24
1 Orang Asli Di Malaysia: Konflik Dan Masa Depan 1 Oleh: Mohd Izzuddin Bin Ramli PENGENALAN: rang Asli secara asasnya adalah satu kumpulan yang kecil atau dianggap sebagai kaum yang minoriti di Malaysia. Masyarakat Orang Asli merupakan masyarakat pribumi terawal yang menduduki tanah semenanjung Malaysia. Istilah “Orang Asal” (Original People) dan selepas itu “Orang Asli digunakan di zaman darurat iaitu antara tahun 1948 hingga 1960 oleh pihak British bagi tujuan memujuk Orang Asli membantu pihak kerajaan memerangi ancaman komunis (Colin Nicholas, 2000). Istilah “Orang Asli” adalah merupakan istilah rasmi samada dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris (Carey, 1976). Menurut bancian oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), pada tahun 2006 terdapat seramai lebih kurang 141, 230 orang asli di semenanjung Malaysia (JHEOA, 2008). Pribumi Orang Asli ini sebenarnya terdiri daripada 18 suku kaum yang mempunyai bahasa, adat dan pantang-larang yang berlainan. 18 suku kaum Orang Asli ini dirangkumi dalam 3 kelompok kaum utama iaitu Senoi, Melayu Proto dan Negrito yang terdiri daripada kaum Kensiu, Kintek, Jahai, Lanoh, Mendriq, Bateq, Semai, Temiar, Jah Hut, Chewong, Mah Beri, Semoq Beri, Temuan, Semelai, Jakun, Orang Kanaq, Orang Seletar (Suki, 2007). Walau bagaimanapun, populasi Orang Asli suku kaum Kanaq dikatakan semakin mengecil dan sedang mengalami kepupusan. Taburan perkampungan Orang Asli pula terdiri daripada 12 kampung berada dalam kategori pekan atau Bandar, 534 kampung di kawasan pinggiran dan seterusnya 323 buah kampung yang berada di kawasan pedalaman. Selaras dengan peredaran masa, masyarakat orang asli juga turut menikmati arus pemodenan. Walaupun mereka terdedah kepada arus pemodenan dan globalisasi ini, masyarakat orang asli merupakan masyarakat yang sering terpinggir terutamanya dari aspek pembangunan ekonomi, infrastruktur, sosio-budaya, pendidikan dan yang paling penting ialah berkenaan dengan hak atau status pemilikan tanah mereka. Keadaan ini telah menyebabkan masyarakat orang asli masih lagi bergelumang dalam 1 Makalah ini dibentangkan di Persidangan Mahasiswa Malaysia-Indonesia di Universitas Airlangga, Surabaya, Indonesia pada 20 Mei 2010. O

Orang Asli Di Malaysia Konflik Dan Masa Depan

  • Upload
    usm

  • View
    0

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

1

Orang Asli Di Malaysia: Konflik Dan Masa Depan1

Oleh:

Mohd Izzuddin Bin Ramli

PENGENALAN:

rang Asli secara asasnya adalah satu kumpulan yang kecil atau dianggap sebagai

kaum yang minoriti di Malaysia. Masyarakat Orang Asli merupakan masyarakat

pribumi terawal yang menduduki tanah semenanjung Malaysia. Istilah “Orang

Asal” (Original People) dan selepas itu “Orang Asli digunakan di zaman darurat iaitu antara

tahun 1948 hingga 1960 oleh pihak British bagi tujuan memujuk Orang Asli membantu pihak

kerajaan memerangi ancaman komunis (Colin Nicholas, 2000). Istilah “Orang Asli” adalah

merupakan istilah rasmi samada dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris (Carey,

1976). Menurut bancian oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), pada tahun 2006

terdapat seramai lebih kurang 141, 230 orang asli di semenanjung Malaysia (JHEOA, 2008).

Pribumi Orang Asli ini sebenarnya terdiri daripada 18 suku kaum yang mempunyai bahasa,

adat dan pantang-larang yang berlainan. 18 suku kaum Orang Asli ini dirangkumi dalam 3

kelompok kaum utama iaitu Senoi, Melayu Proto dan Negrito yang terdiri daripada kaum

Kensiu, Kintek, Jahai, Lanoh, Mendriq, Bateq, Semai, Temiar, Jah Hut, Chewong, Mah Beri,

Semoq Beri, Temuan, Semelai, Jakun, Orang Kanaq, Orang Seletar (Suki, 2007). Walau

bagaimanapun, populasi Orang Asli suku kaum Kanaq dikatakan semakin mengecil dan

sedang mengalami kepupusan.

Taburan perkampungan Orang Asli pula terdiri daripada 12 kampung berada dalam kategori

pekan atau Bandar, 534 kampung di kawasan pinggiran dan seterusnya 323 buah kampung

yang berada di kawasan pedalaman. Selaras dengan peredaran masa, masyarakat orang asli

juga turut menikmati arus pemodenan. Walaupun mereka terdedah kepada arus pemodenan

dan globalisasi ini, masyarakat orang asli merupakan masyarakat yang sering terpinggir

terutamanya dari aspek pembangunan ekonomi, infrastruktur, sosio-budaya, pendidikan dan

yang paling penting ialah berkenaan dengan hak atau status pemilikan tanah mereka.

Keadaan ini telah menyebabkan masyarakat orang asli masih lagi bergelumang dalam

1 Makalah ini dibentangkan di Persidangan Mahasiswa Malaysia-Indonesia di Universitas Airlangga, Surabaya,

Indonesia pada 20 Mei 2010.

O

2

masalah kemiskinan dan kemunduran walaupun Negara ini telah mencapai kemerdekaan

sejak 53 tahun lalu.

Dibawah ini ialah merupakan statistic jumlah orang asli yang masih terdapat di Negara

Malaysia yang diambil daripada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia.

Jadual 1: Penduduk Orang Asli di Semenanjung Malaysia Tahun 2006 Mengikut Negeri Dan Kumpulan Kaum.2

Secara asasnya, kita memahami bahawa orang asli di Malaysia juga sebenarnya turut sama

memberikan sumbangan dalam pembangunan Negara ini. Berdasarkan fakta, Negara

Malaysia juga turut memberikan kerusi kepada wakil suku kaum orang asli di dalam dewan

Negara. Hal ini adalah untuk memastikan bahawa isu-isu pembangunan suku kaum minoriti

ini tidak dilupakan untuk dibincangkan secara serius. Walaupun begitu, masih terdapat lagi

pelbagai masalah yang bermain dalam masyarakat orang asli ini terutamanya kebelakangan

ini dimana banyak timbulnya isu-isu social yang sudah menjadi semakin membarah.

2 Diambil dari bancian Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), 2006.

NEGERI SENOI MELAYU

PROTO

NEGRITO JUMLAH %

Johor 44 10,893 1 10, 938 7.74%

Kedah 0 0 196 196 0.14%

Kelantan 9,702 19 1086 10,807 7.65%

Melaka 27 1,208 0 1,235 0.87%

Negeri Sembilan 37 8,381 0 8,454 5.99%

Pahang 23,120 26,892 780 50,792 35.96%

Pulau Pinang 0 0 0 0 0%

Perak 40,856 410 1575 42,841 30.33%

Perlis 0 0 0 0 0%

Selangor 4,651 10,556 3 15,210 10.77%

Terengganu 682 45 30 757 0.54%

W.P Kuala

Lumpur

0

0

0

0

0

Jumlah 79,155 58,404 3,671 141,230

% 56.0 % 41.4% 2.6% 100% 100%

3

Apabila kita berbicara tentang masa depan masyarakat orang asli di Malaysia, kita sering

tertanya-tanya arah manakah sebenarnya halatuju mereka selepas ini. Setelah sekian lama kita

mencapai kemerdekaan, semakin kurang kita melihat keprihatinan kita akan masalah-masalah

ataupun keperluan yang perlu dibela

dalam masyarakat ini. Didalam

kesibukan mengejar kemajuan Negara,

kita sering sahaja menumpukan

banyak perkara yang hanya

memberikan faedah kepada segelintir,

dan sedikit sahaja ditumpukan kepada

kaum-kaum minority. Dari segi

ekonomi, arus pemodenan telah

membuka ruang kepada banyak

syarikat multinational untuk bertapak

di dalam Negara Malaysia. Situasi ini

bagaikan mengumpan jerung besar

untuk menyambar mata kail dengan

menggunakan umpan bilis. Kesan

jangka pendek dan jangka panjangnya

tidak kita nilai dengan sepenuhnya. Rajah 1: Kumpulan Orang Asli Semenanjung Malaysia

Konflik yang berlaku dalam masyarakat orang asli di semenanjung Malaysia ini sebenarnya

turut melibatkan beberapa actor lain lagi. Hal ini demikian kerana, ia melibatkan konflik

kepentingan yang merangkumi hak-hak ekonomi, social, politik, pendidikan dan sebagainya.

Secara spesifiknya, konflik ini bukan sahaja melinatkan kelompok masyarakat orang asli

dengan pihak kerajaan Malaysia sahaja, malah ia turut sama melibatkan beberapa pihak lain

lagi seperti JAKIM, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) itu sendiri, badan-badan bukan

kerajaan (NGO) malah turut sama melihat peranan daripada pihak Pertubuhan Bangsa-

Bangsa Bersatu (PBB).

Merujuk kepada sejarah, terdapat juga masalah dalam kalangan kelompok orang asli ini

Berjaya dimenangi dengan adanya bantuan daripada pihak PBB. Hal ini demikian kerana,

pihak PBB sebenarnya mengiktiraf hak-hak tanah peribumi sedunia. United Nations

Declaration on the Right of Indigenous Peoples (UN-DRIP) yang disediakan pada tahun 2007

4

adalah merupakan Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap hak orang

asal. Deklarasi ini merupakan undang-undang antarabangsa yang melindungi hak orang asal

seluruh dunia dan juga membantu melindungi budaya, tanah, dan juga cara hidup mereka.

PBB melaksanakan undang-undang ini untuk memastikan kesemua 370 juta orang asal

sedunia tidak akan berhadapan dengan diskriminasi ataupun eksploitasi. Dengan maksudnya

yang tersendiri, UN-DRIP mewakili “piawaian minimum untuk mempertahankan kewujudan,

martabat dan kesejahteraan orang asli sedunia” (Artikel 42).3

3 Abdul Rashid, M. R. b. H., Jamal Jaafar, & Tan, C. B. (1973). Three studies on the Orang Asli in Ulu Perak. Pulau Pinang: Perpustakaan Universiti Sains Malaysia.

ORANG ASLI

MEDIA

KERAJAAN

BADAN ANTARABANGSA (ASEAN, NEGARA

EROPAH)

KONFLIK ORANG ASLI

JHEOA

5

PERMASALAHAN ISU

Walaupun Negara ini telah mencapai kemerdekaan sejak 53 tahun dahulu, namun masyarakat

pribumi orang asli masih belum dapat merasa nikmat kemajuan yang telah dicapai oleh

Negara. Sebahagian besar masyarakat pribumi ini masih jauh ketinggalan dalam banyak hal

berbanding kaum-kaum lain. Walaupun begitu, terdapat juga sebahagian daripada masyarakat

ini yang sudah mula sedar dan ramai diantara mereka sudah berdiri sama tinggi dengan

kaum-kaum lain di Malaysia. Keadaan yang wujud ini sebenarnya bukan semata-mata hanya

disebabkan oleh kelemahan atau kekurangan pada masyarakat orang asli itu sendiri, akan

tetapi ia juga berpunca daripada tindakan dan strategi yang tidak telus yang dilakukan oleh

pihak yang terlibat dalam membangunkan masyarakat orang asli.

Jika kita lihat masalah orang asli dalam skop kajian semenanjung, terdapat banyak masalah

yang telah dihadapi oleh masyarakat pribumi ini. Ia meliputi masalah yang kita katakan agak

kecil dan juga masalah yang agak besar. Antaranya ialah, masyarakat orang asli itu sendiri

masih lagi bergelumang dalam masalah asas pembangunan iaitu masalah kemiskinan,

keciciran dalam pendidikan, kesihatan, masalah kemudahan asas dan banyak lagi. Walau

bagaimanpun, isu yang paling utama yang berkaitan dengan pembangunan masyarakat orang

asli ialah berkaitan dengan isu status tanah yang mana dalam masyarakat orang asli ia lebih

dikenali dengan istilah tanah adat ataupun tanah saka.

Isu yang berkaitan dengan tanah ini sudah lama berlaku dalam masyarakat orang asli. Sejak

Negara Malaysia mula mencapai kemerdekaan lagi, status tanah yang dijelaskan kepada

masyarakat orang asli masih lagi samar-samar. Sehinggalah sekarang, boleh dikatakan

bahawa hampir semua masyarakat orang asli di Malaysia dan juga di Sabah dan Sarawak

masih lagi memperjuangkan hak status tanah mereka daripada pihak kerajaan.

Masalah tanah yang wujud ini sebenarnya telah menyukarkan usaha untuk membangunkan

tanah saka mereka bagi tujuan mempertingkatkan dan memajukan taraf hidup mereka.

Masalah tanah masyarakat pribumi orang asli ini turut menjejaskan adat resam serta budaya

orang asli kerana aspek-aspek kehidupan masyarakat peribumi ini amat berkait rapat dengan

tanah dan ekologi persekitaran mereka. Hal ini demikian kerana, sebahagian besar

masyarakat orang asli masih lagi mengamalkan adat dan budaya dalam amalan tradisi

mereka. Adat-adat dan amalan tradisi ini masih diamalkan terutamanya dalam system

perkahwinan, perayaan, dan system perubatan tradisional mereka.

6

Hal ini jelas menunjukkan bahawa keperluan tanah ini bukan sahaja penting dari segi

ekonomi tetapi turut melibatkan kepentingan dari aspek spiritual dan jati diri. Walau

bagaimanapun hak kepada tanah saka mereka ini tidak dilindungi secara berkesan dari aspek

perundangan termasuklah Akta Orang Asli (Akta 134). Hal ini demikian kerana, hak

menduduki tanah yang diperuntukkan di bawah Akta 134 tidak memberi jaminan pemilikan

tanah kepada masyarakat orang asli dan ianya umpama “tenant at will” sahaja.4 Selain

daripada permasalahan tentang isu tanah, masyarakat orang asli di Malaysia juga turut sama

berhadapan dengan konflik agama yang mana ia secara asasnya melibatkan hubungan dengan

pihak kerajaan Malaysia.

Perkembangan golongan kelas menengah hasil daripada kejayaan ekonomi Malaysia telah

mula membangkitkan tuntutan untuk pelindungan hutan dan pewujudan taman hutan untuk

tujuan rekreasi. Akan tetapi mereka berpendapat bahawa kewujudan masyarakat orang asli ini

menjadi halangan kepada mereka dengan lahirnya dua kepentingan yang bertentangan iaitu,

penebangan untuk tujuan komersial dan juga pemuliharaan hutan. Golongan kelas menengah

ini juga beranggapan bahawa masyarakat orang asli yang mana telah sekian lama

mengamalkan cara “perladangan pindah” dalam pertanian telah menyebabkan berlakunya

pembaziran dan juga merosakkan hutan serta sumber-sumbernya yang lain.5 Anggapan

sebegini sebenarnya telah lama wujud dan ia sebenarnya seakan-akan memberikan gambaran

bahawa masyarakat orang asli di Malaysia ini sebenarnya membawa ancaman kepada

kelestarian hutan Negara.

Apa yang membimbangkan ialah, kepelbagaian konflik yang timbul dalam masyarakat orang

asli ini akan dipandang sepi oleh mereka yang bertanggung jawab sehingga mungkin

mewujudkan andaian bahawa berlakunya pembersihan etnik orang asli di bumi Malaysia.

Arus pemodenan yang sedang kita hadapi hari ini seharusnya tidak boleh meninggalkan

sebarang kesan terhadap kelangsungan sesebuah kelompok masyarakat. Seperti membina

bangunan-bangunan pencakar langit, factor dan kesan terhadap alam sekitar harus juga

diutamakan. Begitulah juga dalam hal masa depan sesebuah masyarakat ini.

4 Abdul Rashid, M. R. b. H., Jamal Jaafar, & Tan, C. B. (1973). Three studies on the Orang Asli in Ulu Perak. Pulau Pinang: Perpustakaan Universiti Sains Malaysia. 5 Chua, Kim Wah Michael (1991), The Orang Asli Problem: A Comparative Analysis of Aboriginal Land Rights in Malaysia, Australia and New Zealand. LLB Hons. Project Paper. Faculty of Law, UM, Kuala Lumpur.

7

Hari ini sekali lagi kelompok masyarakat orang asli di semenanjung Malaysia khasnya

sedang menghadapi konflik. Setelah sekian lama isu-isu dari kaum ini seakan-akan disepikan,

oleh kerana kesedaran politik yang baik lahir dari pemikiran kelompok-kelompok masyarakat

ini, maka mereka kelihatan sudah mula bangkit untuk menuntut pelbagai hak mereka

daripada kerajaan. Umum menyedari bahawa, masyarakat orang asli ini juga mempunyai

potensi untuk pembangunan Negara. Perkembangan arus globalisasi ini secara tidak langsung

telah menuntut mereka untuk tidak hanya bermain dan tinggal dalam kelompok mereka

sahaja. Apa yang yang menjadi keinginan pada hari ini ialah, mereka juga harus turut sama

berganding bahu bersama kaum-kaum lain dalam membangunkan Negara.

TUJUAN PENULISAN

Setelah membuat beberapa pemerhatian dan kajian dengan menggunakan beberapa kaedah

untuk mendekati masyarakat orang asli di Malaysia, dan melihat sendiri masalah sebenar

yang dihadapi oleh mereka, saya akhirnya bercadang untuk menyiapkan penulisan seperti ini.

Secara asasnya, tujuan penulisan ini ialah untuk memberikan pemahaman sebenar kepada

masyarakat terutamanya di Malaysia tentang masalah-masalah yang sedang dihadapi

kelompok masyarakat ini. Sememangnya, masyarakat orang asli di Malaysia ini adalah

sebuah kumpulan minority dengan jumlah populasinya adalah amat sedikit jika dibandingkan

dengan kaum-kaum lain di Malaysia. Oleh kerana jumlah yang minority inilah isu-isu social

ataupun ekonomi masyarakat ini sering dipinggirkan.

Penulisan ini juga akan mengupas secara jelas tentang masalah mereka dan menggambarkan

sejauh mana masalah yang wujud ini dibawa ke jalan penyelesaian. Sebagai contoh, apabila

kita melihat kepada masalah agama yang bermain dalam masyarakat orang asli, kita juga

harus melihat setinggi mana tahap sebenar konflik ini sedang berada. Dengan penerangan ini

ia secara tidak langsung akan memudahkan kita sendiri untuk memahaminya dan secara tidak

langsung juga akan memudahkan pihak-pihak yang berwajib untuk memulakan langkah

penyelesaian yang jitu terhadap konflik yang dihadapi.

Selain itu, penulisan ini juga akan memberikan sedikit gambaran tentang siapakah sebenar

pihak-pihak yang terlibat di dalam konflik ini. Seperti yang dipelajari, dalam berhadapan

dengan sesuatu konflik, golongan pendamai terutamanya harus mengetahui dahulu siapakah

actor-aktor utama yang terlibat sebelum boleh dimulakan langkah penyelesaian. Dalam

8

konteks konflik orang asli di Malaysia ini, kita harus mengenalpasti terlebih dahulu pihak

mana yang secara langsung turut memperngaruhi perkembangan konflik itu. Sebagai contoh,

kita boleh membuat andaian awal bahawa, orang asli di Malaysia ini secara umumnya

mempunyai konflik kepentingan dengan pihak kerajaan. Oleh itu, dengan memberi gambaran

tentang actor-aktor konflik yang terlibat, maka kita akan lebih mudah untuk melukiskan jalan

perdamaian.

Tujuan penulisan ini juga adalah untuk memberi penyenaraian tentang langkah-langkah

penyelesaian konflik yang telah diambil oleh pihak-pihak yang berkonflik terutamanya actor

yang paling bertanggungjawab untuk membawa masalah ini kerarah keamanan yang boleh

dipersetujui oleh semua pihak yang berkonflik. Hal ini demikian kerana, jika kita melihat

kepada akar konflik ini dan perjalanannya yang mana sudah mengambil masa berpuluh-puluh

tahun, sememangnya sudah wujud pendekatan untuk membela masyarakat orang asli ini.

Namun, kita juga harus menyedari sejauhmana kesungguhan golongan pendamai ini untuk

membawa konflik kepentingan ini ke titik terakhir.

TEORI DAN PENDEKATAN

Antara teori dan pendekatan yang akan digunakan di dalam memahami dengan lebih jelas

akan konflik yang berlaku dalam masyarakat orang asli di Malaysia ini ialah “Teori

Perubahan Agama”. Teori Perubahan Agama ini harus digunakan dalam melihat konflik ini

adalah kerana, dalam masyarakat orang asli di Malaysia ini sebenarnya turut melibatkan

konflik yang berkaitan dengan agama. Namun, ia adalah antara konflik yang agak terpencil

akan tetapi harus juga dipandang serius dan diwujudkan jalan penyelesaian. Teori Perubahan

Agama ini adalah dikemukakan oleh Simon (1971), dimana beliau mengatakan bahawa

tindakan menukarkan agama akan mengubah bentuk ikatan seseorang daripada satu set

simbol yang dianggap suci kepada symbol suci yang lain. Tindakan ini akan mengubah

perlakuan, perasaan, pemikirannya dan simbol baru yang dianggap suci.6

Teori kedua yang akan digunakan dalam memahami konflik sebenar yang dihadapi oleh

masyarakat orang asli di semenangjung Malaysia ini ialah Teori Konflik. Konflik merujuk

kepada keadaan social antara sekurang-kurangnya dua pihak bertujuan untuk mendapatkan

sumber yang terhad dalam masa yang sama. Hal ini terjadi oleh kerana wujudnya aktiviti

yang bertentangan dan juga perbuatan yang yang bertentangan. Terdapat tiga bentuk konflik

6 Amran Kasimin. 1993, Agama dan Perubahan Dikalangan Penduduk Asli Di Semenanjung Tanah Melayu,

9

iaitu, “conflict lantern”, “conflict manifest” dan juga “conflict manifest aggressive”. Ia juga

dikenali sebagai peringkat-peringkat konflik dimana setiap konflik yang berlaku dan akan

diselesaikan berkemungkinan cenderung untuk melalui peringkat-peringkat ini.

PERBAHASAN

Secara umumnya, konflik dalam kelompok masyarakat orang asli di Malaysia ini sebenarnya

sudah lama berlaku. Jika dilihat daripada sejarah, orang asli di Malaysia adalah merupakan

kelompok orang asal yang paling awal menduduki Tanah Melayu. Mereka mula mendiami

kawasan-kawasan hutan yang banyak terdapat di Negara Malaysia dan menjalankan kerja

secara memburu dan juga bertani. Selepas datangnya emperialisma dan merebaknya unsur-

unsur komunisme di Tanah Melayu, orang asal ini dikerah untuk membantu pihak british

dalam memerangi komunis. Sehinggalah Negara sudah mencapai kemerdekaan dan unsur

komunis sudah berkubur di Tanah Melayu.

Namun, selepas kemerdekaan dicapai peranan orang asli di Malaysia ini seakan-akan

semakin dilupakan. Sehingga sekarang, masih ramai kelompok orang asli ini boleh dikatakan

hidup secara primitif dan ketinggalan daripada arus pemodenan. Walaupun terdapat juga

dalam kalangan orang asli ini yang sudah berubah dan tinggal di kawasan Bandar, akan tetapi

jumlahnya adalah agak sedikit, dan ia tidak sesuai untuk dikatakan bahawa orang asli di

Malaysia secara umumnya sudah tidak tercicir dari arus kemodenan.

Jika kita memperhatikan keadaan sebenar masyarakat orang asli di semenanjung Malaysia,

mereka sebenarnya agak jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan masyarakat moden pada

hari ini. Dari segi pendidikan sehinggalah kepada sudut ekonomi, suku kaum orang asli ini

masih jauh terkebelakang.

i. Konflik Isu Tanah

Antara masalah utama yang dihadapi oleh masyarakat orang asli di Malaysia ialah masalah

yang berkaitan dengan status hak tanah. Perkara ini semakin hangat dibicarakan mahupun

diperjuangkan oleh suku kaum orang asli berbanding dengan masalah-masalah lain. Seperti

mana yang kita ketahui, orang asli ini sangat sensitif dengan isu berkenaan hak tanah.

Daripada suku kaum Jahai, mahupun Semai, sehinggalah suku kaum Temuan ataupun

Temoq, isu tanah inilah yang menjadi fokus perjuangan mereka. Secara asasnya, isu tanah

orang asli telah dinyatakan di dalam undang-undang Negara Malaysia iaitu dibawah Akta 134

10

(Akta Orang Asli 1954). Hampir separuh didalam akta ini hanya membicarakan mengenai

hak-hak tanah bagi orang asli di Malaysia.

Jika kita merujuk kepada Akta Tanah Negara, hak-hak tanah bagi orang asli turut dinyatakan.

Di bawah seksyen 43, Kanun Tanah Negara (KTN), telah dinyatakan bahawa kuasa-kuasa

pelupusan tanah yang diberikan kepada Pihak Berkuasa Negeri oleh seksyen 42,

menyenaraikan orang atau badan yang boleh memohon pemberimilikan tanah kerajaan

seperti berikut:

i. Orang-orang biasa yang mencapai umur dewasa (Akta Umur Dewasa 1971)

ii. Perbadanan yang mempunyai kuasa di bawah perlembagaannya untuk memegang

tanah

iii. Pemerintah-pemerintah, kerajaan, organisasi dan lain-lain orang yang berkuasa

memegang tanah di bawah peruntukan-peruntukan Ordinan Keistimewaan

Diplomatik dan Konsul, 1957

iv. Pertubuhan dan kesatuan yang diberi kuasa untuk memegang tanah di bawah

mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

Daripada peruntukan seksyen 43 Kanun Tanah Negara ini, adalah jelas menunjukkan bahawa

orang asli juga layak diberi milik tanah.

Konflik yang timbul dalam masyarakat orang asli pada hari ini berkenaan isu tanah ialah

apabila Akta Orang Asli 134 terutamanya yang berkaitan dengan hal tanah akan

dipinda oleh pihak kerajaan. Perkara ini telah menimbulkan tentangan yang hebat daripada

suku kaum orang asli di Malaysia.

Akta Orang Asli 134 ini telah diluluskan pada tahun 1954 dimana pihak british telah

memberikan keistimewaan kepada suku kaum orang asli kerana telah bekerjasama dengan

mereka dalam membanteras komunis. Akta ini sebenarnya telah banyak membantu menjaga

hak-hak keistimewaan orang asli daripada diceroboh oleh pihak luar. Akan tetapi, apabila

setiap seksyen didalam akta ini hendak dipinda, maka ia akan memberikan kesulitan kepada

orang asli. Melihat kepada isu yang baru sahaja berlaku kepada orang asli suku Semelai di

Selangor, mereka baru-baru ini telah melakukan tunjuk perasaan secara beramai-ramai di

hadapan hospital orang Asli Gombak kerana tidak berpuas hati dengan layanan kerajaan

terhadap mereka terutama sekali berkenaan isu tanah. Tunjuk perasaan ini dijalankan adalah

sebagai simbolik penentangan mereka terhadap pihak kerajaan yang memerintah Malaysia.

11

Jadual 2: Kedudukan Tanah Orang Asli Mengikut Negeri Di Semenanjung Malaysia7

Mengikut sejarah, tanah yang diduduki oleh masyarakat orang asli di Malaysia

kebanyakkannya tidak mempunyai geran. Sejak di awal kemerdekaan lagi, kelompok orang

asli ini tinggal di kawasan tanah yang tidak mempunyai status. Hal ini telah menyukarkan

pihak kerajaan untuk pihak orang asli dalam proses pembangunan. Kawasan tanah yang tidak

mempunyai geran ini juga sebenarnya telah menimbulkan konflik diantara orang asli dan juga

pihak pemaju tanah dimana golongan pemaju ini secara lebih mudah datang dan merampas

tanah orang asli untuk tujuan pembalakan ataupun pembangunan. Orang asli tidak

mempunyai sebarang bukti untuk menyatakan tanah yang mereka duduki itu adalah hak milik

mereka.

Mengikut pindaan Akta Orang Asli 134, kerajaan Malaysia juga telah bercadang untuk

memberikan hak status tanah yang sah kepada masyarakat orang asli dengan memberikan

geran kepada tanah yang mereka duduki mengikut syarat-syarat keluasan tertentu. Namun,

7 Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia (JHEOA).

Bil Negeri Tanah

Orang Asli

Yang Telah

Diwartakan

(Hektar)

Tanah

Orang Asli

yang telah

diluluskan

tetapi belum

diwartakan

(Hektar)

Tanah

Orang Asli

yang telah

dipohon

Tanah yang

didiami oleh

Orang Asli

tanpa

permohonan

rasmi

(Hektar)

Jumlah

(Hektar)

1. Perak 5,191.92 7,277.22 17,297.52 - 29,766.66

2. Kedah 173.38 - - - 173.38

3. Pahang 4,013.62 13,718.17 41,071.93 4,210.85 63,014.57

4. Kelantan - 3,953.52 12,200.00 - 16,153.52

5. Terengganu 1,312.60 206.80 161.94 - 1,681.34

6. Selangor 1,538.33 1,213.30 4,596.11 890.47 8,283.21

7. Johor 4,897.16 1,068.93 1,042.63 - 7,008.72

8. N.Sembilan 2,336.05 1,176.76 2,595.33 391.53 6,499.67

9. Melaka 115.49 317.57 10.10 171.70 614.86

Jumlah

(%)

19,623.55

(14.73%)

28,932.27

(21.72%)

78,975.56

(59.29%)

5,664.55

(4.26%)

133,195.93

(100.00%)

12

hal ini tidak mendapat persetujuan daripada suku kaum orang asli itu sendiri. Hal ini

demikian kerana, jika mereka menerima sistempemberian geran, hanya ketua isi rumah (KIR)

sahaja yang berkelayakan untuk mendapat geran. Apabila mereka memiliki geran, tanah yang

mereka duduki itu sudah tidak boleh diwarisi jika KIR sudah meninggal dunia. Jika dilihat

pada asalnya, masyarakat orang asli yang tinggal di kawasan tanah yang tidak mempunyai

geran, system tanah mereka boleh diwarisi kepada anak-anak jika KIR sudah meninggal

dunia.

Walaupun jika dilihat didalam perjanjian bahawa warisan tanah orang asli yang

mempunyaigeran ini akan diwariskan kepada anak-anak selepas kematian KIR, namun

syaratnya ialah anak-anak ini mestilah sudah berkahwin, jika sebaliknya, tanah ini tidak sah

untuk diwarisi. Sekiranya terdapat lebihan tanah setelah ditolak bahagian KIR Orang Asli di

sesuatu kawasan yang layak diberikan milik tanah, maka lebihan tanah tersebut boleh

dipertimbangan pemberimilikan kepada Orang Asli di kawasan lain.

Dari lain sudut, apabila keluasan tanah tidak mencukupi mengikut nisbah keluasan yang

dicadangkan untuk diberi milikan kepada KIR Orang Asli seperti di perenggan 19 (d),

pemberimilikan tanah adalah mengikut nisbah keluasan yang lebih kecil, kecuali mereka

bersedia untuk berpindah ke kawasan Orang Asli lain yang dipilih oleh kerajaan negeri.

Jika menurut kepada akta orang asli 134 selepas pindaan, KIR Orang Asli hanya akan

mendapat hak milik sekali sahaja dan tidak boleh menuntut hak milik bagi tanah lain dalam

kawasan Orang Asli yang sama dan kawasan yang lain. KIR Orang Asli yang mendapat

faedah dari Dasar ini, tidak boleh menuntut apa-apa pampasan, ganti rugi atau membawa

sebarang tuntutan ke mahkamah ke atas tanah yang dinamakan kawasan rayau/saka.

sekiranya berlaku kematian setelah hak milik didaftarkan, tanah tersebut akan diturunkan

milik (transmission) dan setiap pemilik baru hendaklah menandatangani perjanjian dengan

pemaju pembangunan.

Oleh kerana factor inilah masalah tanah orang asli sehingga ke hari ini tidak dapat

diselesaikan lagi. Orang asli sedang bangkit menentang dasar yang bagi mereka telah

menindas keturun orang asli di Malaysia.

13

Langkah Pengurusan Yang Telah Diambil Untuk Konflik Tanah

Dalam konflik ini, antara tindakan yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan Malaysia dalam

berhadapan dengan masalah orang asli ini ialah, pihak kerajaan Malaysia telah mengadakan

pelbagai rundingan dengan wakil masyarakat orang asli terutamanya dengan pihak JHEOA

sendiri. Rundingan yang dijalankan adalah bertujuan untuk mendapatkan persetuan

sepenuhnya daripada masyarakat orang asli terhadap isu tanah mereka.

Selain itu, pihak kerajaan juga telah menjalankan sesi penerangan kepada masyarakat orang

asli mengenai apa yang akan dilakukan oleh pihak kerajaan dalam membangunkan

masyarakat orang asli di Malaysia. Sebagai contoh ialah, pihak Jabatan Hal Ehwal Orang

Asli sendiri telah menjalankan banyak sessi forum yang dihadiri oleh masyarakat orang asli

untuk memberikan pemahaman kepada mereka tentang tindakan yang perlu dilakukan oleh

mereka seperti mana forum terbaru yang telah diadakan di Gopeng Perak baru-baru ini.

ii. Konflik Agama Dalam masyarakat Orang Asli

Selain daripada isu status tanah, masyarakat orang asli di Malaysia juga sedang berhadapan

dengan konflik yang berhubung dengan agama. Jika dirujuk kepada sejarah, secara amnya

masyarakat orang asli di serata Malaysia telah menganuti agama Animisme sudah sejak

sekian lama. Agama Animisme ialah kepercayaan kepada kuasa-kuasa objek-objek atau

benda yang terdapat pada alam sekeliling yang mempengaruhi kehidupan mereka. Teori

Animisme ini telah dikemukan oleh Edward B. Taylor menyatakan benda atau makluk yang

terdapat pada alam ini mempunyai roh atau semangat yang perlu dihormati. Kepercayaan

animisme ini sangat subur di dalam masyarakat orang asli terutamanya dalam suku kaum

Temoq, Lenoh, Batek, Kintek dan juga Kensiu.8

Selain agama animisme, agama Islam juga turut dianuti dalam masyarakat orang asli di

Malaysia. akan tetapi jumlah mereka yang menganuti agama Islam adalah sedikit sahaja.

Kedatangan agama Islam dalam masyarakat orang asli agak lewat selepas Negara Malaysia

mencapai kemerdekaan. Agama Islam merupakan agama yang terawal yang telah

mempengaruhi masyarakat orang asli. Perkembangan Islam dalam masyarakat Orang Asli

bermula pada tahun 1980an apabila gerakan dakwah mula digiatkan ke kawasan pedalaman.

8 Ramle bin Abdullah (1988), Komuniti Orang Asli Semaq Beri dan Kemasukan Islam. M. Phil.

Thesis, UKM, Bangi.

14

Kebanyakan mereka yang memeluk agama Islam adalah hasil usaha para pendakwah yang

tidak pernah letih dan jemu dalam usaha menyebarkan Islam. Pendakwah–pendakwah ini

adalah terdiri dari pendakwah bebas, badan kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam

Malaysia ( JAKIM ) , Majlis Agama Negeri dan Badan bukan kerajaan.

Selain itu, agama Kristian juga terdapat dalam kalangan masyarakat orang asli. Jika

dibandingkan dengan agama Islam dalam masyarakat ini, agama Kristianlah yang paling

cepat dan mendapat sambutan dalam kalangan kelompok orang asli. Hal ini demikian kerana,

penyebaran agama Kristian dalam kalangan masyarakat ini adalah cekap dan amat berkesan.

Konflik yang berkaitan dengan agama ini berlaku dalam suku kaum orang asli sudah sekian

lama. Ia secara jelas mempunyai kaitan dengan dasar kerajaan Malaysia dalam menyebarkan

agama rasmi di Malaysia kepada kelompok ini. Apa yang berlaku pada hari ini ialah,

pegangan agama dalam masyarakat orang asli secara umumnya terlalu mudah untuk berubah-

ubah. Mereka sebenarnya sering sahaja bertukar-tukar agama daripada Islam ke Kristian

ataupun dari Kristian kepada kepercayaan animisme. Sebagai contoh, jika pihak Jabatan

Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) dengan kerjasama JHEOA datang ke perkampungan

orang asli untuk berdakwah, secara amnya ramai yang akan mula memeluk agama Islam.

Namun, apabila pihak JAKIM sudah keluar dari perkampungan orang asli maka kemudian

akan datang pula kumpulan-kumpulan mubaligh Kristian yang datang untuk menyebarkan

agama Kristian. Masyarakat orang asli dihidangkan dengan pelbagai kemewahan dan

kemudahan yang dibawa oleh mubaligh Kristian, dan akhirnya mereka akan beramai-ramai

akan memeluk agama Kristian dan murtad daripada Islam.

Apa yang menjadi masalah ialah, gejala bertukar-tukar agama dalam masyarakat ini sudah

berlaku secara serius. Kesungguhan pihak JAKIM dalam menyebarkan agama Islam dalam

masyarakat orang asli tidak dilihat begitu serius. Mereka seakan-akan tidak bersungguh untuk

membawa orang asli ke jalan Islam. Hal ini demikian kerana, tidak wujudnya proses

sokongan dari semasa ke semasa kepada masyarakat orang asli yang baru memeluk agama

Islam. Oleh sebab itulah pegangan agama mereka adalah terlalu rapuh. Perkara ini

sebenarnya telah memberikan cabaran yang hebat oleh kerajaan Malaysia dalam berhadapan

dengan masyarakat orang asli sekaligus menjaga nama baik kerajaan Malaysia.

Seperti apa yang berlaku kepada masyarakat orang asli di bahagian Kuala Krau Pahang,

masyarakat orang asli yang beragama islam di kawasan itu seakan-akan dipinggirkan oleh

pihak kerajaan terutamanya oleh golongan pendakwah JAKIM. Mengambil contoh sambutan

15

hari raya oleh orang asli beragama islam disitu, bagi mereka sambutan hari raya adalah sama

sahaja dengan hari biasa. Bantuan dari segi ilmu pengetahuan, emosi, dan juga bantuan

kewangan tidak diberikan kepada masyarakat disitu.

iii. Permasalahan Dengan Jabatan Orang Asli

Secara asasnya, masyarakat orang asli di Malaysia juga sebenarnya turut menghadapi konflik

dengan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli sendiri. JHEOA sebenarnya ditubuhkan oleh pihak

kerajaan Malaysia sebagai langkah untuk menjaga hal ehwal kebajikan dan kemajuan orang

asli. Namun, apa yang berlaku pada hari ini ialah, masyarakat orang asli di semenanjung

terutamanya sudah mula tidak menaruh kepercayaan terhadap jabatan ini. Antara peranan

yang dimainkan oleh JHEOA ialah memastikan orang asli di Malaysia ini turut mendapat hak

pendidikan yang sewajarnya oleh kerajaan Malaysia. Ia juga ditubuhkan adalah sebagai pihak

yang boleh membela orang asli dalam berhadapan dengan isu tanah mereka dimana jika kita

lihat pada awalnya, masyarakat orang asli ini ditindas oleh pihak pemaju dengan membeli

tanah mereka dengan harga yang sangat murah.

Namun, apa yang berlaku pada hari ini ialah pihak JHEOA sendiri sudah mula bersikap bias

dan mula menindas masyarakat orang asli ini. Peranan mereka dalam membela orang asli

seakan-akan sudah mula hilang. Secara asasnya, penubuhan jabatan ini sebenarnya seiring

dengan perkembangan masyarakat orang asli di Malaysia. Akan tetapi, walaupun sudah

sekian lama hidup dibawah naungan JHEOA, kehidupan masyarakat orang asli ini tetap juga

tidak berubah. Dari segi pendidikan sehinggalah kepada ekonomi, ia masih berada pada takuk

yang lama. Sebarang peruntukan kewangan yang diberikan oleh kerajaan akan disalurkan

kepada orang asli melalui JHEOA. Sebagai contoh ialah dana pendidikan, kesihatan dan

kemudahan asas. Akan tetapi, apa yang berlaku ialah peruntukan ini tidak sampai kedalam

masyarakat orang asli sendiri.

Hal ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati masyarakat orang asli terhadap pihak kerajaan

terutamanya pihak JHEOA. Seperti apa yang telah berlaku kepada masyarakat orang asli

suku Semelai di Gombak Selangor, mereka baru-baru ini telah melakukan satu tunjuk

perasaan di hadapan Hospital Orang Asli Gombak kerana tidak berpuas hati dengan layanan

kakitangan hospital itu yang tidak berperi kemanusiaan terhadap pesakit orang asli. Mereka

juga turut mempersoalkan tentang peruntukan yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada

pihak jabatan orang asli. Penindasan yang berlaku terhadap orang asli oleh pihak JHEOA ini

16

telah membangkitkan kesedaran sendiri masyarakat orang asli untuk bangun menuntut hak

mereka daripada kerajaan. Masyarakat orang asli ini telah sedar bahawa mereka sebenarnya

seakan-akan dipergunakan oleh pihak jabatan untuk memenuhi kepentingan sendiri.

Sepertimana yang telah berlaku, mereka juga telah dihasut oleh pihak jabatan untuk tidak

bangkit menentang pihak kerajaan.

Konflik yang bermain diantara masyarakat orang asli dengan JHEOA ini sebenarnya sudah

lama berlarutan. Ketidaktelusan yang berlaku dalam pengurusan pentadbiran orang asli

sehingga hari ini tidak pernah ada mana-mana pihak yang bangkit mempersoalkan. Oleh

kerana factor inilah masyarakat orang asli sudah mula beralih arah untuk mendapatkan

bantuan daripada pihak-pihak lain termasuklah NGO dan juga masyarakat sivil yang lain

contohnya daripada Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS). Masyarakat orang asli juga

telah mewujudkan satu pertubuhan baru diatas inisiatif kelompok mereka sendiri yang mana

boleh dikata sebagai menggantikan JHEOA yang telah lama menindas mereka. Pertubuhan

baru itu seperti, Jaringan Kampung Orang Asli Perak (JKOAP).

iv. Konflik Jenayah Terhadap Suku Kaum Orang Asli

Di dalam huraian ini, saya akan mengambil

satu kajian kes orang asli di kawasan

Sarawak iaitu suku kaum Penan. Hal ini

demikian kerana, hari ini sedang hangat

diperkatakan bahawa berlakunya kejadian

jenayah terhadap suku kaum ini, tidak kira

di dalam televisyen mahupun akhbar-

akhbar nasional. Orang asli Penan adalah

merupakan

suku pribumi di Sarawak, Malaysia Timur. Mereka kebanyakkannya tinggal di kawasan

hutan berhampiran dengan Limbang , Bintulu dalam kawasan Ulu Baram. Merujuk kepada

kajian kes terhadap masyarakat orang asli suku ini, terdapat banyak masalah dan gejala social

yang sedang berlaku di dalam masyarakat ini. Namun, apa yang berlaku ialah, kebanyakkan

masalah yang terjadi ini telah disenyapkan dan cuba diselindung oleh pihak berkuasa.

Menurut fakta, kaum Penan mempunyai pelbagai tuntutan berkenaan dengan hak mereka

sebagai kaum pribumi di Sarawak. Akan tetapi, sehingga ke hari ini suku kaum ini masih

tidak dibela.

17

Antara permasalahan yang wujud dalam suku kaum Penan yang tidak mendapat perbelaan

daripada pihak kerajaan ialah seperti mereka menghadapi masalah kekurangan makanan,

Kemusnahan hutan tempat mencari sagu, buah-buahan dan sayur-sayuran telah dimusnahkan

oleh kegiatan pembalakan . Ada keluarga yang terpaksa memakan nasi bersama garam atau

bubur kosong sahaja kerana ketiadaan punca pendapatan. Sungai yang selama ini

membekalkan ikan kepada mereka juga telah tercemar. Hakisan tanah berlaku secara

berleluasa, haiwan di hutan berdekatan sudah lama berkurangan dan tanah ladang tidak lagi

subur kerana tanah-tanah ini merupakan bekas kawasan pembalakan.

Orang Penan dikatakan tidak diberi latihan pertanian termasuk cara-cara menyediakan baja

dan bantuan sumber seperti biji benih sayur-sayuran. Kononnya orang Penan tidak menerima

bantuan untuk membina kolam-kolam ikan ataupun projek penternakan. Haiwan dan ikan

selain bahan-bahan hutan lain seperti rotan, damar dan gaharu untuk dijual sukar diperolehi

kerana pembalakan dan pencemaran sungai serta bunyi bising aktiviti pembalakan. Pelbagai

penyakit selalu dihadapi oleh mereka. Contohnya ialah seperti demam panas, demam

campak, batuk , selsema dan penyakit kulit. Mereka juga tidak berupaya membayar yuran

persekolahan anak-anak, mendapatkan perkhidmatan perubatan dan pergi ke bandar terdekat

untuk menyelesaikan urusan-urusan penting.

Bekalan air dan udara yang tercemar telah menyebabkan mereka menghadapi masalah

kesakitan perut, penyakit kulit, penyakit mata dan ketahanan badan yang lemah, yang

kemudiannya memberikan pelbagai masalah kesihatan yang lain. Perumahan yang serba

kekurangan juga menimbulkan masalah kepada orang asli Penan.

Namun, konflik yang paling utama yang berlaku dalam kawasan penempatan masyarakat

Penan hari ini ialah wujudnya pembalakan yang mana sekaligus telah mencerobohi kawasan

tanah adat mereka. Golongan pembalak ini juga selain melakukan kerja membalak, mereka

juga sering mengganggu golongan perempuan masyarakat Penan dengan memperkosa

mereka. Oleh kerana itulah, masyarakat Penan telah membuat desakan kepada pihak kerajaan

untuk bertindak dengan segera terhadap apa yang telah berlaku kepada mereka. Mereka juga

telah membuat beberapa tuntutan seperti menghentikan kegiatan pembalakan di kawasan

mereka, menghentikan projek perladangan kelapa sawit di tanah adat mereka, menangguhkan

dan membatalkan pembinaan empangan janakuasa dan bekalan air di tanah adat. Mereka juga

meminta pengiktirafan ke atas hak turun-temurun pribumi Penan daripada pihak kerajaan

18

Malaysia, serta meminta kerajaan membantu dari segala segi termasuk perumahan, kesihatan,

pekerjaan , pendidikan dan lain-lain.

Mengenai kes jenayah rogol dalam kalangan masyarakat Penan ini, ramai NGO yang tambil

untuk menuntut bela terhadap apa yang telah berlaku. Golongan ini juga turut sama mendesak

pihak kerajaan Malaysia agar memainkan peranan yang penting dalam membawa penjenayah

yang melakukan kes rogol ini dibawa ke muka pengadilan. Badan-badan dunia juga bertindak

perkara yang sama dimana mereka menuntut agar keadilan diberikan kepada orang Penan.

Sebagai contoh ialah Negara-negara ASEAN dan juga dari Negara-negara Eropah dimana

mereka telah menganjurkan program “International Penan Day” setiap tahun.

Pada 26 Julai 2007, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) melalui kumpulan

kerjanya yang dipanggil Kumpulan Kerja Hak Asasi Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan

(ECOSOC) mencari jalan penyelesaian tentang hak asasi manusia yang dibangkitkan oleh

etnik Penan di Sarawak yang telah diperjuangkan sejak bertahun-tahun lamanya yang dimulai

oleh Bruno Munser.

Suhakam telah menghantar kumpulan penyelidik ke Long Jingu dan Long Jaik di Ulu Belaga

berikutan aduan oleh dua pemimpin masyarakat Penan, Alung Ju (Long Singu) dan Matu

Tugang (Long Jaik) pada 26 Julai 2006 yang tidak puas hati dengan aktiviti pembalakan,

ladang kelapa sawit dan penanaman semula hutan di sana.9

Akhirnya Suhakam menyenaraikan 7 isu utama iaitu :

Kanun Tanah Sarawak 1958 hendaklah dipinda dan disesuaikan dengan penentuan milik

tanah Penan dan kepimpinan masyarakat Penan.

Seksyen 5(2) dan 5(2)E Undang-Undang Negeri Sarawak menyatakan Tanah Adat

Bumiputera (NCR) termasuk kaedah penggunaan kawasan tanah seperti pengkebumian

dan lain-lain tujuan. Oleh itu sebarang aktiviti pembalakan dan ladanbg kelapa sawit

mestilah mengelak kawasan pengebumian yang dinyatakan oleh masyarakat Penan..

Laporan Penilaian Alam Sekitar (EIA) yang dikemukakan mestilah dibuat oleh perunding

bebas lagi berwibawa agar tidak ada berat sebelah, ambil mudah dan mengambil kira

sensitiviti masyarakat setempat yang biasanya tanpa dokumen rasmi, hanya tradisi lisan

9 Chong Sheat Seang (1997), Peranan Center for Orang Asli Concerns Dalam Meningkatkan

Kehidupan Masyarakat Orang Asli Di Semenanjung Malaysia. Laporan Praktik UM, Ijazah Sarjanamuda Sastera, Rancangan Pentadbiran Sosial, UM, Kuala Lumpur.

19

sahaja. Laporan EIA berhubung Ladang Hutan Shin Yang nyata dipertikaikan oleh

masyarakat Penan.kerana Ulu Belaga memang telah lama wujud masyarakat itu.

Pusat perkhidmatan di Ulu Belaga, perluaskan skim Pihak Berkuasa Penyatuan dan

Pemuliharaan Tanah Sarawak (Salcra) untuk masyarakat Penan, dan hidupkan semula

projek Buku Hijau bagi pembangunan luar bandar yang dilaksanakan dalam tempoh

Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) agar kemiskinan tegar masyarakat itu dapat

diatasi.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mestilah proaktif dengan memudahkan kaedah

pendaftaran , termasuklah memansuhkan bayaran lewat daftar dan bekerjasama dengan

ketua masyarakat Penan untuk menentukan identiti dan sijil kelahiran.

Sekolah rendah hendaklah 'dekat' dengan kampung -kampung Penan. Begitu juga klinik

kesihatan luat bandar yang lebih lengkap, spesifik dan berfungsi.

Kerajaan negeri Sarawak seharusnya lebih komited , drastik dan proaktif terhadap isu

tanah, pendidikan, pekerjaan, dokumen, kesihatan dan hak lain yang termaktub dalam

Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR).

Walaupun Malaysia hari ini sudah semakin mengorak langkah mencapai kemajuan,

berdirinya bangunan-bangunan tinggi, dan taraf hidup penduduk di kawasan Bandar semakin

tinggi, namun masyarakat Penan masih jauh tertinggal di belakang arus kemodenan. Mereka

seakan-akan kembali ke zaman batu dimana kehidupan mereka adalah terlalu daif. Waktu

malam terpaksa bergelap kerana tiada bahan bakar untuk menggerakkan generator. Ubat tidak

dapat disimpan dengan lama kerana peti sejuk tidak dapat berfungsi.

v. Isu Dokumentasi Dan Pendidikan

Secara umumnya, orang asli di Malaysia juga turut menghadapi konflik berkenaan dengan

pendokumentasian identity dan juga konflik hak terhadap pendidikan. Walaupun masyarakat

orang asli ini dikatakan sudah lama hidup di Negara ini dan Malaysia sendiri sudah sekian

lama mencapai kemerdekaan, namun masih ramai lagi dalam kalangan orang asli ini yang

tidak mendaftarkan identity mereka sebagai rakyat Negara Malaysia dan tidak memiliki kad

pengenalan diri. Hal ini telah menyebabkan timbulnya kesulitan kepada orang asli ini untuk

membuat sebarang urusan dengan pihak kerajaan atau membuat urusan rasmi.

20

Masalah dokumentasi ini timbul adalah disebabkan kurangnya kesedaran masyarakat orang

asli ini tentang kepentingan untuk memiliki identity diri. Oleh kerana terputus hubungan

dengan pihak luar terutamanya kerajaan, orang asli ini akhirnya akan mengambil sikap acuh

tidak acuh tentang perkara sebegini. Selain itu, perkara ini berlaku adalah disebabkan

kurangnya pemantauan atau pemerhatian daripada pihak luar. Masyarakat orang asli di

semenanjung Malaysia seakan-akan hidup sebagai orang yang sangat terasing. Hubungan

dengan pihak luar kadang-kala terputus. Pihak JHEOA yang sebenarnya bertanggungjawab di

dalam hal ini juga bertindak acuh tidak acuh tentang kepentingan orang asli.10

Akhirnya, suku

kaum asli sendiri yang akan menanggung kesulitan dalam proses pembangunan mereka.

Isu pendidikan dalam kalangan masyarakat orang asli juga sudah menjadi isu utama yang

dibincangkan pada hari ini. Apa yang berlaku ialah, masih ramai masyarakat orang asli

terutamanya golongan kanak-kanak masih tidak mendapat hak persekolahan yang baik

daripada pihak kerajaan. Tidak dapat dinafikan bahawa, sememangnya kerajaan Malaysia

telah menggubal pelbagai dasar yang berkaitan dengan pendidikan, bermula dengan Penyata

Razak hinggalah Dasar Pendidikan Negara. Akan tetapi, isu keciciran masih juga berlaku.

Kesannya sudah kelihatan dimana masih ramai anak-anak masyarakat orang asli masih tidak

tahu mengira, membaca dan menulis.

Walaupun begitu, terdapat juga dalam kalangan masyarakat orang asli yang sudah mendapat

pendidikan tinggi dimana mereka sudah mula menjejakkan kaki ke university. Hal ini harus

dilihat sebagai sesuatu yang positif kepada masyarakat orang asli. Kita juga dapat melihat

ramai anak-anak orang asli yang telah menjawat jawatan yang tinggi didalam badan NGO

ataupun dalam sector awam.

Pendidikan sepertimana yang kita tahu adalah merupakan satu perkara yang penting dalam

sesebuah masyarakat. Dengan pendidikanlah masyarakat akan berjaya keluar daripada

belenggu kejahilan. Konflik pendidikan ini menjadi serius apabila dikatakan bahawa

berlakunya penindasan budaya dalam pelajar-pelajar orang asli yang bersekolah. Hal ini

demikian kerana wujudnya perbezaan yang ketara antara pelajar yang miskin dan juga pelajar

yang kaya.

10

Osman bin Bongsu (1994), Hubungan Cara Gaya Asuhan Ibu Bapa Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Orang Asli. Projek Ijazah Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunselling), Jabatan Pendidikan, Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM, Serdang.

21

Kemudahan infrastruktur pendidikan dalam perkampungan orang asli yang masih kurang

telah menjadi salah satu factor orang asli tidak mendapat pendidikan yang sepatutnya.

Kerajaan Malaysia pada umumnya banyak memberikan kemudahan pendidikan di kawasan

Bandar dan juga luar Bandar tetapi amat kurang dalam kawasan pedalaman yang didiami

oleh masyarakat orang asli. Tuntutan terhadap pendidikan yang sempurnya walau

bagaimanapun telah menjadi agenda utama masyarakat orang asli terhadap pihak kerajaan

kerana pendidikan inilah yang akan memberikan kesedaran kepada suku kaum mereka

tentang hak-hak sebenar orang asli yang harus dituntut.

LANGKAH PENGURUSAN YANG TELAH DI AMBIL

Dalam berhadapan dengan keperlbagaian tuntutan daripada masyarakat Orang Asli di

Malaysia, pihak kerajaan walau bagaimanapun tetap mewujudkan langkah-langkah untuk

menyelesaikan konflik antara masyarakat orang asli ini. Pada asasnya, dalam

menyeimbangkan pembangunan dan perkembangan masyarakat orang asli supaya setaraf

dengan dengan masyarakat moden lain, kerajaan sendiri telah menubuhkan badan pelaksana

yang ditugaskan khusus untuk mengendalikan projek pembangunan orang asli. Badan itu

ialah JHEOA sendiri. Sememangnya, JHEOA sendiri pada hari ini semakin menghadapi

konflik dengan orang asli, namun jika dilihat daripada sudut kebajikan yang diberikan oleh

pihak kerajaan, penubuhan ini adalah satu tindakan prihatin kerajaan Malaysia terhadap orang

asli.

Selain daripada itu, sebagai langkah untuk meredakan ketidakpuasan hati dan tekanan

masyarakat orang asli di Malaysia, pihak kerajaan juga telah mengadakan banyak sessi

rundingan dan juga penerangan mengenai isu-isu semasa yang berkaitan dengan hak-hak

orang asli kepada mereka. Hal ini dilakukan kerana, jika diteliti sebenar konflik kaum

pribumi ini, mereka sebenarnya harus diberikan pemahaman sebenar tentang masalah mereka

dan bagaimana cara dan saluran yang betul bagi mengembalikan hak-hak sivil mereka.

Kerajaan sebenarnya tidak mahu orang asli yang dikatakan tertindas ini bangkit dengan

mengunakan saluran yang salah sekaligus melanggar batas-batas undang-undang Negara.

Orang asli juga dengan inisiatif sendiri telah merancang beberapa kaedah untuk memastikan

konflik sebenar mereka ini selesai dengan cara yang baik. Seperti mana yang telah dilakukan

oeh suku kaum orang asli Semelai, mereka yang merasakan wujudnya penindasan terhadap

suku orang asli ini telah bangkit daripada kegelapan dengan berusaha secara sendiri untuk

22

keluar daripada kegelapan hidup. Oleh itulah, jika kita bandingkan suku kaum semelai

dengan suku-suku yang lain, mereka kelihatan lebih maju dan lebih moden. Golongan muda

daripada suku Semelailah yang merupakan golongan yang paling ramai yang sudah

menjejakkan kaki ke Universiti. Mereka jugalah yang banyak menjawat jawatan dalam

sector-sektor kerajaan. Orang asli sendiri juga telah menubuhkan beberapa kumpulan

pendesak untuk menjaga hak-hak mereka. Antaranya ialah Jabatan Orang Asli Perak (JOAP)

dan beberapa pertubuhan lain lagi.

STATUS KONFLIK SEKARANG

Melihat kepada konteks hari ini, sememangnya masyarakat orang asli di semenanjung

Malaysia khususnya masih lagi bergelumang dengan pelbagai masalah dan konflik

terutamanya dengan pihak kerajaan. Jika diteliti, masih banyak lagi hak-hak suku kaum ini

tidak diberikan kepada mereka. Sejak merdeka lagi, mereka sudah mula bertarung untuk

mendapatkan hak-ha yang setimpal daripada pihak kerajaan. Dari segi pendidikan, ekonomi,

social, kesihatan dan sebagainya, mereka masih jauh ketinggalan ke belakang.

Dasar kerajaan Malaysia yang ada sekarang ini sebenarnya masih tidak menampakkan

kesungguhan kerajaan untuk memperbaiki taraf hidup orang asli di Malaysia. Dasar-dasar ini

kebanyakkannya hanya mesra kepada masyarakat moden yang lain sehingga meminggirkan

orang asli sendiri. Isu pemindaaan Akta Orang Asli 134 telah menjadi isu penting untuk

kelangsungan politik orang asli. Cadangan untuk pemindaan akta inilah yang telah

menimbulkan ketidakpuasan hati masyarakat orang asli. Pendek kata, akta inilah yang

menjadi akta pusaka untuk masyarakat orang asli di Malaysia.

Apa yang lebih menambahkan masalah, pihak media di Malaysia hari ini seakan-akan cuba

untuk tidak menyiarkan berita-berita sebenar berkenaan dengan masyarakat orang asli kepada

umum. Pihak media kelihatan agak bias dalam hal ini. Berita tentang isu tanah orang asli

tidak mendapat liputan yang meluas oleh media. Oleh itulah, masih ramai masyarakat

Malaysia hari ini masih tidak jelas dengan masalah orang asli ini. Kewujudan media-media

alternative lainlah yang menjadi penyambung survival masyarakat orang asli. Hal ini

demikian kerana, media alternatif ini prihatin terhadap nasib mereka. Selain itu, aktivis-

aktivist perseorangan daripada masyarakat luar yang prihatin turut sama membantu

masyarakat orang asli untuk memperbaiki taraf hidup mereka di Negara yang membangun

ini.

23

Dari segi adat istiadat dan budaya masyarakat orang asli ini, mereka masih lagi bertarung

untuk menyelamatkan adat-adat yang telah diamalkan oleh mereka sejak barkurun-kurun

dahulu. Jelasnya, rancangan pemindaan Akta Orang Asli 134 ini sebenarnya akan menggugat

kelangsungan budaya asal mereka. Hal ini juga menjadi isu utama yang masih diperjuangan.

oleh orang asli.Walau bagaimanpun konflik orang asli ini masih berlarutan, pihak kerajaan

dan badan-badan sivil yang lain sentiasa membahaskan konflik ini diperingkat yang tertinggi.

Sebagai contoh, isu tanah orang asli dan juga janji manifesto parti politik terhadap orang asli

tetap dibincangkan di dewan rakyat dan juga dewan Negara.

CADANGAN PENYELESAIAN

Dalam menghadapi konflik ini, pihak kerajaan Malaysia seharusnya mengambil sikap yang

prihatin terhadap segala tuntutan masyarakat orang asli ini. Cadangan pindaan terhadap Akta

Orang Asli 134 yang mendapat tentangan yang hebat daripada orang asli seharusnya tidak

diteruskan. Akta ini yang merupakan salah satu perkara yang membolehkan masyarakat

orang asli ini terus hidup di Malaysia haruslah kekalkan. Sebaliknya, kerajaan perlu

menggubal satu dasar yang baru sehingga menampakkan kesungguhan pihak kerajaan untuk

membela nasib orang asli di Malaysia.

Selain itu, antara langkah lain yang harus dilakukan ialah dengan mempertingkatkan

campurtangan daripada pihak luar seperti ASEAN ataupun PBB dalam mendesak kerajaan

Malaysia memberikan tumpuan yang selayaknya kepada orang asli. Hal ini penting kerana

PBB sendiri telah meletakkan pendiriannya sendiri mengenai masyarakat pribumi. Bagi PBB,

kelangsungan hidup masyarakat pribumi seharusnya dijaga dengan baik oleh pihak kerajaan.

Masyarakat orang asli juga dengan inisiatif sendiri seharusnya bangkit untuk mengubah

kehidupan mereka. Pendidikan yang sempurna terhadap masyarakat orang asli harus

diberikan agar mereka tidak mudah ditindas oleh mana-mana pihak. Ibu-bapa masyarakat

orang asli seharusnya sedar dan memberikan penekanan kepada anak-anak agar berminat

terhadap alam persekolahan. Dengan pendidikanlah masyarakat orang asli boleh membuka

mata sendiri supaya mereka boleh bergerak jauh kehadapan sepertimana yang telah dilakukan

oleh suku kaum Semelai di Negara ini.

Secara umumnya, konflik orang asli masih berterusan sehingga sekarang. Masyarakat sivil

yang lain seharusnya menanamkan sikap prihatin mereka terhadap orang asli. Hal ini

24

demikian kerana mereka juga adalah sebahagian daripada anggota masyarakat yang mampu

membawa perubahan kepada Negara Malaysia.

BIBLIOGRAFI

Diambil dari bancian Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), 2006.

Abdul Rashid, M. R. b. H., Jamal Jaafar, & Tan, C. B. (1973). Three studies on the Orang

Asli in Ulu Perak. Pulau Pinang: Perpustakaan Universiti Sains Malaysia.

Chua, Kim Wah Michael (1991), The Orang Asli Problem: A Comparative Analysis of

Aboriginal Land Rights in Malaysia, Australia and New Zealand. LLB Hons. Project Paper.

Faculty of Law, UM, Kuala Lumpur.

Amran Kasimin. 1993, Agama dan Perubahan Dikalangan Penduduk Asli Di Semenanjung

Tanah Melayu.

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia (JHEOA).

Ramle bin Abdullah (1988), Komuniti Orang Asli Semaq Beri dan Kemasukan Islam. M.

Phil. Thesis, UKM, Bangi.

Chong Sheat Seang (1997), Peranan Center for Orang Asli Concerns Dalam Meningkatkan

Kehidupan Masyarakat Orang Asli Di Semenanjung Malaysia. Laporan Praktik UM,

Ijazah Sarjanamuda Sastera, Rancangan Pentadbiran Sosial, UM, Kuala Lumpur.

Osman bin Bongsu (1994), Hubungan Cara Gaya Asuhan Ibu Bapa Terhadap Pencapaian

Akademik Pelajar Orang Asli. Projek Ijazah Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan

Kaunselling), Jabatan Pendidikan, Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM, Serdang.