View
1.620
Download
4
Category
Preview:
Citation preview
PENDIDIKAN JASMANI ASAS
Keselamatan dalam Aktiviti Fizikal
Oleh Regina Resa Sharon Wong
dan Miko Lau
Pengenalan Apa itu KESELAMATAN?satu aspek yang sangat penting
semasa kita melakukan sebarang aktiviti fizikal.
Sekiranya aspek keselamatan tidak dititikberatkan, besar kemungkinan kemalangan akan berlaku.
Pertolongan Kecemasan
Definisi pertolongan kecemasan:- Rawatan pertama diberi kepada
pesakit/mangsa kemalangan.- Usaha rawatan pertama dalam keadaan
kecemasan sebelum ketibaan ambulans / pesakit mendapat rawatan daripada doktor.
Matlamat utama: untuk menyelamat nyawa mengelakkan kecederaan diri bertambah
buruk mengurangkan kesakitan sebagai persediaan sebelum diambil alih
oleh doktor
Langkah-langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal1. Sebelum kita memulakan sebarang
aktiviti fizikal, kita perlu melakukan pemanasan badan terlebih dahulu.
2. Pemakaian yang bersesuaian dengan aktiviti yang dilakukan. Sebagai contohnya, kita perlu memakai “boots” semasa permainan rugby dijalankan.
3. Lakukan senaman 2 jam selepas makan.Dapat menghindari daripada rasa loya,
muntah dan kekenjangan perut.Dapat menghindari daripada timbulnya
masalah kepada sistem penghadaman dan pernafasan.
4. Minum air secukupnya. Pastikan minum air secukupnya sebelum
melakukan senaman (sebaik-baiknya air kosong).
Galakkan minum air antara 6 hingga 8 gelas. Minum air pada setiap 15 hingga 20 minit,
terutamanya ketika cuaca panas. Elakkan minum air berkarbonat/bergas di
dalam tin atau botol. Minum air kosong sebelum, semasa dan
selepas bersenam.
Contoh cara memanaskan badan – berjalan pantas atau berlari setempat dan diikuti dengan aktiviti regangan dan kelonggaran.
Aktiviti regangan boleh membantu mengelakkan kecederaan pada otot, melancarkan pengaliran darah dan meningkatkan suhu otot selain meningkatkan fleksibiliti dan menggerakkan sendi-sendi pada julat pergerakan yang optimum.
Amalan menyejukkan badan dapat menyingkirkan asid laktik yang terkumpul di dalam otot.
Keselamatan Semasa MelakukanSenaman dan Aktiviti Fizikal
Jangan bersenam jika tidak sihat, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Jangan bersenam ketika cuaca sangat panas, sangat sejuk, terlalu gelap atau kadar pencemaran udara tinggi.
Jangan gunakan peralatan yang rosak. Berhenti segera jika terasa semput atau sakit dada
ketika bersenam. Jangan terus mandi selepas bersenam kerana ini akan
mengganggu sistem badan. Tunggu hingga badan telah sejuk dan peluh di badan telah kering, mandilah dengan air biasa.
Apa itu bantuan awal?
Bantuan awal adalah pertolongan yang diberikan kepada mangsa yang cedera tiba-tiba sebelum ketibaan pakar.
Apabila ingin memberikan bantuan awal, anda hendaklah mengenalpasti:
Adakan mangsa sedar? Adakah mangsa bernafas? Adakah mangsa berdarah teruk? Adakah mangsa keracunan?
Jenis-jenis Bantuan Awal
DRABCRICE
DRABC Menilai situasi mangsa menggunakan
kaedah DRABC.
- Danger (bahaya)
- Response (tindak balas/ reaksi)
- Airway (saluran penafasan)
- Breathing (penafasan)
- Circulation (pengaliran darah)
Danger - kepada kamu, kepada orang lain atau kepada
orang yang cedera.- Teruskan bantuan awal sekiranya ia selamat
dilakukan.
Response1.Sekiranya yang tercedera dalam keadaan yang
sedar: Goncang secara lembut orang yang tercedera
dan cuba berkomunikasi dengannya. Sebagai
contoh, Siapa nama kamu? Kamu dapat dengar
saya?
2.Sekiranya orang yang tercedera itu dalam keadaan sedar, periksa dan cuba mengawal pendarahan dan kecederaan yang lain.
3.Sekiranya orang yang tercedera dalam keadaan yang tidak sedar, pusingkan badannya mengiring ke tepi.
berlutut di sebelah orang yang tercedera, letakkan siku 90 darjah ke arah badan. letakkan tangan yang sebelah lagi di
dadanya. bengkokkan lutut orang yang tercedera.
Airway merupakan tindakan pertama yang perlu dilakukan
dalam proses CPR. Tujuan ia dilakukan adalah untuk memastikan
saluran udara untuk pernafasan adalah terbuka. Macam mana? membuka saluran udara ini dengan mendongakkan
kepala mangsa ke belakang dan angkat dagumangsa.(Kedudukan ini akan mengangkat lidah mangsa dari arah belakang tekak supaya ia tidak menghalang saluran udara).
Anda juga perlu membuat pemeriksaan visual ke dalam mulut mangsa dan gunakan jari anda untuk membuang sebarang bahan asing dari mulut. Contohnya gigi palsu yang pecah.
Airway
Breathing
Circulation
Breathing
Selepas saluran pernafasan dibuka, memeriksa pernafasan mangsa.
Dekatkan telinga anda ke sisi mulut dan hidung mangsa dengan keadaan muka menghadap ke dada mangsa.
Keadaan tersebut membolehkan anda mendengar bunyi pernafasan, merasa hembusan dan mata anda memandang tepat ke arah dada untuk melihat pergerakan turun-naik dada.
(kaedah 3M=mendengar, merasa, melihat). Jika tiada nafas anda perlu memberikan pernafasan bantuan. Contohnya, mulut ke mulut.
Circulation perlu dilakukan seiranya jantung mangsa telah
terhenti ataupun nadi mangsa telah tidak berdenyut.
Sekiranya mangsa mempunyai denyutan nadi anda hanya boleh meneruskan langkah kedua iaitu bantuan pernafasan sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri.
Langkah ketiga ini dilakukan dengan memberi tekan dan mampatan di dada mangsa. Semasa tekan dilakukan tangan anda hendaklah sentiasa lurus. Gunakan berat badan anda untuk melakukan tekanan. Pastikan kedudukan tekanan di tulang dada (sternum) dan sekitar dua jari dari atas hulu hati.(cuaran xiphoid)
Kaedah Pemulihan Pernafasan Mulut ke Mulut
1. Siasat kejadian kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan badan.
2. Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang.
3. Buang sebarang benda asing dari mulut.
4. Buka saluran pernafasan. Dongakkan kepala mangsa dan angkatkan dagu.
5. Tutupkan lubang hidung mangsa menggunakan ibu jari dan jari telunjuk anda.
6. Tentukan mulutnya terbuka.
7. Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga anda melihat dada mangsa bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran udara semasa hembusan dilakukan.
8. Angkatkan mulut dan biarkan udara keluar dari paru paru mangsa. Ambil masa sekitar 2 saat untuk memerhatikan sebarang reaksi.
9. Tarik nafas kembali dan ulangi langkah 1 hingga 8. Buatlah hembusan pada kadar 10 kali seminit.
Catatan: Gunakan kaedah mulut ke hidung sekiranya
mulut mangsa tersumbat dan tidak boleh dibersihkan dengan segera. Pastikan bibir mangsa dipicit rapi agar udara yang ditiup melalui hidung tidak keluar dari mulut.
Gunakan kaedah mulut ke mulut dan hidung sekiranya mangsa adalah bayi atau kanak-kanak yang kecil. Tiup dengan lembut dan perlahan agar tidak mencederakan paru-paru mereka.
Cara menahan darah
a)Tekanan tepat- tekan terus pada luka tersebut dengan kain bersih jika tiada apa-apa benda pada luka atau luka tidak disertai dengan patah.
1. Pembebatan (dressing) sebaik-baiknya gunakan kain / bahan yang disterikan.
2. Pada keadaan mendesak, tangan kosong boleh juga digunakan dengan menekan pada tempat berdarah.
3. Gunakan pembalut (bandage) untuk memegang pembebat.
4. Penekanan hendaklah dikekalkan sampai darah berhenti biasanya 10-15 minit.
Fungsi pembebatan
Memberi tekanan pada kawasan yang berdarah bagi mengawal pendarahan.
Menyerap darah dan sekresi 9rembesan) dari luka.
Mencegah pencemaran. Mengurangkan kesakiutan dan
melindungi luka.
Fungsi pembalutan
Menghadang pergerakan bahagian yang tercedera
Menyokong bahagian yang tercedera Melindungi bahagian yang cedera
Kegunaan kain anduh
Digunakan untuk menyokong anggota yang cedera.
Ia bagi mengurangkan kesakitan dan memudahkan mangsa atau pesakit ketika dipindahkan.
Berbentuk segi tiga untuk menganduh anggota yang cedera.
b.Tekanan tidak tepat- Gunakan ikatan penjerut.- Jangan biarkan ikatan penjerut lebih
daripada 15 minit. Komplikasi penggunaan cara ini boleh menyebabkan kecederaan pada otot, saraf dan pembuluh darah jika terlalu ketat.
- Ikatan yang longgar memburukkan lagi pendarahan.
- Ikatan yang lupa dilonggarkan sehingga beberapa jam menyebabkan anggota mati dan terpaksa dipotong.
c. Anggota terputus- kawal dari keluar berterusan. - Bahagian putus hendaklah dibungkus
dengan kain kasar yang basah, sebaik-baiknya dibasahkan dengan air garam isotonic yang suci kuman.
- Masukkan anggota putus dalam bekas plastik. Masukkan plastik tersebut ke dalam satu lagi bekas plastik yang mengandungi ketulan ais.
- Jangan rendam anggota putus secara langsing ke dalam ais. Hantar mangsa ke hospital.
Terseliuh dan Patah
1. Kepatahan (fraktur)- pukulan sipi- kecederaan berlaku jauh dari
tempat pukulan, misalnya patah tulang paha keran terjatuh dari tempat tinggi.
- Kecederaan otot (strain)- otot telah diregang secara berlebihan, mengguna otot secara mengejut.
- Terseliuh kecederaan pada sendi akibat rentapan yang kuat dan mengejut seperti berpusing secara mengejut semasa berlari.
Terseliuh Patah
Prinsip Rawatan secara Am Prinsip rawatan untuk kecederaan patah
adalah seperti berikut:
1. Memberi rawatan segera sekiranya berlaku keadaan yang mengancam nyawa seperti ganggian pernafasan dan pendarahan yang banyak.
2. Jangan pindahkan pesakit kecuali nyawanya terancam. Lakukan rawatan di tempat kejadian
3. Kurangkan kesemua pergerakan mangsa dan anggota yang cedera. Jangan cuba melurukan bahagian yang cedera.
4. Sekiranya kulit di bahagian patah terluka, jangan sentuh. Tutup dengan kain yang bersih.
5. Halang pergerakan anggota yang patah menggunakan anduh dan pembebat(bandage).
6. Periksa denyutan nadi seberapa kerap yang boleh dan pastikan jari-jari tangan tidak menjadi kebas akibat pembebatan yang terlalu ketat.
Airway- Melancarkan saluran penafasan.- Membuka saluran penafasan.
Breathing- Lihat dada mangsa adakah ia bergerak turun naik.- Cuba dengar bunyi mangsa bernafas.- Sekiranya mangsa bernafas, pastikan ia dalam
posisi yang stabil.- Kenal pasti dan cuba merawat pendarahan dan
sebarang kecederaan.
Circulation- Periksa denyutan nadi di leher mangsa.
RICE Rawatan terbaik untuk kecederaan acute.
Sebagai contoh, terseliuh dan ketegangan otot.
Rest (biarkan mangsa berehat) Ice (kurangkan kesakitan) Compression (kurangkan bengkak, dapat
melegakan kesakitan) Elevation (kurangkan bengkak, paling
efektif sekiranya tempat kecederaan lebih
tinggi daripada paras jantung)
Kecederaan acute
Mengikut pendapat Flegel (1992), kecederaan acute / otot dibahagikan kepada 2 jenis berdasarkan masa penyembuhan.
1. acute- cuts, strain, sprain 2. kronik
Recommended