View
299
Download
4
Category
Preview:
Citation preview
Lurah V
Likuan sungaiJeram
BENTUK MUKA BUMI HASIL HAKISAN
SUNGAI
Lubuk pusar
Susuh bukit
berpanca
Air terjun
AIR TERJUN
Ciri muka bumi: Aliran air terjun setingkat yang terjun dari poin yang tinggi. Terbentuk di kawasan berstruktur mendatar antara batuan lembut dengan keras. Paling atas biasanya batuan keras iaitu batuan sil. Bawah lapisan lembut. Tindakan hidraulik air sungai mampu mengorek, mencungkil dan memusnahkan lapisan batuan lembut yang berada di bawah untuk membentuk lubuk tunjam yang dalam.
Kepentingan: Sebagai kawasan eko pelancongan Ser dijadikan pusat penajaan tenaga hidroelektrik.
Lurah V dan gaung juga terbentuk akibat proses rujuvenasi (balik sungai muda) yang berpunca
daripada kejatuhan arus laut.
Lurah V Ciri muka bumi: Bertebing sangat curam dan
menjadi gaung yang sangat dalam. Lazimnya wujud di kawasan hulu
sungai
Contoh: Gaung yang dalam ialah Grand Canyon di Amerika Utara
Ciri muka bumi: Aliran air terjun yang bertingkat atau bersiri mengikut terjun yang berbeza.
Jeram
Proses pembentukan: Struktur batu batuan dalam keadaan condong dan berselang-seli antara batuan keras dengan lembut, maka pergerakan air terjun kelihatan bertingkat-tingkat. Batuan keras amat sukar dihakis dan tertonjol di dasar sungai kesan aliran akan tersekat dan terpaksa mengalir secara lompatan.
Kepentingan: Eko pelancongan dan pusat jana hidro
Ciri muka bumi: Lekukan atau lubang besar di dasar sungai yang berbatu ditebuk atau dikorek oleh pusaran arus sungai
Proses pembentukan: Aliran sungai yang deras akan mengorek rekahan-rekahan di dasar sungai yang tidak rata, memperdalamkan rekahan tersebut menjadi lubang periuk. Mampu mengcungkil ketulan batu tongkok dan mendedahkan lubang di dasar sungai seterusnya menyebabkan lubang menjadi lebih besar.
Kepentingan: Menjadi daya tarikan pelancong seperti Telaga Tujuh di Langkawi
Lubuk Pusar
Likuan sungai
Ciri muka bumi: Tebing cekung terhasil di bahagian likuan
sungai yang menerima larian arus. Manakala, tebing cembung
terhasil di bahagian yang mengalami pembiasan arus.
Tebing ini wujud secara bertentangan di bahagian likuan
sungai
Susuh bukit berpanca
Ciri muka bumi: Bahagian sis bukit/kaki bukit yang menonjol keluar secara berselang-seli.
Proses pembentukan: Terdapat tonjolan batuan keras berselang-seli dengan batuan lembut. Sungai akan menghakis jaluran batuan lembut lebih cepat berbanding jaluran batuan keras. Hakisan sisi yang giat di jaluran batuan lembut akan menghasilkan cenuram dan meninggalkan batuan keras tertonjol sebagai tebing.
Kepentingan: Kawasan ini sesuai dijadikan tempat ekspidisi berkayak dan berakit.
BENTUK MUKA BUMI HASIL PEMENDAPAN SUNGAI
TASIK LADAM DELTA
DATARAN BANJIR TETAMBAK
TASIK LADAM
Liku sungai di peringkat hilir yang berbentuk
hampir bulat membentuk segenting yang
sempit .
Apabila banjir berlaku segenting terputus lalu
menghasilkan likuan terpenggal.
Apabila pemendapan terus berlaku, likuan
terputus daripada aliran sungai utama.
Tasik ladam terbentuk.
DELTA
Apabila sungai mengalir sampai di kuala sungai atau muara sungai, bahan muatan termendapKawasan aluvium kipas yang dikenali sebagai delta terbentuk. Lima sebab pembentukan delta:
a) Jumlah muatan sungai yang banyak b) Pantai yang terlindung dan mengalami
kadar pasang surut yang rendah c) Laut di kuala sungai mestilah cetek d)Tidak terdapat arus kuat yang mengalir bersudut tepat dengan kuala sungai e)Tidak terdapat tasik-tasik besar di
sepanjang aliran sungai
Dataran banjir Tindakan sungai berkesan di peringkat hilir ialah pemendapan Ini meninggikan dasar sungai menyebabkan air sungai cetek Air sungai mudah banjir pada musim hujan atau musim salji cair Semasa banjir berlaku, bahan mendapan termendap di permukaan lembah lalu membentuk dataran mendap. Kawasan sebegini luas, rata dan diliputi tanih aluvium. Maka lurah berbentuk "V" terbentuk.
tetambak
1. Mendapan yang tertimbun di tebing sungai membentuk tetambak
2. Tetambak menyebabkan cawangan sungai mengalir selari dengan aliran sungai utama sebelum bercantum dengannya
3. Cawangan sungai sebegini dikenali sebagai cabang sayung
Recommended