View
249
Download
2
Category
Preview:
Citation preview
Berikut adalah ringkasan mengenai Akta-akta di bawah bidang kuasa Kementerian Pengajian Tinggi:
1) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30)
Merupakan suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran Universiti-Universiti dan Kolej-kolej Universiti Awam dan bagi perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya.
2) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555)
Merupakan suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, pendaftaran, pengurusan dan pengawalselian, dan kawalan kualiti pendidikan yang diberikan oleh institusi pendidikan tinggi swasta.
3) Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 (Akta 546)Merupakan suatu Akta untuk menubuhkan Majlis Pendidikan Tinggi Negara dan untuk mengadakan peruntukan bagi fungsinya berhubungan dengan pendidikan tinggi dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Antara fungsi-fungsi Majlis Pendidikan Tinggi Negara adalah:
Merancang, membentuk dan menentukan dasar dan strategi kebangsaan bagi perkembangan pendidikan tinggi; Menyelaraskan perkembangan pendidikan tinggi; Memajukan dan memudahkan pertumbuhan teratur institusi pendidikan tinggi; Menentukan dasar dan menetapkan kriteria bagi penguntukan wang kepada institusi pendidkan tinggi;
4) Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996 (akta 556)
Merupakan suatu Akta untuk menubuhkan Lembaga Akreditasi Negara dan untuk mengadakan peruntukan bagi fungsi-fungsinya dan kuasa-kuasanya serta bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannnya. Antara fungsi-fungsi Lembaga Akreditasi Negara adalah:
(a) untuk merumuskan dasar mengenai kawalan standard dan kualiti :(i) kursus pengajian; dan
(ii) sijil, diploma dan ijazah
(b) untuk menetapkan, mengawasi, mengkaji semula dan menyelia standard dan kualiti:(i) kursus pengajian; dan
(ii) sijil, diploma dan ijazah bagi tujuan pengakreditan;
(c) untuk menentukan tahap pencapaian bagi bahasa kebangsaaan dan mata pelajaran wajib yang ditetapkan dalam Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 sebagai pra-syarat bagi penganugerahan sijil, diploma atau ijazah; dan
(d) untuk menasihatkan dan membuat syor kepada Menteri bagi kelulusannya ke atas kursus pengajian yang hendak dikendalikan oleh sesuatu institusi pendidikan tinggi swasta mengenai:
(i) kesesuaian persedian berhubungan dengan kemudahan pendidikan yang relevan dengan kursus pengajian itu; dan
(ii) jaminan standard dan kualiti kursus pengajian itu.
5) Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566)Merupakan suatu Akta untuk menubuhkan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan meperbadankan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Antara fungsi-fungsi penubuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional adalah:
(a) untuk mengadakan dan memberikan pinjaman pendidikan dan bantuan kewangan selain pinjaman pendidikan kepada pelajar, dan untuk mengadakan perkhidmatan mentadbir, mengawas dan memungut bayaran balik pinjaman;
(b) untuk memungut deposit dan mereka bentuk dan meyediakan skim simpanan bagi maksud menyimpan bagi tujuan pendidkan tinggi; dan
(c) untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada perbadanan oleh mana-mana undang-undang bertulis.
6) Akta Kumpulan Wang Yayasan Tunku Abdul Rahman 1966 (Akta 389)Merupakan suatu Akta untuk menubuhkan Kumpulan Wang Yayasan Tunku Abdul Rahman dan bagi membuat peruntukan mengenai pengurusan Kumpulan Wang itu dan perkara-perkara lain yang bersampingan dengannya.
7) Akta Universiti Teknologi MARA 1976 (Akta 173)Merupakan suatu Akta bagi penubuhan, penyenggaraan dan pentadbiran Universiti Teknologi MARA dan lain-lain perkara yang berhubungan dengannya.
8) Akta Politeknik Ungku Omar 1974 (Akta 145)Merupakan suatu Akta bagi penubuhan, penyengggaraan dan pentadbiran Politeknik Ungku Omar dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
9) Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174)Merupakan suatu Akta mengenai kaedah-kaedah tatatertib pelajar-pelajar UiTM, politeknik dan kolej komuniti.
10) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)Terdapat peruntukan di dalam Akta ini terpakai bagi Kementerian Pengajian Tinggi mengenai penubuhan dan pengurusan politeknik dan kolej komuniti.
PengurusanAkademik
Mahasiswa
Pensyarah
Pentadbir
Ibubapa
Kementerian
Senat/ LPU
Fakulti/Sekolah/Akademi/Pusat/Institut
Agensi luar
-MQA
-PTPTN
-Lain-lain
HUBUNGAN KERJA DALAM PENGURUSAN AKADEMIK
Akta Universiti Dan Kolej Universiti 1971
Perlembagaan UniversitiStatut-Statut Universiti
Kaedah-Kaedah Universiti
Peraturan Akademik Universiti
Pekeliling Dalaman
Pekeliling Luar
“Wahyu-wahyu”
LEGAL FRAMEWORK
Laporan Wan Zahid.
5 cabaran utama universiti di Malaysia kecemerlangan dalam pengajaran-pembelajaran; kecemerlangan penyelidikan; kecemerlangan keupayaan institusi pendidikan tinggi
memberikan sumbangan kepada ekonomi dan masyarakat;
kecemerlangan keupayaan institusi pendidikan tinggi dalam melaksanakan fungsi-fungsi terasnya dan
kecemerlangan dalam melaksanakan inisiatif pendemokrasian pendidikan bagi menjamin akses dan penyertaan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, keturunan, agama, warna kulit dan fahaman politik.
Penubuhan Universiti Apex (Accelerated Programme For
Excellence) selaras dengan hasrat murni Kementerian
Pengajian Tinggi untuk mewujudkan IPT yang setanding
dengan universiti terbaik di dunia. Secara umumnya,
universiti terkemuka di dunia terbahagi kepada tiga
kumpulan iaitu Universiti Apex, Universiti Elit dan Universiti
Kompetitif.
Universiti Apex perlu mempunyai ciri-ciri berikut:
1. Pemimpin terbaik
2. Fakulti terbaik
3. Pelajar terbaik
4. Kemudahan terbaik
Universiti Apex
Universiti Penyelidikan ialah universiti awam yang
telah diiktiraf untuk menjadi hab kecemerlangan
pendidikan dan penyelidikan:
Ciri-ciri Universiti Penyelidikan:
Bidang pengajian berfokuskan penyelidikan
Kemasukan kompetitif
Pensyarah berkualiti
Nisbah siswazah dan pascasiswazah 50:50
Universiti Penyelidikan
Universiti berfokus ialah universiti awam yang
memberikan lebih tumpuan kepada bidang - bidang
tertentu seperti teknikal, pendidikan, pengurusan dan
pertahanan.
Antara ciri-ciri universiti berfokus ialah :
Bidang pengajian berfokus
Kemasukan kompetitif
Pensyarah berkualiti
Nisbah siswazah dan pasca siswazah 70 : 30
Universiti berfokus
Antara ciri-ciri Universiti Komprehensif ialah :
Pelbagai Bidang pengajian
Kemasukan kompetitif
Pensyarah berkualiti
Nisbah siswazah dan pasca siswazah 70 : 30
Universiti Komprehensif
Autonomi Akademik
AUKU 1971 Perlembagaan Universiti
S
E
N
A
T
NAIB CANSELOR
PIHAK BERKUASA UNIVERSITI
Fungsi dan kuasa Senat (Perlembagaan)
7. (1) Senat adalah menjadi badan akademik bagi
Universiti dan, tertakluk kepada Perlembagaan
ini, statut, kaedah-kaedah dan peraturan-
peraturan, berhak mengawal dan memberikan
arahan secara am mengenai pengajaran,
pendidikan dan peperiksaan, dan pengurniaan
ijazah, diploma, sijil, dan kepujian akademik yang
lain.
(2) Senat hendaklah mempunyai fungsi dan kuasa
sepertimana yang diperuntukkan di bawah
subseksyen 4(3) dan subseksyen 22(6)
Perlembagaan, dan termasuklah fungsi dan
kuasa untuk―
(a) memberi keizinan bertulis kepada Lembaga untuk
membuat baru, atau meminda atau membatalkan
statut berkaitan akademik menurut subseksyen
35(3) Perlembagaan.
(b) memberi keizinan bertulis kepada Lembaga untuk
membuat baru, atau meminda atau membatalkan
kaedah berkaitan akademik menurut subseksyen
37(2) Perlembagaan.
(c) membuat peraturan bagi tatacaranya
sendiri;
(d) selepas berunding dengan Lembaga,
membuat peraturan bagi tatacara
Jawatankuasa Pemilih berkaitan akademik;
(e) membuat peraturan bagi tatacara sesuatu
Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademik, Institut
atau Jawatankuasa Pengajian, atau mana-
mana jawatankuasa atau badan lain yang
tertakluk kepada bidang kuasanya;
(f) membuat peraturan bagi menetapkan
kursus-kursus pengajian dan sukatan
pelajaran bagi peperiksaan;
(g) bagi maksud pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran, memilih dan mengeluarkan
arahan kepada penyelia atau pemeriksa
dalam dan luar Universiti;
(h) mengeluarkan arahan kepada jawatankuasa
pemeriksa Universiti;
(i) meluluskan dan memperakukan keputusan
peperiksaan Universiti dan pengurniaan ijazah,
diploma, sijil dan kepujian akademik yang lain
mengikut statut, kaedah dan peraturan;
(j) mengadakan dan mengurniakan fellowship,
biasiswa, bantuan, dermasiswa, pingat, hadiah
dan gelaran, kepujian, kurniaan lain dan jenis
bantuan lain ke arah kemajuan dan penyebaran
pengetahuan;
(k) memberikan arahan-arahan mengenai
pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan
pembangunan dan pengkomersialan inovasi;
(l) memberikan arahan am mengenai
kemudahan pengajaran dan penyelidikan
lain di Universiti;
(m) menyediakan kursus pengajaran,
mengadakan peperiksaan, membuat
peruntukan untuk penyelidikan, dan
mengambil apa-apa langkah lain yang
didapati perlu atau mustahak untuk
memajukan dan menyebarkan pengetahuan;
(n) menerima masuk pelajar dari dalam atau
luar Malaysia untuk apa-apa kursus
pengajian yang diluluskan oleh Universiti;
(o) mengiktiraf ijazah dan diploma institusi
pengajian tinggi yang lain, bagi maksud
memasuki kursus pengajian dan
peperiksaan Universiti dan juga
mengurniakan ijazah yang lebih tinggi
kepada pemegang ijazah atau diploma itu
atau kepada siswazah Universiti
mengikutsyarat sebagaimana yang
ditetapkan oleh kaedah-kaedah;
(p) memberikan ijazah kepada guru yang telah
memenuhi apa-apa kehendak sebagaimana
yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah;
(q) memberikan sijil kepada orang yang telah
mencapai kecekapan dalam mana-mana
bidang ilmu.
(r) untuk menubuhkan Fakulti, Sekolah, Pusat,
Akademi dan Institut, dan jabatan, unit atau
badan di bawah Fakulti, Sekolah, Pusat,
Akademi dan Institut itu;
(s) dengan keizinan Lembaga, untuk
memberikan ijazah kehormat kepada orang
yang telah menyumbang terhadap kemajuan
atau penyebaran pengetahuan, atau yang
telah memberi khidmat awam yang
cemerlang;
(t) untuk membentuk dasar dan kaedah
pengajaran dan pembelajaran, peperiksaan,
penyelidikan, biasiswa dan latihan yang
dijalankan di dalam, oleh atau dari Universiti;
(u) untuk memastikan standard pendidikan
dalam kursus pengajian yang diadakan di
dalam, oleh atau dari Universiti;
(v) untuk menentukan kebolehlaksanaan atau
selainnya apa-apa cadangan berkenaan
dengan apa-apa kurikulum atau kursus
pengajian yang dijalankan atau hendak
dijalankan di dalam, oleh atau dari Universiti;
(w) untuk menentukan kelayakan yang
dikehendaki bagi diterima masuk ke dalam
mana-mana kursus pengajian yang diadakan
di dalam, oleh atau dari Universiti;
(x) untuk mengawal selia penjalanan penilaian
dan peperiksaan, mengesahkan keputusan
peperiksaan dan menentukan rayuan;
(y) untuk menggubal dasar bagi melindungi
kebebasan akademik dan kecemerlangan
profesional; dan
(z) untuk melakukan segala perkara yang suai
manfaat atau perlu bagi atau bersampingan
dengan pelaksanaan fungsinya di bawah
Perlembagaan ini.
Seksyen 24B:Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198] hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Universiti, Lembaga, Senat, mana-mana ahli Lembaga atau Senat, Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, pegawai atau pekerja Universiti berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat yang sedemikian itu.
AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971
24C. Tiada tindakan atau guaman boleh dimulakan atau dikekalkan di dalam mana-mana mahkamah terhadap—
(a) Lembaga;(b) ahli Lembaga;(c) Naib Canselor;(d) Timbalan Naib Canselor;(e) Senat;(f) ahli Senat;(g) pegawai atau pekerja Universiti; dan(h) seseorang yang diberi kuasa untuk bertindak bagi atau
bagi pihak mana-mana badan atau orang di bawah perenggan (a) hingga (g), bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dilakukan dengan suci hati pada menunaikan kuasa dan kewajipannya di bawah Akta ini dengan semunasabahnya mempercayai bahawa tindakan itu adalah perlu bagi maksud yang diniatkan hendak dicapai melaluinya.
Nemo iudex in causa suaIt is a principle of natural justice that no person can judge a case in which they have an interest. The rule is very strictly applied to any appearance of a possible bias, even if there is actually none: "Justice must not only be done, but must be seen to be done".
Audi alteram partemliterally means "hear the other side" or "hear the alternative party"
KESIMPULAN
DALAM MENGGALAS TANGGUNGJAWABSEBAGAI PENTADBIR AKADEMIK, KITA PERLUPEKA DENGAN PERUBAHAN “PERSEKITARAN”ORGANISASI, UNDANG-UNDANG DANARAHAN KERJA SUPAYA MISI DAN VISIUNVERSITI TERLAKSANA DENGAN JAYANYA.
Recommended