View
16
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
Penyelidik UPM cipta mesin memanaskanmakanan mesra alam, jimat kos bahan bakar
¥;1~
HISHAMUDDIN (kiri) dan Norman menunjukkan cara menggunakan mesin Pempastur Ohmik.
Oleh Rosniza Mohd Tahayoniza@bharian. com.my
PENYELIDIK UniversitiPutra Malaysia (UPM)
. mencipta mesin merna-naskan makanan - PempasturOhmik -yang mesra alam, sekali gus memanfaatkan tenagaelektrik tanpa. menggunakandandang wap yang memerlukan bahan bakar.
Mesin itu lebih mudah danpraktikal kerana makanandipanaskan lebih pantas serta menyeluruh menggunakanhaba dalaman daripada arusulang alik (AC) yang mengalir melalui cecair.
Ketua kumpulan penyelidikberkenaan, Prof Dr NormanMariun, berkata penggunaannya membolehkan pengusaha industri makanan danminuman menjimatkan kosoperasi antara 30 hingga 75peratus, selain menghasilkanproduk bermutu kerana berupaya mengurangkan kegia>tan mikroorganisma yang boleh merosakkan makanan.
"Peiigusaha industri makanan dan minuman tidak perlurisau mengenai harga dieselatau gas yang tidak menentuatau kos pendandang wapyang mahal kerana ia dapatmengurangkan penggunaanbahan bakar dalam industriitu dengan memanfaatkan tenaga elektrik.
"Proses pempasteuranmenggunakan Pempastur Ohmik mudah dan murah tetapi menghasilkan produk ber-
" Pengusahaindustrimakanandanminuman
tidak perlu risaumengenai hargadiesel atau gasyangtidakmenentu atau
kospendandangwap yang mahalkerana ia dapatmengurangkanpenggunaan'bahan bakardalam industri itu
denganmemanfaatkan
tenaga elektrik"
Dr Norman MariunKetua kumpulanpenyelidik UPM
kualiti tanpa menggunakandandang.
"Makanan dan minumandipasteurkan seperti jus, susu dan sos juga boleh disimpan lama pada suhu rendahkerana proses membabitkankawalan suhu serta masa dapat memastikan tidak cepatrosak," katanya.
Mengulas kelebihan mesinitu, Norman berkata, ia mampumenjana haba lebih cekap iaitupada kadar 95 peratus berbanding 40hingga 60peratus menggunakan dandang.
Katanya, hal itu kerana pemanas ohmik menjana habayang perlu saja dan pengguna
tidak perlu menunggu alatmenjadi panas untuk digunakan, selain tiada air dandanguntuk dirawat.
"Dengan menggunakannya,kos modal dapat dijimatkanantara 30 hingga 60 peratus,kos pengendalian (50 hingga75 peratus) lebih rendah danpenjimatan bahan bakar (10hingga 50peratus).
"Walaupun harganya sekitar RMI5,000, ia dapat menjimatkan kos operasi pengusaha bagi jangka panjangkerana melaksanaka.n sistempenjanaan dan penggunaantenaga yang cekap," katanya.
Norman berkata, mesinPempastur Ohmik boleh 61i·sesuaikan kapasitinya mengi·kut keperluan industri iaitu250 liter sejam bagi syarikatkecil, 500 liter sejam unfukperusahaan kecil dan sede~hana serta 1,500 liter sejambagisyarikatbesar.
Hasil inovasi bersama ra·kan penyelidik, HishamuddinJamaludin, Dr Hisham Hizam,Nurulfaezawaty Jamaludin danArash Toudeshki itu menda·dapat pengiktirafan peringkatantarabangsa apabila meme·nangi pingat emas pada Ex·hibition of Ideas - Inventions- New Products (iENA) 2008,di Jerman, selain AnugerahInovatif Malaysia sempenaPameran Reka Cipta, Inovasidan Teknologi 2008.
Bagi memasarkan mesil1itu, UPM mengatur dua strategi iaitu mempromosi kepada beberapa syarikat untu~memohon Dana Tekno sert~melantik perunding bagi melaksanakan kajian pasaran.
Recommended