View
91
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
Isi Kandungan
Penghargaan
Pengenalan
Menurut Kamus Dewan (2002), perkembangan bermaksud perihal atau proses menjadi
maju atau tersebar, membiak atau meluas. Guru memainkan peranan yang penting dalam
pembangunan negara dan tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Hal ini disebabkan
pemimpin negara yang ada pada masa kini dilahirkan oleh guru pada masa lepas dan
pemimpin akan datang akan dilahirkan oleh generasi guru pada masa kini.
Cochran & Andrew, 1988; Fuller, 1969; Katz, 1972; Trotter, 1986
Apabila dibandingkan pelbagai teori yang membincangkan peringkat perkembangan
guru, terdapat ciri kesamaan iaitu pada peringkat awal kerjaya, guru lebih menumpukan
kemampuan dirinya sebelum berkembang ke peringkat yang lebih mahir.”
mpak globalisasi dan pengantarabangsaan pendidikan ketika ini sudah mulai difahami dan
pelan tindakan telah pun digubal untuk menangani isu dan cabaran yang bakal timbul.
Perubahan corak dalam pendidikan dalam masa terdekat akibat daripada globalisasi,
pengantarabangsaan dan perubahan dalam teknologi maklumat dan komunikasi ini cukup
mencabar bagi pendidikan di Malaysia. Berikutnya adalah cabaran-cabaran, peranan
pendidikan serta persekitaran yang perlu dihadapi oleh pendidikan di Malaysia.
Lima Peringkat Perkembangan Guru (Trotter 1986)
1. Guru Permulaan (Novis dan Novis Lanjutan)
Guru – guru keluaran Institusi Pendidikan Guru ( IPG) yang mula bertugas untuk enam
bulan pertama disebut guru permulaan (Bahagian Pendidikan Guru, 2007).
Dikatakan pasif, tak kreatif dan imaginative-Belum mencapai tahap yang dikehendaki
pihak sekolah-Masalah penyesuaian diri dengan realiti sekolah dan bilik darjah.-Mula
mengaplikasikan kaedah mengajar-Memahami fakta, konsep dan perkara asas
pengajaran-Membentuk kerangka kognitif tugas-tugas guru-Kurang berupaya
menangani tugas harian guru
Menerima dan Menghayati Tugas
• Menerima tugas yang diberikan dan berusaha ke arah mencapai matlamat yang
ditetapkan.
• Melaksanakan tugas mengikut cara pengendalian dan mengikut jadual yang ditetapkan.
• Menawarkan diri untuk membantu tugas – tugas.
Menunjukkan Kebolehan dan Keterampilan
• Kualiti diri dan kebolehan menyesuaikan diri.
• Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
• Pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah.
Pengurusan kerja di mana ditempatkan
Peka dan Sentiasa Mendapatkan Maklumat
• Merangkumi maklumat dari pelbagai aspek:
Maklumat murid
Maklumat berkaitan P&P
Pengurusan pentadbiran
• Membantu menyediakan proses perancangan pengajaran.
• Meningkatkan prestasi ke arah lebih baik bagi mewujudkan sistem pendidikan yang
mantap.
Mengenali dan Memahami Ciri Murid
• Memahami atau menjiwai murid – murid.
• Memahami kehendak, sikap, perawatakan atau tingkah laku(kekuatan dan kelemahan).
Kreatif dan Inovatif
• Berdaya kreatif bagi mengintegrasikan atau menggabungjalinkan pelbagai bahan,
kaedah dan teknik penyampaian.
• Membuat penciptaan, pengubahsuaian dan penghasilan bahan serta corak
pembelajaran yang lebih inovatif.
Mempunyai Kepelbagaian Idea
• Aspek isi pengajaran atau perancangan.
• Aspek pedagogi dan sistem penyampaian.
• Mempunyai kemahiran yang memberikan nilai tambah dalam proses pengajaran.
• Mewujudkan keseronokan dan keceriaan belajar dalam kalangan murid.
Personaliti
• Mempunyai unsur kecindan dalam penyampaian.
• Elemen kecindan – kata2 atau pelakuan yang berunsur jenaka yang tidak keterlaluan
untuk menimbulkan rasa keceriaan serta seronok.
Nilai kendiri yang positif
2. GURU CEKAP (COMPETENCE)
Guru Cekap bermaksud guru yang sudah mencapai tahap menguasai cara
penyelesaian masalah dan sudah berkhidmat kurang dari 10 tahun. Guru cekap juga
berperanan sebagai penyelia dan pembimbing kepada guru novis dan guru novis
lanjutan. Ia telah mencapai peringkat ketrampilan dalam bidang yang diceburi. Selain
dari memiliki sijil atau ijazah, guru cekap juga boleh memahami prinsip dan konsep
pembelajaran dalam pelbagai situasi.
Guru cekap jarang menghadapi masalah bagaimana hendak mengatasi masalah
tetapi sebaliknya berhadapan dengan masalah bagaimana hendak mempertingkatkan
lagi prestasi yang sedia ada. Contohnya, cara bagaimana untuk meningkatkan lagi
keberkesanan dalam pembelajaran murid dan penggunaan teknologi maklumat dalam
pengajaran dan cara bagaimana meningkatkan prestasi staf sokongan.
Kecekapan guru juga bukanlah bererti cekap dari segi fizikal dan tenaga sahaja
malah memerlukan kecekapan dari pelbagai aspek seperti kecekapan profesionalism,
kecekapan melaksanakan visi dan prinsip dan kecekapan menggunakan reknologi
maklumat.
Ciri-ciri Guru Cekap
Mencapai tahap cekap sebaik sahaja disahkan jawatan
Ciri peribadi - bermatlamat, berfikiran positif, yakin dan sabar, dapat menilai
sendiri kelemahan dan kekuatan
Ciri mengajar – gaya tersendiri, berkepakaran, bermotivasi
Ciri intelektual – suka membaca, mempunyai mental-life yang segar, mempunyai
kesungguhan kendiri serta minda sihat dan terbuka, mempunyai kemampuan
menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran ( P&P)
Di antara prinsip-prinsip guru cekap iaitu ;
Do It Right First Time – cekap melakukan kerja dan kurang melakukan kesilapan
Guru mengajar murid belajar – mengajar, membuat persediaan dan memberi murid
semangat belajar bersungguh-sungguh
Berkongsi visi yang sama
Bakti disemai bakti dituai – tugas dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan
menghasilkan kejayaan
Penambahbaikan berterusan dan berperingkat dalam pembelajaran dan pengajaran
Mencegah masalah lebih utama daripada menyelesaikan – guru proaktif
3. GURU BERKESAN
Tahap Guru Berkesan dicapai apabila Guru Cekap mencapai kejayaan dalam
peningkatan kendiri. Guru yang berkesan mempunyai jenis personaliti yang berkuasa
dan mampu menarik perhatian khalayak. Antara contoh personaliti yang berkesan
adalah seperti bersifat peramah, mempunyai emosi yang terkawal, mempunyai daya
ketekunan yang tinggi, berdedikasi, mempunyai sifat sukakan kanak-kanak dan gigih
bekerja (Ball 2000, Mansor & Nordinar 2003, Sufian Husin 2004). Guru juga mempunyai
sifat yang kreatif dan inovatif bagi membolehkan guru mewujudkan pengajaran yang
menyeronokkan, diminati dan meninggalkan kesan kepada pelajar dan seterusnya
mencapai prestasi yang tinggi.
Selain dari itu, seorang guru yang berkesan juga perlu menonjolkan penampilan
yang menarik supaya dapat menjadi model ikutan di kalangan pelajar (Wan Marzuki
2008). Untuk menjadi guru yang berkesan, seseorang itu mesti mahir di dalam
membuat keputusan yang tepat pada sebarang keadaan (Kim dan Kellough 1995).
Keputusan yang tepat dapat dibuat sekiranya seseorang guru itu memiliki perkara-
perkara berikut iaitu akal budi, kepintaran, ilmu tentang kurikulum dan pedagogi serta
kesanggupan untuk ditegur dan diperbetulkan kelemahannya dalam aspek pengajaran
melalui refleksi diri supaya menjadi guru contoh.
Menurut Phillip Van Hooser (1998), terdapat 3 unsur penting dalam menentukan
kejayaan iaitu ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap (triangle of succes). Beliau
menyatakan bahawa pengetahuan bukan dimanifestasikan oleh sijil dan diploma, ia juga
satu ukuran yang tepat berdasarkan angka gred mata purata atau dengan kekananan
dan kelamaan seseorang itu berada di tampat kerja. Pengetahuan sebenar ialah
kefahaman (understanding). Dalam kepimpinan, kefahaman terhadap apa yang
diperlukan dan dijangkakan oleh pengikut-pengikut daripada pemimpin merupakan
pengetahuan kerja yang praktikal.
4. Guru Mahir
Guru Mahir(Expert)
•Terbaikdalambidang-
Orangyangmemilikikemampuandankeahliankhususdalambidangkeguruansehinggaiamampumel
akukantugasdanfungsisebagaigurudengankemampuanmaksima
•Menjaditeladanprofesionalisme
-Orangyangterdidikdanterlatihdenganbaik.-GuruBerintelek-
Guruperlulahmenanamkansifatingintahu,yangakanmendorongdirimempelajaridanmenyesuaikan
diridalamduniapendidikanyangseringberubah-ubah(uptodate)
•Terlibatsepenuhnyadalamkokurikulum
Gurumahirperlulah:
-Mahirberkomunikasi-
Guruyangmahirberkomunikasidengananakmuridnyaakanmghasilkansuasanapembelajaranyangl
ebihdinamik.
-Dapatmemberikanmotivasiyangberkesan
-Muridmenerimamotivasisecaraberhemahdanberhikmah.
-
MeningkatkankebolehanpenggunaanICT,mengekalkanguruberkualitidengancarasentiasaaplikas
iICTdalamp&pdantahukemahiranaplikasiKomputer.
•Kemahiranguruyangperluada:
-Kemahiranpenyampaian
-Kemahiranpenilaian
-Kemahiranmerangsang
-KemahiranpengurusanbilikdarjahGuru
Guru Pakar(Master)DefinisiGuruPakar:
-
Gurupakarialahguruyangmempunyaikemahiran,pengetahuan,dankepakarantinggidalammatapel
ajarankhususnyadalamp&p.
•Menyerlahkandirisecaraprofesionalisme
•Ideadankemahirannyabolehmempengaruhipolisipengendalianbilikdarjah.
•Dianggapsebagaibidangyangberautoritibercakapdalambidangprofesionalnya.
Sahsiahguru pakar:-Sahsiahterpuji-Berketrampilan-
Berpegangteguhkepadaetikaperguruandanetika
perkhidmatanawam-Pekadanprihatinkepadakeperluanpelajar-„Role model‟
kepadawargapendidikanPengetahuanguru pakar:-
Menguasaidanmenghayatikandunganmatapelajaran-Menjadipakarrujukp & p-
Bijakmengurusmasa, bahandansumber-Mampumengenalpastikeperluandanmasalahpelajar
Hasilkerja:-Meningkatkanhasilpembelajaran(learning outcome)-
Memilikikemahirankomunikasitinggidanberupayamenyampaikanidea danmesejyang berkesan.
•Potensi:-Berwawasan, proaktif, responsif,
inovatifdalamrangkamenjalankantugassebagaipendidik.Sumbangankepadakemajuanpendidikan
negara-Berupayamenjanaidea
barudalammatapelajaranataubidangpengkhususandanberkongsiidea
tersebutbagimeningkatkanmutupendidikannegara
Cabaran Dan Transformasi Pendidikan Masa Kini
Pendidikan adalah kepentingan awam dan memainkan peranan yang sangat penting
dalam pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana
dalam usaha untuk membangunkan generasi alaf baru. Sistem pendidikan negara memerlukan
usaha-usaha yang strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya
ke tahap kualiti yang tinggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 merupakan satu pelan
transformasi pendidikan ke arah menyediakan pendidikan abad ke-21. Ia ada
Pendidikan adalah kepentingan awam. Peranan sistem pendidikan sangat penting dalam pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana uasaha membangunkan generasi alaf baru, yang akan menjelang dua tahun akan datang. Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kauliti yang tingggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21.
Sistem pendidikan akan berubah sejajar dengan peubahan aspek ekonomi, budaya dan politik Perubahan aspek tersebut amat hebat dan pantas. Leka dan alpa boleh menyebabkan kita terpinggir dan tersingkir. Intellectual capital akan menjadi asas kukuh daripada kekayaan yang berupa tanah, wang atau bahan mentah. Budaya koperat yang berasaskan pendemokrasian kuasa akan menggantikan amalan hiraki tradisional. Persaingan melebihi batas kawasan kepada persekitaran sejagat dan terlalu sengit. Pendek kata prinsip dan nilai sejagat akan menentukan kejayaan sesuatu institusi, organsisasi atau negara. Oleh itu sistem pendidikan dan persekolahan dalam menghadapi gelombang perubahan alaf baru perlu berfungsi pada landasannya untuk menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara.
Para pendidik perlu sedar bahawa dalam usaha negara menghadapi masa depan
yang penuh saingan, pendidikan adalah bersifat futuristik, maka kita hendaklah
mampu menyediakan generasi muda kita untuk menghadapi keungkinan-
kemungkinan berupa masyarakat industeri, ekonomi yang global, kebanjiran
teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai
keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Kita perlu lahirkan
generasi berilmu untuk berfikir, bertindak dan menghasilkan sesuatu yang
bermanfaat berlandaskan skop yang global dan teknologi yang terkin, serta berupaya
menangani gelombang perkembangan dan perubahan masa kini.
Cabaran yang sedia wujud seperti masalah remaja, dadah, seks bebas, samseng
sekolah, ponteng, dan berbagai kes salah laku perlu ditangani dengan bijaksana. Para
pendidik seharusnya menghadapi cabaran ini sebagai satu peluang (opptunity)
secara komited menggunakan wadah pendekatan nilai merentasi
kurikulum persekolahan untuk membentuk masyarakat madani di kalangan pelajar
dan masyarakat.
Peranan Pendidik
Tuntutan abad ke-21 dilandaskan kepada tuntutan Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan. Selari dengan tuntutan-tuntutan tersebut penyediaan sumber manusia berkualiti hendaklah dihasilkan oleh sistem pendidikan kita.. YAB Perdana Menteri telah menggariskan ciri-ciri generasi yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf baru akan datang iaitu:
kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi) kekuatan minda (krestif dan proaktif) nilai-nilai luhur dan murni (termasuk penyayang) semangat jati diri, jaya diri dan keusahawanan, dan ketrampilan
Untuk menentukan kehendak ciri-ciri manusia berkualiti tersebut dapat dihasilkan, maka para pendidik dan guru-guru pelatih, perlulah dilengkapkan dengan ciri-ciri berikut pula:
menguasai subjek (kandungan kurikulum)
mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran) memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology) memiliki kemahiran kaunseling menggunakan teknologi terkini dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir boleh bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain, dan memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik.
Satu agenda dalam program pendidikan kini sebagai persediaan abad ke-21, ialah Sekolah Bestari. Pelaksanaan Sekolah Bestari turut mewujudkan transformasi dalam sistem pendidikan yang meliputi aspek kurikulum, sistem penilaian, pentadbiran, pengurusan pembelajaran. Implikasi kepada reformasi ini, memerlukan persediaan guru. Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd. Zahid bin Mohd. Nordin, memberi ciri-ciriguru bestari ialah guru-guru yang boleh dan bijaksana mengimbang keperluan Wawasan Pendidikan dengan tuntutan dan cabaran semasa. " Pendidikan Bestari antara lain menginginkan guru yang berketrampilan. Tingkat ketrampilannya bukan sekadar mengguna dan menguruskan teknologi, tetapi lebih penting berkeupayaan menyaring, mengadun, mengacuan setiap perkara seiring dengan tingkat ketahanan anak bangsa, sejajar dengan budaya halus masyarakat kita dan seterusnya menyumbang untuk terus memperkukuh asas kewujudan kita." (1997)
Merujuk kepada cabaran besar di atas, para pendidk mempunyai tanggungjawab melaksanakan peranan berikut secara komited dan ikhlas:
a. Membina Budaya Ilmu
Kemampuan para pendidik ialah menyusun, dan mensepadukan ilmu dengan perkembangan semasa, seperti:
Teknologi dan perkomputeran – para pendidik seharusnya mengorak langkah dan menggembleng peluang untuk melengkapkan diri berketrampilan sebagai pemimpin ilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada
penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat untuk pelbagai bidang dan menjadi mekanisme urusan harian.
Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif – pelajar-pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa.
Kebolehan menterjemah dan mengawal kurikulum yang luwes – Para pendidik seharusnya mempunyai kemahiran dan ketrampilan mengaitkan domain teori dengan praktis dan mesti bijak membina pengetahuan dan kemahiran secara developmental mengikut kadar pembelajaran (pace of learning) untuk mencapai kemahiran thoughtful learning. Kurikulum sepatutnya mempunyai ruang untuk disesuaikan dengan perkembangan semasa berdasarkan keperluan negara, perkembangan semasa dan kemajuan sejagat. Kurikulum yang hendak digubal melalui Four Pillars of Learning iaitu:
@ Learning to know ( Belajar untuk menguasai ilmu)
@ Learning to do (Belajar untuk menguasai kemahiran)
@ Learning to be (Belajar untuk menjadi insan berguna)
@ Learning to live together (Belajar untuk harmoni dan bekerjasama)
Menerapkan nilai-nilai murni/moral/akhlak – nilai-nilai murni menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila insan dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Elemen ini sangat penting dalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara.
Menguasai pengetahuan dan kemahiran industri – melahirkan generasi untuk pasaran tenaga kerja industri merupakan Dasar Pembangunan Negara. Usaha ini ialah sebagai sumbangan kepada melahirkan sumber manusia yang menyumbang kepada tenaga buruh yang berkualiti, seba boleh dan responsif kepada perubahan keadaan perindustrian. Kurikulum dan daya didik di dalam sistem pendidikan hendaklah berupaya merealisasikan masyarakat sainstifik, teknologis dan progresif yang inovatif dan berpandangan jauh ke hadapan.
a. Membentuk Masyarakat Madani
Pendidik yang profesional dapat menangani pengajaran dan pembelajaran yang dapat membudayakan masyarakat dengan amalan akhlak dan nilai-nalai murni. Perkembangan dan kemajuan dunia boleh mempengaruhi gaya hidup dan akhlak masyarakat kita. Usaha mengimbangkan perkembangan dan kemajuan dunia aspek teknologi maklumat dan industri hi-tech, dengan pembentukan rohaniah dan ketahanan diri diberikan perhatian serius. Maka konsep masyarakat madani merupa wadah untuk membudayakan masyarakat Malaysia. Kurikulum dalam sistem pendidikan kita sama ada secara formal atau tidak formal, mampu menyusun dan membentuk masyarakat madani. Dalam merancang pelaksanaan konsep ini beberapa perkara mesti diberi perhatian:
o Prinsip berteraskan keimanan dan moral yang menjamin keseimbangan antara kekebasan perseorangan dengan kestabilan dan kesejahteraan masyarakat
o Mendorong perkembangan indidvidu dari segi pemikiran, budaya, sosial, ekonomi, alam sekitar dan teknologi
o Sistem sosial yang cekap dan saksama serta perlaksanaan pemerintahan mengikut undang-undang dan bukan nafsu atau kepentingan individu
o Mengamalkan akhlak terpuji dan boleh diteladani
Usaha mewujudkan masyarakat madani diharap dapat melahirkan warga negara yang berpegang kepada teras keimanan dan ketuhanan, mempunyai ketahanan diri, memiliki identiti bangsa Malaysia, tahap kepimpinan yang dinamik, berpandangan jauh, kreatif dan inovatif, citra diri yang tinggi , berdisiplin dan amalan hidup yang cemerlang.
Dalam Persidangan Pendidikan Nasional Ke-5, dalam tahun 1997 yang lalu, natijah persidangan menunjukkan dua cabaran besar alaf baru ialah ledakan ilmu yang berbentuk global dan masalah sosial yang perlu ditangani dan diatasi ke arah membentuk masyarakat madani. Justeru itu agenda penting untuk membangun rakyat Malaysia melalui sistem pendidikan pertama ialah pembinaan budaya ilmu dan keduanya ialah pembudayaan masyarakat.
a. Pembinaan Budaya Ilmu
Ilmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagiaan individu dan kejayaan serta kekuatan sesuatu bangsa dan negara. Ilmu membina kekuatan minda ke arah daya fikir tinggi (high order thinking) dan daya kreatif di kalangan indidvidu dan bangsa. Semua agama dan sistem sosial manusia mahukan ahlinya menguasai ilmu pengetahuan sama ada untuk kebahagiaan duniawi dan ukhrawi.
Dr. Wan Mohd. Nor Wan Daud, menjelaskan "Budaya Ilmu bermaksud kewujudan satu keadaan di mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri baik secara langsung mahupun tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan keilmuan di setiap kesempatan: dan keadaan di mana segala tindakan manusia baik di tahap individu, apatah lagi di peringkat masyarakat, diputus dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan." Mengikut beliau lagi, budaya ilmu ialah satu budaya yang meletakkan nilai tertinggi dan asas kepada ilmu pengetahuan sebagai kunci segala kebaikan dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.
Kesimpulan
Perkembangan dunia aspek ekonomi, sosial, politik dan teknologi seharusnya menjadi indikator asas kepada sistem pendidikan dan persekolahan untuk memenuhi keperluan tenaga manusia yang berteraskan keilmuan yang berkualiti, asas nilai dan moral yang berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan, semangat patiotis dan memelihara perpaduan rakyat sebagai bangsa Malaysia, dan manusia yang bertaraf dunia. Para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21.
Era globalisasi meletakkan Malaysia berhadapan dengan pelbagai
cabaran. Untuk menjadi sebuah Negara membangun sepenuhnya,
Malaysia perlu meningkatkan daya saing dan meningkatkan kualiti
pendidikan bertaraf dunia
Dengan globalisasi yang semakin rancak menguasai dunia-dunia dalam pelbagai bidang seperti politik, sosial, pendidikan dan ekonomi ianya memberikan kelebihan menerusi perkembangan profesionalisme keguruan dalam bidang pendidikan khasnya. Menerusi pandangan bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamed sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia mengenai dunia globalisasi terdapat sebanyak lima cabaran asas terhadap dunia globalisasi seperti yang dilihat menerusi rajah di bawah.
Peta minda
Hallinger (1998), menegaskan globalisasi telah mendorong berlakunya anjakan paradigma yang amat ketara di kebanyakan negara dalam konteks untuk mencari makna terhadap kualiti pendidikan dan juga kurikulum yang ditawarkan. Ini bermaksud, terdapat perubahan kurikulum terutama dari segi strategi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkan seperti:
1. Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan pembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia.
2. Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local Area Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum dan pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada pelajar. Ini memberi peluang kepada pelajar mendapat kemahiran dan maklumat sesuai dengan keupayaan mereka dan aplikasi pelbagai stail pembelajaran.
3. Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan pelajar mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru berfungsi sebagai pemandu, pelayar dan pemudahcara.
4. Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi secara elektronik dengan rakan dan guru.
Tambahan pula, perkembangan dari segi penggunaan teknologi maklumat, kurikulum di Malaysia juga telah disemak semula dan diberi nilai tambah supaya kurikulum tersebut adalah relevan dan berupaya untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran tertentu bagi menghadapi persekitaran global setelah mereka melepasi alam persekolahan.
Cabaran ketiga ialah dalam pengurusan pendidikan. Dalam hal ini, pengurusan pendidikan telah mengalami transformasi dalam perkembangan dunia global terutama dari segi penggunaan teknologi telekomunikasi dan pengkomputeran. Beberapa perisian baru telah diaplikasikan yang dikenali sebagai Pengurusan Maklumat Sekolah (School Management Information System) bagi meningkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan. Dengan aplikasi tersebut ianya sedikit sebanyak membantu dalam pengurusan pendidikan seperti:
- Membantu dan mempermudahkan pengurus sekolah membuat keputusan.- Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran.- Mengurangkan beban pengurus dalam melaksanakan tugas yang pelbagai.- Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan fail.- Memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul, memproses dan menyimpan data seperti laporan kehadiran pelajar.-Meningkatkan kecekapan dalam penyediaan gred/markah peperiksaan pelajar.- Penempatan pelajar dalam kelas.-Membuat agihan jadual waktu mengajar guru.-Pembinaan jadual waktu guru.- Membuat agihan sumber kewangan, buku teks, dan sebagainya.-Menyimpan data mengenai stok dan inventori sekolah serta pelbagai urusan rutin yang dikendalikan pentadbir dan guru.
obalisasi meluaskan konsep dunia tanpa sempadan memberikan cabaran terhadap guru bagaimana perancangan pembelajaran dan dunia pendidikan boleh dimajukan dari perspektif global yang melibatkan penyesuaian kurikulum, penjadualan belajar, penerokaan maklumat melalui ICT, pengawalan dan penyeliaan, serta peranan efektif guru dalam memajukan dunia pendidik
Rujukan
Abd Rahim Abd Rashid (2007), Profesionalisme Keguruan dan Cabaran, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka..
Noran Fauziah Yaakub & Ahmad Mahdzan Ayob (1993), Guru dan Perguruan, Edisi ke-2, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Omardin Ashaari (1998), Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Guru Di Sekolah, Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Syed IsmailSyed Mustapa & Ahmad Subki Miskon (2014), Asas Kepimpinan & Perkembangan
Guru, Kuala Lumpur: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Zaitul AzmaZainon Hamzah (Mei 2012), Preanan Guru Dalam Melonjak Transformasi
Pendidikan Negara, Pelita Bahasa, pp 8-11, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
http://www.slideboom.com/presentations/1032682/Peringkat-Perkembangan-Guru
http://www.uum.edu.my/index.php/ms/other-news/768-cabaran-pendidikan-abad-21-perlukan-
transformasi
http://www.astroawani.com/news/show/cabaran-guru-dalam-transformasi-pendidikan-14298
Recommended