16 Pages JPSUpdates - water.gov.my · lawatan sambil belajar bpmi 2017 sudut maklumat: garis...

Preview:

Citation preview

The world is a book, and those who do not travel read only a page

SEMINARANTARABANGSASUNGAI MELAKA2017

GARIS PANDUAN ANGGARAN TEMPOH PEMBINAAN PROJEKSUDUT MAKLUMAT

MUSE 2017WRAP UP SESSION

www.water.gov.my

NOV 1716 Pages

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN , MALAYSIA

NOV‘17ISSN 2229 - 824X

UpdatesJPS

SEMINAR SUNGAI Antarabangsa sungai

melaka 2017

45

67

89

1011

1213

1415

integriti CORNER

Gotong-royong ekosistem kondusif sektor awam

(eksa) 2017

muse 2017 - wrap up session

kajian audit terhadap pengurusan empangan dan projek mencegah hakisan

pantaipengauditan mpk dan fail

meja

taklimat SURAT PEKELILING JPS BILANGAN 4 TAHUN 2017

SUDUT MAKLUMAT: GARIS PANDUAN ANGGARAN TEMPOH

PEMBINAAN PROJEK

LAWATAN SAMBIL BELAJAR BPMI 2017

SUDUT MAKLUMAT: GARIS PANDUAN PERBELANJAAN

DARURAT (AP55) DAN PEROLEHAN DARURAT

LENSA JPS

AKTIVITI LUAR PEJABAT BERSAMA PENGARAH BPMI

2017

MENARIK DALAMKANDUNGAN

Tidak dapat dinafikan bahawa menjaga sumber air merupakan perkara utama bagi memastikan setiap lapisan masyarakat dapat menggunakannya pada masa

DARI TINTAKETUA EDITORAir merupakan sumber yang paling penting untuk kelangsungan hidup manusia di muka bumi ini. Sumber air ini sering digunakan dalam kehidupan seharian manusia. Malah, air juga merupakan sumbangan penting dalam kegiatan ekonomi melalui aktiviti perindustrian, pelancongan, perkilangan dan pengangukatan. Selain itu, air juga digunakan untuk sumber penjanaan tenaga elektrik dari pembinaan empangan. Apabila manusia tidak mempunyai kesedaran betapa pentingnya sumber air, ia akan menjurus kepada aktiviti - aktiviti yang mecemarkan sumber air. Oleh itu, pelbagai usaha dan program kini dijalankan oleh JPS bagi memupuk kesedaran dalam masyarakat terhadap kepentingan memelihara sumber air pada masa kini. Istimewanya Buletin Updates kali ini adalah aktiviti yang dijalankan pada bulan ini yang kebanyakannya memfokuskan penerangan kepada masyarakat terhadap kepentingan “Water Security” pada masa kini seperti Seminar Antarabangsa Sungai Melaka 2017 dan Seminar “Water Security - Innovation and Technology”.

Pada 9 November 2017 yang lalu, telah berlangsungnya program Seminar Antarabangsa sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2017 . Program yang diadakan di Hotel Holiday Inn Melaka ini merupakan seminar anjuran Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Melaka dengan kerjasama Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka (PPSPM) dan Insitut Pengurusan Dan Integriti Melaka (INSPIN). Seminar ini telah disertai oleh pelbagai agensi kerajaan dan syarikat swasta. Tujuan utama seminar ini adalah untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan memberi pendedahan mengenai pengurusan sungai yang lebih efektif dan cekap disamping menjadikkannya sebagai salah satu program tahunan sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2017.

Akhir kata, program - program yang berasaskan kepentingan menjaga sumber air perlu diteruskan setiap masa agar dapat memastikan sumber air dipelihara oleh setiap lapisan masyarakat.

Dato’ Ir. Haji Mohd Azmi Bin Ismail

Penasihat YBhg. Dato’ Dr. Hj. Md Nasir bin Md Noh

PenyelarasIr. Hj. Abdullah bin Isnin

Ketua Editor Dato’ Ir. Hj. Mohd Azmi bin Ismail

EditorNorazizah binti Abdul Kadir

Penolong EditorRubiatun binti Abdul Kadir

Mohammad Hakim bin HasnulMohamad Yassin bin Salikan

Nur Afifah Amalin binti Mohd Ladin

Sidang Redaksi

3

Oleh:

SEMPENA FESTIVAL ANTARABANGSA SUNGAI MELAKA 2017

Pada 9 November 2017 yang lalu telah berlangsung Seminar Antarabangsa Sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2017. Seminar ini merupakan program yang telah diadakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Melaka dengan kerjasama Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka (PPSPM) dan Institut Pengurusan Dan Integriti Melaka (INSPIM). Seminar ini telah disertai pelbagai agensi dan bahagian termasuk JPS. Antara tujuan utama seminar ini adalah untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan memberi pendedahan mengenai pengurusan sungai yang lebih efektif dan cekap disamping menjadikannya sebagai salah satu program tahunan Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2017.

Latar Belakang Program

SEMINAR SUNGAI

Mohammad Hakim bin

Bahagian Korporat

(BKOR)

PEMBENTANG KERTAS KERJA

Hasnul

ANTARABANGSA

DR. JIN DONG GONGCEO. A&M CO. Seoul, KoreaTajuk Pembentangan - Total Maximum Daily Load (TMDL) Primer

DR. ASNOR MUIZAN BIN DATO’ HJ. ISHAKSubject Matter Expert (SME), Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi, JPSTajuk Pembentangan - “Malaysia Water Security : NAWABS Case. Study & Future Challenges”

IR. LIM SIN POHManaging Director, G&P Water & Maritime Sdn BhdTajuk Pembentangan - “Coastal Reservoir - An Innovative Solution to meet SDG6”

PEMBENTANG KERTAS KERJAMODERATOR: YBRS. EN. NAZARY BIN AHMADKetua Pegawai EksekutifPerbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka

PANEL 1: YBHG. DATO’ IR. HJ. NOR HISHAM BIN MOHD GHAZALIPengarah Bahagian Pengurusan Sumber Air dan HidrologiJabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia

PANEL 2: YBHG. DATUK IR. AZUHAN BIN MOHAMEDKetua PengarahInstitut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)4

membocor maklumat terperingkat dan rahsiakerajaan boleh dikenakan tindakan

tatatertib kerana tidak amanah dan tidakbertanggungjawab

Gotong RoyongEkosistem

Kondusif SektorAwam (EKSA)

bahagian saliran mesra alam

Pada 24 November 2017 yang lalu, Bahagian Saliran Mesra Alam telah mengadakan Gotong- Royong EKSA di Blok B, Zon Bahagian Saliran Mesra Alam. Gotong-rotong ini diadakan untuk menyusunatur tempat kerja kakitangan bahagian ini serta menyediakan ruang bekerja yang lebih selesa dan kondusif.

Antara skop kerja utama dalam gotong-royong ini adalah untuk membersihkan kawasan stor bahagian, menyediakan ruang pusat sumber yang baru di tingkat 3 dan ruang pejabat baru di tingkat 2 serta menceriakan bilik mesyuarat bahagian. Secara keseluruhannya, pelaksanaan gotong-royong kali ini telah mencapai matlamat utama bahagian untuk mewujudkan ruang kakitangan yang secukupnya dengan jumlah penjawatan pada bahagian ini dalam keadaan dan suasana yang selesa.

OLEH : AHMAD BUKHARI BIN MD ARIffINBAHAGIAN SALIRAN MESRA ALAM (BSMA)

EKSA 2017Antara Warga BSMA yang terlibat dalam Gotong-Royong

Kakitangan BSMA yang bekerja keras untuk membersihkan kawasan stor

Mesyuarat JawatankuasaPenyelarasan TindakanSaliran Mesra Alam Bil 02/2017OLEH : NURUL AIDA fADEELA RAMLIBAHAGIAN SALIRAN MESRA ALAM (BSMA)

Pada 28 November yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Saliran Mesra Alam Bil.02/2017 di Bilik Mesyuarat Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kuala Langat, Selangor. Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Sektor Bisnes, Dato’ Ir. Dr. Haji Md Nasir Bin Md. Noh. Seramai 33 orang ahli mesyuarat terdiri daripada Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pakar, Ir. Hj Abdullah Isnin, Pengarah-pengarah Bahagian, pengarah-pengarah Negeri serta Pegawai Penyelarasan Saliran Mesra Alam Negeri telah menghadiri mesyuarat ini.

Mesyuarat ini telah membincangkan Perbelanjaan Pembangunan 2017, Status Projek Pembangunan BSMA, Kolam Takungan, Pelan Induk Saliran Mesra Alam, 1NRE Enforcement dan Ops Lumpur.

Selain daripada itu, mesyuarat juga membincangkan perkara-perkara yang berkaitan berlakunya banjir kilat di mana keputusan mesyuarat bersetuju untuk mencari penyelesaian banjir kilat secara komprehensif kepada negara.

Dato’ Ir. Dr. Md Nasir Bin Md. Noh mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Tindakan Saliran Mesra Alam Bil

02/2017

Sesi fotografi Pegawai Penyelarasan SMA Negeri dan pegawai-pegawai yang hadir

Bahagian Korporat(BKOR)

6

EkosistemKondusif Sektor

Awam (EKSA)bahagian saliran mesra alam

Sesi fotografi Pegawai Penyelarasan SMA Negeri dan pegawai-pegawai yang hadir

Oleh:

WRAP UP SESSION

Program “MUSE 2017 Wrap Up Session” ini telah diadakan di Grand Garden Pavilion, Shangri La Putrajaya pada 14 Disember 2017 dengan melibatkan pelbagai agensi - agensi Kementerian termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). JPS telah diwakili oleh 2 pegawai iaitu Mohammad Hakim bin Hasnul dan Nur Murniwati bte Abd Majid. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengetahui kajian hasil kepuasan pelanggan terhadap laman web agensi - agensi yang dipilih. Selain itu, membincangkan langkah - langkah terbaik yang boleh diambil bagi meningkatkan hasil kepuasan pelanggan pada masa hadapan.

MUSE 2017

Mohammad Hakim bin

Bahagian Korporat(BKOR)

Hasnul

1- Sesi “Ice - Breaking”2 - Muse 2017: Findings, Analysis & Recommendation by MDEC3 - Achieving Citizen Centric Online Services Via Future Monitoring Methodology by MAMPU4 - Analisa Sentimen bagi 2017

Latar Belakang Program

Pengisian Program

7

Kajian Audit Terhadap Pengurusan Empangan dan Projek Mencegah Hakisan Pantai ini diadakan di Ibu Pejabat JPS Malaysia pada 1 November 2017 yang telah dirasmikan oleh Juruaudit, Jabatan Audit Negara (JAN). Turut serta adalah Ir. Hj. Abdullah bin Isnin, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pakar) dan pegawai - pegawai Bahagian Rekabentuk dan Empangan dan Bahagian Pengurusan Zon Pantai.

Tujuan JAN menjalankan kajian terhadap pengurusan projek adalah untuk menilai samada projek-projek yang dijalankan telah dirurus dengan cekap, berhemat dan mencapai objektif pembinaan yang ditetapkan. Skop pengauditan meliputi aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan projek.

Dua projek JPS telah dipilih iaitu Projek Mencegah Hakisan di Pantai Tok Jembal, Terengganu bagi Pengurusan Zon Pantai serta empat (4) empangan iaitu Empangan Bekok dan Sembrong di Johor, Empangan Beris di Kedah serta Empangan Bukit Merah di Perak bagi Pengurusan Empangan di JPS.ruang pejabat baru di tingkat 2 serta menceriakan

OLEH : MASLINA BINTI ABDUL KADIRBAHAGIAN AUDIT PRESTASIEntrance Conference Kajian Audit oleh Jabatan Audit Negara

(JAN) Terhadap Pengurusan Empangan dan Projek Mencegah Hakisan Pantai di Ibu Pejabat JPS Malaysia

Pengauditan di tapak Projek Mencegah Hakisan di Pantai Tok Jembal, Terengganu

Pengauditan Perolehan

OLEH : MASLINA BINTI ABDUL KADIRBAHAGIAN AUDIT PRESTASI (BAP)

Pengauditan Perolehan Information And Communication Technology (ICT) dilaksanakan bertujuan untuk menilai samada perolehan ICT Jabatan telah dilaksanakan dengan berhemat, cekap dan berkesan bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Entrance Conference Pengauditan Perolehan ICT 2017 telah dijalankan pada 8 November 2017 manakala Exit Conference pula telah diadakan pada 7 Disember 2017.

Bahagian-bahagian yang terlibat dengan pengauditan perolehan ICT adalah BPZP, BPLS, BPB, BPMI, Projek Khas dan BPSAH. Kesemua pejabat telah menunjukkan kerjasama yang baik dan komitmen yang tinggi terhadap pengauditan yang dijalankan.

Pengauditan Perolehan ICT

Exit Entrance Pengauditan Perolehan ICT

Kajian AuditTerhadap PengurusanEmpangan dan Projek Mencegah Hakisan Pantai

Information AndCommunication Technology

(ICT)

8

Exit Entrance Pengauditan Perolehan ICT

Oleh:Hjh. Maslina binti

Abdul Kadir

PENGAUDITAN

Bahagian Audit Prestasi

Manual Prosedur Kerja (MPK) dan Fail Meja (FM) merupakan dokumen rujukan utama yang mengandungi prosedur kerja yang terperinci serta penentuan tanggungjawab peringkat individu yang jelas untuk membantu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan Jabatan.

Pada 13 - 15 November 2017, Pengauditan MPK dan FM telah dijalankan terhadap tiga (3) Bahagian iaitu BPB (Sektor Bisnes), BBI (Sektor Pakar) dan BPMI (Sektor Pengurusan). Ketiga-tiga Bahagian telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi terhadap Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA) Bilangan 8 Tahun 1991.

Latar Belakang Program

PEGAWAI TERTINGGI JPS YANG HADIR • Pengarah Pengurusan Banjir• Pengarah Bangunan dan Infrastruktur• Pengarah Pembangunan Modal Insan

MPK DAN FAILMEJA

Sesi Perbincangan 9

Bahagian AuditPrestasi (BAP)

Oleh:

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN “WORK BREAKDOWN STRUCTURE” DAN JADUAL PELAKSANAAN PROJEK UNTUK KERJA - KERJA JPS

Surat Pekeliling JPS Bilangan 4 tahun 2017: Garis Panduan Penyediaan Work Breakdown Structure dan Jadual Pelaksanaan Projek Untuk Kerja-kerja JPS telah berkuatkuasa pada 1 Ogos 2017. Pada 10 November 2017, Bahagian Projek Khas telah mengadakan taklimat Garis Panduan di Bilik Mesyuarat Gerakan di Ibu Pejabat JPS Malaysia yang telah dihadiri oleh wakil-wakil bahagian di Ibu Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Ir. Dr. Hj. Ahmad Anuar bin Othman selaku Pengarah Projek Khas merangkap Taskforce dalam penyediaan Garis Panduan tersebut. Pada awal tahun 2018, pihak Bahagian Projek Khas merancang akan mengadakan kursus di seluruh Malaysia bagi memastikan penggunaan Garis Panduan tersebut dipraktikkan oleh pegawai di JPS.

Latar Belakang Program

TAKLIMAT SURAT

Noorshahila@Indok

Bahagian Projek

Khas, (BPK)

PEKELILING JPSBILANGAN 4 TAHUN2017

tujuanTaklimat tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pegawai-pegawai di Ibu Pejabat JPS Malaysia tentang penggunaan Garis Panduan tersebut dan disebarluaskan kepada kakitangan-kakitangan di Bahagian masing-masing.

FAEDAHPenceramah memberi penerangan dan tunjuk ajar dengan memberi latihan kepada pegawai yang hadir tentang penggunaan formula dan aturan dalam Garis Panduan tersebut.

Maziah binti Mustapa

10

Sudut Maklumat Garis Panduan Anggaran Tempoh PembinaanProjekSURAT PEKELILING JPS BILANGAN 11 TAHUN 2015

tujuanGarispanduan ini bertujuan untuk memberi panduan bagi menetapkan tempoh pembinaan yang bersesuaian dan munasabah bagi sesuatu projek yang akan dilaksanakan.

LATARBELAKANG

Dengan adanya garispanduan ini pejabat - pejabat JPS yang menguruskan projek pembinaan dapat membuat anggaran tempoh pembinaan sesuatu projek supaya lebih munasabah

KAEDAH MENETAPKANPEMBINAAN PEMBINAAN

1 Kaedah “ Bromilow”

2 Three Points Estimation

3 Power - Series Estimating

Tempoh pembinaan sesuatu projek bergantung kepada beberapa faktor:1- Saiz Projek2 - Jenis projek3 - Lokasi4 - Geoteknik5 - Akses ke tapak bina

KAEDAH BROMILOWTHREE POINTSESTIMATION

POWER - SERIESESTIMATION

Sumber: Garis Panduan Anggaran Tempoh Pembinaan Projek

11

6- Kaedah pembinaan7 - Bekalan bahan binaan8 - Cuaca9 - Keadaan tapak projek

Oleh:

PROJEK BENTENG HAKISAN PANTAI DAN PROJEK PENGAIRAN SAWAH PADI DI DAERAH KUALA SELANGOR

Program Lawatan Sambil Belajar BPMI 2017 ke Projek Benteng Hakisan Pantai dan Projek Pengairan Sawah Padi Di Daerah Kuala Selangor telah diadakan pada 28 November 2017 (Selasa) melibatkan delegasi rombongan seramai 13 orang terdiri daripada pegawai dan kakitangan BPMI.

Program ini adalah bertujuan bagi memberi peluang dan pendedahan kepada Kumpulan Pelaksana khususnya wargakerja BPMI untuk memperolehi ilmu pengetahuan di luar bidang tugas harian masing-masing. Selain itu, ianya bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan wargakerja BPMI.

Para delegasi dibawa meninjau ke kawasan sekitar Kampung Bagan Pasir dan Kampung Sungai Tengi bagi melihat keberkesanan projek benteng hakisan pantai yang dibangunkan oleh pihak JPS suatu masa dahulu.

MenurutJuruteraDaerahKualaSelangorEncikMohdShafiqbinMohdJabir,fenomenaairpasangsurut yang berlaku menyebabkan benteng pantai terhakis teruk menyebabkan aktiviti nelayan dan kawasan kampung sekitar terjejas dan menjejaskan sumber pendapatan.

Para delegasi juga dibawa menuju ke Galeri Pengairan dan Saliran JPS di Kampung Sungai Burong bagi melihat model Skim Pengairan Tanjung Karang yang dilaksanakan beserta penerangan terperinci tentang fungsi struktur-struktur terlibat yang disampaikan oleh En. Mohamad Noor binYusoff,wakildariPengairandanSalirandiKampungSungaiBurong.

Latar Belakang Program

PROGRAM LAWATANSAMBIL BELAJARBPMI 2017

Hj. Safii bin RamliBahagian Pembangunan

Modal Insan, (BPMI)

12

Sesi Perbincangan

Sudut Maklumat: Garis Panduan Perbelanjaan Darurat (AP 55) Dan Perolehan Darurat (173.2)

PENGENALANPekeliling ini bertujuan untuk memberi garis panduan dan menjelaskan tatacara melaksanakan perbelanjaan darurat

di bawah Arahan Perbendaharaan 55 dan perolehan darurat di bawah Arahan Perbendaharaan AP 173.2

LATAR BELAKANGPada amnya, AP 55 merupakan satu kaedah untuk melaksanakan perbelanjaan dalam keadaan darurat dan tiada peruntukan. Manakala AP 173.2 merupakan satu kaedah perbelanjaan dalam sesuatu keadaan darurat di mana

terdapat peruntukan yang telah diluluskan tetapi peraturan perolehan tidak dapat dipatuhi. Dalam keadaan perbelanjaan darurat atau perolehan darurat, Agensi adalah diberi kelonggaran daripada mematuhi peraturan

perolehan yang berkuat kuasa demi menjaga kepentingan awam dan kerajaan.

Pekeliling ini dikeluarkan sebagai panduan pengurusan perbelanjaan/perolehan darurat supaya ianya dapat dilaksanakan dengan segera, dan pembayaran dikendalikan dengan teratur

TAHUKAH ANDA?

Darurat boleh ditakrifan sebagai kejadian yang bersifat kecemasan dan/ atau luar biasa yang memerlukan tindakan serta merta supaya tidak menjejaskan kepentingan awam, penyampaian perkhidmatan Kerajaan, mengekang berlakunya kerosakan berterusan dan menyekat penularan wabak dan seupamanya.

CARTA ALIRAN PERBELANJAAN DARURAT DI BAWAH AP 55/ PEROLEHAN DARURAT DI BAWAH AP 173.2

# Sebarang maklumat atau pertanyaan, boleh menghubungi Unit Pembangunan,

Bahagian Korporat. 13

Bahagian PembangunanModal Insan, (BPMI)

LENSA JPS1 NOV2017

IPA Seminar On Press - In Technology in Malaysia pada 1 November 2017 di

Maya Hotel, Kuala Lumpur

14

Taklimat Kejadian Banjir Pulau Pinang & Kedah di Pusat Ramalan & Amaran

Banjir Negara (PRABN) pada 6 hb November 2017.

6 NOV2017

Tn. Hj. Mat Supri menerima watikah Projek Pembangunan RP3 JPS

daripada DS KSU

6 NOV2017

Taklimat Khas Pelaksanaan Projek Pembangunan Persekutuan di

Kelantan

19 NOV2017

Congratulation. YBhg. Dato’ Ir. Hj. Mohd Azmi bin Ismail has been

confered the Honorary Member Asian Engineer

Sambutan Hari Karnival JPS Negeri Kelantan dirasmikan oleh SUK

KelantanMajlis Pecah Tanah Projek Menaiktaraf

Sistem Perparitan di Kg Paya Pupuk Daerah Tangkak oleh YB. Timb. Menteri NRE.

22 NOV2017

21 NOV2017

19 NOV2017

Penggulungan Bajet 2018 peringkat Jawatankuasa

28 NOV2017

Oleh:

AKTIVITI LUAR PEJABAT BERSAMA PENGARAH BPMI 2017

Buat julung kalinya pada tahun ini, satu Aktiviti Luar Pejabat Bersama Pengarah BPMI telah dianjurkan dengan jayanya. Program yang dinamakan Bowling Tournament BPMI 2017 telah diadakan pada 9 November 2017 (Khamis) di Ampang Superbowl, Ampang Point bermula jam 5.45 petang sebaik sahaja Pengarah melakukan balingan pertama sebagai simbolik aktiviti bermula.

Penyertaan seramai 22 orang wargakerja dan tempoh perancangan program dalam waktu yang singkat membuktikan bahawa pelaksanaan tugas khas ini berjaya digalas dan diselesaikan oleh pegawai lantikan baru di BPMI. Kepercayaan penuh yang diberikan oleh Pengarah kepada pegawai-pegawai muda ini ternyata berhasil dan berjalan lancar seperti yang dirancang.

Program ini telah berjaya mengeratkan lagi ikatan silaturrahim serta ukhuwah di antara pengurusan atasan BPMI bersama wargakerja BPMI. Melalui program ini juga, secara amnya dapat menonjolkan bakat dan kebolehan masing-masing serta kemahiran bekerjasama khususnya secara berkumpulan. Aktiviti berakhir pada jam 9.00 malam selepas para peserta pertandingan menjalani sesi foto berkumpulan bersama Pengarah.

Latar Belakang Program

BOWLING

Sayed Yazid bin Sayed

Bahagian PembangunanModal Insan, (BPMI)

TOURNAMENTBPMI 2017

Jamaluddin Safri

15

LET’S SAvE THE wATER TOGETHER

“ We forget that the water cycle and the life cycle are one