View
250
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
1
UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN
PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU)
JABATAN PERDANA MENTERI
PERKHIDMATAN PEMBEKALAN, PEMASANGAN, PENGUJIAN DAN
PENGOPERASIAN SISTEM AUDIO VISUAL BAGI MAJLIS ANUGERAH INOVASI PERDANA MENTERI (AIPM) DAN
ANUGERAH INOVASI SEKTOR AWAM (AISA) 2016
untuk
UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN
PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU)
TARIKH PELAWAAN
29 NOVEMBER 2016 (SELASA)
TARIKH TUTUP SEBUT HARGA
02 DISEMBER 2016 (JUMAAT)
DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL
NOMBOR SEBUT HARGA: 24/2016
2
ARAHAN DAN SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA
1. Kenyataan Tawaran
1.1 Tender ini adalah dipelawa kepada penyebut harga yang berdaftar
dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang
221304 Audio Visual untuk melaksanakan Perkhidmatan Pembekalan,
Pamasangan, Pengujian Dan Pengoperasian Sistem Audio Visual
Bagi Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) Dan Anugerah
Inovasi Sektor Awam (AISA) 2016
1.2 Penyebut harga hendaklah memastikan tempoh pendaftarannya dengan
Kementerian Kewangan Malaysia masih sah dalam tempoh pengiklanan.
1.3 Tarikh Tutup
1.3.1 Tawaran sebut harga akan ditutup pada 02 Disember 2016
sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari
1.3.2 Tawaran yang lewat dikemukakan TIDAK AKAN
DIPERTIMBANGKAN.
2. Dokumen Sebut Harga
Penyebut harga boleh mendapatkan dokumen sebut harga berserta lampiran-
lampiran seperti yang dinyatakan di bawah melalui laman sesawang
www.mampu.gov.my.
3. Penyerahan Dokumen Tawaran Sebutharga
3.1 Penyebut harga hendaklah menyerahkan Dokumen Tawaran Sebut
Harga (Lampiran 1, 2, 3, 4, 5 dan 6) seperti di JADUAL 1:
3
3.2 Dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan secara serahan
tangan atau emel ke alamat seperti berikut:
Alamat:
Unit Pemodenan Tadbiran dan
PerancanganPengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 5, Seksyen Kewangan, Blok B2
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p: Urus Setia Perolehan)
Emel:
mohdhafedzy@mampu.gov.my; dan
zawiyah@mampu.gov.my;
3.3 Ketidakpatuhan kepada keperluan ini akan menyebabkan dokumen
Tawaran Sebut Harga TIDAK LAYAK DIPERTIMBANGKAN.
JADUAL 1
Lampiran 1 Borang Tawaran Harga (WAJIB)
Lampiran 2 Jadual Pematuhan Spesifikasi (WAJIB)
Lampiran 3 Surat Akuan Pembida (WAJIB)
Lampiran 4 Surat Perwakilan Kuasa (jika diwakilkan kepada bukan penama
didalam Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia)
Lampiran 5 Keterangan Penyebut Harga (WAJIB)
Lampiran 6
Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia
(WAJIB);
Sijil Pendaftaran Akuan Bumiputera (JIKA ADA);
Sijil Pendaftaran GST dengan JKDM (JIKA ADA);
Penyata bank satu bulan yang terkini (September 2016 atau
Oktober 2016) (WAJIB)
4
4. SYARAT-SYARAT AM
Penyebut harga hendaklah mematuhi semua syarat dan terma yang ditetapkan
apabila menyertai sebut harga. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat dan
terma di bawah ini akan menyebabkan tawaran penyebut harga tidak akan
dipertimbangkan.
4.1 Pembiayaan
Penyebut harga akan membiayai segala kos yang terlibat dalam
penyediaan dan penghantaran Dokumen Sebut Harga. Pihak MAMPU
tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kos yang terlibat dalam
proses penyediaan Dokumen Sebut Harga.
4.2 Keperluan Penyertaan Sebut Harga
4.2.1 Penyebut harga diwajibkan menyediakan keperluan infrastruktur
dari segi komputer, keperluan komunikasi dan internet serta
keupayaan sumber manusia untuk menyertai sebut harga ini dari
lokasi penyebut harga sendiri.
4.2.2 Keputusan sebut harga yang dikeluarkan adalah muktamad dan
tertakluk kepada Dasar dan Peraturan Perolehan Kerajaan
Malaysia.
5. Tempoh Sahlaku Tawaran
5.1 Tempoh sahlaku tawaran sebut harga adalah 60 hari daripada tarikh tutup
sebut harga.
5
5.2 Dalam keadaan berkecuali, sebelum tamat tempoh sahlaku tawaran asal,
MAMPU boleh meminta tempoh sahlaku tawaran dilanjutkan.
Permintaan dan jawapan akan dilakukan secara bertulis.
5.3 Penyebut harga yang bersetuju dengan permintaan ini tidak diperlukan
atau diminta untuk mengubah tawaran asal, tetapi hanya diminta untuk
melanjutkan tempoh sahlaku sebutharga.
6. Harga Tawaran
6.1 Harga-harga yang ditawarkan mestilah dalam Ringgit Malaysia (RM) dan
hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun serta kos tambahan
yang berkaitan seperti kos bungkusan, pembungkusan, penghantaran,
cukai atau duti kastam dan lain-lain kos yang bersangkutan dengan
pembekalan yang ditawarkan.
6.2 Harga-harga yang ditawarkan dalam sebut harga ini adalah tetap dan tidak
boleh dipinda selepas sebut harga ditutup dan akan berkuatkuasa selama
dalam tempoh sahlaku sebut harga. Harga yang ditawarkan oleh penyebut
harga yang berjaya hendaklah dipatuhi sepanjang masa perkhidmatan
berjalan dan tidak boleh dibuat sebarang perubahan.
6.3 Penyebut harga dikenakan kadar fi perkhidmatan bagi perolehan secara
elektronik sebanyak 0.8% bagi setiap transaksi tertakluk kepada had
maksimum berjumlah RM 9,600.00 bagi transaksi yang bernilai RM1.2 juta
atau lebih.
7. Skop Kerja
7.1 Penyebut harga yang berjaya adalah bertanggungjawab untuk
melaksanakan kerja-kerja berikut:
7.1.1 Sistem Visual
6
i. Penghantaran, pemasangan, pengujian dan pengoperasian
peralatan hendaklah dibuat pada tarikh-tarikh berikut:
a) Penghantaran dan pemasangan skrin LED: 14 Disember
2016;
b) Pengujian skrin LED (sesi raptai): 14 Disember 2016; dan
c) Pengoperasian skrin LED: 15 Disember 2016.
ii. Skrin LED berupaya memaparkan input daripada sistem multi
camera production (MCP) dan kandungan multimedia
(komputer) skrin utama.
iii. Sistem hendaklah mampu memaparkan kandungan multimedia
seperti format berikut:
a) Video : .mpg, .mpeg, .mp4 dan .mov.
b) Imej : .jpg dan .jpeg.
c) Dokumen : .ppt dan .pptx (Microsoft PowerPoint).
7.1.2 Sistem Audio
i. Penghantaran, pemasangan, pengujian dan pengoperasian
peralatan hendaklah dibuat pada tarikh-tarikh berikut:
a) Penghantaran dan pemasangan peralatan audio: 14
Disember 2016.
b) Pengujian peralatan audio (sesi raptai): 14 Disember 2016.
c) Pengoperasian peralatan audio: 15 Disember 2016.
ii. Sistem audio berupaya menyediakan keperluan audio bagi
input daripada komputer, peralatan muzik, sistem rakaman dan
ucapan (rostrum).
7
7.1.3 Sistem Rakaman
i. Penghantaran, pemasangan, pengujian dan pengoperasian
peralatan hendaklah dibuat pada tarikh-tarikh berikut:
a) Penghantaran dan pemasangan sistem multi camera
production (MCP): 14 Disember 2016.
b) Pengujian sistem MCP (sesi raptai): 14 Disember 2016.
c) Pengoperasian sistem MCP: 15 Disember 2016.
ii. Membuat penghantaran seperti berikut:
a) Rakaman video berterusan (raw) sepanjang majlis di dalam
cakera keras (hard disk);
b) Rakaman video suntingan (edited) sepanjang majlis di
dalam cakera keras (hard disk);
7.1.4 Sistem Pencahayaan
i. Penghantaran, pemasangan, pengujian dan pengoperasian
peralatan hendaklah dibuat pada tarikh-tarikh berikut:
a) Penghantaran dan pemasangan sistem pencahayaan: 14
Disember 2016.
b) Pengujian sistem pencahayaan (sesi raptai): 14 Disember
2016.
c) Pengoperasian sistem pencahayaan: 15 Disember 2016.
ii. Sistem pencahayaan berupaya menyediakan pencahayaan
berpadanan dengan perjalanan majlis khususnya semasa
8
ketibaan VIP, tayangan video, ucapan VIP, gimik dan
penyampaian hadiah.
8. Publisiti
Tiada maklumat berkenaan Dokumen Sebutharga boleh disiarkan di dalam
sebarang akhbar, majalah, media elektronik atau alat pengiklanan/media massa
kecuali telah mendapat kelulusan daripada MAMPU terlebih dahulu.
9. Tafsiran
Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah
diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan penyebut
harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia
sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul
mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.
10. Hak Menerima atau menolak
10.1 MAMPU berhak menerima atau menolak mana-mana sebut harga dan
membatalkan proses tawaran dan menolak semua penyebut harga pada
bila-bila masa sebelum sebut harga diberikan tanpa melibatkan apa-apa
tanggungan kepada penyebut harga yang terlibat atau tanpa
memerlukan pihak MAMPU untuk memaklumkan sebab-sebab
demikian kepada penyebut harga yang terlibat.
10.2 Pihak MAMPU adalah berhak mempersetujui tawaran penyebut harga
sama ada kesemuanya atau sebahagian daripadanya serta menambah
atau mengurangkan kuantiti barangan dalam spesifikasi.
10.3 Pihak MAMPU tidak terikat untuk menerima tawaran penyebut harga yang
terendah sekali atau mana-mana penyebut harga jua pun. Keputusan
MAMPU adalah muktamad dan MAMPU tidak diperlukan untuk memberi
sebab penolakan mana-mana penyebut harga.
9
11. Pembetulan Kesalahan
11.1 Sebarang pindaan atau pembatalan dalam sebut harga oleh
penyebutharga selepas dokumen sebut harga dihantar adalah tidak
dibenarkan sama sekali.
11.2 Jika terdapat apa-apa perbezaaan dalam pengiraan di dalam sebut harga
ianya akan dibetulkan oleh MAMPU seperti berikut:
(i) Jika terdapat perbezaan di antara jumlah dalam bentuk angka dan
perkataan, jumlah dalam bentuk perkataan akan diambilkira;
(ii) Jika terdapat perbezaan di antara kadar unit dan jumlah yang
didapati daripada pendaraban kadar unit dan bilangan, kadar unit
yang dicatitkan akan diambilkira; dan
(iii) Jumlah yang dinyatakan di atas sebut harga akan diubah oleh
MAMPU mengikut prosedur di atas bagi pembetulan kesalahan dan
penyebutharga adalah terikat atas perubahan ini.
12. Kaedah Perolehan
12.1 Pesanan Tempatan
MAMPU akan memberi notis bertulis dalam bentuk Pesanan Tempatan
kepada penyebutharga yang berjaya apabila sebut harga dipersetujui
dalam tempoh sahlaku sebut harga; dan
10
12.2 Penamatan Perkhidmatan
MAMPU mempunyai hak untuk menamatkan perkhidmatan pada bila-
bila masa apabila penyebutharga yang berjaya gagal memenuhi
obligasi sebut harga mengikut perjanjian.
14. Hak Milik dan Deliverables
12.1 Semua laporan dan deliverables adalah hak milik MAMPU dan tidak boleh
ditiru dan disalin dalam apa-apa bentuk media untuk pihak lain tanpa
kebenaran MAMPU.
12.2 Penyebut harga yang berjaya hendaklah memastikan supaya semua kerja
disempurnakan pada tarikh atau dalam tempoh yang telah ditetapkan.
15. Rasuah
15.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau
memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada
dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu
kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia 2009 (Akta 694).
15.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawarkan atau memberi apa-apa
suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang
ditawarkan atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan
segera ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai
polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan
suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia 2009 (Akta 694).
11
15.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap
anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau
pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan
rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009
(Akta 694).
15.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran
berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan
dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan
diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan
tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
16. Integrity Pact
Penyebut harga yang menghantar dokumen sebut harga hendaklah
menandatangani Surat Akuan Pembida bahawa ia tidak akan menawar atau
memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan projek. Wakil syarikat
yang menandatangani Surat Akuan Pembida hendaklah juga melampirkan Surat
Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat. Format Surat Akuan
Pembida adalah seperti di LAMPIRAN 3 dan Surat Perwakilan Kuasa adalah
seperti di LAMPIRAN 4.
17. Pertanyaan
Penyebut harga yang memerlukan sebarang penjelasan mengenai dokumen
sebut harga boleh merujuk kepada:
Encik Khairul Azrin bin Khairudin No. Tel : 03-8872 3041 Encik Mohd Hafedzy bin Mohd Nasir No. Tel : 03-8892 7452
12
LAMPIRAN 1
BORANG TAWARAN HARGA
SPESIFIKASI KUANTITI HARGA SEUNIT
HARGA (RM)
Perkhidmatan pembekalan, pemasangan, pengujian dan pengoperasian sistem audio visual bagi Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) dan Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) 2016 di Grand Ballroom, Hotel Marriott Putrajaya pada 15 Disember 2016; SISTEM VISUAL 1. LED Side Screen P4 10’ x 14’; Ratio 4:3 2. 42” Console LCD Monitor 3. 50” On Stage LCD Monitor 4. Digital Video Processors - Vmix Content Switching 5. LED Structure 6. Cables, Connectors, Jacks and Power Cables 7. Standby Technician 8. Any other item(s) not included in the above, but deemed necessary. SISTEM AUDIO 1. Mixing Console - Yamaha LS9 Digital Mixing Console 2. FM Microphone System - Shure U24D58MA (UHF) Dual Ch Receiver 3. FM Microphone System - Shure U2/58 Hand Held 4. Playback - Pioneer CDJ 1000MKII CD Player 5. Microphone - Shure Instrument Mic 6. Microphone - AKG GN50 (Rostrum Mic) 7. Meyer Sound Speaker - Melodie powered speaker @ KME 8. Meyer Sound Speaker - 700HP Powered Sub 9. Additional instrument as per LAMPIRAN 7 10. Any other item(s) not included in the above, but deemed necessary.
2 lot 1 unit 2 unit 1 set 1 lot 1 lot
2 orang 1 lot
1 unit 2 unit 4 unit 1 unit 1 lot
4 unit 12 unit 4 unit
1 lot
13
SISTEM RAKAMAN 1. Wired Camera HD (high defination) 2. Wireless Rf Camera 3. Video recorder 4. Multi-channel Video Switcher 5. B Raw footages of daily recorded video c/w hard disk 6. Edited files of recorded video c/w hard disk 7. Cable connectors, jacks and power cables 8. Stand by technician 9. Any other item(s) not included in the above, but deemed necessary.
SISTEM PENCAHAYAAN 1. Controller - Avolites Pearl 2004 2. Dimmer Pack - 5KW Lite Puter 12Ch Dimmer Pack 3. General Lighting - ADB 2K Fresnel Light 4. General Lighting - ETC Source Four Zoom 5. Effect Lighting - LED Par 6. Effect Lighting - Martin MAC 600 Wash 7. Effect Lighting - Martin MAC 2000 spot 8. Truss 9. Accessories & Cable 10. Any other item(s) not included in the above, but deemed necessary.
3 unit 1 unit 1 unit 1 lot 1 lot 1 lot 1 lot
2 orang 1 lot
1 unit 1 rack 6 unit 4 unit
14 10 10
As per plot 1 lot 1 lot
Harga (RM) Keseluruhan untuk tempoh satu hari tanpa 6%GST
Ringgit Malaysia .......................................................................................................................................................................................... .......................................................................................................................................................................................................................
Dengan ini saya mengesahkan bahawa semua penerangan di atas adalah benar dan semua harga yang ditawarkan adalah termasuk
semua kos yang terlibat dalam menyempurnakan segala skop kerja yang diperlukan oleh sebut harga ini.
14
Tandatangan dan Nama Penyebut harga : ………………………..............
Cop Rasmi Syarikat:
15
LAMPIRAN 2
JADUAL PEMATUHAN
Penyebut harga WAJIB untuk mematuhi semua keperluan yang telah dinyatakan dalam jadual
ini. Kegagalan untuk mematuhi mana-mana keperluan ini akan mengakibatkan Penyebut harga
berkenaan tidak dipertimbangkan.
Bil. Keperluan Pematuhan
(Ya/Tidak)
Maklum BalasPenyebutHarga
1.
Sistem Visual i.Penghantaran, pemasangan, pengujian
dan pengoperasian peralatan hendaklah
dibuat pada tarikh-tarikh berikut:
a) Penghantaran dan pemasangan
skrin LED: 14 Disember 2016;
b) Pengujian skrin LED (sesi raptai):
14 Disember 2016; dan
c) Pengoperasian skrin LED: 15
Disember 2016.
ii.Skrin LED berupaya memaparkan input
daripada sistem multi camera production
(MCP) dan kandungan multimedia
(komputer) skrin utama.
iii.Sistem hendaklah mampu
memaparkan kandungan multimedia
seperti format berikut:
a) Video : .mpg, .mpeg, .mp4 dan
.mov;
b) Imej : .jpg dan .jpeg.; dan
c) Dokumen : .ppt dan .pptx (Microsoft
PowerPoint).
2.
Sistem Audio i.Penghantaran, pemasangan, pengujian
dan pengoperasian peralatan hendaklah
dibuat pada tarikh-tarikh berikut:
16
a) Penghantaran dan pemasangan
peralatan audio; 14 Disember
2016;
b) Pengujian peralatan audio (sesi
raptai): 14 Disember 2016; dan
c) Pengoperasian peralatan audio: 15
Disember 2016.
ii.Sistem audio berupaya menyediakan
keperluan audio bagi input daripada
komputer, peralatan muzik, sistem
rakaman dan ucapan (rostrum).
iii.Peralatan tambahan yang diperlukan adalah seperti di Lampiran 7.
3.
Sistem Rakaman i.Penghantaran, pemasangan, pengujian
dan pengoperasian peralatan hendaklah
dibuat pada tarikh-tarikh berikut:
a) Penghantaran dan pemasangan
sistem multi camera production
(MCP): 14 Disember 2016;
b) Pengujian sistem MCP (sesi
raptai): 14 Disember 2016; dan
c) Pengoperasian sistem MCP: 15
Disember 2016.
ii.Membuat penghantaran seperti berikut:
a) Rakaman video berterusan (raw)
sepanjang majlis di dalam cakera
keras (hard disk); dan
b) Rakaman video suntingan (edited)
sepanjang majlis di dalam cakera
keras (hard disk).
17
4.
Sistem Pencahayaan i.Penghantaran, pemasangan, pengujian
dan pengoperasian peralatan hendaklah
dibuat pada tarikh-tarikh berikut:
a) Penghantaran dan pemasangan
sistem pencahayaan: 14 Disember
2016;
b) Pengujian sistem pencahayaan
(sesi raptai): 14 Disember 2016;
dan
c) Pengoperasian sistem
pencahayaan: 15 Disember 2016.
ii.Sistem pencahayaan berupaya
menyediakan pencahayaan berpadanan
dengan perjalanan majlis khususnya
semasa ketibaan VIP, tayangan video,
ucapan VIP, gimik dan penyampaian
hadiah.
18
LAMPIRAN 3
SURAT AKUAN PEMBIDA
Kepala Surat
Saya,(Nama Wakil Syarikat)nombor K.P ……………..................... yang mewakili ….(Nama
Syarikatnombor Pendaftaran (MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB)dengan ini mengisytiharkan
bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau
memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Unit Pemodenan Tadbiran dan
Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri atau mana-mana
individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas. Bersama
ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas
untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapat cuba
menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Unit Pemodenan
Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri
atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti
di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; atau
2.2 Penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; dan
2.3 Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang
berkuat-kuasa.
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau
mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam
tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan
perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau
balai polis yang berhampiran.
Yang Benar,
……….................…
(Nama dan No. KP)
Cop Syarikat :
Catatan: i) *Potong mana yang tidak berkenaan.
ii) Surat akuan ini hendaklah dikemukakan bersama Surat Perwakilan Kuasa
19
LAMPIRAN 4
SURAT PERWAKILAN KUASA
(jika diwakilkan kepada bukan penama didalam Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia)
Kepala Surat Syarikat
Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan, Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Aras 5, Blok B2, Kompleks B
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA Tarikh:
Tuan,
PERWAKILAN KUASA MENANDATANGANI BAGI PIHAK SYARIKAT
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa saya………………………. no I/C:…………………………selaku
pemilik Syarikat……………………………………………akan menandatangani sendiri semua
dokumen berkaitan dengan urusan perolehan sebut harga Perkhidmatan pembekalan,
pemasangan, pengujian dan pengoperasian skrin LED bagi Majlis Anugerah Inovasi
Perdana Menteri (AIPM) dan Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) 2016 pada 15
Disember 2016 untuk Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
(MAMPU) atau mewakilkan kuasa untuk menandatangani bagi pihak syarikat untuk urusan
perolehan tersebut iaitu:
Nama : …………………………………………
Alamat : …………………………………………
Jawatan : ………………………………………
No. I/C : …………………………………………
No Telefon : …………………………………………
Emel : …………………………………………
3. Sehubungan itu, dikemukakan untuk makluman/ rujukan pihak tuan selanjutnya. Pihak
kami akan memaklumkan kepada pihak tuan sekiranya terdapat perubahan penama bagi
perkara ini secara rasmi.
Sekian, terima kasih.
………(Tandatangan)…........
(NAMA PEMILIK SYARIKAT)
Jawatan:
Cop Syarikat:
* potong yang mana tidak berkenaan.
20
LAMPIRAN 5
KETERANGAN MENGENAI SYARIKAT
1. Nama Syarikat : ……………………………………………………………………
2. Alamat Syarikat : ……………………………………………………………………
3. No.Telefon : ……………………………………………………………………
4. Tarikh Syarikat Ditubuhkan : ……………………………………………………………………
5. Jenis Syarikat : …………………………………………………………………..
6. Jenis Perniagaan : …………………………………………………………………..
7. Ahli Lembaga Pengarah : …………………………………………………………………..
Bil Nama No. K/P Warganegara
1.
2.
3.
8. Bilangan pemegang saham mengikut jumlah unit saham.
Bilangan Pemegang Saham Jumlah unit saham %
Bumiputera
Bukan Bumiputera
9. Nama Dan Alamat Bank : ……………………………………………………………..
10. Nombor Akaun Bank : ……………………………………………………………..
21
11. Komposisi Kakitangan : …………………………………………………………
Jawatan Bumiputera Bukan Bumiputera Jumlah
Eksekutif
Teknikal
Perkeranian
Buruh/Kaki
tangan
Rendah
12. Lain-lain maklumat bagi menyokong cadangan ini:
Saya perakui bahawa segala keterangan di atas adalah benar.
Tandatangan Penyebut Harga : ………………………………………………………….
Tarikh : ………………………………………………………….
Nama : ………………………………………………………….
Jawatan Rasmi : …………………………………………………………
No. Telefon (Pejabat) : …………………………………………………………
No. Telefon (Bimbit) : …………………………………………………………
Emel : …………………………………………………………
Cop Rasmi Syarikat :…………………………………………………………
22
LAMPIRAN 6
DOKUMEN-DOKUMEN SOKONGAN
Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia (WAJIB);
Sijil Akuan Bumiputera (jika ada);
Sijil Pendaftaran GST dengan JKDM (jika ada); dan
Penyata Bank satu bulan yang terkini (September 2016 / Oktober 2016)(WAJIB).
23
LAMPIRAN 7
SENARAI KEPERLUAN TAMBAHAN SISTEM AUDIO
BIL PERKARA HEAD SET
MIC BIASA
CONDENSER MIC
INPUT KEPERLUAN
KHAS
1 Lead Guitar 1 DI Box
2 Bass Guitar 1 DI Box
3 Keyboard 1 DI Box
4 Piano 1 DI Box
5 Drum Sets 5 1
6 Percussion (Rebana, …) 2 1
7 Tabla Machine 1 DI Box
8 Alto 1
9 Tenor 1
10 Saxophone 1
11 Accordions 1
12 Violin 1
13 Gambus 1
14 Flute 1
15 Condenser Mic Choirs 8
16 Head Set Choirs 20
17 Cordless Penyanyi 4
Recommended