View
15.687
Download
62
Category
Preview:
Citation preview
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS
JALAN BEHOR PULAI,
01000, KANGAR,
PERLIS
JABATAN PENDIDIKAN JASMANI
DAN KESIHATAN
“KERTAS KERJA SUKANEKA”
KURSUS :
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
PENDIDIKAN JASMANI
AMBILAN JANUARI 2009
DISEDIAKAN OLEH:
NUR FAIRUS IZYANA BT AZMI
NUR FAZLIEN AL AIN BT MAT HASAN
MOHD FIRDAUS BIN HJ MOHD BAKARI
WAN MOHD RABANI BIN WAN SAZALI
MOHD KAMIL BIN AB MALIK
1.0 TAJUK
Sukaneka.
Permainan :
1) isi air dalam botol
2) bawa bola menggunakan gelung rotan
3) cari gula-gula dalam tepung
4) lari dalam guni
5) tiup belon sampai pecah
2.0 PENGENALAN
Permainan sukaneka adalah sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh
kebiasaannya kanak-kanak untuk bermain, berseronok dan mengisi masa
lapang. Permainan sukaneka mempunyai peranan yang penting dalam Pendidikan
Jasmani bagi murid-murid di sekolah rendah. Walaupun objektif jangka pendek
adalah menghiburkan para peserta, permainan sukaneka banyak memberi
sumbangan yang baik terhadap perkembangan para peserta. Menerusi permainan
sukaneka, para peserta dapat membina sifat jasmani dan sosial seperti yang diingini.
Kepantasan, daya tenaga, ketangkasan, kemahiran dan game sense adalah
beberapa contoh sifat jasmani yang diperlukan. Selain itu, permainan sukaneka juga
dapat memberikan pengalaman dan pengetahuan kepada penganjur dalam
pengelolaan sesuatu pertandingan seperti ini.
2
3.0 MATLAMAT
Matlamat sukaneka ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama,
persefahaman dan interaksi yang sihat di kalangan peserta. Selain itu, aktiviti
permainan sukaneka yang dijalankan dapat membentuk sikap dan amalan positif
dikalangan peserta dengan menunjukkan disiplin yang tinggi. Di samping itu,
sukaneka ini juga secara tidak langsung dapat menjadikan kanak-kanak
tersebut aktif dan seronok menjalankan aktiviti yang menarik dan
produktif.
4.0 OBJEKTIF
1. Memupuk keyakinan dan sikap tidak berputus asa dalam diri para peserta
2. Mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan peserta.
3. Membentuk peserta agar sentiasa bersikap positif.
4. Memberi peluang kepada peserta dalam menunjukkan bakat masing masing.
5. Memberi kebebasan kepada guru pelatih untuk mencorakkan idea melalui
aktiviti-aktiviti sukaneka yang dijalankan.
6. Melahirkan nilai-nilai murni dalam diri seperti bekerjasama, rajin dan
bertanggungjawab.
7. Menambahkan nilai pengetahuan dan pengalaman guru pelatih dalam
penghasilan kertas kerja.
8. Memberi peluang kepada kanak-kanak mempelajari, mengaplikasi,
memperoleh pengalaman dan memperkembang kemahiran, pengetahuan
dan nilai yang terdapat dalam aktiviti sukaneka yang dijalankan.
5.0 TARIKH DAN MASA
Tarikh : 12 Februari 2011
3
Masa : 10.00 – 11.00 pagi
6.0 TEMPAT
Gimnasium, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis
7.0 KUMPULAN SASARAN
Pelajar Tahap Satu ( TAHUN 3 )
8.0 BILANGAN PESERTA
20 orang peserta ( 10 orang lelaki, 10 orang perempuan )
9.0 JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : Mohd Kamil Bin Ab Malik
Naib pengerusi : Wan Mohd Rabani Bin Wan Sazali
Setiausaha : Nur Fairus Izyana Bt Azmi
Naib setiausaha : Nur Fazlien AL Ain Bt Mat Hasan
Bendahari : Mohd Firdaus Bin Hj Mohd Bakari
10.0 PANDUAN PELAKSANAAN PERMAINAN
10.1 Pembahagian kumpulan
Kumpulan A : 5 orang
Kumpulan B : 5 orang
Kumpulan C : 5 orang
Kumpulan D : 5 orang
*(Rujuk Lampiran 1)
4
10.2 Senarai Alatan
Alatan KuantitiAir 4 baldi
Baldi 4Botol 4Bola 20
Gelung rotan 4skitel 8
Pinggan 8Gula-gula 40Tepung 1
Guni 4Belon 20
10.3 Prosedur Pelaksanaan Permainan
BIL. ACARA PROSEDUR
1. ”Isi air dalam botol ”
Alatan : - air- baldi- botol
Prosedur
Peserta bagi setiap kumpulan akan bergilir-gilir untuk mengisi air di dalam botol. Air yang terdapat di dalam baldi hendaklah diambil menggunakan tangan dan diisi di dalam botol yang disediakan. Kumpulan yang berjaya mengisi air dengan penuh terlebih dahulu dikira sebagai pemenang.
2. “Bawa bola menggunakan gelung rotan”
Alatan :- bola- gelung rotan- Skitel
Prosedur
Peserta akan membawa bola dengan cara menarik bola menggunakan gelung rotan menuju ke arah skitel yang disediakan iaitu sejauh 5 meter. Peserta perlu mengelilingi skitel dan bergerak semula ke tempat
5
permulaan. Permainan akan diteruskan oleh peserta yang lain di dalam kumpulan tersebut. Kumpulan yang tamat melakukan permainan terlebih dahulu akan dikira sebagai pemenang.
3. ” Cari gula-gula dalam tepung”
Alatan :- pinggan- gula-gula- tepung
Prosedur
Peserta perlu meniup tepung hingga menjumpai gula-gula yang terdapat di dalam pinggan berisi tepung. Peserta perlu mengambil gula-gula tersebut dengan menggunakan mulut dan memasukkan gula-gula tersebut di dalam pinggan berasingan yang disediakan. Peserta perlu melakukan permainan ini secara bergilir-gilir dengan ahli kumpulan masing-masing. Gula-gula yang terdapat di dalam pinggan berisi tepung itu adalah sebanyak 10biji. Kumpulan yang berjaya mencari kesemua gula-gula dan memindahkan ke dalam pinggan berasingan terlebih dahulu akan dikira sebagai pemenang.
4. ”Lari dalam guni”
Alatan :
- guni
Prosedur
Peserta perlu berlari dalam guni sejauh 5 meter dan mengelilingi skitel yang disediakan serta bergerak semula ke tempat permulaan. Permainan diteruskan oleh peserta yang lain di dalam kumpulan tersebut. Setiap ahli dalam setiap kumpulan perlu melakukan permainan ini. Kumpulan yang berjaya menamatkan permainan dalam masa yang terpantas akan dikira sebagai pemenang.
5. ”Tiup belon sampai pecah” Alatan :
- belon
Prosedur
Peserta perlu meniup belon sehingga pecah. Setiap peserta di dalam setiap kumpulan perlu meniup sebiji belon hingga pecah. Peserta akan bergilir-gilir melakukan permainan hingga
6
tamat. Kumpulan yang berjaya menamatkan permainan dalam masa yang paling pantas akan dikira sebagai pemenang.
*(Rujuk lampiran 2)
10.4 Pelan Kedudukan Perlaksanaan Permainan Sukaneka
Permainan 1 : Isi air dalam botol
MULA
TAMAT
TAMAT
7
X X X X X X X X
X X X X peserta X X X X X X X X
Arah larian
botol
baldi berisi air
Permainan 2 : Bawa Bola Menggunakan Gelung Rotan
MULA/TAMAT
X X X X X X X X X X X X peserta
X X X X
X X X X Gelung rotan dan bola
5meter
8
skitel
3) Permainan 3 : Cari Gula-gula Dalam Tepung
9
MULA
arah larian
peserta
XX XX XX XX
PINGGAN KOSONG
PINGGAN BERISI GULA-GULA
TAMAT
Permainan 4 : Lari Dalam Guni
Permainan 5 : Tiup Belon Sampai Pecah
10
XXXXX XXXXX XXXXX XXXXX XXXXX GUNI PESERTA
SKITEL
10.5 Langkah-Langkah Perlaksanaan Permainan Sukaneka.
11
X X X XX X X XX X X XX X X XX X X X Peserta
belon
10.5.1 Sebelum memulakan permainan, pastikan segala peralatan dan kawasan
permainan telah siap sedia untuk digunakan.
10.5.2 Kumpulkan para peserta yang terlibat dengan sukaneka ini.
10.5.3 Bahagikan para peserta kepada empat kumpulan iaitu pasukan A, pasukan B,
pasukan C dan pasukan D.
10.5.4 Terangkan cara melaksanakan setiap aktiviti dalam sukaneka ini.
10.5.5 Berikan penerangan kepada semua pasukan mengenai peraturan dan syarat-
syarat permainan yang dijalankan.
10.5.6 Ingatkan peserta tentang langkah-langkah keselamatan dan kaedah yang
sepatutnya digunakan dalam setiap aktiviti dalam sukaneka ini.
10.6 Peraturan Am Permainan
10.6.1 Bilangan pemain adalah seramai 5 orang bagi setiap pasukan.
10.6.2 Syarat-syarat bagi setiap permainan adalah seperti yang tertakluk dalam
prosedur pelaksanaan permainan yang disediakan oleh penganjur.
10.6.3 Sekiranya didapati terdapat penyelewengan dalam permainan, kumpulan
tersebut akan disingkirkan dari permainan.
10.6.4 Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
10.7 Anggaran Perbelanjaan
12
Perkara Harga / Unit (RM) Jumlah (RM)
1Makanan
- Makan PagiRM 3.00
RM 3.00 x 30 orang= RM 90.00
2 HadiahTempat pertama - RM 70Tempat kedua - RM 50Tempat ketiga - RM 30
RM 150.00
JUMLAH RM 240.00
10.0 RUMUSAN
Diharap agar aktiviti sukaneka yang dijalankan dapat memberi sesuatu yang
baru kepada para peserta. Selain itu, para pelajar juga diharapkan dapat
melaksanakan setiap aktiviti untuk mencapai matlamat permainan sukaneka ini
dengan sempurna supaya mendapat input yang berguna kelak. Sukaneka dapat
membentuk kemahiran-kemahiran asas dalam permainan dan sukan. Selain itu, ia
juga dapat membentuk diri para peserta menjadi seorang yang seimbang dari aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sebagai bakal guru pula, apa yang penting,
melalui pengelolaan sukaneka ini, kami dapat belajar mengenai pengurusan,
pengelolaan dan perlaksanaan aktiviti di sekolah nanti. Pengalaman yang ditimba ini
sedikit sebanyak dapat memudahkan tanggungjawab kami apabila bergelar guru
kelak. Selain itu, permainan ini juga dapat memberi kepuasan serta keseronokkan
kepada para peserta. Mereka dapat meredakan tekanan belajar di samping
meningkatkan keyakinan mereka terhadap kemampuan dan keupayaan masing-
masing.
Lampiran 1
13
KUMPULAN A
BIL NAMA PESERTA
1.
2.
3.
4.
5.
KUMPULAN B
BIL NAMA PESERTA
1.
2.
3.
4.
5.
KUMPULAN C
BIL NAMA PESERTA
1.
2.
3.
4.
5.
KUMPULAN D
BIL NAMA PESERTA
1.
14
2.
3.
4.
5.
Lampiran 2
BORANG PEMARKAHAN
NAMA KUMPULAN : ……………………………………………..
15
NAMA PESERTA MASA MARKAH
Tarikh : ………………. …………………… ……………………..(Pencatat) (Pengadil)
16
KEPUTUSAN RASMI
TEMPAT KUMPULAN MASA MARKAH KESELURUHAN
17
Recommended