View
222
Download
0
Category
Preview:
DESCRIPTION
a
Citation preview
REFLEKSI BIG FASA 4
Syukur kehadrat ALLAH S.W.T kerana saya masih diberikan ruang dan
peluang untuk mengikuti program Bina Insan Guru (BIG) buat kali ke-4, bagi
semester empat. Program ini diadakan pada 12 Oktober 2015. Program Bina Insan
Guru (BIG) pada kali ini adalah berkisar mengenai ceramah berkenaan dengan
protokol dan penganjuran majlis rasmi. Program ini melibatkan semua guru pelatih
semester tiga dan empat yang telah diadakan di Dewan Asrama, Institut Pendidikan
Guru Kampus Kota Bharu. Ceramah protocol ini disampaikan oleh Ummi
. Melalui ceramah ini, banyak manfaat ataupun faedah yang telah saya dapat.
Antaranya adalah berkaitan dengan definisi ataupun konsep protokol itu sendiri.
Hasil daripada seminar tersebut, didapati bahawa protokol merupakan satu sistem
sopan santun yang perlu diamalkan dalam perhubungan rasmi dan juga merujuk
kepada segala peraturan yang perlu dipatuhi dalam menganjurkan majlis-majlis
rasmi bagi melancarkan sesuatu majlis tanpa melibatkan mana-mana pihak. Jika
sebelum ini saya hanya mendapat gambaran dan penjelasan mengenai protokol
melalui pembacaan, pada kali ini saya berpeluang untuk mendapat penjelasan dan
penerangan daripada orang yang amat-amat berpengalaman dan mahir dalam
bidang protokol. Orang dimaksudkan tersebut adalah Ummi sendiri. Selama ini,
beliau banyak mempengerusikan majlis-majlis yang melibatkan aspek protokol
seperti majlis Konvenkesyen, majlis orang-orang kenamaan dan sebagainya. Jadi
tidak hairanlah banyak input dan perkongsian ilmu serta pengalaman telah saya
peroleh melalui seminar yang telah disampaikan oleh beliau.
Di samping itu melalui slot protokol ini, saya dapat mengetahui jenis-jenis
majlis yang tidak terlepas dari aspek protokol. Antara majlis tersebut adalah majlis
penuh istiadat, majlis rasmi dan formal, majlis rasmi dan tidak formal, majlis tidak
rasmi tetapi formal serta majlis tidak rasmi dan tidak formal. Dari sini saya, dapat
mengetahui bagaimana perjalanan protokol dalam sesuatu majlis ini. Tambahan itu,
melalui slot ini saya juga mengetahi bahawa amalan protokol telah lama wujud
sebenarnya iaitu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Sebagai contoh,
amalan ini dapat dilihat berkisar tentang pantang larang antara raja dan rakyat. Oleh
itu, dapatlah disimpulkan bahawa slot ini banyak memberi input baru kepada saya
selaku bakal pendidik yang tidak akan terlepas dengan amalan protokol.
Begitu juga dengan slot kedua, iaitu slot yang berkaitan dengan aspek etika.
Melalui slot ini, penekanan diberikan berkaitan dengan etika pemakaian yang
seharusnya dipakai oleh seorang insan bergelar guru. Antaranya adalah dari segi
pemilihan warna bagi baju, seluar dan juga tudung ataupun selendang yang dipilih.
Melalui slot ini, penceramah ada menyebut bahawa pemaikan baju dan seluar
haruslah sedondon. Sebagai seorang guru juga, pemilihan baju yang bergaris tidak
digalakkan bagi guru lelaki, manakala bagi guru perempuan tidak digalakkan untuk
memakai barang kemas yang terlalu banyak. Hal ini kerana akan mengganggu
konsentrasi murid sewaktu berjalannya proses pengajaran dan pembelajaran.
Ternyata hal ini merupakan satu ilmu pengetahuan yang baru bagi saya sebagai
seorang bakal guru perempuan yang tidak akan terlepas daripada meminati barang
perhiasan. Tambahan itu melalui slot ini juga, ada dinyatakan mengenai pemilihan
stokin yang harus sedondon dengan warna kulit.
Selain itu juga, untuk makluman semua sepanjang berlangsungnya seminar
ini kuliah saya telah diamanahkan sebagai Ahli Jawatankuasa Kenamaan untuk
seminar ini. Dalam menjalankan tugas dan amanah ini, ternyata banyak ilmu dan
input baru yang telah saya dapat. Terutama apabila saya ditugaskan untuk melayan
tetamu-tetamu khas khususnya para penceramah. Layanan ini meliputi layanan
sewaktu makan dan sebelum majlis bermula. Ternyata sewaktu melayan para
jemputan makan juga mempunyai protokolnya yang tersendiri. Hal ini meliputi dari
aspek susun atur makanan yang harus dihidangkan, menyusunan tempat dan
sebagainya. Semua perkara ini kelihatan remeh, namun ternyata perkara yang
remeh ini sebenarnya penuh dengan peraturan ataupun sistem yang harus
diamalkan dalam sesuatu majlis.
Malahan itu juga, melalui tugas yang diamanahkan ini sedikit sebanyak
membantu saya untuk menjadi lebih berkeyakinan untuk berdepan dengan dengan
orang lain khususnya para penceramah bagi seminar ini. Sepanjang melayan para
penceramah, sedikit sebanyak meningkatkan keyakinan dalam diri saya untuk
bergaul dengan orang lain. Selain daripada itu, tugas ini juga memupuk sifat ramah-
mesra dalam diri saya. Sepanjang melayan para penceramah, banyak perkara
dibualkan sama ada yang berkaitan dengan isi ceramah yang telah disampaikan
ataupun perkara yang luar dari aspek seminar tersebut. Hal ini juga secara tidak
langsung mengeratkan lagi hubungan antara saya dengan para pensyarah yang
terlibat dalam menyampaikan seminar pada hari berkenaan.
Akhir kata, saya berharap pelaksanaan program ini dapat menambah bekalan
dan pengalaman dalam perjalanan menuju kecemerlangan sahsiah sebagai insan
bergelar pendidik seterusnya dimanfaatkan untuk memajukan anak bangsa dan
negara yang tercinta. Ucapan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang turut
sama membantu menjayakan program ini, khususnya kepada naqib dan naqibah
serta pensyarah-pensyarah yang terlibat. Ternyata semangat kerjasama antara
guru pelatih dapat dilihat sehinggalah berjayanya seminar ini dijalankan seperti yang
dirancang. Semoga segala input dan pengalaman dalam menguruskan seminar ini
akan tersemat di dalam hati setiap individu buat selama-lamanya.
Yang benar,
…………………………..
(KHAIRUL AFIFI MOHAMAD)
Recommended