3
KEBERKESANAN E-PEMBELAJARAN Oleh: Nor Zakaria bin Wahi (M2014100724) Menurut Md. Aminul Islam, et al. (2010) dalam kajian yang bertajuk Factors Affecting E-Learning Effectiveness in a Higher Learning Institution in Malaysia mendapati bahawa keberkesanan e-pembelajaran adalah dipengaruhi secara signifikan oleh pembolehubah bebas seperti reaksi dan kepuasan, hasil pembelajaran dan pencapaian dan kebiasaan dengan teknologi pembelajaran dalam talian. Penyertaan dan interaksi tidak mempunyai pengaruh ketara ke atas keberkesanan e-pembelajaran kerana interaksi bersemuka dalam sistem pengajaran tradisional adalah lebih penting dalam proses pembelajaran. Salah satu sebab untuk kepuasan penggunaan e-pembelajaran adalah kerana pelajar-pelajar ini mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan teknologi secara umum. Pembelajaran dengan menggunakan komputer dan Internet bermaksud bahawa ia adalah gabungan pembelajaran tentang bahan sumber e-pembelajaran dan kemahiran menggunakannya. Apabila pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap teknologi, kemungkinan ini akan membawa kepada kejayaan pembelajaran dan faktor ini adalah penting dalam menentukan kepuasan pelajar dalam menggunakan bahan e-pembelajaran (Rashidah et al., 2012). Implikasi e-pembelajaran merujuk kepada bahan pembelajaran yang berkualiti, bersesuaian dan maklumat yang lengkap untuk memenuhi keperluan pelajar untuk memastikan kepuasan pengguna tanpa mengenepikan kepentingan sistem yang boleh dipercayai dan boleh diakses. Jika penggunaan sistem adalah rendah disebabkan kepuasan pengguna yang rendah, pelaksanaan sistem e-pembelajaran adalah dianggap tidak berjaya memandangkan kos pelaburan yang tinggi yang terlibat dalam membangunkan dan mengekalkan sistem e-pembelajaran. Sumber maklumat tidak lengkap dan tidak boleh diakses oleh pelajar boleh menjejaskan kualiti sistem dan seterusnya memberi kesan kepada kepuasan pengguna dan dengan itu memberi kesan terhdap kejayaan pelaksanaan sistem e- pembelajaran (Ramayah & Wai, 2012).

Ulasan keberkesanan e-pembelajaran - 2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Ulasan keberkesanan e-pembelajaran - 2

KEBERKESANAN E-PEMBELAJARAN

Oleh: Nor Zakaria bin Wahi (M2014100724)

Menurut Md. Aminul Islam, et al. (2010) dalam kajian yang bertajuk ‘Factors Affecting

E-Learning Effectiveness in a Higher Learning Institution in Malaysia’ mendapati bahawa

keberkesanan e-pembelajaran adalah dipengaruhi secara signifikan oleh pembolehubah bebas

seperti reaksi dan kepuasan, hasil pembelajaran dan pencapaian dan kebiasaan dengan teknologi

pembelajaran dalam talian. Penyertaan dan interaksi tidak mempunyai pengaruh ketara ke atas

keberkesanan e-pembelajaran kerana interaksi bersemuka dalam sistem pengajaran tradisional

adalah lebih penting dalam proses pembelajaran.

Salah satu sebab untuk kepuasan penggunaan e-pembelajaran adalah kerana pelajar-

pelajar ini mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan teknologi secara umum.

Pembelajaran dengan menggunakan komputer dan Internet bermaksud bahawa ia adalah

gabungan pembelajaran tentang bahan sumber e-pembelajaran dan kemahiran menggunakannya.

Apabila pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap teknologi, kemungkinan ini akan

membawa kepada kejayaan pembelajaran dan faktor ini adalah penting dalam menentukan

kepuasan pelajar dalam menggunakan bahan e-pembelajaran (Rashidah et al., 2012).

Implikasi e-pembelajaran merujuk kepada bahan pembelajaran yang berkualiti,

bersesuaian dan maklumat yang lengkap untuk memenuhi keperluan pelajar untuk memastikan

kepuasan pengguna tanpa mengenepikan kepentingan sistem yang boleh dipercayai dan boleh

diakses. Jika penggunaan sistem adalah rendah disebabkan kepuasan pengguna yang rendah,

pelaksanaan sistem e-pembelajaran adalah dianggap tidak berjaya memandangkan kos pelaburan

yang tinggi yang terlibat dalam membangunkan dan mengekalkan sistem e-pembelajaran.

Sumber maklumat tidak lengkap dan tidak boleh diakses oleh pelajar boleh menjejaskan kualiti

sistem dan seterusnya memberi kesan kepada kepuasan pengguna dan dengan itu memberi kesan

terhdap kejayaan pelaksanaan sistem e-pembelajaran (Ramayah & Wai, 2012).

Pemilihan bahan di dalam pembelajaran memainkan peranan penting dalam menarik

minat pelajar untuk menggunakan e-pembelajaran. Menurut Fatimah Hassan et al. (2010)

Page 2: Ulasan keberkesanan e-pembelajaran - 2

menyatakan penggunaan bahan multimedia memainkan peranan penting dalam mempengaruhi

keberkesanan e-pembelajaran. Nilai min pelajar terhadap setiap strategi yang digunakan dalam

pembangunan bahan multimedia e-pembelajaran yang disediakan mencatatkan nilai lebih

daripada 3.5. Ini menunjukkan bahawa strategi yang digunakan dalam bahan multimedia

e-pembelajaran yang disediakan untuk kursus-kursus yang mendapat persepsi yang lebih tinggi

daripada pelajar-pelajar.

Rujukan

Fatimah Hassan, Hasmawati Hassan, Norziani Dahalan, Zuraini Zakaria & Wan Asna Wan

Mohd Nor (2010). Effective e-learning multimedia material in distance education: the

students/learners perception. Malaysian Journal of Distance Education, 12(1), 35-52.

Retrieved April 6, 2015 from http://mjde.usm.my/vol12_1_2010/mjde12_1_3.pdf

Md. Aminul Islam, Chuthamas Chittithaworn, Ahmad Zulhusny Rozali & Hee Liang (2010).

Factors affecting e-learning effectiveness in a higher learning institution in Malaysia. Jurnal

Pendidikan Malaysia, 35(2), 51-60. Retrieved April 6, 2015 from http://www.ukm.my/

jurfpend/Jilid%2035%281%29,%202010/Bab%204.1.pdf

Ramayah, T., Wai, J.C.L. (April 2012). System characteristics, satisfaction and e-learning usage:

a Structural Equation Model (SEM). The Turkish Online Journal of Educational Technology,

11(2). Retrieved April 8, 2015 from http://www.tojet.net/articles/v11i2/11221.pdf

Page 3: Ulasan keberkesanan e-pembelajaran - 2

Rashidah Rahamat, Parilah M. Shah, Rosseni Din, Sharifah Nor Puteh, Juhaida Abd. Aziz,

Helmi Norman, M. Amin Embi (2012). Measuring learners’ perceived satisfaction towards

e-learning material and environment. WSEAS transactions on advances in engineering

education, 9(3). Retrieved April 9, 2015 from http://www.wseas.org/multimedia/

journals/education/2012/55-355.pdf