View
184
Download
2
Category
Preview:
Citation preview
PKP 3116: SISTEM BAHASA MELAYU
Ahli Kumpulan : Muhammad Yussof Bin Sulaiman
Mohd Fadhli Bin Baharudin
Afizul Bin Ahmad Pahmin
ISL MINGGU 3
• Soalan : Dengan menggunakan kemahiran grafik,
nyatakan dan huraikan pembinaan klausa dan ayat.
KLAUSA• Klausa merupakan unsur terbesar di dalam ayat
dan ia mempunyai subjek dan predikat.• Contoh :
“Adik dilarang bermain di kolam kerana ditakuti jatuh”.
• Terdapat dua klausa iaitu :I. Adik dilarang bermain di kolamII. kerana ditakuti jatuh
Cari subjek dan predikat dalam ayat di atas?
Klausa bebas
• Klausa yang boleh berdiri sendiri sebagai ayat yang lengkap.
• Contoh :• Dia tidak datang jika tidak mendapat
keizinan.• Pakaiannya basah kerana hujan lebat.• Mereka berehat apabila tiba masanya.
Klausa tak
bebas
• Tak dapat berdiri sendiri kerana maknanya bergantung pada klausa bebas.
• Tugasnya sebagai penerang kepada klausa bebas.
• Contoh :• Dia tidak datang jika tidak mendapat
keizinan.• Pakaiannya basah kerana hujan lebat.• Mereka berehat apabila tiba masanya.
Jenis Klausa
AYAT
• Ayat merupakan unsur penting dalam
kajian bahasa.
• Unsur yang terkandung dalam ayat ialah
klausa dan bilangan klausa dalam sesuatu
ayat akan menentukan jenis ayat tersebut,
sama ada ayat tunggal atau majmuk.
Takrif ayat :
a. Arbak Othman (1983: 133)
“ Ayat ialah unit yang terbesar dalam tatatingkat tatabahasa. Sebagai
unit tatabahasa yang terbesar dan sempurna, ia tidak mungkin
menjadi unsur daripada unit yang lebih besar dalam tatabahasa. Satu
ayat boleh terbina daripada unit-unit tatabahasa yang lebih kecil:
klausa, rangkai kata, kata dan morfem. Ayat merupakan satu bentuk
pengucapan yang didahului dak diakhiri oleh kesenyapan. Maka ayat
lebih umum dikenali sebagai bentuk pengucapan yang mengandungi
fikiran yang sempurna.”
b. Asmah Hj. Omar (1980: 359)
“ ayat ialah unit yang paling tinggi dalam skala tatatingkat
nahu. Dalam perkataan lain, dalam tatabahasa tidak ada unit
yang lebih tinggi dan mempunyai ayat sebagai unsurnya.
Ayat terdiri daripada klausa yang disertai dengan intonasi
ayat yang lengkap, iaitu yang dimulai dengan kesenyapan
dan diakhiri dengan kesenyapan dan intonasinya
menyatakan bahawa ayat itu sempurna dan selesai.”
Binaan ayat• Ayat terdiri daripada dua unsur utama, iaitu
bahagian pertama disebut subjek dan bahagian kedua disebut predikat.
AyatSubjek
Bangunan itu
Predikat
tinggi
Ayat = Subjek + Predikat
Ayat Dasar
• Ayat dasar juga disebut sebagai ayat yang
menjadi sumber bagi pembentukan ayat-
ayat yang lain seperti ayat tunggal dan
ayat majmuk.
Pola
Subjek
Frasa Nama
Frasa Nama
Frasa Nama
Frasa Nama
Predikat
Frasa Nama
Frasa Kerja
Frasa Adjektif
Frasa Sendi Nama
Ada empat pola ayat dasar dalam bahasa Melayu
Pola•(FN + FN)
Subjek (FN)•Ali•Budak itu
Predikat (FN)•doktor.•adik saya.
Contoh ayat mengikut pola ayat dasar bahasa Melayu
Pola•(FN + FK)
Subjek (FN)•Penonton•Burung itu
Predikat (FK)•bertepuk tangan.•membuat sarang.
Pola•(FN + FA)
Subjek (FN)
•Rumah itu•Bapanya
Predikat (FA)
•besar.•selalu sibuk.
Pola•(FN + FS)
Subjek (FN)
•Kertas soalan•Ibu bapanya
Predikat (FS)•di dalam almari. •di Negeri Sembilan.
Ayat Tunggal
• Ayat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu
klausa sahaja, iaitu yang terkandung dalam
klausa itu satu konstituen subjek dan satu
konstituen predikat.
• Contoh :
Subjek•Encik Ahmad•Bangunan itu
Predikat•pensyarah•tinggi sekali
Binaan Subjek
• Subjek ayat tunggal terdiri daripada frasa
nama yang terbentuk daripada salah satu
unsur, iaitu kata nama, kata ganti nama, kata
kerja dan kata adjektif (yang berfungsi sebagai
kata nama).
Subjek•Bayi itu•Rumah itu•Pulau Pangkor•Kami •Bersenam
Predikat•lapar.•sangat besar.•di negeri Perak.•murid Tahun Lima.•menyihatkan badan.
Binaan Predikat
• Predikat sesuatu ayat tunggal dapat dibina
daripada unsur-unsur frasa nama, frasa kerja,
frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Subjek•Orang itu•Bangunan itu•Budaya•Dia •Burung itu •Budak itu•Pelajar itu
Predikat•guru saya.•menara Kuala Lumpur.•teras pencapaian.•masuk perlahan-lahan.•terbang tinggi di awan.•makan lauk.•mendengar nasihat rakannya.
Ayat Majmuk
• Ayat majmuk ialah ayat terdiri lebih daripada
satu ayat tunggal. Ayat-ayat berkenaan
dicantunkan berdasarkan peraturan-peraturan
tertentu sehingga menjadikan satu ayat baharu.
• Contoh :
Encik Ahmad pensyarah tetapi rakannya guru.
a. Encik Ahmad pensyarah
b. Rakannya guru
Ayat Majmuk
Ayat Majmuk Gabungan
Ayat Majmuk Pancangan
Ayat Majmuk Campuran
Jenis Ayat Majmuk
Ayat Majmuk Gabungan
• Mengandungi lebih daripada satu jenis ayat yang
terbina daripada gabungan ayat tunggal dengan ayat
majmuk atau cantuman beberapa ayat majmuk oleh
kata hubung seperti dan, atau, sambil, dan sebagainya.
• Contoh :
Dia pandai berbahasa Inggeris dan Arab
a. Dia pandai berbahasa Inggeris
b. Dia pandai berbahasa Arab.
Ayat Majmuk Pancangan
• Dibina daripada gabungan beberapa ayat yang
tidak setara. Ayat ini terbahagi kepada tiga jenis
iaitu ayat relatif, ayat komplemen dan ayat
keterangan.
I. Ayat relatif
Mempunyai penada relatif yang. Misalnya : Dia membeli kasut yang berwarna hitam itu.
a. Dia membeli kasut
b. Kasut itu berwarna hitam.
II. Ayat Komplemen
Ayat terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat komplemen dalam binaan ayat majmuk yang berfungsi sebagai unsur yang melengkapkan ayat tersebut dengan menggunakan penanda komplemen seperti bahawa, untuk, supaya dan sebagainya. Misalnya :
Abu mengetahui bahawa Amin telah pergi
a. Abu mengetahui ( sesuatu) (Ayat induk)
b. Amin telah pergi (Ayat komplemen)
III. Ayat Keterangan
Ayat keterangan ialah ayat majmuk yang dibina daripada satu ayat induk dengan satu lebih ayat kecil yang berfungsi memberi keterangan kepada predikat. Ayat-ayat kecil boleh terdiri daripada ayat yang mendukung keterangan musabab, akibat, syarat, waktu, pertentangan, harapan, cara, tujuan atau perbandingan. Misalnya :
a. Bayi itu menangis kerana dia lapar. (keterangan musabab)
b. Dia menjerit terlalu kuat hingga hilang suara. (keterangan akibat )
c. Jika mereka menang kita terpaksa mengakuinya. (keterangan syarat)
Ayat Majmuk Campuran
• Mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, iaitu
campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau
deretan pelbagai jenis ayat majmuk.
• Contoh :
Orang tua serta isterinya itu dibawa serta-merta ke hospital
kerana kedua-duanya tiba-tiba menghidap penyakit yang
mungkin disebabkan oleh makanan beracun.
Recommended