Upload
asyrudin-syah
View
70
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015
1.0 PENGENALAN
Stress telah dikenal pasti sebagai punca kepada hampir semua masalah yang wujud dan
kecelaruan psikologi. Stress sering dikaitkan dengan pembelajaran.Stress yang sederhana
boleh menjadi suatu bentuk dorongan yang kuat. Ia dapat menolong tubuh dan minda kita untuk
bekerja dengan baik dan menyumbang kepada kesihatan mental. Cara kita
menanganistressyang dihadapi amat penting dalam menentukan kesihatan mental dan fizikal.
Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan seseorang pelajar mengalami stress. Pelajar
tahun enam pada awal tahun, misalnya amat mudah terdedah kepada stress disebabkan oleh
proses transisi kehidupan mereka di tahun peperiksaan. Senario ini dapat dilihat apabila
terdapat sesetengah golongan pelajar yang menunjukkan kecemerlangan akademik di
peringkat persekolahan tahap satu tetapi tidak dapat mengekalkan pencapaian yang baik
apabila berada di tahap dua. Persaingan yang sengit dalam mengejar kecemerlangan akademik
telah memberikanstressyang tinggi kepada pelajar dalam merealisasikan wawasan mereka.
Menurut Campbell dan Svenson (1992), apabila stressdilihat dari aspek negatif ataustressyang
terlalu tinggi, ianya boleh mendatangkan kesan negatif terhadap kesihatan dan pencapaian
akademik seseorang pelajar. Oleh keranastressdi kalangan pelajar merupakan satu fenomena
yang membimbangkan pelbagai pihak, ianya perlu ditangani secara menyeluruh. Maka adalah
penting untuk mengenalpasti faktor-faktor penyebabstresspelajar terlebih dahulu sebelum
sesuatu program intervensi direka bentuk. Justeru, kajian ini.dilaksanakan bertujuan untuk
mengenalpasti faktor penyebabstress, tahapstressserta strategi pengurusanstressyang boleh
digunakan oleh pelajar dalam kehidupan mereka di sekolah.
2.0 LATAR BELAKANG MASALAH
Terdapat banyak faktor yang mendorong pelajar menghadapi stressdi sekolah. Mengikut Terri
Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait dengan gangguan emosi dalam kalangan
kanak-kanak. Antara punca berlakunya gangguan emosi dalam kalangan murid ialah
persekitaran sekolah, peristiwa dalam keluarga, pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya,
tindakan guru dan lain-lain lagi.
2.1 Faktor Jadual Waktu Belajar dan Beban Tugas
Kajian mengenai bebanan tugasan membawastresskepada murid kerana tugasan yang terlalu
banyak bagi setiap subjek yang dipelajari boleh membebankan pelajar dan menafikan
hak mereka untuk berseronok semasa di alam kanak-kanak. Tugasan yang terlalu banyak
1
EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015
untuk diselesaikan juga boleh menyebabkan murid menghadapi masalah kesuntukan masa
untuk mengulangkaji dan ini boleh menimbulkanstress.
Kebanyakan pelajar berasa tertekan apabila mereka diberikan tugas-tugas lain. Pelajar
seharusnya tidak diberikan jadual waktu yang padat kerana ini akan menyebabkan
pelajar berasa tertekan. Tindakan keras guru bila murid tidak sempat menyiapkan kerja-kerja
rumah juga mempengaruhi stress murid. Berdasarkan kajian lepas, dapatan kajian
Siti Rohani (1991) menunjukkan faktor jadual waktu yang padat merupakan faktor yang dikenal
pasti memberistresskerja kepada pelajar. Dari segi akademik pula, menyenaraikan kerja
sekolah yang banyak, aktiviti harian di rumah yang padat, pembahagian masa yang tidak
sempurna dan penyediaan jadual yang tidak teratur menyebabkanstresspada kebanyakan
murid tahun enam.
Apakah perkara-perkara yang berkaitan dengan bebanan tugasan yang menjadi
puncastresskepada pelajar? Terdapat kajian yang membuktikan bahawa peperiksaan menjadi
salah satu puncastressseperti yang dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh
Atkinson(1998).Tugasandanpeperiksaanmerupakan dua perkara yang saling berkait.Menurut
Atkinson (1998), bebanan kerja terlalu banyak dalam masa yang singkat juga boleh
mengakibatkanstress. Kebanyakan pelajar menyatakan berasastressapabila bebanan
tugas akademik terlalu banyak. Seperti yang telah dinyatakan tadi bahawa bukan sahaja orang
dewasa yang mengalami stress. Ianya merupakan satu gejala yang dialami oleh semua orang
tanpa mengira usia. Dalam satu kes, seorang pelajar yang menduduki peperiksaan Ujian
Penilaian SekolahRendah (UPSR) mengeluh kerana sering mengalami sakit kepala, sakit perut,
dan tidak dapat tidur nyenyak. Ini semua berpunca daripada perasaan resah, dan kurang
keyakinan yang dia akan dapat melepasi halangan akademik itu dengan jayanya.
2.2 Faktor Ibu bapa dan Keluarga
Pendidikan pada masa sekarang menjadi agenda utama negara kita. Kerajaan telah
memperuntukan palaburan yang besar dalam bidang ini bagi menyediakan murid-murid dengan
sistem pendidikan yang menyeluruh (Pelan Pendidikan Pembangunan Malaysia, 2013-2025).
Terdapat sekolah-sekolah yang hanya menumpukan kepada pencapaian kurikulum murid
sehingga mengabaikan proses perkembangan potensi murid secara keseluruhannya. Menurut
Teori Pelbagai Kecerdasan, Howard Garner menjelaskan bahawa manusia in terbentuk dengan
2
EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015
pelbagai kecerdasan yang apabila didorong melaksanakan sesuatu berdasarkan
kecendurangan kecerdasan mereka, tugas dapat dilaksanakan dengan baik.
Seterusnya, kecenderungan ibu bapa untuk melihat kejayaan anak-anak mereka dalam
bidang pendidikan menyebabkan tekanan emosi dalam kalangan murid berlaku. Ini tambah pula
persaingan anatara mereka dalam bilik darjah yang menjadi pertanda aras ibu bapa bagi
melihat kemajuan anak-anak mereka. Akibat gangguan emosi dalam kalangan murid terdapat
kes-kes tertentu melibatkan murid-murid seperti masalah disiplin, melawan ibu bapa atau guru,
bergaduh, ponteng sekolah dan sebagainya.
2.3 Pe rsek i t a ran (B i l i k da r j ah )
Gangguan emosi dalam kalangan murid berpunca daripada persekitaran sekolah yang tidak
kondusif. Contohnya gangguan emosi itu mungkin berpunca daripada masalah kesesakan di
dalam kelas yang boleh mewujudkan kecenderungan murid untuk melakukan kesalahan
disiplin. Ini selaras dengan pendapat yang diberikan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Kaunseling
dan Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof
Madya Dr Rusnani Abdul Kadir yang mendapati bahawa kecendurungan ke arah perlakuan
negatif wujud kerana dipengaruhi unsur rangsangan di sekeliling mereka. Ini bermaksud murid
mungkin melakukan kesalahan akibat daripada suasana persekitaran yang tidak kondusif dan
mengganggu emosi mereka. Keadaan ini berlaku kerana keadaan sekolah yang sesak akan
membawa kepada fizikal kelas padat dan menyebabkan situasi tidak selesa kepada proses
pengajaran dan pembelajaran. Malah keadaan ini menjadi lebih ketara jika ada murid nakal
yang sering mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Ini secara langsung akan
mengganggu murid yang ingin belajar dan menyebabkan mereka mengalami tekanan emosi.
Faktor persekitaran (bilik darjah) menjadikan pelajar berasastressapabila tidak
mempunyai tempat belajar yang selesa, suasana bising semasa belajar serta keadaan bilik
darjah yang agak sempit dan kurang selesa. Dapatan kajian ini disokong oleh Riggio (2003)
yang menekankan bahawa faktor persekitaran pembelajaran boleh mendatangkan
masalahstresskepada individu.Susun atur fizikal bukan sahaja dapat mempengaruhi sikap
pelajar malah juga sikap guru dan ini dapat menyumbangkan kepada peningkatan akademik
serta memperelokkan tingkah laku pelajar. Suasana bilik darjah yang positif bukan sahaja akan
menggalakkan pembelajaran yang menyeronokkan tetapi juga memberi ruang kepada pelajar
untuk lebih mudah dan cepat memahami pelajaran dengan cara yang lebih efektif. Susun atur
3
EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015
suasana fizikal memainkan peranan penting dan guru haruslah memainkan peranan untuk
berusaha sebaik mungkin untuk menambahbaik daya tarikan bilik darjah tersebut.
2.4 Pengaruh Rakan Sebaya
Pada peringkat kanak-kanak, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang sikit berbanding dengan
zaman remaja yang mempunyai peranan yang besar. Namun begitu, pengaruh rakan sebaya
juga menjadi salah satu punca gangguan emosi dalam kalangan kanak-kanak. Minat kanak-
kanak lebih mirip kepada minat rakan daripada ibu bapa. Perihal popular atau tidak popularnya
seseorang itu mengikut pandangan rakan-rakannya sangat penting dalam perkembangan
personalitinya. Mereka juga akan suka membantu, bijak bertoleransi dan melibatkan diri dengan
merancang dan memulakan aktiviti kumpulan yang menarik dan menyeronokkan.
Murid yang diterima oleh rakan sebaya akan bersikap ceria, bersemangat, baik hati,
boleh berjenaka, mempunyai daya usaha, dorongan dan sering memberikan idea yang baik.
Murid yang tidak disanjung dan disingkirkan oleh rakan-rakan mempunyai ciri-ciri yang
bertentangan dengan mereka yang popular. Murid ini akan berasa kurang yakin pada diri
sendiri, penakut dan cuba menjauhkan diri dari rakan sebaya. Murid sebegini akan
menunjukkan sikap agresif, sombong dan terlalu mendesak. Murid yang disukai oleh kawan-
kawannya akan berasa inferior, rasa iri hati, benci muram dan marah terhadap kawan-kawan
yang tidak menghiraukannya. Semua ini menunjukkan tanda-tanda gangguan emosi yang perlu
diketahui oleh guru dalam menguruskan tingkah laku murid di dalam kelas. Keempat-empat
faktor ini diambil sebagai skop kajian dan faktor-faktor yang diambil juga berkait rapat dengan
kehidupan pelajar di sekolah ini.
4
EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015
3.0 PENYATAAN MASALAH
Berdasarkan kajian lepas, maka jelaslah bahawa rakan sebaya, bebanan tugas, penggunaan
Bahasa Inggeris, jadual waktu belajar dan persekitaran menjadi punca utama stressdi kalangan
pelajar. Ini dibuktikan melalui kajian Omizo, OmizodanSuzuki(1988), Omardin(1999), Ooi(2002),
Farah Asnida(2004), Nor Hashimah(2004) dan Suraini(2005). Namun begitu tiada siapa pun
pasti adakah faktor-faktor terbabit benar-benar menjadi puncastressdi kalangan pelajar. Selain
itu, penyelidik telah menambah satu faktor iaitu tindakan dan ketegasan guru menangani isu-isu
murid tidak menyiap kerja sekolah. Jika benar, apakah jalan penyelesaian yang boleh dilakukan
dalam menangani masalahstressdi kalangan pelajar tahun enam.
Pelajar sering menghadapi pelbagai masalah yang membebankan diri mereka seperti keliru
dengan peranan dan tanggungjawab diri.Malah, mereka juga sering berasa disalah ertikan dan
dipersalahkan. Selain itu, mereka juga merasa diri dilayan tidak adil, sukar memahami emosi
dan sukar membuat keputusan. Bagaimanapun, kesemua masalah ini boleh ditangani dengan
baik. Sebaik-baiknya, remaja dinasihatkan supaya menjalinkan hubungan baik dengan ibu bapa
dan hubungan mesra dengan orang lain. Secara tidak langsung, keadaan ini boleh
mengurangkan masalah danstressmental yang dihadapi.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN:
Objektif kajian adalah untuk menentukan sama ada faktor-faktor yang dikaji memberi
stress kepada pelajar tahun enam iaitu :
4.1.1 Untuk mengenal pasti sama ada faktor peristiwa keluarga menjadi punca stressdikalangan pelajar.
4.1.2 Untuk mengenal pasti sama ada faktor bebanan tugas/jadual menjadi punca stressdi kalangan pelajar.
4.1.3 Untuk mengenal pasti sama ada faktor persekitaran (bilik darjah) menjadi puncastress di kalangan pelajar.
4.1.4 Untuk mengenalpasti sama ada faktor rakan sebaya menjadi punca stress di kalangan murid.
Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan stress. Dalam kajian ini, faktor-faktor yang
diberi pendedahan yang terperinci adalah seperti peristiwa keluarga, bebanan tugas dan jadual
waktu, persekitaran (bilik darjah), dan pengaruh rakan sebaya.
5
EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015
5.0 METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik.Kajian
ini menggunakan persampelan rawak mudah.Tatacara kajian ini dilakukan dengan
mengedarkan borang soal selidik dan temu bual yang dibuat adalah lebih mudah untuk
dirumuskan serta membuat keputusan tentang kajian ini.Maklumat juga boleh diperolehi dari
data tersebut. Selain itu, kaedah soal selidik juga digunakan kerana ia bersesuaian dengan
objektif sertapersoalan yang ingin dikaji. Kajian dijalankan dalam bentuk deskriptif ke atas
murid-murid tahun enam untuk menyelidik faktor-faktor luaran yang mempengaruhistressdi
kalangan murid sekolah rendah yang akan mengahadapi peperiksaan.
(5- sangat setuju; 4- setuju; 3- tidak pasti; 2- tidak setuju; 1-sangat tidak setuju)
Bil Item
Penilaian Murid ke atas item ( /3)
1 2 3 4 5
1. Saya berasa stress untuk menghadapi peperiksaan UPSR.
3
2. Saya sangat bertuah kerana mempunyai ramai kawan yang membantu semasa saya sedih.
1 2
3. Saya berasa kelas saya cantik dan ceria.
3
4. Saya berasa jadual waktu persekolahan dan belajar sangat padat.
3
5. Saya rasa terbeban dengan kerja-kerja sekolah yang banyak pada setiap hari.
3
6. Saya menghadiri lebih daripada 1 kelas tuisyen bagi persediaan UPSR.
3
7. Saya berasa ibu bapa/guru tidak kecewa jika saya gagal dapat 5A.
3
8. Saya tidak pernah melihat ibu 3
6
EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015
bapa saya bergaduh.3
9. Saya sangat suka berada di rumah daripada berada di luar.
310. Saya berasa penat dan kadang
kala badan saya terasa sakit, sakit perut, pening dan sebagainya.
3
Jumlah ( /30) 0 0 0 1 29
Peratus ( %) 0 0 0 2.5 97.0
Jadual 1.1: Penilaian Peserta dalam Borang Soal Selidik
6.0 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN
Dalam menentukan populasi yang dikaji, murid Tahun Enam Jupiter, SK Taman Daya telah
dipilih sebagai populasi iaitu seramai 39 orang yang terdiri daripada 13 orang murid lelaki dan
26 orang murid perempuan. Kelas Enam Jupiter merupakan kelas pertama daripada tiga kelas
tahun enam.Murid-murid ini merupakan murid harapan sekolah untuk mendapat keputusan 5A
dalam UPSR 2015. Berdasarkan jadual saiz sampel yang dikemukakan oleh Krejeie dan
Morgan(1970), dari saiz populasi tersebut hanya 3 orang pelajar telah dipilih sebagai sampel
kajian ini. Saiz minimum sampel yang diperlukan ialah 3 orang pelajar. Oleh itu pengkaji telah
memutuskan untuk mengambil sampel sebanyak 3 orang sahaja.
7.0 INSTRUMEN KAJIAN
Borang soal selidik dan temu bual ini mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan
latar belakang responden yang mempunyai item-item seperti jantina, bangsa dan
umur. Dalam bahagian seterusnya mengandungi soalan-soalan yang dapat mengukur
hubungan rakan sebaya, jadual waktu pelajar, persekitaran (bilik darjah), bebanan tugas dan
sejarah keluarga yang mempengaruhistressdi kalangan pelajar-pelajar tahun enam di SKTD
dengan menggunakan format jawapan skalaLikert.
8.0 ANALISIS DATA
7
EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015
Semua data yang dikumpul dianalisa secara kualitatif dan kuantitatif dan menghuraikan secara
deskriptif.Pengkaji menterjemahkan data yang diperoleh ke dalam bentuk jadual, graf dan
huraian deskriptif. Analisis data yang diperoleh kelak akan menjawab persoalan kajian yang
dijalankan.
Persoalan Kajian 1
4.1.1 Untuk mengenal pasti sama ada faktor sejarah keluarga menjadi punca stressdi kalangan pelajar.
Persoalan kajian 1 ini diukur berdasarkan catatan hasil temu bual berstruktur (Lampiran A) dan
hasil dapatan berdasarkan item yang terdapat dalam borang soal selidik (Lampiran B).Peristiwa
dalam keluarga juga akan menjadi punca murid mengalami gangguan emosi. Peristiwa dalam
keluarga selalunya melibatkan perubahan yang besar dan penyesuaian dalam kehidupan
murid. Peristiwa dalam hidup mungkin bersifat positif atau negatif dan melibatkan diri sendiri
atau orang yang tersayang. Contohnya keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan kurang
mesra, tidak menaruh minat terhadap anak-anak, bercerai, terdapat kematian dan perpisahan
akan membawa keadaan gangguan emosi dan penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil.
Pengaruh keluarga yang negatif menjadi punca stress dalam kalangan murid.
Manakala peristiwa hidup yang positif termasuk ibu bapa prihatin, saling menyayangi
dan memenuhi keperluan anak-anak dan sebagainya. Peristiwa dalam kehidupan keluarga
seperti yang dinyatakan itu memberi kesan ke atas masalah emosi seseorang murid. Sesuatu
peristiwa akan mengaruhi emosi murid dan selalunya mereka akan menunjukkan tindak balas
fizikal, emosi dan tingkah laku seseorang. Keluarga yang mesra antara satu sama lain,
demokratik dan ibu bapa yang memenuhi keperluan kanak-kanak akan meningkatkan
penyesuaian kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang melihat dirinya diterima oleh ibu
bapanya akan menunjukkan aspirasi ego yang lebih tinggi, ketabahan dan ketekunan dalam
melaksanakan sesuatu perkara.
Persoalan Kajian 2
4.1.2 Untuk mengenal pasti sama ada faktor bebanan tugas/jadual menjadi punca stressdi kalangan pelajar.
Apakah perkara-perkara yang berkaitan dengan bebanan tugasan yang menjadi puncastress
kepada pelajar? Terdapat kajian yang membuktikan bahawa peperiksaan menjadi salah satu
puncastressseperti yang dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh Atkinson(1998).Tugasan
8
EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015
dan peperiksaan merupakan dua perkara yang saling berkait antara satu sama lain. Menurut
Atkinson(1998), bebanan kerja terlalu banyak dalam masa yang singkat juga boleh
mengakibatkanstress. Kebanyakan pelajar menyatakan berasastressapabila bebanan
tugas akademik terlalu banyak. Dapatan kajian ini menyokong hasil kajian Mastura (2007).
Kebanyakan pelajar berasa tertekan apabila mereka diberikan tugas-tugas lain. Pelajar
seharusnya tidak diberikan jadual waktu yang padat kerana ini akan menyebabkan
pelajar berasa tertekan. Berdasarkan kajian lepas, dapatan kajian Siti Rohani (1991)
menunjukkan faktor jadual waktu yang padat merupakan faktor yang dikenalpasti
memberistresskerja kepada pelajar.Dari segi akademik pula, menyenaraikan kerja kelas yang
banyak, aktiviti harian sekolah yang padat, pembahagian masa yang tidak sempurna dan
penyediaan jadual yang tidak teratur menyebabkanstresspada kebanyakan pelajar.
Persoalan Kajian 3
4.1.3 Untuk mengenal pasti sama ada faktor persekitaran (bilik darjah) menjadi punca stress di kalangan pelajar.
Faktor persekitaran (bilik darjah) menjadikan pelajar berasa stress apabila tidak mempunyai
tempat belajar yang selesa, suasana bising semasa kuliah serta keadaan bilik kuliah yang agak
sempit dan kurang selesa. Dapatan kajian ini disokong oleh Riggio(2003) yang menekankan
bahawa faktor persekitaran pembelajaran boleh mendatangkan masalahstresskepada individu.
Walau bagaimanapun, dapatan kajian ini bertentangan dengan hasil kajian Ooi(2002) yang
mendapati bahawa faktor persekitaran sebagai penyumbang paling utama stress
pelajar berbanding faktor akademik.
Susun atur fizikal bukan sahaja dapat mempengaruhi sikap pelajar malah juga sikap pensyarah
dan ini dapat menyumbangkan kepada peningkatan akademik serta memperelokkan tingkah
laku pelajar. Suasana bilik kuliah yang positif bukan sahaja akan menggalakkan pembelajaran
yang menyeronokkan tetapi juga memberi ruang kepada pelajar untuk lebih mudah dan cepat
memahami pelajaran dengan cara yang lebih efektif. Susun atur suasana fizikal memainkan
peranan penting dan pensyarah haruslah memainkan peranan untuk berusaha sebaik mungkin
untuk menambahbaik daya tarikan bilik kuliah tersebut.
Persoalan Kajian 4
4.1.4 Untuk mengenal pasti sama ada faktor rakan sebaya menjadi punca stress di kalangan
9
EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015
murid.
Faktor stress daripada rakan sebaya juga merupakan salah satu sebab yang boleh
menyebabkan kreativiti seseorang pelajar itu akan terbantut. Omardin (1999) menjelaskan,
terdapat empat kumpulan pelajar dan rakan sebaya yang utama di dalam proses pembelajaran
di dalam bilik darjah. Empat kumpulan berkenaan adalah:
a. Kumpulan pelajar yang mempunyai sikap sahsiah yang seimbang dan rasional.
b. Kumpulan pelajar yang mempunyai sikap sahsiah yang matang dan seimbang.
c. Kumpulan pelajar yang mempunyai sikap sahsiah yang seimbang.
d. Kumpulan pelajar yang mempunyai sikap sahsiah yang kurang seimbang.
Kumpulan-kumpulan pelajar ini adalah terdiri daripada rakan sebaya yang berada di sekeliling
setiap individu pelajar itu setiap hari. Sekiranya di dalam sebuah kelas itu mempunyai
peratusan kumpulan pelajar dari kumpulan satu dan dua,kebarangkalian pelajar-pelajar dari
kelas berkenaan untuk menyelesaikan sebarang permasalahan mungkin tidak mempunyai
halangan danstress.
9.0 KEPUTUSAN KAJIAN
10
EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015
Berdasarkan jadual 1.2, dapatan kajian menunjukkan faktor bagi bebanan tugas mempunyai
nilai skala yang paling tinggi iaitu beban tugas dan jadual waktu pelajar sebanyak 3 dan ini
menunjukkan responden bersetuju dengan faktor tersebut.Diikuti dengan faktor persekitaran
(bilik darjah) di mana nilai skala adalah 3 dan faktor peristiwa keluarga dengan nilai skala
sebanyak 3.Ini menunjukkan responden bersetuju dengan ketiga-tiga faktor ini.Selain itu, nilai
skala bagi faktor rakan sebaya adalah sebanyak 2.Ini juga menunjukkan bahawa responden
bersetuju dengan faktor ini.Hasil kajian menunjukkan faktor rakan sebaya mempunyai nilai
skala yang paling rendah iaitu 2.Ini menunjukkan murid lebih mempercayai rakan-rakan
daripada keluarga.
Bil Faktor-faktor stress Skala Itemkeseluruhan
Tafsiran
1 Sejarah Keluarga 3 Setuju
2 Bebanan Tugas/Jadual 3 Setuju
3 Persekitaran (Bilik darjah) 3 Setuju
4 Rakan Sebaya 2 Setuju
Jadual 1.2: Menunjukkan Faktor keseluruhan Skala untuk setiap faktorstress
10.0 PERBINCANGAN
11
EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015
1 . Faktor bebanan tugas dan jadual pelajar mempengaruh stress di kalangan
pelajar
Objektif kajian yang pertama iaitu untuk mengenalpasti faktor bebanan tugas mempengaruhi
Stress di kalangan pelajar SK Taman Daya. Bagi menjawab persoalan ini, sebanyak 5 soalan
telah dikemukakan kepada responden.Hasil dapatan kajian mendapati min keseluruhan ialah
sebanyak 4.13.Ini menunjukkan responden bersetuju dengan faktor ini.Faktor bebanan tugas
ini diakui menunjukkan bahawa tugasan yang terlalu banyak merupakan salah satu punca
stress pelajar.Selain daripada tugasan, terdapat juga kajian yang mendapati bahawa
peperiksaan menjadi salah satu punca stress seperti yang dibuktikan melaui kajian yang
dijalankan oleh Abdullah (2003).Tugasan dan peperiksaan merupakan dua perkara yang saling
berkait.Namun tugasan yang terlalu banyak bagi setiap subjek yang dipelajari boleh
membebankan pelajar dan menafikan hak mereka untuk berseronok semasa di alam remaja.
2. Faktor persekitaran mempengaruh stress d i ka langan pe la ja r
Objektif kajian yang kedua iaitu untuk mengenal pasti faktor persekitaran
mempengaruhistressdi kalangan pelajar. Bagi menjawab persoalan ini, sebanyak 10 item
soalan telah dikemukakan kepada responden.Hasil dapatan kajian mendapati skala
keseluruhan ialah sebanyak.Ini menunjukkan responden bersetuju dengan faktor ini. Selain
aktiviti akademik, persekitaran pembelajaran juga stressberkait dengan masalah
pelajar. Keadaan bilik kuliah yang tidak selesa dan peraturan kelas yang terlalu ketat antara
punca berlakunyastressdalam kalangan pelajar.
Faktor persekitaran (bilik darjah) menjadikan pelajar berasa stress apabila tidak mempunyai
tempat belajar yang selesa, suasana bising semasa kelas serta keadaan bilik darjah yang agak
sempit dan kurang selesa. Dapatan kajian ini disokong oleh Riggio
(2001) yang menekankan bahawa faktor persekitaran pembelajaran boleh mendatangkan
masalah stress kepada individu. Walau bagaimanapun, dapatan kajian ini bertentangan dengan
hasil kajian Ooi (2002) yang mendapati bahawa faktor persekitaran sebagai penyumbang paling
utamastresspelajar berbanding faktor akademik.
3. Sejarah keluarga mempengaruhi stress di kalangan pelajar
12
EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015
Objektif yang ketiga ialah mengenal pasti faktor berkaitan pengaruh keluarga
mempengaruhistressdi kalangan pelajar. Hasil dapatan dari purata skala ialah 3 dan
menunjukkan responden bersetuju dengan faktor ini. Masalah yang dihadapi dalam keluarga
dan tidak dapat diuruskan dengan menjadi pendorong berlakunya stress dalam kalangan
murid.Terdapat ibu bapa bergaduh di hadapan anak-anak, ini menyebabkan berlakunya
tekanan dari aspek emosi, fizikal dan mental. Sikap ibu bapa yang sentiasa sibuk sehingga
tiada masa untuk mendengar masalah anak-anak juga mendorong anak-anak mencari alternatif
lain untuk melepaskan tekanan perasaan. Faktor keluarga menjadi punca murid-murid
bertingkah laku agresif.Hal ini disebabkan mereka dibesarkan dalam keluarga yang sentiasa
menunjukkan sikap kasar dan agresif.
4. Faktor rakan sebaya mempengaruhi stress di kalangan pelajar
Objektif yang terakhir ialah iaitu untuk mengenal pasti faktor rakan sebaya mempengaruhi
stressdi kalangan pelajar SKTD. Bagi menjawab persoalan ini, sebanyak 10 soalan telah
dikemukakan kepada responden.Hasil dapatan kajian mendapati min keseluruhan ialah
sebanyak 2.Ini menunjukkan responden bersetuju dengan faktor ini.Masa remaja merupakan
masa di mana lnteraksi sosial berlaku lebih luas dan tidak terhad dalam lingkungan
kekeluargaan semata-mata.Berbeza dengan alam kanak-kanak, remaja mula mengalihkan
perhatian kepada rakan sebaya bahkan bagi sesetengah remaja, mereka lebih mempercayai
rakan sebaya berbanding dengan ibubapa mereka.
Rakan sebaya menjadi penting kepada remaja dan stress untuk diterima oleh rakan sebaya
kadangkala menyebabkan remaja melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan stress
kepada diri mereka sendiri. Keinginan sedemikian menjadi satu stress apabila ia tidak dapat
dipenuhi seperti yang dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh Omizo, Omizo dan
Suzuki(1988). Menurut Romano(1992) dan Ellis(2002), rakan sebaya didapati lebih banyak
menyumbang stress di kalangan pelajar. Dapatan ini kemungkinan disebabkan oleh kehidupan
seharian pelajar yang lebih banyak tertumpu bersama rakan sebaya bukan sahaja di dalam
bilik darjah bahkan di luar bilik darjah. Malahan, pelajar berasa stress apabila mempunyai
konflik dengan rakan sebaya. Contohnya situasi yang boleh menyebabkan stress kepada
responden ialah kesukaran menolak permintaan rakan walaupun berada dalam kesibukan.
Rakan sebaya juga banyak mempengaruhi cara berfikir dan bertindak seseorang murid.
11.0 Langkah-langlakah Menangani Masalah Gangguan Emosi dalam Kalangan Murid
13
EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015
Sebagaimana ahli falsafah Yunani Aristotle menegaskan, setiap individu mudah mengalami
gangguan emosi sekiranya seseorang itu tidak menguruskan sesuatu perasaan itu dengan
sebaiknya.Kini kebanyakan murid telah mengalami gangguan emosi kerana mereka tidak
menguruskan emosinya secara berpatutan dengan kebijaksanaan menggunakan kecerdasan
emosinya. Antara-antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru,ibubapa, murid dan
pihak sekolah adalah seperti berikut:
Amalkan Sikap Kepimpinan Demokratik
Sebagaimnana yang telah yang kita kepimpinan guru bersifat demokratik boleh
mewujudkan interaksi dua hala dan membawa suasana sosio-emosi yang sihat, mesra
dan harmonis di antara guru dengan murid-muridnya.Sifat kepimpinan demokratik ini
boleh mengurangkan suasana yang tegang dan menggalakkan murid-murid berdamping
rapat dengan guru, tidak merasa segan untuk bertanya atau mengemukakan pendapat
mereka. Sifat kepimpinan demokratik ini juga mendorong murid-murid berinteraksi di
antra satu sama lain, dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kumpulan.
Mengelolakan Banyak Aktiviti Kumpulan
Aktiviti Kumpulan member banyak peluang kepada murid-murid untuk berinteraksi di
antara satu sama lain. Oleh itu, guru harus berikhtiar merancang dan menguruskan
banyak aktiviti kumpulan untuk membolehkan murid-murid menjalankan aktiviti
pengayaan, aktiviti pemulihan, lakonan, sesi buzz, permainan pertandingan atau kerja
projek. Aktiviti-aktiviti sebegini akan merangsang murid untuk menampil diri kehadapan
bagi menyiapkannya serta mereka tidak akan berasa diri mereka diasingkan. Aktiviti-
aktiviti ini juga boleh menggalakkan murid untuk menujukkan bakat yang terpendan
dalam diri mereka.
Menggunakan Percakapan Yang Sesuai
Sebagaimana yang telah dihuraikan oleh Flanders, percakapan guru yang boleh
mewujudkan interaksi guru dengan murid-muridnya adala diklasifikasikan di bawah
kategori pengaruh tidak langsung.Ini bermakna, untuk mewujudkan interaksi dua hala,
selain menggunakan kaedah menyoal, percakapan guru harus boleh menggalakkan
murid mengemukakan pendapat atau memberi tindak balas mereka.Contohnya guru
boleh menggunakan modifikasi tingkahlaku yang bersesuaian.Peneguhan positif seperti
memuji diberi kepada murid yang menunjukkan tingkahlaku yang diingini.Hukuman
dikenakan perlu adil dan berseuaian.
14
EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015
Guru membantu murid yang bermasalah
Sekiranya terdapat murid yang mempunyai masalah peribadi seperti bersifat pendiam,
penakut, pemalu, guru seharusnya mengadakan sesi kaunseling untuk membantu
mereka mengatasi masalah peribadinya. Selepas itu guru menggalakkan mereka
menyertai dalam aktiviti pembelajaran bersama murid-murid yang lain. Guru harus juga
mendorong murid-murid normal supaya mereka dapat menerima murid-murid yang
bermasalah dalam kumpulan mereka dan tidak menyingkirkan murid-murid bermasalah
tersebut. Cara ini dapat mengelakkan mrid yang bermasalah mengalami gangguan
emosi.
Pihak sekolah Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah boleh menganjurkan program-
program yang berbentuk pendidikan sebagai tindakan sokongan dalam pembentukan
tingkahlaku. Program-program ini bertujuan membantu mereka yang mempunyai
masalah gangguan emosi untuk meningkatkan pencapaian akademik, membangunkan
kemahiran social, meningkatkan kemahiran dalam mengawal tingkahlaku dan
meningkatkan konsep kendiri murid-murid.
Murid bersifat self-efficacy
Mengikut Albert Bandura, murid haruslah bersifat self-officacy iaitu murid yang boleh
belajar daripada kekalahan, mengambil inisiatif mencari punca kekalahan, memikir
bagaimana memabaikinya demi menukarnya kepada kemenangan, dan bukan
membimbang atau menyedih kerana kekalahan. Murid belajar untuk memandang segala
perkara secara optimistic kerana ia merupakan cara yang paling berkesan untuk
menentang emosi yang kurang sihat ini.
Murid-murid yang mengalami gangguan emosi perlu mendapat perkhidmatan psikologi
dan kaunseling. Mereka ini perlu mendapat khidmat bimbingan kepada ahli psikologi,
kaunselor dan personel yang berkelayakan atau bertauliah. Kerjasama dengan ibubapa
juga perlu semasa seseorang murid itu mendapat bimbingan daripada ahli psikologi,
kaunselor dan personel yang bertanggungjawabnya. Ini kerana ibubapa juga perlu diberi
maklumat yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka.
Perbincanga antara dua pihak itu dibuat dari semasa ke semasa dan apa juga cadangan
untuk menangani masalah yang dihadapinya perlu dibuat bersama-sama.
15
EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015
Selain daripada itu, ibubapa juga membelikan buku-buku yang berkaitan dengan teknik-
teknik meningkatkan kecerdasan emosi dan menghadiahkannya kepada anak yang
mengalami gannguan emosi. Ibubapa juga memberikan beberapa tunjuk ajar tentang
cara menguruskan emosi masing-masing.
Guru atau ibubapa tidak memukul murid atau anak yang mempunyai tingkah laku yang
tidak diingini seperti anak yang seringkali ponteng sekolah atau anak yang merokok.
Murid perlu diberi peluang untuk mengenalpasti kesalahan atau tingkah laku yang tidak
diingini. Seterusnya diberi ruang untuk memperbaiki tingkah laku yang tidak diingini itu.
Ini kerana sekiranya mereka memukul anak tersebut wujudnya perasaan benci, marah
terhadap orang yang memukulnya dan anak itu tidak akan memperbaiki tingkah laku itu.
Ini akan meyebabkan anak atau murid itu mengalami gangguan emosi.
Murid-murid yang mengalami gangguan emosi perlu diberi bimbingan kerjaya. Dengan
ini, mereka akan meningkatkan konsep kendiri yang yang lebih positif.
Langkah-langkah di atas adalah langkah-langkah yang paling berkesan kepada murid yang
gagal menguruskan emosi ,mereka dengan berkesannya. Langkah-langkah di atas ini akan
membantu seseorang individu yang mengalami gangguan emosi untuk menguruskan emosinya
dengan lebih berkesan secara berpatutan dengan kebijaksanaan menggunakan kecerdasan
emosinya.
KESIMPULAN
16
EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015
Kesimpulannya, pengkaji mendapati bahawa faktor yang pertama iaitu beban tugas dan jadual
waktu pelajar merupakan faktor yang penting terhadapstressdi kalangan pelajar.faktor bebanan
tugas yang memberikanstressdi kalangan pelajar. Bebanan tugas yang terlalu banyak,
kesuntukan masa untuk menyiapkan tugasan memberikanstresskepada pelajar. Kebanyakan
pelajar menyatakan berasastressapabila bebanan kerja sekolah terlalu banyak dan arahan
tugasan yang kurang jelas menyukarkan mereka untuk memahami kehendak soalan.
Kebanyakan pelajar akan berasa tertekan apabila mereka diberikan tugas-tugas lain dan kerja
sekolah yang banyak setiap hari. Pelajar seharusnya tidak diberikan jadual waktu belajar
yang padat kerana ini akan menyebabkan pelajar berasa tertekan. Tambahan pula mereka
terpaksa menghadiri kelas tambahan berbayar pada waktu malam dan hari minggu. Ini
menambah stress para pelajar kerana tiada masa untuk beriadah bagi melepaskan
stress.Seterusnya, penyelidik mendapati faktor persekitaran(bilik darjah) menjadikan pelajar
berasastressapabila tidak mempunyai tempat belajar yang selesa, suasana bising
semasa kelas serta keadaan bilik kuliah yang agak sempit dan kurang selesa. Pelajar juga
mengalami stressdisebabkan oleh persekitaran fizikal sekolah yang usang. Untuk faktor
keempat, iaitu rakan sebaya merupakan faktor yang menyumbang terhadapstressdi kalangan
pelajar.Rakan sebaya juga mampu memberikan pengaruh yang besar terhadap murid.
Pengaruh rakan sebaya juga menjadi stress keranauntuk diterima oleh rakan sebaya
kadangkala menyebabkan remaja melakukan perkara-perkara yang boleh
mendatangkanstresskepada diri mereka sendiri.
REFLEKSI
17
EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015
Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya
akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan ini pada masa yang ditetapkan. Saya merakamkan
jutaan terima kasih kerana pensyarah pembimbing iaitu Puan Rosnah Binti Hj A. Rajak kerana
sudi mengajar dan membimbing saya sepanjang tugasan ini dijalankan. Selain itu, beliau sering
memberikan kata-kata rangsangan dan buah fikiran yang bernas kepada saya agar
menyempurnakan tugasan ini dengan baik.
Sepanjang tugasan ini dijalankan, saya berpeluang menimba pengalaman yang sangat
bermakna.Tugasan ini memerlukan saya menulis berkenaan dengan guru dan cabaran
semasa. Pelbagai informasi dan pengalaman baru telah saya peroleh sepanjang
menyelesaikan tugasan ini. Tidak kurang juga dengan halangan-halangan yang terpaksa saya
tempuh bagi memastikan tugasan ini dapat saya selesaikan pada masa yang ditetapkan dan
paling utama, ia dapat diselesaikan dengan berkualiti.
Saya merasakan tanggungjawab seorang guru sangat besar kerana gurulah yang
bertindak sebagai agen penggerak dan juga agen perubahan ke atas sistem pendidikan negara.
Saya mula menyedari bahawa untuk menjadi seorang guru yang baik bukan hanya bergantung
kepada peratusan murid yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang di dalam
peperiksaan sahaja, bahkan kejayaan seorang guru juga terletak kepada berapa ramai modal
insan berkualiti yang dapat dilahirkan oleh seorang guru itu.
Selain itu, saya juga menyedari bahawa sebagai pelaksana pendidikan, gurulah yang
berperanan dari peringkat akar umbi untuk memberi kesedaran kepada murid dan ibu bapa
tentang peluang pendidikan kepada mereka. Guru itu sendiri perlulah bersifat adil dalam
menyampaikan ilmu kepada setiap murid tanpa mengira latar belakang dan kelas sosial murid-
murid.
Saya telah mendapat azam baru untuk menjadi guru yang lebih baik pada masa akan
datang dan mendidik anak-anak didik saya dengan penuh kasih dan rasa ikhlas tanpa
mengharapkan sebarang balasan. Saya juga akan memberi pendedahan kepada murid-murid
saya tentang kepelbagaian ilmu pengetahuan bagi menyiapkan diri mereka ke arah globalisasi
supaya mereka mempunyai pengalaman-pengalaman baru yang tidak tertumpu kepada sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sahaja.
18
EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015
Transformasi pendidikan ini juga diharap dapat melahirkan lebih ramai modal insan
kelas pertama kerana lebih banyak peluang pendidikan didedahkan kepada pelajar pada hari
ini. Sebagai seorang guru, saya akan memastikan setiap pelajar saya mendapat peluang
pendidikan yang sama rata dan mereka mampu menjadi insan yang berjaya kelak. Saya juga
akan memberi pendedahan kepada masyarakat di luar tentang peluang-peluang pendidikan
yang disediakan pada hari ini.
Sekian.Wassalam..
19
EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015
RUJUKAN
.Abdul Rahman Md Aroff dan Chang Lee Hoon.(2000). Pendidikan Moral.
Petaling Jaya: Logman Malaysia Sdn. Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon, P.Y, Sharifah Fakhriah & Zuraidah A. Majid. (2010). Guru danCabaran Semasa. Shah Alam: Oxford Fajar.
Haliza Hamzah. (2009). Perkembangan Kanak-Kanak. Kuala Lumpur: Kumpulan Sdn. Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Akta Kanak-Kanak 2001(Akta 611) dan Peraturan-Peraturan. Selangor: International Law Book Services.
Mok, S.S. (1996). Pedagogi 1: Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah (1 ed.)Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
Syed Ismail Syed Mustapha & Ahmad Subki Miskon. (2010). Guru dan Cabaran Semasa.Selangor: Penerbitan Multimedia.
Ahmad Subhi Miskon dan Syed Ismail Syed Mustapa.(2013). Murid dan Alam Belajar.Kuala Lumpur: Freemind Horizons.
20
EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015
LAMPIRAN A
Deskripsi Temu Bual:
Jantina :
Bangsa :
Umur :
Berikut adalah beberapa soalan yang dikemukakan kepada 3 orang murid untuk mengenal
pasti tekanan emosi atau stress mereka.
Cikgu : Berapa tahun umur kamu?
Murid A : Umur saya 12 tahun.
Cikgu : Adakah kamu akan menghadapi UPSR pada tahun ini?
Murid A : Ya.
Cikgu : Kamu tahu apa itu ‘stress’ atau tekanan emosi?
Murid A : Stress itu, eee… tekanan perasaan.
Cikgu : Pernahkah kamu menghadapi stress?
Murid A : Ya.
Cikgu : Apakah punca kamu menghadapi stress?
Murid A : Saya stress bila banyak kerja sekolah, petang kena pergi sekolah agama, malam pulak saya kena pergi kelas tuisyen. Stress cikgu….lepas itu hari Jumaat dan Sabtu pun saya tuisyen . Kadang-kadang saya pun kena buat latihan untuk pertandingan bercerita, pertandingan tilawah Al Quran, pertandingan bola jaring…wakil sekolah. Penat cikgu…
Cikgu : Pernahkah kawan-kawan kamu membuatkan kamu berasa stress? Mengapa?
Murid A : Pernah. Saya tahu ramai kawan-kawan cemburu dengan saya kerana selalu terpilih untuk mewakili sekolah.
Cikgu : Adakah kelas kamu cantik? Kamu selesa belajar di dalam kelas kamu?Mengapa?
21
EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015
Murid A : Tidak cantik. Tidak begitu selesa kerana agak berabuk. Kawan-kawan malas menyapu.
Cikgu : Kamu akan menduduki UPSR, pernahkah kamu merasakan bahawa jadual harian atau belajar kamu sangat padat sehingga kamu tiada ruang untuk melakukan aktiviti kegemaran kamu?
Murid A : Ya. Hari Jumaat dan Sabtu saya pergi tuisyen kat Pusat Tuisyen. Saya tak boleh main basikal dan tonton cerita kartun lagi.
Cikgu : Bagaimana pula dengan pengharapan guru-guru dan ibu bapa kamu?
Murid A : Cikgu cakap saya mesti dapat 5A. Ibu bapa saya pun berharap saya dapat 5A.
Cikgu : Adakah pengharapan yang terlalu tinggi mereka ini memberikan tekanan emosi
kepada kamu? Mengapa?
Murid A : Ya. Saya takut tak dapat 5A.
Cikgu : Berapakah bilangan adik beradik kamu?
Murid A : Dua orang.
Cikgu : Adakah ibu bapa kamu selalu bergaduh?
Bila ibu bapa kamu bergaduh, adakah kamu berasa tertekan(stress). Mengapa?
Murid A : Ibu bapa saya tak pernah bergaduh.
22
EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015
Deskripsi Temu Bual:
Jantina :
Bangsa :
Umur :
Berikut adalah beberapa soalan yang dikemukakan kepada 3 orang murid untuk mengenal
pasti tekanan emosi atau stress mereka.
Cikgu : Berapa tahun umur kamu?
Murid B : 12 tahun.
Cikgu : Adakah kamu akan menghadapi UPSR pada tahun ini?
Murid B : Ya.
Cikgu : Kamu tahu apa itu ‘stress’ atau tekanan emosi?
Murid B : Eeee…rasa macam nak marah.
Cikgu : Pernahkah kamu menghadapi stress?
Murid B : Ya.
Cikgu : Apakah punca kamu menghadapi stress?
Murid B : Saya stress bila ibu bapa saya bergaduh. Mama atau papa marah pada saya dan adik-adik.
Cikgu : Pernahkah kawan-kawan kamu membuatkan kamu berasa stress? Mengapa?
Murid B : Tidak. Kawan baik saya selalu cakap saya mesti dapat 5A…lepas saya boleh masuk asrama.
Cikgu : Adakah kelas kamu cantik? Kamu selesa belajar di dalam kelas kamu?Mengapa?
Murid B : Tak begitu, tahun satu lebih cantik. Selesa jugak lah….Kami sibuk kena belajar untuk UPSR.
23
EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015
Cikgu : Kamu akan menduduki UPSR, pernahkah kamu merasakan bahawa jadual
harian atau belajar kamu sangat padat sehingga kamu tiada ruang untuk
melakukan aktiviti kegemaran kamu?
Murid B : Ya. Saya tidak boleh pergi bermain di taman permainan lagi.
Cikgu : Bagaimana pula dengan pengharapan guru-guru dan ibu bapa kamu?
Murid B : Cikgu selalu cakap saya mesti dapat 5A. Mama pun nak saya dapat
5A.
Cikgu : Adakah pengharapan yang terlalu tinggi mereka ini memberikan tekanan emosi
kepada kamu? Mengapa?
Murid B : Ya. Saya takut kena marah kalau tak dapat 5A.
Cikgu : Berapakah bilangan adik beradik kamu?
Murid B : Tiga orang.
Cikgu : Adakah ibu bapa kamu selalu bergaduh?
Bila ibu bapa kamu bergaduh, adakah kamu berasa tertekan(stress). Mengapa?
Murid B : Ya. Saya sedih sebab takut papa dan mama bercerai. Kenapa orang dewasa suka bergaduh.
24
EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015
Deskripsi Temu Bual:
Jantina :
Bangsa :
Umur :
Berikut adalah beberapa soalan yang dikemukakan kepada 3 orang murid untuk mengenal
pasti tekanan emosi atau stress mereka.
Cikgu : Berapa tahun umur kamu?
Murid C : 12 tahun, cikgu….
Cikgu : Adakah kamu akan menghadapi UPSR pada tahun ini?
Murid C : Ya.
Cikgu : Kamu tahu apa itu ‘stress’ atau tekanan emosi?
Murid C : Perasaan yang tertekan.
Cikgu : Pernahkah kamu menghadapi stress?
Murid C : Ya.
Cikgu : Apakah punca kamu menghadapi stress?
Murid C : Saya takut bila cikgu ‘Z’ mengajar. Cikgu suka cubit kalau salah jawab. Kalau tak lulus ujian pun cikgu cubit/rotan….sakit sangattt.
Cikgu : Pernahkah kawan-kawan kamu membuatkan kamu berasa stress? Mengapa?
Murid C : Tidak. Mereka selalu beri kata-kata semangat untuk saya lulus periksa.
Cikgu : Adakah kelas kamu cantik? Kamu selesa belajar di dalam kelas kamu?Mengapa?
Murid C : Cantik sikit…tahun satu lebih cantik. Selesa. Ada kipas, meja, kerusi dan lain- lain.
25
EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015
Cikgu : Kamu akan menduduki UPSR, pernahkah kamu merasakan bahawa jadual
harian atau belajar kamu sangat padat sehingga kamu tiada ruang untuk
melakukan aktiviti kegemaran kamu?
Murid C : Ya. Saya kena pergi tuisyen dan buat ulangkaji di rumah. Saya tidak dapat
pergi bersiar-siar dan tengok wayang bersama kawan-kawan.
Cikgu : Bagaimana pula dengan pengharapan guru-guru dan ibu bapa kamu?
Murid C : Cikgu selalu cakap saya mesti dapat 5A, sebab itu cikgu denda kalau tak lulus.
Ibu bapa saya pun nak saya dapat 5A.
Cikgu : Adakah pengharapan yang terlalu tinggi mereka ini memberikan tekanan emosi
kepada kamu? Mengapa?
Murid C : Ya. Saya takut kena cubit/rotan dengan cikgu ‘Z’.
Cikgu : Berapakah bilangan adik beradik kamu?
Murid C : Enam orang.
Cikgu : Adakah ibu bapa kamu selalu bergaduh?
Bila ibu bapa kamu bergaduh, adakah kamu berasa tertekan(stress). Mengapa?
Murid C : Kadang-kadang. Ibu bapa saya bergaduh bila tak cukup duit. Saya sedih sebab saya orang miskin.
26
EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015
Deskripsi Temu Bual:
Tarikh :
Masa :
Tempat :
Berikut adalah beberapa soalan yang dikemukakan kepada 3 orang murid untuk mengenal
pasti tekanan emosi atau stress mereka.
Cikgu : Berapa tahun umur kamu?
Murid C : 12 tahun, cikgu….
Cikgu : Adakah kamu akan menghadapi UPSR pada tahun ini?
Murid C : Ya.
Cikgu : Kamu tahu apa itu ‘stress’ atau tekanan emosi?
Murid C : Perasaan yang tertekan.
Cikgu : Pernahkah kamu menghadapi stress?
Murid C : Ya.
Cikgu : Apakah punca kamu menghadapi stress?
Murid C : Saya takut bila cikgu ‘Z’ mengajar. Cikgu suka cubit kalau salah jawab. Kalau tak lulus ujian pun cikgu cubit/rotan….sakit sangattt.
Cikgu : Pernahkah kawan-kawan kamu membuatkan kamu berasa stress? Mengapa?
Murid C : Tidak. Mereka selalu beri kata-kata semangat untuk saya lulus periksa.
Cikgu : Adakah kelas kamu cantik? Kamu selesa belajar di dalam kelas kamu?Mengapa?
Murid C : Cantik sikit…tahun satu lebih cantik. Selesa. Ada kipas, meja, kerusi dan lain- lain.
27
EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015
Cikgu : Kamu akan menduduki UPSR, pernahkah kamu merasakan bahawa jadual
harian atau belajar kamu sangat padat sehingga kamu tiada ruang untuk
melakukan aktiviti kegemaran kamu?
Murid C : Ya. Saya kena pergi tuisyen dan buat ulangkaji di rumah. Saya tidak dapat
pergi bersiar-siar dan tengok wayang bersama kawan-kawan.
Cikgu : Bagaimana pula dengan pengharapan guru-guru dan ibu bapa kamu?
Murid C : Cikgu selalu cakap saya mesti dapat 5A, sebab itu cikgu denda kalau tak lulus.
Ibu bapa saya pun nak saya dapat 5A.
Cikgu : Adakah pengharapan yang terlalu tinggi mereka ini memberikan tekanan emosi
kepada kamu? Mengapa?
Murid C : Ya. Saya takut kena cubit/rotan dengan cikgu ‘Z’. Saya pun takut ibu bapa akan
marah.
Cikgu : Berapakah bilangan adik beradik kamu?
Murid C : Enam orang.
Cikgu : Adakah ibu bapa kamu selalu bergaduh?
Bila ibu bapa kamu bergaduh, adakah kamu berasa tertekan(stress). Mengapa?
Murid C : Kadang-kadang. Ibu bapa saya bergaduh bila tak cukup duit. Saya sedih sebab saya orang miskin.
LAMPIRAN BBORANG SOAL SELIDIK
Nama: _____________________________ Tahun:___________
28
EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015
Sila tandakan (/) pada ruangan yang disediakan mengikut skala pilihan anda.
1= Sangat tidak setuju
2= Tidak setuju
3= Kurang setuju
4= Setuju
5= Sangat setuju
Bil Item 1 2 3 4 5
1. Saya berasa stress untuk menghadapi peperiksaan UPSR.
/
2. Saya sangat bertuah kerana mempunyai ramai kawan yang membantu semasa saya sedih.
/ /
3. Saya berasa kelas saya cantik dan ceria./
4. Saya berasa jadual waktu persekolahan dan belajar sangat padat.
/
5. Saya rasa terbeban dengan kerja-kerja sekolah yang banyak pada setiap hari.
/
6. Saya menghadiri lebih daripada 1 kelas tuisyen bagi persediaan UPSR.
/
7. Saya berasa ibu bapa/guru kecewa jika saya gagal dapat 5A.
/
8. Saya tidak pernah melihat ibu bapa saya bergaduh./
9. Saya sangat suka berada di rumah daripada berada di luar.
/
10. Saya berasa penat dan kadang kala badan saya terasa sakit, sakit perut, pening dan sebagainya.
/
LAMPIRAN C
(5- sangat setuju; 4- setuju; 3- tidak pasti; 2- tidak setuju; 1-sangat tidak setuju)
29
EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015
Bil Item
Penilaian Murid ke atas item ( /3)
1 2 3 4 5
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
Saya berasa stress untuk menghadapi peperiksaan UPSR.
Saya sangat bertuah kerana mempunyai ramai kawan yang membantu semasa saya sedih.
Saya berasa kelas saya cantik dan ceria.
Saya berasa jadual waktu persekolahan dan belajar sangat padat.
Saya rasa terbeban dengan kerja-kerja sekolah yang banyak pada setiap hari.
Saya menghadiri lebih daripada 1 kelas tuisyen bagi persediaan UPSR.
Saya berasa ibu bapa/guru tidak kecewa jika saya gagal dapat 5A.
Saya tidak pernah melihat ibu bapa saya bergaduh.
Saya sangat suka berada di rumah daripada berada di luar.
Saya berasa penat dan kadang kala badan saya terasa sakit, sakit perut, pening dan sebagainya.
1
1
3
2
2
3
3
3
3
3
3
3
Jumlah ( /30) 0 0 1 1 28
Peratus ( %) 0 0 3.3 3.3 93.0
Penilaian Peserta dalam Borang Soal Selidik
30