pendidikan Negara.
PROFISIENSI GURU BAHASA INGGERIS
22. Gelombang 1 pelaksanaan PPPM memberi
fokus kepada perubahan sistem dengan memberi
sokongan kepada guru dengan penekanan kepada
kemahiran teras. Dalam tempoh pelaksanaan ini,
tumpuan akan terus diberikan kepada kaedah
peningkatan kualiti pengajaran (pedagogi) dengan
meningkatkan kemahiran guru sedia ada di dalam
sistem, meningkatkan kadar literasi (bahasa
Malaysia dan bahasa Inggeris dan numerasi
menerusi program pemulihan yang intensif.
Pencapaian ke LAPAN, 5000 guru Bahasa
Inggeris menjalani program peningkatan
21
profisiensi bahasa Inggeris ke arah kenaikan
sekurang-kurangnya satu band berdasarkan
Common European Framework Reference
(CEFR). Saya percaya usaha ini adalah asas
penting ke arah peningkatan penguasaan bahasa
Inggeris dalam kalangan murid-murid kita.
PIAGAM PENGETUA DAN GURU BESAR
23. Di dalam Bab 5 PPPM Kementerian juga telah
memberikan komitmen untuk meningkatkan kualiti
kepimpinan sekolah dengan memperbaiki
pendekatan pelantikan dan melatih pengetua/guru
besar. Melalui inisiatif Piagam Pengetua/guru
besar, pencapaian ke SEMBILAN PPPM iaitu
kriteria pemilihan baru berasaskan prestasi dan
proses berasaskan merit telahpun diluluskan,
menggantikan model terdahulu dalam memilih dan
melantik pengetua/guru besar berdasarkan tempoh
22
perkhidmatan. Langkah awal telahpun diambil bagi
memastikan 557 pengetua/guru besar yang akan
bersara antara Julai hingga Disember 2014 dapat
diganti dengan pemimpin sekolah terbaik daripada
seluruh Negara.
TRANSFORMASI KEMENTERIAN
24. Dalam mengorak langkah kehadapan,
Kementerian akan memastikan keberkesanan
perbelanjaan pendidikan, meningkatkan pulangan
atas pelaburan dan melaksanakan analisis kos-
faedah sosioekonomi yang jelas untuk setiap
pelaburan utama. Matlamatnya adalah untuk
meminimumkan keperluan dana tambahan sambil
memaksimumkan ROI dalam bidang yang berimpak
tinggi, seperti keberhasilan murid. Bagi tujuan ini,
Kementerian telah memulakan usaha menyusun
semula keutamaan bagi mengelakkan pembaziran
23
dan ketirisan dalam pelaksanaan dasar dan
program semasa bagi memastikan dana
dimanfaatkan dengan berkesan sehaluan dengan
dasar penjimatan berhemah yang diumumkan
kerajaan baru-baru ini .
25. Kementerian juga memberi komitmen bagi
melaksanakan syor Ketua Audit Negara seperti
pemantauan perbelanjaan yang lebih teliti,
pematuhan peraturan kewangan, dan
penambahbaikan pembayaran perbelanjaan yang
diperuntukkan dalam bajet. Saya ucapkan syabas
kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
kerana berjaya merealisasikan Pelan Tindakan
Gelombang 1 bagi Anjakan 10 iaitu perwakilan
kuasa ke JPN, bermula dengan Sabah dan
Sarawak pada tahun ini bagi kontrak sehingga
RM 5 juta daripada RM500 ribu sebelum ini, dan
24
kontrak perkhidmatan dan bekalan sehingga
RM5 juta, meningkat daripada RM2.5 juta.
SEKTOR PENGAJIAN TINGGI
26. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
merupakan peneraju dalam penyelidikan bersifat
asas ataupun fundamental bagi menggalakkan
penjanaan ilmu yang mampu menyumbang
terhadap peningkatan tahap intelektual, penciptaan
teknologi baru dan penyuburan budaya yang
dinamik selaras dengan aspirasi negara. Pada
tahun 2013, pihak Kementerian di bawah Sektor
Pengajian Tinggi telah diperuntukkan dana
penyelidikan fundamental sebanyak RM400juta
untuk menjalankan aktiviti penyelidikan di semua
institusi pengajian tinggi. Dana penyelidikan
fundamental dikategorikan kepada lima (5) geran
utama seperti Skim Geran Penyelidikan
25
Fundamental (FRGS), Skim Geran Penyelidikan
Eksploratori (ERGS), Skim Geran Penyelidikan
Jangka Panjang (LRGS), Skim Geran Penyelidikan
Pembangunan Prototaip (PRGS) dan Geran
Sanjungan Penyelidikan (GSP). Disamping itu juga,
terdapat tiga (3) geran penyelidikan khusus bagi
membantu IPT Rakan RU seperti Dana
Pembudayaan Penyelidikan (RAGS), Dana
Research Acculturation Collaborative Effort (RACE)
dan Skim Geran Penyelidikan Nic (NRGS).
Sehingga Ogos 2013, sebanyak 1,647 modal
insan telah dihasilkan. Manakala bagi penerbitan
penyelidikan berimpak tinggi pula, sebanyak
3,084 bilangan penerbitan telah dihasilkan
penyelidik. Manakala sebanyak 210 harta intelek
(IP) telah dihasilkan daripada geran-geran yang
telah diluluskan di bawah RMKe-10.
26
27. Pencapaian ouput penyelidikan di atas dapat
disokong dan dibuktikan melalui pencapaian
keseluruhan negara terutama dalam menghasilkan
penerbitan jurnal berimpak tinggi. Suka saya
maklumkan bahawa pencapaian Malaysia telah
setanding dengan negara jiran ASEAN seperti
Singapura dan mengatasi pencapaian Thailand
dimana penyelidik negara kita telah
menghasilkan sebanyak 77,327 penerbitan dari
tahun 2007 hingga 2012. Dimana Singapura
menghasilkan sebanyak 78,031 dan Thailand
sebanyak 50,786 serta Malaysia juga telah
mengatasi beberapa negara utama Asia dan OIC
yang lain seperti Mesir, Pakistan, Arab Saudi,
Indonesia dan Vietnam. Impak positif ini lebih
signifikan selepas pelaksanaan Universiti
Penyelidikan (RU) bermula tahun 2006.
27
28. Kecemerlangan RU telah diteruskan dengan
kolaborasi lima (5) RU membentuk Malaysia
Research University (MRUN) secara kolektif bukan
hanya melahirkan gradúan bagi sumber tenaga
kerja malah melahirkan insan berpengetahuan
tinggi, menjana ilmu baru dan teknologi yang
berinovasi. Pencapaian kolaborasi MRUN ini boleh
dilihat dari aspek talent development, research
prominence, wealth creation termasuk bridging the
grand challenge. Sebagai contoh sehingga Julai
2013, 70% daripada hasil penerbitan negara kita
telah dijanakan oleh 5 RU.
29. Kolaborasi ini tidak hanya berlaku dikalangan
RU sahaja, malah kepada universiti Rakan RU
dimana bermula tahun 2012 program RACE telah
dilaksanakan yang merupakan satu program
kerjasama secara kolektif oleh lima RU untuk
membantu Universiti Rakan RU untuk meningkatkan
28
budaya penyelidikan, membantu meningkatkan
output penyelidikan dan membantu meningkatkan
kerjasama penyelidikan ke arah yang lebih tinggi.
Setiap RU akan menyumbang peruntukan dari segi
elaun masa bekerja penyelidik, penggunaan
peralatan dan makmal di Universiti Penyelidikan
yang bernilai sehingga RM1 juta. Sehingga kini
sebanyak 273 projek sedang dilaksanakan yang
bernilai RM12.95 juta.
PENGGABUNGAN KEMENTERIAN
30. Penggabungan semula KPM dan KPT
hakikatnya membuka peluang untuk kita menjajar
semula peranan dan tanggungjawab bersama,
berkongsi sumber, kepakaran dan pengalaman
dalam memantapkan sektor pendidikan negara
bermula dari peringkat pra sekolah sehinggalah ke
universiti. Oleh itu, selaras dengan penggabungan
29
ini, transformasi pendidikan yang telah
direncanakan dalam PPPM ini perlu dijajarkan
dengan Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara
(PSPTN) 2007-2020 supaya terdapat satu
kesinambungan antara kedua-dua Pelan ini.
31. Kementerian juga sedang dalam proses untuk
mengkaji semula Pelan Strategik Pengajian Tinggi
Negara (PSPTN) 2007-2020. PSPTN
meliputipendidikan lepas menengah dan ekosistem
pembelajaran sepanjang hayat, termasuk kolej
komuniti, politeknik serta universiti bagi sektor
awam dan swasta. Kajian semula ini telah bermula
pada awal 2013 bertujuan menilai kemajuan PSPTN
serta menimbangkan penambahbaikan untuk
mengambil kira perubahan lanskap pengajian tinggi
global dantempatan.
30
32. PSPTN bertujuan mengintegrasikan teras dan
projek tindakan kritikal dengan tema serta inisiatif
yang relevan dengan PPPM untuk memastikan
kesinambungan transisi daripada sistem pendidikan
asas sehingga ke pengajian tinggi. Draf pertama
Dokumen Bersepadu PPPM dan PSPTN sudahpun
disiapkan manakala Kajian Semula PSPTN dijadual
siap sepenuhnya pada bulan Jun 2014 nanti. Butir-
butir kedua dokumen ini akan diumumkan
menjelang akhir tahun ini, inshaAllah. Namun,
perancangan awal dan tumpuan utama akan
diberikan kepada autonomi university awam dengan
sistem governans yang mantap dan penuh
akauntabiliti, kepatuhan kepada peraturan
dikalangan IPTS, jaringan universiti dengan
komuniti, kedudukan (ranking) IPTA, pemindahan
teknologi dan agenda-agenda kritikal yang lain.
31
33. PSPTN yang kini sudah tiba ke pertengahan
tempoh pelaksanaannya sudahpun menempa
pelbagai kejayaan, antaranya penubuhan Majlis
Profesor Negara dan Akedemi Kepimpinan
Pengajian Tinggi (AKEPT) untuk meningkatkan imej
dan prestij pendidikan tinggi. Program seperti
pembelajaran sepanjang hayat atau life long
learning (My3L) telah memberi peluang seluas-
luasnya untuk sesiapa sahaja terus belajar tanpa
mengira usia.
PROGRAM PEMINDAHAN ILMU;
MEMANFAATKAN KEPAKARAN UNIVERSITI
KEPADA MASYARAKAT DAN INDUSTRI
Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati
sekelian,
32
34. Universiti yang hebat bukan lagi diukur
dengan hasil sumbangan penemuan-penemuan
baharu penyelidikan yang hanya diwar-warkan
kepada negara dan dunia. Tetapi hasil penyelidikan
di Universiti yang mampu dibawa bagi dikongsi
bersama pihak industri dan juga sasaran komuniti di
dalam memperkukuhkan ilmu masyarakat awam
untuk dimanfaatkan sepenuhnya secara berterusan.
35. Dalam mentransformasikan pengajian tinggi
untuk kelestarian hari esok, libat sama para
akademia, pihak industri, komuniti serta masyarakat
secara amnya haruslah berjalan seiring.
"Knowledge Transfer Programme (KTP)" ataupun
Program Pemindahan Ilmu menjadi sebahagian dari
proses merealisasikan hasrat tersebut secara terus
yang sekaligus akan memberikan kesan yang besar
dalam menterjemahkan ilmu pengetahuan kepada
orang ramai.
33
36. Matlamat KTP adalah untuk membolehkan
pembangunan dan peningkatan kualiti produk,
perkhidmatan dan dasar-dasar yang akan dikongsi
untuk manfaat bersama antara pihak-pihak
berkepentingan iaitu akademik, industri dan
masyarakat.Hari ini di dalam era transformasi,
pemindahan dan perkongsian ilmu memainkan
peranan yang penting di dalam mencapai hasrat
pembangunan ekonomi negara ke arah Negara
maju menjelang tahun 2020.
KEJAYAAN MURID DI PERINGKAT
ANTARABANGSA 2013
37. Disamping pencapaian akademik, murid kita
cemerlang dalam pelbagai pertandingan terbuka
yang disertai seperti Pertandingan Inovasi
Kebangsaan dan Malaysian International Young
Inventors Olympiad 2013 (MIYIO) di mana kita
34
muncul sebagai johan beberapa kategori. Di
peringkat antarabangsa, murid kita melakar
kejayaan dengan muncul johan keseluruhan dalam
World Robots Olympiad 2013 di Jakarta. Pingat
emas dan markah penuh telah diraih oleh Yeoh Zi
Song dari SJKC Chong Teik, Balik Pulau, Pulau
Pinang dalam 16th Primary Mathematics World
Contest (PMWC,2013) Hong Kong. Semasa 64th
INTEL International Science and Engineering Fair
(INTEL ISEF) di Phoenix, Arizona, Amerika
Syarikat, Nur Liyana Johari telah menerima Intel
ISEF 2013 Special Awards Organizations berjumlah
USD5000 daripada United Airlines Foundation.
Dalam bidang sukan di peringkat antarabangsa
Malaysia melakar sejarah tersendiri apabila muncul
juara keseluruhan Kejohanan Balapan dan Padang
Sekolah Asia (ASTFC) yang pertama dengan
meraih 12 pingat emas, 14 pingat perak dan 10
pingat gangsa untuk mendahului lapan lagi negara
35
yang bertanding. Tahniah dan syabas sekali lagi
kepada semua warga pendidikan yang telah
berusaha gigih untuk memastikan nama negara
bersinar di peringkat antarabangsa.
CABARAN DAN TUMPUAN 2014
Tuan tuan dan puan puan sekelian,
38. Tahun pertama Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia ini merupakan satu tahun yang
cukup mencabar. Walaupun kita telah menempa
beberapa kejayaan di tahun pertama ini, masih
banyak yang perlu dilakukan. Kita semua mengakui
hakikat, sesungguhnya untuk memulakan
perubahan itu memerlukan keazaman yang tinggi
kerana kita perlu berubah daripada amalan yang
biasa kepada amalan yang luarbiasa. Cara berfikir,
cara bertindak dan cara bekerja perlu ditambahbaik
36
berbanding dahulu bagi memastikan yang kita tidak
ketinggalan dalam dunia yang terlalu pesat
berkembang ini. Saya sedar bahawa di antara kita
sendiri, keluarga di dalam Kementerian, sudah tentu
terdapat perbezaan pandangan dan pendapat
dalam melaksanakan inisiatif PPPM walaupun kita
bergerak kearah yang sama melalui 1Agenda KPM.
Janganlah kita menjadikan perbezaan ini sebagai
satu kekangan untuk bergerak ke hadapan dan
mencapai keberhasilan yang disasarkan. Setahun
ini sepatutnya sudah mengajar kita untuk lebih
bersedia menghadapi cabaran yang mendatang dan
terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan
demi masa depan anak-anak bangsa kita.
Penataran Maklumat
39. Antara cabaran besar PPPM ini ialah untuk
menatarkan maklumat kepada kesemua 419 940
37
guru-guru (data EMIS sehingga Nov 2013) di
seluruh Malaysia supaya mengetahui, memahami
dan menghayati aspirasi sistem pendidikan Negara
kita. Kita perlu meyakinkan semua warga
Kementerian selaku pelaksana PPPM ini bahawa
kita telah pun mempunyai sasaran yang jelas ke
mana hala tuju pendidikan Negara dan kita telahpun
mempunyai Pelan Tindakan yang komprehensif
untuk mencapai matlamat ini dalam masa 13 tahun.
Sekarang bukanlah masanya untuk kita mengambil
pendekatan „tunggu dan lihat‟ lagi. Saya tertarik
dengan kata-kata mantan Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud –
“Kita harus bersedia untuk berubah, kalau tidak kita
akan diubah”. Sentimen ini diteruskan di bawah
kepimpinan Ketua Pengarah Pelajaran yang baharu
Datuk Dr Khair Mohd Yusof yang begitu tegas
menyatakan – dengan izin – “You don’t talk about
implementation, you do it!” Saya yakin dengan
38
semangat yang membara dalam kalangan warga
pendidikan yang diterajui oleh Ketua Pengarah
Pelajaran dan sokongan daripada Ketua Setiausaha
Kementerian, kita mampu mencapai matlamat untuk
berada dalam kedudukan sepertiga teratas sistem
pendidikan terbaik di dunia.
40. Program Turun Padang yang diilhamkan oleh
Datuk Dr KPPM dan dijalankan oleh Sektor
Profesional sekarang ini merupakan salah satu
usaha untuk kita mendekati para pelaksana supaya
semua pihak yang terlibat dapat menghayati
aspirasi PPPM. Selain pendekatan secara
bersemuka, media sosial dan media arus perdana
juga perlu dimanfaatkan bagi tujuan ini.
Penerangan yang jelas perlu dikongsi bersama
mengenai pelbagai isu yang dekat dihati guru-guru,
seperti LINUS dan PBS.
39
Linus
41. Bagi LINUS contohnya, beberapa isu
pelaksanaan perlu ditangani. Kita perlu melihat
adakah kaedah pelaksanaan ini telah mencapai
objektif asal yang telah ditetapkan? Adakah
maklumat ataupun butiran yang penting telah
dikongsi dan diselesaikan di peringkat tertinggi
Kementerian dan apakah penyelesaian masalah ini
dapat meringankan dan melicinkan tugas guru-guru
sebagai pelaksana?
Pentaksiran Berasaskan Sekolah
42. Begitu juga dengan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah atau PBS. PBS bukan hanya perlu dilihat
dari segi sistem dan pelaksanaan sahaja tetapi juga
pemahaman falsafah PBS itu sendiri. Saya telah
menerima banyak maklumbalas dari pelbagai pihak
40
terutama keluhan guru-guru. Saya faham masalah
yang dihadapi guru-guru dan saya juga telah
mengarahkan KSU dan KPPM untuk mengenalpasti
apa masalah sebenar diperingkat perlaksanaan.
Pada masa yang sama saya menjangkakan
ketelusan dalam pelaporan dan tidak berlaku
ketirisan. Saya pasti keadaan ini tidak akan berlaku
sekiranya setiap peringkat sama ada di peringkat
sekolah, daerah atau jabatan pelajaran negeri
mempunyai pemahaman yang sama berhubung
pelaksanaan PBS. Sekiranya masih terdapat
kesamaran mengenai perkara ini, saya minta
supaya ianya ditangani segera di peringkat
pelaksana terutama untuk mencerahkan
pemahaman guru-guru yang akan melaksanakan
PBS untuk murid Tingkatan 3 yang bakal melalui
pentaksiran format baharu pada tahun ini.
41
MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU
43. Agenda memartabatkan bahasa Melayu telah
bermula sejak Penyata Razak 1956 lagi dan telah
berterusan sehingga kini. Seperti mana tuan/puan
sedia maklum, pelbagai usaha, dasar dan program
telah kita laksanakan bagi memartabatkan bahasa
Melayu. Kita telah ada dasar Memartabatkan
Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa
Inggeris (MBMMBI) bagi memastikan usaha
memartabatkan bahasa Malaysia pada tempat yang
sepatutnya tanpa kita mengabaikan bahasa Inggeris
sebagai bahasa yang tidak kurang pentingnya. Kita
ada Dewan Bahasa dan Pustaka, yang telah
berjaya melaksanakan program pengauditan
bahasa selain melonjakkan penerbitan buku ilmiah
melalui Program Penerbitan Berpakej dalam ratusan
bidang ilmu untuk manafaat pelbagai golongan
42
rakyat. Saya ucapkan syabas dan tahniah di atas
segala usaha ini.
44. Namun begitu, satu lagi usaha yang patut kita
fikir-fikirkan bersama kalau kita benar-benar ingin
menjadikan bahasa kita sebagai bahasa ilmu yang
tinggi seperti Negara Jepun, Korea, China malahan
Indonesia ialah usaha penterjemahan. Saya melihat
kita masih ketinggalan dalam usaha menterjemah
buku/bahan/karya bermutu dari luar ke dalam
bahasa kita, bahasa Melayu/bahasa Malaysia. Oleh
yang demikian, saya ingin melihat agar usaha
penterjemahan penerbitan dan karya dari bahasa
asing, khususnya Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa
Malaysia dilipat-gandakan. Selain itu, saya juga
menggesa pensyarah dan penyelidik di university
menerbitkan hasil kajian dan menyampaikan kuliah
didalam Bahasa Malaysia sebagai usaha
memperkasakan BM sebagai bahasa ilmu.
43
TIMSS 2014 dan PISA 2015
45. Pentaksiran TIMSS dan PISA merupakan satu
topik pendidikan yang agak hangat diperkatakan
mutakhir ini, biar di Malaysia ataupun forum
antarabangsa. Analisis mendalam dan juga
penyediaan secara berstruktur amat perlu agar
Malaysia dapat memperbaiki kedudukan, dan pada
masa yang sama elemen Kemahiran Berfikiran Aras
Tinggi (HOTS/KBAT) yang merupakan elemen
penting didalam pentaksiran PISA diterapkan
secara sistematik didalam kurikulum kebangsaan.
Untuk makluman semua, minggu lepas saya
berpeluang untuk berbincang dengan Dr Andreas
Schleicher dari OECD yang merupakan antara
pengasas TIMSS dan PISA bagi memahami dengan
lebih mendalam kedua-dua penanda-aras tersebut.
Saya juga difahamkan terdapat beberapa sekolah di
44
Malaysia yang telah mencapai skor ataupun
prestasi setaraf dengan sekolah-sekolah terbaik
didunia. Dengan ini saya ingin mengarahkan agar
KPM melihat dengan lebih mendalam faktor-faktor
yang menyumbang kepada kejayaan sekolah-
sekolah ini sehingga mencapai prestasi sedemikian.
Selain itu,semua warga guru, malah pegawai
Kementerian sendiri perlu memahami apakah itu
KBAT. Melalui usaha bersepadu ini, saya yakin
Malaysia mampu melonjakkan kedudukan kita
didalam kedudukan PISA yang akan datang, insha
Allah.
Profisiensi Guru-Guru Bahasa Inggeris
Sidang hadirin yang dihormati sekelian,
46. Tumpuan pada tahun 2014 juga akan
diberikan kepada peningkatan profisiensi guru-guru
45
Bahasa Inggeris. Usahasama telahpun dijalankan
dengan University of Cambridge dalam kajian garis
asas (baseline) dan penandaarasan di institusi
pendidikan serta untuk melaksanakan amalan
terbaik (best practice) didalam bilik darjah. Kita
sedar bahawa isu penguasaan Bahasa Inggeris di
kalangan murid-murid kita menjadi polemik yang
hebat dewasa ini. Laporan awal dari Cambridge
memperlihatkan taraf profisiensi Bahasa Inggeris
murid dan juga guru boleh dipertingkatkan dan
usaha dilipat-gandakan. Hasil daripada kajian ini
dan juga cadangan-cadangan yang akan
dikemukakan oleh Majlis Penarafan Standard
Bahasa Inggeris, satu halatuju (roadmap) profisiensi
Bahasa Inggeris akan dihasilkan menjelang bulan
April 2014.
Transformasi Pendidikan Islam
46
47. Melalui PPPM 2013-2025, aspek kerohanian
juga ditekankan bagi menjana modal insan
berakhlak mulia. Justeru, Transformasi Kurikulum
Pendidikan Islam digubal dengan mewujudkan
Kurikulum Dini dan Kurikulum Tahfiz sebagai
Kurikulum Kebangsaan ke arah melahirkan murid
yang seimbang dalam mata pelajaran berasaskan
dalil naqli dan aqli. Pendaftaran Sekolah Agama
Negeri dan Sekolah Agama Rakyat sebagai
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan jelas
membuktikan bahawa KPM komited untuk
mengangkat martabat pendidikan Islam di negara
ini.
48. Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat
(JKP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
pada tahun lepas telah bersetuju dengan cadangan
menjadikan Kurikulum Bersepadu Dini dan
Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBDKBT) yang
47
berteraskan ilmu agama dan bahasa Arab sebagai
Kurikulum Kebangsaan. KBDKBT sebagai
Kurikulum Kebangsaan adalah bagi memantapkan
pelaksanaan kurikulum tersebut dalam arus
perdana ke arah melahirkan murid yang seimbang
dan cemerlang dalam mata pelajaran berasaskan
dalil naqli dan aqli untuk menyediakan generasi
ulama pelapis serta cendekiawan Islam yang serba
boleh pada masa akan datang.
Program Transformasi Daerah
49. 2014 akan menyaksikan pelaksanaan
Program Transformasi Daerah di seluruh
negara. Seperti yang diumumkan awal tadi,
kejayaan pencapaian program rintis ini telah
diterjemahkan melalui peningkatan dalam
keputusan UPSR dan PMR di Sabah dan Kedah.
Walau bagaimanapun, kejayaan perlu juga kita ukur
48
dari segi tahap kepimpinan, cara bekerja,
akauntabiliti, efikasi dan sejauh mana kelangsungan
usaha ini dapat diteruskan. Saya suka melihat
Program Transformasi Daerah ini sebagai langkah
awal dalam proses penstrukturan semula
Kementerian secara menyeluruh.
PEMBANGUNAN SEKTOR PENGAJIAN TINGGI
50. Didalam memperkasakan kualiti dan mutu
hasil penyelidikan dan penerbitan berimpak tinggi,
saya yakin ini dapat direalisasikan melalui beberapa
inisiatif ataupun pendekatan. Diantaranya adalah
dengan memanfaatkan jaringan university-universiti
penyelidikan utama di Malaysia (Malaysian
Research Universities Network, MRUN) agar
kepakaran kerja and sumber mereka digabungkan
supaya kualiti penyelidikan dapat diperkuatkan
kearah standard antarabangsa. Selain dari itu,
49
program RACE wajar dipergiatkan lagi dalam
membantu universiti-universiti bukan penyelidikan
kearah penerbitan berimpak tinggi melalui
perkongisan kepakaran dan pengalaman diantara
penyelidik-penyelidik. Saya juga difahamkan
bahawa naib-naib canselor universiti telah bersetuju
untuk mewujudkan KPI baru yang menggalakan
penerbitan dalam kalangan pelajar pasca-siswazah
(postgraduate) melalui beberapa kluster kawasan
(regional clusters) yang diwujudkan.
51. Sehingga kini, Kementerian telah mengiktiraf
tujuh Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi
(HiCoE) yang menjadi pemangkin kepada
kecemerlangan selepas Universiti Penyelidikan
untuk menjana teknologi baru di dalam bidang nic
masing-masing. Penarafan ini adalah antara insiatif
Kementerian dalam memastikan Pusat
Kecemerlangan Pengajian Tinggi menuju ke
50
arah satu entiti penyelidikan asas yang dirujuk
dan disanjung dalam bidang berkaitan pada
peringkat antarabangsa. Melalui penarafan ini
juga, kolaborasi Pusat Kecemerlangan Pengajian
Tinggi dengan institusi bertaraf antarabangsa
khususnya akan dapat dipergiat dan dipertingkatkan
bagi melaksanakan penyelidikan yang berkualiti
tinggi dan dapat dimanfaatkan oleh negara.
Beberapa bidang telah dikenalpasti didalam inisiatif
ini termasuklah pembangunan kuasa tenaga solar,
menghasilkan biomarker kanser, membangunkan
profil genom, pemulihan dadah, teknoloji vaksin dan
diagnostik dan lain-lain.
52. Sehubungan itu, bagi tahun ini, 9 lagi pusat
kecemerlangan IPT dijangka akan diiktiraf sebagai
HiCoE dan ianya tertakluk kepada beberapa
penilaian akhir yang sedang dijalankan.
Kementerian telah mensasarkan 20 HiCoE
51
menjelang tahun 2020 berdarkan Pelan Strategik
Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Oleh yang
demikian, peruntukan sebanyak RM27 juta ringgit
disediakan pada tahun 2014 bagi menjana aktiviti
akademik, penyelidikan dan pembelajaran yang
berkualiti tinggi, selain perolehan peralatan makmal
terkini ke arah mendapatkan pengiktirafan/akreditasi
seperti Good Laboratory Practice (GLP), ISO17025.
Sehubungan itu, adalah wajar kecemerlangan
program penyelidikan negara diteruskan dan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan terus
menjadi peneraju penyelidikan fundamental
(Champion of Fundamental Research) dalam
Negara. Perkongsian pengalaman dan
pengetahuan dengan kepakaran daripada institusi
terkemuka antarabangsa melalui Cawangan
Kampus Luar Negara di Malaysia akan memberi
peluang kepada penyelidik tempatan untuk
menimba ilmu dan pengalaman secara langsung
52
dan seterusnya dapat meningkatkan mutu dan
tahap penyelidikan pada masa akan datang melalui
program seperti post doctorate.
53. Fungsi dan peranan kolej komuniti dan
politeknik dan seterusnya rangkaian Universiti
Teknikal Malaysia (MTUN) juga amat penting dalam
menjana tenaga pakar teknikal didalam bidang-
bidang utama ekonomi Negara yang bercorak
praktikal (hands-on). Ini jelas kerana pasaran
tenaga buruh Malaysia menjelang 2020
memerlukan lebih ramai tenaga seperti ini. Ini
termasuklah beberapa sektor didalam bidang
keberhasilan utama ekonomi negara (NKEA) seperti
pembuatan, pelancongan dan elektronik. Selain itu
inisiatif seperti Pendidikan Islam Sepanjang Hayat
yang akan dipelopori oleh Kolej Komuniti dan juga
pengambilan pelajar-pelajar lepasan kolej
vokasional ke dalam politeknik harus diperluaskan.
53
Kementerian maklum penubuhan Malaysian Board
of Technologies masih dibincangkan diperingkat
Kementerian terbabit dan kita mengharapkan
sesuatu yang positif dapat dicapai pada tahun ini
yang akan member manfaat kepada graduan-
graduan MTUN dalam bidang kejuruteraan,
teknologi, politeknik dan lain-lain yang berkaitan.
54. Bagi melengkapkan ekosistem inovasi dalam
universiti, semua Institusi Pengajian Tinggi Awam
perlu memastikan polisi dan framework bagi
memperkasakan kegiatan pemindahan teknologi
yang efisien diwujudkan. Ini sangat penting untuk
memastikan aktiviti pemindahan teknologi dan
pengkomersilan hasil R&D di universiti berjalan
dengan lancar. Pejabat Pemindahan Teknologi
(Technology Transfer Office) perlu diperkasakan
sebagai salah satu entiti yang utama dalam
organisasi universiti pada masa kini. Dalam usaha
54
ini kita menggalakan pengarah-pengarah pusat
pemindahan teknologi mencari jalan untuk
mempertingkatkan lagi kredibiliti dan kapasiti
pejabat ini.
Perbelanjaan Berhemah
55. Tidak dapat dinafikan dalam mana-mana
usaha transformasi sumber kewangan merupakan
faktor yang penting untuk melaksanakan inisiatif
yang dirancangkan. Walaupun begitu, Kementerian
sangat berhati-hati dalam aspek kewangan ini dan
selaras dengan langkah penjimatan kerajaan, usaha
akan ditumpukan kepada perbelanjaan secara
berhemah, dengan memberi fokus kepada
memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap
ringgit seperti yang dinyatakan dalam Anjakan 10
PPPM. Setiap program yang dilancar oleh
Kementerian akan dihubungkan dengan sasaran
55
khusus yang berkaitan dengan keberhasilan murid.
Pihak Kementerian, JPN dan PPD akan
menjalankan kajian semula tahunan untuk menilai
kejayaan program bagi memenuhi sasaran ini.
Pemberian dana untuk tahun berikutnya akan
bergantung pada peningkatan hasil yang
ditunjukkan. Peruntukan kepada SJKC/SJKT,
SABK, SBP akan diteliti dan diagihkan secara adil
dan saksama. Saya turut menyedari telah berlaku
ketirisan dana berkaitan dengan pengagihan yang
memberi kesan negatif kepada kualiti kerja dan
projek disamping isu „value for money‟ didalam
perolehan dan perbelanjaan. Oleh itu. teguran dan
cadangan didalam laporan Ketua Audit Negara
2013 mesti diambil kira dan langkah-langkah
penambahbaikan mesti diambil pada kadar segera
56
Tuan-tuan dan puan-puan sekelian,
Lain-lain
56. Usaha ini selaras dengan Transformasi
Penyampaian Perkhidmatan Awam yang telah
dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Negara pada
tahun lepas. Kementerian Pendidikan merupakan
antara Kementerian yang berada di barisan
hadapan program transformasi ini dengan fokus
diberikan kepada 3 bidang yang memberi impak
secara langsung kepada masyarakat iaitu Program
Transformasi Daerah, Program Pemindahan Ilmu
Sektor Pengajian Tinggi dan Infrastruktur Asas.
Bagi memastikan pembangunan infrastruktur yang
mantap untuk semua institusi pendidikan,
Kementerian telah menetapkan semua institusi
mencapai sekurang-kurangnya keperluan asas yang
penting untuk persekitaran yang selamat, bersih
57
serta kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.
Untuk mencapai tujuan ini saya mencadangkan
supaya ditubuhkan Pasukan Petugas Audit
Pelaksanaan Perolehan dan Pembangunan
Fizikal supaya usaha berterusan dapat dijalankan
bagi memantau prestasi infrastruktur asas yang
dihasratkan.
57. Semua usaha ini perlu dijalankan secara
bersepadu dan dalam satu pasukan di bawah
1Agenda Kementerian. Setiap sektor dan bahagian
perlu berusaha dengan lebih berfokus bagi
mamastikan keberhasilan dapat dicapai. Bagi
memantapkan usaha penyampaian Kementerian
saya mencadangkan peranan Majlis Penasihat
Pendidikan Kebangsaan disusun semula agar
lebih proaktif dengan menjemput pemimpin
masyarakat terkemuka untuk memberi maklum
58
balas kepada saya, dari segi dasar dan
pelaksanaan PPPM dan PSPTN selepas ini.
PENUTUP
58. Sepanjang tahun ini, pelaksana inisiatif PPPM
telah melalui pelbagai ranjau, onak dan duri untuk
merealisasikan aspirasi pendidikan negara. Kita
sedar betapa pentingnya peranan Kementerian
bagi menentukan hala tuju modal insan negara
pada masa depan. Tidak ada perkara yang mustahil
untuk menjayakan inisiatif sekiranya kita
bersatupadu untuk menjayakannya. Kejayaan ini
digembeleng dengan usaha bersungguh-sungguh
daripada semua pihak. Kita kini sedang
menyediakan modal insan untuk masa kini dan
masa hadapan, dan cabaran yang akan mereka
lalui bukanlah kecil. Warga pendidik perlu sedar
bahawa kerjaya yang akan mereka hadapi belum
59
lagi wujud pada masa ini. Teknologi yang akan
mereka tempuhi tidak dapat kita bayangkan pada
waktu ini. Apakah pengetahuan dan kemahiran
yang perlu kita sediakan untuk mereka pada 2025
nanti? Jawapan dan langkah pelaksanaannya
sudahpun kita sediakan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan Pelan Strategik
Pengajian Tinggi Negara 2007-2020.
59. PPPM sudahpun mendapat pengiktirafan
antarabangsa dan diberi penghormatan oleh pihak
UNESCO untuk mengadakan pameran pada bulan
November 2013. Negara-negara seperti Trinidad
dan Tobago, Bhutan dan beberapa negara Timur
Tengah sudahpun menyatakan hasrat untuk
mencontohi usaha kita menghasilkan Pelan
Pembangunan Pendidikan. Ini merupakan satu
motivasi kepada kita untuk memastikan yang kita
tidak boleh gagal dalam usaha transformasi ini. Kita
60
tidak seharusnya lalai dan leka kerana perjalanan
transformasi ini masih panjang dan mencabar.
Sesungguhnya, jangkamasa setahun ini hanyalah
permulaan, namun ini adalah satu permulaan yang
memberangsangkan kerana berkat kerjasama
daripada semua warga pendidikan, kita diiktiraf di
peringkat antarabangsa dan menjadi peneraju
kepada Program Transformasi Perkhidmatan
Awam. Saya yakin pengiktirafan yang serupa juga
akan dicapai selepas kita menjajarkan PPPM
bersama PSPTN yang akan memberikan gambaran
yang lebih lengkap kepada aspirasi dan matlamat
sistem ekosistem negara secara keseluruhan.
60. Saya amat sedar, pelbagai kritikan telah
dilontarkan kepada Kementerian tentang prestasi
pendidikan di Negara ini. Segala teguran,
perbezaan pendapat dan cadangan ini harus kita
terima dengan hati dan fikiran yang terbuka kerana
61
saya pasti ia terbit daripada niat dan hasrat yang
ikhlas untuk meningkatkan kualiti pendidikan
Negara. Saya percaya, setiap individu dalam
Negara ini mahukan sistem pendidikan terbaik demi
menghasilkan modal insan yang mampu menangani
cabaran dan bersaing di peringkat global tetapi
masih lagi berpegang teguh kepada agama, nilai
dan identiti nasional. Saya amat bersyukur kerana
Kementerian tidak bersendiri dalam usaha
merealisasikan aspirasi PPPM ini. Sejak Majlis
Dialog Nasional Pendidikan Negara diadakan,
masyarakat telah menunjukkan keprihatinan yang
tinggi terhadap segala usaha yang dilaksanakan
oleh Kementerian. Sekali lagi izinkan saya
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
semua ibu bapa dan penjaga, AJK PIBG, pemimpin
masyarakat, komuniti, pertubuhan bukan kerajaan,
GLC dan sektor swasta yang telah sama-sama
62
memberikan sumbangan yang tidak ternilai dalam
menjayakan agenda bersama ini.
61. Saya juga sedar ada pihak diluar yang
inginkan usaha kita tidak mencapai hasratnya atau
gagal, ada yang telah menyatakan usaha ini
memerlukan satu keajaiban ataupun „miracle‟ untuk
dicapai, ada yang telah berpendapat agar KPM
merendahkan sasaran atau target kerana tidak
„realistik‟. Ataupun mungkin pihak-pihak tertentu
tidak membaca dan memahami isi kandungan
PPPM tersebut? Ini bukan soal kerajaan terlalu
bercita-cita tinggi atau „being too ambitious‟ hendak
mencapai sasaran dengan gopoh dan cepat.
62. PPPM adalah bukti bahawa kerajaan telah
meletakkan aspirasi yang tertinggi dan terbaik untuk
anak-anak kita tidak kira bangsa, agama, latar
belakang. Anak-anak kita berhak untuk menerima
63
pendidikan terbaik dan ini semua kerajaan telah
nyatakan dengan jelas didalam PPPM. Cara dan
kaedah kearah itu sudah diteliti dan sedang
dilaksanakan pada masa ini.
63. Saya percaya tidak ada yang akan berubah
sehingga perubahan berlaku secara langsung
didalam bilik darjah dan ini bermula dengan guru-
guru dan kepimpinan sekolah. Jadi saya berharap
kesemua yang hadir didalam perutusan ini tidak
akan pulang ke pejabat masing-masing dan
berfikir/bekerja secara „biasa‟ ataupun business as
usual. Ini mesti ditonjolkan disemua peringkat; Dato
KSU, KSUII, Barisan Ketua-Ketua Pengarah,
Timbalan Ketua Pengarah, SUB, Pengarah,
Pengetua, Guru Besar dan semua pentadbir,
adakah kita semua seiring dan sejiwa didalam
memenuhi hasrat rakyat dan komited ke arah masa
depan anak-anak kita?
64
64. Tugas ini bukan lah sesuatu yang mudah –
wawasan telah direncanakan, hala tuju telah
diperjelaskan, tugas dan tanggungjawab telah
diagihkan dan kini inisiatif perlu terus dilaksanakan.
Iltizam dan komitmen warga pendidikan telah
dibuktikan dan sasaran yang ditetapkan pada tahun
pertama telah pun dicapai. Kita akan terus
melaksanakan sasaran yang telah dimeterai dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dan
Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara demi
meningkatkan kecemerlangan sistem pendidikan
negara.
65. Transformasi pendidikan ini adalah legasi
negara yang bukan sahaja melibatkan pelajar hari
ini tetapi juga seluruh anak bangsa pada masa akan
datang. Marilah kita berikrar, walau apapun
rintangan yang bakal ditempuhi, kita perlu
65
memastikan bahawa segala perencanaan ini tidak
akan gagal di pertengahan jalan. Segala cabaran
dan halangan perlulah kita tangani dengan
bijaksana. Saya yakin dengan iltizam yang kuat dan
kerjasama semua pihak serta niat yang ikhlas,
insyaAllah usaha kita akan diberkati, insyaAllah kita
boleh mencapai aspirasi kita.
Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah wassalam wbt
dan Salam sejahtera.