2.
- Ialah:suatu pernyataan yang telah ditentukan yang perlu dicapai
oleh pelajara mengikut tahap-tahap tertentu.
- Melibatkan apa sahaja yang dipelajari dan dikuasai yang
meliputi : pengetahuan,kemahiran, perubahan tingkahlaku, sikap,
perangai dsb.
- Harus bolehdiukur dandilakukanoleh pelajar setelah mengikuti
sesuatu unit pengajaran dan pembelajaran.
3.
- Objektif pengajaran boleh dilihat daripada 3 perspektif
penting:
- Objektif pengajaran memberikan rangka tindakan untuk proses
pengajaran yang dipertanggungjawapkan kepadanya.
- Dengan adanya objektifpengajaran, guru dapat menilai sama ada
matlamat pengajarannya tercapai atau sebaliknya.
- Guru akan merasa berpuas hati jika objektif pengajaranya
tercapai.
- Andainya objektif tidak tercapai ia mungkin telah disebabkan
oleh beberapa hal, umpamanya:
- Objektif itu terlalu tinggi dan tidak sesuai dengan kebolehan
murid-murid.
- Pengetahuan sedia murid-murid kurang untuk membolehkan mereka
mengikuti pelajaran berkenaan.
- Kaedah mengajar guru itu tidak sesuai.
4.
- Dapat membantu dalam merancang dan melaksanakan p&p dengan
cara yang sistematik dan berkesan. Seperti dalam perkara:
- Menentukan strategi pengajaran.
- Mengenal pasti bahan-bahan pengajaran.
- Menentukan tugasan & aktiviti yang hendak dijalankan.
- Menganggarkan bentk penilaian.
- Meganggarkan kadar pencapaian pelajar.
5.
- Objektif pengajaran memberi maklumat jangkaan terhadap apa yang
telah dipelajaripelajar.
- Objektif pengajaran berfungsi untuk menyemak sama ada guru
telah menjalankan proses pengajaran seperti yang tercatat dalam
sukatan pelajaran dan rancangan mengajar.
6.
- Kriteria Memilih Objektif
- Penentuan sama ada objektif yang dipilih adalah mencukupi,
boleh disema dengan membuat pertanyaan berikut:
- Adakah semua objektif merangkumi kehendak hasil penting
kursus?
- Adakah objektif memenuhi hasratsekolah ?
- Adakah objektif berharmoni dengan prinsip-prinsip
pembelajaran?
- Adakah objektif setaraf (realistik) dengan kebolehan pelajar,
kemudahan dan masa ?
7.
-
- Ialah hasil pengajaran yang dikehendaki meliputi satu set
(kumpulan) kemahiran dalam sesuatu tempoh masa.
-
- Contoh :Murid mempercayai bahawa Allah itu ada.
- Objektif khusus pembelajaran
-
- Ialah hasil pembelajaran pelajar yang khusus dan boleh
diperhatikan. Ia adalah pecahan kepada ciri-ciri objektif am.
-
- Objektif khusus ini adalah objektif-objektif yang menerangkan
prestasi pelajar atau murid yang dikehendaki.
-
- Contoh:Murid dapat menuliskan dalil naqli tentang adanya
Allah.
8.
- CARA MENYATAKAN DAN MENULIS OBJEKTIF KHUSUS
- Objektif hendaklah diterangkan dalam bentuk hasil pembelajaran
di akhir kelas. Kaedah yangbaik ialah dengan cara:
- Terangkan beberapa objektif yang khusus yang mewakili satu-satu
objektif am tadi.
- Objektif khusus ini perlu dirumuskan dan ditulis
secaraspesifik.
-
- Khusus disini bermaksud satu.
-
- Jadi satu objektif khusus hanya mengandungi satu pola tingkah
laku atau pernyataan.
9.
- Murid dapat membaca dan menterjemahkan surah al-Fatihah
- Contoh objektif di atas tidak khusus, kerana ada dua pola
tingkah laku yang terkandung di dalamnya, iaitu (i)dapat membaca
dan (ii)dapat menterjemahkan.
- Objektif khusus di atas perlu dijadikan dua:
-
-
- Murid dapat membaca surah al-Fatihah
-
-
- Murid dapat menterjemahkan surah al-Fatihah
10.
- Objektifkhas perlu ditulis denganjelas dan nyata .
- Jelas dan nyata disini bermaksud bolehdiukurdandiperhatikan
(dilihat)
- Elakkan daripada menggunakan perkataan yang abstrak, implisit
(terselindung atau tidak jelas) yang tidak dapat dilihat, diukur
dan sukar dinilai.
- Contoh istilah atau kata kerja yang dapat digunakan dalam
menulis objektif yang jelas:
- Menulis; murid dapatmenuliskan ... .........
- Menyebut; murid dapatmenyebutkan ......
- Memilih; murid dapatmemilih .........
- Mendemonstrasikan ;murid dapat mendemonstrasikan ....
11. 12.
- Ralph Tyle dan Gange, menyatakan tiga sebab mengapa objektif
pengajaran perlu ditulis dengan jelas:
- Objektif yang jelas dapat membimbing dalam proses pengajaran
dan pembelajaran .
- Ojektif yang jelas dan teliti itu akan membantu guru
merencanakan langkah-langkah yang akan dilakukan murid dalam
mencapai tujuan itu, begitu juga dalam pengajaran guru.
- Membantu guru dalam menyiapkan tindakan penilaian.
- Agar murid dapat menyiapkan dirinya sendiri.
- Oleh itu objektif perlu diketahui oleh murid sebelum pengajaran
bermula, supaya murid dapat menyiapkan dirinya sebaiknya dalam
mencapai tujuan itu.
13.
- Objektif hendaklah ditulis dengan terang dan ringkas (tidak
perlu menggunakan bahasa berbunga ).
- Objektif bagi sesuatu pelajaran hendaklah realistik dan sesuai
dengan peringkat umur murid yang ditujukan.
- Sekiranya objektif terlalu tinggi untuk peringkat umur murid
berkenaan, maka objektif itu tidak dapat dicapai dalam
pengajaran.
- Sebaliknya, jika objektifterlalu rendah, maka pelajaran
tersebut tidak mencabar kebolehan murid-murid dan akan
menjemukan.
- Penetapan dan penulisan objektif hendaklah tepat dan sempurna
supaya boleh dijadikan panduan yang berguna untuk proses
penilaian.
- Soalan ujian hendaklah berdasarkan objektif khusus
pengajaran.
14.
- Pada kebiasaannya dalam pembentukan objektif atau jenis hasil
pembelajaran yang perlu ditunjukkan bergantung kepada beberapa
domain atau bidang yang diberi penekanan.
- Terdapat tiga (3) domain dalam aktiviti pendidikan, iaitu
:
- Melibatkan perkembangan kemahiran kebolehan intelek murid
- Melibatkan perkembangan sikap dan nilai murid
- Melibatkan perkembangan kemahiran dan kebolehan fizikal atau
otot.
15.
- Aspek kognitifmenjadi salah satu fokus utama dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
- Pemeringkatan dalam Taksonomi Bloom membahagikan aspek atau
domain kognitif ini kepada enam (6) peringkat:
- Dengan susunan bermula daripada asas kepada yang lebih tinggi
atau dari peringkat mudah kepada peringkat yang lebih sukar atau
tinggi, iaitu:
16. Contoh kata kerja mengikutPeringkat KognitifPerigkat
kognitif Perlakuan Pelajar Kata Kerja yang Sesuai PERINGKAT
KOGNITIF PERLAKUAN PELAJAR KATA KERJA YG SESUAI Pengetahuan
Mengenali dan mengingati semula fakta dan idea. Takrifkan,
Huraikan, Labelkan, Padankan, Namakan , Nyatakan Kefahaman
Mentafsir, Menterjemah,Meringkaskan sesuatu maklumat. Bezakan,
Anggarkan, Terangkan, Berikan contoh, Selesaikan, Gunakan Aplikasi
Memilih, Memindah dan menggunakan maklumat untuk menyelesaikan
masalah dalam situasi baharu. Kirakan , Tunjukkan, Laksanakan,
Sediakan, Kaitkan, Selesaikan, Gunakan. 17. Contoh kata kerja
mengikutPeringkat KognitifPerigkat kognitif Perlakuan Pelajar Kata
Kerja yang Sesuai PERINGKAT KOGNITIF PERLAKUAN PELAJAR KATA KERJA
YG SESUAI Analisis Membezakan,mengasingkan, mengklasifikasikan,
mengaitkan struktur, Andaian, Bukti, kesimpulan yang jelas
menunujukkan perhubungan . Analisiskan,Kesan,Kenal pasti, Bezakan,
Bandingkan, Kategorikan. Sintesis Menggabungkan unsur-unsur untuk
mendapatkan satu kesimpulan baru Kelaskan, Satukan, Gubahkan,
Bentukan , Huraikan, Rancangkan, Tulis semula, Bandingkan Penilaian
Membuat keputusan , pertimbangan, kritikan berdasarkan ukuran
tertentu. Ulaskan, Kritikan, Nilaikan, Sejauh manakah. 18. Contoh
kata kerja mengikut Peringkat Afektif Peringkat Kata Kerja yang
sesuai Penerimaan Pilih, terangkan, berikan, kenal pasti dan
namakan. Membuat gerak balas Selesaikan, terangkan, bezakan ,
cadangkan dan laporkan. Menghargai/ menilai Tunjukkan, bezakan,
amalkan, cadangkan, selesaikan dan gunakan. Organisasi
Ubahsuaikan,susun, satuakan, bandingkan, selesaikan, kenal pasti,
sediakan dan kaitkan. Perwatakan Tunjukkan, bezakan, amalkan,
cadangkan, selesaikan dan gunakan. 19. Contoh kata kerja mengikut
Peringkat Psikomotor Peringkat Kata Kerja yang sesuai Membiasakan
diri Dapatkan maklumat, cuba lakukan, manipulasikan, perhatikan
Asas Kemahiran Lakukan gerakkan, susun gerakan, betulkan gerakan
dan laksanakan kemahiran. Perkembangan Buat latihan, halusi tingkah
laku, tingkatkan prestasi, laksanakan dengan lancar dan laksanakan
secara automatik. Pelarasan dan Penyesuaian Kawal dengan berkesan,
kawala tingkah laku, tepati kemhiran dan kaitkan. Kesempurnaan
Sempurnakan kemahiran dan jalankan latihan berterusan. 20.
- Kertas kerja 2: Penulisan objektif pengajaran
- MATA PELAJARAN :____________________________
- TAJUK : _______________________________________
- Kumpulan Sasaran : ______________________________
- OBJEKTIF AM :__________________________________
- Lampirkan bersama teks dari isi kandungan tajuk pelajaran yang
dipilih.