View
32
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
PERLAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM PEMBANGUNAN
BUDAYA KEUSAHAWANAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI
DAERAH JOHOR BAHRU, JOHOR
KHAIRUL NISAK BINTI OTHMAN
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Izajah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2009
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandangan : …………………………….
Nama Penulis : KHAIRUL NISAK BINTI OTHMAN
Tarikh : …………………………….
iii
DEDIKASI
Segala puji bagi Allah S.W.T yang maha pemurah bagi maha penyayang
kerana memberi ruang dan kesempatan
Khas buat suami tersayang Khalid Kamal bin Ahmad
yang banyak berkorban dan bersabar
Untuk bonda tercinta Siti Meryam binti Hamid
yang sentiasa mendoakan kejayaan dan kesejahteraanku
Buat ayahanda Othman bin Awang
yang sentiasa memberikan sokongan dan galakan
Istimewa untuk kekanda dan adinda Nurul Ashadiah, Nur Afifah,
Ainul Basirah dan Fatin Mahfuzah
yang sentiasa memberikan sokongan moral dan dorongan
Jasa kalian semua tetap dalam ingatan.
iv
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah S.W.T. setinggi
penghargaan ikhlas dan ucapan terima kasih kepada Penyelia Projek Sarjana
Muda, Puan Hanim binti Sulaiman dan Prof. Madya Dr. Mohd Hassan bin Mohd
Osman di atas bimbingan dan nasihat yang dberikan sepanjang tempoh kajian
Projek Sarjana Muda ini.
Kerjasama daripada pihak Johor Corporation khasnya Encik Ramli bin
Hj. Abdullah amatlah dihargai. Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan
oleh pihak sekolah yang terlibat dengan Projek Sarjana Mida ini terutamanya
kepada pengetua, guru pembimbing Program Tunas BISTARI dan pelajar yang
terlibat.
Perhargaan ini juga diberikan kepada para pensyarah dan rakan
seperjuangan khususnya 4 SPH sesi 2005/2009 serta keluarga yang banyak
membantu dan memberikan kerjasama bagi menjayakan projek ini. Terima kasih
ini juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau
tidak langsung dalam membantu menjayakan projek ini.
v
ABSTRAK
Kajian ini adalah bertujuan untuk menilai Program Tunas BISTARI dalam
pembangunan pembudayaan keusahawanan di sekolah-sekolah di daerah Johor Bahru,
Johor. Penilaian ini dibuat dengan mengkaji tentang kepuasan hati pelajar-pelajar
terhadap perlaksanaan Program Tunas BISTARI di mana faktor-faktor yang dinilai ialah
pengurusan program, kemudahan-kemudahan latihan yang disediakan, cara
penyampaian penceramah dan pengaplikasian Program oleh pelajar. Kajian ini adalah
berbentuk tinjauan dan penganalisaan dengan menggunakan soal selidik dan temubual.
Data-data yang diperolehi dianalisis secara peratusan menggunakan perisian komputer
iaitu ‘Statistical Packages for the Social Science’ (SPSS) versi 11.5’. Selain itu, seramai
8 orang guru pembimbing Program Tunas BISTARI ditemubual dan hasil temubual
diulas dan dirumus. Dapatan kajian mendapati para pelajar sangat berpuas hati dengan
perlaksanaan Program Tunas BISTARI di mana pengurusannya sesuai, baik dan teratur,
kemudahan-kemudahan yang disediakan sesuai dan lengkap serta pelajar berpuas hati
dengan penyampaian penceramah. Pelajar juga menyatakan bahawa mereka dapat
mengaplikasikan program ini. Secara keseluruhannya, pembangunan pembudayaan
keusahawanan dapat dijayakan apabila perlaksanaan Program Tunas BISTARI berjalan
dengan efektif dan dapat menarik minat pelajar terhadap keusahawanan. Untuk
memastikan Program Tunas BISTARI terus dilaksanakan, pelbagai pihak seperti pihak
vi
Johor Corporation, Jabatan Pelajaran Negeri, sekolah, guru dan pelajar perlu memainkan
peranan masing-masing. Antara cadangan yang dikemukakan adalah pihak sekolah
perlu bekerjasama dengan agensi-agensi luar bagi memperkenalkan program ini kepada
masyarakat. Aktiviti-aktiviti keusahawanan disekolah perlu diperbanyakkan dan
penyertaan program ini perlu diperluaskan dan tidak diterhadkan. Ini adalah untuk
memupuk budaya keusahawanan di kalangan pelajar tidak mengira umur atau kaum.
vii
ABSTRACT
The purpose of this research is to evaluate ‘Program Tunas BISTARI’ in the
development of entrepreneurship culture in school in Johor Bahru district, Johor. This
evaluation was carried out on the study of student satisfaction on the implementation of
‘Program Tunas BISTARI’ which focus on programme management, training facilities
that were provided, speakers’ delivery style and application of programme by student.
The type of this research is a descriptive survey and data is collected through
questionnaire and interview. 60 respondents which comprises of form two and form four
students were randomly selected. The data obtained was analyzed by using Statistical
Package for the Social Sciences (SPSS) version 11.5. Eight ‘Program Tunas BISTARI’
guidance teachers’ were interviewed. This research found that students were very
satisfied with ‘Program Tunas BISTARI’ implementation where the management is
suitable, good and orderly, facilities provided are suitable and complete and students are
satisfied with speakers’ delivery. Student also said that they are able to apply the
knowledge from this programme. On the whole, the development of entrepreneurial
culture can be successfully implemented provided the ‘Program Tunas BISTARI’ runs
smoothly and effectively and is able to attract students’ interest toward
entrepreneurship. In order to ensure this, various parties which include Johor
Corporation, State Education Department, school, teachers and student need to play
their role. The study suggests that schools need to cooperate with other agencies to
viii
introduce this programe to society, increase entrepreneurship activities in school and
increase participation without limitation. This is to cultivate entrepreneurship culture
among students irrespective age or race.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xv
SENARAI RAJAH xvii
SENARAI LAMPIRAN xviii
BAB I PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
x
1.1 Latar Belakang Masalah 2
1.2 Penyataan Masalah 4
1.3 Objektif Kajian 5
1.4 Persoalan Kajian 5
1.5 Kepentingan kajian 6
1.6 Skop Kajian 6
1.7 Batasan Kajian 7
1.8 Definisi Istilah 7
1.8.1 Usahawan 7
1.8.2 Keusahawanan 8
1.8.3 Pendidikan Keusahawanan 8
1.8,4 Pembudayaan Keusahawanan 8
1.8.5 Program Keusahawanan Remaja 9
1.8.6 Program Tunas BISTARI 9
1.9 Rumusan 10
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.0 Pengenalan 11
2.1 Keusahawanan 12
2.2 Ciri-ciri Keusahawanan 15
2.3 Nilai-nilai Murni Keusahawanan 17
2.4 Pembudayaan Keusahawanan 21
2.4.1 Kepentingan Pembudayaan Keusahawanan 25
2.5 Pendidikan Keusahawanan 26
xi
2.5.1 Kepentingan Pendidikan Keusahawanan 28
2.6 Program Latihan Keusahawanan 29
2.7 Penilaian Program Latihan Keusahawanan 29
2.8 Kemahiran Keusahawanan 31
2.9 Kajian Lepas 34
2.10 Rumusan 35
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 36
3.1 Rekabentuk Kajian 36
3.2 Kerangka Kajian 37
3.3 Tempat Kajian 39
3.4 Populasi Kajian 39
3.5 Sampel Kajian 39
3.6 Instrumen Kajian 40
3.7 Kandungan Soal Selidik 41
3.8 Kandungan Temubual 43
3.9 Prosedur Kajian 43
3.10 Kajian Rintis 44
3.11 Kaedah Analisis Data 45
3.10 Rumusan 45
BAB IV ANALISIS DATA
4.0 Pengenalan 47
xii
4.1 Bahagian A 48
4.1.1 Kekerapan dan Peratusan Responden
Mengikut Jantina 48
4.1.2 Kekerapan dan Peratusan Responden
Mengikut Bangsa 49
4.1.3 Kekerapan dan Peratusan Responden
Mengikut Umur dan Tingkatan 50
4.1.4 Kekerapan dan Peratusan Responden
Mengikut Jenis Sekolah 51
4.1.5 Kekerapan dan Peratusan Responden
Mengikut Cita-cita 53
4.2 Bahagian B 54
4.2.1 Adakah pengurusan Program Latihan Tunas
BISTARI sesuai, baik dan teratur? 55
4.2.2 Adakah kemudahan-kemudahan latihan
yang disediakan dalam Program Tunas
BISTARI sesuai dan lengkap? 57
4.2.3 Adakah pelajar berpuas hati dengan kualiti
penyampaian penceramah dalam Program
Tunas BISTARI? 59
4.2.4 Adakah Program Tunas BISTARI dapat
diaplikasikan oleh pelajar? 61
4.2.5 Analisis keseluruhan bagi Kesemua
Persoalan Kajian 62
4.3 Temubual 65
xiii
4.3.1 Temubual Pertama 66
4.3.2 Temubual Kedua 66
4.3.3 Temubual Ketiga 67
4.3.4 Temubual Keempat 68
4.3.5 Temubual Kelima 69
4.3.6 Temubual Keenam 69
4.3.7 Temubual Ketujuh 70
4.3.8 Temubual Kelapan 71
4.4 Rumusan 71
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 72
5.1 Rumusan Kajian 73
5.1.1 Rumusan Latar Belakang Responden 74
5.1.2 Rumusan Persoalan Kajian 75
5.1.3 Rumusan Temubual 76
5.2 Pebincangan Dapatan Kajian 77
5.2.1 Perbincangan Berkaitan Latar Belakang
Responden 77
5.2.2 Perbincangan Persoalan Kajian 1 78
5.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 2 80
5.2.4 Perbincangan Persoalan Kajian 3 81
5.2.5 Perbincangan Persoalan Kajian 4 83
5.2.6 Perbincangan Keseluruhan Persoalan Kajian 84
xiv
5.2.7 Perbincangan Temubual 86
5.3 Cadangan 87
5.4 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 89
5.5 Penutup 90
BIBLIOGRAFI 91
xv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
Jadual 3.0 Taburan dan Jumlah Item Set Soalan
Soal Selidik Bahagian B 42
Jadual 3.1 Jadual Skala Likert 43
Jadual 3.2 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 45
Jadual 4.0 Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Jantina 48
Jadual 4.1 Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Bangsa 49
Jadual 4.2 Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Umur
dan Tingkatan 50
Jadual 4.3 Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Jenis
Sekolah 51
Jadual 4.4 Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Cita-cita 53
Jadual 4.5 Taburan Responden Mengikut Peratusan, Kekerapan
dan Min Bagi Tanggapan Responden Terhadap
Pengurusan Program Tunas BISTARI 55
Jadual 4.6 Taburan Responden Mengikut Peratusan, Kekerapan
dan Min Bagi Kepuasan Responden Terhadap
xvi
Kemudahan Latihan Program Tunas BISTARI 57
Jadual 4.7 Taburan Responden Mengikut Peratusan, Kekerapan
dan Min Bagi Kepuasan Responden Terhadap
Penyampaian Penceramah Dalam Program Tunas
BISTARI 59
Jadual 4.8 Taburan Responden Mengikut Peratusan, Kekerapan
dan Min Bagi Pengaplikasian Progran Tunas BISTARI
Oleh Pelajar. 61
Jadual 4.9 Taburan Responden Mengikut Peratusan, Kekerapan
dan Min Keseluruhan Bagi Setiap Persoalan Kajian. 62
xvii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
Rajah 3.0 Kerangka Kajian 38
Rajah 4.0 Peratusan Responden Mengikut Jantina 49
Rajah 4.1 Peratusan Responden Mengikut Umur dan Tingkatan 51
Rajah 4.2 Peratusan Responden Mengikut Jenis Sekolah 52
Rajah 4.3 Peratusan Responden Mengikut Cita-cita 54
Rajah 4.4 Peratusan Keseluruhan Pilihan Responden 64
Rajah 4.5 Min Keseluruhan Bagi Kesemua Persoalan Kajian 65
xviii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 93
B Borang Soalan Temubual 97
C Pengesahan Item-item Soal Selidik 100
D Surat Kebenaran dari Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian
Pelajaran Malaysia 102
E Surat Kebenaran dari Jabatan Pelajaran Johor 104
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Dalam usaha membangunkan negara, pembangunan ekonomi adalah sangat
penting. Dan dalam pembangunan ekonomi, bidang keusahawanan adalah salah satu
bidang utama yang menjana ekonomi negara. Menurut Ab. Aziz (2000), keusahawanan
adalah merupakan suatu bentuk displin yang menjadi tonggak kepada pembangunan dan
pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Selain daripada itu, beliau menyatakan bahawa
keusahawanan merupakan aktiviti yang akan dapat menggerakkan dan merangsang
kejayaan serta peningkatan di dalam pembangunan ekonomi.
Menurut Nor Aishah (2002) uasahawan dianggap sebagai penggerak kepada
pembangunan ekonomi sesebuah masyarakat dan negara. Ini disokong oleh Zaidatol
Akmaliah dan Habibah (1997) di mana mereka menyatakan bahawa usahawan dapat
membantu negara menjadi makmur dalam erti kata lain dapat menyumbang tenaganya
kepada pembangunan ekonomi dan sosial.
Oleh itu, pihak kerajan perlu menumpukan perhatian kepada golongan ini di
mana pendidikan keusahawan perlu didedahkan dari peringkat sekolah. Menurut Nor
2
Aishah (2002) pembentukan usahawan melalui pendidikan adalah sangat perlu. Dan
menurut beliau lagi kerajaan Malaysia masih merupakan nadi utama dalam melahirkan
usahawan Bumiputera melalui perlaksanaan pelbagai program pembangunan. Di sini
dapat dilihat bahawa pendidikan keusahawanan perlu diperkukuhkan dengan adanya
program-program latihan keusahawanan sebagai tambahan.
Johor Corporation adalah sebuah organisasi korporat merupakan salah satu
badan kerajaan yang telah berinisiatif mewujudkan program latihan keusahawanan.
Antara program yang di kendalikan oleh Johor Corporation adalah seperti Didik
BISTARI untuk pelajar sekolah rendah, Tunas BISTARI untuk pelajar sekolah
menengah, Siswa BISTARI untuk pelajar untuk pelajar Universiti Teknologi MARA
dan BISTARI untuk para usahawan dan eksekutif Bumiputera.
Kesimpulannya bidang keusahawanan sangat penting kepada individu,
masyarakat dan negara bagi meningkatkan taraf hidup serta kemajuan pembangunan
negara. Untuk mencapai tujuan tersebut, pendidikan keusahawanan yang dijalankan di
sekolah perlu disertakan dengan kewujudan program-program latihan keusahawanan
sebagai tambahan bagi memupuk budaya keusahawanan di kalangan pelajar dan
menarik minat mereka memilih bidang ini sebagai kerjaya.
1.1 Latar Belakang Masalah
Bagi mencapai matlamat negara untuk berjaya dalam bidang ekonomi agar dapat
membangun sebagai negara yang maju, bidang keusahawanan perlu diterokai lebih
dalam oleh individu, masyarakat dan negara. Oleh itu pendidikan keusahawanan dan
program latihan keusahawanan adalah sangat penting untuk tujuan tersebut.
Pembangunan pembudayaan keusahawanan perlu dari peringkat awal lagi iaitu di
3
peringkat sekolah agar bidang keusahawanan ini dapat diterap kepada pelajar dan dapat
menarik minat mereka memilih bidang ini sebagai kerjaya.
Melihat kepada persekitaran, dapat diperhatikan bahawa usahawan bumiputera
terlalu sedikit jumlahnya. Ini disokong oleh Nor Aishah (2002) di mana beliau
menyatakan bahawa kaum bumiputera agak ketinggalan di dalam bidang keusahawanan
sehingga terdapat jurang perbezaan yang besar di kalangan masyarakat Malaysia. Oleh
itu, kaum bumiputera perlu mempelajari bidang ini dengan ledih mendalam untuk maju
dalam bidang ini dan perlu membangunkan budaya keusahawanan di kalangan mereka.
Menurut Ab. Aziz (2000) pembudayaan keusahawanan dapat melahirkan
usahawan yang kreatif dalam mencari jalan penyelesaian terhadap sebarang
permasalahan yang dihadapi. Dengan ini, mereka dapat mengejar kemajuan kaum lain
dan menaikkan taraf mereka dalam bidang ini. Untuk pembangunan pembudayaan
keusahawanan ini, tidak cukup dengan hanya mempelajari secara teori di sekolah.
Pelajar tidak dapat meneroka bidang ini dengan lebih mendalam.
Oleh itu, program-program tambahan yang berasaskan keusahawanan perlu
dilaksanakan bagi memperkukuhkan pengetahuan pelajar dalam bidang ini seterusnya
mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan mereka. Program-program ini perlu
dilaksanakan secara berterusan dari peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat
universiti malah perlu juga bagi mereka yang bergelar usahawan. Nor Aishah (2002)
telah bersetuju bahawa kanak-kanak disekolah rendah menonjolkan ciri-ciri
keusahawanan yang tinggi terhadap bidang keusahawanan tetapi menurun apabila
mereka di sekolah menengah.
Oleh itu, pembangunan pembudayaan keusahawanan perlu dilaksanakan dengan
sebaik mungkin di peringkat sekolah menengah kerana selepas peringkat ini mereka
akan memilih bidang khusus untuk melanjutkan pelajaran atau memilih untuk terus
bekerja. Dan diharapkan dengan pembudayaan keusahawanan ini dapat menarik minat
mereka agar memilih bidang keusahawanan sebagai bidang utama yang akan mereka
4
ceburi. Dengan ini, peratus kejayaan mereka untuk menjadi usahawan yang berjaya
adalah tinggi.
Sebagai usaha, pihak Johor Corpration telah melancarkan Program Tunas
BISTARI di peringkat sekolah menengah dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri
Johor. Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk memupuk, menyemai dan
melahirkan budaya keusahawanan di kalangan pelajar, untuk melatih pelajar dalam
bidang perniagaan secara amali, untuk memberi pendedahan peringkat awal kepada
pelajar tentang cabaran dan persaingan dalam bidang perniagaan, untuk meningkatkan
ilmu dan untuk melahirkan usahawan yang berkualiti.
Namun adakah bidang ini dapat dilaksanakan dengan baik dan mendapat
sambutan dan seterusnya dapat menjayakan matlamat untuk membudayakan bidang
keusahawanan dikalangan pelajar dan mencapai objektif Program Tunas Bistari atau
sekadar menjadi aktiviti sampingan di sekolah dan sebagai aktiviti tambahan yang hanya
untuk memenuhi masa lapang pelajar.
1.2 Penyataan Masalah
Berdasarkan kepada latar belakang masalah dapat dinyatakan di sini tujuan
kajian ini adalah untuk mengetahui adakah perlaksanaan Program Tunas BISTARI yang
dianjurkan oleh Johor Corporation di sekolah-sekolah menengah di daerah Johor Bahru,
Johor dapat memupuk budaya keusahawanan di kalangan pelajar. Dapat dilihat di sini
tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat perlaksanaan Program Tunas BISTARI
dalam pembangunan pembudayaan keusahawanan di sekolah-sekolah di daerah Johor
Bahru, Johor.
5
1.3 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk :
i. Mengenalpasti sama ada pengurusan Program Tunas BISTARI sesuai, baik
dan teratur.
ii. Mengenalpasti sama ada kemudahan- kemudahan latihan yang disediakan
dalam Program Tunas BISTARI sesuai dan lengkap.
iii. Mengenalpasti sama ada pelajar berpuas hati dengan kualiti penyampaian
penceramah dalam Program Tunas BISTARI.
iv. Mengenalpasti sama ada Program Tunas BISTARI dapat diaplikasikan oleh
pelajar.
1.4 Persoalan Kajian
Persoalan yang menjadi asas kepada kajian ini adalah untuk :
i. Apakah pengurusan Program Latihan Tunas BISTARI sesuai, baik dan
teratur?
ii. Adakah kemudahan-kemudahan latihan yang disediakan dalam Program
Tunas BISTARI sesuai dan lengkap?
iii. Adakah pelajar berpuas hati dengan kualiti penyampaian penceramah dalam
Program Tunas BISTARI?
iv. Adakah Program Tunas BISTARI dapat diaplikasikan oleh pelajar?
Recommended