36
ُ دِ اعَ وَ قْ الُ ة يِ هْ قِ فْ الDALAM PENGURUSA N

BAB 6 CTU256 Uitm Shah Alam

Embed Size (px)

Citation preview

القواعد ة DALAMالفقهي

PENGURUSAN

القواعد + ة الفقهيةالفقهي

mengetahui sesuatu perkara yang berkaitan dengan hukum-hukum syarak yang berbentuk praktikal dengan mendalam dan terperinci yang diambil daripada dalil yang terperinci.

القواعدKaedah bererti asas. Kaedah rumah bererti asas bagi sesebuah rumah.

Kaedah fiqh merupakan satu kaedah dalam bentuk kesimpulan yang dirumuskan tentang sesuatu hukum yang boleh dijadikan asas dalam tindakan terhadap sesuatu amalan.

Oleh itu sesiapa yang menguasai kaedah-kaedah fiqh bermakna ia mampu menguasai seluruh permasalahan fiqh dan menentukan hukum terhadap sesuatu yang belum ada nas mengenainya.

4

APAKAH KEPENTINGAN KAEDAH FIQHDALAM PENGURUSAN?

1) Landasan asas untuk organisasi membina objektif.

2) Asas untuk membuat keputusan terutama untuk berhadapan dengan masalah serta cabaran baru.

3) Dapat memupuk kreativiti seseorang.

4) Panduan untuk memajukan organisasi berlandaskan syarak.

5) Melahirkan umat Islam yang berdisiplin dalam memajukan kehidupan serta organisasi.

6) Sebagai pemudah cara dalam menghadapi perubahan dan cabaran.

5 KAEDAH YANG UTAMA

األمور بمقاصدهاك اليقين ال يزول بالشيسير المشقة تجلب الت

الضرر يزالالعادة محكمة

األمور بمقاصدها Eالله Eرضي( Eالخطاب Eعمر بن Eحفص Eأبي Eأمير المؤمنين Eعنم( ل Eوس Eعليه Eلى الله EEص( Eول الله Eمعت رس Eس : Eقال ) Eعنه Eا نوى، فمنEم Eامرئ Eما لكل اتE وإن ي ما األعمالE بالن يقولE: "إنكانتE هجرتهE إلىE اللهE ورسEوله، فهجرتهE إلىE اللهE ورسEوله، Eإلى Eا، فهجرتهEينكحه Eيبها أو امرأةEا يصEلدني Eهجرته Eكانت Eومن

ما هاجEر إليه". )رواه إمامEا المحدثيEن: أبEو عبداللEه محمEEد بEن إسEماعيل بEن إEبراهيم بEن المغيرة بEن بردزبEه البخاري الجعفEي، وأبEو الحسEين مسEلم بEن الحجاج بEن مسEلم القشيري النيسEابوري فEي صEحيحيهما اللذيEن همEا

أصح الكتب المصنفة(.

SETIAP PERKARA BERDASARKAN KEPADA NIAT

HURAIANBenchmark penentu segala amalan dalam Islam adalah berdasarkan NIAT.Malangnya dalam kehidupan kita hari ini, niat kelihatannya tidaklah begitu dipentingkan dan yang lebih diutamakan hanyalah matlamat atau hasil daripada usaha yang dilaksanakan.

Contoh? – Apa jua cara sama ada melalui penipuan, penindasan, kezaliman dan penganiayaan terhadap orang lain akan dilakukan. Malah, tanpa segan-silu diisytiharkan pula bahawa segala usaha yang digembleng dengan penuh kesungguhan itu hanya dengan tujuan serta niat yang besar; demi agama, bangsa dan negara. Sedangkan jauh di sudut hati, diketahui tujuan dan matlamat sebenar yang dicita-citakan, iaitu semata-mata demi kepentingan diri, kemasyhuran atau untuk meraih pujian.

Tujuan utama NIAT adalah untuk membezakan IBADAT & ADAT.

CONTOH?1)Seseorang yang tidak makan sejak dari pagi kemungkinan kerana untuk diet, atau untuk menjaga kesihatannya atau kemungkinan dia sedang berpuasa.2)Seseorang yang sedang berada dalam masjid kemungkinan ia masuk untuk merehatkan tubuhnya atau kemungkinan juga untuk beribadah.3)Seseorang yang menyerahkan sesuatu kepada seseorang sama ada wang atau berupa makanan sama ada dia memberikan sedekah atau hibah atau zakat.4)Seseorang berniat air sirap yang diminumnya sebagai arak.

CONTOH APLIKASI

Berdasarkan kaedah ini, pahala dan dosa bergantung kepada niat:• Niat untuk lakukan kebajikan tetapi tidak dapat dilaksanakan

kerana masyaqqah (kesulitan) = dapat pahala.• Perbuatan hati yang tidak baik (dengki, angkuh, dendam dll) =

dapat dosa.• Keazaman yang kuat juga menerima balasan sama ada baik

& buruk.Contoh:a) Lafaz kinayah (cerai).b) Seseorang lelaki menyetubuhi wanita lain dengan sangkaan

dan meyakini wanita tersebut adalah isterinya = tidak dikenakan hukuman hudud.

c) Seseorang yang memerah anggur dengan niat membuat cuka = harus hukumnya. Jika ia berniat membuat arak = haram hukumnya.

Niat baik + amalan buruk = tolakNiat buruk + amalan baik = tolakNiat baik + amalan baik = terima

Contoh 1Niat mendermakan duit hasil pendapatan pelacuran.

Contoh 2Memberi perkhidmatan dengan niat sogokan atau ganjaran.

Contoh 3Membina projek perumahan untuk keperluan manusia = terima.

DALAM KONTEKS PENGURUSAN

Niat + amalan = selari

اليقين ال يزول ك بالش

Firman Allah SWT:ا إن الظن ال بع أكثرهم إال ظن ﴿ وما يت

  �ا  ﴾يغني من الحق شEيئDan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).

)Yunus: 36(

Keyakinan tidak dapat dihapuskan dengan keraguan

Sesuatu perkara yang telah diyakini berlaku, sebarang keraguan yang datang kemudian untuk meragui keyakinan itu tidak diambilkira.

Sesuatu yang diyakini itu tidak boleh ditinggalkan hukumnya di sebabkan oleh sebarang syak atau keraguan.

Contoh :

1) Seseorang yang merasa terbatal wuduknya atau berhadas dapat diyakini dengan keluar angin daripada duburnya atau terasa terdengar pada telinganya atau terhidu baunya melaui hidung.

2) Seseorang yang cukup syarat kemampuan serta ingin menunaikan haji, namun ia syak samada selamat atau tidak di perjalanan, tidak wajib hukumnya ia menunaikan haji tahun tersebut.

3) Binatang sembelihan dalam negara yang penduduknya bercampur antara Islam dan Majusi, binatang sembelihan di negara tersebut tidak halal sehinggalah diyakini manakah sembelihan orang Islam.

APLIKASI KAEDAH INI DALAM PENGURUSAN

1) Kaedah kedua ini meletakkan keyakinan sebagai perkara utama untuk diterima sesuatu amalan.

2) Dalam sesebuah organisasi, membuat keputusan adalah merupakan sesuatu yang sangat penting dan perlu dilakukan dengan penuh ketelitian.

3) Keputusan yang ingin dibuat hendaklah keputusan yang pasti, bukan sesuatu yang bersalut keraguan dan ketidakpastian.

4) Sesuatu keputusan perlu dilakukan berdasarkan dalil, alasan serta maklumat yang lengkap, penuh dengan keyakinan dan bukan sesuatu yang masih ada keraguan. Sekiranya wujud keraguan, maka perlu memilih keputusan yang pasti dan tidak meragukan.

5) Setiap keputusan yang dilakukan perlu berdasarkan kepada keyakinan, kebenaran dan keadilan.

6) Dalil-dalil naqli (al-Quran dan al-Sunnah) perlu dirujuk terutamanya melibatkan hukum dan dasar Islam.

7) Data & maklumat yang tepat (Dalil aqli dijadikan sandaran tambahan untuk membuat keputusan).

8) Islam juga menyarankan agar umat Islam melakukan sembahyang istikharah agar keputusan yang dilakukan benar-benar menghampiri kepada kebenaran.

RUMUSAN• Setiap tindakan dan keputusan perlu berdasarkan

keyakinan dan kepastian.

• Perkara yang meragukan dan tidak ada kepastian tidak seharusnya menggugat sesuatu yang sudah pasti dan mantap.

• Kepastian itu perlulah berdasarkan dalil yang sah serta data serta alasan yang kukuh dan meyakinkan.

المشقة تجلب يسير التFirman Allah SWT:

  ﴾ يريد الله بكم اليسر وال يريد بكم العسر  ﴿Allah mengkehendaki kemudahan bagimu dan Allah tidak mengkehendaki kesukaran bagimu.

)al-Baqarah: 185(

﴾ وما جعل لكم في الدين من حرج  ﴿ Dan Dia tidak menjadikan untuk kamu suatu kesulitan dalam agama.

)al-Hajj: 78(

KeSUKARAN MENARIK KEMUDAHAN

1) Adanya masyaqqah dalam menunaikan dan melaksanakan perintah Allah maka akan adanya rukhsah.

2) Ia bertujuan supaya syariat Islam dapat dilaksanakan oleh mukallaf bila dan di mana saja, dengan memberi kelonggaran dan keringanan di saat dan ketika seseorang itu terjebak dalam kesempitan dan kesukaran.

Apa itu MASYAQQAH?

Apa yang terkeluar daripada garis kesukaran biasa. Yang membawa kepada kemudharatan (diri/harta

benda) atau kesukaran yang memakan masa yang lama.

Ia juga merupakan kesukaran yang dianggap luar biasa menurut penilaian syarak.

Contoh : Orang sakit dibolehkan meninggalkan puasa kerana dengan berpuasa boleh membawa kemudharatan kepada dirinya.

1. Rukhsah yang wajib – makan bangkai bagi yang terpaksa. Kalau tak makan, nyawa akan terancam.

2. Rukhsah yang sunat – melihat wanita yang bakal dinikahi, qasar solat, tidak berpuasa ketika musafir.

3. Rukhsah yang harus – transaksi Bay’ al-Salam.

4. Rukhsah yang lebih baik ditinggalkan – tayammum bagi orang yang mendapatkan air kerana membeli dengan harga yang mahal sekalipun mampu.

Apa itu RUKHSAH?

APLIKASI KAEDAH INI DALAM PENGURUSAN

1. Perkara yang bersifat kesukaran atau yang boleh menimbulkan kemudharatan hendaklah diambil kira dalam membuat keputusan.

2. Dalam melakukan sesuatu, wujud beberapa kelonggaran yang diberikan oleh Islam.

3. Kelonggaran yang diberikan oleh Islam hendaklah dimanfaatkan, kerana ia seperti hadiah yang dianugerahkan kepada umat Islam.

4. Islam mempunyai pendekatan tersendiri dalam menghadapi kesukaran, darurat dan perkara yang menyusahkan.

الضرر يزالSabda Nabi SAW:  ﴾ ال ضرر وال ضرار  ﴿

Tidak boleh membuat kemudaratan pada diri sendiri dan membuat kemudaratan pada orang lain.

)riwayat Ahmad dan Ibn Majah(

Kemudaratan itu perlu dihilangkan

Contoh…

• Mengembalikan barang yang telah dibeli kerana ada kecacatan.

• Disyariatkan hukuman hudud, qisas untuk menidakkan jenayah dalam kehidupan masyarakat.

• Islam membenarkan penceraian bagi perkahwinan yang sudah tak boleh diselamatkan.

• Boleh membongkar kubur untuk memandikan mayat yang belum dimandikan.

Perkara yang boleh membawa kepada kemudaratan atau kerosakan hendaklah dihindarkan terutama kemudaratan asasi seperti agama, nyawa, akal, harta dan maruah/keturunan.

Jika terdapat dua kemudaratan , maka hendaklah dipilih kemudaratan yg lebih ringan atau lebih sedikit atau rendah risikonya (Contoh: Diharuskan doktor membedah perut wanita mati mengandung untuk selamatkan kandungannya).

Menghindari kemudaratan yang nyata lebih baik dari mengharapkan kemaslahatan yang tidak pasti.

Tingkat keperluan dalam hidup manusia

1( orang yang sangat lapar dan MESTI – ضرورةmakan. Sekiranya tidak, akan MATI.

2( .orang yang lapar dan HARUS makan – حاجةSekiranya tak makan dia akan x keruan. Tapi x membahayakan nyawa.

3( nak makan makanan yang berzat – منفعةuntuk hidup selesa.

4( :untuk kemewahan hidup. Contoh – زينةpakaian yang cantik, makanan yang sedap.

5( berlebihan. Contoh: makan makanan – فضولyang syubhah, haram dsb.

APLIKASI KAEDAH INI DALAM PENGURUSAN

Persoalan yang melibatkan kemudaratan hendaklah diambil perhatian dan diutamakan dalam sesebuah organisasi, di samping melihat manfaat atau faedah dari sesuatu tindakan.

Keputusan yang ingin dilakukan perlu berdasarkan keutamaan terutama dalam melihat sama ada perkara tersebut akan menimbulkan kemudaratan atau sebaliknya.

Perkara yang utama perlu dijadikan matlamat untuk dijaga iaitu agama, nyawa, harta, maruah dan keturunan.

Semua kegiatan dalam organisasi perlu mengambilkira sebarang kemudaratan agar tidak menjejaskan agama, nyawa, harta, keturunan dan maruah.

العادة محكمةSabda Nabi SAW:

�ا فهو عند الله ﴿ ما رآه المسلمون حسن  ﴾حسن 

Apa yang dipandang baik oleh Islam, maka baik pula

di sisi Allah.

)riwayat Ahmad(

Adat kebiasaan boleh dijadikan hukum

Apa itu ADAT?Menurut al-Jurjany:

Eعلى Eعليه Eاس تمر الن Eا اسEم Eالعادةة�E بعد حكمE المعقولE وعادوا إليهE مر

أخرىAdat ialah sesuatu yang terus menerus dilakukan oleh manusia

kerana dapat diterima oleh akal dan manusia mengulang-ulangi terus menerus.

Antara adat sesesuatu kaum / masyarakat yang diterima oleh Islam:a.Memakan dhab yang menjadi amalan masyarakat tertentu di tanah Arab di perakui oleh Islam.b.Memberi bayaran pendahuluan daripada upah sesuatu pekerjaan walaupun ianya belum selesai dilakukan adalah diharuskan kerana amalan ini sudah menjadi adat atau diterima pakai dalam masyarakat. c.Mengadakan majlis bertunang sebelum melangsungkan pernikahan.d.Masuk rumah tanpa tinggalkan kasut satu penghinaan kepada tuan rumah (Malaysia) tetapi tidak kepada negara lain (sesetengah negara Arab seperti Jordan dll).

Adat yang tidak diterima kerana bercanggah dengan syariat :a. Adat jahiliyyah yang mengharuskan anak lelaki

mewarisi atau mengahwini bekas isteri bapanya atau ibu tirinya.

b. Amalan riba.

Rumusannya : Apa sahaja yang menjadi adat kebiasaan selagi tidak bercanggah dengan akidah, syariah dan akhlak Islam boleh diterima dan diamal dalam masyarakat.

APLIKASI KAEDAH INI DALAM PENGURUSAN

1) Adat yang baik dan positif boleh diberi perhatian dan diamalkan.

2) Dalam bertindak, pandangan orang ramai juga perlu diambilkira.

3) Perkara baru dan yang bersifat teknikal boleh diterima dan diguna pakai.

4) Segala yang dilakukan perlulah sejajar dengan nilai, prinsip serta matlamat Islam.