Strategi pengajaran pencapaian rendah

Preview:

Citation preview

MURID PENCAPAIAN RENDAH

Aktiviti 1: Untuk murid pencapaian rendah

Bahan Bantu Mengajar

Strategi Pengajaran Untuk Murid Pencapaian Rendah

Tajuk : Isipadu Cecair

Kemahiran :1. Pengenalan Isipadu Cecair

Objektif Pembelajaran :1. Memahami dan menggunakan perkataan yang

berkaitan dengan isipadu cecair.

Hasil Pembelajaran :1. Menggunakan perkataan yang berkaitan dengan

isipadu cecair dalam kehidupan harian.

Bahan Bantu Mengajar : 6 botol berisi air oren.

Langkah 2:

Guru menyediakan 6 botol berisi air oren dimana setiap botol

mengandungi kandungan yang berbeza.

Langkah 1 :

Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan, satu kumpulan 3 orang.

Langkah 3:

Murid dikehendaki mengasingkan setiap botol tersebut mengikut

kumpulan penuh/full, setengah/half full dan kosong/empty.

Langkah 4:

Guru menerangkan kepada murid bahawa bekas yang mengandungi air

yang penuh/full diletakkan dalam satu kumpulan .

Langkah 5:

Guru menjelaskan kepada murid bahawa bekas yang mempunyai air

yang separuh penuh/half full diletakkan dalam satu kumpulan .

Langkah 6:

Guru menjelaskan kepada murid bahawa bekas yang kosong/empty

diletakkan dalam satu kumpulan .

Langkah 7:

Guru menyemak jawapan bersama murid bagi setiap kumpulan.

PenuhSeparuh penuh

Kosong

Langkah 8:

Guru memperkenalkan kepada murid tentang konsep penuh/full,

setengah /half full dan kosong/empty.

Kosong Separuh penuh

Penuh

Kesimpulannya:

Aktiviti ini sesuai untuk murid-murid yang lemah kerana

pada peringkat ini murid-murid perlu mengetahui konsep penuh,

separuh penuh dan kosong. Murid boleh diperkenalkan dengan

pelbagai aktiviti dan bekas yang bersesuaian untuk menentukan

konsep tersebut. Guru perlu membimbing murid-murid semasa

melakukan aktiviti ini kerana ada sesetengah murid tidak

mengetahui konsep penuh, separuh penuh dan kosong.

Walaupun perkataan ini selalu digunakan dalam kehidupan harian.

SEKIAN TERIMA KASIH

Recommended