View
61
Download
0
Category
Preview:
DESCRIPTION
Budaya Mesra
Citation preview
(Lamlech,1988)
Soalan 1 :
Berdasarkan kenyataan diatas, analisis sejauh mana
pengurusan bilik darjah yang relevan dan mesra
budaya mampu mencetuskan hasil pembelajaran yang
maksima.
“Pengurusan bilik darjah diandaikan sebagai sebuah orkestra dalam kehidupan.
Pengurusan bilik darjah memerlukan pembentukan kurikulum, penyelengaraan prosedur
dan sumber pengajaran, Aspek yang perlu diberi keutamaan ialah penyusunan suasana
bilik darjah bagi memaksimumkan keberkesanan, pemantauan, perkembangan murid
serta tanggungjawab dalam memikirkan dulu masalah-masalah yang mungkin timbul”
“Pengurusan bilik darjah diandaikan sebagai sebuah orkestra dalam kehidupan.
Pengurusan bilik darjah memerlukan pembentukan kurikulum, penyelengaraan prosedur
dan sumber pengajaran, Aspek yang perlu diberi keutamaan ialah penyusunan suasana
bilik darjah bagi memaksimumkan keberkesanan, pemantauan, perkembangan murid
serta tanggungjawab dalam memikirkan dulu masalah-masalah yang mungkin timbul”
Perpaduan adalah menjadi tunjang yang penting kepada rakyat Malaysia. Isu perpaduan
inilah sering diuar-luarkan dalam semua bidang, terutamanya dalam bidang akedemik. Malaysia
merupakan sebuah negara yang merdeka dan didiami oleh rakyat yang berbilang kaum yang
mempunyai budaya, adat resam dan cara hidup yang berbeza-beza. Integrasi antara kaum ini
seterusnya membentuk budaya Malaysia yang disenangi oleh semua penduduk Malaysia. Di
alam pendidikan, pelbagai usaha telah diambil oleh kerajaan untuk membentuk satu suasana
pembelajaran yang budaya mesra demi mencetuskan hasil pembelajaran yang maksima. Salah
satu usaha yang telah diambil oleh kerajaan ialah pembentukan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013 - 2025). Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013
- 2025), Kementerian Pendidikan Negara (KPM) menyatakan bahawa, sistem pendidikan
yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai
kepelbagaian. Kepelbagaian di sini bermaksud kepelbagaian dari segi latar belakang,
sosioekonomi, agama, etnik dan juga budaya yang dilihat dalam kalangan pelajar. Sebagai
seorang guru yang berkarisma haruslah memahami intipati Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013 - 2025) untuk menghasilkan pengurusan bilik darjah yang releven dan mesra
budaya untuk mencapai hasil pembelajaran yang optimum dalam kalangan pelajar.
Menurut Ormrod (1995), Pembelajaran merupakan satu proses yang melibatkan
pemikiran iaitu kognitif, emosi, pengaruh persekitaran dan pengalaman yang hasilnya ialah
perubahan tingkah laku, pengetahuan, kemahiran, nilai dan pandangan.Menurut Muhamad
Suhaimi Taat pula, pengajaran adalah satu proses penyampaian ilmu pengetahuan, maklumat
dan kemahiran kepada pelajar. Dalam menyampaikan pengajaran, banyak ahli pendidik
mencadangkan supaya guru membuat sorotan bahan yang telah dipelajari dalam pelajaran
sebelumnya dan merumus isi kandungan pelajaran baru, memberi penerangan tentang konsep
dan kosa kata utama serta menyusun pelajaran ke dalam urutan ringkas dan pendek dengan
mengintegrasikan aktiviti. Jika dikaitkan dengan konteks RIMUP, persekitaran yang mesra
budaya dapat meningkatkan peluang untuk berjaya dan menimbulkan kesefahaman dan
Bersama kita,
Memupuk cinta tanpa warna,
Bersatu kita,
Memperkasa nusa tanpa curiga.
Bersama kita,
Memupuk cinta tanpa warna,
Bersatu kita,
Memperkasa nusa tanpa curiga.
perpaduan dalam kalangan murid. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, budaya asal seseorang
murid itu boleh mempengaruhi tingkah lakunya di dalam bilik darjah.
Pembelajaran ini dipengaruhi oleh persekitaran fizikal, persekitaran sosio-emosi,
perhubungan kelompok etnik, pengurusan pengajaran dan pembelajaran, pedagogi yang
releven budaya dan kepelbagaian kelompok, sosiolinguistik dan sebagainya. Dalam
pengurusan bilik darjah, guru adalah induvidu yang memainkan peranan dalam membentuk bilik
darjah yang budaya mesra. Guru haruslah menjadikan dirinya sebagai fasilitator, pencetus idea
dan juga pemimpin dalam membimbing murid-murid ke arah kecemerlangan. Dengan ini, guru
haruslah mengetahui tentang konsep asas tentang pengurusan bilik darjah. Menurut Lee Shok
Mee, pengurusan bilik darjah, boleh ditakrifkan sebagai semua tindakan guru mengendalikan
kelas supaya mewujudkan suasana persekitaran yang tersusun yang menggalakkan
pembelajaran. Dengan ini guru haruslah mengaplikasikan pengurusan bilik darjah yang mesra
budaya supaya suasana pembelajaran menjadi lebih kondusif kepada murid-murid yang terdiri
dari pelbagi latar belakang. Pengalaman pembelajaran mesra budaya akan mengembangkan
nilai sivik yang menjadi nadi bagi kehidupan masyarakat yang harmonis dan aman di peringkat
global. Nilai-nilai sivik seperti hormat-menghormati, toleransi, kasih sayang terhadap alam
sekitar, kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang serta semangat patriotik haruslah
diterapkan dalam sanubari murid-murid yang mempunyai pelbagai agama, etnik dan budaya.
Guru haruslah mengenali tentang konsep tentang bilik darjah yang mesra budaya. Bilik
darjah menjadi medan perjuangan bagi guru serta menjadi tempat berlakunya proses
pengajaran dan pembelajaran. Atan Long (1986), telah menyatakan bahawa bilik darjah
merupakan tempat di mana berlakunya Budaya bermaksud satu nilai ataupun amalan serta
perlakuan memenuhi kehendak seseorang induvidu. Mesra juga membawa maksud iaitu
keselesaan, keceriaan dan juga kegembiraan seseorang induvidu. Dalam pembentukan bilik
darjah yang mesra budaya guru haruslah mengambil pelbagai inisiatif ataupun daya usaha
serta mengambil pelbagai pendekatan dan strategik yang berkualiti. Di sinilah guru menjadikan
dirinya sebagai fasilitator, penyampai maklumat, pencetus idea, pembimbing serta pemimpin
dalam membentuk suasana pembelajaran yang kondusif. Marzano (2003), menyatakan
tindakan guru dalam bilik darjah mempunyai impak dua kali ganda dalam pencapaian murid-
murid.
Dalam pembentukan bilik darjah yang mesra budaya, persekitaran fizikal memainkan
peranan yang penting untuk mencapai hasil pembelajaran yang maksima. Woolfolk (2001),
menyatakan bahawa persekitaran bilik darjah yang melibatkan ruang, susun atur bilik darjah
dan dimensi sosial mempengaruhi pembinaan budaya di dalam sesebuah kelas. Persekitaran
fizikal meliputi pelan lantai, kebersihan, pencahayaan dan pengudaraan, susunan kerusi dan
meja murid, susunan perabot dan peralatan, hiasan bilik darjah, sudut dan ruang bacaan serta
ruang dan sudut multimedia. Pertama sekali guru haruslah mengambil berat tentang aspek
yang penting dalam persekitaran fizikal iaitu pelan lantai.Seseorang guru yang inovatif haruslah
menyediakan pelan lantai untuk bilik darjahnya bagi memaksimumkan ruang bilik darjah
tersebut sebaik mungkin. Ruang yang disediakan oleh guru di dalam bilik darjah perlu juga
mengambil kira unsur-unsur hubungan sosial dan pemupukan nilai-nilai perpaduan dan
persefahaman antara pelbagai kaum. Hal ini mungkin membantu murid-murid di dalam kelas
berbual-bual dan berkongsi pengalaman mereka dengan murid-murid lain yang mempunyai
latar belakang dan cara hidup yang lain.
Tambahan pula, sesebuah bilik darjah haruslah mempunyai kelengkapan asas seperti
kerusi, meja, perabot, papan hitam, papan kenyataan dan sebagainya. Kemudahan ini haruslah
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Kelengkapan ini haruslah
disusun dengan betul supaya tidak berlakunya ketidakcukupan ruang untuk belajar. Menyusun
atur tempat duduk semula murid-murid dalam bilik darjah supaya terdapat kesamarataan
taburan di antara murid-murid dari pelbagai kumpulan etnik dan tidak hanya satu kumpulan
etnik dikelompokkan dalam satu kumpulan. Apabila aktiviti kumpulan ataupun perbincangan
dilakukan murid-murid dapat mengenali antara satu sama lain dan membentuk satu hubungan
yang mesra.
Jika para guru menggalakkan murid-murid supaya mengambil bahagian secara aktif
dalam proses-proses pemikiran yang baik, mereka mestilah menyusun atur tempat duduk
murid-murid supaya dapat menyampaikan mesej kepada mereka untuk interaksi sesama murid-
murid berlaku. Susunan meja dan kerusi haruslah diperhatikan dengan jelas supaya kerusi dan
meja yang diduduki murid dapat dilihat oleh guru. Hal ini membantu murid-murid untuk meminta
pertolongan dari guru serta mewujudkan hubungan dua hala yang baik. Kerusi dan meja murid-
murid disusun dengan kemas dan rapi mengikut kumpulan. Contohnya, meja dan kerusi di
tahap satu disusun mengikut kumpulan mankala kerusi dan meja di bilik darjah tahap dua
disusun secara berpasangan. Pembahagian di dalam kumpulan dan kedudukan mereka di
dalam kelas secara kumpulan memudahkan interaksi antara guru dengan murid dan juga murid
dengan murid.
Selain itu, papan kenyataan dalam sesebuah bilik darjah dapat menyebarkan maklumat
yang merangsang pemikiran, memberi inspirasi dan menggalakkan murid-murid untuk
berkomunikasi. Sebagai contoh, guru yang kreatif boleh memaparkan penyataan ataupun
soalan-soalan yang berkaitan dengan budaya masyarakat di negara Malaysia. Contohnya,
guruboleh menyediakan gambar-gambar yang berkaitan dengan perayaan-perayaan pelbagai
kaum, makanan tradisional pelbagai kaum, pakaian tradisional pelbagai kaum serta cara hidup
dan adat resam pelbagai kaum di atas papan kenyataan tersebut. Dengan ini, murid-murid
dapat mengenali tentang budaya dan amalan hidup rakan sekelas yang berbeza-beza. Dengan
ini, guru dapat mencapai hasil pembelajaran yang maksima dengan adanya budaya mesra di
dalam bilik darjah. Disamping itu, para guru juga harus membentuk sudut-sudut sejarah dan
patriotik di mana sudut-sudut ini akan menyedarkan murid-murid betapa pentingnya perpaduan
antara kaum-kaum dari pelbagai latar belakang etnik untuk mewujudkan sebuah negara yang
aman dan makmur. Secara tidak langsung, usaha guru ini akan mencorakkan satu suasana
mesra budaya di dalam bilik darjah.
Guru juga boleh menjadikan bilik darjah sebagai sebuah pusat sumber dimana murid-
murid boleh menimba pengetahuan kendiri. Sama ada pusat sumber ini merupakan satu sudut
dalam bilik darjah yang dilengkapi dengan teknologi canggih yang terkini ataupun hanya
dengan koleksi majalah dan surat khabar lama. Kewujudan pusat sumber mini ini menyedarkan
murid-murid untuk mencari ilmu pengetahuan daripada pelbagai sumber dan bukan hanya
bergantung kepada buku teks sahaja. Dengan ini, guru boleh mewujudkan komuniti yang
bersikap ingin tahu dalam bilik darjah. Guru menyediakan sudut ataupun ruang bacaan serta
sudut multimedia demi mempertingkatkan kemahiran 3M murid-murid. Pada era globalisasi ini,
guru haruslah mengutamakan pemikiran kreatif dan juga kritis dengan menyediakan
kepelbagainan bahan yang terdiri daripada bahan teks, audio, imej, animasi, vedio dan juga
media elektronik. Guru juga boleh memupuk nilai kerjasama dan juga semangat perpaduan
dengan menggunakan sudut sebegini. Maklumat-maklumat tentang kepelbagaian amalan
masyarakat haruslah diterapkan dalam kalangan murid dengan menggunakan sudut-sudut yang
dihasilkan di dalam kelas. Dengan ini, murid-murid tidak bertindak negatif sekiranya guru tidak
ada di dalam kelas. Mereka pula menggunakan ruang yang disediakan oleh guru untuk
memanfaatkan diri sendiri pada masa lapang itu. Murid-murid juga meningkatkan hubungan
silaturahim antara ahli kelas masing-masing.
Dalam dunia pendidikan, guru berperanan sebagai pengurus iaitu mengurus rutin bilik
darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual, mengurus
murid-murid supaya mematuhi peraturan bilik darjah dan juga mengurus peraturan bilik darjah
supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini,
amalan dan peraturan di dalam kelas haruslah diperhatikan oleh guru supaya membina
pengurusan bilik darjah yang mesra budaya. Guru juga harus mengamalkan budaya penyayang
untuk mengeratkan hubungan antara guru dengan murid. Contohnya, guru mengamalkan
budaya salam sebagai amalan harian di dalam kelas. Tambahan pula, guru juga boleh
mendekati murid-murid yang tidak memahami apa yang diajarkan oleh guru serta membantu
mereka untuk belajar berterus. Amalan-amalan sebegini membantu untuk mewujudkan budaya
yang harmoni di dalam kelas. Guru juga boleh menggunakan teknik sosiometri untuk
mengetahui tentang tahap interaksi sosial murid-murid. Peraturan kelas yang diwujudkan oleh
guru tidak tertumpu untuk menyekat kebebasan murid-murid malahan untuk mencorak induvidu
yang lebih berpositif. Contohnnya, guru boleh menyediakan peraturan bilik darjah iaitu menjaga
kebersihan kelas. Dalam hal ini, guru menyedikan jadual bertugas mengikut mengikut bilangan
ahli di dalam kelas. Guru juga haruslah membahagikan murid-murid yang kepelbagaian budaya
di dalam kelas. Selain itu, murid-murid juga dapat bekerjasama antara satu sama lain di bawah
intipati peraturan kelas yang mencakupi amalan menepati masa, amanah, rasa tanggungjawab,
hormat-menghormati, bertolak ansur dan juga toleransi.
Sehubungan dengan itu, Dari segi persekitaran fizikal di dalam kelas, suasana bilik
darjah yang mesra budaya dapat dipertingkatkan melalui iklim kelas yang mesra budaya. Salah
satu kaedah untuk mewujudkan iklim kelas yang mesra budaya ialah merancang aktiviti yang
sesuai bagi semua bangsa. Contohnya, guru boleh menyediakan bahan mainan, kuiz,
permainan bahasa dan teka-teki tentang amalan hidup masyarakat Malaysia. Sebagai
contohnya, dalam permainan bahasa pula, murid-murid dapat bertukar-tukar maklumat tentang
sebutan sesuatu perkara dalam bahasa mereka sendiri. Selain itu, murid-murid boleh bertukar
pendapat mereka ataupun memaklumi tentang amalan hidup setiap induvidu di dalam kelas.
Guru juga berperanan untuk menjelaskan butir-butir ataupun memberikan keterangan yang
lanjut tentang amalan hidup seharian setiap induvidu di dalam kelas. Guru haruslah berhati-hati
semasa memberikan pesanan supaya tidak meyentuh isu-isu sensitif serta menjaga sensitiviti
sesuatu kaum.
Para guru haruslah bersungguh-sungguh dalam mewujudkan pembelajaran yang
budaya mesra dengan membentuk persekitaran fizikal yang berkaitan dengan budaya. Hiasan
di dalam bilik darjah dengan bahan-bahan yang berunsur kepelbagaian budaya membantu
murid-murid untuk mencapai pembelajaran yang kondusif. Aktiviti mengecat dinding dan juga
melukis mural -mural biasanya dilakukan oleh guru kelas sendiri menjadi suatu hiasan di dalam
kelas. Jika tema lukisan mural bertumpu mengenai perayaan-perayaan serta kebudayaan
pelbagai kaum etnik di negara Malaysa, murid-murid akan menyerap nilai budaya mesra di
dalam kelas. Murid-murid yang berasal daripada pelbagai latar belakang kumpulan etnik dapat
melakukan aktiviti ini supaya dapat memupuk perasaan kekitaan dalam kalangan murid-murid
tersebut. Dengan kewujudan perasaan kekitaan ini, persekitaran mesra budaya akan dimuncul
di dalam kelas secara tidak langsung.
Aspek yang lain membentuk pengurusan bilik darjah yang mesra budaya ialah
pengurusan persekitaran sosio-emosi. Aspek inilah menjadi perangsang membangkit dan
mengekalkan minat murid-murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Perkataan
sosioemosi terdiri daripada dua perkataan iaitu sosial dan emosi. Menurut Kamus Dewan Edisi
Ketiga, sosial bermaksud segala yang berkaitan dengan masyarakat ataupun perihal
masyarakat. Emosi pula bermaksud perasaan jiwa yang kuat. Oleh itu, sosioemosi dalam
kalangan murid-murid ditakrifkan sebagai satu proses berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam
masyarakat.
Aspek sosioemosi ini mempengaruhi pembelajaran murid-murid dan juga membolehkan
mereka untuk mengawal emosi, pemikiran dan tindakan di dalam kelas. Di dalam bilik darjah
setiap perlakuan, tindakan dan juga gerak-geri seseorang guru sentiasa diperhatikan oleh anak
murid. Bagi membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya, guru haruslah menjadi role
model yang baik dan mengamalkan budaya penyayang terhadap murid-murid supaya
mengurus emosi mereka dengan berkesan dan juga membentuk kemahiran sosial yang tinggi.
Guru haruslah tidak berat sebelah dan juga tidak berpilih kasih terhadap murid-murid serta
sentiasa mengawal emosi mereka dengan menggunakan pelbagai cara.
Emosi murid-murid haruslah dikawal untuk membentuk hubungan mesra di dalam kelas.
Emosi bagi setiap murid berbeza mengikut keadaan dan situasi yang dihadapi. Sebagai
contohnya, seorang murid yang selalu melanggar peraturan dan melakukan perkara yang tidak
diingini haruslah diberi nasihat dan dididik oleh guru dengan menggunakan kaedah tertentu.
Emosi murid-murid di dalam kelas diurus dengan penuh kebijaksanaan supaya mereka tidak
sentiasa berada dalam kebimbangan apabila berhadapan dengan guru dalam ssesuatu aktiviti
pembelajaran. Guru yang pakar pula dapat membudayakkan kelasnya dengan saluran
komunikasi lisan dan bukan lisan dimana wujudnya sifat saling menghormati anatar satu sama
lain.
Woolfolk (1990) berpendapat, motivasi dan kuasa dalaman akan mengawal tingkah-laku
murid. Sebagai seorang pemimpin di dalam kelas, guru perlu mementingkan motivasi dalam
kalangan murid-murid untuk menstabilkan emosi mereka. Guru haruslah membudayakan anak
murid dengan nilai-nilai murni seperti bertolak ansur, bantu-membantu, sopan santun dan
hormat-menghormati dengan pemberian motivasi yang mendalam. Sebenarnya, guru diberi
peluang untuk memberikan pujian dan juga galakan kepada murid-murid di dalam bilik darjah
supaya mereka meneruskan usaha mereka untuk terus belajar. Ganjaran dalam bentuk hadiah
ataupun token ekonomi boleh diberikan kepada murid-murid bagi memotivasikan mereka.
Motivasi inilah mewujudkan suasana pembelajaran yang harmoni serta mengelakkan
berlakunya perselisihan faham antara murid-murid di dalam kelas.
Guru juga perlu memberikan peneguhan yang positif kepada murid-murid yang
melanggar peraturan dengan pemberian tugasan projek tentang pencarian maklumat peribadi
tentang rakan sebelah. Dengan penyiapan tugasan ini, murid-murid dapat menyedari
kedudukan rakan sebelah yang berbeza budaya. Peneguhan yang positif akan menimbulkan
rasa selesa dan senang untuk terus mempelajari sesuatu topik di dalam kelas dengan penuh
semangat. Bimbingan dan tunjuk ajar yang ikhlas daripada guru akan membentuk suasana
pembelajaran yang mesra budaya.
Pakar psikologi pernah mengatakan bahawa hasrat hati manusia adalah menjadi
sebahagian daripada alam sosial dan perasaan intelektual. Oleh itu, hubungan yang positif
antara guru dengan murid haruslah dibentuk terlebih dahulu. Interaksi sekurang-kurangnya dua
hala adalah amat diperlukan dalam pembelajaran dan pengajaran supaya tidak ada murid yang
berasa terpinggir ketika berada di dalam kelas. Sebagai guru yang baik, haruslah mencurahkan
kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak murid mereka. Guru haruslah bersifat empati
terhadap murid-murid dan sentiasa bersoal tentang hal kebajikan murid-murid tanpa mengira
kaum. Guru juga memudahkan pergerakan anak murid dengan menyediakan suasana yang
selesabagi mengendalikan bahan bantu belajar yang disediakan. Justeru, kasih sayang dan
sifat empati yang ada pada guru menimbulkan suasana pembelajaran yang mesra budaya bagi
mencetuskan hasil pembelajaran yang maksima. Memang tidak dapat dinafikan bahawa
kemahiran komunikasi dalam kalangan murid-murid dapat mengekalkan budaya yang mesra.
Contohnya, bermain menggalakan murid-murid berinteraksi dan menukar pandangan masing-
masing. Semasa menyelesaikan sesuatu masalah di dalam bilik darjah, murid dapat
berkomunikasi dan mencuba sedaya upaya supaya bertindak dalam kumpulan. Kerja-kerja
kumpulan ini meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan murid.
Oleh itu, Guru haruslah meguruskan emosi murid-murid dengan berkesan supaya
mereka dapat menerima hakikat terhadap kekuatan dan kelemahan mereka Murid-murid perlu
belajar menerima diri sendiri, orang sekeliling dan semulajadi sekara seadanya. Dengan
menstabilkan emosi murid-murid, murid-murid akan mempunyai minat yang mendalam dalam
proses pembelajaran, disenangi oleh rakan sebelah, menerima amalan demokrasi, berjenaka
ataupun berkelakar serta berupaya menaggung risiko dan konflik yang berlaku di bilik darjah.
Dengan ini, guru dan murid-murid mendapat maslahat daripada pengurusan emosi yang baik
supaya membentuk budaya mesra yang tinggi. Guru perlu memahami murid-murid bahawa
setiap induvidu mempunyai cara kehidupan tersendiri dan berbeza antara satu sama lain dan
bergantung kepada cara pembentukan oleh keluarga masing-masing. Guru perlu memahami
emosi murid kerana perbezaan tingkah laku, sosial dan rohani dalam kalangan murid
sememangnya wujud dimana-mana tempat, apatah lagi dalam negara kita yang terdiri daripada
masyarakat berbilang kaum dan agama. Guru yang mengamalkan gaya kepimpinan demokratik
iaitu berkongsi tanggungjawab dengan murid akan sentiasa memberikan galakan bukannya
dengan desakan bagi menghasilkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik
dan menyeronokkan.
Fakta yang seterusnya ialah sekolah merupakan tempat dimana murid-murid bergaul
dan mengenali antara satu sama lain serta menjalinkan nilai-nilai perpaduan yang intim seperti
yang dihasratkan oleh negara kita. Di sekolah pula, berlakunya perjumpaan dan pertemuan
kanak-kanak daripada pelbagai etnik dan sosiobudaya. Perhubungan antara kelompok etnik ini
membina tanggungjawab kemanusiaan dan tanggungjawab sosial yang kuat dalam kalangan
murid-murid di sekolah. Guru memikul tangggungjawab yang besar dalam memastikan murid-
murid daripada pelbagai latar belakang dapat menjalani kehidupan seharian mereka dalam
suasana harmoni dan mengamalkan nilai-nilai murni yang menjadi tulang belakang kepada
kehidupan masyarakat Malaysia. Pendekatan hubungan etnik ini dilakukan oleh guru dalam
pelbagai situasi. Contohnya, guru boleh mengadakan pertandingan tarian budaya masing-
masing di dalam kelas pada masa bulan kemerdekaan. Selain itu, guru juga boleh mengadakan
rumah terbuka pada hujung minggu semasa sesuatu perayaan untuk menjemput murid-murid
yang kepelbagaian etnik ke rumah bagi mewujudkan suatu hubungan mesra dalam kalangan
mereka. Guru juga menjadi contoh ataupun teladan pertama bagi murid-murid apabila guru
memberikan perhatian dan bersikap penyayang terhadap semua anak murid tanpa
membezakan kumpulan etnik muridnya.
Tambahan pula, Pengurusan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah
merupakan aspek yang sangat mustahak untuk membentuk pengurusan bilik darjah yang
budaya mesra bagi mencapai tahap pembelajaran yang maksima seseorang murid. Guru
haruslah menggunakan pendekatan-pendekatan yang lebih sesuai untuk memupuk nilai
kemesraan dalam kalangan murid-murid. Salah satu kaedah yang digunakan oleh guru ialah
pembelajaran secara koperatif. Guru menjadi seorang pemantau ataupun fasilitator kepada
murid-murid dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dengan melibatkan
semua murid-murid tanpa mengira latar belakang, bangsa dan juga budaya serta disatukan di
dalam bilik darjah.
Sehubungan dengan konteks ini, hal ini dapat mengurangkan jurang perbezaan antara
murid-murid yang mempunyai latar belakang dan cara hidup yang berbeza. Dengan
menggunakan kaedah ini murid-murid disusunkan dalam satu kumpulan dan setiap kumpulan
mempunyai murid-murid yang berasal daripada latar belakang yang berbeza. Contohnya,
Dalam satu perbincangan di dalam kelas, murid-murid dapat berbicara dengan hati yang
terbuka tentang hal-hal yang melibatkan asal usul murid masing-masing. Di sinilah, mereka
dapat idea untuk merealisasikan cabaran wawasan 2020, iaitu mewujudkan negara Malaysia
yang bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama.
Pendapat yang seterusnya ialah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilancarkan
oleh guru untuk membina suasana budaya mesra mementingkan penglibatan murid secara aktif
dan menyeluruh. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah melibatkan
proses-proses seperti merancang, melaksana, menilai dan membuat tindakan susulan
termasuk penambahbaikan. Manakala, guru pula merancang pengajaran dan pembelajaran
dengan berkesan dengan mengambilkira latar belakang murid yang berbeza. Perkara ini
merupakan penyumbang kepada kewujudan kelas yang mesra budaya dimana murid-murid
dapat mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran berunsur
budaya. Sebagai contohnya, guru boleh merancang dan menyediakan modul dan bahan-bahan
pengajaran yang sesuai kepada semua kategori murid.
Mayer & Gallini, (1990), menyatakan bahawa seorang guru yang kreatif akan
menyesuaikan bahan bantu mengajar dengan isi pelajaran agar murid mudah menguasai
konsep abstrak yang kompleks. Hiebert, Weame & Taber (1991), menyatakan bahawa
mengguna alat bantu mengajar (ABM) dapat membantu menerangkan sesuatu konsep.
Contohnya, bahan bantu mengajar seperti bahan maujud, gambar, pengursan grafik, peta
minda, gambarajah, radio, komputer, video, kad imbasan, gambarajah, akhbar dan juga
majalah dapat membantu murid-murid untuk membudayakkan bilik darjah. Guru bertindak bijak
dengan menyediakan alat bantu mengajar (ABM) yang sesuai dengan aktiviti yang dijalankan.
Guru memastikan bahawa semua murid di dalam kelas diberi layanan yang sama dan tidak ada
yang diabaikan. Sebelum menyediakan sumber pengajaran dan pembelajaran, guru harus
memperkayakan ilmunya dengan informasi yang berkaitan dengan sistem kepercayaan, nilai
dan amalan budaya murid-muridnya di dalam bilik darjah. Perancangan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan sumber pengajaran yang sesuai dengan budaya setiap
murid di dalam kelas, membuka ruang serta peluang kepada mereka untuk mewujudkan
suasana yang mesra. Guru sebagai inovator haruslah memastikan pembaharuan tersebut
dilaksanakan ketika mengajar murid-muridnya. Perubahan ini memberi kesan yang positif
kepada penggunaan alat BBM (Bahan Bantu Belajar) di dalam kelas yang bercirikan
kepelbagaian budaya murid-murid di dalam kelas.
Selain itu, pedagogi yang releven budaya juga membantu untuk mencorakkan satu bilik
darjah yang mementingkan budaya mesra. Mengikut pandangan Zaini (2001), guru harus mahir
dalam menggunakan pelbagai teknik dalam merekabentuk kaedah pengajarannya agar maklum
balas daripada pelajar melalui proses interaksi mampu menjana pemikiran para pelajar ini.
Contohnya, Pemilihan strategi pengajaran yang tepat juga mampu membuatkan penyampaian
maklumat dan pelaksanaan pengajaran menjadi lebih berkesan terutama aktiviti yang
melibatkan interaksi aktif murid yang terdiri daripada pelbagai budaya dan latar belakang.
Pembelajaran dan pengajaran lebih berkesan apabila murid menyebati pengetahuan, konsep,
prosedur, kemahiran dan strategi yang mereka pelajari daripada situasi pelbagai budaya ke
dalam kesepaduan ilmu dan nilai tanpa prejudis budaya lagi di dalam bilik darjah. Contohnya,
guru boleh mengadakan pembentangan dalam kumpulan tentang budaya masing-masing.
Strategi rentas budaya ini memerlukan murid-murid meneroka dan mencorak ilmu pengetahuan
serta pengalaman supaya memahami budaya orang lain. Sesi pembentangan di dalam bilik
darjah dapat dikukuhkan dengan perkongsian maklumat dengan murid-murid lain dari pelbagai
budaya memberi maklumat, hurai atau memperbaiki persepsi budaya masing-masing. Guru
juga boleh memberikan projek yang bertajuk adat perkahwinan pelbagai budaya di Malaysia.
Dalam konteks ini, guru menggunakan pelbagai kaedah untuk membentuk pedagogi releven
budaya ini. Kaedah direktif antara kaedah yang belajar melalui penerangan dan diikuti oleh
ujian kefahaman dan latihan. Kebanyakan guru sekolah rendah menggunakan kaedah ini di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan memberikan penerangan secara langsung
kepada murid tentang kepelbagaian budaya dalam kelompok mereka. Fokus diberikan kepada
kemahiran asas, latih tubi dan latihan kecekapan. Guru bertindak sebagai model kepada murid-
murid. Contohnya, strategi pengajaran yang digunakan oleh guru adalah seperti kuliah, latih-
tubi dan demontrasi. Dalam kaedah mediatif pula, guru boleh menggunakan bahan media
dalam pembelajaran. Antara contohnya penggunaan komputer riba dan buku elektronik semasa
proses pengajaran dan pembelajaran langsung. Dengan penggunaan kaedah ini, murid-murid
diajar oleh guru untuk mengaplikasikan pengetahuan bagi menyelesaikan masalah, membuat
keputusan, mengenalpasti andaian dan menilai kebenaran andaian, keputusan dan hipotesis
khususnya yang berkaitan dengan budaya yang masih relevan untuk diamalkan oleh murid.
Dalam hal yang sama, Guru boleh menggalakkan murid menjana idea-idea kritis dan kreatif
yang sesuai dengan budaya yang diketengahkan dengan menggunakan kaedah generatif.
Kaedah ini boleh membantu murid-murid menyelesaikan masalah secara kreatif dan dapat
membuat pertimbangan untuk meneruskan budaya yang relevan dengan kehidupan masa kini.
Kaedah Konstektual pula, memberikan peluang kepada murid untuk mengaitkan bahan
pengajaran dan pembelajaran kepada situasi dunia yang sebenar. Hal ini dapat memotivasikan
murid-murid untuk menghubungkaitkan bahan pengajaran dan pembelajaran dengan budaya
kehidupan mereka sebagai ahli keluarga, masyarakat dan rakyat. Pembelajaran lain yang boleh
dikaitkan kepada pembelajaran kontekstual ialah pembelajaran ‘eksperential’, pengalaman
hidup sebenar, pembelajaran aktiviti dan pembelajaran berpusatkan murid. Guru juga
memberikan peluang kepada murid-murid memikirkan tentang proses pembelajaran, rancangan
pembelajaran, pemantauan dan penilaian kendiri dengan menggunakan kaedah metakognitif
ini. Melalui kaedah ini murid-murid akan berbincang tentang tugasan yang diberi. Pada
peringkat inilah guru boleh memberikan tugasan yang berkaitan dengan budaya masyarakat
yang masih relevan untuk dibahaskan oleh mereka.
Dalam waktu yang sama, pada zaman sekarang sekolah di Malaysia mempunyai murid-
murid yang berasal daripada berbagai-bagai latar belakang sosial. Walaupun, murid-murid di
bilik darjah mempunyai latar belakang sosial yang berbeza, mereka dapat mempertingkatkan
penyertaan mereka di dalam sesuatu perbincangan ataupun inkuiri yang membentuk buah
fikiran terhadap budaya masing-masing. Dalam pedagogi releven budaya ini, guru haruslah
berhati-berhati dengan pemilihan bahan bacaan untuk murid-murid. Mereka perlu memilih
bahan bacaan yang boleh dikaitkan dengan pengalaman setiap murid di dalam bilik darjah
sebab murid-murid dapat mendapat tahu tentang perbezaan yang ada pada pengalaman
mereka. Guru hendaklah menghubungkan pengalaman murid di rumah dengan pengalaman di
sekolah. Pencarian bahan bacaan mengenai budaya menggalakkan murid untuk membaca dan
memahami rentas budaya.
Sebagai guru yang efektif harus mempunyai rasa bangga dan komited dengan hasil
kerja murid-murid dan mendorong kejayaan mereka tanpa membeza-bezakan etnik dan budaya
mereka. Sehubungan dengan perkara ini, guru juga banyak meluangkan masa untuk
mengambil bahagian dalam program komuniti untuk menunjukkan sokongan moral kepada
murid dan komuniti mereka. Guru juga boleh mengadakan aktiviti gotong-royong antara murid
tanpa mengira kelas sosialnya serta membangunkan komuniti belajar di bilik darjah. Tambahan
pula, guru juga memberi peluang yang sama kepada murid-murid untuk membuat persembahan
di atas pentas Guru juga mempunyai rasa hormat kepada diri murid yang berbeza-beza latar
belakang serta memahami murid yang mempunyai budaya komunitinya yang tersendiri di dalam
bilik darjah. Guru boleh mengadakan pertandingan seni di dalam kelas yang bertemakan adat
resam pelbagai budaya masyarakat Malaysia. Guru boleh memberi arahan kepada murid untuk
melukis berkaitan dengan budaya pemakanan pelbagai kaum di Malaysia. Semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam bilik darjah, guru memupuk semangat dan
kesedaran agar murid-murid mempunyai cita-cita untuk berjaya dan memikul tanggungjawab
sosial bersama-sama.
Mengikut Kajian Pierce Bourdie (1930), ahli sosiologi pendidikan dari Perancis,
pencapaian persekolahan seseorang individu adalah berkait rapat dengan latar belakang
Kebudayaan ibu bapanya iaitu tahap pendidikan ibu bapa. Ibu bapa juga memainkan peranan
yang penting dalam pembentukan pedagogi releven budaya. Para guru menjalinkan hubungan
mesra dengan ibu bapa dan masyarakat setempat dan mengenal pasti pihak yang dapat
membantu guru melaksanakan sesuatu pengajaran dengan menggunakan pedagogi yang
releven budaya. Guru juga boleh mengadakan aktiviti komuniti yang melibatkan murid-murid
dan juga keluarga masing-masing. Guru juga boleh menjemput ibu bapa ke program-program
yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Contohnya, pameran permainan tradisional pelbagai etnik
di negara Malaysia. Pihak ibu bapa perlu membawa murid ke lawatan di muzium negara dan
juga membawa anak-anak ke perkampungan orang Asli untuk mendapat ilmu berkaitan dengan
kepelbagaian budaya di Malaysia.
Terdapat pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran pedagogi releven budaya.
Antaranya ialah cerita, lagu, sajak, puisi dan sebagainya. Contohnya, guru boleh menceritakan
tentang cara pemakaian tradisional orang India di dalam kelas. Dengan ini murid-murid boleh
mendapat ilmu pengetahuan berkaitan dengan cara pemakaian tradisional kepelbagaian
masyarakat di Malaysia melalui perkongsian maklumat. Sumber pengajaran dan pembelajaran
berikutnya ialah lagu kebangsaan negara kita iaitu “Negaraku”. Melalui mengajar lagu ini
kepada murid-murid, secara tidak langsung mereka akan didedahkan dengan semangat
patriotik yang tinggi. Semangat patriotik ini mewujudkan murid-murid yang senantiasa
bekerjasama dan memberi komitmen yang tinggi dalam pembentukan suasana pengajaran
yang lebih kondusif dan budaya mesra.
Guru juga boleh menggunakan unsur teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
untuk membentuk budaya mesra di dalam bilik darjah. Perkembangan teknologi kini
mempengaruhi pengajaran dan pembelajara di bilik darjah. Integrasi teknologi maklumat ke
dalam pengajaran dan pembelajaran juga harus mengambil kira perbezaan individu
terutamanya dari segi sosial dan juga budaya.Teknologi masa kini sangat diperlukan
pengajaran dan pembelajaran, guru peka terhadap pengajaran berasaskan komputer sesuai
dengan budaya pelajar. Pembelajaran berasaskan komputer perlu memaparkan persekitaran
budaya pelajar secara mesra. Guru boleh menyuruh murid-murid untuk menghasilkan
pengurusan grafik tentang budaya masyarakat pelbagai kaum di kelas. Dengan ini, pelajar
dapat memperkenalkan dengan budaya rakan sekelas dengan teliti.
Malaysia merupakan sebuah Negara yang mempunyai rakyat yang terdiri daripada
pelbagai budaya, amalan dan cara hidup. Sehubungan dengan itu, guru-guru perlu memahami
latar belakang murid yang diajar terutama faktor budaya yang mempengaruhi perlakuan
muridnya samaada perlakuan berbahasa atau perlakuan bukan bahasa. Pengurusan Sosio
Linguistik juga mencorakkan bilik darjah yang mesra budaya. Sosiolinguistik berasal daripada
dua perkataan yang asas iaitu sosio dan juga linguistik.
Sosiolinguistik juga adalah kajian interdisiplin yang mempelajari pengaruh budaya
terhadap cara suatu bahasa digunakan. Bidang inilah melibatkan interaksi sosial antara pelajar
di dalam bilik darjah. Interaksi sosial dan bahasa dalam sesuatu budaya dapat diketahui oleh
murid-murid di dalam kelas untuk membudayakkan diri sendiri. Bahasa merupakan alat
perhubungan dan perantaraan sesuatu budaya. Guru juga menyuruh murid-murid yang
mempunyai tahap komunikasi yang tinggi demi membantu rakan sekelas yang lain. Guru juga
boleh mempamerkan informasi ataupun butir-butiran mengenai budaya dengan kelas dengan
menggunakan pelbagai laras bahasa supaya semua maklumat tersebut dapat diterima dan
difahami oleh murid. Guru juga menggalakan pelajar untuk mempelajari pelbagai bahasa
semasa interaksi supaya kefasihan dalam percakap dalam pelbagai bahasa dapat
dipertingkatkan. Dengan ini, guru boleh menerapkan nilai kerjasama antara budaya yang
dipelajari di dalam bilik darjah. Contohnya, guru menyuruh murid-murid supaya menggunakan
bahasa melayu sebagai bahasa penghantar di dalam kelas supaya menyatukan semua murid.
Seterusnya, Antara peranan yang dimainkan oleh guru ialah mengadakan pelbagai
aktiviti bahasa yang berkaitan dengan budaya dalam kalangan murid-muridnya. Aktiviti yang
memartabatkan bahasa Kebangsaan boleh dilakukan di dalam bilik darjah atau di luar bilik
darjah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kaum. Bagi mengekalkan warisan
budaya dan bahasa kepelbagaian etnik di Malaysia, guru boleh menyelitkan unsur-unsur
warisan budaya pelbagai etnik dengan menggunakannya sebagai sumber pengajaran dan
pembelajaran. Contohnya, guru boleh mengadakan pertandingan sajak ataupun forum
berkaitan dengan kepelbagaian budaya. Games based learning adalah salah satu kaedah
yang digunakan oleh guru dengan mengadakan permainan bahasa dengan menamakan
pakaian tradisional menggunakan gambar ataupun vedio yang ditunjukkan oleh guru. Dengan
usaha yang mantap ini guru boleh membentuk murid-murid yang kaya dengan variasi bahasa
dan juga budaya.
Guru juga boleh menggunakan pedagogi kelas bercantum bagi mewujudkan bilik darjah
yang mesra budaya. UNESCO (1988), mengatakan bahawa Kelas bercantum “sebagai satu
bentuk pengajaran yang mana seorang guru mengajar murid-murid terdiri daripada beberapa
gred atau lebih daripada satu gred di dalam sebuah bilik darjah. Kelas bercantum ini
mempunyai murid-murid berbeza peringkat umur dan tahun persekolahan dan juga
menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berbeza daripada kelas biasa.
Dalam kelas ini guru mengemukakan murid-murid yang berasal daripada pelbagai latar
belakang dan juga cara hidup. Guru juga mempunyai pelbagai kebolehan dan kemampuan dan
taraf pembelajaran mereka pula berbeza. Dalam kelas bercantum ini, kebiasaanya guru
menggunakan kaedah perbincangan yang melibatkan semua murid di dalam kelas.
Perbincangan ini dibahagikan kepada 2 bentuk iaitu perbincangan keseluruhan kelas dan juga
perbincangan dalam kumpulan. Perbincangan keseluruhan diketuai oleh guru, manakala
perbincangan dalam kumpulan diketuai oleh murid. Kedua-kedua jenis perbincangan membantu
murid-murid untuk memahami budaya masing-masing.
Secara konklusinya, guru haruslah menyedari tentang kepentingan mengamalkan
budaya mesra di dalam bilik darjah demi mencapai hasil pembelajaran yang maksima. Murid-
murid haruslah dididik sejak kecil lagi dengan budaya yang sihat dan mereka juga mengetahui
bahawa setiap manusia di dunia ini mempunyai budaya, amalan dan juga cara hidup berbeza-
beza. Apabila budaya manusia masing-masing dihormati, sudah pasti wujud perasaan bangga
dan berusaha mengekalkan perpaduan yang telah diwujudkan. Dalam hal ini, para guru
haruslah memberi komitmen yang lebih tinggi untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang
budaya mesra serta menuju ke arah kecemerlangan. Kata orang hendak seribu daya, tidak
hendak seribu dalih. Untuk memastikan masa depan murid-murid lebih gemilang dan
cemerlang, guru haruslah memperkayakkan jiwa mereka dengan amalan budaya yang sihat.
Proses pembelajaran berasaskan budaya yang sihat mencorakkan masa depan murid-murid
demi mencapai impian mereka.
Berdasarkan puisi di atas, guru-guru haruslah mempunyai semangat perpaduan yang tinggi
serta menjadi teladan kepada murid-murid dalam mewujudkan pengurusan bilik darjah yang
mesra budaya untuk mencapai hasil pembelajaran yang maksima dengan jiwa yang berbudaya
tinggi.
Perpaduan kaum impian kita,
Bersatu padu hasrat hati kita,
Mari berjabat, renunglah mata,
Terpancar ikatan, penuh bererti….
Perpaduan kaum impian kita,
Bersatu padu hasrat hati kita,
Mari berjabat, renunglah mata,
Terpancar ikatan, penuh bererti….
Recommended