View
61
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
TEKS UCAPAN PERASMIAN
YBhg. Dato’ Abdul Fattah
Abdullah
Presiden ANGKASA
4 Ogos 2018 (Sabtu)
10.00 pagi
2
Karnival Usahawan Muda dan
Koperasi anjuran Unit Kokurikulum
dan PIBG
SMK Wangsa Maju, Seksyen 2, KL
Assalamualaikum w.b.t.
3
ح حيم بسم هللا الر من الر
الصالة والسالم على سيدنا محمد و ,الحمد لله رب العالمين
وعلى آله وأصحابه أجمعين
Terima Kasih Saudara/Saudari
Pengacara Majlis
[SALUTASI DISEDIAKAN PENGANJUR
MAJLIS]
4
1. Alhamdulilah, syukur kita ke
hadrat ALLAH S.W.T kerana
dengan perkenan dan limpah
rahmat-NYA, kita semua dapat
hadir dan menjadi sebahagian
majlis yang bermakna ini.
2. Saya merakamkan
penghargaan dan ucapan terima
5
kasih kepada Penganjur yang sudi
menjemput saya bagi merasmikan
Karnival Usahawan Muda dan
Koperasi pada hari ini.
3. Saya juga mengucapkan
syabas dan tahniah kepada Unit
Kokurikulum dan PIBG SMK
Wangsa Maju Seksyen 2 yang
6
mengambil inisiatif dan berjaya
menganjurkan Karnival ini.
Semoga usaha murni yang
dilakukan ini, mendapat
keberkatan ALLAH S.W.T.,
seterusnya menyuntik semangat
keusahawanan dan
pengkoperasian dalam kalangan
pelajar-pelajar.
7
4. Sesungguhnya karnival ini,
satu manifestasi kebersamaan kita
menjayakan hasrat negara
melahirkan modal insan berkualiti
untuk kemakmuran negara di
masa hadapan selaras dengan
Pelan Pembangunan Pendidikan
Nasional, Rancangan Malaysia Ke-
11 dan Dasar Koperasi Negara.
8
Tuan-Tuan, Puan-Puan Serta Para
Pelajar Yang Dikasihi Sekalian
5. Koperasi sekolah sejak
diasaskan 49 tahun lalu sehingga
sekarang, mempunyai aspirasi
yang sama untuk melahirkan
modal insan berkualiti. Dalam
konteks negara dan dunia global,
9
modal insan bermutu tinggi satu
keperluan. Pencapaian akademik
semata-mata tidak menjamin
untuk pelajar-pelajar menjadi
manusia yang berjaya. Mereka
memerlukan satu tempat untuk
mengaplikasikan teori yang
dipelajari dalam bentuk latihan
10
untuk mendapatkan
pengalaman.
6. Koperasi sekolah satu
tempat paling lengkap
menawarkan peluang untuk
pelajar-pelajar belajar berniaga,
menjadi usahawan, mentadbir
dan mengurus serta mendapat
11
kemahiran-kemahiran lain yang
tidak diajar dalam kelas. Malah
penglibatan mereka dalam aktiviti
koperasi sekolah mampu
memperkukuhkan jati diri seperti
bersatu padu, tolerasi,
persamaan, keadilan, tolong
menolong dan sebagainya selaras
dengan prinsip-prinsip dan nilai-
12
nilai yang menjadi pegangan
koperasi.
7. Kita berharap pelajar-pelajar
yang terdidik melalui koperasi
menjadi generasi bermoral tinggi,
berdikari dan mempunyai daya
kepimpinan tinggi. Koperasi
Sekolah Rendah Mohale Hoek
13
Hortikultur di Lesotho, Afrika, satu
contoh koperasi sekolah berjaya
membina pelajar bermoral tinggi.
Pelajar bukan sahaja belajar
bagaimana untuk meningkatkan
penanaman, penghasilan,
pemasaran dan penjualan sayur-
sayuran tetapi mengamalkan
prinsip bantu diri dan perihatin
14
terhadap alam sekitar. Mereka
menjual hasil kepada kafeteria
sekolah yang mana dapat
meningkatkan nilai pemakanan di
sekolah dan juga masyarakat
setempat. Sebahagian hasil
jualan, mereka gunakan untuk
menyokong rakan-rakan pelajar
yang yatim/datang dari keluarga
15
tidak mampu untuk makan di
sekolah, membeli buku dan
uniform.
8. Satu lagi kesesuaian koperasi
sekolah yang paling ketara dalam
membenih bibit-bibit
keusahawanan dan perniagaan
dalam kalangan pelajar.
16
Keperluan ini selaras dengan
hasrat kerajaan yang mahu
melahirkan lebih ramai usahawan
muda berjaya di masa hadapan
yang memerlukan kita bertindak
sekarang. Koperasi sekolah
platform yang paling tepat dalam
hal ini. Penerapan dan
pendedahan kepada budaya
17
dan nilai-nilai keusahawanan
merupakan satu proses
pembelajaran yang dapat
membuka ruang dan minda
pelajar supaya menjadi lebih
kreatif, inovatif dan berdaya maju.
Apabila dewasa mereka mampu
berdikari untuk bekerja sendiri.
18
9. Ini dapat membantu negara
berhadapan masalah
pengangguran, kerja tidak
menentu, tidak aktif dan defisit
peluang pekerjaan yang
berterusan tinggi di masa
hadapan. Hari ini, dianggarkan 75
juta daripada 1.2 bilion golongan
19
muda dunia berumur antara 15
hingga 24 tahun tiada pekerjaan.
10. Koperasi sekolah juga
berkeupayaan mendidik pelajar-
pelajar literasi kewangan yang
diharapkan dapat melahirkan
generasi muda yang berhemah
20
tinggi dalam menguruskan
perbelanjaan dan menyimpan.
Tuan-Tuan, Puan-Puan Serta Para
Pelajar Yang Dikasihi Sekalian
11. Sehingga kini, koperasi
sekolah menunjukkan pencapaian
membanggakan. Berdasarkan
statistik 2017 koperasi sekolah
21
berjumlah 2,395 buah dengan
keanggotaan 1.8 juta orang, aset
berjumlah RM344.889 juta dan
perolehan RM382.941 juta.
12. Koperasi sekolah juga
menunjukkan prestasi cemerlang
dalam perniagaan sehingga
perolehan mencecah ratusan ribu
22
dan jutaan ringgit. Ini bermakna
koperasi sekolah berkemampuan
berniaga dan menjana perolehan
sama seperti koperasi dewasa.
Kejayaan ini dibuktikan MRSM
Kepala Batas Berhad, MRSM
Kubang Pasu Berhad, Kolej
Vokasional Tanah Merah Berhad,
MRSM Taiping Berhad, MRSM Batu
23
Pahat Berhad dan SMK Kota
perolehan menghampiri sejuta
(RM900,000 lebih). Di peringkat
global, model koperasi sekolah
kita cukup dikagumi dan menjadi
contoh kepada negara lain.
13. Akhir kata, sekali lagi saya
mengambil kesempatan,
24
merakamkan ucapan tahniah dan
syabas kepada Jawatankuasa
Penganjur serta semua yang
terlibat menjayakan majlis ini.
14. Saya dengan lafaz
Bismillahhirrahmannirrahim
merasmikan Karnival Usahawan
25
Muda dan Koperasi SMK Wangsa
Maju Seksyen 2.
Sekian. Wabillahi taufik
walhidayah wassalamualaikum
warahmatullah wabarakatuh.
Recommended