View
260
Download
6
Category
Preview:
Citation preview
KAJIAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PENCAPAIAN PELAJAR 4SPP DAN 4SPF DALAM SUBJEK FIZIK DI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
LEE KWAN HOW
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : KAJIAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PENCAPAIAN PELAJAR 4SPP DAN 4SPF DALAM SUBJEK FIZIK DI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
Saya ________________________________________________________________________ (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
LEE KWAN HOW
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
(TANDATANGAN PENYELIA)(TANDATANGAN PENULIS)Alamat Tetap: 34, Jalan Pulai 48, Taman Pulai Utama, 81300 Skudai, Johor.
Tarikh: 30-4-2008 Tarikh: 30-4-2008
EN. NORAFFANDY BIN YAHAYA (Nama Penyelia)
Disahkan Oleh,
“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)”.
Tandatangan : ……………………………………….......................
Nama Penyelia : .......................................................................................
Tarikh : ……………………………………….......................
EN. NORAFFANDY BIN YAHAYA
30-4-2008
KAJIAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR 4SPP DAN 4SPF DALAM SUBJEK FIZIK DI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.
LEE KWAN HOW
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan
[Fizik]
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAY 2008
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :
Nama Penulis : LEE KWAN HOW
Tarikh : 30-4-2008 W
ii
Untuk ayah dan ibu yang tersayang.
Terima kasih atas kesabaran dan pengorbanan yang telah diberikan selama ini.
iii
PENGHARGAAN
Dalam ruang ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Noraffandy Bin Yahaya
selaku pensyarah pembimbing, di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar, nasihat serta
teguran di sepanjang tempoh menyiapkan perisisan ini.
Ucapan terima kasih juga kepada semua rakan-rakan yang telah memberikan
kerjasama dan bantuan dalam menyiapkan projek ini. Tidak dilupakan juga
penghargaan kepada individu-individu yang terlibat secara tidak langsung dalam
menyiapkan projek ini.
iv
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor matematik, kaedah pengajaran
pensyarah, kefahaman terhadap amali, dan faktor jantina dalam mempengaruhi
pencapaian pelajar 4SPP dan 4SPF dalam subjek Fizik. Terdapat empat objektif
kajian yang ingin dicapai. Pertama, mengenal pasti faktor kelemahan dalam subjek
Fizik berasas kepada faktor kelemahan dalam matematik. Kedua, mengenal pasti
faktor kelemahan dalam subjek Fizik berasas kepada faktor kekurangan kefahaman
tentang amali Fizik. Ketiga, mengenal pasti faktor kelemahan dalam subjek Fizik
berasas kepada faktor kaedah pengajaran pensyarah. Keempat, mengenal pasti faktor
kelemahan dalam subjek Fizik berasas kepada faktor jantina.Kajian melibatkan 44
orang pelajar dari subjek 4SPP dan 4SPF di Fakulti Pendidikan, UTM. Kajian ini
dilaksanakan dengan menggunakan satu set soal selidik. Data yang diperolehi
dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisisan komputer “Statistical
Packages For Social Sciences” (SPSS 15.0). Analisis data kajian menggunakan
kaedah kekerapan, peratusan, dan min. Daripada nilai min yang diperolehi, didapati
bahawa faktor matematik, kaedah pengajaran pensyarah dan kefahaman terhadap
amali banyak mempengaruhi pencapaian pelajar dalam subjek fizik manakala faktor
jantina tidak mempengaruhi pencapaian pelajar dalam subjek fizik. Kajian ini juga
diharapkan dapat membantu pihak universiti dalam usaha meningkatkan pencapaian
pelajar dalam subjek fizik.
v
ABSTRACT
The aim of this research is to study the mathematics, lecturer’s teaching
method, experiment understanding and gender factors in influencing the achievement
of 4SPP and 4SPF students in physics courses. There are four objectives in this
research. Firstly, to recognize the factor of weakness in physics subject based on
weakness in mathematics factor. Secondly, to recognize the factor of weakness in
physics subject based on lecturer’s teaching method. Next, to recognize the factor of
weakness in physics subject based on less understanding in experiment work.
Finally, to recognize the factor of weakness in physics subject based on gender
factor. This research involved 44 students from 4SPP and 4SPF courses in Faculty of
Education in UTM. A set of questionnaire has been created to proceed this research.
The data that collected was descriptively analyzed by using the “Statistical Packages
For Social Sciences” (SPSS 15.0). Data analysis of this research is based on
frequency, percentage, and mean. From the mean value that obtained, we can know
that mathematics factor, lecturer’s teaching method factor, and experiment
understanding factor do influence the achievement of students in physics courses,
whereas gender factor do not influence student’s achievement in physics courses.
This research is also hoped can help the university in improving the student’s
achievement in physics courses.
vi
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN
ii
DEDIKASI
iii
PENGHARGAAN
iv
ABSTRAK
v
ABSTRACT
vi
KANDUNGAN
vii
SENARAI JADUAL
xi
SENARAI GAMBARAJAH SENARAI LAMPIRAN
xii
xiii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1
1.2 Latar Belakang Masalah
2
1.3 Pernyataan Masalah
5
1.4 Objektif Kajian
6
1.5 Persoalan Kajian
6
1.6 Kepentingan Kajian
7
1.7 Batasan Kajian
7
1.8 Skop Kajian 7
vii
1.9 Definisi Istilah 8
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
9
2.2 Kelemahan Dalam Matematik
10
2.3 Kaedah Pengajaran pensyarah
12
2.4 Faktor Kekurangan Kefahaman Tentang Amali Fizik
14
2.5 Faktor Jantina
16
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
20
3.2 Rekabentuk Kajian
20
3.3 Tempat Kajian
21
3.4 Populasi Kajian
21
3.5 Instrumen Kajian
22
3.5.1. Bahagian A:
22
3.5.2. Bahagian B:
22
3.6 Prosedur Kajian
23
3.7 Penganalisaan Data
24
3.8 Kajian Rintis
25
4 KEPUTUSAN DAN ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 26
viii
4.2 Analisis Data 26
4.3 Analisis Maklumat Diri dan Ciri-ciri
Responden
27
4.3.1 Berdasarkan Kursus
27
4.3.2 Berdasarkan Jantina
27
4.3.3 Berdasarkan Bangsa
27
4.3.4 Berdasarkan keputusan CGPA
28
4.4 Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian
28
4.4.1 Dapatan Persoalan Kajian Pertama
29
4.4.2 Dapatan Persoalan Kajian Kedua
32
4.4.3 Dapatan Persoalan Kajian Ketiga
35
4.4.4 Dapatan Persoalan Kajian Keempat
38
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
41
5.2 Perbincangan Persoalan
41
5.2.1 Perbincangan Persoalan Pertama
42
5.2.2 Perbincangan Persoalan Kedua
43
5.2.3 Perbincangan Persoalan Ketiga
45
ix
5.2.4 Perbincangan Persoalan Keempat
46
5.3 Rumusan
47
5.4 Cadangan
48
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan
49
5.6 Penutup
49
RUJUKAN
50
LAMPIRAN 52
x
SENARAI JADUAL
NOMBOR JADUAL
TAJUK HALAMAN
1.1 Senarai definisi perkataan tajuk
9
2.1 Lima jenis kerja amali dan tujuannya
17
3.1 Taburan item soal selidik mengikut aspek
kajian
26
3.2 Pengkelasan maklum balas responden
27
4.1 Taburan responden mengikut Kursus.
30
4.2 Taburan responden mengikut Jantina
31
4.3 Taburan mengikut bangsa
31
4.4 Taburan mengikut keputusan CGPA
32
4.5 Soal selidik yang berkaitan persoalan
pertama.
33
4.6 Soal selidik yang berkaitan persoalan kedua
36
4.7 Soal selidik yang berkaitan persoalan ketiga.
40
4.8 Soal selidik yang berkaitan persoalan keempat
44
SENARAI RAJAH
NOMBOR RAJAH
TAJUK HALAMAN
2.1 Persepsi perempuan terhadap lelaki dalam kelas fizik
20
2.2 Persepsi pelajar lelaki terhadap perempuan dalam kelas fizik.
21
xii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Soal Selidik Kajian
52
B Item-Total Statistics
57
xiii
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Fizik merupakan salah satu cabang sains yang mengkaji fenomena yang
berlaku dalam kehidupan alam sekeliling. Antaranya termasuklah optik, daya,
elektrik, mekanik dan haba. Fizik amat penting terhadap semua aspek sains yang lain
termasuklah Sains Kimia, Sains Bahan dan Geologi.
Dalam peringkat sekolah menengah, subjek Fizik merupakan sesuatu yang
tidak pernah didengar oleh pelajar sehingga sampai ke tingkatan empat dan lima.
Pelajar-pelajar ini telah banyak melalui kejadian-kejadian Fizik dalam kehidupan
seharian mereka dengan tanpa menyedari bahawa iaitu Fizik. Contohnya pantulan
imej pada cermin, pergerakan kereta dan penggunaan radio.
Di peringkat universiti, subjek Fizik sering dikaitkan dengan Mekanik
Kuantum, lohong hitam, dan teori kerelatifan. Pelbagai teori yang terkenal sering
membuat pelajar terasa tertekan dan susah. Pelajar-pelajar yang mengambil subjek
Fizik sering diberi pandangan yang positif dan hebat dalam aspek sains. Imej ahli
Fizik yang terkenal, Albert Einstein sering dikaitkan dengan pelajar-pelajar Fizik.
Namun, pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Fizik sering dikhuatiri oleh
pihak pensyarah, universiti dan masyarakat. Dalam proses pembelajaran Fizik,
pelajar terpaksa menghadapi rumus-rumus dan teori-teori Fizik yang rumit. Ini
memerlukan asas Fizik dan matematik yang kukuh pada peringkat sekolah menengah.
Justeru, faktor pensyarah, dan jantina turut memberi pengaruh yang kuat kepada
pencapaian pelajar subjek Fizik.
Oleh itu, dalam kajian ini, pengkaji ingin mencari faktor-faktor yang
mempengaruhi pencapain pelajar-pelajar UTM dalam mata pelajaran Fizik.
1.2 Latar Belakang Masalah
Menurut Subahan (1988), perkembangan Sains di Malaysia pernah melalui
beberapa peringkat yang penting. Pada awal tahun 1950-an higga akhir tahun 1960-
an, sebuah kurikulum yang dilaksanakan untuk perkembangan pendidikan Sains
iaitu, Kurikulum Tradisi Sains Sekolah Menengah telah diadakan. Namun, dalam
kurikulum ini, ia terlalu mementingkan fakta dalam mata pelajan sains. Pelajar-
pelajar kurang faham tentang sains walaupun tersedia dengan pengetahuan fakta
sains yang luas. Kerja-kerja makmal hanya menyediakan latihan untuk
mengembangkan kemahiran manipulatif dan bukan menyediakan latihan untuk
pemikiran saintifik. Matlamat pengajaran dan pembelajaran sains tradisi pula tidak
dinyatakan dengan jelas dalam sukatan pelajaran, yang diketahui ialah hanya
bertujuan menyediakan pelajar-pelajar untuk sesuatu peperiksaan. Kurikulumnya
merupakan satu sukatan pelajaran yang menyenaraikan isi kandungan yang perlu
diajar, diikuti satu penerangan umum tentang kerja amali sahaja.
Selepas itu, Kementerian Pendidikan telah memperbaiki mata pelajaran sains
di sekolah menengah. Untuk mempercepatkan proses perubahan kurikulum,
keputusan dibuat untuk mengadaptasi kurikulum inovatif dari barat. Kurikulum Sains
Moden mula diperkenalkan di sekolah menengah pada 1969. Kurikulum itu ialah:
i. Sains Paduan untuk Sekolah Menengah Rendah yang diubah suai daripada
‘Scottish Integrated Science’. Sukatan pelajaran ini mula diperkenalkan pada
2
1969 kepada 22 buah sekolah dan beransur-ansur kepada semua sekolah selepas
itu;
ii. Sains tulen moden iaitu biologi, fizik dan kimia untuk sekolah menengah atas
diperkenalkan pada 1972 kepada 10 buah sekolah. Sukatan pelajaran ini diubah
suai daripada kursus Nuffield ‘0’ Level biologi, fizik dan kimia dari England.
iii. Rampaian Sains Moden untuk Sekolah Menengah bagi aliran Sastera yang
diperkenalkan pada tahun 1974. Sukatan pelajaran ini juga diubahsuai daripada
‘Nuffield General Science’ dari England.
Perubahan-perubahan ini bertujuan membaiki mutu pendidikan Sains di
sekolahmenengah. Antara objektifnya adalah untuk:
i. Mengemaskinikan kandungan Sains dan menggunakan bahan tempatan di
mana sesuai.
ii. Menggunakan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan
inkuiri/penemuan, berpusatkan murid dan berorientasikan aktiviti.
iii. Memperluaskan kefahaman konsep dan penggunaan kepada situasi
kehidupan sebenar.
Pada masa itu terdapat beberapa rasional mengapa pengubahsuaian
kurikulum dibuat (Subahan et. al 1988). Antaranya termasuklah:
i. Matlamat dan objektif kursus itu mengikut perkembangan semasa dan
relevan dengan kehidupan seharian serta mempunyai pendekatan yang
konsisten dengan falsafah dan amalan moden. Kursus ini mudah disesuaikan
dengan keadaan tempatan.
ii. Sistem pelajaran yang diwarisi itu masih sama dengan Britain. Selain itu,
Kementerian Pendidikan juga mempunyai penasihat dari Britain yang
3
bertindak sebagai pakar rujuk, bersedia untuk memberi sokongan dan
latihan dalam persediaan dan pelaksanaan kurikulum tersebut.
iii. Kementerian Pendidikan juga berpendapat adalah lebih baik mengubahsuai
sesuatu yang telah wujud daripada membina sesuatu yang baru. Tambahan
pula pada masa itu kita kekurangan pakar tempatan yang mahir dan
berpengalaman.
Seterusnya, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dilancarkan.
Matlamat Kurikulum Sains dan Matematik KBSM dibina khusus untuk melahirkan
warga negara yang mempunyai pengetahuan asas (Sains dan Matematik) dan
kemahiran saintifik secukupnya. Selain itu, ia juga untuk melahirkan pelajar yang
mempunyai akhlak yang mulia serta bertanggungjawab, ke arah membentuk
masyarakat yang mengamalkan budaya sains dan teknologi.
Dari segi kurikulum di sekolah, didapati bahawa kerajaan menekankan
kepentingan dan penggunaan sains dan teknologi dengan bersungguh-sungguh.
Kurikulum lama digubal semula agar lebih sesuai dengan keperluan sesebuah negara
yang berkembang pesat dalam abad ke-21, iaitu yang menunjukkan ciri-ciri moden,
berunsurkan industri dan menggunakan teknologi maklumat yang canggih.
Di samping itu, subjek Fizik merupakan subjek yang amat penting dan
berkaitan rapat dengan bidang teknikal dan kejuruteraan. Tamadun manusia yang
cemerlang sekarang adalah dibangunkan pada asas pengetahuan Fizik yang luas. Di
sini dapat dilihat betapa pentingnya Fizik dalam pembangunan masyarakat dan
tamadun manusia.
Walau bagaimanapun, jika dilihat daripada aspek pencapaian pelajar 4SPP
dan 4SPF pada tahun 2007 di UTM, Skudai, masih terdapat pelajar yang mendapat
keputusan yang kurang memuaskan. Kalau dibandingkan pencapaian subjek fizik
dengan subjek pendidikan lain, pencapaian fizik agak kurang memuaskan. Keputusan
pelajar dalam peperiksaan fizik hanya sekitar gred B+ manakala keputusan pelajar
dalam peperiksaan subjek pendidikan lain ialah sekitar gred A. Oleh itu, perlunya
4
kita mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran Fizik di UTM
supaya pensyarah dan pelajar dapat mengenalpasti faktor-faktor tersebut demi tujuan
penambahbaikan.
1.3 Pernyataan Masalah
Salah satu daripada matlamat sistem pendidikan ialah mendapat pencapaian
akedemik yang cemerlang. Oleh yang demikian, pelajar harus mempunyai keupayaan
untuk lulus cemerlang dalam mata pelajaran yang diambil semasa peperiksaan.
Walaupun dilihat terdapat pelajar yang mencapai tahap yang membanggakan, tetapi
masih terdapat pelajar yang ketinggalan dalam subjek Fizik.
Pelajar mempunyai peranan utama dalam menentukan kecemerlangan
prestasi mereka dalam peperiksaan. Kajian ini akan memfokaskan pelajar-pelajar
4SPP dan 4SPF yang mengambil subjek Fizik sebagai subjek utama mereka. Kajian
ini akan mengkaji faktor-faktor yang mungkin menjadi masalah dalam usaha
pencapaian prestasi yang baik dalam subjek Fizik.
Ketidakcemerlangan pelajar dalam subjek Fizik telah menarik perhatian
pengkaji. Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor kelemahan dalam Matematik,
faktor kaedah pengajaran pensyarah, faktor kekurangan kefahaman tentang amali dan
faktor jantina. Semua faktor ini akan dibincangkan dalam bab-bab yang seterusnya.
Kajian ini perlu dijalankan supaya dapat kita mengenal pasti sama ada faktor-
faktor tersebut betul-betul mempengaruhi pencapaian pelajar dalam subjek Fizik atau
tidak. Diharapkan keputusan kajian ini dapat memberi maklumat-maklumat yang
penting kepada pihak Universiti Teknologi Malaysia dan pensyarah-pensyarah dalam
usaha mempertingkatkan pencapaian pelajar dalam subjek Fizik pada masa yang
akan datang.
5
1.4 Objektif Kajian
1.4.1 Mengenalpasti faktor kelemahan dalam subjek Fizik berasas kepada faktor
kelemahan dalam matematik.
1.4.2 Mengenalpasti faktor kelemahan dalam subjek Fizik berasas kepada faktor
kekurangan kefahaman tentang amali Fizik.
1.4.3 Mengenalpasti faktor kelemahan dalam subjek Fizik berasas kepada faktor
kaedah pengajaran pensyarah.
1.4.4 Mengenalpasti faktor kelemahan dalam subjek Fizik berasas kepada faktor
jantina.
1.5 Persoalan Kajian
Faktor matematik, faktor kaedah pengajaran pensyarah, faktor kefahaman
tentang amali Fizik, dan faktor jantina merupakan faktor-faktor yang dipercayai
mempengaruhi pencapaian pelajar dalam subjek Fizik. Oleh itu, pengkaji berusaha
untuk mencari jawapan persoalan-persoalan berikut:
1.5.1 Apakah persepsi pelajar terhadap pengaruh kelemahan pencapaian matematik
terhadap pencapaian dalam subjek Fizik?
1.5.2 Apakah persepsi pelajar terhadap pengaruh kaedah pengajaran pensyarah
terhadap pencapaian dalam subjek Fizik
1.5.3 Apakah persepsi pelajar terhadap pengaruh kekurangan kefahaman tentang
amali Fizik terhadap pencapaian dalam subjek Fizik?
1.5.4 Apakah persepsi pelajar terhadap pengaruh jantina terhadap pencapaian
dalam subjek Fizik.
6
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini dapat memberi maklumat kepada pihak fakulti dan UTM dalam
usaha memperbaiki pencapaian pelajar yang mengambil subjek Fizik dan Sains. Hal
ini demikian kerana fakulti dapat mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi
pencapaian dalam subjek fizik demi meningkatkan nama UTM di peringkat
universiti mahupun antarabangsa.
Selain itu, penghasilan kajian ini dapat memberi suatu gambaran kepada
sesiapa yang ingin mengambil subjek fizik supaya dapat mengetahui faktor-faktor
yang mempengaruhi pencapaian dalam fizik. Hal ini dapat memberi peluang kepada
mereka untuk membuat persediaan yang secukupnya sebelum mengambil bahagian
dalam subjek ini.
1.7 Batasan Kajian
Kajian ini dijalankan di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai, Johor. Kajian ini terhad kepada pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan
4SPP dan 4SPF sahaja. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada pelbagai kaum iaitu kaum
Melayu dan kaum Cina. Selain itu, tempat penghantaran dan pengutipan soal-selidik
ialah di dalam fakulti pendidikan sahaja.
1.8 Skop Kajian
Skop kajian ini hanya mengkaji faktor yang mempengaruhi pencapaian Fizik
mengikut persepsi pelajar iaitu berkaitan faktor kelemahan dalam matematik, faktor
kaedah pengajaran pensyarah,, faktor kefahaman tentang amali Fizik, dan faktor
jantina
7
1.9 Definisi Istilah
Menurut Kamus Dewan edisi 2005: definisi perkataan tajuk adalah seperti
dalam jadual 1.1.
Jadual 1.1 Senarai definisi perkataan tajuk Faktor Unsur atau sebab yang menyumbang kepada sesuatu hasil.
Mempengaruhi: Berpengaruh atas, menggunakan pengaruh kepada,
menguasai.
Pencapaian Apa yang telah dicapai(dihasilkan atau diperoleh), prestasi.
Fizik Cabang ilmu yang mengkaji sifat-sifat jirim dan tenaga (seperti haba, cahaya, bunyi, gravity, magnetisme) dan perkaitan antara semua unsur ini.
Pelajar Orang yang belajar (seperti murid sekolah, penuntut di maktab), orang yang mengaji (menyelidiki ilmu)
8
Recommended