1. KOMPONEN: PERKEMBANGAN SUKAN DI MALAYSIA PUSAT SUKAN DI
MALAYSIA DISEDIAKAN OLEH : NUR ANISAH ROZIYANNA WAFA FARHANA
2. MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA
3. PENGENALAN MAJLIS SUKAN NEGARA
4. PENGENALAN Pusat Sukan Universiti Utara
Malaysia,JabatanCanseloridiberimandatdant
anggungjawabuntukmengelola,menganjur,merancang,mengawalseliaprog
ramsukandanrekreasikepadapelajardankakitanganUniversiti.
SebuahKompleksSukanyangserbalengkapmeliputikawasanseluas74ekar
menyediakanhampir28jenisaktivitisukandanrekreasikhususkepadapelajar
,kakitangandanjugapenggunaluarkampus.
Sebagaisatuunitygberorientasikankecergasandanpengujianminda,bebrpa
programdisusunbagimembolehkanparapelajar(penggunautama)
menggunaknkesemptandiluatwaktukuliah,menanfaatkanKompleksSukan
untukaktivitiberiadah.
PusatSukanUUMjugamemberitumpuandankeutamaankepadaprogram
yangberbentuksukanelitsebagaimanapenyertaandidalamaktivitianjuran
MajlisSukanUniversitiMalaysia(MASUM)danlain-
lainaktivitidiperingkattertinggi. DitubuhkandibawahAktaMajlisSukan
NegaraMalaysia1971danAktaMajlis SukanNegara(pindaan1979).
Pelancarannyasecararasmitelahdilakukan
olehY.A.B.TunAbdulRazakb.Datuk Hussein,PerdanaMenteriMalaysiayang
keduapada21Februari1972. OrganisasiMajlisdisusunsemulapada
tahun1981. MatlamatpenubuhanMajlisSukanNegara
MalaysiaadalahselarasdenganDasarSukan
Negaraiaitubertanggungjawabsepenuhnya
kearahpenggalakkan,pembangunandan
pencapaiancemerlangdalamsukan-sukan diperingkattertinggi.
PENGENALAN
5. VISI DAN MISI MAJLIS SUKAN NEGARA
6. Melahirkan lebih ramai atlet bertaraf dunia VISI
7. 1. Mempertingkatkan pembangunan sukan prestasi tinggi secara
menyeluruh di semua peringkat. 2. Menaikkan imej Negara melalui
pencapaian cemerlang atlet di pertandingan sukan peringkat dunia.
3. Memupuk perpaduan dan integrasi nasional serta peningkatan
semangat patriotisme. MISI
8. OBJEKTIF MAJLIS SUKAN NEGARA
9. Majlis Sukan Negara Malaysia telah menetapkan bahawa
objektif-objektif dan tumpuan program Majlis Sukan Negara meliputi
aspek-aspek berikut: i. Program pembangunan atlet seharusnya
digerakkan dari peringkat asas agar segala "basic preparation"
kepada bakat-bakat sukan tidak diabaikan. Merancang dan
melaksanakan secara agresif program pembangunan atlet dari
peringkat asas hingga ke peringkat elit. ii. Mempertingkat serta
menstrukturkan pembangunan kejurulatihan dan kepegawaian agar dapat
menyediakan jurulatih dan pegawai tempatan yang lebih mampan dan
berkelayakan. iii. Mempertingkatkan kepimpinan dan pengurusan
persatuan sukan sebagai penggerak kepada program pembangunan sukan
masing-masing secara berkesan. iv. Mewujudkan struktur pertandingan
yang lebih kukuh yang dapat memenuhi keperluan program latihan di
semua peringkat.
10. PIAGAM PELANGGAN
11. PerananPusatSukanUniversitiUtara Malaysia * Memastikan
program pembangunan sukan kebangsaan berjaya melalui bantuan
kewangan, guna tenaga, kepakaran dan kemudahan. * Memastikan
atlet-atlet mendapat kemudahan dan khidmat kepakaran yang terbaik
dalam menjalani latihan dan menyertai pertandingan. * Memastikan
Majlis menjadi sumber rujukan semua pihak dalam aspek sukan
berprestasi tinggi. * Memberi pengesahan secara terus di atas
tempahan penggunaan stadium dan gelanggang. * Membayar setiap
tuntutan yang lengkap dari Persatuan Sukan Kebangsaan dalam tempoh
sebulan dari tarikh permohonan. *Memberi layanan yang mesra, cepat
dan saksama kepada semua pelanggan.
12. PUSATSUKANUNIVERSITI MALAYSIASABAH
13. PENGENALAN PUSAT SUKAN UMS (Universiti Malaysia Sabah)
14. PENGENALAN Pusat Sukan UMS berperanan membantu Jabatan Hal
Ehwal Pelajar mengendalikan semua aktiviti berbentuk sukan dan
rekreasi. di samping memberi perkhidmatan berkaitan kemudahan,
pertandingan dan khidmat nasihat dalam bidang sukan.
15. PENGENALAN Pusat Sukan UMS juga berperanan membantu
melaksanakan dan menjayakan Sukan Teras dan sukan berprestasi
tinggi untuk menyumbang kepada pembangunan sukan Negara.
16. VISI PUSAT SUKAN UMS (Universiti Malaysia Sabah)
17. VISI Bertekad membangunkan budaya aktif dan cergas di
kalangan warga Universiti dan melahirkan atlet yang bertaraf
dunia.
18. MISI PUSAT SUKAN UMS (Universiti Malaysia Sabah)
19. MISI Bertekad menyediakan perkhidmatan, kemudahan dan
latihan yang cemerlang dalam bidang sukan selaras dengan falsafah
dan wawasan Universiti.
20. OBJEKTIF PUSAT SUKAN UMS (Universiti Malaysia Sabah)
21. Membantu dan menjayakan agenda sukan Negara Meningkatkan
pembangunan sahsiah pelajar melalui aktiviti sukan. Menggalakkan
penglibatan dan pembudayaan sukan di kalangan warga Universiti.
OBJEKTIF
22. PIAGAM PELANGAN PUSAT SUKAN UMS (Universiti Malaysia
Sabah)
23. Menggalakkan pembudayaan gaya hidup sihat di kalangan warga
Universiti melalui kempen 'Gaya Hidup Cergas Warga Kampus Ceria'.
Menganjurkan aktiviti-aktiviti sukan untuk pelajar dan kakitangan
Universiti. PIAGAM PELANGGAN
24. PERKHIDMATAN PUSAT SUKAN UMS (Universiti Malaysia
Sabah)
25. 1. Tempahan kemudahan dan peralatan Sukan UMS. 2. Khidmat
nasihat terhadap aktiviti dan penglibatan kelab dan persatuan sukan
pelajar. 3. Khidmat nasihat terhadap penganjuran aktiviti sukan dan
rekreasi yang di anjurkan oleh warga UMS. 4. Menyelaras penglibatan
atlet-atlet UMS (Kakitangan dan Pelajar) didalam penglibatan
Kejohanan-Kejohanan sukan. 5. Menganjur dan menyelaras aktiviti
sukan dan rekreasi dalaman UMS. 6. Pengurusan majlis-majlis dan
kejohanan-kejohanan Sukan anjuran UMS. 7. Mempromosikan budaya
hidup sihat dan cergas di kalangan warga UMS. PERKHIDMATAN
26. PENGENALAN PEMBANGUNAN PUSAT SATELIT (ISN)
27. ` Penubuhan Pusat Satelit adalah hasil cetusan idea Y.B.
Dato Seri Azalina Dato Othman Said, Mantan Menteri Belia dan Sukan
Malaysia supaya perkhidmatan sokongan yang ditawarkan oleh Institut
Sukan Negara Malaysia (ISN) dapat diperluaskan ke peringkat negeri
bagi meningkatkan lagi prestasi sukan atletpembangunan, seterusnya
akan dapat membekal atlet yang lebihberkualiti ke peringkat
kebangsaan.
28. Susulan daripada itu, pada awal tahun 2007, Cawangan Pusat
Satelit ISN telah diwujudkan dan mula mengadakan beberapa sesi
perjumpaan dan mesyuarat bersama Pengarah-Pengarah Majlis Sukan
Negeri yang telah bersetuju untuk menyokong penubuhan Pusat Satelit
di peringkat negeri secara usahasama. Di mana pihak Majlis Sukan
Negeri akan menyediakan tempat yang sesuai untuk diubahsuaikan
menjadi pejabat operasi Pusat Satelit ISNNegeri.
29. 1.3 Pusat Satelit ISN adalah cawangan ISN di peringkat
negeri yang menawarkan perkhidmatan sokongan sains sukan dan
perubatan sukan dan ianya mengikuti konsep asal Institut Sukan
Negara (ISN) di Bukit Jalil, cuma pada skala yang lebih kecil. Pada
peringkat permulaan ini, Pusat- Pusat Satelit ISN- Negeri lebih
menumpukan kepada perkhidmatan sokongan sains sukan (fasapertama)
dan akan mengembangkan perkhidmatan sokongan perubatan sukan (fasa
kedua) jikalau mendapat peruntukan kewangan yang mencukupi.
30. 1.4 Cawangan Pusat Satelit ISN kini sedang mempergiatkan
lagi usaha penubuhan pusat satelit di semua negeri agar
perkhidmatan sains sukan dan perubatan sukan dapat dimanfaatkan
sepenuhnyaoleh atlet-atlet Pembangunan di bawah program penyediaan
atlet SUKMA, Pelapis, atlet-atlet sekolah dan jurulatih peringkat
negeri supaya dapat mengaplikasikan pendekatan saintifik dan
sistematik dalam latihan mereka.
31. i) Program Suaian Fizikal Penyediaan program latihan
kekuatan otot badan yang lebih spesifik kepada para atlet mengikut
keperluan sukan yang diceburi. Memantau dan menilai tahap
kecergasan fizikal atlet secara berkala serta memberi pendidikan
kepada para atlet dan jurulatih di peringkat negeri.
32. ii) Program Fisiologi Senam Menyediakan perkhidmatan ujian
ujian kecergasan kepada atlet negeri. Ujian tersebut di bahagikan
kepada ujian makmal dan lapangan atau padang. Ujian kecergasan yang
diikuti oleh atlet adalah berdasarkan perkaitan dan spesifikasi
sukan itu sendiri. Antara contoh komponen kecergasan yang di uji
termasuklah aerobik, anaerobik, kelajuan, kekuatan, keupayaan,
ketangkasan, kelenturan dan reaksi masa.
33. iii) Program Psikologi Sukan Untuk mendidik dan mengajar
latihan kemahiran psikologi kepada atlet secara praktikal.
Pengetahuan ini boleh diguna oleh atlet untuk mengatasi tekanan
persaingan dan gangguan yang teramat semasa pertandingan. Tekanan
dan gangguan yang wujud ini adalah halangan utama yang boleh
mempengaruhi pencapaian prestasi sebenar dalam pertandingan.
Misalan, latihan pernafasan, regangan otot, teknik latihan
autogenik, imaginasi dan teknik visualisasi.
34. iv) Program Pemakanan Sukan Mengendalikan pelbagai
perkhidmatan termasuklah penilaian pemakanan (diet, hidrasi,
komposisi tubuh), konsultasi pemakanan, program pendidikan dan
suplementasi.
35. Kumpulan sasaran ialah :- i) Atlet dan Jurulatih SUKMA ii)
Atlet dan Jurulatih Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri ii) Atlet
peringkat Sekolah/Daerah/MSSM
36. MISI : Memperluas dan memperkukuhkan perkhidmatan sokongan
sains sukan dan perubatan sukan kepada para atlet dari peringkat
pembangunan sehingga atlet elit di peringkat negeri.
37. Mempromosi dan memperkenalkan ISN sebagai organisasi sains
sukan dan perubatan sukan yang terulung di peringkat negeri. 3.1.2.
Memastikan setiap negeri mempunyai sebuah Pusat Satelit ISN 3.1.3
Mengurus penyediaan peralatan dan perkhidmatan sains sukan serta
perubatan sukan kepada Pusat Satelit Negeri 3.1.4 Merancang dan
menganjurkan program pendidikan berterusan dalam bidang sains dan
perubatan sukan untuk meningkatkan lagi kompetensi jurulatih dan
guru sukan. 3.1.5 Menyelaras program penyelidikan dan projek sains
sukan dan perubatan sukan secara usahasama di antara ISN- Institusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
38. 3.2.1 Mempromosi dan menyediakan khidmat sains sukan dan
perubatan sukan di peringkat negeri. 3.2.2 Bekerjasama dengan
Majlis Sukan Negeri dan agensi-agensi sukan yang lain bagi
memastikan keberkesanan penyampaian perkhidmatan sokongan sains
sukan dan perubatan sukan di peringkat negeri. 3.2.3 Menganjurkan
program Pendidikan Jurulatih yang Berterusan (CCE) kepada jurulatih
dan guru sukan peringkat negeri. 3.2.4 Menyelaras program
penyelidikan untuk menilai keberkesanan pendekatan dan
kesesuaiannya bagi meningkatkan prestasi atlet di peringkat
negeri.