View
1
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
FAKULTI PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN
SEPTEMBER / 2013
UNDANG – UNDANG PERNIAGAAN
(BBUN 2103)
ELEMEN-ELEMEN ASAS PEMBENTUKAN SESUATU KONTRAK DIMALAYSIA (AKTA KONTRAK 1950)
DI SEDIAKAN OLEH:
RASMAN ABDULLAH(tengokxpopegexleh@yahoo.com)
BBUN 2103
ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN MUKASURAT
Pengenalan ………………………………………………………………………………………………2
Kontrak Sah………………………………………...……………………………………………………3
Kontrak Boleh Batal……. ………………………………………………………………………………6
Saranan Untuk Pindaan Undang-Undang……………………………………………………………….14
Kesimpulan ……………………………………………………………………………………………...15
Rujukan ………………………………………………………………………………………………….16
1
BBUN 2103
1 Pengenalan
Akta Kontrak 1950, adalah satu akta bagi menguatkuasa undang-
undang yang mengawal pembentukkan sesuatu kontrak di Malaysia.
Akta kontrak ini berasaskan Akta Kontrak India. Ini kerana
mahkamah Malaysia telah merujuk kes-kes dan peruntukkan Akta
Kontrak India dan kerana itu banyak peruntukkan yang sama wujud
dalam Akta Kontrak kita.
Kontrak mengikut Akta Kontrak 1950 ditakrifkan sebagai ’satu
perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang’. Ini
bermakna jika sesorang itu ingin agar kontrak yang dibuat itu sah
maka beliau harus memastikan bahawa sesuatu perjanjian yang
dipersetujui itu sah dan boleh dikuatkuasakan di sisi undang-
undang sebagai suatu kontrak.
Mengikut Akta Kontrak 1950, kontrak boleh dikategorikan kepada
tiga jenis mengikut peruntukkan undang-undang.
1.1 Kontrak Sah
2
BBUN 2103
Merujuk kepada Seksyen 10(1) yang memperuntukkan bahawa ”
semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas
pihak-pihak yang layak membuat kontrak, untuk sesuatu balasan yang
sah, dan dengan sesuatu tujuan yang sah; dan tidak ditetapkan
dengan nyata mengikut peruntukan Akta ini bahawa ianya batal”.
Sesuatu kontrak menjadi sah apabila boleh dikuatkuasakan oleh
undang-undang. Ia mewujudkan kewajipan undang-undang antara pihak-pihak
yang membuat perjanjian. Ia membolehkan satu pihak untuk memaksa pihak
lain untuk melakukan sesuatu atau tidak.
1.2 Kontrak Batal
Seksyen 2(g) memperuntukkan bahawa sesuatu perjanjian yang tidak“boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang adalah batal . ” Pada asalnya ia
adalah kontrak yang sah tetapi kerana sebab-sebab tertentu ia menjadi tidak
sah selepas penubuhannya.Apabila sesuatu kontrak itu batal maka pihak yang
berkontrak akan hilang tanggungjawab terhadap kontrak tersebut. Ini
bermakna pihak terbabit tidak perlu lagi untuk melaksanakan kontrak itu
kerana kontrak tersebut sudah tidak sah. Mahkamah pula tidak akan
menguatkuasakan kontrak sedemikian.
Diantara perjanjian-perjanjian yang termasuk dalam kontrak batal ialah;
I. Perjanjian yang menyalahi undang-undang;
II. Perjanjian yang menghalang perdagangan;
III. Perjanjian yang menghalang tindakan undang-undang.
1.3 Kontrak Boleh Batal
Kontrak ini ialah kontrak yang dibuat tanpa kerelaan bebas salah satu
pihak yang berkontrak. Seksyen 2(i) memperuntukkan “sesuatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-
undang atas opsyen satu pihak atau lebih dari pihak-pihak
perjanjian itu, tetapi tidak berdasarkan atas opsyen pihak atau pihak yang
lain, adalah satu kontrak boleh batal . Ini bermakna satu pihak”boleh membatalkan kontrak jika terdapat elemen yang boleh
membatalkan kontrak dan mengenepikan tanggungjawabnya
mengikut kontrak.
3
BBUN 2103
2 Kontrak Sah ( Valid Contract)
Takrif kontrak seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 10(1) bahawa;
”semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat
atas kerelaan bebas pihak-pihak yang layak
membuat kontrak, untuk sesuatu balasan yang
sah, dan dengan sesuatu tujuan yang sah; dan
tidak ditetapkan dengan nyata mengikut
peruntukan Akta ini bahawa ianya batal”.
Bagi membentuk satu kontrak yang sah dan boleh dikuatkuasakan oleh
undang-undang, terdapat beberapa unsur atau elemen asas yang perlu
dititikberatkan. Elemen-elemen ini akan memastikan setiap kontrak yang
dihasilkan tertakluk di bawah Akta Kontrak 1950. Elemen-elemen Asas
Pembentukan Kontrak adalah seperti berikut;
I. Tawaran (offer)
II. Penerimaan (acceptance)
III. Balasan (consideration)
IV. Keupayaan (capasity)
V. Niat (intention)
VI. Kerelaan Bebas (free consent)
VII. Ketentuan (certainty)
VIII. Tujuan yang sah (valid object)
2.1 Tawaran
Tawaran juga dirujuk sebagai cadangan dan ditakrifkan mengikut Seksyen
2(a) Akta Kontrak 1950 seperti berikut;
apabila seseorang menyatakan kesediaannya kepada seorang yang lain“untuk melakukan atau menahan diri daripada melakukan sesuatu,
dengan maksud untuk memperoleh persetujuan orang itu untuk
berbuat sesuatu atau menahan diri daripada berbuat sesuatu itu,
maka bolehlah dikatakan bahawa orang itu membuat cadangan”Berdasarkan takrifan diatas, tawaran akan wujud apabila pembuat tawaran
menyatakan kesediaannya, sama ada dengan perkataan atau perbuatan untuk
mengikat kontrak dengan orang yang menerima tawaran yang telah
diberikan. Tawaran yang diberikan mestilah jelas, lengkap dan muktamad.
Penerima tawaran mesti disebut sama ada individu atau kumpulan.
4
BBUN 2103
2.2 Penerimaan (acceptable)
Akta Kontrak 1950 mentakrifkan penerimaan mengikut Seksyen 2(b) Akta
Kontrak 1950 sebagai;
apabila orang kepada siapa tawaran itu dibuat “menyatakan persetujuan dengan tawaran berkenaan
maka bolehlah dikatakan bahawa tawaran berkenaan
diterima: sesuatu tawaran bila diterima, adalah
menjadi janji ”Daripada takrifan ini menunjukkan satu perjanjian atau kontrak
telah terikat apabila penerima tawaran menyatakan persetujuan
dan menerima tawaran tersebut. Terdapat dua syarat dalam
elemen penerimaan iaitu
a) Mutlak dan tak bersyarat Sesuatu penerimaan hanya –akan membentuk perjanjian jika segala syarat dalam
tawaran dipatuhi secara mutlak iaitu penerima tawaran
menerima semua syarat dan peraturan yang dikenakan
oleh pembuat tawaran.
b) Secara biasa dan munasabah melainkan tawaran telah
menetapkan sesuatu cara untuk diterima.
2.3 Balasan (consideration)
Seksyen 2(d) AK 1950: “menurut kehendak pembuat janji, apabila
penerima janji atau siapa sahaja yang telah membuat atau telah
menahan diri dari membuat sesuatu, atau membuat atau menahan
diri dari membuat sesuatu, maka perbuatan atau penahanan diri
atau janji itu adalah disebut balasan untuk janji itu”.
Balasan merangkumi sesuatu perbuatan atau harga yang perlu
dibayar bagi membalas janji atau perbuatan satu pihak lagi.
Unsure-unsur Balasan adalah seperti timbal balik, balasan
lampau adalah sah, balasan tidak semestinya berpadanan, mesti
sah disisi undang-undang, dan balasan tidak semestinya datang
daripada penerima janji.
5
BBUN 2103
2.4 Keupayaan (capacity)
Mengikut Seksyen 10 AK 1950 telah memperuntukkan (1) Semua
perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak-
pihak yang layak membuat kontrak, untuk sesuatu balasan yang sah,
dan dengan sesuatu tujuan yang sah, dan tidak ditetapkan dengan
nyata mengikut peruntukan ordinanin bahawa ianya batal.
Seksyen 11 pula memperuntukkan “setiap orang adalah layak
membuat kontrak sekiranya ia dewasa menurut undang-undang yang
mana ia tertakluk, dan sekiranya ia berakal sempurna, dan tidak
hilang kelayakan untuk membuat kontrak menurut mana-mana undang-
undang yang mana ia tertakluk”.
Berdasarkan peruntukkan Seksyen 11 menunjukkan orang yang
layak untuk membuat kontrak adalah dewasa menurut undang-undang.
Di Malaysia yang berumur 18 tahun keatas sahaja yang layak untuk
berkontrak. Ini kerana keupayaan dari segi umur di Malaysia
ditentukan oleh Akta Umur Dewasa 1971. Golongan lain yang layak
mengikut Seksyen 11 adalah mempunyai akal yang sempurna dan tidak
hilang kelayakan menurut sebarang undang-undang yang dia
tertakluk.
2.5 Niat (intention)
Setiap pihak yang berkontrak perlu mempunyai niat mewujudkan
hubungan di sisi undang-undang. Ini bermaksud mereka akan terikat
dengan tanggungjawab di bawah kontrak. Elemen niat ini ialah
sesuatu yang perlu ditentukan oleh mahkamah sebagai wujud sebelum
memutuskan kewujudan kontrak yang mengikat. Ini kerana Akta
Kontrak 1950 tidak memperuntukkan tentang niat. Jadi, mahkamah di
6
BBUN 2103
Malaysia melakukan amalan merujuk kepada kes-kes Inggeris dalam
menentukan kewujudan niat.
2.6 Ketentuan (certainly)
Mengikut Seksyen 30 AK 1950 memperuntukkan “perjanjian-perjanjian
yang mana maknanya tidak boleh ditentukan, adalah batal”.
Berdasarkan kepada peruntukkan tersebut maka elemen
ketentuan perlu diambil berat. Setiap perjanjian yang dibuat
haruslah mengandungi syarat jelas maknanya dan tidak kabur. Ini
adalah untuk mengelakkan kecacatan kepada perjanjian yang dibuat.
3 Kontrak Boleh Batal
Kontrak boleh batal adalah satu kontrak yang dibuat tanpa
kerelaan bebas dari satu pihak yang berkontrak. Jika satu pihak
mendapati ada unsur tanpa kerelaan bebas di dalam kontrak itu
maka ia boleh untuk membatalkan kontrak itu. Dengan ini pihak
yang membatalkan kontrak itu dapat mengenepikan tanggungjawabnya
mengikut kontrak. Ini telah diperuntukkan di dalam Seksyen 2(i)
di mana “sesuatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh
undang-undang atas opsyen satu pihak atau lebih dari pihak-pihak
perjanjian itu, tetapi tidak berdasarkan atas opsyen pihak atau
pihak yang lain, adalah satu kontrak boleh batal”.
Seksyen 14 AK 1950 telah memperuntukkan maksud kerelaan
bebas iaitu “Kerelaan adalah dikatakan sebagai disebabkan
sedemikian bila ia tidak seharusnya diberi, melainkan adanya
7
BBUN 2103
paksaan, pengaruh tak berpatutan, tipuan, salah nyata atau khilaf
sedemikian itu”. Ini bermaksud jika terdapat unsur-unsur paksaan,
penipuan, khilaf, pengaruh, pengaruh tak berpatutan, dan salah
nyata bagi mendapat persetujuan untuk mengikat kontrak, maka
kontrak itu boleh batal jika satu pihak yang terlibat membatalkan
kontrak tersebut.
3.1 Paksaan
Seksyen 15 AK 1950 mentakrifkan paksaan secara umumnya sebagai
‘melakukan apa-apa perbuatan, atau mengancam untuk melakukan apa-
apa perbuatan yang di larang oleh Kanun Kesiksaan, atau menahan
secara tak sah atau mengancam untuk menahan, apa-apa harta,
dengan memudaratkan sesiapa jua dengan niat menyebabkan seseorang
untuk membuat suatu perjanjian’
Di dalam paksaan ini terdapat beberapa ciri bentuk paksaan
yang boleh dikenalpasti iaitu:
i) Kekerasan atau ancaman untuk melakukan kekerasan
Perbuatan untuk melakukan kekerasan atau ancaman dibawah
unsur paksaan bagi mendapatkan perjanjian ini adalah apa-apa
perbuatan jenayah yang bertentangan dengan Kanun Kesiksaan
iaitu undang-undang bertulis yang mengawal jenayah di Malaysia.
Ini bermakna ancaman atau perbuatan yang tidak bertentangan
dengan Kanun Kesiksaan tidak tertakluk kepada paksaan mengikut
Seksyen 15 AK 1950.
Rujuk contoh kes berikut;
A telah mengancam akan membunuh B dan seluruh keluarganya
jika B enggan menandatangani perjanjian jual beli semua saham
yang dimilikinya. Ancaman itu dilakukan semasa kedua-duanya
8
BBUN 2103
berada di luar negara. Jika B membawa kesnya di mahkamah
Malaysia mengatakan wujudnya paksaan yang menyebabkan kerelaan
diberikan tidak bebas, maka mahkamah boleh memutuskan wujudnya
paksaan mengikut Seksyen 15 kerana ancaman bunuh adalah jenayah
di bawah Kanun Kesiksaan.
ii) Perbuatan memaksa
Perbuatan ini adalah dengan cara memberi tekanan atau
paksaan dengan harapan dapat mempengaruhi seseorang itu
sehingga menjadikan kerelaannya tidak bebas.
Rujuk contoh kes 1:
Kes Kesarmal s/o Letcman Das lwn Valiappa Chettiar [1954].
Mahkamah memutuskan pindah milik tanah yang dilakukan atas
arahan Sultan yang diberikan atas paksaan dua orang pegawai
Jepun sebagai terbatal atas opsyen pihak yang kerelaannya
disebabkan oleh paksaan tersebut.
Rujuk contoh kes 2:
Kes Chin Nam Bee Development Sdn. Bhd. Lwn Tai Kim Choo & 4
Ors [1988], pihak responden telah menempah rumah yang akan
dimajukan oleh perayu. Mereka telah menandatangani perjanjian
jual beli rumah berkenaan pada harga RM29,500. Perayu
kemudiannya mengarahkan responden membayar wang tambahan
sebanyak RM4,000 dan mengatakan jika responden gagal membayar
maka tempahan mereka akan dibatalkan.
Ini jelas menunjukkan perayu telah memaksa dengan mengenakan
tekanan keatas responden agar membayar wang tambahan itu.Di
dalam kes ini mahkamah telah memutuskan bahawa pembayaran
tersebut tidak di buat secara sukarela tetapi atas paksaan
perayu. Mahkamah telah membatalkan pembayaran dan mengarahkan
9
BBUN 2103
perayu agar memulangkan wang yang telah di bayar itu kepada
responden.
Kesan keatas kontrak yang mengandungi unsur paksaan ini di
mana kontrak itu boleh batal di atas pilihan pihak yang
menerima paksaan kerana kerelaan yang diberikan tidak bebas.
Menurut Seksyen 19 AK 1950 telah memperuntukkan “Di mana
kerelaan untuk membuat perjanjian adalah disebabkan oleh
paksaan, frod atau salah nyata maka perjanjian itu adalah
kontrak yang boleh dibatalkan atas opsyen pihak yang
kerelaannya disebabkan sedemikian”. Oleh sebab itu setiap
perjanjian atau kontrak yang dibuat harus tiada unsur paksaan
dan pihak-pihak yang terlibat mesti melakukan dengan kerelaan
bebas.
3.2 Pengaruh Tak Berpatutan.
Di dalam Seksyen 16 AK 1950 telah memperuntukkan “Suatu kontrak
adalah dikatakan didorong oleh pengaruh tak berpatutan di mana
pertalian di antara kedua belah pihak adalah sedemikian rupa
hingga satu pihak adalah dalam kedudukan boleh menguasai kemahuan
pihak lain dan menggunakan kedudukan itu untuk memperoleh faedah
tak saksama ke atas pihak lain”.
Berdasarkan Seksyen 16 ini, pengaruh tak berpatutan boleh
ditakrifkan sebagai perhubungan kekeluargaan, persahabatan dan
kedudukan di dalam organisasi atau masyarakat dimana perhubungan
itu boleh mempengaruhi kontrak. Bagi memastikan kontrak telah
dipengaruhi oleh pengaruh tak berpatutan, elemen yang perlu
dipastikan wujud adalah:
10
BBUN 2103
i) wujudnya pertalian di antara pihak yang berkontrak
apabila satu pihak berada dalam kedudukan untuk
menguasai kemahuan pihak satu lagi.
ii) pihak yang berada di dalam kedudukan menguasai kontrak
berkenaan telah menggunakan kedudukannya bagi
mendapatkan manfaat tak saksama terhadap pihak satu
lagi.
Bagi seseorang boleh di anggap sebagai berada di dalam keadaan
mahu menguasai kemahuan pihak lain apabila;
i) beliau memegang kuasa benar atau kuasa zahir terhadap
seseorang lain atau beliau berada dalam perkaitan
amanah dengan seseorang lain. Contohnya seperti bapa
dengan anak dimana seorang bapa boleh menguasai kemahuan
anaknya dan juga boleh menggunakan pengaruhnya
keatas anaknya untuk memperoleh faedah keatas
pihak lain. Dengan ini bapa telah di anggap mengunakan
pengaruhnya dengan tak berpatutan.
ii) wujud perkaitan amanah. Mengikut Seksyen 16(b),
perkaitan amanah ini merujuk kepada pihak-pihak
yang mempunyai hubungan fidusiari apabila ia
bertanggungjawab menjalankan kewajipan secara berhati-hati
seperti hubungan doktor dengan pesakit, peguam
dengan anak guamnya serta lain-lain.
iii) beliau membuat kontrak dengan orang yang cacat atau
terjejas akal yang disebabkan penyakit,
faktor umur dan sebagainya. Contoh seperti seorang pesakit
yang mengidap penyakit barah telah di dorong oleh
doktor yang merawatnya supaya hanya membeli produk
11
BBUN 2103
kesihatan yang beliau jual sahaja. Dengan ini
doktor itu di anggap telah menggunakan ‘pengaruh tak
berpatutan’ terhadap pesakitnya.
Walaupun peruntukkan undang-undang disediakan bagi
mengelakkan wujudnya unsur pengaruh tak berpatutan di dalam
kontrak yang di buat, namun untuk membuktikan seorang itu berada
dalam kedudukan menguasai kemahuan pihak lain agak rumit. Ini
kerana walaupun seseorang itu telah dibuktikan berada di dalam
kedudukan menguasai, kontrak masih lagi sah jika dia tidak
menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan manfaat tak saksama
terhadap satu pihak lagi. Menurut kes Raghunath Prasad lwn Sarju
Prasad AIR [1924], apabila kewujudan pengaruh tak berpatutan
berjaya dibuktikan, maka beban terletak pada orang yang berada
dalam kedudukan untuk menguasai bagi membuktikan bahawa kontrak
berkenaan tidak mengandungi unsur pengaruh tak berpatutan. Dengan
ini tanggungjawab dalam membuktikan tiada pengaruh tak berpatutan
terletak kepada orang yang menguasai kemahuan orang lain.
Rujuk contoh kes 1 : Salwath Haneem lwn Hadjee Abdullah
[1894], suami Plaintif telah melakukan urusniaga pindah milik
harta kepada dua orang saudara lelakinya. Tetapi setelah suaminya
meninggal, Plaintif membuat tindakan menuntut supaya diketepikan
perjanjian dan pemindahan hak tersebut. Dalam kes ini mahkamah
memutuskan ada hubungan perkaitan amanah di antara suami plaintif
dengan kedua-dua abangnya. Oleh itu beban pembuktian terletak
kepada kedua-dua abang suami plaintif untuk membuktikan
persetujuan pindah milik harta itu dilakukan suami
plaintif secara sukarela tanpa kewujudan pengaruh tak
12
BBUN 2103
berpatutan. Oleh kerana abang suami plaintif tidak memenuhi
beban tersebut maka urusan itu diketepikan oleh Mahkamah.
Rujuk kes 2: Kes Chait Singh lwn Budin bin Abdullah [1918],
mahkamah membuat anggapan wujud pengaruh tak berpatutan berdasarkan
fakta kes dimana seorang ceti telah memberikan pinjaman kepada seorang
buta huruf dengan kadar manfaat yang sangat tinggi.
Kesan Kontrak yang Dipengaruhi oleh Pengaruh Tak Berpatutan.
Merujuk kepada Seksyen 20 AK 1950 telah memperuntukkan “ di mana
kerelaan untuk membuat sesuatu perjanjian adalah disebabkan oleh
pengaruh tak berpatutan, maka perjanjian itu adalah satu kontrak boleh
batal atas opsyen pihak yang kerelaannya disebabkan sedemikian. Mana-
mana kontrak sedemikian itu boleh dibatalkan sama ada secara mutlak,
atau pun, jika pihak yang berhak mengelakkan kontrak itu telah mendapat
manfaat darinya, atas syarat-syarat yang difikirkan patut oleh
mahkamah’.
Daripada peruntukkan tersebut menunjukkan kesan keatas kontrak
yang dipengaruhi oleh unsur faktor tak berpatutan, akan menjadikan
kontrak tersebut boleh batal mengikut opsyen pihak yang telah
dipengaruhi. Bagi pihak yang ‘terpengaruh’ pula akan mendapat pampasan
mengikut peruntukan di dalam Seksyen 66 AK 1950, yang memerlukan
seseorang yang telah menerima sebarang faedah daripada kontrak
itu,sebelum dibatalkan memulangkannya dan memberi pampasan kepada
orang yang diterimanya faedah itu. Tetapi jika pihak yang
membatalkannya telah mendapat sebarang faedah daripada pihak lain dalam
kontrak itu, dia pun berkewajipan memulangkan faedah tersebut “pada
syarat-syarat dan keadaan sebagaimana difikirkan patut oleh pihak
Mahkamah. Dalam kes Chait Singh lwn Budin bin Abdullah [1918],
13
BBUN 2103
mahkamah membuat anggapan wujudnya pengaruh tak berpatutan
berdasarkan fakta kes apabila pinjaman yang diberikan oleh
seorang ceti kepada seorang yang buta huruf dengan kadar manfaat
yang sangat tinggi. Pihak mahkamah memutuskan untuk menyokong
kepada si pemberi pinjam tetapi mahkamah telah mengurangkan kadar
manfaat daripada 36 peratus kepada 18 peratus.
3.3 Tipuan (frod)
Merujuk kepada Seksyen 17 Akta Kontrak 1950, frod ditakrifkan
sebagai “perbuatan yang berikut yang dilakukan oleh suatu pihak dengan
niat untuk memperdaya atau mendorong suatu pihak yang lain untuk membuat
kontrak”. Ini bernaksud perbuatan itu mesti berserta dengan niat untuk
memperdayakan pihak lain dan unsur niat itu adalah penting ubtuk
menjadikan perbuatan berkenaan sebagai frod mengikut Seksyen 17. Oleh
kerana itu mengikut Seksyen 17, perbuatan yang tergolong sebagai frod
adalah seperti berikut:
i) menyarankan sesuatu fakta yang tidak benar oleh seseorang
yang tidak mempercayai bahawa sesuatu itu benar.
ii) menyembunyikan secara aktif sesuatu fakta oleh seseorang yang
mengentahui atau mempercayai fakta itu.
iii) membuat janji tanpa ada sebarang niat untuk menepati janji
berkenaan.
iv) sebarang perbuatan lain yang membawa maksud untuk memperdaya.
v) sebarang perbuatan atau tidak melakukan perbuatan yang
khususnya ditetapkan oleh undang- undang sebagai frod.
Perbuatan menyarankan sesuatu fakta yang tidak benar adalah sama
dengan salahnyataan secara tipu muslihat dalam undang-undang Inggeris.
14
BBUN 2103
Namun begitu wujud perbezaan di antara salahnyataan secara tipu muslihat
dengan frod. Perbezaan di antara keduanya adalah seperti berikut:
i) apabila fakta di dalam kenyataan yang dibuat itu salah, maka
seseorang itu telah melakukan salahnyataan.
ii) apabila sesuatu kontrak mempunyai unsur salahnyataan, maka ia
akan menjadi kontrak boleh batal.
iii) di dalam undang-undang Inggeris, salahnyataan terbahagi
kepada dua iaitu salahnyataan berunsur tipu muslihat dan
salahnyataan iklas. Dalam Akta Kontrak 1950, salahnyataan berunsur
tipu muslihat ditakrifkan sebagai frod merujuk kepada Seksyen
17 Akta Kontrak 1950 dan salahnyataan iklas ditakrifkan
sebagai salahnyataan merujuk kepada Seksyen 18 Akta Kontrak
1950.
iv) untuk membuktikan salahnyataan berunsur tipu muslihat
mengikut undang-undang Inggeris, perkara yang di ambil
kira adalah sama ada pembuat kenyataan ada pengentahuan bahawa
kenyataan itu benar atau salah. Sekiranya beliau tahu
kenyataan itu salah maka ia dikira telah melakukan
salahnyataan berunsur tipu muslihat.
v) Akta Kontrak 1950 menjadikan keadaan yang dikategorikan
sebagai frod merangkumi salahnyataan berunsur tipu
muslihat mengikut undang-undang Inggeris namun kategori frod di
dalam Akta Kontrak 1950 adalah lebih luas.
vi) bagi membuktikan berlakunya salahnyataan berunsur tipu
muslihat mengikut undang-undang Inggeris ialah
pengentahuan kebenaran tentang fakta kenyataan mesti dikenal pasti
manakala mengikut Akta Kontrak 1950 niat untuk menipu
adalah faktor penting yang mesti dibuktikan.
15
BBUN 2103
Frod boleh dinyatakan kepada beberapa kategori merujuk kes;
Kes 1: Senanyake lwn Annie Yeo (1965) : Defendan telah memberi
fakta berkenaan kedudukan kewangan dan masa depan firma defendan
dalam urusniaga saham sehingga menyebabkan plaintif membayar $20,000
untuk membeli lima saham milik defendan. Kedudukan kewangan dan
masa depan syarikat ternyata tidak seperti dinyatakan oleh
defendan, dan plaintif mengambil tindakan untuk menuntut kembali
wangnya. Dalam kes ini Mahkamah memutuskan bahawa plaintif berhak
mendapat kembali wangnya kerana kontrak yang dimasuki bersama
defendan telah dibuat atas‘frod’ yang dilakukan oleh defendan
terhadap plaintif.
Kes 2: Kheng Chwee Lian lwn Wong Tak Thong [1983]. Responden telah
menandatangani kontrak setelah di dorong oleh plaintif dengan menyatakan
tanah di dalam kontrak ini sama saiz dengan tanah yang telah
dipersetujui sebelum ini sedangkan tanah berkenaan lebih kecil saiznya.
Mahkamah telah mendapati wujudnya frod di dalam kontrak tersebut dan
membenarkan responden untuk membatalkan kontrak tersebut.
Berdasarkan kedua-dua kes tersebut telah menunjukkan bagaimana
berlakunya frod seperti yang di rujuk di dalam Seksyen 17(a) Akta
Kontrak 1950 iaitu “ menyarankan sesuatu yang tidak benar oleh seseorang yang tidak
mempercayai bahawa sesuatu itu benar”. Kes ini juga menunjukkan bagaimana pihak
yang melakukan frod tidak percaya bahawa kenyataan yang mereka buat
adalah tidak benar dan ini merujuk kepada Seksyen 17(b) Akta Kontrak
1950 iaitu “ menyembunyikan secara aktif sesuatu fakta oleh seseorang yang mengetahui atau
mempercayai fakta itu”.
16
BBUN 2103
Merujuk kepada Seksyen 17(c) Akta Kontrak 1950,” membuat janji
tanpa sebarang niat untuk menepati janji berkenaan”. Ini bernaksud
seseorang itu berjanji dan pada masa janji dibuat beliau telah berniat
untuk tidak menunaikan janji tersebut maka akan dikategorikan sebagai
frod. Contoh seperti A berjanji akan mengecat kereta B jika B
meminjamkan wang kepadanya. Semasa A membuat janji tersebut sebenarnya
dia tidak berniat pun untuk mematuhinya. Jadi kontrak ini boleh
dibatalkan alasan frod oleh B.
Ini berbeza jika seseorang itu berjanji dan pada masa janji dibuat
beliau sememangnya akan menunaikan janjinya tetapi selepas itu ia
menukar fikirannya dan tidak mahu menunaikan janji tersebut. Tiada frod
bagi situasi ini mengikut perenggan (c) kerana semasa janji itu dibuat
dia berniat untuk mematuhinya. Contoh seperti A berjanji akan mengecat
kereta B jika B meminjamkan wang padanya. Semasa A berjanji dia memang
berniat untuk menunaikan janjinya. Namun setelah A mendapat wang dari B,
A telah menukar fikiran dan tidak menunaikan janjinya. Jadi tiada frod
bagi pihak A mengikut perenggan (c) kerana pada masa membuat janji dia
berniat untuk mematuhinya.
Prinsip am kontrak menyatakan bahawa membisu bukanlah frod. Ini
dirujuk di dalam huraian Seksyen 17 iaitu “semata-mata membisu
terhadap fakta-fakta yang dikemukakan kepada seseorang
yang mungkin mempengaruhi kesediaan orang itu untuk
membuat kontrak tidak menjadikannya tipu”.
Rujuk contoh kes : Vyramutu lwn State Of Pahang : Defendan
telah menjual tanah secara lelong kepada plaintif dan defendan
menyangkakan bahawa tanah itu belum dimajukan, dan harganya jauh
lebih rendah daripada harga yang sepatutnya. Sebenarnya tanah
tersebut telah dimajukan, dan nilainya juga telah meningkat.
17
BBUN 2103
Apabila defendan mengetahui kesilapan tersebut, ia enggan
meneruskan transaksi jualbeli itu, dan mendakwa plaintif gagal
memberitahu maklumat tersebut kepadanya. Mahkamah membuat
keputusan bahawa plaintif tidak terikat untuk memberitahu
defendan tentang tanah itu, dan berhak mendapat gantirugi kerana
ia mengalami kerugian di atas keengganan defendan untuk meneruskan
jualbeli tersebut.
Prinsip am kontrak ada menyatakan bahawa membisu bukanlah frod
tetapi ada pengecualian menurut huraian Seksyen 17 Akta Kontrak 1950
yang menyatakan “... melainkan jika kedudukan perkara itu adalah
sedemikian hingga, jika kedudukan perkara itudipertimbangkan,
adalah jadi kewajipan bagi orang yang membisu itu untuk berkata-kata”.
Berdasarkan huraian di dalam Seksyen 17 terdapat 2 faktor dimana membisu
adalah satu frod iaitu
a) Mewajibkan orang membisu untuk berkata-kata dalam keadaan yang
tertentu merangkumi;
i) Kenyataan terdahulu yang menjadi tidak benar.
Fakta-fakta yang telah dinyatakan mungkin menjadi tidak benar
akibat perubahan tertentu yang berlaku. Sekiranya pihak
yang membuat kenyataan sedar akan perubahan itu, dia berkewajipan
tanpa dipinta untuk memberitahu pihak lain tentang perubahan
tersebut sebelum kontrak dipersetujui.
ii) Apabila wujud perkaitan amanah antara pihak-pihak berkontrak.
iii) Kontrak uberrimae fidei.
Ia dikenali sebagai kontrak suci hati. Contoh adalah seperti
kontrak insurans di mana pembeli insurans harus menyatakan
semua maklumat tentang beliau kerana ia adalah penting dan
mungkin akan melibatkan perubahan premium yang harus dibayar.
18
BBUN 2103
3.4 Salahnyataan
Seksyen 18 AK 1950 menyatakan bahawa salahnyataan hendaklah
berbentuk satu kenyataan fakta. Kalau sekadar pendapat peribadi
sahaja, ia tidak boleh menjadi salahnyataan walaupun jika
pendapat itu tidak benar. Dalam kes Bisset lwn Wilkinson [1927],
responden bersetuju untuk membeli tanah ladang daripada perayu
untuk tujuan menternak kambing. Dia bersetuju berdasarkan
kenyataan perayu yang menganggarkan ladang berkenaan boleh
memuatkan 2000 ekor kambing. Tiada sesiapa pun pernah menternak
kambing di ladang tersebut. Responden ingin membatalkan kontrak
akibat salahnyataan. Mahkamah memutuskan kontrak adalah sah dan
tidak boleh dibatalkan kerana tidak wujud salahnyataan. Ini
kerana kenyataan yang di buat oleh perayu ialah satu kenyataan
pendapat dan bukan fakta.
Salahnyataan iklas merujuk kepada salahnyataan yang
diberikan oleh seseorang tanpa niat untuk menipu dan dia sendiri
percaya kenyataan itu adalah benar. Menurut Seksyen 19, kontrak
yang telah dipersetujui yang mana kontrak itu mempunyai
salahnyataan ikhlas boleh dibatalkan atas opsyen pihak yang tidak
bersalah dan sebarang manfaat yang telah berpindah tangan boleh
didapati kembali dengan menggunakan Seksyen 66.
Namun begitu terdapat pengecualian dalam keadaan tertentu
bagi kontrak yang mempunyai salahnyataan ikhlas menjadi sah dan
tidak boleh dibatalkan. Ini boleh dirujuk dalam peruntukkan
Seksyen 19, “jika kerelaan itu disebabkan oleh salahnyataan atau
oleh pembisuan yang menjadi frod di dalam pengertian Seksyen 17
Akta kontrak 1950, maka kontrak itu,meskipun begitu, tidak boleh
19
BBUN 2103
dibatalkan, jika pihak yang kerelaannya disebabkan sedemikian ada
jalan untuk mengentahui kebenarannya dengan menggunakan ketekunan
yang lazim”. Maksudnya adalah jika pihak yang berkenaan mempunyai
cara untuk mengetahui kebenaran fakta yang diberikan ,kerelaannya
tidak boleh dikatakan sebagai tidak bebas.
Kontrak yang telah dipersetujui akan menerima kesan jika
mempunyai salahnyataan ikhlas. Kontrak tersebut boleh batal
sekiranya pihak yang tidak bersalah menggunakan opsyen untuk
membatalkan kontrak tersebut mengikut Seksyen 19 Akta Kontrak
1950. Sekiranya pengecualian dapat digunakan oleh pihak yang
membuat salahnyataan, maka kesannya kontrak tersebut menjadi sah
dan tidak boleh batal.
4 Saranan Untuk Pindaan Undang-Undang Malaysia Berkaitan Faktor
Yang Dibincangkan
Akta Kontrak 1950 merupakan akta yang menguatkuasakan perhubungan
kontrak dan menjadi dasar perundangan kepada semua jenis kontrak
di Malaysia. Jadi perkara-perkara asas kontrak untuk
menjadikannya sah dari segi perundangan telah diperuntukkan di
dalam akta ini. Namun begitu, kesahan suatu kontrak di Malaysia
lebih mengutamakan unsur-unsur asas seperti meletakkan
persetujuan dan kerelaan bebas sebagai asas kepada pembentukkan
20
BBUN 2103
kontrak. Perkara ini jelas diperlihatkan di dalam Seksyen 13 Akta
Kontrak 1950 yang mana mentakrifkan erti kata ‘berkerelaan”
sebagai “dua orang atau lebih boleh dikatakan berkerelaan bila
mereka setuju mengenai satu perkara yang sama dalam pengertian
yang sama.” Jika seksyen ini diterima pakai dalam konteks amalan
terma tak adil khususnya dalam jenis kontrak bentuk seragam,
ternyata pembentukkan kontrak bentuk seragam adalah tidak sama
dengan pembentukkan kontrak biasa. Penyediaan kearah pembentukkan
kontrak hanya melibatkan satu pihak sahaja tanpa melalui proses
rundingan dengan pihak satu lagi. Oleh sebab itu adalah tidak
adil jika kontrak bentuk seragam diberi layanan yang sama dengan
kontrak-kontrak biasa.
Kontrak bentuk seragam juga bercirikan ‘terima atau tolak’.
Ciri ini telah membangkitkan persoalan perundangan kontrak dimana
Seksyen 14 Akta Kontrak 1950 telah mentakrifkan ‘kerelaan bebas’
bila ianya tidak disebabkan unsur ‘paksaan’ atau ‘pengaruh tak
berpatutan’. Ciri pengakhiran ‘terima atau tolak’ di dalam
kontrak bentuk seragam menunjukkan wujudnya unsur paksaan dan
pengaruh tak berpatutan. Paksaan kerana pengguna tidak mempunyai
pilihan lain setelah diberi kata dua tersebut menyebabkan
pengguna berada di dalam tekanan ekonomi untuk memilih. Pengaruh
tak berpatutan wujud disebabkan kontrak bentuk seragam hanya
disediakan oleh peniaga dan sifat kontrak ini tidak membenarkan
rundingan diadakan menyebabkan peniaga menyediakan terma-terma
yang lebih berpihak kepadanya.
Bagi menjaga kepentingan pengguna cadangan supaya akta
kontrak ini di kaji semula adalah perlu terutama dari sudut
fungsi akta itu. Sepatutnya akta itu berfungsi sebagai satu
21
BBUN 2103
platform untuk membina dan memperkembangkan hubungan yang
berasaskan kepercayaan dan bukannya mengesahkan keuntungan jangka
pendek. Ia juga seharusnya dapat menguatkan dan memperkukuhkan
lagi etika kerjasama di antara pihak yang terlibat bukanya
mementingkan kepentingan sendiri.
Di lihat kepada kesan kontrak yang mengandungi unsur ‘frod’
dimana kontrak adalah sah jika pihak yang kerelaannya disebabkan
oleh frod itu mempunyai jalan untuk mengetahui kebenarannya. Ini
menimbulkan persoalan adakah kebenaran itu akan diketahui
sekiranya beliau mempunyai jalan untuk mengetahui kebenarannya.
Ini kerana untuk mengetahui sesuatu kebenaran walaupun tahu
caranya akan memerlukan masa yang tertentu atau mungkin terpaksa
mengeluarkan perbelanjaan sendiri. Ini akan menjadikan beliau di
dalam dilemma diantara kerelaan dan mendapatkan kebenaran. Lagi
pun kesalahan dilakukan oleh pihak yang melakukan frod. Jadi
cadangan pindaan akta berkaitan faktor ini harus dilakukan
terutama dalam mengesahkan kesahan kontrak tersebut kerana pihak
yang melakukan frod telah mendapat manfaat dan juga mungkin akan
mewujudkan hubungan yang tegang di antara pihak yang berkontrak.
Di dalam kontrak yang mempunyai salahnyataan ikhlas,
pengecualian boleh dibuat oleh pihak yang melakukan salahnyataan
ikhlas itu. Kesannya keatas kontrak menyebabkan kontrak itu sah
dan sekiranya manfaat telah berpindah tangan boleh di ambil
kembali mengikut Seksyen 66 Akta Kontrak 1950. Dengan adanya
pengecualian ini akan menjadikan pihak yang melakukan
salahnyataan ikhlas ini tidak mendapat pengajaran sepatutnya
daripada kesalahan yang dia telah lakukan. Sepatutnya di dalam
urusan kontrak pihak yang menawarkan kontrak harus mempunyai
22
BBUN 2103
pengentahuan yang benar tentang kenyataan yang dikeluarkan.
Perlakuan ini menunjukkan pihak yang melakukan salahnyataan
ikhlas ini hanya mementingkan faedah dan manfaat daripada kontrak
itu sahaja. Cadangan pindaan keatas pengecualian harus
diperkemaskan lagi agar ia dapat berlaku adil terhadap pihak yang
tidak bersalah. Ia juga untuk memastikan agar pihak yang membuat
kenyataan lebih berwaspada dan lebih bertanggungjawab keatas
kenyataan yang dinyatakan.
5 KESIMPULAN
Di Malaysia, undang-undang kontrak adalah tertakluk di bawah Akta
Kontrak 1960 (Akta 136). Elemen-elemen asas dalam pembentukkan
kontrak yang sah mengikut undang-undang adalah terdiri daripada
tawaran, penerimaan, balasan, keupayaan, niat, kerelaan bebas,
ketentuan, dan tujuan yang sah.
Jika satu elemen itu tiada kontrak tersebut hanya akan
menjadi kontrak boleh batal atau kontrak terbatal. Kontrak boleh
batal berlaku apabila elemen kerelaan bebas tidak wujud semasa
kontrak itu dibuat. Elemen-elemen yang menyebabkan kerelaan bebas
tidak wujud adalah paksaan, pengaruh tak berpatutan, tipuan,
salahnyataan, dan khilaf (kesilapan).
Kontrak batal pula boleh berlaku apabila kontrak itu adalah
kontrak yang menyalahi undang-undang, kontrak yang menghalang
perdagangan, dan kontrak yang menghalang tindakan undang-undang.
RUJUKAN
23
BBUN 2103
1.Akta Kontrak 1950 (Akta 136), Internastional Law Book Services
2.Buang. S & Torji, N (1992) , Undang-Undang Kontrak Di Malaysia
3.Major, W. T. (1997). Undang-undang kontrak, Kuala Lumpur :
International Law Book Services
4.Mohamed A et. al (2009), Business Law, (6thed.). Selangor : Open University
Malaysia
5.Yusoff S.S & Aziz A.A (2003), Mengenali Undang-Undang Kontrak
Malaysia
24
Recommended