View
4.316
Download
2
Category
Preview:
Citation preview
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER 6/ SEPTEMBER 2012
HBAE 1403
MENGGAMBAR
NO. MATRIKULASI : 680621085206001
NAMA : NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI
NO. KAD PENGNEALAN : 680621085206
NO. TELEFON : 012-7674729
E-MEL : Anne5206@gmail.com
PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN
BATU PAHAT
ISI KANDUNGAN
1
BIL TAJUK/SUBTAJUK MUKA SURAT
1 PENGENALAN 3
2 DEFINISI MENGGAMBAR 3
3 FUNGSI MENGGAMBAR KEPADA PERKEMBANGAN PSIKOMOTOR, KOGNITIF DAN EMOSI SERTA SOSIAL KANAK-KANAK
3 – 4
4 MENGGAMBAR SERTA KAITANNYA DENGAN KEPERLUAN & KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK
5 – 6
5 MEDIA DALAM KEGIATAN MENGGAMBAR 6 – 10
6 TEORI LOWENFELD 11 – 12
7 KEPENTINGAN MENGGAMBAR 13
8 KARYA MURID & KAITANNYA DENGAN PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK
13 - 19
9 KESIMPULAN 20
10 BIBLIOGRAFI 21
2
PENGENALAN
Menggambar merupakan bidang pertama daripada empat bidang yang diajar di dalam
subjek Pendidikan Seni Visual. Menggambar juga merupakan bidang paling asas berbanding
tiga lagi bidang dalam Pendidikan Seni Visual. Bidang menggambar juga menegaskan
perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid terhadap aspek melukis serta
kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik
Kegiatan yang boleh dijalankan dalam bidang menggambar iaitu lukisan, catan, kolaj,
montaj, cetakan, percikan, resis, gosokan dan mozek.
DEFINISI MENGGAMBAR
Menggambar bermaksud membuat atau menghasilkan gambar. Ia merupakan satu
representasi visual sesuatu objek atau imej yang mengandungi komposisi artistik yang
dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata atau 2D.
Penghasilan kerja-kerja seni atau menggambar khasnya yang menggunakan pelbagai
alatan, media dan teknik sememangnya dapat menarik minat murid. Pelbagai tekstur, warna
dan saiz kertas boleh digunakan. Selain itu, kertas suratkhabar, sampul surat, kertas
pembungkus hadiah, majalah, kertas tisu, kadbod dan sebagainya boleh digunakan dan
disesuaikan dengan karya yang hendak dihasilkan.
Dalam aktiviti menggambar, alat tulis sama ada berwarna atau tidak berwarna, media
kering atau media basah boleh digunakan untuk menghasilkan gambar yang bermutu. Media
kering seperti pensel, pensel warna, pen teknikal, krayon, oil pastel dan arang sesuai
digunakan untuk aktiviti lukisan. Sementara media basah pula seperti warna air, warna
poster, akrilik, cat minyak dan sebagainya sesuai digunakan untuk aktiviti catan.
FUNGSI KEGIATAN MENGGAMBAR KEPADA PERKEMBANGAN
PSIKOMOTOR , KOGNITIF , EMOSI SERTA SOSIAL KANAK-KANAK.
Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang
mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang
dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak.
3
Penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti seni visual berupaya memberikan rangsangan dan
pembangunan dari pelbagai aspek.
1. Aspek Fizikal
Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikanseni
visual memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor)
dan koordinasi tangan serta mata. Di dalam aktiviti menggambar, penggunaan
pensel krayon mungkin kurang sesuai bagi kanak-kanak berusia 7 ke bawah,
memandangkan saiz pensel krayon yang agak kecil. Oleh itu kita seharusnya
memberikan kanak-kanak saiz pensel warna yang agak besar bagi memudahkan
mereka memegang pensel tersebut. Pensel yang berbentuk tiga segi juga dapat
membantu kanak-kanak memegang pensel dengan kemas. Kemahiran genggaman
seperti ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak
dalam pengawalan psikomotor mereka. Seperti menulis, menggambar dapat melatih
gerak tangan untuk menghasilkan tulisan atau bentuk gambar yang lebih baik.
2. Aspek Kognitif
Penganjuran aktiviti seni yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-
kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah mampu membuat
penilaian dan bijak membuat keputusan. Menggambar dalam bentuk apapun
merupakan ekspresi dan sebahagian dari proses kreatif dan imaginasi mereka di
masa kecil. Dengan menggambar, anak akan belajar mencipta atau berkreativiti,
mengeluarkan idea-idea, serta memvisualisasikan dan merealisasikan imaginasinya
dalam sebuah karya.
3. Aspek Sosial dan Emosi
Menggambar memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan meningkatkan
Keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Menggambar dapat
membantu meningkatkan daya tumpuan, melatih daya ingatan, kesabaran, ketelitian
dan ketekunan kanak-kanak dalam menghasilkan sesuatu. Selain sebagai bentuk
ekspresi, menggambar juga dapat membantu menyalurkan bentuk-bentuk emosi
yang dirasakan kanak-kanak melalui gambar. Sebagai contoh, aktiviti gosokan dapat
memperkembangkan deria lihat terhadap alam sekitar, meluahkan berbagai perasaan
dan menghasilkan berbagai jalinan. Aktiviti menggambar memberi peluang kepada
murid untuk saling hormat-menghormati dan menjadi landasan untuk memupuk
perasaan toleransi. Selain itu, semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan
4
juga dapat dibentuk.
MENGGAMBAR SERTA KAITANNYA DENGAN KEPERLUAN DAN KEINGINAN
ASAS KANAK-KANAK
Setiap orang di muka bumi ini menginginkan sesuatu. Keinginan ini merupakan
suatu kehendak bagi setiap manusia supaya kehidupan menjadi lebih selesa dan sempurna.
Bagi kanak-kanak, pelbagai keinginan asas yang mereka perlukan bagi melancarkan
perkembangan hidup mereka secara normal. Keinginan-keinginan ini penting bagi
perkembangan kanak-kanak dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Adalah menjadi
tanggungjawab individu yang berada di sekeliling untuk memenuhi keinginginan kanak-
kanak ini agar emosi mereka akan berada dalam keadaan stabil. Antara keinginan asas
kanak-kanak ialah,
1. Keinginan untuk bergerak
Secara zahirnya, setiap kanak-kanak gemar untuk bergerak. Had masa kanak-kanak
boleh fokus terhadap sesuatu perkara adalah antara 3 hingga 5 minit sahaja. Jika
melebihi had tersebut, kanak-kanak akan mula bergerak. Antara contoh perkara yang
dilakukan apabila mereka tidak dapat menumpukan perhatian adalah apabila mereka
mula menggoyangkan badan mereka, mencuit-cuit rakan sebelah, membuat bising dan
sebagainya.
2. Keinginan untuk Berjaya dan Diperkenankan
Kebiasaannya, kanak-kanak akan merasa gembira apabila mereka diberi penghargaan.
Penghargaan positif perlu diberikan kepada kanak-kanak supaya mereka lebih
bermotivasi dan akan mengulang perlakuan yang mereka lakukan kerana bagi mereka
perlakuan yang telah dilakukan telah diperkenankan oleh orang sekeliling. Setiap
aktiviti yang dirancang oleh guru prasekolah atau individu sekeliling mestilah
mementingkan kebolehan kanak-kanak untuk berjaya. Masyarakat perlu memberi
peluang kepada kanak-kanak untuk berjaya kerana mereka akan merasa seronok.
3. Keinginan untuk Bersaing
Persaingan merupakan suatu perkara yang baik untuk perkembangan kanak-kanak.
Kanak-kanak amat kompetatif apabila melakukan aktiviti permainan. Bagi kanak-
5
kanak, mereka ingin menunjukkan diri mereka hebat. Contohnya apabila rakan
mereka dapat menjaringkan gol dalam perlawanan bola sepak, mereka keinginan
mereka bersaing terserlah apabila mereka terus berusaha supaya mereka boleh
mengalahkan rakan mereka.
4. Keinginan untuk Meneroka dan Mengembara
Aspek ini boleh dilihat apabila kanak-kanak yang mempunyai kebolehan verbal yang
tinggi akan banyak bertanyakan soalan kepada orang dewasa. Soalan seperti “apa
tu?”, “kenapa jadi macam tu?”, “yaya nak buat.” dan banyak lagi. Keinginan ini juga
boleh diperhatikan apabila orang dewasa membawa kanak-kanak taman permainan.
Kanak-kanak ini bagaikan baru terlepas dari kandang kerana mereka berlarian untuk
bermain dan mencuba setiap jenis permainan yang ada.
5. Keinginan untuk Melahirkan Perasaan melalui Pergerakan
Keinginan ini boleh diperhatikan apabila kanak-kanak mula berdiri. Sebagai contoh,
sedarkah anda apabila kita memasang lagu atau muzik, kanak-kanak yang baru belajar
berdiri ini akan terikut-ikut menggerakkan badan dan kaki mereka. Mereka seakan-
akan sedang menghayati dan terangsang untuk bergerak mengikut lagu yang
dipasang. Kanak-kanak ini boleh memberi respon yang baik kepada muzik dengan
mengikut rentak dan irama melalui pergerakan yang dihasilkan.
MEDIA DALAM BIDANG MENGAMBAR
Seperti yang dinyatakan terdahulu, terdapat sembilan aktiviti dalam bidang
menggambar. Terdapat dua jenis media yang terlibat dalam bidang menggambar iaitu media
kering dan media basah. Media merujuk kepada alat atau bahan utama digunakan dalam
sesebuah karya seni. Contoh media-media kering ialah pensel, pensel warna, pastel, arang,
pen dan dakwat. Manakala media basah pula ialah warna yang bersifat basah atau
berminyak. Sebagai contoh, cat air merupakan media yang menggunakan warna yang hanya
boleh dicairkan menggunakan air. Antara media basah lain yang menggunakan air ialah cat
poster, cat akrilik, dan cat tempera.
6
Media Kering
1. Pensel
Dibuat daripada arang dan tanah liat. Pensel jenis keras (H) digunakan untuk
melakar manakala jenis lembut (B) untuk membuat lorekan atau ton. Kegelapan
pensel ditentukan oleh gred pensel, kelajuan pensel semasa melukis dan tekanan pada
pensel.
2. Arang
Asalnya merupakan arang batang kayu yang terbakar. Media yang tertua sekali.
Kelebihan arang ialah menghasilkan kesan gelap yan maksimum, lembut, lebih tepat
dan tajam, lorekan yang pantas dan mampu melukis dalam kawasan yang luas pada
masa yang singkat. Teknik-teknik melukis arang ialah teknik gosokan, lorekan, basah
dan memadam.
3.
Media Pen dan Dakwat
Pelbagai pen yang boleh digunakan untuk menghasilkan lukisan seperti, pen kaligrafi,
pen teknikal, pen marker dan sebagainya. Pen-pen tersebut memberi kesan lorekan
yang berbeza. Pen teknikal memberi kesan yang lebih halus dan terperinci.
7
4. Media Pastel
Terdapat dua jenis pastel iaitu, oil pastel dan soft pastel, kedua-duanya memberi kesan
lorekkan yang berbeza. Lukisan menggunakan pastel handaklah dimatikan
menggunakan fixer atau pemati warna bagi menghalang dari warna tersebut
tertanggal.
Oil pastel Soft pastel
Media Basah
1. Cat Air
Secara asasnya, catan cat air merupakan catan yang bersifat lebih
lutcahaya (transparent) atau kelihatan nipis atau kurang warna . Catan cat air jarang
menggunakan warna putih kerana dalam catan cat air, warna putih biasanya diwakili
8
oleh warna putih dari kertas yang digunakan. Oleh itu warna pada catan cat air
biasanya kelihatan lebih pudar berbanding warna pada catan cat poster dan catan
akrilik. Ada juga catan cat air yang menggunakan teknik yang lebih legap atau tebal
(opaque).
2. Cat Poster
Biasanya catan cat poster ini bersifat legap dan 'garang'. Warna putih digunakan
untuk dapatkan bancuhan warna lebih cerah. Warna poster ni paling sesuai digunakan
untuk buat poster. Ciri-ciri poster ialah menonjol, menarik, dan boleh menarik
pembaca/pembeli. Teknik yang digunakan pada catan cat air masih boleh digunakan
pada catan cat poster kerana perbezaannya yang tidaklah terlampau ketara.
3. Cat Akrilik
Sifatnya hampir menyerupai cat minyak. Catan ini kurang menggunakan air dan
sifat legapnya sangat tinggi berbanding cat poster. Pengkarya boleh menggunakan
teknik catan cat air dan juga teknik catan cat minyak pada catan cat akrilik. Ini
kerana apabila dibancuh dengan air, ianya akan menjadi cair seperti cat poster
dan sesuai digunakan atas kertas cat air. Jika tidak dibancuh atau digunakan terus
9
dari tiub, ia akan menjadi seperti cat cat minyak dan sesuai untuk permukaan kanvas.
4. Cat Minyak
TEORI PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK OLEH LOWENFELD DAN
BRITAIN
Bagi tugasan kali ini, saya telah memilih teori yang diperkenalkan oleh Lowenfeld
untuk membincangkan hasil karya murid dengan kepentingan menggambar dari aspek
kognitif, psikomotor serta emosi dan sosial.
10
Cat minyak sangat likat, pekat, bersifat legap secara maksimum dan tidak boleh
dibancuh dengan air. Cat minyak hanya boleh dibancuh dengan minyak dan minyak
yang biasa digunakan untuk cat minyak ialah minyak linsid. Berus dan bahan
digunakan untuk catan ini dibersihkan menggunakan pencair seperti turpentin (minyak
tanah) dan thinner.
Lowenfeld dan Britain (1982) telah memperkenalkan teori perkembangan artistik
kanak- kanak yang merangkumi peringkat umur dari 2-14 tahun. Peringkat perkembangan
artistik yang diperkenalkan oleh Lowenfeld dan Britain ini merangkumi lima peringkat utama
iaitu peringkat scribbling, peringkat preschematic, peringkat schematic, peringkat dawning
realism, peringkat pseudonaturalistic dan peringkat adolescent art.
(a) Peringkat Scribbling ( 2 – 4 tahun)
Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak
terkawal. Proses menconteng menyebabkan pergerakan badan dan membangunkan
koordinasi otot motor tangan. Apabila kanak-kanak telah mampu menguasai
pergerakan tangan dan badan mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada
lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan.
(b) Peringkat Preschematic ( 4 – 7 tahun )
Peringkat ini memperlihatkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada
percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya dengan
menggunakan garisan. Sebagai contoh ibu bapa dan orang yang rapat dengan
mereka dilukis dengan mempunyai karakter tangan dan kaki dan dilukis seolah-olah
terapung dan dengan saiz imej yang berbeza-beza.
(c) Peringkat Schematic ( 7 – 9 tahun )
Pada peringkat ini kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek
berbanding pada peringkat awal tadi. Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau
konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam
imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya. Sebagai
contoh, kanak-kanak mula membuat percubaan dengan membahagikan ruang pada
kertas lukisan kepada dua bahagian iaitu satah udara dan tanah. Bagi pemandangan
satah bawah objek disusun secara melintang dan sama manakala objek udara pula
dibiarkan kosong. Selain itu, lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan
berskala besar. Tidak peka dengan karya mereka sendiri dan tidak kisah dengan
lukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka dan gemar untuk berkongsi.
(d) Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age (9-12 tahun)
11
Pada peringkat ini, kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan
skema tertentu. Perubahan pada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis
secara realistik dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-
kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula
membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka
berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang
dihasilkan.
(e) Peringkat Pseudonaturalistic atau Reasoning (12-14 tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik di dalam
menghasilkan lukisan. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional
imej. Mereka lebih gemar untuk melukis melalui konsep peniruan atau melalui
objek di hadapan mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi. Lukisan
yang dihasilkan jarang dikongsi bersama dengan rakan sebaya dan perasaan malu
dan rendah diri akan timbul sekiranya lukisan yang dihasilkan tidak menarik.
(f) Peringkat Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14-17 tahun)
Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya
seni dan penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam
membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya
seni.
KEPENTINGAN MENGGAMBAR
Melalui kegiatan menggambar, murid dapat :
1. Berkomunikasi dengan diri sendiri dan orang lain iaitu rakan-rakan, guru, ibu
bapa, adik beradik dan ahli keluarga yang lain.
2. Meluahkan perasaan dan menilai serta menghargai sesuatu hasil seni dari
aspek estetik.
12
HASIL KARYA MURID DAN KAITANNYA DENGAN PERKEMBANGAN SENI
KANAK-KANAK.
Aktiviti melukis merupakan aktiviti yang membantu kanak-kanak mengenali objek
selain membantu meningkatkan daya sensitiviti terhadap alam sekeliling mereka. Aktiviti
melukis dikatakan sebagai satu aktiviti yang banyak digunakan oleh saintis, pendidik dan ibu
bapa bagi menyelami perasaan dan fikiran kanak-kanak. Proses melukis yang menjurus kea
rah pengamatan terhadap objek melatih deria kanak-kanak supaya menjadi lebih peka dan
meningkatkan daya persepsi mereka.
Selain itu, aktiviti melukis juga meningkatkan daya imaginasi kanak-kanak selain
berupaya mengimbangi emosi mereka. Ianya dijadikan satu proses pembelajaran kepada
kanak-kanak melalui aktiviti imitasi alam sekeliling lalu dipermudahkan menjadi simbol
abstrak seterusnya menjadikan ianya satu bentuk hasil karya yang unik.
Karya 1
13
Karya ini menunjukkan dua buah lukisan lakaran pensel tidak berwarna di mana lukisan
A dilukis oleh kanak-kanak berusia 12 tahun, sementara lukisan B dilukis oleh kanak-kanak
berumur 4 tahun.
Menurut Lowenfeld (1982), kanak-kanak melalui peringkat perkembangan artistik yang
berbeza. Pada usia 4 tahun, iaitu peringkat Preschematic, kanak-kanak cenderung mencuba
melukis objek di sekeliling dengan menggunakan garisan dan bulatan. Ciri ini jelas dapat
dilihat pada lakaran B. Kanak-kanak ini cuba meniru lakaran A yang dibuat oleh abangnya.
Tetapi hasil lakarannya terdiri dari beberapa garisan dan bulatan. Lakaran A pula ialah
peringkat pseudonaturalistic atau reasoning, di mana lukisannya tampil dengan konsep
realistic, kedudukan dan saiz rasional imej. Lukisan ini dihasilkan berdasarkan watak
‘ultraman’ yang sangat dikagumi oleh kanak-kanak melalui tontonan televisyen.
Dari aspek psikomotor, penggunaan pensel sebagai alat melukis menunjukkan
kemahiran genggaman kanak-kanak A lebih baik berbanding kanak-kanak B. Ini
menunjukkan kanak-kanak A mempunyai kekuatan otot dan kawalan psikomotor yang lebih
baik. Bagi kanak-kanak B, lebih banyak latihan menggambar mungkin dapat melatih gerak
tangan untuk menghasilkan bentuk gambar yang lebih baik.
Dari aspek kognitif pula, kanak-kanak ini berani mengeluarkan idea mereka dan dapat
melukis gambar tersebut dengan lengkap walaupun tidak setepat watak ‘ultraman’ yang
sebenar. Ini menunnjukkan mereka dapat menyelesaikan masalah mengikut tahap umur
mereka.
Dari aspek sosial dan emosi pula, jelas kanak-kanak B mempunyai keyakinan diri
kerana walaupun lakarannya jauh berbeza dari lakaran abangnya, dia tetap mahu lakaran
digandingkan bersama lakaran abangnya. Bagi kanak-kanak A pula, seharusnya dia
14
B
menghormati lukisan kanak-kanak B yang menjadi landasan untuk memupuk perasaan
toleransi.
Lukisan ini juga merupakan satu cara mencapai kepuasan diri. Melalui lukisan, kanak-
kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Lukisan ini
juga memberikan kepuasan kepada mereka kerana dapat meluahkan apa yang dilihat ( watak
‘ultraman’ ) dan memindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej mengikut tahap
pemahaman mereka.
Karya 2
Gambar ini ialah lukisan pemandangan di halaman rumah kampung yang menggunakan
pensel. Karya ini dihasilkan oleh kanak-kanak berusia 12 tahun. Karya ini jelas
menunjukkan tahap psikomotor yang baik kerana imej dan figura yang terdapat dalam lukisan
dapat dibentuk dengan baik dan kemas. Terdapat unsur-unsur seni yang baik seperti garisan,
rupa, bentuk dan ruang. Prinsip-prinsip rekaan iaitu harmoni dan imbangan juga jelas
kelihatan. Menurut teori perkembangan seni kanak-kanak oleh Lowenfeld, kanak-kanak ini
berada pada peringkat Pseudonaturalistic iaitu penerapan konsep realistik di dalam lukisan
mereka. Lukisan ini mungkin dihasilkan dari pemerhatiannya ketika melihat beberapa kanak-
kanak bermain buih sabun di halaman rumah.
Lukisan juga menunjukkan beberapa keinginan asas kanak-kanak dapat dipenuhi iaitu
keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan. Melukis gambar ini dapat memberi
peluang untuk meluahkan idea mengenai diri dan persekitarannya. Di samping itu, kanak-
kanak juga dapat meningkatkan daya kreativiti serta meneroka dan bereksperimentasi dengan
bahan lukisan iaitu pensel.
15
Dari segi perkembangan kognitif, kanak-kanak ini berjaya memvisualisasikan dan
merealisasikan imaginasinya ke dalam sebuah karya yang menarik.
Karya 3
Karya 3 menggunakan media kering oil pastel. Penggunaan media ini memang sesuai
dengan murid-murid sekolah rendah. Pensel pastel yang terdapat dalam saiz kecil dan besar
boleh disesuaikan dengan kemahiran kanak-kanak yang menggunakannya. Pelukis
nampaknya cekap mengendalikan pensel pastel dengan baik dan kemas. Selain itu, warna oil
pastel yang terang dapat menarik perhatian kanak-kanak serta menyerlahkan karya mereka.
Karya menunjukkan pelukis berada dalam peringkat Schematic iaitu 7 – 9 tahun. Pada
peringkat ini pelukis cenderung melukis objek dengan menekankan penyusunan objek dalam
imej. Contohnya, pelukis cuba membahagikan ruang pada kertas lukisan kepada dua
bahagian iaitu satah udara dan tanah. Objek di bahagian satah bawah dilukis secara
melintang. Pelukis juga mula mengaplikasikan ton warna di dalam lukisannya. Pelukis dapat
menunjukkan daya sensitiviti pancainderanya. Karya juga melambangkan keinginan pelukis
meluahkan ideanya dan mula memahami aspek estetik iaitu konsep keindahan dan
kecantikan.
Dari aspek sosial dan emosi pula, pelukis menunjukkan kesabaran dan ketelitian dalam
menghasilkan karyanya. Karya ini juga mempamerkan emosi pelukis yang merasakan
ketenangan melalui lukisannya.
Karya 4
16
Karya ini menggunakan krayon sebagai medianya. Melalui karya ini dapat dipastikan
pelukisnya mungkin dalam peringkat Preshcematic iaitu 4 – 7 tahun, mengikut Lowenfeld.
Krayon mungkin sesuai dari segi pengendaliannya sebagai media kering tetapi agak kurang
sesuai dari segi saiznya. Saiznya yang kecil menyebabkan kesukaran kanak-kanak
memegang atau menggenggam. Bagaimanapun, kecekapan genggaman dapat meningkatkan
keyakinan kanak-kanak dalam pengawalan psikomotor mereka. Peringkat preschematic
mempunyia ciri-ciri seperti kecenderungan pelukis melukis objek yang terdapat
dipersekitarannya . Figura dalam lukisannya mempunyai karakter tangan dan kaki yang
dilukis seolah-olah terapung dengan saiz imej yang berbeza-beza. Pelukis juga belum dapat
menggunakan garisan horizon. Menurut Mok Soon Sang (2011), pada peringkat
perkembangan fizikal (sensori-motor), kanak-kanak 3 – 4 tahun sudah boleh melukis gambar
orang serta mengorganisasi lukisan secara terperinci pada usia 6 – 8 tahun. Pelukis juga
sudah boleh bereksperimentasi dengan warna dalam lukisannya, contohnya bunga dengan
warna merah, matahari berwarna kuning dan jingga, dan awan yang berwarna biru.
Emosi yang dipamerkan melalui karya ini ialah tentang kerinduan pelukis terhadap
rumah serta suasananya. Mungkin pelukis berada jauh dari rumahnya semasa menghasilkan
karyanya.
Karya 5
17
Berpandukan Huraian Sukatan Pelajaran PSV KBSR 2002, penggunaan media basah
berasaskan air dan minyak mula diperkenalkan dalam Tahun 2 persekolahan. Karya ini
dihasilkan menggunakan cat poster. Cat poster merupakan media basah yang berasaskan air.
Karya menunjukkan pelukis menyedari tentang wujudnya rupa asas geometri seperti bulatan
dan segi tiga di persekitaran dan mengaplikasikannya ke dalam karyanya. Penggunaan cat
poster tidak begitu kemas pada bahagian latar belakang. Pelukis juga belum mempamerkan
kecekapannya menggunakan berus untuk menghasilkan catan yang kemas. Mungkin kanak-
kanak pada peringkat ini harus dibantu dari segi pemilihan berus yang sesuai. Langkah ini
membolehkan objektif ke-6 dalam Huraian Sukatan Pelajaran PSV Tahun 2 iaitu
menggunakan beberapa teknik dan proses menghasilkan kerja Seni Visual melalui
penerokaan terhadap alam bahan dan bahan kutipan dapat dicapai.
Catan ini juga menepati ciri- ciri yang terdapat pada peringkat Schematic ( 7 – 9 tahun),
di mana penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek. Terdapat nilai estetik
yang ingin disampaikan oleh pelukis iaitu penghargaannya terhadap keindahan dunia hidupan
di dasar laut.
Karya 6
18
Karya seterusnya menggunakan cat air oleh pelajar berumur 13 tahun. Pelukis cuba
menerapkan pencahayaan melalui ton warna pada objek buah-buahan. Tetapi tiada aspek
pencahayaan dan ton berlaku pada latar belakang catan. Penggunaan warna pada bahagian
latar kurang kemas. Penguasaan pelukis terhadap pemilihan alat dan bahan yang sesuai untuk
mewarna masih kurang baik. Penggunaan berus boleh digantikan dengan span untuk
mendapatkan kesan yang lebih kemas pada bahagian latar catan.
Berdasarkan teori Lowenfeld, peringkat Pseudonaturalistic atau Reasoning (12 – 14
tahun) ini, pelukis menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mempunyai
kecenderungan melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek yang dilihat berbanding
imaginasi. Pada peringkat ini, perasaan malu dan rendah diri menguasai sekiranya karya
yang dihasilkan tidak menarik.
Pelukis dapat mengaplikasikan elemen Asas Seni Reka seperti yang terdapat dalam
objektif PSV bagi Tahun 6 iaitu meningkatkan pengetahuan Asas Seni Reka serta
mengaplikasikannya dalam penghasilan karya.
KESIMPULAN
19
Bidang menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan
kemahiran murid. Bidang menggambar memperlihatkan sejauh mana kemampuan murid
terhadap aspek melukis dan membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan
teknik. Ia juga menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri murid.
Menggambar adalah satu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental
seseorang. Alatan, media dan teknik yang digunakan dalam bidang menggambar
menghasilkan hasil kerja seni bermutu dan menarik perhatian ramai. Aktiviti menggambar
adalah satu cara bagaimana seseorang boleh berkomunikasi dengan orang lain, dapat
meluahkan perasaan dan menilai sesuatu hasil seni dari aspek estetik.
Guru pula perlu berupaya meletakkan diri mereka dalam diri kanak-kanak bagi
memahami keperluan kanak-kanak tersebut dalam memperkembangkan pemahaman kanak-
kanak melalui pemikiran dan pengalaman.
BIBLIOGRAFI
20
Abdul Shukor Hashim et. al., (2011). Perkembangan seni kanak-kanak. Seri Kembangan : Open University Malaysia.
Haslina Madon, (2011). Menggambar. Seri Kembangan : Open University Malaysia.
Mok Soon Sang, (2012). Perkembangan kanak-kanak. Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Rousliluddin Ambia et. al., (2011). Pengenalan pendidikan seni visual. Seri Kembangan : Open University Malaysia.
Victor Lowenfeld, (1987). Creative and mental growth. New York : Mc.Millan.
Zulkifli Yaakob, (2010). Seni dalam pendidikan. Seri Kembangan : Open University Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia, (2002). Huraian sukatan pelajaran pendidikan seni visual. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.
http://artaddictclub.blogspot.com/2012/09/catan-media-basah.html - diakses pada 15/11/12, 3.44pm
http://esenivisual.blogspot.com/2008/09/lukisan_15.html - diakses pada 11/11/12, 10.38pm
http://itukamibudakseni.blogspot.com/2009/08/attention-num2.html - diakses pada 16/11/12 12.46pm
http://leepohhong.blogspot.com/2011_12_01_archive.html - diakses pada 14/11/12, 1.45am
http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/lukisan.html - diakses pada 11/11/12, 11.21 pm
http://shydatulhushna.blogspot.com/ - diakses pad 12/11/12, 3.25am
http://wareyzseni.blogspot.com/2009/12/menggambar.html - diakses pada 11/11/12, 2.48pm
http://www.slideshare.net/vanithana/kanak-12857349 - diakses pada 10/11/12, 1.23am
http://zali-mrj.blogspot.com/ - diakses pada 11/11, 7.41pm
21
22
Recommended