19
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI. MPPA1343-01 PENGURUSAN PEMBANGUNAN PELAJAR (MANAGING STUDENT DEVELOPMENT) TUGASAN : KRITIK ARTIKEL ORGANISASI DAN SISTEM SOKONGAN PENGANTARABANGSAAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI DI SWEDEN NOOR SYAHIRAH BTE OTHMAN MP 121160

Pengantarabangsaan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pengantarabangsaan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SKUDAI.

MPPA1343-01

PENGURUSAN PEMBANGUNAN PELAJAR

(MANAGING STUDENT DEVELOPMENT)

TUGASAN : KRITIK ARTIKEL

ORGANISASI DAN SISTEM SOKONGAN

PENGANTARABANGSAAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI DI SWEDEN

NOOR SYAHIRAH BTE OTHMAN

MP 121160

Page 2: Pengantarabangsaan

ORGANISASI DAN SISTEM SOKONGAN

PENGANTARABANGSAAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI DI SWEDEN

Sistem sokongan adalah satu sistem yang terdiri daripada unit-unit kecil sesebuah institusi atau

beberapa orang perseorangan yang bekerjasama dari pelbagai aspek. Sistem ini secara umumnya

dibina bagi membantu pihak tertentu atau institusi tertentu dalam melaksanakan sesuatu dasar

atau program. Misalnya, sistem sokongan merupakan elemen penting dalam membantu kejayaan

seorang pemimpin sekolah. Sistem sokongan yang efektif dapat menyokong kecemerlangan

pemimpin sekolah berhadapan dengan cabaran yang semakin kompleks (Shariffah, 2012). Hal

ini membuktikan bahawa sistem sokongan ini sangat penting dan memainkan peranan yang

sangat penting kepada pihak yang memerlukan.

Sesebuah program pendidikan memerlukan satu sistem sokongan bagi membantu

perjalanannya meliputi pelbagai sudut seperti komunikasi, perbelanjaan, bahasa dan sebagainya.

Di Sweden, pendidikan tinggi mereka mendapati bahawa sistem sokongan yang diperlukan

adalah berbeza mengikut sesebuah institusi pengajian tinggi kerana setiap institusi mempunyai

matlamat dan objektif yang berbeza. Perbezaan sistem sokongan ini secara langsung akan

menyebabkan perbezaan pencapaian kepada individu, program atau institusi yang terlibat.

Berdasarkan artikel The Internationalisation of Higher Education In Sweden dapat

diketahui bahawa beberapa aspek penting diambil kira bagi melaksanakan program

pengantarabangsaan ini seperti keperluan institusi, perbelanjaan program, kurikulum kursus dan

pengurusan yang sistematik. Soal selidik yang diberikan kepada pelajar mendapati satu per tiga

pelajar melihat dunia luar hanya melalui penerangan guru, penceramah atau pakar-pakar yang

hadir ke institusi mereka. Namun tiada program khas yang dibina oleh institusi bagi menghantar

pelajar mereka untuk hands on dengan dunia luar. Oleh hal demikian, artikel ini cuba mengkaji

proses melaksanakan program pengantarabangsaan, kekuatan dan kelemahannya.

Page 3: Pengantarabangsaan

Pengkaji berpendapat bahawa sangat penting bagi para pelajar untuk melihat dunia luar

dengan merasainya sendiri bukan daripada penceritaan guru atau mendapatkan maklumat melalui

internet semata-mata. Hal ini penting kerana proses pengantarabangsaan yang dilalui oleh pelajar

akan berguna untuk pembentukan strategi serta membentuk pelan tindakan di dalam institusi

tersebut pada masa hadapan. Melalui program pertukaran pelajar ini juga dapat membina

keyakinan pelajar untuk lebih bersaing agar dapat memenuhi keperluan dan kehendak global

(Rafidah, 2010). Mr. Vincenzo dalam jurnalnya Internationalisation : Knowledge Without

Borders menyatakan pertukaran pelajar ini penting bagi menambah pengetahuan pelajar dari

pelbagai aspek.

Artikel ini juga menyatakan program pertukaran pelajar ke luar Negara dapat

meningkatkan kualiti akademik pelajar melalui kerjasama penyelidikan antara institusi tersebut

dengan institusi luar Negara. Hal ini sejajar dengan penusilan Amanda Mason & Valerie Eva,

2014 dalam Fostering internationalisation: the benefits to home students of mentoring

international students yang mengatakan pelajar yang terlibat dengan program pertukaran pelajar

ini dapat menambah pengetahuan mereka dari aspek budaya dan member kesedaran kepada

mereka tentang sesuatu hal yang baru. Selain itu banyak lagi kelebihan yang dan kekuatan yang

boleh disenaraikan jika program pertukaran pelajar ini dilaksanakan oleh institusi pengajian

tinggi.

Program pertukaran pelajar antara institusi merupakan salah satu cara mengetahui

kelebihan institusi lain dan mengenalpasti kelemahan dalam institusi sendiri. Ia adalah proses

penandarasan bagi institusi yang terlibat. Sudah pasti, sesebuah institusi akan menghantar pelajar

mereka ke institusi yang lebih baik dan mempunyai pencapaian yang lebih cemerlang. Hal ini

selaras dengan kajian yang dilakukan oleh Nadine Burquel, 2014 yang menggunakan kolaboratif

penandaarasan untuk meningkatkan pencapaian dalam pengantarabangsaan pelajar mereka.

Melalui penandaarasan tersebut, beliau menyatakan dapat menilai institusi sendiri, memahami

proses yang mungkin lebih baik bagi disesuaikan dalam institusi, mendapatkan data-data bagi

menyokong sebarang keputusan serta mengenalpasti ruang untuk memperbaiki institusi.

Page 4: Pengantarabangsaan

Melalui program pertukaran pelajar juga, institusi malah Negara akan mendapat manfaat

yang berganda kerana banyak peluang perkongsian baik dari aspek akademik mahupun ekonomi

dapat dijana. Pelajar yang menyertai program ini pastinya membawa misi yang telah ditetapkan

oleh institusi mereka. Dengan itu, mereka akan mencari ruang dan peluang untuk mendapatkan

pengetahuan dan input yang berguna bagi mereka terutamanya kepada masa depan. Dalam kajian

yang bertajuk R&D Internationalisation and Knowledge Transfer menyatakan bahawa dengan

perkongsian dan pertukaran ilmu ini akan mengurangkan risiko kerana sesebuah institusi itu akan

mempelajari kepakaran dan kemahiran yang sedia ada di institusi lain. Oleh itu, pembangunan

kepada sesuatu ilmu itu akan lebih cepat dengan pertukaran dan perkongsian maklumat.

Perlaksanaan program seumpama ini sememangnya memerlukan pengurusan dan

sokongan komuniti yang tinggi. Dari aspek pengurusan, pengkaji mendapati perjanjian yang

lengkap dan jelas perlu disediakan sebelum pelajar dihantar ke sesebuah Negara. Mereka perlu

faham objektif intitusi tersebut menghantar mereka melalui program ini. Perjanjian perlulah

meliputi pembiayaan, dasar, peraturan serta penerangan jelas kehendak institusi berkenaan

program tersebut. Satu tempoh masa juga ditetapkan bagi melihat keberhasilan program dan

laporan perlu dihantar kepada unit atau badan tertentu. Kebanyakan institusi menggunakan

perjanjian Erasmus sebagai panduan dan diubah mengikut kesesuaian objektif yang ingin

dicapai. Perjanjian ini juga bertujuan menjaga kualiti program selaras dengan tujuan pembinaan

Agreement on Good Practice in the Internationalisation of Estonia’s Higher Education

Institutions oleh Estonian Rectors’ Conference.

Perjanjian yang dibuat juga boleh melibatkan antara institusi, fakulti ataupun antara

professor. Perjanjian tersebut perlu melalui proses penjaminan kualiti dari institusi terlibat bagi

memastikan ianya rasional dan tidak akan dipertikaikan. Pengkaji menyatakan bahawa perjanjian

yang dibina harus mendapat persetujuan dan tandatangan naib censelor. Kemudian, perjanjian ini

dilihat semula oleh peguam yang diberi tanggungjawab sebagai salah satu prosedur wajib bagi

sebarang kontrak yang keluar atau masuk. Contohnya, di Universiti Utara Malaysia, institusi-

institusi antarabangsa yang telah berkejasama dengan UUM antaranya ialah Midwest

Universities Consortium for International Activities (MUCIA), Amerika Syarikat, London

Business School, Leeds University, United Kingdom, India Business School, National Institute

for Financial Management di India dan Bahrain Institute for Banking and Finance di Bahrain.

Page 5: Pengantarabangsaan

Dalam program pengantarabangsaan perkara yang perlu diberi perhatian serius juga

adalah saluran maklumat yang mudah dan tepat. Memandangkan banyak pihak yang

mengharapkan maklumat dari pihak institusi maka, strategi yang ampuh perlu disediakan supaya

kecairan maklumat dapat dielakkan. Misalnya pembinaan laman sesawang yang menyediakan

maklumat yang lengkap seperti kursus yang ditawarkan, dokumen berkaitan serta lebih

interaktif. Di Sweden mereka menyediakan laman sesawang yang efektif dengan

mengaplikasikan pengisian borang secara atas talian. Pemohon juga dapat menyalurkan pertanya

melalui emel secara terus kepada pentadbiran institusi. Ahmad Fahami Mahmood, 2003

mendapati laman sesawang yang informative dan mesra pengguna memainkan peranan penting

dalam menyampaikan maklumat kepada pembaca.

Penggunaan bahasa asing dalam institusi juga mampu menarik minat pelajar-pelajar

untuk mengikuti program yang ditawarkan di sesebuah institusi. Kajian ini menyatakan bahawa

penyampaian maklumat dalaman yang menggunakan Bahasa Inggeris telah menunjukkan

peningkatan dalam bilangan pelajar asing yang mengikuti kursus sarjana muda. Selain itu,

galakkan penggunaan bahasa asing juga dapat meningkatkan kecekapan berkomunikasi.

Penggunaan Bahasa Inggeris yang baik dapat meletakkan sesebuah institusi pengajian tinggi di

satu peringkat yang lebih global dan mampu bersaing dengan institusi pengaajian tinggi

terkemuka di dunia. Lebih-lebih lagi menjelang tahun 2020. Kini, lebih 100 buah negara

menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua negara mereka dan pastinya penguasaan

terhadap Bahasa Inggeris menyebabkan sesebuah institusi pengajian tinggi itu akan menjadi

pilihan para pelajar antarabangsa (Mohammad Yusof Bin Arshad, 2008).

Peranan sistem sokongan bagi sesebuah institusi amatlah penting. Baik sistem sokongan

luaran mahupun dalaman. Badan-badan dari luar institutsi memainkan peranan mereka dalam

menyokong program pengantarabangsaan misalnya melalui pembiayaan biasiswa kepada para

pelajar atau pembiayaan kepada kos penyelidikan yang diperlukan. Sistem sokongan dalaman

pula akan bertindak dalam mempromosikan institusi kepada pihak luar sama ada badan yang

berhasrat untuk membiayai pengajian pelajar atau kepada para pelajar yang sedang mencari

peluang menyambung pengajian. Sistem sokongan dalaman ini menyediakan maklumat

berkaitan dengan geran perjalanan, bayaran keahlian serta jaringan antarabangsa apabila pelajar

mengikuti program yang ditawarkan oleh institusi mereka.

Page 6: Pengantarabangsaan

Program pengantarabangsaan di institusi pengajian tinggi di Sweden mendapat sokongan

dan bantuan yang kuat dari agensi luar. Selain daripada pihak institusi terdapat juga sukarelawan

yang membantu memperkenalkan pelajar antarabangsa kepada masyarakat supaya mereka lebih

mengenali budaya dan norma masyarakat tempatan. Kajian ini turut menyatakan bahawa sistem

mentoring di Sweden semakin bertambah baik. Setiap rakyatnya merupakan duta kepada Negara

Sweden itu sendiri. Tahun 2007 memperlihatkan usaha berterusan dari jabatan untuk

mengantarabangsakan pengajian tinggi di Malaysia dari aspek hubungan dengan agensi

antarabangsa. Antaranya adalah pelbagai program kerjasama dengan agensi luar yang diadakan

dengan tujuan mewujudkan kesefahaman dan jaringan kolaborasi dengan kementerian-

kementerian pendidikan/pengajian tinggi dan delegasi-delegasi dan IPT luar negara mahupun

para education writers.

Sepatutnya selepas menamatkan pengajian, pelajar perlu menghantar laporan kepada

pihak institusi mengenai peluang yang telah berjaya diraih sebagai lepasan siswazah di institusi

tersebut. Laporan ini akan dikumpul dalam bentuk data bagi dianalisis supaya penambahbaikan

terhadap kursus yang ditawarkan dapat dilakukan. Laporan ini juga akan digunakan bagi

menggariskan pelan tindakan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran mereka dan

membuktikan bahawa program tersebut mempunyai kepentingan.

Page 7: Pengantarabangsaan

KRITIK BERDASARKAN ARTIKEL

PENDAHULUAN

a) Teknikal.

Artikel ini bertajuk ‘ Organisation And Support System’ yang merupakan subtajuk kepada

penulisan oleh National Agency for Higher Education of higher Education in Sweden yang

bertajuk ‘The Internationalisation of higher education in Sweden’. Artikel yang mempunyai 14

muka surat ini membincangkan berkenaan organisasi dan sistem sokongan yang terlibat dengan

pengantarabangsaan institut pengajian tinggi di Sweden.

Keseluruhan jurnal ini mengandungi 77 muka surat dan 6 subtajuk. Subtajuk lain yang ada

dalam tulisan ini adalah :

1. Matlamat dan strategi institut pengajian tinggi

2. Pengantarabangsaan dalam pengajian Sarjana Muda

3. Pengantarabangsaan dalam pengajian Sarjana

4. Kepelbagaian dan kesamaan gender

5. Institusi terbaik.

b) Isi dan kupasan tajuk.

Beberapa aspek dihuraikan oleh penulis secara ringkas bagi menyatakan dapatan beliau dalam

kajian ini. Antara perkara yang dinyatakan ialah pandangan para pelajar di Sweden tentang

dunia luar, sumber dan kos yang terlibat, prosedur organisasi, maklumat pengantarabangsaan

institusi melalui internet, sistem sokongan di institusi serta kemenjadian pelajar yang mengikuti

program pengantarabangsaan di Sweden.

Page 8: Pengantarabangsaan

KEKUATAN ARTIKEL

a) Teknikal

Berdasarkan artikel ini, saya dapati penulis mempunyai banyak idea untuk dikupas mengenai

tajuk pengantarabangsaan dalam institusi pengajian tinggi di Sweden. Tajuk yang dibincangkan

memberi pengetahuan kepada pembaca tentang pelbagai perkara berkaitan pengurusan dan

proses pengantarabangsaan yang dilaksanakan oleh institusi pengajian tinggi di Sweden. Beliau

menggunakan prosedur-prosedur yang standard bagi mengetengahkan isu seperti EU, Blogna

Process, GATS dan Erasmus. Prosedur yang standard ini membuktikan penulis mempunyai

pengetahuan yang luas tentang isu yang dibangkitkan. Prosedur ini membuatkan pembaca telah

membentuk kepercayaan kepada penulis.

Penulis juga menggunakan laras bahasa yang sesuai dan mudah difahami. Ayat yang

digunakan tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek sehingga membuat pembaca terus

berminat untuk menghabiskan pembacaan artikel ini. Hal ini bertepatan dengan kajian Ho Chew

Ngan (2009) yang menyatakan penggunaan laras bahasa yang sesuai dengan bidang dan situasi

perbincangan memainkan peranan penting untuk menyampaikan mesej yang lebih berkesan.

Selian itu, penggunaan kosa kata yang mudah juga membantu pembaca memahami isi yang

disampaikan oleh penulis. Ayat yang ditulis dengan tanda bacaan yang tepat dan mampu

menghuraikan idea secara sendiri mahupun bersekutu dengan ayat lain. Ayat yang baik juga

dapat mencirikan suatu penuhsan samada formal atau tidak (James, 1999).

Penulis memudahkan perbincangan dalam artikel ini melalui pembahagian tajuk-tajuk

kecil. Setiap tajuk kecil, memberikan maklumat dan kefahaman yang lebih kepada para

pembaca. Jika tajuk kecil ini tidak dibina oleh penulis, mungkin plot penulisan akan terganggu

kerana terlalu banyak maklumat yang ingin disampaikan melalui artikel imi.

Page 9: Pengantarabangsaan

b) Isi dan kupasan tajuk

Salah satu aspek menarik yang dibincangkan adalah berkaitan dengan kos dan belanjawan

pengantarabangsaan institusi pengajian tinggi di Sweden. Program pengantarabangsaan

sememangnya memerlukan dana dan sistem kewangan yang tinggi dan stabil kerana melibatkan

pergerakan pelajar dan kos pembelajaran. Memandangkan Sweden dasar kewangan bagi kos

pembelajaran di Sweden adalah berbeza dengan negara lain, jadi satu suruhanjaya telah dibentuk

untuk membincangkan isu mengenakan bayaran yuran khas. Hal ini menunjukkan keprihatinan

pihak tertentu yang terlibat dalam menjaga kebajikan rakyat mereka dan juga kebajikan pelajar

luar negara yang bakal menuntut di Sweden.

Selain itu, aritikel ini turut memberi penekanan terhadap kepentingan

pengantarabangsaan di institusi pengajian tinggi Sweden secara tidak langsung. Berulang kali

disebut oleh penulis berkaitan dengan kelebihan pengantarabangsaan seperti perkongsian ilmu,

pembangunan penyelidikan yang baru, kerjasama strategik antarabangsa dan sebagai

penandaarasan terhadap sesebuah institusi. Kebijaksanaan penulis telah membuahkan hasil

apabila pembaca dapat memahami dengan lebih jelas tentang kepentingan dan keperluan

pengantarabangsaan dalam intitusi pendidikan masa kini. Pengantarabangsaan merupakan satu

pendekatan yang dapat mempertingkatkan keupayaan dan keperkasaan pengajian tinggi agar

setanding dengan sistem pengajian tinggi yang terbaik di dunia. Selaras dengan dasar Kerajaan

Malaysia yang yakin bahawa kecemerlangan Malaysia di peringkat antarabangsa memerlukan

sistem pengajian tinggi yang releven berdaya saing dan mampu menyumbang kepada

pembangunan sejagat. Sistem pendidikan tinggi negara kini lebih terbuka dan berhasrat

menjadikan hub pendidikan tinggi serantau (Ka Ho Mok, 2011).

Penulis jua menyatakan kepentingan perjanjian dalam melancarkan aktiviti

pengantarabangsaan di institut pengajian tinggi di Sweden. Perjanjian yang lengkap dan sah

penting supaya pihak yang terlibat dapat memahami kehendak dan keperluan program.

Perjanjian ini adalah berbeza antara satu institusi dengan institusi lain sejajar dengan keperluan

mereka. Kebanyakan IPT mempunyai konsep pengantarabangsaan yang tersendiri berdasarkan

kepada kehendak dan keperluan masing-masing. Oleh itu, terdapat kepelbagaian dalam

menjelaskan tentang konsep pengantarabangsaan (Choi, 2003).

Page 10: Pengantarabangsaan

ASPEK YANG PERLU DITAMBAH BAIK.

a) Teknikal

Pada pendapat saya beberapa perkara teknikal perlu ditambahbaik oleh penulis artikel ini.

Kaedah penulisan yang baik akan dapat menyampaikan idea-idea penulis kepada pembaca

dengan lebih jelas dan berkesan lagi. Kaedah penulisan yang baik juga akan dapat mengelakkan

kekeliruan dalam memahami maklumat yang ditulis dan tidak mudah disalahfahamkan oleh

pembaca yang berbeza. Kaedah penulisan yang baik dan berkesan melibatkan gabungan dan

olahan elemen-elemen kaedah penulisan secara sempurna dan kemas demi mencapai matlamat

penulisan.

Perkara pertama adalah dari aspek penulisan rujukan. Rujukan yang digunakan oleh

penulis dirasakan amat minimum dan tidak cukup untuk menunjukkan artikel ini sebagai bahan

rujukan ilmiah. Rujukan adalah elemen yang penting bagi menunjukkan penulis membuat

pembacaan yang luas berkaitan isu yang ingin dikupas.

Selain itu, saya berpendapat penulis menggunakan tajuk kecil yang banyak namun,

huraian yang terlalu ringkas. Ketiadaan contoh membuatkan pembaca sukar memahami mesej

yang ingin disampaikan oleh penulis. Adalah lebih baik jika penulis dapat menghuraikan

maklumat dengan teliti dan memberikan contoh-contoh yang sesuai agar pembaca dapat lebih

memahami dan berminat untuk meneruskan pembacaan.

Saya juga kurang faham dengan maklumat yang ingin disampaikan oleh penulis berkaitan

tajuk organisasi dan sistem sokongan untuk pengantarabangsaan institut pengajian tinggi di

Sweden. Terdapat beberapa tajuk kecil yang tidak berkesinambungan dengan tajuk artikel ini dan

mungkin membuatkan pembaca hilang tarikan untuk meneruskan pembacaan.

Page 11: Pengantarabangsaan

b) Isi dan kupasan tajuk.

Pada pendapat saya, penulis harus menyatakan secara ringkas mengenai demografi

kumpulan pelajar yang dijadikan responden. Dengan berbuat demikian, pasti pembaca lebih

memahami maklumat yang ingin disampaikan. Tujuan demografi adalah memperkenalkan

kumpulan sasaran yang dilibatkan oleh pengkaji. Kumpulan sasaran yang salah akan

menyebabkan dapatan kajian tidak relevan.

Selain itu, maklumat mengenai organisasi dan sistem sokongan dalam

pengantarabangsaan di institut pengajian tinggi di Sweden juga perlu diterangkan dengan lebih

jelas. Adalah lebih baik jika pengkaji meletakkan definisi dan kosep-konsep asas berkaitan tajuk

di awal penulisan artikel. Hal ini dapat memberi kefahaman yang lebih baik kepada para

pembaca lebih-lebih lagi bagi pembaca yang tidak mengetahui perihal berkaitan

pengantarbangsaan di institut pengajian tinggi.

Cadangan seterusnya bagi menambahbaikan penulisan artikel ini ialah penulis perlu

meletakkan contoh yang sesuai dengan tajuk yang dibincangkan. Saya melihat, penulis tidak

meletakkan contoh dan menyebabkan kefahaman kepada tajuk tersebut sangat minimum kerana

pembaca tidak dapat membayangkan isu yang diperbincangkan. Contoh adalah perlu bagi

penulisan akademik kerana menunjukkan kepentingan dan kesahihan sesebuah artikel tersebut.

Page 12: Pengantarabangsaan

KESIMPULAN

a) Teknikal

Artikel ini memberikan banyak maklumat kepada pembaca berkaitan tajuk organisasi dan

sistem sokongan dalam pengantarabangsaan institut pengajian tinggi di Sweden. Walaupun

terdapat beberapa kelemahan dari aspek teknikal tetapi pembaca masih dapat memahami mesej

yang ingin disampaikan oleh penulis.

b) Isi dan kupasan tajuk.

Kesimpulan kami adalah bahawa banyak institus perlu menyemak semula strategi

mereka, matlamat dan pelan tindakan terutama dalam memastikan organisasi dan sistem

sokongan di institut mereka berjalan dengan baik. Salah satu bidang di mana kebanyakan

organisasi dan sistem sokongan sesebuah institute terlupa adalah berkaitan dengan komunikasi.

Komunikasi yang berkesan dapat memastikan perjalanan dan fungsi organisasi dan sistem

sokongan difahami oleh staf ataupun pelajar.

Penilaian dan pemantauan terhadap organisasi dan sistem sokongan yang terlibat dalam

pengantarabangsaan institut pengajian tinggi di Sweden juga perlu di laksanakan secara

menyeluruh. Hal ini bagi memastikan unit-unit yang terlibat lebih peka dan menjalankan

tanggungjawab mereka dengan baik. Penjelasan terhadap matlamat organisasi dan sistem

sokongan juga perlu lebih jelas agar peranan setiap individu atau unit adalah maksimum.

Saya juga berpendapat, tajuk-tajuk di dalam artikel ini dapat dikembangkan lagi oleh

pengkaji. Penerangan yang diberikan dalam artikel ini agak pendek dan minimum. Jadi, mungkin

pengkaji dapat menjalankan kajian yang lebih mendalam lagi mengenai tajuk perbelanjaan dan

kos pengaji, kemenjadian pelajar yang mengikuti program pengantarabangsaan dan perjanjian.

Pada kajian akan datang juga, diharap pengkaji dalam memastikan tiada isu yang masih

tidak mempunyai keputusan seperti sama ada Sweden ingin mengenakan yuran kepada pelajar

antarabangsa atau tidak dan mengenai isu penempatan mereka. Perkara seperti ini perlu

diselasaikan sebelum penulisan artikel ini.

Page 13: Pengantarabangsaan

SUMBER :

PENULISAN AKADEMIK

Rafidah Aga Mohd Jaladin,2010, Halatuju Perkembangan Pembangunan Pelajar di Kolej Kediaman: Satu

Perkongsian, 2010,Universiti Malaya

Amanda Mason & Valerie Eva, 2014,Fostering internationalisation: the benefits to home students of

mentoring international students.

Nadine Burquel, Director of Consultancy Services, 2014, Using Collaborative Benchmarking To Improve

Performance In Internationalisation.

Adinda van Gaalen & Rosa Becker, 2013, Suggestions to perform a benchmark exercise of

internationalisation in higher education.

Paola Criscuolo, 2004, R&D Internationalisation and Knowledge Transfer: Impact on MNEs and their

Home Countries.

Ahmad Fahmi Mahamood, 2008, Penggunaan dan penilaian kualiti laman web agensi-agensi pertanian

oleh para pegawai pertanian di Malaysia.

Mohammad Yusof Bin Arshad & Nurul Haini Binti Zakaria, 2008, Persepsi Di Kalangan Pelajar Terhadap

Penggunaan Bahasa Inggeris Di Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi Malaysia,

Universiti Teknologi Malaysia.

Hassan Bin Said, 2007, Laporan tahunan Institut Pengajian Tinggi 2007.

Ho Chew Ngan , 2008, Analisis laras bahasa dan kebolehterjemahannya dalam drama komedi Ugly

betty, Bahagian Bahasa Melayu, Terjemahan & Interpretasi Universiti Sains Malaysi

Page 14: Pengantarabangsaan

LAMAN SESAWANG :

http://www.issys.com/ yang diakses pada 1 November 2014.

http://www.merriam-webster.com/dictionary/support%20system diakses pada 1 November 2014

http://jtonedm.com/2012/09/24/from-decision-support-systems-to-decision-management-systems/ diakses pada 1 November 2014

http://www.merriam-webster.com/dictionary/support%20system diakses pada 1 November 2014

http://jtonedm.com/2012/09/24/from-decision-support-systems-to-decision-management-systems/ diakses pada 1 November 2014