View
73
Download
1
Category
Preview:
Citation preview
LAPORANKEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH
TAHUN 2017
TARIKH : JUMAAT / 3 FEBRUARI 2017MASA : 7.45 – 10.30 PAGITEMPAT : SJK(T) LADANG BANOPDANE
Kejohanan Merentas Desa merupakan salah satu aktiviti tahunan SJK(T) Ladang
Banopdane yang sering mendapat sambutan dan sokongan yang menggalakkan dalam
kalangan warga sekolah dan ibu bapa. Aktiviti ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum
SJKTLB dengan kerjasama para guru. Pada tahun ini, acara merentas desa ini hanya
melibatkan murid-murid tahun 3, 4, 5 dan 6 sahaja. Seramai 31 orang murid telah
mengambil bahagian.
Aktiviti bermula seawal jam 7.45 pagi. Guru-guru saling membantu menyusun
murid-murid kategori. Pada jam 8.00 pagi, guru bertugas telah mengambil kehadiran
murid-murid. Seterusnya, pada jam 8.05 pagi, murid-murid membuat aktiviti
memanaskan badan dan senaman areobik dengan dibantu oleh Puan Premah dan Cik
Komala. Selepas itu, Cik Premlatah memberikan taklimat kejohanan dan keselamatan
kepada semua peserta yang mengambil bahagian. Murid-murid perlu menghabiskan
larian jarak jauh sejauh 1km mengelilingi kawasan Kg. Rahmat, Bidor.
Tepat jam 8.35 pagi, acara merentas desa bagi kategori perempuan
dimulakan. Larian peserta dimulakan oleh Puan Krishnanveny sebagai pelepas. Pada
jam 8.40 pagi pula, peserta kategori lelaki pula dijalankan. Kejohanan pada tahun ini
berjalan lancar kerana mendapat bantuan keselamatan daripada staf sekolah.
Pada hari Isnin 6 Februari 2017, majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang
dijalankan. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Guru Besar SJKTLB, Puan
Krishnanveny. Hadiah disampaikan kepada 10 pemenang terawal bagi setiap kategori.
Para pemenang menerima hadiah berbentuk kalungan pingat. Bagi kategori lelaki,
Johan disandang oleh adik Vichnes, Naib Johan disandang oleh adik Yogeswaran dan
Tempat Ketiga pula dimenangi oleh adik Ajit Kumar. Bagi kategori perempuan pula,
Johan disandang oleh adik Subhashini, Naib Johan disandang oleh adik Jigashini dan
Tempat Ketiga dimenenangi oleh adik Yashvantra.
Kudapan telah disediakan kepada murid-murid iaitu dua jenis kuih dan jus oren
kepada murid-murid dan sarapan pagi kepada para guru. Aktiviti bersurai pada jam
9.45 pagi. Secara keseluruhan, kejohanan pada kali ini berjalan lancar. Tiada sebarang
kemalangan berlaku. Unit Kokurikulum SJKTLB mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Syabas diucapkan.
Diharapkan agar kita dapat merancang dan melakukan sesuatu yang lebih baik pada
masa mendatang. Semoga Tuhan membalas jasa baik kalian.
Laporan disediakan oleh,
(CIK.PREMLATAH A/P PERUMAL)Setiausaha,Kejohanan Merentas Desa SJKTLB.
Recommended