13
[Windows Movie Maker] Bab 4 1 Chapter 8 3.0 Digital Audio Digital audio adalah pengeluaran semula bunyi (sound reproduction) menggunakan modulasi kod denyut (pulse-code modulation) dan isyarat digital. Sistem digital audio antaranya termasuklah penukaran analog-ke-digital (ADC), penukaran digital-ke-analog (DAC), penyimpanan digital, pemprosesan dan komponen transmisi. Manfaat utama yang diperolehi daripada digital audio adalah dalam kemudahan penyimpanan, penghantaran dan dapatan semula. Antara jenis audio yang digunakan dalam Aplikasi Multimedia (Multimedia Applications) untuk menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran adalah: Narasi/Penceritaan ialah penyampaian mesej secara terus, selalunya mampu memberi kesan yang mendalam untuk sesuatu persembahan. Muzik - menetapkan mood pembentangan, meningkatkan emosi, mengilustrasikan isi-isi penting. Kesan Bunyi - untuk menghasilkan bunyi tertentu, contohnya pintu berciut, letupan, angin, dan sebagainya. Antara kaedah untuk menyediakan digital audio adalah dengan merakam dengan menggunakan mikrofon yang dihubungkan kepada komputer dengan bantuan perisian tertentu. Contoh perisian yang boleh digunakan untuk merakam suara ialah Audacity dan Sound Forge. Audacity merupakan perisian sumber terbuka (open source software) digunakan untuk memanipulasi gelombang digital audio. Disamping rakaman bunyi secara terus melalui program ini, ia boleh mengimport banyak format fail bunyi, termasuk Pemodulatan Kod Denyut (Pulse Code Modulation -PCM) seperti WAV dan AIFF, MP3, Ogg Vorbis. PCM format 8, 16, 24 dan 32-bit boleh diimport dan dieksport menggunakan perisian Audacity ini. Audacity telah bermula pada musim gugur tahun 1999 oleh Dominic Mazzoni semasa beliau adalah graduan pelajar di Universiti Carnegie Mellon di Pittsburgh, PA, Amerika Syarikat. Beliau telah bekerja dalam satu projek penyelidikan dengan penasihat beliau, Profesor Roger Dannenberg, dan mereka memerlukan alat yang membolehkan mereka menggambarkan algoritma analisis audio. Dari masa ke masa, program ini telah berkembang menjadi editor audio umum, melalui bantuan pengaturcara dalam komuniti perisian sumber terbuka.

Bab3 audacity

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Bab3 audacity

[Windows Movie Maker] Bab 4

1

Chapter 8

3.0 Digital Audio

Digital audio adalah pengeluaran semula bunyi (sound reproduction) menggunakan

modulasi kod denyut (pulse-code modulation) dan isyarat digital. Sistem digital audio

antaranya termasuklah penukaran analog-ke-digital (ADC), penukaran digital-ke-analog

(DAC), penyimpanan digital, pemprosesan dan komponen transmisi. Manfaat utama yang

diperolehi daripada digital audio adalah dalam kemudahan penyimpanan, penghantaran dan

dapatan semula.

Antara jenis audio yang digunakan dalam Aplikasi Multimedia (Multimedia Applications)

untuk menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran adalah:

Narasi/Penceritaan – ialah penyampaian mesej secara terus, selalunya mampu memberi

kesan yang mendalam untuk sesuatu persembahan.

Muzik - menetapkan mood pembentangan, meningkatkan emosi, mengilustrasikan isi-isi

penting.

Kesan Bunyi - untuk menghasilkan bunyi tertentu, contohnya pintu berciut, letupan,

angin, dan sebagainya.

Antara kaedah untuk menyediakan digital audio adalah dengan merakam dengan

menggunakan mikrofon yang dihubungkan kepada komputer dengan bantuan perisian

tertentu. Contoh perisian yang boleh digunakan untuk merakam suara ialah Audacity dan

Sound Forge.

Audacity merupakan perisian sumber terbuka (open source software) digunakan untuk

memanipulasi gelombang digital audio. Disamping rakaman bunyi secara terus melalui

program ini, ia boleh mengimport banyak format fail bunyi, termasuk Pemodulatan Kod

Denyut (Pulse Code Modulation -PCM) seperti WAV dan AIFF, MP3, Ogg Vorbis. PCM

format 8, 16, 24 dan 32-bit boleh diimport dan dieksport menggunakan perisian Audacity ini.

Audacity telah bermula pada musim gugur tahun 1999 oleh Dominic Mazzoni semasa beliau

adalah graduan pelajar di Universiti Carnegie Mellon di Pittsburgh, PA, Amerika Syarikat.

Beliau telah bekerja dalam satu projek penyelidikan dengan penasihat beliau, Profesor

Roger Dannenberg, dan mereka memerlukan alat yang membolehkan mereka

menggambarkan algoritma analisis audio. Dari masa ke masa, program ini telah

berkembang menjadi editor audio umum, melalui bantuan pengaturcara dalam komuniti

perisian sumber terbuka.

Page 2: Bab3 audacity

Bab 4 [Windows Movie Maker]

2

Audacity adalah percuma dan kod sumber boleh didapati di bawah GNU Public Licences.

Audacity adalah satu perisaian cross-platform - ia berfungsi pada Windows (dari 98 hingga

7), Mac OS X, dan banyak platform Unix, termasuk Linux.

3.1 Perisian Audacity

Sebelum perisian Audacity boleh digunakan, anda perlulah melakukan proses pemasangan

(installation) program tersebut ke dalam komputer anda. Untuk mendapatkan perisian ini

secara percuma, anda perlu ke laman sesawang (web) http://audacity.sourceforge.net

dan seterusnya memuat turun (download) (i) Audacity 1.3.14 installer, (ii) LADSPA plug-ins

0.4.15 installer, (iii) LAME MP3 encoder, dan (iv) FFmpeg import/export library.

3.1.1 Memulakan Perisian Audacity

1. Dwi-klik pada shortcut ikon Audacity di desktop komputer anda

2.

Rajah 3.1.1a

atau,

2. Klik Start (pada Windows Taskbar) pilih All Programs pilih Audacity 1.3 Beta

(Unicode)

Page 3: Bab3 audacity

[Windows Movie Maker] Bab 4

3

Chapter 8

Rajah 3.1.1b

3.1.2 Paparan Perisian Audacity

Sekiranya pemasangan perisian Audacity dilakukan dengan betul ke dalam komputer anda,

pelancaran perisian program Audacity akan dimuatkan seperti Rajah 3.1.2a (klik ok) dan

seterusnya paparan seperti Rajah 3.1.2b diperolehi.

Page 4: Bab3 audacity

Bab 4 [Windows Movie Maker]

4

Rajah 3.1.2a Paparan perisian Audacity dilancarkan.

Rajah 3.1.2b Paparan utama perisian Audacity

Page 5: Bab3 audacity

[Windows Movie Maker] Bab 4

5

Chapter 8

3.1.3 Menu dan Toolbar Audacity

Jadual 3.1.3a berikut adalah nama bagi Menu atau ToolBar yang terdapat pada perisian

Audacity.

Perkara Nama

Menu Bar

Audacity

Transport

ToolBar

Audacity Tools

ToolBar

Audacity Meter

ToolBar

Audacity Mixer

ToolBar

Audacity Edit

ToolBar

Audacity

Transcription

ToolBar

Audacity Device

ToolBar

Audacity

Selection

ToolBar

Jadual 3.1.3a

Page 6: Bab3 audacity

Bab 4 [Windows Movie Maker]

6

Tugasan 1: Lengkapkan penerangan bagi setiap fungsi butang ikon pada kesemua

ToolBar yang ada pada perisian Audacity

Contoh:

Butang Ikon Fungsi

Play Button

Tekan butang play untuk mendengar audio dalam projek

anda. (Press the play button to listen to the audio in your

project.)

Jadual 3.1.3b

3.2 Menghasilkan Audio Narasi atau Penceritaan

Antara fungsi perisian Audacity ialah merakam narasi/penceritaan dengan mudah oleh para

guru untuk digunakan sebagai sumber penghasilan Bahan Bantu Mengajar (BBM). Langkah-

langkah merakam audio (narasi/penceritaan) dengan menggunakan perisian Audacity

adalah seperti berikut:

1. Pasangkan jack mikrofon (biasanya berwarna merah jambu) pada kad antaramuka

audio komputer anda

2. Mulakan perisian Audacity anda

3. Tetapkan Input Volume Slider pada Audacity Mixer ToolBar kepada maksimum

4. Klik pada Audacity Transport ToolBar untuk memulakan rakaman

5. Mula merekod dengan menghalakan mikrofon kepada sumber bunyi (untuk kes ini

narasi/penceritaan oleh anda).

6. Jika bunyi sedang direkodkan , terdapat gelombang pada paparan perisian Audacity

anda seperti pada Rajah 3.2a dibawah. Paparan rakaman audio ini adalah dalam format

mono.

Page 7: Bab3 audacity

[Windows Movie Maker] Bab 4

7

Chapter 8

Rajah 3.2a

7. Klik pada Audacity Transport ToolBar untuk menghentikan rakaman

8. Klik pada Audacity Transport ToolBar untuk memainkan semula rakaman

Tugasan 2: Rakamkan narasi/penceritaan yang melibatkan satu peristiwa kemalangan

jalanraya di lebuhraya PLUS.

3.3 Mengimpot Fail Audio

Antara keupayaan perisian Audacity ialah mengimpot pelbagai format fail audio untuk

dilakukan proses editing. Langkah-langkah mengimpot fail audio ke dalam perisian Audacity

adalah seperti berikut:

1. Mulakan perisian Audacity

2. Klik menu File Import Audio (Rajah 3.3a)

Page 8: Bab3 audacity

Bab 4 [Windows Movie Maker]

8

Rajah 3.3a

3. Pilih lokasi fail audio yang hendak diimpot ke dalam Audacity (Rajah 3.3b)

Rajah 3.3b

4. Klik butang Open (proses impot fail audio dilaksanakan - Rajah 3.3c)

Page 9: Bab3 audacity

[Windows Movie Maker] Bab 4

9

Chapter 8

Rajah 3.3c

5. Setelah fail audio berjaya dimasukkan (diimpot), paparan Audacity adalah seperti dalam

Rajah 3.3d.

R

Rajah 3.3d Paparan perisian Audacity setelah dimuatkan

fail audio dalam format .MP3 atau WAV

Page 10: Bab3 audacity

Bab 4 [Windows Movie Maker]

10

Tugasan 3: Anda dikehendaki megimpot fail audio (nyanyian lagu) yang mempunyai

vokal. Setelah proses impot fail audio itu selesai, proseskan audio tersebut

supaya hilang vokal penyanyinya. Hasil akhir anda ialah audio yang hanya

mempunyai musiknya sahaja. (Panduan: gunakan menu Effect pada Menu Bar.)

3.4 Menghasilkan Audio Kesan Khas (Api Yang Marak Membakar)

Sediakan dua (2) helai kertas saiz A4. Kedua-dua kertas ini kita akan gunakan untuk

menghasilkan bunyi api yang sedang marak membakar.

Langkah-langkah merakam audio (api yang marak membakar) dengan menggunakan

perisian Audacity adalah seperti berikut:

1. Pasangkan jack mikrofon (biasanya berwarna merah jambu) pada kad antaramuka

audio komputer anda

2. Mulakan perisian Audacity anda

3. Tetapkan Input Volume Slider pada Audacity Mixer ToolBar kepada maksimum

4. Klik pada Audacity Transport ToolBar untuk memulakan rakaman

5. Mula merekod dengan menghalakan mikrofon kepada sumber bunyi anda (untuk kes

ini, ditangan kanan anda, goyangkan kertas A4 yang pertama dan setelah beberapa

saat ramaskan kertas A4 yang kedua tanpa memberhentikan goyangan kertas pertama

tadi).

6. Jika bunyi sedang direkodkan , terdapat gelombang pada paparan perisian Audacity

anda seperti pada Rajah 3.4a dibawah. Paparan rakaman audio ini adalah dalam format

stereo.

Page 11: Bab3 audacity

[Windows Movie Maker] Bab 4

11

Chapter 8

Rajah 3.4a

7. Klik pada Audacity Transport ToolBar untuk menghentikan rakaman

8. Klik pada Audacity Transport ToolBar untuk memainkan semula rakaman audio api

yang sedang marak membakar itu.

3.5 Petua

Petua 1:

Langkah-langkah untuk menyimpan projek Audacity:

1. Klik pada menu File Save Project As

2. Klik OK pada dialog box yang dipaparkan

3. Pilih lokasi simpanan anda

4. Namakan fail dengan nama yang sesuai (taipkan nama fail anda)

5. Klik Save.

Petua 2:

Langkah-langkah untuk menukarkan fail ke format .WAV:

Page 12: Bab3 audacity

Bab 4 [Windows Movie Maker]

12

1. Klik pada menu File Export… pilih Save As Type:

2. Pilih format fail .WAV

2. Pilih lokasi simpanan

3. Namakan fail WAV dengan nama yang berlainan dengan nama projek audio anda

4. Klik Save.

Petua 3:

Langkah-langkah untuk menukarkan fail ke format .MP3:

(Perisian LAME MP3 encoder perlu dipasang (install) ke dalam komputer anda sebelum

operasi ini dapat dilaksanakan.)

1. Klik pada menu File Export… pilih Save As Type:

2. Pilih format fail .MP3 Files

2. Pilih lokasi simpanan

3. Namakan fail MP3 dengan nama yang berlainan dengan nama projek audio anda

4. Klik Save.

Petua 4:

Antara jenis pengubahsuaian yang boleh dilakukan ke atas sesuau audio yang dimasukkan

atau dirakamkan ke dalam perisian Audacity ialah:

a) Menyalin (Copy)

b) Mencantas (Cut)

c) Memanipulasi Kesan (Effects)

Langkah-langkah untuk mengubah suai audio dengan menggunakan Audacity:

1. Highlight gelombang audio pada perisian Audacity anda. Caranya dengan meletakkan

kursor dan klik tetikus (mouse) anda dan heretkan (click and drag your mouse) pada

bahagian yang hendak diubahsuai (seperti Rajah 3.5a)

Page 13: Bab3 audacity

[Windows Movie Maker] Bab 4

13

Chapter 8

Rajah 3.5a

2. Klik pada menu Edit untuk memilih Cut atau Copy.

3. Klik pada menu Effect dan pilih kesan (effect) yang hendak dimasukkan.

Tugasan 4: Hasilkan audio dalam format .MP3 yang melibatkan anda mendeklamasikan

sajak dengan muzik latar yang bersesuaian. (Cadangan: Anda boleh

menggunakan muzik latar instrumental OST (Original Sound Track) Selamat

Pagi Cinta).