View
31
Download
4
Category
Preview:
DESCRIPTION
education
Citation preview
LAMPIRAN
RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011
KOD & NAMUS
KBC3013
PINTAR CERDAS BERBAKAT DAN KREATIF
TAJUK TUGASAN
KUMPULAN
_________
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
NAMA TUTOR E-LEARNING:____________________________________
TARIKH SERAH: ________________
PEMARKAHAN1 TUGASAN 12 TUGASAN 23 E FORUM
JUMLAH
Pengenalan
Kecerdasan intelektual merujuk kepada kebolehan kognitif seseorang yang dipelajari
daripada pengalaman untuk membolehkannya membuat penyesuaian diri dalam kehidupan
sehari-hari. Perkembangan kognitif pelajar pintar cerdas ditunjuk melalui perbuatan dan cara
mereka menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Pada waktu yang sama, mereka
menunjukkan kelebihan berbanding rakan sebaya yang bersama-sama menyelesaikan
masalah tersebut. Boleh berfikir dengan cepat dan penyelesaian yang diambil adalah
berkesan. Perwatakan mereka boleh dibandingkan dengan rakan lain. Namun begitu, mereka
sering dilihat berbeza kerana kelebihan yang ditunjukkan. Ciri-ciri pelajar pintar cerdas boleh
diperhati dalam kalangan pelajar yang sama tahap dan umur agar keistimewaan itu dapat
dilihat (Harrison, 2003).
Pintar cerdas boleh membawa maksud yang pelbagai mengikut persepsi seseorang individu
itu, berbeza juga dari pandangan masyarakat dan pandangan kanak-kanak itu sendiri.
Mengikut negara barat, maksud pintar cerdas adalah mereka yang mempunyai potensi dan
pencapaian yang tinggi dari segi bidang seperti intelektual, kreativiti, artistik, kebolehan
kepimpinan dan mempunyai bakat dalam bidang muzik dan seni yang mengkagumkan serta
mereka ini memerlukan aktiviti dan perkhidmatan lain dari yang lain yang tidak terdapat di
sekolah biasa untuk memenuhi tahap keupayaan akademik dan potensi mereka (Rujukan
Laman Web). Seperti kanak-kanak yang lain, mereka yang pintar cerdas belajar melalui
interaksi. Pengalaman yang diperolehi akan digunakan sebagai proses mengumpul maklumat
untuk mencari identiti mereka sebagai pelajar. Adakalanya, kanak-kanak pintar cerdas
mengandaikan bahawa kanak-kanak lain juga adalah seperti mereka, sehinggalah mereka
masuk ke alam persekolahan dan mendapati bahawa mereka mempunyai keupayaan yang
tersendiri.
Sewajarnya, kesedaran mengenai perbezaan kanak-kanak ini dari kanak-kanak yang lain
boleh juga bermula dari awal lagi. Adalah penting untuk mempertimbangkan bagaimana cara
kita bertindak atau respon pada kanak-kanak di bawah jagaan kita yang ‘berbeza’ kerana ini
merupakan impak yang besar terhadap identiti kanak-kanak itu sendiri. Hal ini demikian
kerana pelajar yang mempunyai potensi dan bakat yang luar biasa serta melebihi kebolehan
rakan seusianya lebih dikenali sebagai kanak-kanak pintar cerdas (gifted). Dalam konteks ini,
pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan individu yang memiliki potensi yang tinggi
dalam pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan.
Definisi Kanak-kanak Pintar Cerdas
Terdapat pelbagai pengistilahan yang diberi oleh pakar-pakar dari barat dalam konteks
pemahaman yang berbeza. Piirto (1999) turut mengakui bahawa kanak-kanak pintar cerdas
mempunyai ukuran darjah kecerdasan atau intelligent quotient (IQ) yang tinggi. Dalam
menghurai pengistilahan ini, pakar barat turut membincangkan istilah gifted yang membawa
maksud berbakat. Berbakat pula bermaksud kebolehan semula jadi yang ada pada diri
seseorang. Gabungan istilah pintar cerdas dam berbakat digunakan untuk merujuk kepada
kanak-kanak yang disebut sebagai gifted dan talented. Ini adalah bertujuan untuk
mengelakkan kekeliruan dalam membezakan antara istilah berbakat dan istilah pintar cerdas.
Ini menegaskan bahawa definisi pintar cerdas merujuk kepada keadaan seseorang yang
mempamerkan sesuatu
Mengikut Kamus Dewan (2002), istilah pintar membawa maksud cekap dan pandai. Cerdas
pula didefinisikan sebagai sempurna akal. Menurut Susan K. Golant di dalam bukunya The
Joys and Challenges Of Rising a Gifted Childs berpendapat, kanak-kanak pintar cerdas
menunjukkan minat yang tinggi untuk belajar, curiga dan mempunyai perasaan ingin tahu
yang tinggi kepada persekitaran suppaya berupaya menggabungkan beberapa maklumat
dalam menghasilkannya. (Rujukan Laman Web).
Umumnya, pintar cerdas ini ditakrifkan sebagai kepandaian luar biasa dalam memahami dan
mengadaptasi segala cabaran persekitaran kepada hidup dan mindanya. Ahli biologi
mendefinisikan pintar cerdas sebagai kebolehan luar biasa yang dimiliki oleh seseorang
individu untuk melakukan adaptasi dan manipulasi terhadap keadaan dan perubahan
persekitaran. Dalam pada itu, pakar psikologi pula mendefinisikan istilah pintar cerdas
sebagai kanak-kanak yang berupaya melakukan taakulan iaitu mempunyai kebolehan berfikir
dengan logik dan mempunyai fungsi kognitif yang hebat. Dalam konteks ini, kanak-kanak
pintar ini berkebolehan mencari dan mengaitkan sebab musabab terhadap sesuatu fenomena
yang abstrak.
Walau bagaimanapun, seseorang yang berbakat belum pasti akan menjadi seorang yang
pintar cerdas. Banyak faktor yang perlu berperanan sebagai pemangkin mempengaruhi secara
positif laluan seseorang itu daripada berbakat menjadi pintar cerdas. menurut Gagne, 1998;
Piirto,1999. Antara faktor tersebut ialah faktor dalaman atau intrapersonal bagi individu
terbabit, seperti emosi yang sejahtera dan konsep kendiri yang positif. Selain itu terdapat
faktor persekitaran yang turut berperanan sebagai pemangkin. Ini merujuk kepada aspek-
aspek sokongan di rumah dan di sekolah. Seseorang yang dianggap pintar cerdas dalam
sesuatu bidang tertentu ialah seorang yang berbakat dan juga cemerlang dalam bidang
tersebut.
Menurut Sternbeng dan Davidson (1986), pintar cerdas adalah sesuatu yang dicipta bukan
yang dijumpai. Ia adalah apa yang masyarakat mahukan. Kita memilih di mana untuk
meletakkan individu pintar cerdas dan individu yang berkebolehan biasa. Dengan perkataan
lain definisi kita adalah politikal dan juga psikologikal. Oleh itu kita perlu sedar penilaian
kita tentang kebolehan dan keperluan kanak-kanak dengan kesedaran akan limitasi, konstruk
dan alat yang membimbing dalam amalan kita berkaitan kanak-kanak pintar cerdas.
Kajian Kes
Biodata Respondan
Recommended