Upload
syahira-md-desa
View
2.453
Download
12
Embed Size (px)
Citation preview
ASAS PEMASARANUNIT 2 : CAMPURAN PEMASARANPERLETAKAN HARGA
MAKSUD HARGA Pelanggan : Harga ialah nilai pertukaran bagi sesuatu
produk yang dipersetujui oleh penjual dan pembeli dalam sesuatu transaksi
Penjual : Harga ialah sumber pendapatan yang dihasilkan melalui jualan
Harga adalah isyarat kualiti bagi sesuatu produk. Harga yang tinggi bagi sesuatu jenama menunjukkan imej produk yang berkualiti tinggi. Cth : Rolex, Burberry dlll.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERLETAKAN HARGAFAKTOR DALAMAN Objektif Pemasaran
Objektif yang digunakan adalah penakatan, pemaksimuman keuntungan, pemimpinan pasaran dan kualiti produk
Penakatan : tindakan untuk memastikan perniagaan terus beroperasi. Permintaan produk perlu diwujudkan dan harga diletakkan pada paras yang rendah. Harga yang rendah perlulah dapat menampung kos tetap dan kos berubah keseluruhan operasi untuk memastikan perniagaan terus hidup
Memaksimumkan keuntungan : harga yang ditetapkan mestilah menghasilkan keuntungan, aliran tunai atau pulangan ke atas pelaburan
Pemimpinan Pasaran : meletakkan harga pada paras yang tinggi untuk menggalakkan peningkatan permintaan produk. Produk mestilah berkualiti dan berprestasi tinggi untuk menarik pengguna yang mementingkan kualiti
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERLETAKAN HARGAFAKTOR DALAMANo Strategi Campuran Pemasaran
Keputusan penentuan harga dibuat dengan mengambil kira reka bentuk produk, bentuk pengedaran dan jenis promosi
Keputusan meletakkan produk sebagai berkualiti tinggi dari segi prestasi dan jenamanya memerlukan syarikat mengenakan harga yang tinggi
o Kos Pengeluaran Kos menentukan harga terendah yang boleh dikenakan
oleh pengeluar ke atas sesuatu produk Harga mestilah mampu menampung kos berubah dan
kos tetap atau kos pengeluaran
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERLETAKAN HARGAFAKTOR DALAMANo Pertimbangan Organisasi
Siapa yang layak untuk menentukan harga bergantung kepada saiz sesuatu organisasi
Dalam organisasi besar, penentuan harga melibatkan Pengurus Lini Produk dan Pengurus Jabatan
Sekiranya harga menjadi kelebihan persaingan utama sesuatu industri, jabatan harga akan diwujudkan dan pengurusnya bertanggungjawab meletakkan harga terbaik bagi mencapai keuntungan
Dalam pasaran industri, jurujual mungkin diberi kuasa berunding dengan pelanggan
Pihak lain dalam syarikat yang menentukan penentuan harga termasuklah Pengurus Jualan, Pengurus Produk, Pengurus Kewangan dan Akauntan
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERLETAKAN HARGAFAKTOR LUARAN Pasaran dan Permintaan
Jika kos telah menentukan harga terendah, pasaran dan permintaan pula menetapkan harga yang tinggi. Hubungan pasaran dan permintaan sesuatu produk perlu difahami oleh pemasar sebelum menetapkan sesuatu harga
Penentuan harga dalam pasaran berbeza memerlukan pemahaman terhadap empat jenis pasaran iaitu pasaran perniagaan sempurna, pasaran persaingan bermonopi, pasaran persaingan oligopoli dan pasaran monopoli
Pasaran Persaingan Sempurna : terdapat ramai pembeli dan penjual menjual produk yang sama, maka penjual tidak dapat menaikkan harga kerana pembeli mempunyai banyak pilihan untuk memilih produk
Pasaran Persaingan Bermonopoli : terdapat ramai pembeli dan penjual menjual-beli pada harga yang berbeza. Syarikat perlu membezakan produk dari segi kualiti, gaya dan servis. Cth : Syarikat pakaian, beg tangan
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERLETAKAN HARGAFAKTOR LUARAN Pasaran dan Permintaan
Pasaran Persaingan Oligopoli : terdapat sedikit penjual tetapi mereka sangat sensitif kepada harga yang ditetapkan oleh pesaing. Apabila pesaing menurunkan harga, syarikat terpaksa mengikut kerana tidak mahu kehilangan pelanggan. Apabila pesaing menaikkan harga, tidak semua syarikat akan ikut naikkan harga. Cth : syarikat penerbangan dan syarikat kereta
Pasaran Monopoli: hanya terdapat seorang penjual dalam pasaran. Penjual tersebut mungkin kerajaan atau syarikat dikawal kerajaan (GLC). Adakala harga ditetapkan di bawah kos oleh kerajaan kerana mengambil kira kemampuan pengguna dan kepentingan produk. Adakala kerajaan menaikkan harga untuk mengurangkan penggunaan oleh pengguna. Bagi syarikat yang dikawal kerajaan, mereka bebas menetapkan harga yang memberi keuntungan berpatutan bagi mengembangkan operasi syarikat. Cth : Tenaga Nasional Berhad
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERLETAKAN HARGAFAKTOR LUARAN Pasaran dan Permintaan
Harga turut dipengaruhi oleh kuasa permintaan dan penawaran. Penawaran : kuantiti produk yang akan dijual oleh pengeluar pada harga tertentu. Permintaan : kuantiti produk yang akan dibeli oleh pengguna pada harga tertentu. Kebiasaannya kuantiti yang diminta akan meningkat apabila harga rendah dan sebaliknya
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERLETAKAN HARGAFAKTOR LUARAN Persaingan
Keputusan penentuan harga dipengaruhi oleh kos dan harga pesaing
Strategi penentuan harga memberikan kesan kepada bentuk persaingan dalam pasaran
Penjual menggunakan strategi harga tinggi dan mendapat margin yang tinggi akan mendorong penjual baru memasuki pasaran dan bersaing dari segi harga
Untuk bersaing dari segi harga, syarikat perlu mengetahui hubungan antara kualiti dengan harga produk pesaing
Sekiranya produk pesaing mempunyai kualiti yang sama, harga yang diletakkan mestilah lebih kurang sama. Begitu juga sebaliknya.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERLETAKAN HARGAFAKTOR LUARAN Persekitaran
Dalam menentukan harga, faktor-faktor persekitaran luar perlu diambil kira
Keadaan ekonomi yang meleset boleh mempengaruhi harga kerana keadaan ekonomi memberi kesan kepada kos pengeluaran dan persepsi pengguna terhadap nilai dan harga
Polisi harga yang ditetapkan kerajaan mesti diketahui pemasar supaya tidak melanggar undang-undang semasa menentukan harga
Harga ditetapkan mestilah memberi keuntungan kepada semua pihak terutama orang tengah
Penentuan harga perlu mengambil kira faktor sosial iaitu tidak membebankan pengguna demi keuntungan semata-mata
PENDEKATAN PENENTUAN HARGA SECARA UMUM PENENTUAN HARGA BERDASARKAN KOS
PENENTUAN HARGA TOKOKAN KOS PENENTUAN HARGA PULANG MODAL DAN UNTUNG
SASARAN PENENTUAN HARGA BERDASARKAN NILAI PENENTUAN HARGA BERDASARKAN PESAING
PENENTUAN HARGA KADAR KINI PENENTUAN HARGA BIDA TERTUTUP
PENENTUAN HARGA BERDASARKAN KOSPENENTUAN HARGA TOKOKAN KOS Harga sesuatu produk ditentukan dengan menambahkan
margin keuntungan ke atas kos pengeluaran produk Cth : Seorang pengeluar radio mempunyai kos jangkaan
jualan berikut :Kos berubahRM10Kos tetap RM300,000Jumlah jangkaan jualan 50,000 unit
Maka kos seunit radio ialah :
Kos Seunit = Kos Berubah +Kos Tetap
Jumlah Jualan
= RM 10 + RM300,00050,000
= RM 16
PENENTUAN HARGA BERDASARKAN KOS
Sekiranya pengeluar ingin menokok 20% margin keuntungan, harga tokokan ialah :
Pengeluar akan mengenakan harga RM20 kepada penjual / orang tengah dan membuat keuntungan sebanyak RM4 seunit.
PENENTUAN HARGA BERDASARKAN KOS
Penentuan harga berdasarkan kos sangat popular kerana : Penjual lebih pasti tentang kos berbanding dengan permintaan Dengan mengambil kira kos dalam penentuan harga,
penyesuaian tidak perlu dilakukan apabila permintaan berubah
Kaedah ini lebih adil kepada kedua-dua pihak; pembeli dan penjual
Harga akan menjadi sama dan persaingan harga dapat dikurangkan
PENENTUAN HARGA BERDASARKAN KOS
PENENTUAN HARGA PULANG MODAL DAN HARGA UNTUNG SASARAN Syarikat cuba menentukan harga yang memberikan pulang modal
atau untung sasaran yang telah ditetapkan dengan menggunakan rajah pulang modal
Rajah di bawah menunjukkan titik pulang modal dengan keluk jumlah kos dan keluk jumlah hasil dijangka pada tahap volum jualan yang berbeza
PENENTUAN HARGA BERDASARKAN KOS
Pendapatan, Kos (RM,000)
1,200
1,000
800
600
400
200
0 10 20 30 40 50 60
Volum Jualan (,000)
Jumlah Pendapatan
Jumlah Kos
Kuantiti Titik Pulang
Modal
PENENTUAN HARGA BERDASARKAN KOS
Kos Tetap / overhed : perbelanjaan yang tidak berubah sama ada jualan meningkat atau menurun. Cth : kos sewa, premium insurans
Kos Berubah : perbelanjaan yang berubah mengikut jumlah pengeluaran dan jualan.
Cth : kos buruh, kos bahan mentah Keluk Jumlah Kos bermula di sebelah kiri rajah pada RM300,000
(pengeluaran sifar) Keluk Jumlah Pendapatan / hasil bermula dengan sifar dan
meningkat pada setiap unit terjual Pada unit keluaran ke-30,000 unit, keluk jumlah kos = keluk jumlah
hasil. Titik persilangan ini dikenali sebagai Titik Pulang Modal (TPM) yang bermaksud pada harga RM20, syarikat mestilah menjual 30,000 unit radio untuk mendapatkan pulang modal
PENENTUAN HARGA BERDASARKAN KOS
TPM boleh dikira dengan menggunakan formula iaitu :
Sekiranya syarikat ingin membuat untung sasaran, syarikat mesti menjual lebih daripada 30,000 unit pada harga RM 20 / unit
Titik Pulang Modal = Kos TetapHarga - Kos Berubah Seunit
= RM 300,000RM 20 - RM 10
= 30,000 unit
PENENTUAN HARGA BERDASARKAN KOS
Andaikan pengeluar radio telah melabur sebanyak RM1 juta dan ingin mendapatkan 20% untung sasaran (RM200,000)
Sekiranya syarikat meletakkan harga yang tinggi, ia tidak perlu menjual 50,000 untung mendapat untung sasaran
Titik Pulang Modal = Kos Tetap + Untung Sasar
Harga - Kos Berubah Seunit
= RM 300,000 + RM 200,000
RM 20 - RM 10
= 50,000 unit
PENENTUAN HARGA BERDASARKAN KOS
PENENTUAN HARGA BERDASARKAN NILAI Menggunakan persepsi pembeli tentang nilai produk dan
bukan kos jualan sebagai penentu harga Penentuan harga dimulakan dengan analisis tentang
keperluan pengguna dan persepsi nilai terhadap sesuatu produk
Kemudian harga disesuaikan kepada nilai yang telah dikenalpasti
Cth seorang pengguna sanggup membeli beg tangan Burberry bernilai RM5,500 kerana nilai jenamanya
PENENTUAN HARGA BERDASARKAN PESAING Pengguna membuat penilaian harga sesuatu produk dengan
membuat perbandingan harga yang ditawarkan oleh pesaing 2 jenis harga berdasarkan pesaing :
Penentuan Harga Kadar Kini Penentuan Harga Bida Tertutup
Penentuan Harga Kadar Kini : syarikat meletakkan harga yang sama, lebih tinggi atau kurang daripada harga pesaing. Cth : peruncit kertas & baja. Bagi syarikat kecil, mereka akan mengikut pemimpin pasaran meletakkan harga. Strategi ini sesuai untuk mengelakkan perang harga
Penentuan Harga Bida Tertutup : kaedah ini digunakan apabila syarikat ingin memasuki tender untuk mendapatkan kontrak. Syarikat akan meletakkan harga yang lebih rendah daripada syarikat lain untuk mendapat peluang
PENENTUAN HARGA PRODUK BARU 2 kaedah penentuan harga produk baru:
Kaedah Harga Penarahan Pasaran Kaedah Harga Penembusan Pasaran
Kaedah Harga Penarahan Pasaran Syarikat meletakkan harga pengenalan pada harga yang tinggi
untuk menarik pembeli yang tidak mementingkan harga tetapi tertarik dengan kualiti produk
Syarikat akan menurunkan harga secara berperingkat pada masa akan datang. Ia mengandaikan permintaan untuk produk baru ini adalah tidak anjal
Strategi ini sesuai digunakan untuk mendapat pulangan yang cepat ke atas kos penyelidikan dan pembangunan yang telah dibelanjakan untuk menghasilkan produk baru
Matlamat utama kaedah ini adalah mendapatkan keuntungan maksima sebelum pesaing memasuki pasaran. Cth syarikat pengeluaran ubat
Kaedah Harga Penembusan Pasaran Syarikat meletakkan harga permulaan yang rendah supaya
produk mampu dibeli dan untuk menembusi pasaran Syarikat mengandaikan permintaan produk sangat anjal Matlamat utama untuk membina syer pasaran yang besar dan
membentuk kesetiaan pengguna terhadap jenama baru Ia akan membolehkan syarikat mengeluarkan produk dalam
jumlah yang banyak untuk mencapai ekonomi bidangan dengan kos seunit yang rendah
Ia juga bertujuan menghalang persaingan kerana keuntungan yang sedikit
PENENTUAN HARGA PRODUK BARU
FAKTOR YG MEMPENGARUHI PERLETAKAN HARGA
FAKTOR DALAMAN Strategi
campuran pemasaran
Kos pengeluaran Pertimbangan
organisasi
FAKTOR LUARAN Pasaran dan
permintaan Persaingan Persekitaran
PENENTUAN HARGA SECARA UMUM
BERDASARKAN KOS Penentuan harga
tokokan kos Penentuan harga
pulang modal dan untung sasaran
BERDASARKAN PESAING
Penentuan harga kadar kini
Penentuan harga bida tertutup
BERDASARKAN NILAI
HARGA