Upload
muhammad-nasrullah
View
441
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
KONSEP DAN SKOP PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
Disediakan Oleh : Nassruto
Pengenalan
• Perkhidmatan kesihatan sekolah adalah satu perkhidmatan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia khusus untuk murid-murid sekolah yang berada di sekolah-sekolah bantuan kerajaan di selururh Malaysia.
• Perkhidmatan kesihatan ini telah dimulakan di negara ini pada tahun 1967 dan mulai tahun 1975, pasukan-pasukan kesihatan sekolah mula ditubuhkan bagi membolehkan lawatan dibuat ke sekolah-sekolah rendah dan menengah di Malaysia.
• Di bawah perkhidmatan kesihatan sekolah, murid-murid menerima perhidmatan pencegahan penyakit, saringan kesihatan, rawatan ringan dan rujukan ke klinik atau hospital
Tujuan
• Mengekalkan tahap kesihatan murid di paras paling optima melalui promosi kesihatan, pencegahan penyakit, rawatan dan rujukan.
• Mengesan masalah-masalah kesihatan yang boleh menghalang pencapaian akademik murid di sekolah dan seterusnya membuat rujukan awal bagi membolehkan intervensi awal dan penempatan murid dalam sistem pendidikan khas.
• Menggalakkan penglibatan masyarakat bagi membentuk sekolah sebagai institusi yang sihat dan selamat bagi membolehkan pembelajaran yang berkesan.
Kumpulan Sasar
• Pra Sekolah• Tahun 1• Tahun 6 dan• Tingkatan 3
Perkhidmatan
• Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
• Perkhidmatan Pergigian Sekolah
• Perhidmatan Alam Sekitar Sekolah
Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
• Buku Rekod Kesihatan Murid Buku Rekod Kesihatan Murid (RKM1) adalah dokumen yang mencatatkan semua makumat kesihatan yang diperolehi semasa alam persekolahan. Buku ini diberi secara percuma oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi setiap murid sekolah. Kebiasaannya buku ini diberikan semasa murid memasuki tahun 1 persekolahan dan ibu bapa dikehendaki mengisi maklumat murid
• Pendidikan Kesihatan Pendidikan kesihatan di sekolah terbahagi kepada pendidikan kesihatan secara berkelompok dan individu. Pendidikan kesihatan secara berkelompok adalah pendidikan kesihatan yang dijalankan melaui kempen atau kem-kem kesihatan di sekolah. Murid-murid mendapat pengetahuan melalui pameran kesihatan, ceramah-ceramah kesihatan dan tunjuk cara oleh anggota kesihatan. Pendidikan kesihatan secara berkelompok memberi perhatian kepada masalah kesihatan atau mesej kesihatan khusus untuk golongan murid sekolah secara umum. Contohnya kempen talasemia untuk murid sekolah, kempen 'tak nak' dan kempen gaya hidup sihat.
Imunisasi Kesihatan Sekolah
Tahun 1Tahun 1 BCG BCG sekiranya sekiranya tiada parut tiada parut
Difteria dan Difteria dan pertursis pertursis
Titisan Polio Titisan Polio MMR MMR
Tingkatan Tingkatan 33
SuntikanSuntikanmencegahmencegahKancing gigi Kancing gigi
JADUAL IMUNISASI MURID-MURID SEKOLAH YANG JADUAL IMUNISASI MURID-MURID SEKOLAH YANG DILAKSANAKAN OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIADILAKSANAKAN OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Perkhidmatan Pergigian Sekolah
• Perkhidmatan ini dilaksanakan oleh pasukan pergigian sekolah yang melawat semua sekolah rendah dan menengah di Malaysia
• Perkhidmatan klinik bergerak akan diberi kepada sekolah yang tidak mempunyai klinik sendiri
Perkhidmatan Alam Sekitar Sekolah
• Perkhidmatan Persekitaran Sekolah dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran secara bersepadu. Pemeriksaan persekitaran sekolah meliputi pemeriksaan infrastrukur sekolah, kebersihan, pengawalan penyakit bawaan vektor dan pemantauan kebersihan dan pengendalian kantin sekolah.
Lain-lain perkhidmatansekolah
• Selain dari Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran turut bertanggungjawab dalam kebajikan murid di sekolah. Program bekalan makanan tambahan dan program susu sekolah yang diberikan kepada murid-murid sekolah rendah yang layak adalah contoh perkhidmatan berkaitan kesihatan.
Peranan PPP Dalam PKS
• Membuat saringan awal terhadap kesihatan pelajar sekolah.
• Memberi kaunseling tentang pendidikan kesihatan• Membuat promosi kesihatan di sekolah• Melaporkan sebarang kes yang dikesan kepada Pegawai
Kesihatan unit kawalan penyakit berjangkit
Rumusan
Program kesihatan sekolah ini penting bagi memastikan kesihatan pelajar berada pada tahap yang optimum bagi membentuk medium pembelajaran yang kondusif di sekolah.
Rujukan
• http://fh.moh.gov.my/modules• http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/
kesihatan_pergigian_content• http://search.moh.gov.my/i/?s=&p=skop+kesihatan+seko
lah• Nota kuliah Program kesihatan sekolah.
SEKIAN,TERIMA KASIH