View
20
Download
1
Category
Preview:
Citation preview
PSZ 19:16(Pin.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ JUDUL: KEBERKESANAN KAEDAH PETAK SIFIR DALAM
PENGUASAAN FAKTA ASAS DARAB DALAM MATEMATIK TAHUN 4: SATU KAJIAN DI SEKOLAH KEBANGSAAN, MERSING JOHOR.
SESI PENGAJIAN: 2006/2009 Saya MOHD.RASHIDI BIN MAT JALIL No. Matriks BP 060092 Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (√ ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan SULIT atau kepentingan Melaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: Lot 609 Batu 3.5 Jalan Jemaluang Kg.Sri Pantai Mersing ______________________________ JOHOR Nama Penyelia Tarikh: __________________ Tarikh: ________________________
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan
dengan meyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ’ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah atau Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
√
KEBERKESANAN KAEDAH PETAK SIFIR DALAM PENGUASAAN FAKTA
ASAS DARAB DALAM MATEMATIK TAHUN 4: SATU KAJIAN DI
SEKOLAH KEBANGSAAN MERSING JOHOR.
MOHD. RASHIDI BIN MAT JALIL
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
( Pengurusan Pendidikan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
OKTOBER, 2008
ii
PENGESAHAN PENYELIA
Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
(Pengurusan Pendidikan)
Tandatangan : ………………………………………
Nama Penyelia : DR. ZAINUDIN BIN ABU BAKAR
Tarikh : 7 NOVEMBER 2008
iii
PENGAKUAN PENGKAJI
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan : ……………………………………
Nama Penulis : MOHD.RASHIDI BIN MAT JALIL
Tarikh : 7 NOVEMBER 2008
iv
DEDIKASI
Teristimewa buat
Isteri tercinta yang telah banyak berkorban dan bersabar
menghadapi kesulitan serta sentiasa memberi dorongan dan
sokongan yang tidak berbelah bagi.
Khusus untuk anakku,
Nur Illiani ,Mohammad Syafiq,Nur Iznani,Nur Izyanni dan Noor Izzatti.
Yang bakal meneruskan perjuangan memartabatkan agama dan bangsa
jangan kalian berundur walau selangkah pun maju dan terus maju
serta jadikan rintangan yang datang sebagai
penguat tekad untuk terus berjaya.
Semoga Allah sentiasa melimpahkan
rahmatnya kepada kalian.
Amin.
v
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia, izin
dan inayahnya diberikan kekuatan dan kesabaran untuk menyiapkan penulisan kajian
ilmiah ini dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Ucapan jutaan terima kasih ditujukan kepada Dr. Zainudin Bin Abu Bakar,
Penyelia Projek yang telah banyak memberi tunjuk ajar, bimbingan, nasihat, pandangan
dan teguran yang membina dalam usaha saya menyiapkan kertas projek penyelidikan
ini. Dedikasi dan ketabahan beliau memberikan semangat dan dorongan kepada saya
untuk menyiapkan penulisan projek ini walaupun melalui pelbagai cabaran.
Penghargaan turut dirakamkan kepada mereka yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan projek penyelidikan ini terutamanya
kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan UTM, rakan-rakan seperjuangan, guru-guru
di Sekolah Kebangsaan Felda Tenggaroh 01 dan Tenggaroh 02 Mersing Johor.
Akhir sekali sekalung budi diberikan kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung yang memberi bantuan dan komitmen padu dalam
menjayakan projek penyelidikan ini. Jasa baik dan pengorbanan kalian saya iringi
dengan jutaan terima kasih.
vi
ABSTRAK
Pendaraban atau operasi kira darab merupakan salah satu kemahiran asas
matematik. Kepentingan kemahiran ini ,sekiranya tidak dikuasai oleh para pelajar pada
peringkat sekolah rendah akan membantut penguasaan kemahiran-kemahiran matematik
pada peringkat yang lebih tinggi.Atas kesedaran ini satu kajian telah dibuat untuk
mengenal pasti perbezaan antara kaedah pengajaran fakta asas darab secara tradisional
berbanding dengan kaedah petak sifir. 50 orang pelajar tahun 4 diambil sebagai sampel
untuk menjalankan kajian ini. Sampel terdiri daripada dua kelas dan dua sekolah yang
berbedza,iaitu satu kelas dari Sekolah Kebangsaaan Felda Tenggaroh 01 dan satu kelas
dari Sekolah Kebangsaa Felda Tenggaroh 02 yang mempunyai taraf pencapaian yang
hampir sama.Pelajar ini dibahagikan kepada dua kumpulan,kumpulan A menggunakan
kaedah tradisional di dalam pengajarannya manakala kumpulan B pula menggunakan
kaedah petak sifir.Ujian pra dan ujian pos digunakan untuk melihat perbezaan
peningkatan antara dua kumpulan ini.Selepas kajian didapati peningkatan min markah
kaedah tradisional ialah 19.68%,manakala kaedah petak sifir pula ialah 42.96%.Secara
keseluruhannya kaedah petak sifir ini berkesan berbanding dengan kaedah tradisional.
Beberapa cadangan ada dibincangkan untuk tujuan kajian akan datang.
vii
ABSTRACT
The operation of multiply is one of the most important basic skill in
mathematics. If students do not have this basic skill in the lower standard this will effect
their learning of mathematics in the higher level. This research was conduated to
investegate the differences between the traditional approach and the multiply table
approach.50 year 4 student were involved in the study.They were student from two
different classes of two different school and labeled as group A and group B student.
Group A were tought by using traditional reading methods while group B were taught by
using multiply table approach.The pre and post test were given to both of the group to
record their improvement.Using traditional approach the margin of improvement is
19.68%,wheres by using the multiply table approach the margin of improvement is
42.96%.This shows that the used multiply is very effective. Several suggestion were
presented for futher reference. However the result of this research was not fully precise
that can deny the other better methods that may be can improve students of the lower
level skill in multiply operation.
viii
KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGESAHAN PENYELIA ii
PEGESAHAN PENGKAJI iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Rasional Kajian 9
1.7 Kepentingan Kajian 9
1.7.1 Pelajar 10
1.7.2 Guru 10
1.7.3 Sekolah 11
1.7.4 Panitia Matematik Daerah 11
ix
PERKARA MUKA SURAT
1.8 Batasan Kajian 11
1.9 Definisi Istilah 12
1.9.1 Keberkesanan 12
1.9.2 Kaedah Petak Sifir 13
1.9.3 Hasil Darab 13
1.9.4 Hasil Bahagi 13
1.9.5 Tahun 4 14
1.10 Penutup 14
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Teori Berkaitan 16
2.2.1 Teori Pembelajaran Resepi 16
2.2.2 Teori Pembelajaran Kognitif 17
2.3 Kajian Terdahulu 20
2.4 Penutup 26
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 27
3.2 Reka Bentuk Kajian 27
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 29
3.4 Instrumen Kajian 30
3.5 Prosedur Kajian 38
3.6 Analisis Data 39
3.7 Penutup 40
x
PERKARA MUKA SURAT
BAB 4
ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN
4.1 Pendahuluan 41
4.2 Analisis Inferensi 46
4.2.1 Analisis Ujian Pra Dan Ujian Pos 46
4.2.2 Analisis Ujian Pos 51
4.3 Analisa Markah Min 52
4.4 Analisis Deskriptif Kaedah Kuantitatif 53
4.5 Penutup 55
BAB 5
KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 56
5.2 Perbincangan 56
5.2.1 Perbincangan Penggunaan Petak Sifir Dalam Menyelesaikan Masalah Kira Darab
58
5.3 Perbincangan Analisis Deskriptif Kaedah Kuantitatif
59
5.4 Rumusan 61
5.5 Cadangan 61
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 63
5.7 Penutup 64
xi
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Peperiksaan Akhir Tahun Bagi
Subjek Matematik Tahun 4
6
1.2 Kaedah Petak Sifir 13
2.1 Sukatan Pelajaran Matematik(KBSR)
Tahun 4
19
3.1 Sampel Bagi Kajian Kes 30
4.1 Taburan Masa (Tahap Kemahiran)
Pelajar Membina Petak Sifir Pada
Minggu Pertama
42
4.2 Taburan Masa (Tahap Kemahiran)
Pelajar Membina Petak Sifir Pada
Minggu Kedua
43
4.3 Taburan Masa (Tahap Kemahiran)
Pelajar Membina Petak Sifir Pada
Minggu Ketiga
44
4.4 Taburan Masa (Tahap Kemahiran)
Pelajar Membina Petak Sifir Pada
Minggu Keempat
45
4.5 Keputusan Ujian Pra Dan Ujian Pos
(Kaedah Tradisional)
47
4.6 Taburan Markah Ujian Pra Dan Ujian
Pos (Kaedah Tradisional)
48
xii
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.7 Keputusan Ujian Pra Dan Ujian Pos
(Kaedah Petak Sifir)
49
4.8 Taburan Markah Ujian Pra Dan Ujian
Pos (Kaedah Petak Sifir)
50
4.9 Taburan Markah Ujian Pos Kaedah
Tradisional Dan Kaedah Petak Sifir
51
4.10 Markah Min Ujian Pos Kaedah
Tradisional Dan Kaedah Petak Sifir
52
4.11 Ukuran Kecenderungan Memusat
Ujian Pra Dan Pos Bagi Kaedah
Tradisional
53
4.12 Ukuran Kecenderungan Memusat
Bagi Ujian Pra Dan Pos Kaedah Petak
Sifir
54
4.13 Ukuran Kecenderungan Memusat
Ujian Pos Kaedah Tradisional Dan
Kaedah Petak Sifir
54
xiii
SENARAI RAJAH
NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.2 Teori pembelajaran Ausubel 17
3.1 Petak sifir kosong 31
3.2 Petak sifir dengan sifir 1 31
3.3 Petak sifir dengan sifir sembilan 31
3.4 Petak sifir dengan sifir sembilan 32
3.5 Petak sifir dengan sifir sembilan 32
3.6 Petak sifir dengan sifir 2 33
3.7 Petak sifir dengan sifir 3 33
3.8 Petak sifir yang lengkap 34
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Langkah-Langkah Pengisian Petak Sifir
B Jadual Catatan Masa Pengisian Petak Sifir
C Contoh Soalan Ujian Pra Dan Ujian Pos
D Contoh Pengisian Petak Sifir Oleh Pelajar Dan Contoh Jawapan Ujian Pra Dan Ujian Pos
E Surat Kebenaran EPRD
F Surat Kebenaran JPNJ
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Pendidikan di Malaysia merupakan satu pelaburan jangka panjang untuk
menyediakan tenaga mahir generasi yang akan menjawab cabaran masa akan datang.
Sebenarnya pendidikan dihubungkan dengan usaha berterusan dan melihat kedudukan
pada hari muka. Jika kita tidak bersedia untuk melengkapkan diri anak-anak kita
menghadapi masa depan mereka, maka sistem pendidikan kita akan menemui kegagalan.
Justeru itu pelbagai persediaan yang harus dibuat bagi menyediakan mereka
menghadapi masa depan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah-ubah
dalam sistem ekonomi baru dan dalam lapangan industri. Ini bermakna kita perlu
memberi pengajaran berkesan dalam bidang-bidang sains, teknologi, informatik yang
antara lain meliputi matematik dan komputer (Zaibedah, 2000).
Menurut Hamdan (2000), semestinya kita semua perlu akur bahawa penguasaan
dan kecemerlangan dalam matematik adalah prasyarat bagi negara kita mencapai
kemajuan khususnya dalam dunia yang mengarah kepada orientasi teknologi maklumat.
Generasi bijak matematik akan menjadi generasi penentu dalam arus pembangunan
negara. Melalui ilmu matematik pelbagai bidang ilmu lain dapat digarap dan
diterjemahkan untuk faedah semua.
2
Kepentingan ilmu matematik terus berkembang sejajar dengan perkembangan
tamadun manusia.Pada awal abad ke-20, apabila ilmu matematik diperkembangkan,
maka ahli falsafah dan pendidik telah memikirkan apakah jenis pendidikan matematik
yang terbaik dan bagaimanakah caranya pendidikan matematik ini dapat disampaikan
dengan sempurna. Usaha ini adalah untuk memberi kelebihan pengetahuan dan
kefahaman guru dalam strategi pengajaran matematik yang lebih berkesan.
Dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), matematik merupakan satu
mata pelajaran wajib dipelajari oleh setiap pelajar hinggalah ke peringkat tertinggi
(Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979). Dalam program yang memakan masa enam
tahun ini, pelajar dibimbing untuk mengembangkan kemahiran mengira melalui
pemikiran kuatitatif mengikut langkah yang logic (Nik Azis, 1992). Keadaan ini
menunjukkan setiap pelajar dikehendaki memahami konsep asas matematik seperti
fakta asas darab di samping menghayatinya dalam kehidupan seharian. Menurut
Saadiah (1994), proses pengajaran dan pembelajaran matematik pada asasnya
menekankan kepada keseimbangan antara pemahaman konsep dan penguasaan
kemahiran.
Penguasaan kemahiran fakta asas darab menjadi keutamaan yang penting
dikuasai oleh murid. Diperingkat sekolah rendah olahan kira tambah dan olahan kira
tolak dapat dikuasai dengan mudah. Fakta asas darab dan olahan kira bahagi
walaubagaimanapun sering mendatangkan masalah kepada murid. Wujudnya keadaan
yang tidak seimbang ini adalah berpunca daripada faktor-faktor persekitaran dan diri
pelajar itu sendiri. Factor-faktor ini akan mewujudkan pencapaian yang berbeza
mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing (Nik Azis, 1992).
Fenomena ini juga disedari oleh Wan Mohamad Saridan dan Liew Su Tim
(1992), iaitu matematik merupakan satu mata pelajaran yang dianggap sukar dan
membosankan oleh murid. Ini merupakan satu keadaan yang sering di jumpai oleh
setiap orang guru semasa mengajar matematik. Masalah dalam mata pelajaran
3
matematik serta bagaimana cara mengenal pasti masalah ini kurang mendapat perhatian
guru atau pihak lain. Ini kerana masalah matematik tidak cepat dikesan di dalam bilik
darjah berbanding dengan masalah bahasa. Sememangnya banyak terdapat kesilapan
dalam latihan, ujian ataupun kesukaran untuk murid memahami konsep bagi satu-satu
tajuk dalam matematik. Tetapi hal ini tidak diberikan perhatian yang wajar. Justeru itu
kesilapan yang berterusan dan terkumpul serta memperlihatkan kesukaran yang akan
dihadapi oleh murid dalam mempelajari mata pelajaran matematik.
Pembelajaran mengenai sesuatu topik matematik seperti fakta asas darab
biasanya bermula dari peringkat konkrit dan kemudiannya berkembang keperingkat
yang abstrak. Oleh itu dalam pengajaran matematik, baik melalui kuliah dan
perbincangan mahupun pembelajaran penemuan, penggunaan bahan konkrit dan bahan
bantu mengajar merupakan satu aspek yang amat penting.Menurut Piaget seorang
kanak-kanak pada peringkat umur 7 hingga 12 tahun berada dalam operasi konkrit.
Pada peringkat ini beberapa konsep matematik telah dapat di kuasai. Ini boleh
memahami secara mental konsep dan tindakan songsang, yakni mengikut satu konsep
melalui satu siri perubahan yang berlaku dari segi pengamatan. Namun
demikian,pembentukan dan pemahaman konsep masih bergantung kuat kepada objek
yang konkrit. Kanak-kanak perlu merujuk kepada objek-objek konkrit dan
mengendalikan objek itu semasa belajar matematik (Mok Soon Sang dan Siew Fook
Cheong, 1986).
Guru haruslah memilih satu kaedah yang sesuai dan kemudiannya menggunakan
dalam bilik darjah untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih
bermakna dan berkesan serta akan menjadikan pelajar lebih berminat untuk mengikuti
pembelajaran. Bahan atau alatan yang digunakan dalam pengajaran dapat membantu
guru membuat ilustrasi bagi sesuatu prinsip matematik atau membuat penekanan keatas
sesuatu idea tertentu. Bahan juga dapat membantu mereka memahami sesuatu konsep
matematik dengan lebih mudah, kukuh dan mendalam.
4
Aplikasi fakta asas kira darab juga amat penting dalam menyelesaikan masalah
lain di dalam matematik seperti tajuk pecahan, perpuluhan, ukuran jarak, matematik
harian, wang, timbangan, masa dan waktu. Lantaran itu, seharusnya semua murid di
sekolah rendah perlu menguasai matematik terutamanya fakta asas kira darab untuk
mereka mengaplikasikan kemahiran matematik dalam bidang ilmu yang lain.
1.2 Latar Belakang Masalah
Penguasaan pelajar sekolah rendah dalam subjek matematik adalah bergantung
kepada penguasaan pelajar terhadap operasi asas yang penting iaitu olahan kira tambah,
olahan kira tolak, olahan kira darab, dan olahan kira bahagi. Antara empat kemahiran
operasi asas ini, olahan kira darab dan olahan kira bahagi merupakan kemahiran yang
agak sukar untuk dikuasai oleh pelajar. Apa yang berlaku ramai pelajar tidak dapat
memahami dan menguasai kedua-dua olahan ini.
Matematik juga merupakan mata pelajaran yang sukar bagi sesetengah murid.
Kadang kala masalah kesukaran ini akan berterusan dan akan menyebabkan murid
menjadi bosan. Keadaan akan menjadi lebih buruk jika guru tidak mengambil tindakan
yang serius untuk mengatasinya. Menurut Mahathir Mohammad (Berita Harian, 1994):
“Guru yang mengajar matematik harus diwajibkan mempunyai pengentahuan
menyenainya. Dengan minat dan pengentahuan yang ada, barulah guru ini boleh
mengajar dengan berkesan pada muridnya. Mereka juga perlu dibekalkan dengan alat
mengajar yang terkini, canggih dan berkesan. Pendekatan pembelajaran perlulah
menyeronokkan dan tidak membosankan. Ia juga perlu dikaitkan dengan kehidupan
seharian, supaya ia mudah di fahami dan releven kepada diri individu.”
Seiring dengan saranan beliau, adalah lebih berkesan bagi murid-murid
mempelajari konsep matematik seperti fakta asas darab melalui pengalaman konkrit.
Oleh itu tugas guru ialah menyediakan berbagai-bagai situasi dan aktiviti menggunakan
5
alatan mengajar untuk membekalkan berbagai pengalaman konkrit kepada murid.
Pengajaran juga sepatutnya berpusatkan kepada murid dan murid yang akan
menjalankan aktiviti untuk menemui rumus, kesimpulan atau konsep matematik.
Fenomena di atas juga sememangnya diakui oleh Zolton salah seorang pengikut
Piaget dimana beliau telah mengembangkan teorinya sendiri iaitu beliau telah mencipta
alatan yang berstruktur yang dapat menolong pelajar mempelajari konsep-konsep
matematik yang abstrak dan kemahiran pengiraan secara mental.
Menurut Mohd. Noh (1991), penggunaan bahan bantu mengajar dalam suatu
pengajaran adalah merupakan sebahagian daripada kaedah dan idea-idea yang
disampaikan oleh guru kepada murid-muridnya. Walaupun apa kaedah yang digunakan,
bahan bantu mengajar perlu digunakan kerana ianya mempunyai banyak fungsi kepada
guru dan murid. Pendapat ini disokong oleh Rashidi dan Abdul Razak (1995), fungsi
utama kaedah mengajar adalah untuk memudahkan pemahaman isi pelajaran. Selain itu
kaedah dan bahan bantu mengajar dapat merangsang minat murid, juga akan memberi
perhatian dan tumpuan kepada guru serta dapat membantu guru menerangkan satu
konsep yang agak sukar diterangkan jika guru hanya menggunakan cara lisan sahaja.
Penggunaan sesuatu kaedah baru didalam pengajaran dan pembelajaran banyak
memberi kebaikan kepada guru dan murid tetapi jarang digunakan oleh guru-guru
kerana mereka sudah selesa dengan kaedah yang lama. Menurut Soadah (2000), masih
ramai guru yang menggunakan cara lama iaitu “Chalk and Talk” dalam pengajaran
mereka. Keengganan mereka ini menggunakan kaedah yang baru menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran kurang memuaskan dan membosankan murid.
Purdy (1975), menyatakan ramai pendidik yang hanya tahu sedikit sahaja
tentang teknologi dan kaedah pengajaran moden tetapi masih bersikap tidak ingin
menambahkan pengentahuan mereka. Keadaan ini menyebabkan guru kurang
mempunyai pemahaman tentang kaedah terkini, teknologi dan falsafah kaedah baru dan
kebaikannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Mereka bersikap tidak mahu
6
menggunakan kaedah baru kerana menganggap penggunaan kaedah baru adalah sesuatu
yang sukar dan menyusahkan.
Masalah yang timbul di tempat kajian ini dibuat, pelajar-pelajar di Tahun 4
masih lagi tidak dapat menguasai fakta asas darab. Kaedah tradisional yang digunakan
iaitu kaedah hafalan tidak banyak membantu pelajar untuk menghafal sifir terutama
kepada pelajar yang berada di tahap sederhana. Fakta ini di sokong oleh Jadual 1 di
bawah yang menunjukkan pencapaian matematik di dalam peperiksaan akhir tahun bagi
Tahun 4 untuk tiga tahun berturut-turut.
Jadual 1.1: Peperiksaan akhir tahun bagi subjek matematik Tahun 4
Tahun Bil
calon
Gred A Gred B Gred C % Lulus
Bil % Bil % Bil % Bil %
2005 29 0 0.0 2 6.90 9 31.03 11 37.93
2006 27 0 0.0 5 18.52 7 25.93 12 44.44
2007 25 0 0.0 4 16.00 8 32.00 12 48.00
1.3 Penyataan Masalah
Permasalahan di atas menggambarkan perlunya satu kajian dilakukan. Oleh itu
kajian ini dilakukan untuk melihat tentang permasalahan matematik pelajar dalam
operasi fakta asas darab. Permasalahan pembelajaran matematik sudah bermula sejak
diperingakt awal persekolahan lagi. Masalah ini sudah mula wujud di Tahun 4 lagi.
7
Justeru, satu kajian atau penyelidikan perlu dilakukan diperingkat yang lebih rendah
iaitu di sekolah kebangsaan lagi.
Fokus utama kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan kaedah pengajaran
fakta asas darab berasaskan kepada pengajaran tradisional dibandingkan dengan kaedah
petak sifir. Ini adalah kerana fakta asas kira darab dan kemahirannya sangat penting
sebagai asas pembelajaran matematik, tambahan pula pada masa ini pelajar sudah dapat
menguasai asas kira tambah dan asas kira tolak.
Kelemahan dan pencapaian prestasi rendah subjek matematik di kalangan
pelajar sekolah rendah bermula dalam kelemahan di dalam penguasaan fakta asas
matematik seperti fakta asas kira tambah, kira tolak dan kira darab. Ini akan
menimbulkan perasaan tidak berminat mereka terhadap subjek tersebut. Persoalan
timbul apabila hal ini berlaku dan banyak faktor penyebab yang masih belum diterokai
sepenuhnya oleh para pendidik di Malaysia.
Kita tidak boleh meletakkan kekerapan kesilapan dan kesalahan mengira semasa
membuat olahan kira darab sebagai punca kekecewaan pelajar yang menerbitkan sikap
acuh tak acuh mereka terhadap subjek ini. Hakikatnya pelajar-pelajar menghadapi
kesukaran bila mereka menyelesaikan masalah kira darab dan bahagi terutama pada
nombor-nombor yang besar seperti nombor tiga digit dan empat digit, lebih-lebih lagi
yang melibatkan pendaraban dengan mengumpul semula.
Penghayatan atau kaedah baru yang lebih selesa perlu diperkenalkan bagi
menggantikan kaedah tradisi yang sudah lama diamalkan tetapi kurang
keberkesanannya. Antara kaedah tradisi yang diamalkan adalah kaedah penyoalan sifir,
kaedah induksi, kaedah eksposisi dan kaedah dengan menggunakan jari. Di sini
penyelidik akan mencuba kaedah petak sifir di dalam memahirkan fakta asas darab yang
mempunyai beberapa ciri yang menarik:
8
i. Kemahiran mengisi petak sifir secara spontan fakta asas darab iaitu sifir 1
hingga 9.
ii. Kemahiran psikomotor iaitu kebolehan melukis petak-petak sifir dan
menulis sendiri sifir-sifir 1 hingga 9 di petak berkenaan.
iii. Menambah dan mempertingkatkan minat, keseronokkan dan motivasi belajar
matematik kerana murid dapat memahami dan membina sendiri sifir yang
akan digunakan nanti.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini mempunyai beberapa objektif untuk di capai seperti berikut:
1.4.1 Mengenalpasti tahap kemahiran penguasaan fakta asas darab pelajar.
1.4.2 Mengenalpasti keberkesanan kaedah petak sifir dalam menyelesaikan
masalah kira darab dan bahagi pelajar.
1.4.3 Mengenalpasti perbezaan kaedah petak sifir dengan kaedah tradisional
dalam kemahiran menyelesaikan masalah kira darab dan bahagi pelajar.
1.5 Persoalan Kajian
Bagi memudahkan kajian dijalankan beberapa persoalan kajian telah dibina
seperti berikut:
1.5.1 Apakah tahap kemahiran penguasaan fakta asas darab pelajar?
9
1.5.2 Apakah tahap keberkesanan kaedah petak sifir dalam menyelesaikan
masalah kira darab dan bahagai pelajar?
1.5.3 Adakah terdapat perbezaan antara kaedah petak sifir dengan kaedah
tradisional dalam kemahiran menyelesaikan masalah kira darab dan
bahagi pelajar?
1.6 Rasional Kajian
Kaedah yang akan digunakan dalam kajian ini adalah berasaskan kepada
kemahiran kira tambah yang berulang-ulang. Kemahiran ini sudah dikuasai oleh pelajar
di Tahun 4. Kaedah tersebut adalah kaedah petak sifir, di mana pelajar perlu
memenuhkan petak sifir ini dari 1 hingga 9 dengan menggunakan kira tambah berulang-
berulang.
Daripada latihan-latihan yang diberi dan ujian-ujian bulanan di dapati, pelajar
Tahun 4 sering gagal dan melakukan kesilapan di dalam menyelesaikan masalah kira
darab adalah kerana pelajar tidak menghafal sifir 1 hingga 9. Lantaran itu, ada baiknya
pengkaji memperkenalkan dan menguji keberkesanan kaedah petak sifir ini. Kaedah ini
akan diperkenalkan dan diajar kepada pelajar terlebih dahulu sebelum diberikan ujian
tertentu.
1.7 Kepentingan Kajian
Matematik merupakan suatu matapelajaran yang amat penting dan berguna di
dalam kehidupan seharian pada hari ini. Samada seseorang pelajar itu berjaya ataupun
Recommended