22
AKU Sepatah Kata . Segala puji bagi Allah, Tuahn sekalian alam, yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Yang Maha bijaksana, Yang Maha Memiliki Ilmu Ghaib dan Yang Nyata, tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Esa tiada sekutu bagi Nya, Dialah yang awal dan yang akhir, yang Batin dan yang Zahir yang meliputi Segala sesuatu. Maha Suci Allah yang mengilhamkan ilmu kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Tiada daya dan upaya melainkan dengan izinNya. Selawat dan salam untuk cahaya bagi segala cahaya, rahsia bagi segala rahsia, pembuka pintu ilmu Ketuhanan, pelita hati,dan penawar sanubari iaitu junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan limpahkan juga rahmat kepada kaum keluarganya dan para sahabat sekelian. Dengan taufik dan hidayah Allah jua dapatlah penulis menghuraikan dalam risalah ringkas ini sedikit penjelasan berkenaan perkara AKU menurut pandangan Falsafah Kesufian atau Falsafah Tasawuf untuk dijadikan bahan kajian, renungan dan kritikan para pembaca sekalian. Aku yang dimaksudkan disini ialah diri iaitu diri kita sebagai manusia. Pandangan ini dari sudut Falsafah Kesufian (Philosophy of Sufism). Sekiranya betul pendapat ini maka itu dari Allah dan sekiranya tidak betul maka itu dari nafsu penulis sendiri. Jadi dengan itu, mana yang betul jadikan kajian dan mana yang salah diketepikan. Paling baik lagi jika pembaca sekalian merujuk penjelasan dalam risalah ini kepada Ahli Ilmu ataupun dipanggil yang Mursyid iaitu mereka yang masak ilmunya dalam bidang Falsafah Kesufian agar dengan itu pembaca tidak teraba-raba akan maksud yang disampaikan dalam risalah ringkas ini. Akhir kalam, penulis memohon keampunan Ilahi jika ada tersalah silap dalam risalah ini dan bersyukur kepadaNya jika tulisan ini betul dan benar. Kepada Allah aku kembalikan semua urusan. PENDAHULUAN Kita selalu merujuk diri kita seagai AKU. Kita berkata, "Ini Aku" , "Ini Aku punya", "Ini badan Aku", "Nama Aku si-anu", dan "Nama bapa Aku si-anu", dan sebagai nya. Pernahkah kita terfikir siapakah AKU kita itu? Apakah AKU kita itu? Siapa sebenarnya AKU itu? Maka disini penulis cuba untuk menghuraikan brkenaan AKU ini menurut pendapat dan pandangan Falsafah Kesufian (Philosophy of Sufism). Buku atau risalah ini mengandungi penjelasan berkenaan AKU. Dari penerangan atau penjelasan ini pembaca akan dapat sedikit sebanyak maklumat tentang apa dan siapa sebenarnya AKU kita itu. 1 / 22

AKU_Esensi Aku

Embed Size (px)

Citation preview

AKU

Sepatah Kata.

Segala puji bagi Allah, Tuahn sekalian alam, yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, YangMaha bijaksana, Yang Maha Memiliki Ilmu Ghaib dan Yang Nyata, tidak ada Tuhan melainkanDia, Yang Maha Esa tiada sekutu bagi Nya, Dialah yang awal dan yang akhir, yang Batin danyang Zahir yang meliputi Segala sesuatu. Maha Suci Allah yang mengilhamkan ilmu kepadasesiapa yang dikehendakiNya. Tiada daya dan upaya melainkan dengan izinNya.

Selawat dan salam untuk cahaya bagi segala cahaya, rahsia bagi segala rahsia, pembukapintu ilmu Ketuhanan, pelita hati,dan penawar sanubari iaitu junjungan besar Nabi MuhammadSAW dan limpahkan juga rahmat kepada kaum keluarganya dan para sahabat sekelian.

Dengan taufik dan hidayah Allah jua dapatlah penulis menghuraikan dalam risalah ringkas inisedikit penjelasan berkenaan perkara AKU menurut pandangan Falsafah Kesufian atauFalsafah Tasawuf untuk dijadikan bahan kajian, renungan dan kritikan para pembaca sekalian.

Aku yang dimaksudkan disini ialah diri iaitu diri kita sebagai manusia. Pandangan ini dari sudutFalsafah Kesufian (Philosophy of Sufism). Sekiranya betul pendapat ini maka itu dari Allah dansekiranya tidak betul maka itu dari nafsu penulis sendiri. Jadi dengan itu, mana yang betuljadikan kajian dan mana yang salah diketepikan.

Paling baik lagi jika pembaca sekalian merujuk penjelasan dalam risalah ini kepada Ahli Ilmuataupun dipanggil yang Mursyid iaitu mereka yang masak ilmunya dalam bidang FalsafahKesufian agar dengan itu pembaca tidak teraba-raba akan maksud yang disampaikan dalamrisalah ringkas ini.

Akhir kalam, penulis memohon keampunan Ilahi jika ada tersalah silap dalam risalah ini danbersyukur kepadaNya jika tulisan ini betul dan benar. Kepada Allah aku kembalikan semuaurusan.

PENDAHULUAN

Kita selalu merujuk diri kita seagai AKU. Kita berkata, "Ini Aku" , "Ini Aku punya", "Ini badanAku", "Nama Aku si-anu", dan "Nama bapa Aku si-anu", dan sebagai nya.

Pernahkah kita terfikir siapakah AKU kita itu? Apakah AKU kita itu? Siapa sebenarnya AKUitu?

Maka disini penulis cuba untuk menghuraikan brkenaan AKU ini menurut pendapat danpandangan Falsafah Kesufian (Philosophy of Sufism).

Buku atau risalah ini mengandungi penjelasan berkenaan AKU. Dari penerangan ataupenjelasan ini pembaca akan dapat sedikit sebanyak maklumat tentang apa dan siapasebenarnya AKU kita itu.

1 / 22

AKU

Selamat memaca dan memahaminya.

Penjelasan yang pertama.

Pernahkah anda terfikir siapakah AKU itu? Pernahkah anda terbayang apakah AKU kita itu?

Sebenarnya AKU kita ini adalah ROH kita, bukan badan kasar ini. Badan kasar ini akan matisekiranya tiada ROH. Sekiranya tiada ROH, badan kita akan hancur binasa.

ROH kita inilah diri kita yang sebenarnya,.ROH ini hidup dan tidak akan mati. ROH inilah jugazat diri kita.

ROH ini juga limpahan Yang Maha Hidup iaitu Allah SWT. Allah itu hidup. Dia mempunyai sifathidup. Maka hidup(ROH) kita adalah limpahan dari hidup Allah itu.

ROH ini juga digelar "bayangan" Yang Maha Hidup itu. ROH itu bayang kepada YangEmpunya Bayang. Yang Empunya Bayang itu ialah Allah, dan ROH kita itu adalah "bayangan"Allah itu. Demikian pendapat-pendapat ahli-ahli Sufi.

Allah itu tidak kelihatan, Maha Ghaib dan tidak ada satupun yang seumpama denganNya.Bagaimana kita dapat tahu adanya sesuatu yang tidak kelihatan dan tidak terperikan. Ibaratangin, kita tidak nampak angin, tetapi bagaimana kita tahu angin sedang bertiup dan angin ituada? Jawabnya, kita tahu adanya angin itu kerana ada kesannya. Bila daun pokok bergoyang,kita tahu angin sedang bertiup. Kalau kita rasa hembusan, maka itu adalah hembusan angin,sebagainya. Goyangan daun dan rasa hembusan itu adalah tanda-tanda adanya angin. Kitatidak nampak angina tetapi kita tahu adanya angina melalui tanda-tandanya.

Demikian jugalah keadaannya dengan Allah SWT. Kita tidak nampak DIa, tetapi kita rasa danpercaya adaNya melalui tanda-tandaNya. Tanda-tanda Allah itu ialah alam semesta raya ini.Tanda-tanda ini dalam bahasa Arab ialah "ayat".

Oleh itu, alam semesta raya dan diri kita ini adalah ayat-ayat Allah belaka.

ROH sangat tinggi martabatnya, melebihi peringkat malaikat. Tempatnya disisi Allah yangMaha Tinggi. ROH inilah yang mengenang Allah (zikrullah) seolah-olah kerjanya mengenangAllah sahaja. Seolah-olah makan minumnya "zikrullah" sahaja.

ROH yang suci ini sentiasa mentauhidkan Allah Yang Maha Suci. Najis padanya iailahmenyekutukan Allah. ROH ini sangat cinta kepada Allah SWT. Ia memuja dan memuji Allahsentiasa. Allah itu kekasihnya. Cukuplah Allah itu baginya.

Demikian perhubungan Allah dengan ROH, menurut pandangan ahli-ahli Sufi.

Penjelasan yang kedua

2 / 22

Muhammad Aslan
Highlight
Ingat, Jawaban ini hanyalah perumpamaan yang dikatakan. karena angin disini masih bisa dirasakan dengan indera iaitu kulit.
Muhammad Aslan
Highlight
Kita rasa maksudnya ialah bagi orang-orang beriman yang dapat merasakan dan dan percaya kepada tuhan, getaran hati yang kuat ketika disebutkan Asma-Nya.

AKU

Tahukah anda bahawa AKU anda itu adalah ROH yang datang dari Allah, hidup dengan Allah,dan kembali kepada Allah. Allah itulah pengkalan tempat bertolak, lautan yang dilayari danpelabuhan tempat berhenti.

Jika dikaji dalam-dalam anda akan sedar dalam pandangan kerohanian bahawa Allah ituadalah tempat permulaan perjalanan kita. Dialah tempat perjalanan itu sendiri, dan Allah itujugalah destinasi akhir perjalanan hidup ini.

Tempat bertolak, perjalanan dan destinasi yang dimaksudkan disini bukanlah dari segipandangan fizikal yang tertakluk kepada ruang dan waktu. Tempat perjalanan dan destinasiyang dimaksudkan di sini iailah dari segi pandangan rohaniah, perasaan dan khayali(thought)kita.

AKU atau ROH kita adalah tanda-tanda atau ayat-ayat Allah. ROH itu juga bayanganNya danpenzahiranNya. Dari segi pandangan kerohanian, Allah itulah Yang Awal, Yang Akhir, YangBatin dan Yang Zahir.

Penjelasan yang ketiga

AKU yang paling dalam itu bersifat kerohanian. Jika AKU itu dibersihkan pandangannyamelalui zikrullah dan latihan kerohanian orang-orang Sufi, maka AKU itu akan mencapai satutahap pandangan dimana ia rasa wujud ini adalah Esa juga. Menurut pandangan ini, wujud ituada bertingkat-tingkat, bertahap-tahap, dan pelbagai aspek, namun ia tetap satu. Segala yangada kelihatan, baik yang zahir mahupun yang batin, semuanya satu wujud sahaja, padahakikatnya. Inilah pandangan AKU yang paling dalam.

Penjelasan yang keempat

Sekali lagi diulangi bahawa AKU anda itu adalah ROH anda dan itulah juga diri andasebenarnya.

AKU itu juga adalah ayatollah (tanda-tanda Allah) kerana seluruh alam raya, yang ghaib danyang nyata, adalah tanda-tanda wujudnya Allah SWT.

AKU itu juga digelar ROHULLAH (ROH ALLAH) kerana ROH itu adalah hembusan dari ROHALLAH atau limpahan dari ROH ALLAH.

AKU itu juga digelar Nurullah ( cahaya ALLAH) kerana setiap roh itu adalah cahaya. Digelarcahaya kerana setiap yang menampakkan sesuatu digelar cahaya . Nabi-Nabi itu cahaya Allahkerana melalui Nabi-Nabi itu kita dapat mengenal Allah melalui ajaran dan didikan mereka.ROH itu cahaya kerana melalui ROH itu kita kenal dan ‘nampak' Allah.

AKU itu juga digelar Ma'lum dalam ilmuNya. Ma'lum ertinya ‘yang diketahui'. Allah itu ‘alim (yang mengetahui). Setiap yang mengetahui tentu berpengetahuan (berilmu). Allah itu berilmu,sebab itulah ia ‘alim. Setiap yang ‘alim tentu ada ilmu dan ada perkara yang diketahuinya.Perkara yang diketahui itu digelar Ma'lum (yang diketahui). Allah itu ada ilmu dan dalam

3 / 22

AKU

ilmuNya ada Ma'lum. ROH kita ini termasuk dalam ilmu Allah. Maka ROH kita itu Ma'lum Allah.Maka itulah dikatakan ROH itu Ma'lum dalam ilmu Allah.

Penjelasan yang kelima

AKU atau ROH itulah yang dapat mengenal Allah SWT bukan badan kasar ini yangmengenalNya. Melalui ROH itu kita mengenal Allah. Wadah atau bekas tempat Allahmentajallikan (menzahirkan) dirinya kepada kita ialah ROH kita. ROH itu digelar juga hati.Bukan hati fizikal itu tetapi hati yang bersifat kerohanian. ROH itu memiliki kesadaran(consciousness). Kesedaran tentang wuudnya Allah dan sifat-sifatNya yang terzahir dalamalam semesta raya ini. Yang melihat penzahiran atau tajalli itu ialah ROH kita.

Penjelasan yang keenam

AKU ini memang hampir dengan Allah. AKU dan Allah tidak bercerai-berai dari dulu, sekarangdan selamanya. Ibarat ombak tidak bercerai dengan laut. Dari sudut manapun Wujud SemestaRaya itu tetap mengelilingi AKU. Ia meliputi AKU dari kiri, kanan, atas, bawah, depan, belakang,luar, dalam bahkan dari mana sahaja. " Hampir" dan "Mengelilingi" itu bukanlah dari segi ruangdan waktu yang boleh diukur dengan panjang, lebar, dalam, atau dari segi masa dan waktu.Hampir dan mengelilingi itu adalah dari segi pandangan rohaniah atau kerohanian. Hanyaorang yang berada dalam pengalaman rohaniah sahaja yang faham akan maksudnya.

Wujud semesta itu "meliputi", "merangkumi", "berpadu", dan "bersatu" dengan AKU. AKUterserap dalam Wujud Semesta ini.

Penjelasan yang ketujuh

Dari segi aku atau ROH atau diri, wujud AKU "bersatu" dan "berpadu" dengan Wujud Yang Esadan Semesta itu. Kelihatan pada AKU bahawa Allah itu batin dan AKU itu zahirnya. Allah ituhakikat dan AKU itu bayanganNya. Dia asal dan AKU terbitanNya. Dia elektrik dan AKU lampu.Dia dalang dan AKU boneka. Gerak AKU digerakkan olehNya. Ini adalah pandangan kerohanian yang paling dalam.

Penjelasan yang kelapan

Memang AKU itu ada(wujud). Wujudnya dengan limpahan Wujud Yang Maha Agung (iaituAllah). Hidup AKU limpahan hidupNya. AKU berdaya limpahan dayaNya. Berkuasanya danberupayanya AKU adalah limpahan kuasa dan upayaNya. Aku berkehendak dan Diapunberkehendak. Kehendak AKU tertakluk kepada kehendakNya.

"Limpahan" disini bererti kurniaan atau terbitan atau penzahiran atau keluaran ataupun kesan.

Yang Maha Wujud itu Allah. AKU dan alam semesta raya adalah limpahan nama-nama dansifat-sifat Yang Maha Wujud itu. Setiap nama dan sifat Allah terzahir pada AKU dan alamsemesta raya ini.

4 / 22

AKU

Itulah pandangan AKU yang bersifat kerohanian.

Penjelasan yang kesembilan

AKU ini ada sifatnya iaitu hayat atau hidup, ilmu atau pengetahuan, pendengaran, penglihatan,kudrat atau kuasa, iradat atau berkehendak, dan berkata-kata. Semua sifat-sifat ini adalahlimpahan dari sifat-sifat Allah belaka.

AKU yang hakiki itu tiada bercerai dan tiada terpisah dengan sifat-sifat Allah dan Allah itusendiri. Wujud AKU itu sebenarnya diserapi oleh Wujud Semesta Raya itu. Iilah pandanganAKU yang bersifat rohaniah.

Penjelasan yang kesepuluh

AKU yang bersifat rohaniah semata-mata itu terasa cukup baginya Allah sahaja. Allah itulahsegala-galanya bagi AKU. Kepada Allah itulah AKU itu mengadu dan berharap. Pandangannyatertumpu pada Allah. Tenggelamlah AKU itu dalam lautan Ketuhanan Allah Yang Maha Luasdan Dalam.

Dalam keadaan perasaan menyerap dalam Lautan Ketuhanan Yang Maha Luas dan Dalam itu,AKU tidak berasa takut, tidak berasa dengki, tidak berasa kecil hati sesama makhluk.

Pada pandangan AKU itu, makhluk itu hakikatnya tiada apa-apa. Wujud makhluk bukan hakiki,hanya bayangan sahaja iaitu bayangan wujudnya Allah. Hanya Allah jua yang wujud. Demikianpandangan AKU.

Penjelasan yang ke-11

Sungguhpun AKU itu berpandangan seperti yang tersebut dalam enjelasan-penjelasan yangterdahulu itu, namun AKU tidak akan menjadi DIA (iaitu Allah). AKU tetap AKU, DIA tetap DIA.Tetapi AKU dan DIa "bersatu" dan "berpadu" seolah-olah menjadi SATU. Ibarat bersatunyaombak dengan lautan, bersaatunya air dengan ais.

Pandangan ini bukan pandangan dari segi fizikal, akal dan berangan-angan, tetapi adalahpandangan ROH iaitu ROH yang dibersihkan dengan Zikrullah dan latihan jiwa dalam jangkawaktu yang lama, dengan bimbingan guru sufi yang pakar dalam bidang Kerohanian danKetuhanan.

Penjelasan yang ke-12

Setelah mencapai tahap pandangan ROH yang tinggi itu, maka kemana sahaja ROH itumenghadap di sana terzahir wajah Allah seolah-olah Ia berada dimana-mana jua.

Berkatalah mereka yang mengalami pandangan demikian:

Maha hampir tidak terkira

5 / 22

AKU

Bersatu bersama sehati sejiwa

Maha jauh namun hampir jua

Gerakku gerak Dia

Diamku diam Dia

Tindak-tandukku tindak-tanduk Dia

Berkata mereka lagi:

Hidupku pancaran hidupNya

Diriku bayangan diriNya

Sifatku gambaran sifatNya

Semua kata-kata mereka itu hanya ibarat, perumpamaan untuk menjelaskan perasaan danpandangan ROH mereka. Antara lain kata mereka:

Kalau Dia matahari akulah cahayaNya

Kalau Dia lautan akulah ombakNya

Kalau Dia masin akulah garamNya

Kalau dia manis akulah gulaNya

Aku seorang berdua denganNya

Tapi aku berpadu denganNya

Maha dekat disamping maha jauhNya

Oh! Alangkah hebat wujudNya

Wujudku tenggelam dalam wujudNya

Fana dan Baqa dalam adaNya.

Demikian pandangan orang-orang Kesufian yang telah mencapai peringkat serasa seolah-olahberserta dengan Wujud Yang Maha Esa itu. Mereka mencapai tahap demikian kerana merekamenumpukan seluruh pandangannya terhadap Yang Maha Wujud itu dan penuh cintadenganNya.

6 / 22

AKU

Orang yang tidak pernah menjalani latihan rohaniah dan tidak tahu hal-hal kerohanian yangmendalam dan tidak pernah menempuh jalan kerohanian, mereka jangan cuba-cubamentafsirkan sendiri pendapat mereka itu takut nanti tersesat pula.

Penjelasan yang ke-13

AKU dating dari Allah. AKU adalah ma'lum(yang diketahui) dalam ilmu(pengetahuan) Allah.Kemudian AKU berada di alam ROH. Bila sampai masanya hendak lahir ke dunia iadihembuskan ke bakal bayi dalam rahim ibu. Cukup masanya dalam rahim ibu itu, ia pun lahirke dunia bersama adan fizikal yang berbentuk bayi.

AKU akan berada di dalam alam dunia sampai ajalnya sampai. Kemudian ia masuk pula kealam Barzakh. Setelah berada sekian lama, maka ia akan dipertimbangkan di Hari Pengadilan.AKU akan masuk syurga atau neraka. Mudah-mudahan janganlah masuk neraka hendaknya.Maka AKU kembali ke hadrat Allah SWT. Dari Allah AKU dating kepada Allah AKU kembali. Disana kekallah hidup bersama dengan Yang Maha Hidup (iaitu Allah) selama-lamanya. Itulahperjalanan AKU. Mengembara dari satu alam ke satu alam.

Penjelasan yang ke-14

AKU itu sebenarnya bebas merdeka. Ia hanya bergantung kepada Yang Maha AKU(iaituAllah). Ia tidak memiliki apa-apa. Ia hanya menerima limpahan wujud dari Yang Maha Wujud.

AKU tidak patut dipuji kerana ia "kosong". Yang Maha Wujud Hakiki hanya Allah. AKU tidakmemuji Ghairullah (selain Allah) kerana Ghairullah itupun kosong juga. Yang patut dipuja dandipuji hanya yang Wujud Hakiki itu sahaja.

AKU hanya satu sinaran dari Matahari Ketuhanan. AKU hanya satu ombak dari lautanAr-Rahman(iaitu Allah). AKU hanya satu ayat dalam karangan Al-Haq(yang benar) iaitu Allah.AKU hanya sebutir pasir dalam padang pasir Wujud Yang Maha Meliputi dan Maha Luas. AKUhanya satu bayangan dari bayangan Dia Yang Maha Ada. Itulah AKU yang tidak terpisahdengan Tuhanku.

Penjelasan yang ke-15

AKU miskin papa, lemah, tidak berdaya dan tidak punya apa-apa. Yang Kaya Raya, YangGagah Perkasa, Yang Kuat dan Berdaya dan memiliki segala-galanya iailah Yang Maha Kayadan Maha Kuat itu juga. Itulah Allah SWT.

Hidup AKU kembali ke hidupNya. Gerak AKU kembali kepada gerakNya. Diam AKU kembalike diamNya. Sifat AKU kembali ke sifatNya. Nama AKU kembali ke namaNya. Amalan AKUkembali ke amalanNya. Wujud AKU kembali ke wujudNya.

Memang benar, AKU itu akan kembali kepadaNya, laksana cahaya kembali ke matahari,seperti ombak kembali ke laut. Tempat kembali itulah tempat AKU sebenar.

7 / 22

AKU

Penjelasan yang ke-16

Sebagaimana tersebut dahulu, AKU itu adalah ROH. Itulah diri. ROH ini tidak tertakluk kepadaruang dan waktu. Ia bukan tua dan bukan muda. Tua dan muda itu hanya bagi jasmani dankeadaan dunia ini sahaja. Semua ROH adalah sebaya sahaja. Nabi Adam AS sebaya denganNabi Muhammad SAW. Kita sebaya dengan moyang kita. Begitulah sebagainya. Tiada tua danmuda bagi ROH. ROH tercita serentak sekaligus sahaja.

Kemudian ROH itu dilahirkan ke dunia melalui rahim ibu dengan badan kita sebagai sangkaratau sarungnya. Ia dilahirkan ke dunia menurut masa yang telah ditentukan. Siapa yangditakdirkan lahir dahulu dialah yang tua dan siapa yang lahir kemudian dialah yang muda.

Dari segi rohaniah atau kebadanan ada tua dan ada yang muda, tetapi dari segi ROH sebayasahaja.

AKU juga tidak tertakluk kepada tempat. AKU bukan Barat dan bukan juga Timur. Bukan jugadari Utara dan bukan juga dari Selatan. AKU tidak tertakluk kepada arah dan tempat.

AKU juga bukan tertakluk kepada bangsa. AKU atau ROH bukan berbangsa itu dan bukanberbangsa ini. Bangsa-bangsa itu hanya wujud dalam dunia nyata ini. Di alam AKU tidak adabangsa-bangsa.

AKU adalah ma'lum dalam ilmu Allah, wujud dalam wujud-NYA. AKU adalah penzahiransifatNya. Demikian AKU tenggelam dalam Yang Maha Aku (iaitu Allah SWT).

Penjelasan yang ke-17

AKU tidak terkotorkan oleh kencing dan tahi. Tidak ada najis fizikal yang dapatmengotorkannya. Ibarat cahaya matahari, cahaya itu menyinari najis dan benda-benda kotor,namun cahaya itu tidak akan kotor. Ia menyinari tempat wangi dan tempat busuk, tetapi cahayatidak akan wangi dan busuk, kotor atau bersih.

Najis pada AKU itu ialah syirik, menyekutukan Allah, mengatakan Allah lebih dari satu. Itulahnajis bagi AKU. AKU yang bertauhid adalah ROh yang suci. ROH itu pada hakikatnya sentiasapercaya dengan adanya Allahdan mengesakanNya. Hanya setelah sampai kea lam dunibarulah ROH itu tercemar oleh pengaruh keduniaan, pengaruh iblis dan syaitan, pengaruhkebendaan, pengaruh nafsu serakah dan sebagainya.

Kita perlu membersihkan jiwa atau AKU kita kembali sebagaimana aslinya dengan zikrullah(mengingat Allah) dengan lisan, hati dan perbuatan. Zikrullah itu ibarat air mutlak yangmembasuh dan menyucikan najis syirik dari AKU itu. Bersihkanlah AKU itu hingga fana' (terasadiri kosong, tiada apa-apa) dan kemudian mencapai setingkat lagi ke peringkat ‘baqa' (terasadiri sentiasa bersama Allah). Terasa Allah ada dimana sahaja kita berada.

AKU yang bersih atau diri yang suci adalah diri yang mengesakan Allah hingga tidak terasaadanya diri. Yang ada hanya DIRI YANG BERDIRI SENDIRINYA iaitu Allah SWT.

8 / 22

AKU

Penjelasan yang ke-18

AKU yang hakiki itu tidak tertakluk kepada warna kulit dan bangsa. AKU itu bukan putih, hitammanis, kuning dan sebagainya. Sebagaimana adanya warna pada badan. AKU tidak ada warnadan tidak berbangsa-bangsa seperti bangsa Cina, India, Melayu, Arab dan sebagainya.

Badan kita berasal dari unsur-unsur tanah, air, api, dan udara tetapi ROH kita bukan dariunsur-unsur dunia nyata ini. AKU ghaib dari pandangan mata kasar namun ia tetap wujud.

AKU berasal dari tempat yang paling mulia. AKU berasal dari Yang Maha AKU (iaitu Allah).AKU berasal dari ilmu Allah masuk ke alam jasad ini dan kemudian kembali kepadaNya. JadilahROH itu sebagai Nur Allah sahaja. Ia pun kembali ke tempat asalnya iaitu ke hadrat Allah SWT.

Penjelasan yang ke-19

AKU ini pada hakikatnya adalah boneka yang dilakonkan oleh Dalang (iaitu Allah). AKU ini darisatu ibarat lagi iailah keris yang dihunus oleh pendekar. AKU tidak berdaya upaya, gerak dandiam AKU adalah digerakkan dan didiamkan oleh Allah. Adanya AKU adalah limpahan dariadanya Allah.

Allah itu hakiki. AKU itu majazi atau relative sahaja. Kalau difaham dan diselidiki secaramendalam, akan terasa bahawa yang ghaib dan yang zahir dan yang awal dan yang akhiradalah Allah sahaja.

Pendeknya pada pandangan orang yang sangat hampir dengan Allah, alam dan dirinya lenyapsama sekali dan tinggallah Allah semata-mata. Ini dipandang oleh ROH yang bersih dan sucidan mentauhidkan diri kepada allah semata-mata.

Penjelasan yang ke-20

AKU yang hakiki itu adalah nurullah (cahaya Allah) kerana dengan ROH, Allah kelihatan.Sesuatu yang menampakkan sesuatu yang lain adalah cahaya. Tanpa cahaya gelap gelitalahsegala-galanya.

AKU juga ayatollah (tanda-tanda Allah) kerana ROH itu tanda-tandanya adanya Allah.

AKU juga digelar Rohullah kerana ROH itu adalah hembusan dari Roh Allah. Itulah AKU yanghakiki.

AKU dan alam semesta adalah penzahiran atau tajlli Allah. AKU ini adalah alam ke kecilkerana semua perkara yang ada dalam alam besar ini ada salinannya atau penzahirannyadalam alam kecil.

Alam semesta ini juga digelar Insan Kabir(manusia besar) kerana semua yang ada dalam alamkecil ini ada kenyataannya dalam alam besar.

9 / 22

AKU

Insan Saghir(manusia kecil) ini adalah diri(ROH) manusia itu dan Insan Kabir itu adalah alamsemesta raya yang ghaib dan yang nyata. Alam kecil adalah Insan Saghir iaitu Manusia danAlam Besar adalah Insan Besar iaitu Alam Semesta Raya.

Demikian pendapat Falsafah Kesufian (Philosophy of Sufism).

Penjelasan yang ke-21

Dalam alam dunia ini kita katakana si anu itu orang Bandar dan si anu itu orang kampongataupun si anu itu berada di pejabat atau berada di rumah. Semua itu menunjukkan tempatdalam alam nyata ini. Tetapi bagi ROH itu semua tidak ada. Ia bebas dari tempat atau arahatau masa atau waktu.

ROH itu hidup. Ia tidak tertakluk kepada alam nyata atau alam kebendaan. ROH itu hidupdengan limpahan Yang Maha Hidup. Demikianlah AKU.

Penjelasan yang ke-22

AKU memang berserta dengan Allah, sejak dari dahulu hingga akan dating atau sejak awalhingga akhir. Tidak pernah bercerai dan berpisah dengan Yang Maha Aku(iaitu Allah). Sejakdari dalam ilmu Allah hingga sampai ke alam akhirat yang tidak ada hujungnya, AKU tetapbersama Allah.

AKU tidak keluar dan tidak masuk dalam lengkongan Allah. AKU itu memang berada dalamlengkongan Allah sahaja. Kalau Allah itu diibaratkan sebagai lautan, maka AKU itu ikannya.Ikan itu sentiasa dalam lautan dan tidak akan hidup tanpa air lautan itu.

‘Masuk' dan ‘Keluar', ‘berpisah' dan ‘bersatu', tidak termasuk dalam kamus AKU. AKU bukanseperti badan kasar yang tertakluk kepada ruang dan zaman.

AKU menyerahkan dirinya dan nasibnya kepada Yang Maha AKU. Cukuplah Dia mengawaldan memelihara AKU. AKU tidak perlu pada yang lain lagi. Tidak perlu pertolongan darighairullah(selain Allah), bahkan tidak ada ghairullah pada pandangannya. Cukup Allah bagiAKU.

Penjelasan yang ke-23

AKU bodoh. Dialah yang mencerdikkan AKU. AKU lemah Dialah yang menguatkan AKU. AKUtidak tahu, Dialah yang memberiku tahu. AKU papa kedanan, Dialah yang memperkayakanAKU.

AKU bertanya, memohon, berharap kepadaNya sahaja. Seolah-olah AKU dan DIA berpadudan bersatu dimana dan bila sahaja. Dan DIA ada dalam kesadaran (consciousness) AKU.

Renunglah ke dalam AKU. Dia berada dalam kesadaran AKU. Maha Halus dan Maha Seni.AKU terdengar bisikanNya. Dalam waktu sunyi sepi, paling baik mendengar bisikan hati nurani.

10 / 22

AKU

Tanpa huruf, tanpa suara, tetapi AKU faham segala-galanya.

AKU kenal Dia dalam kesadaran batinku kerana AKU berhubung dengan Dia tanpamenyekutukanNya. Inilah satu hasil zikrullah.

Penjelasan yang ke-24

AKU wujud dalam lautan Yang Maha Wujud. AKU sentiasa berada dalam lautan itu. Dalamlautan itulah AKU bermastautin. Itulah lautan wujud.

Penjelasan yang ke-25

AKU memang ada kesadaran, limpahan Yang Maha Sedar(iaitu Allah SWT). Kesadaran AKUmeliputi alam nyata dan alam ghaib, alam dunia dan alam akhirat. AKU sedar semua itu.Semua perkara itu ada ilmuku. Allah ada dalam kesadaran AKU. Begitu juga makhluk adadalam kesadaran AKU. Segala yang ada dalam kesadaran AKU itulah ilmu AKU. Syurga,neraka, malaikat dan iblis ada dalam kesadaran AKU. Semua yang ada dalam ilmu ataukesadaran AKU itu adalah penzahiran Allah dalam kesadaran dan ilmu AKU.

Penjelasan yang ke-26

AKU sentiasa cinta kepada DIA (Allah). Tidak mahu berpisah dan berjauhan dengan DIA. AKUsentiasa ingatkan DIA. Terasa azab jika tidak mengingatiNya. Puja dan puji hanya untuk DIAbelaka. Perasaan cinta ini tidak akan ada pada AKU jika tidak dengan anugerahNya juga.Alangkah kerdilnya AKU berada dalam majlis DIA.

Penjelasan yang ke-27

Dari pandangan ROH atau AKU yang hakiki, AKU tidak memiliki apa-apa tetapi ia dimiliki olehYang Maha Kaya (iaitu Allah).

AKU diperbadankan untuk menjalani hidup di dunia fana ini. AKU juga diberi nafsu. Kalau AKUditakluki oleh badan dan nafsu, maka binasalah AKU itu, tetapi jika AKU yang menkluki badandan nafsu, maka selamatlah AKU itu.

AKU membawa kita menuju Allah dan menyedari hakikat dirinya dan Tuhannya. Nafsu serakahmembawa kita jauh dari Allah dan lupa akan hakikat diri kita. Lantaran itu hanyutlah ia dalamlarutan kelupaan dan kesesatan dan akhirnya ia akan menyesal setelah ia meninggalkanbadannya. Setelah ROH berpisah dari badan, maka sedarlah AKU itu kembali akan keadaandirinya yang sebenar.

Penjelasan yang ke-28

Badan kita ini amat kerdil, ibarat sebutir pasir di padang sahara, setitik air di lautan luas, sebijibintang di cekrawala, melukut di tepi gantang, masuk tidak bertambah dan keluar tidakmengurang. Betapa kecil dan kerdilnya badan kita. Itulah wajah zahir AKU.

11 / 22

AKU

Tetapi kalau kita renung ke wajah batin kita, dia paling mulia, paling tinggi martabatnya,mengatasi segala makhluk dan malaikat. AKU itu suci dan wangi, sangat hampir dengan Ilahi.Dialah cahaya Allah, Dialah ayat-ayat Allah, Dialah ROH Allah, Dialah bayangan danpenzahiran Allah.

AKU yang hakiki itu sangat mulia, tiada tertanding oleh sekalian makhluk. Dia bertasbih setiapketika, memandang Allah dengan kasihnya, rindu dendam tiada terkira. Itulah AKU yangsebenarnya.

Penjelasan yang ke-29

Berbagai-bagai cara orang hendak mengenal dirinya atau AKUnya. Ada yang melalui meditasi,pertapaan, mengosongkan fikiran, latihan jiwa yang menyiksakan badan dan sebagainya.Tetapi bagi oaring-orang Sufi ialah dengan Zikrullah yang diajar oleh guru-guru Sufi yang pakar.Dengan berzikir dan melalui bimbingan Syeikh Mursyid sampailah seseorang itu pada tahapmengenal dirinya atau AKUnya.

Orang-orang Sufi ada menjelaskan bahawa "Barangsiapa yang mengenal dirinya, maka akankenallah ia akan Tuhannya". Ini bukan bermakna DIA jadi Tuhan. Apabila seseorang itu kenalgambar, maka kenallah ia akan orang yang digambarkan. Apabila seseorang kenal akan bayingdalam cermin, maka kenallah ia orang yang punya baying. Fahamkanlah!

Penjelasan yang ke-30

Orang yang memasuki jalan kesufian (Tareqat Sufiyah) adalah sebenarnya memasukipengembaraan iaitu pengembaraan AKUnya menuju Allah SWT. Pengembaraan ini bukan daritempat ke tempat atau dari masa ke masa, tetapi pengembaraan ini adalah pengembaraandalam kesadaran AKU, beredar dalam pengalaman kerohanian atau kejiwaan. Hanya jiwa yangmerasainya, tidak kelihatan oleh mata kasar.

Tetapi setelah sampai ke destinasi (tempat dituju) iaitu kesadaran bahawa AKU ini fana dalamAllah dan Baqa(kekal) denganNya, barulah AKU itu sedar bahawa pengembaraan itu hanyadari tidak sedar kepada sedar. Sedar betapa AKU memang berada di destinasi sejak awalhingga akhir. Apakah destinasi itu? Itulah kesadaran dan pengenalan tentang Allah atau dalamistilah kesufian digelar MA'RIFAT.

Pada hakikatnya AKU itu memang berada ‘dalam' Allah dan ‘kekal' dengan Allah sejak awallagi, dulu, sekarang, dan akan dating. AKU memang bersama dan ‘berpadu' dengan Tuhannya.AKU itu memang diliputi oleh lautan Wujud Ketuhanan.

Penjelasan yang ke-31

Dalam peringkat AKU yang hakiki, ia tidak peduli orang yag mengeji kerana keji itu tidak akanmerendahkan martabatnya. Ia juga tidak peduli orang yang memuji kerana pujian itu tidak akanmeninggikan martabatnya. AKU tidak sakit hati dengan kejian dan tidak bangga dengan pujian.Semua itu tidak apa-apa bagi AKU. Keji dan puji tidak menjejaskan martabatnya sedikit jua.

12 / 22

AKU

‘Yang apa-apa' bagi AKU hanya Allah kerana Dialah tempat AKU kembali, tempat AKUmengadu, tempat menyerahkan diri, tempat perlindungan, tempat pembelaan dari apa juaangkara, dari jin dan manusia, dari dunia dan apa saja. Cukuplah Allah bagi AKU.

Penjelasan yang ke-32

Dalam kesadaran AKU, semua makhluk ini dan diri AKU juga adalah semata-mataayatollah(tanda-tanda Allah). Tanda-tanda adanya Allah, tanda-tanda kesempurnaanNya,keagunganNya dan keindahanNya.

Apabila dilihat tanda, tergambarlah yang tanda. Apabila dilihat gambar, terbayanglah yangdigambar. Apabila dilihat daun yang bergoyang, nampaklah angina yang bertiup. Apabilanampak baying, nampaklah yang empunya baying. AKU dan alam semesta raya ini adalahayat-ayat Allah belaka.

Penjelasan yang ke-33

AKU yang hakiki percaya dan menyerah diri kepada Yang Maha AKU(iaitu Allah) sahaja tanpasangsi dan ragu-ragu. AKU memfanakan dirinya dalam Yang Maha AKU. Terasa oleh AKUbetapa kasihnya Yang Maha AKU kepadanya. Tidak terhingga kasih sayangnya kepada AKU,melebihi kasih sayang ibu kepada anaknya. Yang Maha AKU cinta dan kasih sayang kepadaAKU. Percayalah!

Penjelasan yang ke-34

Adakalanya AKU itu sangsi dan ragu atau perasaan tidak menentu terhadap kasih sayangYang Maha Penyayang. Mungkin syaitan membisik kedalam kalbu supaya ragu-ragu dan tidakpercaya dengan kasih sayang Yang Maha Pengasih.

Oleh yang demikian, AKU sentiasa memohon perlindungan Allah dari bisikan syaitan. Setiapsaat AKU berjuang melawan bisikan syaitan itu dan mengharapkan bantuan dari Yang MahaGagah(iaitu Allah).

Penjelasan yang ke-35

AKU sentiasa menyerahkan diri kepada Allah SWT. Penyerahannya bulat dan padu. Iamenyerahkan dirinya kepada Allah ibarat bayi menyerahkan dirinya kepada ibunya, ibaratmayat menyerahkan dirinya kepada pemandi mayat, ibarat ombak memfanakan ataumelenyapkan dirinya kedalam lautan. Bahkan lebih dari itu lagi. Tidak dapat digambarkan lagi.

Penjelasan ang ke-36

AKU sebenarnya berasal dari tempat yang tinggi dan mulia iaitu dihadrat Allah SWT. Kemudian

13 / 22

AKU

dating sebentar ke planet bumi dan diperbadankan dengan badan jasmani untuk tempoh yangditentukan seolah-olah merantau sebentar di planet bumi ini.

Apabila sudah cukup tempoh berada diperantauan, AKU pun kembali pulang menuju ke tempatasal. Ibarat perantau kembali ke kampong halaman. Tidaklah terkira hati berasa nyaman.

Tetapi jika diperdalam renung dan kaji, AKU tetap berada di tempat sendiri. Bukan dari manadank e mana pergi. Bila dan dimana juga pun AKU di tempat sendiri juga.

AKU dating dari Ilahi, tidak bercerai walaupun seinci dan sesaat. AKU tetap bersama setiapmasa dengan Allah SWT. Dulu AKU bersama denganNya, sekarang pun bersama denganNya,akan dating pun bersama denganNya. Sentiasa AKU bersama dengan Allah SWT.

AKU itu tetap. AKU juga, bersama Allah sentiasa. Hanya alam-alam yang ditempuh sajaberbeza , dari satu alam KE SATU ALAM YANG LAIN. AKU SENTIASA KEKAL DENGANAllah, walaupun di alam manapun berada.

Penjelasan yang ke-37

AKU tidak kagum dengan kemajuan manusia. Tidak kagum dengan kemajuan sains danteknologi, kemajuan peniagaan dan perindustrian. Bahkan AKU tidak hairan dengan segalaurusan keduniaan.

Yang dihairankan oleh AKU iailah Allah Yang Maha Bijaksana yang melimpahkan segala ilhamkemajuan itu. Sebenarnya Dialah yang maju dan Dialah yang bijaksana. Dia yang memilikisegala ilham. Sumber ilham kemajuan itu dari Yang Memiliki Ilham itu sendiri iaitu Allah SWT.

Penjelasan yang ke-38

AKU itu diri. Diri manusia itu banyak tetapi berasal dari Diri Yang Satu. Diri itu ROH. ROH itubanyak tetapi berasal dari Satu ROH iaitu Al Roh.

Al Roh itu digelar oleh orang-orang Sufi sebagai Haqiqatul Muhammadiyah atau juga digelarInsan Kamil atau Insan Kabir. Al ROh itu juga digelar Al Roh Ul Kulliyah (roh semesta). DariROH Semesta inilah dizahirkan ROH-ROH yang pelbagai dan banyak itu. Allah zahirkan ALRoh dan dari Al Roh dizahirkan sekelian ROH. ROH individu atau ROH perseorangan itupancaran dari Al Roh dan Al Roh pula terbit dari Allah SWT.

Demikian pandangan falsafah kerohanian sebahagian orang Sufi.

Penjelasan yang ke-39

AKU tidak megah dengan harta benda, wang ringgit, pangkat darjat, anak pinak, sanaksaudara yang banyak dan segala ghairullah (selain Allah).

AKU tidak iri hati dengan orang kaya. Ia tidak dengki dengan orang-orang berpangkat tinggi.

14 / 22

AKU

Pada pandangan AKU segala harta benda, wang ringgit, pangkat, saudara mara, anak pinakdan sebagainya itu adalah milik Allah yang dianugerahkanNya kepada sesiapa saja yangdikehendakiNya. Dia yang menentukan siapa yang patut diberi harta banyak dan siapa yangpatut diberiNya harta yang sedikit. Semua itu Allah yang menentukan. KetentuanNya tidakdapat disanggah dan dipertikaikan. Kenapa AKU mesti dengki dan iri hati denganketentuanNya. Dia yang AKU puji dan puja tentulah AKU redha dengan ketentuanNya.

Penjelasan yang ke-40

AKU tidak merasa hina kalau miskin papa atau buruk paras badan, atau tidak berpangkat atautidak banyak kawan atau tiada intan berlian. Semua itu berkaitan dengan keduniaan dankebendaan, tidak bersangkut paut dengan AKU yang bersifat kerohanian.

AKU hina jika kufur dengan Allah. AKU hina jika jauh dengan Dia, jika tidak beriman dan tidakbertakwa, itulah kehinaan pada AKU yang sebenar.

Penjelasan yang ke- 41

Matlamat AKU ialah ALLAH. Yang diharapnya ialah keredhaan Allah. Yang dimintanya ialahkeampunan Allah. Pada pandangan AKU kehidupan akhirat itulah yang utama. Kembali kehadrat Allah itulah yang diidamnya.

AKU tidak takut mati (berpisah nyawa dari badan) kerana ‘mati' sebenarnya berpindah alam,dari alam dunia kea lam barzakh. AKU tetap AKU juga. Walaupun badan hancur tetapi AKUtidak hancur. AKU akan kembali sedar kerana hijab-hijab (tirai-tirai) kebadanan telah hilang.

Penjelasan yang ke- 42

Walaupun dari segi kehidupan dunia ini seseorang itu papa, tetapi kalau jiwanya kenal diri danTuhannya, ia tetap kaya. Kaya pada perasaannya. Walaupun susah kehidupan dunianya,AKUnya tetap berasa senang. Walaupun badannya lemah, AKUnya tetap berasa kuat.Walaupun ia kesunyian tanpa rakan, namun ia tetap berasa ramai.

AKU yang telah ‘menyerap' dalam Yang Maha AKU, atau jiwa yang ‘menyerap' dala JiwaSemesta atau perasaan yang ‘menyerap' dalam Perasaan Sejagat Raya, atau diri yang‘menyerap' dalam Diri Semesta Raya, tidak akan merasa lemah, tidak akan merasa susah,tidak akan merasa teruk, dan tidak akan merasa duka, dan tidak akan merasa sunyi.

Penjelasan yang ke- 43

AKU tidak megah dan tidak bangga. Orang yang telah kenal AKUnya tidak memiliki sifat-sifatyang tercela seperti takabbur, bongkak, sombong, kikir, dengki, khianat, takut kepadaghairullah, mengumpat, mengeji dan sebagainya.

Sifat-sifat tercela itu tidak perlu baginya. Segala sifat tercela itu sendirinya hilang dan digantidengan sifat-sifat terpuji.

15 / 22

AKU

Apakah yang hendak dimegahkan, dikhuatirkan, ditakutkan, dan sebagainya kerana AKU itusebenarnya tiada apa-apa. AKU itu kosong belaka. Yang ada hanya Allah pada hakikatnya.Allah memiliki segala-galanya. Dia yang patut dipuji dan dipuja.

Penjelasan yang ke- 44

AKU itu berilmu. Ilmunya adalah limpahan ilmu Allah. Ilmu itu meliputi yang diketahui. Apayang diketahui itu adalah kandungan ilmu. Oleh itu AKU, ilmunya dan yang diketahuinya adalahsebenarnya ‘bersatu', ‘bersama', dan tiada bercerai.

AKU itu tahu. Apa yang AKU tahu itulah kandungan ilmu AKU. Berbagai-bagai yang diketahuioleh AKU. Semua itu kandungan ilmu AKU. Semua itu tiada bercerai dari AKU.

Penjelasan yang ke- 45

AKU yang sebenarnya itu hanya tertakluk kepada Allah sahaja. Ia tidak dikuasai oleh sesiapa.Alam ini tertakluk kepada AKU. Makhluk itulah yang tunduk kepada AKU dengan perintah AllahYang Maha Perintah.

AKU itu khalifah Allah atau wakil Allah yang mngurus makhluk dengan isiNya. Segala yang adadilangit dan dibumi semua untuk AKU. Kalau dunia ini lading, AKU pengurusnya dan Allah yangempunya lading itu.

Allah tidak perlu apa-apa. Hanya AKU yang memerlukan Dia. Hanya AKU yang mahukandunia. Makhluk segala-galanya adalah untuk AKU(Insan). Semuanya kurniaan Tuhan AKU(Allah). Allah jadikan makhlukk untuk AKU. Demikian mulianya AKU.

Penjelasan yang ke- 46

AKU ini memang suci hakikatnya kerana Ia limpahan Nur Allah Yang Maha Suci. Yangmengotorkan AKU ini ialah syirik iaitu menyekutukan dengan apa dan siapa jua. Untukmembersihkan najis syirik itu dari hati ialah dengan Tauhid. Tauhid ibarat air yang menyucikannajis syirik dari hati. Jiwa yang bersih ialah jiwa yang tauhid.

Dengan Tauhid ini menjadikan jiwa seseorang itu berani, tawadhu', sabar, kuat dan gagahkerana jiwa tauhid ini betul-betul mengEsakan Allah dan menyerah bulat-bulat kepada AllahYang Maha Agung.

Dengan berzikir hati akan jadi tenang dan damai, akan menimbulkan semangat tauhid dalamdalam penzikir itu.

Penjelasan yang ke- 47

Perhubungan AKU dengan Allah SWT iailah ibarat pehubungan matahari dengan cahayanya,ibarat ombak dengan laut, ibarat air dengan ais. Semua ini menunjukkan betapa hampirnyaperasaan AKU itu dengan Khaliknya.

16 / 22

AKU

Satu ibarat lagi ialah pelukis dengan lukisan, pengukir dengan ukiran, pengarang dengankarangannya, pencipta dengan ciptaan. Ini adalah ibarat untuk menunjukkan bahawa AKUdengan alam semesta raya ini adalah tanda-tanda atau manisfestasi Wujud Yang Maha Esa itu.

Penjelasan yang ke- 48

AKU tetap mengisbatkan Allah dalam segala hal dan tindak tanduknya. Maksudnya AKU tetapnampak Allah di sebalik segala yang maujud (perkara yang ada) ini dan "nampak" perbuatandan lakuan dan arah mana memandang disana "nampak" Allah.

Oleh kerana memandang yang sedemikian itu maka AKU akan berkata, " Tiada maujudmelainkan Allah". Ini adalah kata-kata dari orang yang sudah "tenggelam" dalam lautanKetuhanan yang berada dalam pandangan keruhanian semata-mata. Inilah orang-orang sufiyang telah mencapai maqam Fana Fillah (lenyap dalam Allah) dan seterusnya Baqa Billah(kekal dengan Allah).

Penjelasan yang ke- 49

AKU sebenarnya hanya mengagungkan dan memuja Allah sahaja. Ia tidak mengagungkanapa-apa pun jua selain Allah. Pada pandangan AKU tidak ada yang kuat dan gagah melainkanAllah. Tidak ada yang bijaksana melainkan Allah. Tidak ada yang kaya melainkan Allah.

Semua kekayaan, kegagahan, kebijaksanaan, keindahan ghairullah adalah hanya limpahankurnia Allah semata-mata. Oleh itu, AKU tetap dengan puji dan pujiannya terhadap Allah SWTsahaja.

Penjelasan yang ke- 50

AKU yang hakiki ini mempunyai ilmu. Ilmunya adalah limpahan dari ilmu Allah. Seluruh ala miniada dalam ilmu AKU. Dalam ilmu AKU ada syurga, neraka, dunia, akhirat, malaikat, iblisbahkan seluruh ciptaan Allah. Semua ini ada dalam ilmu AKU kerana AKU tahu semua itu.Telah diberitahu melalui ayat-ayat Allah, yang tersurat dan tersirat, bahawa semua perkaratersebut ada dan AKU percaya dan ‘merasai' adanya. Oleh itulah AKU ini mempunyai ilmuyang meliputi segala-galanya. Semua itu adalah limpahan kurnia Allah belaka.

Penjelasan yang ke- 51

Menurut Falsafah Kesufian, AKU itu adalah Insan Saghir yakni Manusia Kecil. Alam semestaraya yang ghaib dan yang nyata, adalah Insan kabir atau manusia besar. Insan Saghir ituadalah Alam Saghir iaitu Alam keil dan Insan Kabir itu adalah Alam besar.

Dikatakan sedemikian kerana hakikat-hakikat dalam Insan Kabir atau manusia besar itu adadalam Insan Saghir. Idea-idea Insan Kabir itu ada terbayang dalam Insan Saghir atau AlamKecil iaitu Manusia.

Alam Kabir itu pula mengandungi alam ruh, alam mithal dan alam jasmaniah atau alam fizikal.

17 / 22

AKU

Alam-alam ini juga ada pada Insan Saghir atau manusia. Manusia terdiri dari unsure-unsur roh,mithal, badan sebagaimana Alam Besar ini terdiri juga dari unsur-unsur roh, mithal dan fizikal.

Roh itu nyawa atau jiwa atau ‘hidup'. Fizikal itu jisim atau badan. Mithal itu ialah antara roh danbadan yang digelar mental atau khayal atau minda( mind).

Idea Alam Kabir ada dalam Alam Saghir (manusia). Hakikat Insan kabir (iaitu Alam Besar) adadalam Insan Saghir iaitu Manusia. Unsur-unsur alam kabir itu ada juga pada Alam kecil ataumanusia itu.

Maka dengan itulah dikatakan AKU itu ayangan atau salinan Alam Kabir. AKU juga adalahbayangan atau salinan Insan Kabir. Insan Kabir dan Alam Kabir adalah jua nama bagi satuentiti atau diri.

Demikian teori Falsafah Kesufian menurut pandangan sebahagian Ahli Sufi.

Penjelasan yang ke- 52

AKU itu diri. Diri insan terbahagi kepada tiga bahagian menurut pendapat sebahagian Ahli Sufi,iaitu bahagian jasmani, bahagian mithali dan bahagian ruhani.

Unsur roh itu adalah diri yang sebenar. Itulah diri yang tidak akan ‘mati' menurut istilah biasa.Diri ini berpindah alam sahaja dari satu alam ke satu alam yang lain. Diri inilah yang mulia danmenjadi ayat atau nur Allah. Kejadiannya mulia dan tinggi.

Unsur mithali adalah unsur antara jasmani dengan rohani. Ia adalah diri lapisan yang kedua. Initermasuklah fikiran, minda dan tubuh halus yang bukan jasmani dan bukan pula roh yangsebenarnya. Diri inilah yang boleh mengembara dalam alam mimpi tatkala kita tidur.

Di lapisan yang ketiga iailah diri jasmani iaitu badan kasar kita yang terdiri dari empat unsuriaitu unsur air, unsur angina, unsur api dan unsur tanah. Diri ini memerlukan unsur-unsur yangempat itu untuk dapat hidup. Kehidupan hanya akan wujud setelah empat unsure itu tersedia.

Itulah tiga bahagian diri manusia. Walau bagaimanapun, unsur roh itulah yang paling penting.Roh itu hidup. Tanpa ‘hidup' lapisan yang dua lagi tidak berfungsi. Dengan adana roh barulahdiri kita boleh berfikir, berkomunikasi, makan, minum, bermain, bergerak dan sebagainya.Tanpa roh segalanya akan kaku, mati, dan tiada berguna lagi.

Penjelasan yang ke- 53

Ada juga orang yang berpendapat iri manusia itu terbahagi kepada dua unsure sahaj iaiturohaniah dan jasmaniah. Unsure rohaniah termasuklah nyawa atau jiwa, dan juga fikiran,minda, khayalan, akal, dan seumpamanya. Semua ini berunsur rohaniah atau kejiwaan.

Yang berunsur kejasmanian atau kebadanan ini termasuklah anggota badan kasar seperti

18 / 22

AKU

kepala, badan, kaki, tangan, telinga, mata, dan sebagainya yang terdiri dari unsur-unsur api,angina, tanah dan air.

Kedua-dua unsur kejiwaan dan kebadanan ini saling bertindak antara satu dengan yang lain,saling pengaruh mempengaruhi antara satu dengan yang lain. Kalau seseorang itu hatinyasusah, atau duka, perasaan ini boleh mempengaruhi jasmaninya seperti tidak lalu makan danminum dan akibatnya badan jadi kurus dan tidak sihat. Sebaliknya pula kalau badan sakit,fikiran pun runsing dan ini menyusahkan hati dan jiwa. Demikianlah adanya pengaruhmempengaruhi antara jasmani dan rohani.

Penjelasan yang ke- 54

Setiap orang hendaklah seboleh-bolehnya kenal akan dirinya yang sebenar itu iaitu yangberunsur rohaniah atau kerohanian itu supaya ia tidak mensia-siakan hidupnya di dunia fana ini.Hidup kita bukan di dunia ini sahaja. Hidup kita akan berlanjutan hingga kekal abadi di akhiratyang tiada hujungnya. Disana nilai buruk atau baik bukan disukat dari segi kekayaan hartabenda, banyaknya anak pinak, bukannya kurniaan bintang atau pingat atau pangkat yangdiperolehi di dunia ini. Nilai baik dan buruk seseorang di sana bergantung kepada iman danamal soleh seseorang itu.

Dengan kenalnya kita akan diri kita yang sebenar itu, kita tidak akan putus asa, tidak takut,tidak bimbang dalam melayari bahtera hidup kita ini. Ini kerana kita tahu diri kita adalah kekasihAllah. Takkanlah orang yang mengasihi seseorang itu akan menganiayai kekasihnya.Sebenarnya Allah kasih akan diri kita lebih dari ibu mengasihi anak kesayangannya. Ia MahaKasih Sayang terhadap hamba-hambanya.

Dengan mengenal diri kita, tidaklah kita takabur, sombong, bongkak, dengki, iri hati, khianatkerana kita tahu siapa diri kita sebenarnya. Dinisbahkan dengan Allah SWT, kita tiada apa-apa,hanya ayat-ayatNya sahaja. Jika dinisbahkan dengan makhlukNya, diri kita adalah penguasadan pengurus. Allah menjadikan alam dan makhluk untuk kita (sebagai insan) dan kita untukDia. Demikian kata Ahli Sufi.

Penjelasan yang ke- 55

Badan kita yang zahir ini adalah penzahiran diri kita yang batin. Diri kita yang batin itu ghaibdari pandangan mata kasar. Untuk melihat yang batin itu diperlukan bayangannya iaitu diri kitayang zahir ini. Maka itulah dikatakan badan kasar itu hanya ‘sarung' atau ‘tunggangan' atau‘sangkar' bagi badan yang ghaib itu.

Apabila nyawa berpisah dari badan, maka tinggallah badan itu dan lama kelamaan jadi reputdan hancur kecuali dengan kehendak Allah ada juga badan yang tidak reput setelah lamanyawa meninggalkannya. Tetapi pada kebiasaan atau lumrahnya badan akan hancur binasa.Itulah dikatakan dari tanah kembali semula ke tanah.

19 / 22

AKU

Ada juga orang melihat dalam dunia ini ‘bayangan' atau ‘lembaga' orang yang telah lamameninggal dunia berlakun dan beraksi sebagaimana hidupnya dalam dunia dahulu. Itubukanlah badan orang itu sebenarnya. Badannya telah hancur binasa. ‘bayangan' atau‘lembaga' itu adalah dari unsure alam mithal. Alam mithal ini adalah alam yang halus, yangpenghuninya atau kandungannya tidak hancur. Ia bukan roh semata-mata dan bukan pulabadan semata-mata. Ia adalah antara kedua unsur itu.

Seperti yang kita perjelaskan dahulu, diri kita terdiri dari tiga unsur iaitu unsur badan, yangakan hanur kecuali yang dikehendaki Allah untuk tidak hancur, unsur mithal yang tidak hancurtetapi tersimpan dalam ‘alam mithal' dan unsure ketiga iailah roh dan ini selama-lamanya hidup,tidak hancur dan tidak kembali lagi ke dunia nyata ini.

‘Lembaga' atau ‘bayangan' orang yang telah mati yang kelihatan oleh orang dalam dunia inidan berlaku seperti mana ia hidup I dunia dahulu, sebenarnya adalah berunsur mithaliyyah(mithal). Sesekali ia kelihatan oleh orang yang hidup dalam dunia ini persis seperti manahidupna dahulu, bahkan boleh pula berkata-kata dengan orang yang berada dalam dunia ini. Initelah banyak terjadi dimana sahaja dalam dunia ini, baik di Barat atau di Timur.

Setelah kita faham alam yang tiga itu, maka tidaklah kita hairan kenapa ada orang yangmendakwa melihat si anu dan si anu padahal orang itu telah meninggal dunia. Alam mithal iniada tetapi tidak kelihatan kecuali mereka yang dibukakan hijab untuk melihat alam itu dan parapenghuninya.

Demikian teori sebahagian Ahli Sufi.

Penjelasan yang ke- 56

Untuk mengenal AKU yang hakiki itu perlu berusaha dengan sabar dan perlu panduan guruyang pakar dalam bidang kerohanian dan kesufian, dan banyak berfikir dan berzikir danmemohon taufik dan hidayah dari Allah SWT. AKU kita ini ibarat sagu, perlu dipecahkanruyung, barulah dapat sagunya. Memecah ruyung itu hendaklah dengan petunjuk orang yangtelah pakar memecahkan ruyung yang tahu cara bagaimana memecahnya dan alatpemecahnya pula mestilah yang sesuai.

Satu lagi ibarat, AKU yang hakiki yang dikatakan bayangan atau ayat atau penzahiran YangMaha AKU (iaitu Allah) itu ibarat matlamat atau destinasi yang dituju. Sebelum sampaikedestinasi itu perlulah kita mengembara atau berjalan dengan kenderaan atau tanpa kenderaanmenuju tempat yang di tuju itu. Supaya kita tidak tersesat, kita perlu si penunjuk jalan atau‘guide' agar kita sampai ke tempat yang sebenarnya. Kita perlu pula kenderaan supaya cepatsampai, kalau berjalan kaki sahaja tanpa kenderaan lambatlah sampai. Setelah sampai perlulahkita mendapat pengesahan dari si penunjuk jalan bahawa tempat yang kita tuju itu telahsampai, maklumlah tempat yang kita tuju itu belum pernah kita lihat, mungkin kita was-was atauragu-ragu adakah itu tempatnya. Setelah sah itulah tempat yang kita tuju, maka tamatlahpengembaraan kita. Apabila kita telah berada dalam tempat yang dituju itu, maka bebaslah kitamenikmati dan merasai atau mengalami keadaan di tempat tersebut.

20 / 22

AKU

Seperti kata orang-orang sufi, " Barangsiapa kenal dirinya akan kenal Tuhannya". MengenalAllah melalui mengenal diri itu adalah jalan atau cara orang-orang sufi. Ini bukan bererti diri kitaitu sama dengan Tuhan. Diri kita tetap kita. Diri kita bukan Tuhan. Allah tetap Allah tanpasekutu dengan yang lain. Diri kita tetap diri kita juga. Tetapi dengan mengenal diri itu apatlahkita mengenal Allah.

Seperti yang kita perjelaskan dalam penjelasan-penjelasan yang terdahulu, AKU atau diri kitaini adalah ayat-ayat atau tanda-tanda atau bayangan Tuhan. Zat Tuhan itu, digelar oleh AhliSufi sebagai ‘Kunhi Zat' (semata-mata Zat), tidak sampai kedalam pengetahuan atau ilham ataukasyaf kita. Pendeknya ilmu dan kasyaf kita tidak sampai kesana. Tetapi bayanganNya atauayat-ayatNya atau penzahiranNya dapat kita kenali.

Matahari itu silau mata kita memandangnya tetapi bayangannya dalam air dapat kita pandangtanpa merosakkan mata. Angin tidak dapat dilihat tetapi kalau daun bergoyang itulah tandaadanya angina. Pedas tidak dapat dilihat, tetapi cabai atau cili dapat dilihat. Inilahperumpamaan atau ibarat. Fikirkanlah.

Kita ini ibarat bayang, daun, cabai tadi. Dengan melalui bayang dapat dikenali yang empunyabayang. Dengan melihat daun bergoyang, dapat diketahui adanya adanya angina. Dengancabai dapatlah kita merasai pedas.

Paling penting bertanyalah kepada orang yang ahli dalam bidang kerohanian dan kesufian ini.Janganlah ditanya kepada yang bukan ahlinya, kerana tiap-tiap ilmu itu ada ahlinya. Ahli ilmuitulah yang faham dan mengerti tentang ilmu yang diketahui dan diamalnya.

Penutup

Demikianlah serba ringkas tentang perkara AKU ini menurut pandangan Falsafah Kesufian.Sekiranya ada salah dan silap haraplah perbetulkan kerana penulis bukanlah seorang yangpakar dalam bidang ini, tetapi hanya sekadar ‘penterjemah' yang menterjemahkan idea-ideadalam ilmu penterjemah yang singkat ini dalam bidang Falsafah Kesufian atau FalsafahTasawuf kedalam risalah ringkas ini dengan bahasa Malaysia yang mudah untuk difahami olehorang awam.

Semoga risalah ringkas ini dapat menambahkan satu lagi perbendaharaan buku atau risalahdalam kutub khannah atau perpustakaan buku-buku atau risalah-risalah Kesufian atau Tasawufdalam bahasa Malaysia untuk mereka yang tidak faham membaca buku-buku ataurisalah-risalah Kesufian dalam bahasa lain.

Mudah-mudahan Allah sentiasa memberi taufik dan hidayah kepada kita sekalian.

Amin, amin, Ya Rabbal'alamin.

TAMAT

21 / 22

AKU

22 / 22