View
245
Download
0
Category
Preview:
DESCRIPTION
Edisi Khas sempena Roadshow Palestin: Searching for Solahuddin
Citation preview
Kenapa Palestine? ( bahagian kedua )
Kenapa umat Islam memusuhi Yahudi?
Sesungguhnya kita tidak memusuhi atau memerangi mereka kerana semata-mata mereka berbangsa atau
beragama Yahudi. Sejarah peradaban kemusiaan yang panjang telah membuktikan keadilan Islam kepada
semua umat manusia termasuk Yahudi dan bangsa-bangsa serta agama yang lain. Mereka pernah hidup
bersama orang-orang Islam di dalam tempoh yang berabad-abad lamanya dengan menikmati perlindungan
dan keadilan daripada pemerintah Islam. Namun mereka kerap diusir oleh semua bangsa di dunia dise-
babkan kejahatan dan makar yang menjiwai kehidupan mereka seperti yang pernah berlaku di Rusia,
Sepanyol, Jerman dan lain-lainnya. (...bersambung di dalam…)
Sister’s Iron Chef Competition
MENARIK DI DALAM;
KENAPA PALES
TINE???
Bahagian ke-2
Apakah Kempen 5?
JR imam Islamic medical association of Malaysia journal
EDISI KHAS
KELUARAN KEDUA
Kenapa Palestine?
Namun umat Islam kini tidak punyai pilihan dalam
berhadapan dengan kezaliman, keganasan dan
kerakusan Yahudi Zionis hari ini yang bertindak
menjajah bumi Palestin, mengusir penduduk asal-
nya yang sah, menodai kesucian tempat-tempat
yang mulia, melakukan pembunuhan dan
penderaan serta ribuan tindakan yang bersifat
kebinatangan oleh bangsa yang sombong ini. Oleh
itu, umat Islam mesti bangkit berjuang dan mem-
pertahankan hak-hak asasi mereka daripada di-
baham dan diperkosa oleh Zionis Israel ini.
Tidakkah Islam agama yang mengajar kepada
perdamaian?
Sesungguhnya Islam mengajar umatnya untuk
berbuat baik terhadap orang-orang bukan Islam
sebagaimana perkara ini telah dinukil banyak kali
di dalam al Quran dan juga hadith Rasulullah saw.
Namun isu perjuangan pembebasan Palestin se-
benarnya mempunyai dimensi yang lebih luas. Is
adalah pertarungan bersejarah antara umat Mu-
hamad dan kaum Yahudi. Mereka pernah cuba
membunuh Rasululah saw beberapa kali dengan
menjatuhkan batu besar ke atas baginda dan
cubaan untuk meracuni makanan yang dihidangkan
kepada baginda. Mereka juga pernah bersekutu
dengan orang-orang musyrikin untuk memerangi
Rasulullah di dalam peperangan Khandaq.
Selepas itu mereka melakukan berbagai konspi-
rasi untuk menjatuhkan Khilafah Islamiah dan
memecah-belahkan umat Islam di dalam sejarah
peradaban dunia yang panjang.
Di Palestin sendiri, mereka telah menjajah den-
gan menduduki lebih daripada 90 peratus tanah
milik umat Islam. Lebih daripada 6.45 juta dari-
pada 9.6 juta rakyat Palestin menjadi pelarian
yang merempat di negara-negara jiran dan juga di
negara mereka sendiri. Perjanjian damai demi
perjanjian damai dilakukan tetapi Yahudi Zionis
terus melakukan penjajahan demi penjajahan,
penangkapan dan penderaan, penindasan dan pem-
bunuhan terhadap rakyat Palestin yang tidak
berdosa.
Bagaimanakah dengan nasib malang mereka yang
telah berlarutan untuk sekian lama ini? Adakah
wajar umat yang dizalimi ini memohon dan me-
nagih perdamaian daripada penjajah yang som-
bong lagi bongkak di dalam konflik yang tertua di
dunia ini?
Bukankah orang-orang Arab sepatutnya
menolong mereka?
Isu Palestin bukanlah sekadar isu rakyat Palestin
atau orang-orang Arab sahaja. Namun isu ini
adalah permasalahan sejagat umat Islam. Rasulul-
lah s.a.w. sendiri yang telah mengatur strategi
untuk pembukaan Palestin bukanlah sekadar seo-
rang rasul untuk orang-orang Arab sahaja bahkan
untuk umat manusia di seluruh dunia.
Masjid Al Aqsa adalah merupakan kiblat pertama
kepada seluruh umat Islam dan tidaklah dik-
hususkan untuk bangsa Arab semata-mata. Mas-
jid yang merupakan destinasi Isra dan Mi’raj
Rasulullah kini berada di dalam keadaan yang
bahaya disebabkan rancangan jahat Yahudi Zi-
onis.
Palestin yang pernah dijajah selama 88 tahun di
antara 1099 sehingga 1187M oleh tentera salib
yang zalim telah bermandian darah apabila lebih
60 ribu umat Islam di Palestin telah dibunuh
dengan kejam oleh mereka semasa penjajahan
tersebut. Namun maruah umat telah dikem-
balikan semula oleh generasi pejuang di bawah
pimpinan Solahuddin Al Ayyubi. Perjuangan be-
liau, yang berketurunan Kurdi ini juga menunjuk-
kan bahawa perjuangan untuk mengembalikan
maruah umat terutamanya di Palestin bukanlah
sekadar tugas dan tanggungjawab orang-orang
Arab sahaja bahkan ini adalah isu sejagat buat
umat Islam di seluruh dunia.
(...Part 2 of 3…)
Apakah Kempen 5 ?
Bersempena Roadshow Palestine: Searching for
Salahuddin, Kempen 5 untuk palestine dilancarkan
selama sebulan dalam usaha mengajak masyarakt
di Eropah terutamanya dari kalangan warga
Malaysia untuk turut sama menghayati keperitan
warga Palestin.
5 prinsip dalam kempen ini termasuklah:
1 - Tingkatkan kesedaran dan kefahaman
tentang pembebasan Al-Quds yang diberkahi.
2 - Hulurkan bantuan.
Sekurang-kurangnya 5 Euro sebulan.
3 - Boikot barangan dan syarikat Zionist.
Sebarkan artikel dan kebaikan boikot.
4 - Sebarkan maklumat kepada rakan.
5 - Tingkatkan berdoa.
Jalankan Qiyamulail dan sebarkan doa Qunut Na-
zilah di kalangan kawan-kawan!
Sebagai langkah praktikal, warga Ireland digalak-
kan untuk menderma sekurang-kurangnya 5 Euro
untuk kutipan sepanjang Kempen 5 untuk Palestin
ini
Untuk maklumat lanjut?
Lawati Website: http://sos2011.ismaeropah.com/
Ayuh warga Ireland, Lets FIVE!!
St Stephen Green, 26 march 2011- Bertemakan Demimu
Palestin, seramai 25 orang pelajar perempuan telah
berkumpul di sini untuk bersama-sama memeriahkan
pertandingan Iron chef anjuran ISMA Ireland dengan
kerjasama IMAM Ireland.
Pertandingan ini merupakan salah satu daripada aktiviti-
aktiviti yang di jalankan bersempena kempen ‘5 for Pales-
tin!’ yang dilaksanakan bermula 18 Mac lalu sehingga 8
April nanti. Pertandingan yang bertujuan bagi mengutip
sumbangan untuk Palestin ini bermula pada pukul 2.00
petang dan di meriahkan dengan pelbagai aktiviti sepan-
jang majlis berlangsung. Antaranya penghakiman masa-
kan, jualan lelongan amal, dan permainan telefon buruk.
Sebanyak 5 buah rumah telah mengambil bahagian dalam
pertandingan Iron Chef yang mana kesemuanya telah
berjaya menghasilkan masakan yang sangat menarik dan
menyelerakan. Pertandingan memasak ini mempunyai
keunikannya tersendiri iaitu setiap rumah perlu mengundi
terlebih dahulu 5 bahan yang akan di gunakan dalam
masakan masing-masing yang mana salah satunya meru-
pakan bahan utama iaitu samada beras, tepung dan roti.
Manakala 4 bahan lain adalah daripada senarai ini; cili
padi, madu, keju, pisang, santan, cendawan, oat/bijirin,
telur, kentang, susu, sos, ayam, bawang dan lobak. Kelima-
lima bahan yang telah diundi ini wajib digunakan sepe-
nuhnya dalam masakan dan markah akan dipotong jika
menggunakan bahan tambahan selain yang telah diundi
kecuali minyak, gula, garam dan serbuk perasa. Peserta
juga perlu menghasilkan satu hidangan utama serta satu
hidangan pencuci mulut daripada bahan-bahan tersebut.
Antara senarai bahan yang menarik yang telah di perolehi
oleh salah satu kumpulan ini ialah beras, santan, pisang,
cili padi, dan keju. Pada awalnya, rata-rata peserta men-
yatakan agak mustahil untuk menghasilkan satu masakan
daripada bahan-bahan yang telah mereka perolehi sehing-
gakan ada yang terpaksa menarik diri di saat-saat akhir.
Namun, pada hari pertandingan tersebut 5 buah rumah
telah berjaya mempersembahkan hasil kreativiti masakan
mereka kepada para juri dan hadirin yang hadir. Ternyata
dengan bahan yang sangat terhad, peserta-peserta
mampu menghasilkan hidangan-hidangan yang begitu
menyelerakan dan mengagumkan.
Seterusnya, diadakan jualan lelongan amal bagi menam-
bahkan lagi kutipan sumbangan pada hari tersebut.
Antara barang-barang yang di lelong adalah sebuah buku
berkisar pengalaman seorang wanita Australia dalam misi
kemanusiaannya ke Palestin, baju-baju Amal Wafa’, per-
fume, kek tiramisu dan kek walnut brownies. Suasana
menjadi gamat kerana masing-masing berlumba mem’bid-
ding’ untuk memiliki barang-barang yang di lelong. Hasil
kutipan akan diserahkan sepenuhnya kepada tabung Aman
Palestin.
Bagi memeriahkan lagi majlis, game telefon buruk yang di
kendalikan oleh saudari Thaqifah turut diadakan . Setiap
kumpulan bertanding untuk memastikan mesej yang
disampaikan daripada ahli kumpulan yang pertama Ber-
jaya disampaikan dengan sempurna sehinggalah kepada
ahli kumpulan yang terakhir . Ternyata, mesej yang sam-
pai kepada ahli kumpulan yang terakhir berbeza sama
sekali dengan mesej asal . Antara pengajaran yang cuba
diterapkan melalui permainan ini adalah mengenai ke-
pentingan untuk memastikan kesahihan sesuatu maklumat
yang diperolehi dengan memperbanyakkan sumber-
sumber maklumat itu sendiri.
Majlis diakhiri dengan ucapan penutup oleh timbalan
pengarah S.O.S Ireland, saudari Nor Azimah yang mewar
-warkan mengenai kempen 5 for palestin! dan mengajak
untuk bersama-sama membantu dalam menyumbang
kepada saudara-saudara kita di Palestin.
Majlis tamat pada pukul 4.30 petang dan pemenang per-
tandingan Iron chef akan diumumkan pada majlis kemun-
cak Road show palestin ini nanti iaitu pada 8 April 2011 di
Malaysian Hall. Jutaan terima kasih diucapkan kepada
semua yang terlibat, semoga dengan usaha yang tidak
seberapa ini mampu membantu sedikit sebanyak merin-
gankan bebanan mereka di Palestin sana.
Pertandingan ‘Iron Chef ‘Sisters
Mencungkil Kreativiti dan Bakat Memasak
Recommended