Upload
nor-adilah
View
401
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
Aliran-aliran seni catan di barat • Klasik• Barroque• Romanticisme• Impressionisme (1870-1885)• Post-Impressionisme• Ekspressionisme• Kubisme (1907-1920)• Surelisme(1924-1950)• Seni Pop(1958-1965)• Aliran Abstrak Ekspresionisme• Renaissance (1300-1550)• Seni Nouveau (1890-1910)• Realisme (1850-1900)
• Aliran ini lahir pada zaman Renaissance iaitu zaman kelahiran semula.• Figura sebagai pemusatan tumpuan karya.• Penumpuan kepada kadar banding dan anatomi.• Menggunakan perspektif, ruang dan unsur seni.• Karya-karya mendapat perhatian daripada golongan bangsawan.• Hal benda yang dipaparkan banyak berkisar orang-orang bangsawan dan golongan kaya.
Aliran Klasik
Leonardo Da VinciMichalengelo
Aliran Abstrak Ekspresionisme • Berkembang selepas perang dunia kedua. • Kemunculan istilah pertama aliran ini adalah di Jerman pada tahun 1919 di dalam majalah Der Sturm yang merujuk kepada sekumpulan artis Ekspressionis Jerman.
• mempunyai pengaruh dengan aliran Surelisme dan aliran Kubisme.
• Mengambarkan luahan perasaan yang sebenar melalui penggunaan warna, sapuan berus, renjisan warna dan aksi pelukis dengan pelbagai cara yang bebas. Artis mementingkan kespontanan, intuitif dan pemikiran bebas daripada perancangan dalam berkarya.
• Kepentingan aksi semasa melukis diambil kira dan memberi kesan kepada karya. Contohnya karya Jackson Pollock yang berjudul “Autumn Rhythm” dihasilkan dengan cara mencurah, merenjis, atau menyapu cat dengan pergerakan keseluruhan anggota badan sehingga warna memenuhi keseluruhan kanvas. Karya ini memperlihatkan warna yang dimanipulasi bagi penghasilan garisan dan jalinan yang mengambarkan pergerakan yang dinamik.
• Banyak menggunakan simbol untuk menyampaikan mesej, imej abstrak dan hilang sifat realistik di samping mengutamakan unsur warna, bentuk, dan garisan serta menggunakan pelbagai teknik dan media.
•Antara pelukis barat yang mengamalkan aliran ini ialah ‘Franz Kline’ (Amerika 1910-1962) @Untitled 1950’cat minyak dan ‘Jackson Pollock’ (Amerika 1912-1956)@ ‘Number One’ cat minyak (renjisan).• Para pelukis tempatan pula ialah ‘Syed Ahmad Jamal’ @ Harapan 1962, cat minyak , ‘Yeoh Jin 1962, cat minyak dan ‘Abdul Latiff Mohidin’ @ Pemandangan 111 1966, cat minyak .
Pop Art • Istilah Pop Art dicipta oleh pengkritik Inggeris iaitu Lawrence Alloway untuk mencipta satu pergerakan ataupun kumpulan yang mengelarkan diri mereka sebagai "Independence Group" yang bergerak aktif pada tahun 1954-1955. (ENglish Pop Art). MAnakala di Amerika Syarikat, Pop Art lahir di tengah-tengah kesibukan kota d New York. Pada tahun 1959, Robert Rauschernberg dan Jasper Johns dianggap sebagai pelukis Pop Art yang pertama.
• Dianggap sebagai reaksi kepada Abstrak Ekspressionisme apabila ia menggunakan imej bergambar serta teknik "hard-edge" dan fotografi.
• Pelukis-pelukis yang terkenal di Amerika Syarikat terdiri daripada JAsper John Dan Robert. Manakala pelukis Pop ARt yang terkenal di Amerika Syarikat terdiri daripada Richard Hamilton, David Hockney, Peter Blake dan Allen Jones.
• Pelukis Pop Art yang begitu kreatif dan juga yang mempunyai kemahiran yang begitu bermutu tinggi di dalam penghasilan karya atau lukisan yang berkaitan dengan Pop Art di Malaysia terdiri daripada Ismail Zain, Redza Piyadasa, dan Ahmad Shukri Mohamad. Di antara hasil karya pelukis-pelukis Pop Art Malaysia ialah "Pemandangan Malaysia Teragong'.
Aliran Impressionisme (1870-1885)• Impressionisme bermula apabila timbulnya salah faham antara artis dan audien. Keadaan ini menimbulkan situasi luar biasa kepada audien tentang seni, keadaan ini berlaku berikutan perkembangan dan kemajuan berlaku dengan pesat.
• Aliran muncul pada abad ke-19. Menumpukan kaedah konsep cahaya dan kesan objek yang dilihat.
• Warna tidak dicampur dengan hitam dan putih dan terus dipalit pada kanvas.
• Aliran realisme dan warna
• Warna bertindih-tindih.• Tidak melukis secara "detail".• Mementingkan keserasian warna, cahaya serta watak-watak alam. • Mengutamakan suasana yang dilihat contohnya seperti pagi, petang ,malam.• Aliran ini condong kepada aliran naturalisme (lukisan spontan).• Palitan warna spontan tentang apa yang dilihat.
• melukis sebagai pernyataan dan simbol diri. perspektif, bentuk dan warna adalah yang baru dan tidak mengikut orang lain. warna terang dan gelap adalah pancaran dari gerak hati spontan pelukis.
• Tidak ada warna hitam - digantikan dengan biru
• Contoh pelukis tempatan yang menggunakan aliran ini ialah Osman Bakar “Pekan Kita Sebelum Merdeka”, Md Sanim Md Dom “Wadah Perikatan”. Pelukis barat pula ialah Vincent Van Gough “Bedroom”.
Renoir Van Gogh Degas
Claude Monet
Edgar Degas (1855-1917)
Aliran Post-Impressionisme
• Realiti itu sentiasa baru dan tegas• bukan meniru bentuk tetapi mencipta bentuk.• bukan meniru kehidupan tetapi mencari kesamaan di dalam kehidupan.• melukis imej-imej yang mempunyai struktur dan logik untuk mencapai kesatuan antara isi yang berkait rapat.
George Seurat
Cezanne
Gauguin
Aliran Ekspressionisme
• Menolak ciri-ciri tradisi klasik• Seni adalah manifestasi perasaan dan keresahan emosi pelukis.• Menolak peniruan alam dan menyingkir subjek dan objek.• Penggunaan warna yang dramatik• Tidak ada imej yang jelas.• Kesan berus yang kasar dan kadangkala tidak menggunakan berus.
Kandinsky
Pollock
Aliran Kiubisme• Menolak tradisi catan yang mementingkan objek realiti.
• Menganggap seni sebagai satu konsep ke arah penciptaan dan menolak peniruan
• Cuba menyelesaikan masalah 3 dimensi dalam 2 dimensi.
• Penggunaan bentuk-bentuk dan satah geometri• Seperti pecahan kaca dan menimbulkan kesan lutsinar.
• Warna yang bertenaga
DuchampPablo Picasso
Aliran Barroque
• Zaman ini dikenali sebagai zaman renaissance tinggi.
• Barroque membawa maksud mutiara yang tidak sempurna tetapi indah.
• Karya menumpukan kepada komposisi, aksi, warna dan cahaya.
• Latar belakang karya berwarna gelap• Karya tertumpu kepada objek
Rembrandt
Aliran Surealisme
• Tumpuan bukan kepada ekspresi sedar pelukis tetapi kepada ekspresi bawah sedar minda pelukis.• Terpengaruh dengan idea ahli falsafah Sigmund Frued.• Paparan Imej-imej bawah sedar dan alam khayalan.• Menyeramkan, sunyi dan tidak logik.• Warna-warna gelap digunakan untuk menimbulkan seakan misteri.• Objek diletakkan pada tempat yang tidak sesuai dan dicantum-cantum.
Salvador Dali
Aliran Romanticism• Istilah Romanticism telah wujud pada pertengahan abad ke-18.
• Karya aliran ini adalah lebih kepada gambaran sesuatu keadaan yang berlaku pada zaman itu.
• Mesej karya tertumpu kepada kedamaian, keharmonian, kecintaan.
• Hal benda karya tertumpu kepada ekspresi muka dan aktiviti figura.
• Gaya karya masih terpengaruh dengan gaya gothik iaitu gaya zaman klasik.
• Penggunaan garisan luar yang terang.• Tema karya tertumpu kepada kisah kesengsaraan, kejatuhan gereja dan pemerintahan beraja.
• Warna yang digunakan ialah warna yang kusam, suram dam kelam.
• Warna itu menggambarkan kesengsaraan, kezaliman yang berlaku pada zaman itu.
Delacroix
Goya
Renaissance (1300-1550)• Aliran ini merupakan zaman pergerakan budaya yang bermula dari sekitar
kurun ke-14 hingga kurun ke-17. • Seni Renaissance di Italy terbahagi kepada 3 perkembangan mengikut kaw
asan iaitu I. Renaissance Awal (The Renaissance in Florence)II. Renaissance Pertengahan (The Renaissance in Venice) III. Renaissance di kawasan Utara (Northern Renaissance)
• Tokoh yangg terkenal :I. Leonardo Da VinciII. MichelangeloIII. Giotto Frescoes IV. RaphaelV. LippiVI. Giotto
• Tumpuan utama : I. FiguraII.LandskapIII.Potret