MEMELIHARA UKHUWAH ISLAMIAH.ppt

Preview:

Citation preview

MEMELIHARA UKHUWAH ISLAMIAH

AHLI KUMPULAN :NUR AFIQAH MOHD SABRI

THAHIRAH MOHD REDHUANANIS BAHIRAH HAJI YUSOFFNUR SHUHADAH MOHD@AB

RAZAK

Maksudnya : wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu kaum menghina kaum (lelaki) yang lain kerana mungki kaum yang dihina itu lebih baik daripada kaum yang menghina, dan janganlah pula kaum wanita menghina kaum wanita-wanita yang lain kerana mugkin kaum wanita yang dihina itu lebih baik daripada kaum wanita yang menghina. Janganlah kamu mencela diri kamu sendiri, dan janganlah kamu memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk, seburuk-buruk panggilan ialah panggilan fasik sesudah beriman. Sesiapa yang tidak bertaubat, mereka orang yang zalim. Wahai orang-orang yang beriman ! Jauhilah sifat banyak syak wasangka kerana sebahagian syak wasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan jangan ada sebahagian daripada kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah seseorang kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik. Bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya hanya Allah maha penerima taubat lagi maha penyayang.

SEBAB – SEBAB NUZUL

• Diturunkan ayat tersebut kepada Qaisy bin Syammas

• Seorang lelaki yang kurang pendengaran

• Telah menyebut gelaran penghinaan ibu kepada seorang fulan sehingga membuatkan si fulan itu malu

• Menurut Ad-dhohak, ayat tersebut diturunkan kepada satu kumpulan daripada Bani Tamim yang mengejek sahabat Rasulullah yang miskin dan selekeh

• Antara riwayat itu menyebut bahawa Ummu Salamah telah diejek oleh beberapa orang isteri Rasulullah kerana beliau rendah

• Ibnu Abbas – ayat ini diturunkan kepada salah seorang isteri Rasulullah kerana telah diejek

• Abu Jubairah – seorang lelaki mempunyai 2 hingga 3 nama lalu orang ramai memanggilnya dengan nama yang tidak disukainya

• Imam Ahmad – ketika Rasulullah sampai di Madinah, penduduk-penduduknya di panggil dengan nama gelaran yang tidak disukai mereka

• Para sahabat beranggapan ayat tersebut di turunkan kepada Salman Al-Farisi. Orang ramai yang mengetahui keburukannya telah menyebarkannya kepada orang ramai

JENIS-JENIS LARANGAN YANG TERDAPAT DALAM

AYAT

LARANGAN MENGHINA

• Allah melarang perbuatan menghina sesama saudara Islam untuk menjamin perpaduan

• Dilarang menghina dalam bentuk individu atau kumpulan :

~ orang kaya menghina orang miskin

~ orang miskin menghina sesama mereka• Perbezaan manusia hanya terletak pada

ketaqwaan bukan berdasarkan perkara yang zahir

LARANGAN MENCELA

• Membuka keaiban orang lain

• Larangan mencela ini bukan terhenti kepada diri sendiri sahaja bahkan meliputi semua orang kerana orang Islam adalah bersaudara

LARANGAN MEMANGGIL DENGAN GELARAN YANG BURUK

• Memanggil seseorang dengan sesuatu gelaran yang mendatangkan kemarahan apabila mendengarnya

• Ibnu Abbas – Allah melarang perbuatan mengejek dan menghina pesalah yang telah bertaubat

• Ulama’ – menyatakan hukum haram memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak disukainya

LARANGAN BURUK SANGKA

• Membuat tanggapan yang tidak baik terhadap seseorang tanpa usul periksa

• Menyebabkan porak peranda dalam masyarakat• Terbahagi kepada 2 :

~ haram – buruk sangka terhadap orang yang baik,terkenal soleh dan amanah

~ harus – orang yang terkenal dengan sifat buruk,fasik dan melakukan kejahatan (menjauhkan diri / berjaga-jaga)

LARANGAN MENGINTIP KESALAHAN ORANG LAIN

• Selidik dan cari rahsia mereka untuk tahu kelemahan dan keaibannya. (menyebabkan rasa malu dan maruah tercemar)

• Menghebohkan keaiban seseorang yang telah bertaubat.

• Dilarang bagi melindungi kehormatan orang yang telah bertaubat

LARANGAN MENGUMPAT

• Perbuatan membicarakan keaiban dan keburukan seseorang yang tidak disukainya samada dengan menyebutnya secara jelas atau secara isyarat.

• Allah membandingkan perbuatan ini dengan perbuatan memakan daging saudaranya sendiri yang telah mati.

Mengumpat yang diharuskan

Meminta fatwa• Diharuskan seseorang berkata kepada mufti seperti “saya

telah dianiayai oleh si fulan dengan perbuatan begitu begini...apakah hukumannya atau bagaimanakah cara untuk mendapatkan kembali hak saya?”

• Perbuatan ini diharuskan berdasarkan hadis: daripada aisyah r.a, bahawa Hinda binti Utbah telah berkata: wahai rasulullah! Sesungguhnya abu sufian

(suaminya)seorang lelaki yang kedekut,dia tidak memberi keperluan yang mencukupi kepadaku dan anak-anakku, melainkan aku mengambilnya tanpa dia mengetahui. Maka jawab rasulullah :ya!ambillah apa yang mencukupi bagimu dan anakmu dengan cara yang baik

Orang yang dizalimi

• Mereka harus menceritakan atau mengadu kepada hakim atau pihak berkuasa bentuk-bentuk kezaliman dan orang yang melakukan kezaliman ke atas dirinya.

• Firman Allah dalam surah an-nisaa’ ayat 148 yang bermaksud: Allah tidak menyukai ucapan buruk(yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dizalimi. Dan adalah Allah maha

mendengar lagi amat mengetahui

Memberi peringatan tentang orang fasik

• Harus menyebut keburukan orang-orang yang berterusan dan terus terang melakukan maksiat seperti peminum arak,penagih dadah dan yang sentiasa berada di tempat-tempat maksiat.

• bertujuan untuk memberi peringatan kepada orang ramai atau untuk menolak kemudaratannya.

Menjauhkan manusia daripada terkeliru

• Harus menerangkan kekurangan saksi, perawi-perawi hadis,pengarang-pengarang, pemberita-pemberita dan para pemimpin masyarakat sedangkan mereka tidak mempunyai keahlian dalam bidang tersebut.

Memperkenalkan seseorang dengan gelarannya

• Harus memperkenalkan seseorang dengan gelaran yang masyhur dan dikenali ramai apabila tidak mungkin diperkenalkan kecuali dengan gelaran tersebut.

• Antarannya untuk perawi hadis seperti al-a’war (juling), al-a’mash (rabun) dan al-a’raj (tempang).

HIKMAH LARANGAN

• Menunjukkan Islam sentiasa menekankan tentang akhlak dan silaturrahim antara masyarakat

• Perbuatan yang dilarang di dalam ayat memberi kesan buruk kepada umat

• Mengelakkan timbul perpecahan dalam rakyat

• Supaya umat Islam sentiasa hidup tenteram sebagai umat seagama

PERBUATAN YANG DI LARANG DI DALAM AYAT

PUNCA BERLAKU

• Kurang iman dan pengetahuan agama

• Hasad dengki dan cemburu sesama Islam

• Mengikut hawa nafsu dan kemarahan

• Sombong dan angkuh

AKIBAT

• Mendapat kemurkaan Allah dan azab di akhirat

• Dibenci dan dijauhi oleh orang• Menimbulkan perasaan marah dan

permusuhan dikalangan anggota masyarakat

• Mengaibkan dan menjatuhkan maruah• Melemahkan umat dan negara• Pelakunya tidak dipercayai

JALAN PENYELESAIAN

• Sentiasa beristighfar dan betaubat nasuha

• Redha dengan kurniaan dan nikmat Allah

• Bermuhasabah dan menyedari kekurangan diri sendiri

• Mempelajari ilmu-ilmu agama

• Sentiasa menghubungkan silaturrahim

KAEDAH ISTINBAT HUKUM

• Perbuatan menghina, mengejek dan memanggil seseorang dengan gelaran yang buruk adalah haram.

• Perbuatan prasangka sesama muslim, mengintip kelemahan dan keaiban serta mengumpat juga haram

SEKIANTERIMA KASIH