View
13
Download
0
Category
Preview:
DESCRIPTION
ref
Citation preview
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Minggu Pertama : 23 Julai 2012
Hari ini merupakan minggu pertama saya memulakan latihan mengajar untuk
fasa pertama. Saya berasa gementar dan sedikit takut. Awal pagi lagi, seawal 5.30 pagi
saya dan beberapa orang rakan saya telah menunggu rakan yang berkenderaan di
hadapan asrama. Perhimpunan belum bermula sewaktu kami sampai di Sekolah
Kebangsaan Poring- Poring, Inanam, Sabah. Kami berjumpa dengan guru besar
Sekolah Kebangsaan Poring- Poring, Inanam. Semasa perhimpunan bermula, kami
telah diperkenalkan di hadapan murid dan memperkenalkan diri masing-masing.
Semasa perhimpunan tersebut berlangsung, saya kagum dengan pengurusan
perhimpunan yang dikendalikan sendiri oleh murid sekolah itu. Saya membuat
kesimpulan awal bahawa sekolah ini mementingkan sikap berdikari dalam kalangan
murid-muridnya. Setelah perhimpunan selesai, kami dibawa oleh guru besar ke
pejabatnya untuk melapor diri dan berbincang tentang beberapa perkara. Semasa
perbincangan itu, guru besar memaklumkan kepada kami bahawa terdapat beberapa
masalah berkenaan jumlah waktu pengajaran PJ yang seharusnya diberikan kepada
kami.
Sekolah Kebangsaan Poring- Poring hanya mempunyai lapan waktu sahaja.
Oleh itu, kami hanya dapat memberikan waktu tersebut kepada kami dan rakan dari
sepraktikum dari opsyen Bahasa Melayu terpaksa berkongsi jadual waktu dengan saya.
Jumlah jadual waktu tidak mencukupi ini disebabkan oleh saiz sekolah yang kecil dan
bilangan kelas yang terhad. Kemudian Guru besar menyuruh kami pergi ke bilik guru
untuk bergaul dengan guru-guru yang lain. Saya senang bergaul dengan guru-guru
sekolah ini, mereka peramah dan senang untuk berkongsi pengalaman dan ini
membuatkan kami semakin menyukai sekolah ini. Pada minggu pertama, kami tidak
mula mengajar bagi menyesuaikan diri dengan sekolah.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Minggu kedua : 30 Julai 2012
Hari ini merupakan hari minggu kedua pertama saya dipindahkan ke SK Titingan.
Saya sedikit gementar kerana saya tidak tahu lagi bagaimana suasana kerja dan
pembelajaran di sekolah tersebut. Saya dan dua rakan saya iaitu Moh Faizul dan Tan
Yen Ping tiba di sekolah tersebut pada pukul 6.35 pagi. Rakan-rakan saya membantu
saya melapor diri dan kami bertiga telah berjumpa dengan guru besar, penolong kanan
dan guru pebimbing rakan saya iaitu Cikgu Norsiah. Saya tidak dapat menemui guru
pembimbing saya kerana beliau sedikit sibuk menguruskan ujian bulanan yang
diadakan bermula pada hari tersebut. Saya diberikan jadual menjaga ujian bulanan oleh
Cikgu Norsiah. Saya bertugas menjaga kelas 5 D dan 5 E. Ini merupakan pengalaman
pertama saya menjaga ujian dan banyak perkara yang telah saya pelajari daripada
pengalaman ini. Saya selesai menjaga ujian pada pukul 11.50 pagi dan rupanya
menjaga ujian adalah perkara yang meletihkan. Kami bertiga berehat di bilik guru
sementara menunggu sesi persekolahan tamat. Di samping itu, saya sempat menemui
Cikgu Anita dan memperkenalkan diri saya syaa kepada beliau. Setelah sesi
persekolahan tamat, Cikgu Norsiah membuat sedikit perbincangan bersama kami
berkenaan dengan jadual waktu dan maklumat yang kami perlukan semasa menjalani
latihan mengajar kami.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
26 JULAI 2007
Kami tiba di sekolah pada pukul 6.35 pagi. Hari ini kami bertiga masing-masing
mempunyai jadual menjaga ujian yang ketat ( 7.00 pagi – 11.50 pagi ). Walaupun
begitu,saya melihat perkara ini sebagai satu cabaran untuk saya dan juga boleh
memberikan pengalaman yang berguna kepada saya. Setelah sesi persekolahan
tamat, Cikgu Norsiah membuat sedikit perbincangan bersama kami berkenaan dengan
jadual bertugas dan maklumat yang telah kami minta berkenaan dengan sekolah
tesebut.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
27 JULAI 2007
Kami tiba di sekolah pada pukul 6.35 pagi. Saya dan rakan saya Mohd Faizul
tidak mempunyai kelas hari ini. Oleh itu, kami diminta oleh Cikgu Salim untuk
menggantikan kelas yang ketiadaan guru. Kami masuk secara bergu ke kelas yang
diganti oleh kami. Kami diminta untuk menggantikan kelas tahun 6 B. Kami telah
membuat ulangkaji ke atas kerja yang telah diberikan oleh guru mereka. apa yang
dapat saya perhatikan, murid-murid tahun 6 B ini telah berjaya menguasai segala
kemahiran Matematik yang sepatutnya mereka kuasai Cuma ada tinggal beberapa
orang sahaja yang masih tidak menyiapkan kerja yang telah diberikan oleh gurur
mereka. setelah itu, kami menggantikan kelas 4 A yang ketiadaan guru. Murid-murid 4
A agak nakal berbanding beberapa kelas yang telah saya masuki, ini mungkin kerana
faktor mereka merupakan kelas terpilih dan timbul riak di kalangan mereka. saya
gembira apabila kedua-dua kami berjaya untuk mengawal kelas tersebut dengan
pendekatan masing-masing. Kami mengajarken lagu ’ Buckhet ’ kepada mereka dan
nampaknya mereka berminat dan mula untuk bekerjasama dengan kami. Saya sempat
untuk memberitahu mereka bahawa saya yang akan mengambilalih subjek PJ mereka
dan saya telah memesan kepada mereka untuk membawa buku teks Pj pada minggu
hadapan. Setelah selesai menggantikan kelas, saya dan Faizul meninjau stor PjK yang
terletak di sebelah bilik guru dan kami telah mempam beberapa biji bola jaring dan bola
keranjang yang ada di stor tersebut. Kami juga telah mengadakan perbincangan
bersama Cikgu Norsiah berkenaan fail yang perlu kami hantar pada esok hari. Kami
sempat untuk berbual-bual bersama Cikgu Salim. Apa yang saya dapat perhatikan,
Cikgu Salim merupakan seorang yang dedikasi kepada kerja beliau dan apa yang
paling saya kagumi beliau dapat menyuntik semangat baru dalam diri saya untuk
berjuang dalam profesion ini demi anak bangsa saya sendiri.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
28 JULAI 2007
Hari ini adalah minggu terakhir sekolah titingan menggantikan cuti hari raya. Hari
ini saya tidak mempunyai sebarang kelas oleh itu saya cuma menemankan faizul untuk
menggantikan kelas. Kami berkesempatan untuk meninjau bilik Panatia PJK bersama-
sama dengan KP PJK iautu Cikgu Norsiah sendiri. Pada hari ini, murid-murid diberikan
kebenaran untuk balik seawal 10.00 pagi. Ini kerana semua guru termasuklah kami
bertiga mengadakan gotong royong membuat inventori untuk peralatan dan perabot-
perabot sekolah. Kami dimasukkan ke bahagian kerusi dan meja. Ini merupakan
peluang yang amat baik untuk kami bertiga kerana dengan cara ini dapatlah kami
bergaul dengan baik dengan beberapa orang guru yang sekumpulan dengan kami.
Apa yang dapat saya simpulkan adalah guru-guru di sekolah ini memang peramah dan
mudah untuk dibawa berkomunikasi.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Minggu kedua : 30 Julai 2012
Kami tiba seperti biasa ke sekolah. Hari ini merupakan hari pertama saya akan
memasuki kelas untuk mengajar. Perhimpunan diadakan seperti biasa dan kali ini ia
dipengerusikan oleh Cikgu Halimah selaku guru bertugas minggu ini. Setelah
perhimpunan selesai, saya pun terus pergi ke kelas tahun 2 untuk mengajar Pendidikan
Kesihatan.
Saya sedikit gementar pada mulanya kerana kelas ini merupakan kelas yang
paling nakal yang pernah saya masuk. Namun tetapi tanggapan saya meleset apabila
semua murid berkelakuan baik dan tidak bising dan menumpukan sepenuh perhatian
kepada saya. Ini mungkin terjadi kerana saya telah memberi amaran kepada mereka
miggu lepas. Saya berpuas dengan kelas ini kerana objektif saya tercapai begitu juga
dengan kawalan kelas yang senang dikawal dan dapat mewujudkan suasana tanpa
tekanan di dalam kelas ini.
Namun tetapi, saya sedikit gementar apabila salah seorang daripada murid saya
tiba-tiba termuntah di dalam kelas tersebut. Tanpa membuang masa, saya
mengarahkan pengawas untuk menghantar murid tersebut ke bilik guru untuk berehat.
Setelah kelas tersebut selesai, saya pun berada di bilik guru. Kelas yang kedua saya
masuki ialah kelas tahun lima. Tangapan permulaan saya untuk kelas ini adalah
mereka senang dikawal seperti kelas 4A kerana saya telah beberapa kali memasuki
kelas ini. Namun sekali lagi tanggapan saya meleset apabila mereka berkelakuan
sebaliknya. Mereka melawan kata-kata saya kerana mereka ingin turun ke padang
walaupun saya menegaskan kepada mereka kenapa saya mahu membuat teori di kelas
sahaja. Namun tetapi, saya dapat mengawal kelas tersebut dan objektif pengajaran
saya pada masa itu juga adalah tercapai. Sebelum sesi persekolahan tamat, kami
bertiga sempat membuat sedikit perbincangan bersama dengan Cikgu Norsiah.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
31 JULAI 2007
Kami tiba seperti biasa di sekolah. Semasa aktiviti Semai berjalan, saya
membantu Faizul untuk menyusun peralatan untuk P&P PJ beliau. Kami berdua
dipanggil oleh Guru Besar dan ditegur supaya jangan menggunakan padang kerana
padang lecak dan beliau memberikan kebenaran untuk menggunakan tapak
perhimpunan untuk dijadikan tempat untuk membuat aktiviti PJ. Kemudian saya
membantu Faizul mengemas kembali peralatan dan bertukar tempat dan kemudian
saya juga membantu Faizul mengambil gambar semasa P&P beliau. Kelas yang saya
masuk hari ini adalah kelas 4A. Saya sedikit geram apabila murid-murid la;mbat turun
ke bawah dan sedikit menganggu rancangan pengajaran saya. Namun tetapi saya
berjaya untuk mencapai objektif pengajaran saya. Saya begitu puas hati apabila melihat
mereka seronok melakukan aktiviti `Chicken Dance`. Selepas sahaja habis kelas, En
Irwan datang untuk membuat Pra Penilaian ke atas saya. Kami bertiga dan juga En
Irwan menjalankan perbincangan di Pusat Sumber. Antara perkara yang dibincangkan
adalah proses P&P, tentang regangan dan permainan kecil dan juga beberapa masalah
lain. Selepas selesai,En Irwan pun berangkat balik dan memberitahu saya bahawa
beliau akan datang menilai pada hari Khamis. Selepas itu, sedikit perbincangan
diadakan dengan Cikgu Norsiah sebelum sesi persekolahan tamat.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
1 OGOS 2007
Hari ini kami tiba seperti biasa di sekolah. Hari ini saya membantu rakan yang
lain untuk mengeluarkan peralatan untuk kegunaan P&P kami. Pada pukul 8 pagi saya
membuat sesi P&P PJ 5E di kawasan lapang berdekatan dengan makmal komputer.
Saya dapat mengawal kelas ini walaupun terdapat satu dua orang yang sukar untuk
dikawal di dalam kelas ini. Saya agak berpuas hati kerana objektif pengajaran saya
dapat dicapai. Kami selepas itu pergi memasang kain baldu untuk dijadikan sebagai
alas untuk projek papan kenyataan Panatia PJK yang telah diserahkan kepada kami
bertiga. Saya sempat menemui Cikgu Anita untuk berbincang mengenai penilaian yang
akan dibuat oleh En Irwan pada esok hari. Saya kemudiannya masuk lagi ke kelas 5E
untuk mengajar teori. Apa yang dapat saya lihat, kelas 5E lebih mudah dikawal dan
lebih mudah untuk dibawa berkomunikasi berbanding dengan kelas 5D. Semasa kelas
ini, saya sempat bertanya beberapa soalan tentang apa yang saya ajar semasa sesi
amali dan rata-rata mereka dapat menjawab kesemua soalan yang saya berikan dan itu
amat memuaskan hati saya. Selepas kelas berakhir, saya dan rakan-rakan hanya
berada di bilik guru sehingga sesi persekolahan tamat.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
2 OGOS 2007
Hari ini kami tiba seperti biasa ke sekolah. Hari ini saya sedikit gelisah kerana
akan dinilai oleh En Irwan. Namun tetapi, penilaian tersebut dibatalkan oleh sebab-
sebab yang tidak dapat dielakkan. Saya berasa lega sedikit tetapi kecewa juga
keranasaya telah menyiapkan semua BBM untuk digunakan pada hari tersebut. Tetapi
kemudian kami dikejutkan dengan ketibaan En Khairuddin secara tiba-tiba dan kami
terus membantu Faizul untuk menyediakan peralatan untuk dinilai oleh En Khairuddin.
Saya kemudian menjalankan aktiviti PJ dengan kelas 4E di tapak perhimpunan. Saya
agak gementar kerana hari ini saya akan mengajar mengenai hoki. Dalam sesi P&P
saya, saya kerap kali mengingatkan murid-murid mengenai aspek keselamatan. Namun
tetapi, ketika aktiviti cooling down salah seorang daripada murid saya mengadu sakit
kaki dan saya menyuruh beliau berehat. Setelah selesai membuat rumusan, saya
segera mendapatkan murid tersebut. Pada mulanya saya menyangka ia hanyalah
kecederaan biasa tetapi selepas saya menilai keadaan murid tersebut saya mengesyaki
tulang lutut beliau mengalami terkehel ( dislocation ). Saya segera mendapatkan Cikgu
Norsiah yang kebetulan waktu itu memasang bendera di tapak perhimpunan tersebut.
Cikgu Norsiah menenagkan murid tersebut. Saya sempat bertanya kepada murid
tersebut tentang kecederaan itu. Pada mulanya beliau seakan takut untuk memberitahu
perkara sebenar, namun saya berjaya untuk memujuknya memberitahu perkara
sebenar yang murid memang pernah dibawa ke hospital kerana masalah lutut. Saya
berasa kecewa kerana saya telah pun bertanya kepada semua murid saya sebelum
aktiviti berjalan bahawa sesiapa yang emmpunyai masalah kesihatan dan sakit untuk
tampil ke hadapan. Namun malangnya, murid yang tercedera itu bukanlah salah
seorang daripada mereka yang mengaku mempunyai masalah kesihatan. Saya
gementar kerana ini adalah pertama kali saya mengalami situasi seperti ini namun
Cikgu Norsiah menasihatkan saya supaya tidak patah semangat dan
mengangapperkara ini sebagai cabaran kerana perkara ini bukan berpunca daripada
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
kesilapan saya. Setelah menyelesaikan hal murid tersebut, saya dan rakan yang lain
membantu Cikgu Norsiah memasang bendera untuk tapak perhimpunan untuk
kegunaan aktiviti PJ. Sedikit perbincangan berkenaan kecederaan yang pernah berlaku
di sekolah itu dibualkan oleh kami sehinggalah sesi persekolahan tamat.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
3 OGOS 2007
Setibanya kami di sekolah , kami terus membantu Tan yang akan dinilai oleh
guru pembimbing beliau. Saya bertemu dengan Cikgu Anita untuk memberitahu tentang
kejadian murid tercedera tersebut. Saya berasa tidak senang hati, saya pun pergi
mencari murid tersebut di kelas. Dan agak memeranjatkan saya sewaktu saya bertanya
di manakah murid tersebut, kelihatan beliau sedang berlari-larian menaiki tangga. Saya
geram kerana tidak sepatutnya murid itu berlari-lari kerana baliau baru kelmarin
tercedera dan tidak mungkin otot beliau telah pulih. Saya pun pergi mendapatkan murid
tersebut dan bertanya mengenai lutut beliau. Memang betul, lutut beliau mengalami
terkehel ( dislocation ) dan telah dirawat oleh doktor petang kelmarin. Saya
menasihatkan beliau supaya tidak melakukan aktiviti yang berat dan saya melarang
beliau untuk berlari-lari kerana khuatir lutut beliau akan terkehel sekali lagi. Saya juga
menasihatkan beliau untuk memberitahu guru tentang kecedeaan yang beliau alami
terutamanya semasa waktu PJ. Setelah menemui murid tersebut, saya dan rakan-rakan
pun pergi menyambung kerja-kerja projek papan kenyataan kami yang belum siap.
Kami selepas itu mengadakan perbincangan bersama Cikgu Norsiah dan membantu
beberapa orang guru untuk memasukkan markah ujian minggu lepas ke dalam
komputer. Saya juga telah mendapat jadual baru daripada Cikgu Salim dan saya
berharap dengan pertukaran jadual ini saya tidak akan menghadapi masalah pemilihan
kelas untuk penilaian lagi. Saya amat berterima kasih terhadap Cikgu Salim kerana bagi
saya beliau merupakan seorang yang komited dan bertanggungjawab terhadap kerjaya
beliau sebagai pendidik. Selepas itu, saya dan Faizul membuat tinjauan ke kelas Tan
dan kami juga membantu untuk merawat murid yang tercedera di lutut kerana terjatuh
semasa proses P&P tersebut.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Recommended