Upload
mokhtar
View
7.987
Download
14
Embed Size (px)
Citation preview
R1001 / UNIT 4/ 1 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL
Objektif am :
· Mengetahui Etika dan Protokol majlis rasmi.
· Mengamalkan Etika dan Protokol ketika menghadiri majlis.
Objektif khusus :
Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-
Ø mentakrifkan maksud Etika dan Protokol.
Ø mengetahui protokol-protokol untuk menghadiri majlis rasmi
Ø mengetahui dan mengamalkan etika dimeja makan.
UNIT 4
OBJEKTIF
PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL
Click h
ere to
buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.comClic
k here
to buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.com
R1001 / UNIT 4/ 2 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL
4.1 DEFINISI PROTOKOL DAN ETIKA SOSIAL
Protokol merupakan perkataan yang berasal Yunani iaitu protokollen yang
menggabungkan dua perkataan iaitu protos yang membawa maksud yang
pertama dan perkataan koiI yang bermaksud pelekat
Protokol merupakan etika dan tatasusila yang harus dipatuhi dalam perlaksanaan
upacara-upacara tertentu berhubung dengan susunan keutamaan dalam pangkat
dan status seseorang.
Etika merupakan perkataan yang berasal dari Greek iaitu ethos yang membawa
maksud satu bidang kajian yang dapat berfungsi sebagai penentu kepada
perlakuan seseorang.
Etika sosial yang hendak disampaikan dalam modul ini merupakan satu tingkah
laku dan sopan santun yang seharusnya anda lakukan untuk berinteraksi dengan
individu atau masyarakat sekeliling anda. Ia melibatkan amalan tingkah laku,
budi pekerti, imej serta keyakinan diri yang baik yang diiktiraf dan diamalkan
dalam masyarakat sama ada dalam majlis rasmi atau bukan rasmi.
INPUT
Click h
ere to
buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.comClic
k here
to buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.com
R1001 / UNIT 4/ 3 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL
4.2 TATASUSILA DAN KELAKUAN
Tatasusila atau adab tertib merupakan punca pengenalan peribadi seseorang.
Tidak semua tatasusila orang barat itu sesuai dengan orang timur terutamanya
yang beragama Islam.
4.2.1 Tatacara majlis rasmi
Majlis rasmi boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu:
i. Peringkat antarabangsa
ii. Peringkat Kebangsaan
iii. Peringkat Negeri
iv. Peringkat Daerah
v. Peringkat Agensi. (Kementerian, Jabatan, Swasta dan sebagainya)
Di peringkat persekutuan, semua majlis rasmi kerajaan dikelolakan oleh
sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Majlis Rasmi.
Apa yang akan diperbincangkan dalam modul ini adalah asas-asas kepada
tatacara majlis rasmi agar anda tidak terpinga-pinga atau kekok apabila
menghadir majlis rasmi.
a) Tatacara menghadiri majlis
Tetamu-tetamu bagi majlis rasmi biasanya diundang menggunakan kad
jemputan. Tanggunjawab anda sebagai tetamu bagi sesuatu majlis rasmi
adalah bermula daripada hari penerimaan kad jemputan dan berakhir
Click h
ere to
buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.comClic
k here
to buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.com
R1001 / UNIT 4/ 4 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL
apabila anda meninggalkan majlis tersebut. Oleh itu, sekiranya anda
menerima kad jemputan bagi sesuatu majlis rasmi, adalah menjadi
tanggungjawab anda untuk melakukan perkara-perkara berikut:
i. Anda hendaklah membaca kad jemputan dengan teliti. Perhatikan
apakah kad jemputan tersebut perlu dijawab atau disediakan pelekat
kenderaan.
ii. Telitilah tujuan jemputan dan jenis majlis yang akan diadakan. Adakah
ia majlis rasmi ataupun tidak rasmi. Ini adalah penting untuk
menentukan jenis pakaian yang hendak dipakai sekiranya kad
jemputan tersebut tidak menyatakan jenis pakaian yang patut dipakai.
iii. Pastikan tarikh, hari, masa dan tempat majlis hendak diadakan.
iv. Tentukan jenis pakaian yang hendak dipakai. Pada kebiasaannya kad
jemputan ada menyatakan jenis pakaian yang perlu dipakai
tetamunya.
v. Buat keputusan sama ada anda hendak hadir atau tidak pada majlis
tersebut. Jawablah segera jemputan tersebut untuk memudahkan
penganjur majlis menentukan bilangan tetamu keseluruhannya.
b) Tatacara pergaulan sosial
Pergaulan sosial merupakan pengenalan peribadi seseorang iaitu samada
beliau seorang yang hidup dalam suasana sopan santun atau pun hanya
seorang yang jahil dan kurang kesopanan.
Click h
ere to
buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.comClic
k here
to buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.com
R1001 / UNIT 4/ 5 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL
Memperkenalkan seseorang
i. Orang yang penting kepada orang yang kurang lebih penting
Anda memperkenalkan orang yang kurang penting kepada orang yang
lebih penting. Misalnya anda mempunyai seorang kawan yang ingin
berkenalan dengan ketua anda. Anda bersetuju memperkenalkannya
kepadanya. Ini bermakna kawan anda itu adalah orang yang
diperkenalkan dan ketua anda adalah orang yang menerima
perkenalan.
ii. Yang berpangkat rendah kepada yang berpangkat tinggi
Jika kedua-dua orang yang hendak dikenalkan diketahui pangkatnya
maka hendaklah orang yang lebih rendah pangkatnya diperkenalkan
kepada orang yang lebih tinggi pangkat. Misalnya memperkenalkan
seorang penolong setiausaha kepada setiausaha bahagian walaupun
mereka bukan dalam satu kementerian
iii. Yang muda kepada yang tua
Perkenalan seorang yang lebih muda usianya kepada seorang yang
lebih tua usianya, berlaku dalam lingkungan kekeluargaan. Sebagai
contoh apabila seseorang memperkenalkan rakannya kepada bapanya
ataupun anda hendak memperkenalkan rakan anda kepada bapa anda.
Dalam situasi ini bapa dianggap sebagai orang yang tua dan dengan
itu dia merupakan orang yang menerima perkenalan.
iv. Lelaki kepada perempuan
Perkenalan seorang lelaki kepada seorang perempuan. Ini dilakukan
dengan cara menyebut nama perempuan yang berkenaan terlebih
dahulu barulah disebut nama lelaki. Walau bagaimanapun sekiranya
Click h
ere to
buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.comClic
k here
to buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.com
R1001 / UNIT 4/ 6 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL
lelaki itu orang ternama atau mempunyai kedudukan tinggi, peraturan
ini dikecualikan. Dalam keadaan ini nama orang yang ternama terlebih
dahulu disebut sebagai tanda menghormatinya.
Perilaku dan lafaz perkenalan
“Benarkan saya perkenalkan encik……………..”
Sebutkan nama penuh orang yang diperkenalkan.
Perkenalkan hanya apabila orang yang ditanya itu setuju.
Perempuan yang diperkenalkan boleh tetapi tidak perlu menghulurkan
tangan.
Perempuan yang duduk tidak perlu berdiri. Tanda ‘acknowledgement’
dengan menunduk kepala dan senyum manis sudah mencukupi.
Boleh minta sahabat yang memang kenal orang yang hendak dikenali
memperkenalkan diri.
Bagi orang Melayu, perempuan tidak diperkenalkan kepada lelaki
melainkan oleh suami ataupun bapa perempuan sendiri.
Perempuan Melayu tidak perlu berjabat tangan dengan lelaki, hanya perlu
tundukkan kepala sahaja.
Umur merupakan faktor yang penting. Yang muda akan diperkenalkan
dahulu kecuali dalam kes keluarga diraja, yang bukan keluarga diraja
diperkenalkan dahulu. Gunakan gelaran jika ada seperti Yang Mulia, Yang
Berbahagia, Yang Berhormat, Tuan Haji dan sebagainya.
Click h
ere to
buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.comClic
k here
to buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.com
R1001 / UNIT 4/ 7 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL
Tingkah-laku di Majlis.
i. Lelaki buka pintu kereta.
ii. Lelaki menarik dan menolak kerusi.
iii. Berbaris untuk mengambil makanan.
iv. Berbahasa sopan.
v. Jangan goyang kaki/makan chewing gum.
vi. Jangan menyampuk/mencelah perbualan.
vii. Jangan gigit kuku, korek telinga, hidung dan merokok.
viii. Jangan memakai bedak di khalayak ramai.
ix. Jangan bercakap dengan mulut penuh.
x. Jangan berlaga sudu dan garpu.
xi. Jangan meninggalkan sudu di dalam gelas
xii. Jangan letak siku di atas meja.
xiii. Bawa makanan ke mulut dan bukan sebaliknya.
xiv. Letakkan napkin di atas peha, bukan di kolar.
xv. Jika datang berpasangan, perempuan hendaklah masuk dahulu.
xvi. Jika membawa anak, yang muda mengikuti di belakang.
xvii. Jika memakai baju luar (cloak), hendaklah di tanggalkan dan di letak di
bilik kecil yang disediakan atau diserah kepada butler.
xviii. Biasanya ada bilik untuk tetamu membersihkan diri dan berhias
sebelum masuk dewan.
c) Tatacara menjadi pengacara majlis
Juruacara dalam sesuatu majlis hendaklah terdiri daripada mereka yang
berkebolehan dalam bidang ini. Tidak semua orang boleh menjadi juruacara
yang baik. Juruacara adalah berperanan untuk memaklumkan kepada
tetamu apa yang akan berlaku mengikut urutan majlis. Juruacara tidak
Click h
ere to
buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.comClic
k here
to buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.com
R1001 / UNIT 4/ 8 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL
semestinya Pengerusi Majlis tetapi Pengerusi Majlis boleh menjadi
juruacara. Sebaiknya setiap majlis disediakan dua orang juruacara. Teks
ucapan bagi juruacara hendaklah ditaip dengan menggunakan separuh dari
kertas A4 dan satu muka hanya dimuatkan dengan satu pengumuman
sahaja.
Sekiranya anda menjadi juruacara untuk sesuatu majlis, pastikan anda
mengetahui agenda atau turutan majlis dari permulaan sehingga majlis
tamat. Pastikan anda membuat teks ucapan yang penuh. Teks anda perlu
dipatuhi sepenuhnya kecuali ada perubahan yang berlaku disaat-saat akhir.
Teks anda juga penting bagi memastikan atur cara majlis berjalan dengan
licin serta lancar
Sekiranya anda menjadi juruacara dalam majlis formal, anda tidak perlu
memulakan majlis dengan kata-kata aluan atau berjenaka atau menyebut
tetamu kenamaan yang hadir. Anda hanya perlu mengumumkan apa yang
berlaku. Tidak perlu untuk membuat ulasan dan tiada ucapan terima kasih.
Berjenaka adalah dilarang sama sekali.
Pengetahuan anda mengenai panggilan-panggilan hormat berdasarkan
gelaran turun temurun ataupun jawatan yang disandang akan memudahkan
anda apabila untuk membuat pengumunan atau menyemput seseorang.
PANGGILAN HORMAT
PanggilanHormat Lelaki Perempuan/Isteri Panggilan
hormat
DYMM Seri Paduka BagindaYang di-Pertuan Agung
Seri Paduka BagindaRaja Permaisuri Agong DYMM
DYMM Raja Perlis Raja Perempuan DYMMKDYMM Sultan Kedah Sultanah DYMMDYMM Sultan Selangor Tengku Ampuan DYMM
Click h
ere to
buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.comClic
k here
to buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.com
R1001 / UNIT 4/ 9 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL
PanggilanHormat Lelaki Perempuan/Isteri Panggilan
hormat
DYMM Yang Dipertuan BesarNegeri Sembilan Tunku Ampuan DYMM
KDYMM Sultan Pahang Sultanah DYMMKDYMM Al-Sultan Kelantan Raja Perempuan DYMMDYMM Sultan Terengganu Tengku Ampuan Besar DYMMDYMM Sultan Johor Sultanah DYMMDYMM Sultan Perak Raja Pemaisuri DYMM
DYTM Raja Muda Selangor Isteri Raja MudaSelangor YTM
DYTM Raja Muda Perlis Raja Puan Muda YTM
KDYTM Tengku Mahkota Pahang Isteri Tengku MahkotaPahang YTM
DYTM Yang Dipertuan MudaTerengganu
Isteri Yang DipertuanMuda Terengganu YTM
DYAM Tunku Mahkota Johor Isteri Tunku Mahkota YAMDYTM Raja Muda Kedah Raja Puan Muda YTMDYTM Raja Muda Perak Raja Puan Besar DYTM
YAM Anak-anak Raja YangMemerintah
Anak-anak Raja YangMemerintah YAM
Tuan YangTerutama Yang di-Pertua Negeri Isteri Y.A.Bhg
Y.A.B Perdana Menteri Isteri Y.A.BhgY.A.B Tim. Perdana Menteri Isteri Y.A.BhgY.A.B Menteri Besar Isteri Y.A.BhgY.A.B Ketua Menteri Isteri Y.A.BhgY.B Menteri Isteri Y.BhgY.B Timbalan Menteri Isteri Y.BhgY.B Setiausaha Parlimen Isteri Y.Bhg
Y.B Yang Dipertua DewanNegara Isteri Y.Bhg
Y.B Yang Dipertua DewanRakyat Isteri Y.Bhg
Y.B Tim. Yang DipertuaDewan Negara Isteri Y.Bhg
Y.B Tim. Yang DipertuaDewan Rakyat Isteri Y.Bhg
Y.Amat Arif Ketua Hakim Negara Isteri Y.BhgY.Bhg Ketua Setiausaha Negara Isteri Y.BhgY.B Ahli Dewan Negara Isteri PuanY.B Ahli Dewan Rakyat Isteri Puan
Click h
ere to
buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.comClic
k here
to buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.com
R1001 / UNIT 4/ 10 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL
PanggilanHormat Lelaki Perempuan/Isteri Panggilan
hormat
Y.B Ahli Dewan UndanganNegeri Isteri Puan
Y.Arif Hakim Besar Isteri Y.BhgY.Arif Hakim Mahkamah Agung Isteri Y.BhgY.Arif Hakim Mahkamah Tinggi Isteri Y.BhgY.Bhg. Peguam Negara Isteri Y.Bhg
Y.Bhg. Panglima AngkatanTentera Isteri Y.Bhg
Y.Bhg Ketua Polis Negara Isteri Y.BhgY.Amat Bhg Tun Isteri Y.A.Bhg
Y.Bhg Tan Sri Isteri Y.BhgY.Bhg Dato/Datuk Isteri Y.BhgY.Mulia Tunku/Tengku Tunku/Tengku Yang MuliaY.Mulia Ungku Ungku Yang MuliaY.Mulia Ku Ku Yang MuliaY.Mulia Raja Raja Yang MuliaTuan Syed Syed Puan/CikTuan Sheikh Sheikh Puan/CikTuan Haji Hajjah Puan/Cik
SahibulSamahah Mufti - -
SahibulFadillah Kadi Besar - -
SahibulFadillah Kadi - -
d) Tatacara menjadi penyambut tetamu
Penyambut tetamu merupakan orang yang paling hadapan sekali didalam
sesuatu majlis. Sebelum majlis bermula penyambut akan menyambut
tetamu-tetamu yang datang. Sebaiknya penyambut tetamu mempunyai
perawakan yang menarik dan berpakaian kemas. Penyambut tetamu
mempunyai tanggungjawab yang besar damlam melicinkan perjalanan
majlis.
Click h
ere to
buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.comClic
k here
to buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.com
R1001 / UNIT 4/ 11 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL
Berikut ialah panduan bagi anda sekiranya anda menjadi seorang
penyambut tetamu:
i. Penyambut tetamu hendaklah mengetahui maklumat keraian yang
sedang diadakan sekurang-kurangnya tujuan keraian itu tersebut
diadakan dan masa keraian itu bermula dan berakhir mesti
diketahuinya.
ii. Penyambut tetamu hendaklah tahu susunan tempat duduk
keseluruhannya supaya senang untuk memandu atau menunjukkan
tempat-tempat duduk tetamu berkenaan.
iii. Penyambut tetamu hendaklah mengetahui tempat-tempat yang
penting yang penting seperti tandas, pintu masuk, tempat keluar dan
lain-lain.
iv. Penyambut hendaklah mahir dengan tempat-tempat dan kawasan
yang diuntukkan baginya.
v. Penyambut mestilah mempunyai ringkasan keseluruhan senarai
tetamu yang akan hadir dan sebaik-baiknya mengenali tetamu
tersebut.
vi. Selain daripada senarai kesemua tetamu yang dijemput, senarai
tetamu khas yang akan disambut
vii. Penyambut hendaklah memakai pakaian yang sempurna dan sesuai
mengikut keraian yang sedang dijalankan.
viii. Penyambut tetamu hendaklah tiba satu jam lebih awal daripada masa
tetamu dijangka tiba. Penyambut hendaklah melaporkan diri kepada
Pegawai Bertugas dan mengambil senarai tetamu. Ia hendaklah
memeriksa semua tempat duduk dan bandingkan dengan senarai
tetamu yang dikhaskan untuknya.
ix. Jika ada apa-apa pertanyaan yang dimajukan, jawablah dengan sopan.
Jika ada teguran dari tetamu yang kurang senang didengar, hendaklah
Click h
ere to
buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.comClic
k here
to buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.com
R1001 / UNIT 4/ 12 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL
mendiamkan diri sahaja tetapi ambil ingatan. Jangan sekali-kali
bertengkar dengan tetamu atau memberi maklumat yang penyambut
sendiri kurang pasti.
x. Penyambut hendaklah senyum selalu.
Click h
ere to
buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.comClic
k here
to buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.com
R1001 / UNIT 4/ 13 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL
Jawab soalan-soalan yang berikut:
4.1 Berikan definisi protokol dan etika.
4.2 Senaraikan peringkat-peringkat majlis rasmi.
4.3 Semua majlis rasmi kerajaan di peringkat persekutuan dikelolakan oleh
sebuah “Jawatankuasa” yang dikenali sebagai
A. Jawatankuasa Majlis Tidak Rasmi B. Jawatankuasa Majlis Rasmi
C. Jawatankuasa Istiadat Kerajaan D. Jawatankuasa ‘adhoc’
4.4 Perkara-perkara penting yang mesti diambil kira dalam penentuan
TEMPAT majlis adalah seperti berikut kecuali;
A. Diketahui umum dan mudah dituju
B. Mempunyai tempat letak kereta memcukupi
C. Mempunyai ruang legar yang kecil
D. Mempunyai kemudahan asas yang memcukupi
4.5 Dalam penulisan dan pengedaran kad jemputan,butir-butir berikut perlu
dinyatakan kecuali;
A. Nama Majlis B. Tempat Majlis diadakan
C. Tarikh majlis diadakan D. Senarai nama ahli Jawatankuasa
AKTIVITI 1a
· UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUTSELANJUTNYA…!
· SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DIHALAMAN BERIKUTNYA
Click h
ere to
buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.comClic
k here
to buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.com
R1001 / UNIT 4/ 14 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL
Jawapan :
4.1 Protokol merupakan etika dan tatasusila yang harus dipatuhi dalam
perlaksanaan upacara-upacara tertentu berhubung dengan susunan
keutamaan dalam pangkat dan status seseorang.
Etika merupakan perkataan yang berasal dari Greek iaitu ethos yang
membawa maksud satu bidang kajian yang dapat berfungsi sebagai
penentu kepada perlakuan seseorang.
4.2 Ada lima peringkat
i. Peringkat antarabangsa
ii. Peringkat Kebangsaan
iii. Peringkat Negeri
iv. Peringkat Daerah
v. Peringkat Agensi. (Kementerian, Jabatan, Swasta dan sebagainya)
4.3 B
4.4 C
4.5 D
MAKLUMBALAS 1a
Click h
ere to
buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.comClic
k here
to buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.com
R1001 / UNIT 4/ 15 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL
4.2.2 TATACARA BERPAKAIAN DI DALAM MAJLIS
Pakaian yang anda pakai di dalam sesuatu majlis memainkan peranan yang
amat penting dalam memperlihatkan peribadi,personaliti dan imej anda.
Jenis pakaian juga memainkan peranan dalam penyesuaian terhadap aktiviti
dan majlis yang hendak anda hadiri.
Pakaian yang anda pakai untuk aktiviti sukan pastinya berbeza dengan
pakaian anda untuk menghadiri majlis rasmi umpamanya majlis
konvokesyen.
Pakaian bagi sesuatu majlis adalah tertakluk kepada tahap atau taraf majlis
tersebut. Tahap atau kategori majlis adalah seperti berikut:
i. Majlis Penuh Istiadat
ii. Majlis Formal
iii. Majlis Separuh Formal
iv. Majlis Tidak Formal
a) Tatacara berpakaian
i. Pakaian hendaklah bersih, sesuai dengan majlis.
ii. Pakaian pasangan mesti setanding.
iii. Jangan buka pakaian walaupun panas.
INPUT
Click h
ere to
buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.comClic
k here
to buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.com
R1001 / UNIT 4/ 16 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL
iv. Wanita jangan memakai pakaian berkilau di waktu siang.
v. Elakkan memakai pakaian yang menggunakan satu warna atau lebih
dari empat warna.
vi. Pastikan segalanya mencerminkan bahawa anda mempunyai citarasa
yang tinggi, sederhana tetapi menyerlah.
vii. Semak pakaian sebelum keluar rumah. Amalan ini dapat
menyelamatkan kita dari situasi yang memalukan.
viii. Jangan terlalu mengikut fesyen semasa dan jangan menjolok mata.
ix. Gunakan pewangi secara sederhana.
x. Kita perlu mengetahui jenis kain yang dipakai untuk memudahkan di
cuci sekiranya berlaku kemalangan yang mengotorkan pakaian seperti
kuah tumpah.
b) Jenis-jenis pakaian rasmi
Pada kebiasaannya penganjur majlis rasmi akan menyatakan jenis pakaian
yang perlu dipakai oleh tetamu pada kad jemputan. Antara pakaian yang
biasa digunakan pada majlis rasmi adalah:
i. Pakaian kebangsaan ( Baju lengkap)
ii. Lounge suit
iii. White tie atau tail coat.
iv. Dinner jacket, black tie atau smoking
v. Morning dress
vi. Mess kit
vii. Batik berlengan panjang
viii. Pakaian istiadat
Click h
ere to
buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.comClic
k here
to buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.com
R1001 / UNIT 4/ 17 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL
Pada kebiasaannya pakaian yang biasa dipakai di majlis rasmi adalah
Pakaian Kebangsaan, Lounge suit dan batik berlengan panjang.
i. Pakaian Kebangsaan
Jika kad jemputan menyebut pakaian kebangsaan sahaja bermakna anda
bebas untuk memilih warna kecuali warna larangan yang ditentukan jika
membabitkan pihak istana. Pakaian kebangsaan tersebut terdiri dari:
· Songkok hitam.
· Baju melayu, cekak musang.
· Seluar Melayu, sama warna dengan baju.
· Samping songket, dipakai di sebelah luar.
· Stoking hitam.
· Sepatu kulit hitam.
ii. Lounge suit
Pada masa sekarang Lounge suit merupakan pilihan pakaian yang popular
dan amat disenangi dikalangan para tetamu. Lounge suit biasanya terdiri
daripada:
· lounge suit warna gelap untuk malam dan warna cerah untuk siang
· Baju putih berkolar
· Stoking hitam
· Sepatu kulit hitam berkilat
· Bersongkok jika dikehendaki.
Click h
ere to
buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.comClic
k here
to buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.com
R1001 / UNIT 4/ 18 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL
iii. White tie atau tail coat.
· Tail coat panjang warna hitam
· Waist coat putih
· Kemeja putih berkanji di sebelah hadapan
· Wing collar.
iv. Dinner jacket, black tie atau smoking
· Jaket hitam dengan berlapikkan sutera hitam di kelepak baju atau shell
jacket putih.
· Kemeja putih berkanji di senelah hadapan
· Kolar lembut
· Tie-bow hitam.
· Kumerban (cummerband) hitam atau waist coat putih.
· Seluar hitam dengan satu jalur sutera.
· Stoking hitam
· Sepatu kulit hitam berkilat.
Rajah 1: Pakaian sesuai untuk majlis rasmi.
Click h
ere to
buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.comClic
k here
to buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.com
R1001 / UNIT 4/ 19 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL
v. Morning dress
· Tail coat hitam
· Waist coat hitam
· Kemeja putih
· Plain (stiff turndown) collar
· Tali leher warna kelabu
· Stoking hitam
· Sepatu kulit hitam berkilat
vi. Mess kit
Mess Kit adalah pakaian istiadat untuk majlis makan malam seperti pakaian
istiadat tentera, polis, pegawai kanan kerajaan, menteri dan penyandang
darjah kebesaran.
vii. Batik
Batik sebenarnya tidak sesuai bagi majlis-majlis rasmi. Bagaimanapun oleh
sebab-sebab tertentu kadangkala ditetapkan pakaian batik. Jika dikehendaki
demikian maka, hendaklah memakai :
· Baju batik lengan panjang
· Baju berkolar
· Tidak perlu dimasukkan ke dalam seluar
· Batik Malaysia
· Tidak bercorak terlampau garang
· Seluar hendaklah tidak bercorak dan berwarna gelap.
Click h
ere to
buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.comClic
k here
to buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.com
R1001 / UNIT 4/ 20 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL
viii. Pakaian istiadat
Pakaian istiadat adalah dikhususkan kepada mereka yang tersebut dibawah
ini:
· Pakaian rasmi Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat, ahli-
ahli jemaah menteri dan timbalan menteri.
· Pakaian rasmi ahli-ahli Parlimen
· Pakaian rasmi bagi penyandang darjah kebesaran DMN dan PSD
· Pakaian rasmi bagi penyandang darjah kebesaran negeri dan pakainan
istiadat bagi katogeri-katogeri lain yang ditetapkan oleh pihak negeri.
· Pakaian istiadat bagi angkatan tentera, polis dan jabatan penjara.
· Pakaian pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pegawai-pegawai
pekhidmatan yang mempunyai pakaian istiadat
· Pakaian istiadat bagi duta-duta sebagaimana yang ditetapkan oleh
negara masing-masing.
· Pakaian istiadat bagi ahli-ahli jemaah hakim.
c) Pakaian yang sesuai berdasarkan bentuk badan.
Struktur Lelaki WanitaPendek Berjalur, bergaris menegak Pakaian yang bergaris menegak.
Pakai kasut bertumit tinggi tetapijangan terlalu tinggi.
Tinggi Baju dan seluar yangberlainan warna. Pakaianketat akan memberigambaran lebih tinggi
Pakaian yang mempunyai duabahagian. Warna pakaian atas danbawah yang berbeza. Kasutmempunyai tumit rendah.
Berat Pakaian yang dijahit elok.Warna gelap.
Jauhkan dari corak-corak yang besar.Kain jangan jenis yang melekat dibadan. Warna gelap. Wanita gemukyang berdagu dua tidak harusmemakai baju yang mempunyaiturtleneck.
Click h
ere to
buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.comClic
k here
to buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.com
R1001 / UNIT 4/ 21 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL
Struktur Lelaki WanitaKurus Bebas berpakaian. Jika
lengan kurus, pakai bajuberlengan panjang
Bebas berpakaian. Jika ada bahagiantertentu yang kurang sedapdipandang,lindungi dengan skaf/highcolar
Sederhana Bebas berpakaian Bebas berpakaian kecuali yangberkaki gemuk, tidak elok memakaimini skirt.
4.5.1 ETIKA DI MEJA MAKAN
Perkara asas mengenai etika di meja makan perlu diketahui supaya anda
tidak berasa serba salah apabila berada di meja makan terutama dalam
majlis rasmi.
Anda hendaklah mengelakkan diri dari meletakkan siku di atas meja semasa
hidangan disediakan. Jangan sekali-kali condongkan kerusi ke belakang.
Duduklah dengan bahagian belakang badan rapat kerusi dan kaki rata di
atas lantai.
Rajah 2 : Pakaian yang sesuai ke pejabat atau majlis bagi wanita Islam
Click h
ere to
buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.comClic
k here
to buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.com
R1001 / UNIT 4/ 22 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL
Pengetahuan tentang adab dan tertib di meja makan amat berguna bagi
mereka yang sering diundang ke majlis-majlis jamuan rasmi atau
menghadiri jamuan di hotel-hotel atau di rumah orang kenamaan.
a) Tertib di meja makan
Biasanya mereka yang jarang menghadiri majlis rasmi akan terpandang-
pandang antara satu sama lain untuk memulakan makan ketika makanan
dihidangkan. Mereka yang pertama kali ke majlis rasmi tertunggu-tunggu
untuk makan kerana takut salah menggunakan peralatan yang disediakan.
Pada kebiasaannya sebelum sesuatu jamuan dimulakan para tetamu yang
berlegar di ruang legar akan dihidangkan dengan minuman ringan sebelum
jamuan. Lazimnya minuman dari jenis jus akan dihidangkan. Elakkan
meminta minuman kegemaran seperti susu atau lain-lain minuman yang
tidak dihidangkan oleh tuan rumah.
Kebanyakan masyarakat kita tidak minum sebelum makan. Jangan paksa
diri untuk minum jika tidak biasa. Bukan menjadi kesalahan jika anda tidak
mengambil minuman tetapi adalah tidak manis jika mengambil minuman
lebih dari dua gelas.
Minuman ini tidak perlu dibawa ke meja makan walau bagaimana sedap
sekalipun minuman tersebut. Selepas minum, letekkan gelas di atas meja-
meja kecil yang disediakan di ruang legar atau berikan semula kepada
pelayan.
Click h
ere to
buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.comClic
k here
to buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.com
R1001 / UNIT 4/ 23 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL
Berikut adalah beberapa panduan bagi anda apabila berada di meja makan:
i. Elakkan membelek-belek peralatan yang tersedia di atas meja
walaupun cantik.
ii. Jangan bercakap semasa mulut penuh dengan makanan.
iii. Jangan mengelap sudu dan garpu dengan kain napkin kerana ia
dianggap seperti menghina tuan rumah.
iv. Elakkan menggunakan tangan untuk makan.
v. Jangan terlalu bising bila menggunakan sudu dan garpu.
vi. Jangan sekali-kali mencungkil gigi, mengorek telinga atau hidung.
vii. Jika perlu meninggalkan meja letakkan napkin di atas kerusi
menandakkan anda akan kembali semula. Jika napkin diletakkan di
atas meja menandakan anda akan terus balik.
viii. Letakkan sudu dan garfu rapat di atas pinggan sekiranya telah selesai
makan.
Rajah 3 : Kedudukan napkin yang menandakan anda akan kembali ke meja semula
Click h
ere to
buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.comClic
k here
to buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.com
R1001 / UNIT 4/ 24 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL
ix. Letakkan sudu dan garfu bersilang sekiranya belum selesai makan.
x. Sekiranya makanan pembasuh mulut dihidangkan di dalam piring
sudu boleh di ditinggakan di dalam bekasnya bila selesai makan.
Sekiranya ia dihidangkan di dalam gelas berkaki yang berlapik, sudu
hendaklah diletakkan di atas piring pelapik sebelah kanan.
Rajah 4 : Kedudukan sudu dan pisau selepas selesai makan
Rajah 5 : Kedudukan sudu dan garpu belum selesai makan.
Click h
ere to
buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.comClic
k here
to buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.com
R1001 / UNIT 4/ 25 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL
Jawab soalan-soalan yang berikut:
4.6 Terangkan kedudukan sudu dan garpu jika anda selesai makan.
4.7 Senaraikan TIGA perkara yang tidak boleh dilakukan semasa anda dimeja
makan.
4.8 Perkenalan seorang lelaki dan perempuan. Ini dilaku dengan menyebut
nama __________________ dahulu, barulah nama ______________.
4.9 Panggilan hormat bagi mereka-mereka dibawah ialah
Ketua Polis Negara
Syed
Menteri
Kadi
haji
4.10 Dalam majlis makan malam formal, pakaian lelaki yang sesuai
adalah____________manakala perempuan yang sesuai
adalah_____________.
AKTIVITI 1b
· UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUTSELANJUTNYA…!
· SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DIHALAMAN BERIKUTNYA
Click h
ere to
buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.comClic
k here
to buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.com
R1001 / UNIT 4/ 26 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL
Jawapan :
4.6 Letakkan sudu dan garfu rapat di atas pinggan sekiranya telah selesai
makan.
4.7 i. Elakkan membelek-belek peralatan yang tersedia di atas meja
walaupun cantik.
ii. Jangan bercakap semasa mulut penuh dengan makanan.
iii. Jangan mengelap sudu dan garpu dengan kain napkin kerana ia
dianggap seperti menghina tuan rumah.
4.8 Perempuan, lelaki.
4.9
Ketua Polis Negara YANG BERBAHAGIA
Syed TUAN
Menteri YANG BERHORMAT
Kadi SHAHIBUL FADILLAH
Haji TUAN
4.10 Baju Kebangsaan/Lounge suit—baju kurung/kebaya labuh.
MAKLUMBALAS 1b
Click h
ere to
buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.comClic
k here
to buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.com
R1001 / UNIT 4/ 27 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL
Anda telah menghampiri kejayaan . Sila cuba semua soalan dalam penilaian
kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan .
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.
Selamat mencuba semoga berjaya !!!
1. Anda menerima kad jemputan majlis berbuka puasa di rumah Menteri
Besar. Apakah tindakan yang perlu anda ambil.
2. Anda diberi tugas untuk menentukan susunan meja makan bagi majlis
rasmi kerajaan. Maklumat adalah seperti berikut;
- Jumlah tetamu 380 orang
- Jumlah VIP 10 orang
- Jumlah meja bulat untu sepuluh orang 38 buah
- Sebuah meja panjang untuk sepuluh orang
- Majlis ini mempunyai persembahan dan pancaragam
PENILAIAN KENDIRI
Click h
ere to
buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.comClic
k here
to buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.com
R1001 / UNIT 4/ 28 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL
Adakah anda telah mencuba dahulu ???
Jika “ YA “ , sila semak jawapan anda .
JAWAPAN PENILAIAN KENDIRI
1. Tindakan anda adalah
i. Anda bacalah kad jemputan dengan teliti. Perhatikan apakah kad
jemputan tersebut perlu dijawab atau disediakan pelekat kenderaan.
ii. Telitilah tujuan jemputan dan ia adalah majlis rasmi..
iii. Pastikan tarikh, hari, masa dan tempat majlis hendak diadakan.
iv. Tentukan jenis pakaian yang hendak dipakai. Pada kebiasaanya kad
jemputan ada menyatakan jenis pakaian yang perlu dipakai tetamunya.
Sekiranya tiada anda hendaklah memakai baju melayu lengkap
bersamping.
v. Jawablah segera jemputan tersebut untuk memudahkan penganjur majlis
menentukan bilangan tetamu keseluruhannya.
2. i. Susunan keseluruhan dewan
MAKLUMBALAS
Click h
ere to
buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.comClic
k here
to buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.com
R1001 / UNIT 4/ 29 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL
ii. Susunan kerusi Vip dimeja khas.
Meja Utama
10 8 6 4 2 1 3 5 7 9
iii. Susunan kedudukan dimeja bulat
Nombor menunjukkan pangkat atau kekanan jawatan .
Click h
ere to
buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.comClic
k here
to buy
ABB
YY PDF Transformer 2.0
www.ABBYY.com