View
228
Download
0
Category
Preview:
DESCRIPTION
k
Citation preview
PENGENALAN
Setiap organisasi mempunyai visi dan misi tersendiri dan didalam organisasi
tersebut haruslah mempunyai seorang ketua yang bertindak selaku pentadbir dalam
memacu dan memangkin pasukannya untuk mencapai visi dan misi yang
disasarkan. Seorang pentadbir di sekolah seharusnya mempunyai halatuju dalam
mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan melalui sebarang cara ataupun usaha
yang dilakukan. Oleh itu, dalam dalam sebuah organisasi sekolah, guru besar
merupakan orang yang memainkan peranan yang utama dalam mencorak kejayaan
sekolah.
Kejayaan sesebuah organisasi amat bergantung kepada gaya kepimpinan yang ada
dikalangan pemimpinnya. Begitu juga kesediaan subordinat memberi komitmen
yang tinggi kepada organisasi. Kesemua ini bergantung kepada keupayaan
pemimpin mempengaruhi dan meyakini mereka untuk bertindak memajukan
organisasi. Kepentingan kepimpinan guru besar menjadi salah satu elemen dalam
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia. Antara garis panduan dalam standard kualiti
pendidikan Malaysia ialah guru besar hendaklah menerajui dan menggerakkan
seluruh warga sekolah kearah pencapaian visi dan misi sekolah dengan cara
menetapkan dasar sekolah secara jelas dan selari dengan visi dan misi serta
mengamalkan gaya kepimpinan yang sesuai mengikut situasi. (Raziah bte Mansor &
Ahmad bin Esa. 2009)
PENYATAAN MASALAH
Pemimpin-pemimpin sekolah perlu sentiasa proaktif serta bersedia melengkapkan
diri dengan perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi selaras
dengan perkembangandunia pendidikan yang semakin mencabar. Kepemimpinan
sekolah sentiasa berhadapan dengan tekanan yang berterusan dalam meningkatkan
standard dan penambahbaikan sekolah. Hal ini kerana sekolah merupakan agen
yang penting dalam pembinaan generasi masa depan. (Habib Ismail & Zaimah
Ramli. 2012) Isu prestasi sekolah luar bandar yang masih rendah berbanding
sekolah di bandar masih menjadi perbincangan dalam bidang pendidikan hari ini.
Guru-guru perlu mengambil inisiatif untuk mengurangkan jurang antara prestasi
sekolah luar bandar dan sekolah di bandar. Jurang antara bandar dan luar bandar
merujuk kepada ketidaksamarataan daripada segi penyediaan infrastruktur dan
penempatan guru terutama di Sekolah Kurang Murid (SKM), sekolah Orang Asli dan
sekolah di pedalaman. (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010). Objektif
yang sama penting dalam sistem pendidikan adalah memastikan kesaksamaan
dalam keberhasilan murid. Malangnya, sehingga kini keberhasilan murid masih tidak
saksama. Negeri yang mempunyai populasi sekolah luar bandar yang banyak,
seperti Sabah dan Sarawak, secara purata, menunjukkan prestasi yang rendah
berbanding negeri yang mempunyai bilangan sekolah luar bandar yang sedikit.
(Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025) Selain guru, pemimpin
yang cekap menyumbang dalam kecemerlangan pencapaian murid di samping
menjadikan sekolah sebagai organisasi pembelajaran kepada murid dan guru.
Kejayaan pelaksanaan pembangunan pendidikan yang dirancang di peringkat pusat
meletakkan cabaran dan tanggungjawab kepada pemimpin sekolah dalam
merealisasikan perkara yang dirancang dengan bantuan guru. Pemimpin yang bijak
berupaya menyedia prasarana dan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan
bersesuaian dengan keperluan pembelajaran murid. Keupayaan serta kompetensi
guru dan pemimpin amat penting, maka pembangunan keupayaan mereka
dirancang di sepanjang kerjaya mulai di peringkat pemilihan. Oleh itu, pembangunan
profesionalisme guru termasuk pemimpin merupakan suatu kontinum yang
dirancang di sepanjang kerjaya mereka. Proses ini berfokus kepada keperluan guru
bersesuaian dengan ciri murid serta konteks persekitaran pembelajaran yang
dihadapi (Pelan Strategik Interim, KPM 2011 – 2020). Pemimpin perlu melihat
kepemimpinan sebagai satu tanggungjawab dan amanah dan bukan sebagai satu
keistimewaan yang melayakkannya berada dalam kedudukan tinggi dalam hierarki
organisasi (Mumtaz Begam bt Abdul Kadir, Norzaini Azman & Mohamed Sani
Ibrahim, 2010). Jelas sekali peranan Guru Besar selaku pemimpin dan juga
pengurus amat penting dalam menentukan halatuju sesebuah sekolah, oleh itu
seseorang Guru Besar perlu mempunyai ilmu dan pengalaman dalam menguruskan
sesebuah sekolah. Menurut Hariyaty Ab Wahid ( 2008) menyatakan bahawa
pencapaian organisasi merupakan kayu ukur pencapaian usahawan itu sendiri. Ia
dipengaruhi oleh beberapa faktor yang dimiliki usahawan merangkumi kecekapan
keusahawanan, keupayaan merebut peluang, kebolehan mengurus dan kebolehan
memaksimumkan sumber organisasi. Pentadbir sekolah juga boleh berperanan
seperti seorang usahawan dalam mengendalikan organisasi, iaitu sekolah.
Pemikiran yang kreatif dan inovatif oleh seseorang pentadbir sekolah, yang lain dari
kebiasaan akan melahirkan impak-impak yang di luar jangkaan dan luar dari
kebiasaan. Justeru, pengurusan sekolah yang unggul iaitu yang berjaya mencapai
matlamat yang dihasratkan adalah bertitik tolak daripada pemikiran, kepakaran dan
kepimpinan barisan pentadbir sekolahnya.Menurut Suyitno, Ahmad Sonhadji K.H,
Imron Ariffin, Nurul Ulfatin, (2014), tujuh ciri kepimpinan keusahwanan yang perlu
ada dalam diri seorang pengetua. Antaranya, seorang yang bervisi, kreatif, inovatif,
berdiri dengan diri sendiri, rajin, mengambil risiko, dan bersemangat keusahawanan
dalam mengendalikan organisasi sekolah. Justeru, pemimpin sekolah perlu
memenuhi tuntutan tersebut dengan menjadi model pembelajaran di sekolah. Aktiviti
pembelajaran yang berteraskan kepada kepimpinan melalui teladan ini adalah
contoh pembelajaran terbaik dalam organisasi. Pengetua menjadi contoh kepada
guru untuk belajar dan guru menjadi contoh kepada murid untuk belajar. Selain
pembelajaran kendiri, pemimpin juga mesti berupaya memimpin dan menyokong
aktiviti pembelajaran secara kolaboratif di sekolah. Pembelajaran secara kolaboratif
dapat menjana inspirasi dan memberi motivasi kepada guru dalam pasukan untuk
saling membantu dan memberikan khidmat terbaik dalam melunaskan
tanggungjawab di sekolah. (Rosnah Ishak, Muhammad Faizal A. Ghani & Saedah
Siraj, 2014) Melalui kajian ini yang bertujuan mengenal pasti persepsi guru terhadap
kepimpinan keusahawanan guru besar. Kesimpulannya, pengetua sebagai
penggerak utama yang menentukan corak pengurusan dan pentadbiran sekolah
perlu memainkan peranan yang penting terutamanya dalam merancang, mengurus
dan melaksana bersama guru-guru untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Dalam
kajian ini pengkaji ingin mengkaji samada pengetua yang mempunyai kepimpinan
keusahawanan dapat memberi kesan positif terhadap pencapaian pelajar.
OBJEKTIF KAJIAN
i. Mengenal persepsi guru terhadap kepimpinan keusahawanan guru besar.
SOALAN KAJIAN
i. Apakah persepsi guru terhadap kepimpinan keusahawanan guru besar?
Recommended