33
Pendaftaran Orang Kurang Upaya 1. Pengenalan o • Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU) dibuat secara sukarela di seluruh negara. Agensi yang terlibat dalam pendaftaran adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Pendaftaran OKU hendaklah dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian. 2. Objektif Pendaftaran OKU o • Untuk mengetahui bilangan, taburan dan kategori OKU di negara ini bagi maksud merancang program berkaitan dengan pencegahan, pendidikan, habilitasi dan rehabilitasi, latihan serta perkhidmatan. o • Untuk merancang penyediaan kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan OKU. o • Untuk membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang bersesuaian menurut keperluan berdasarkan tahap kefungsian / ketidakupayaan mereka. 3. Definisi OKU o • Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008:- • 'Orang Kurang Upaya' termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual, atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat. 4. Kategori OKU i. Pendengaran Kurang Upaya Pendengaran bermaksud tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua telinga tanpa menggunakan alat bantu pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantu pendengaran. Kurang upaya

Pendaftaran Orang Kurang Upaya

Embed Size (px)

Citation preview

Pendaftaran Orang Kurang Upaya 1.Pengenalan

o • Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU) dibuat secara sukarela di seluruh negara. Agensi yang terlibat dalam pendaftaran adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Pendaftaran OKU hendaklah dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian.

2.Objektif Pendaftaran OKUo • Untuk mengetahui bilangan, taburan dan kategori

OKU di negara ini bagi maksud merancang program berkaitan dengan pencegahan, pendidikan, habilitasi dan rehabilitasi, latihan serta perkhidmatan.

o • Untuk merancang penyediaan kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan OKU.

o • Untuk membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang bersesuaian menurut keperluan berdasarkan tahap kefungsian / ketidakupayaan mereka.

3.Definisi OKUo • Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008:-

• 'Orang Kurang Upaya' termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual, atau deria yangapabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh danberkesan mereka dalam masyarakat.

4.Kategori OKU

i. Pendengaran

Kurang Upaya Pendengaran bermaksud tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua telinga tanpa menggunakan alat bantu pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantu pendengaran. Kurang upaya

pendengaran boleh dibahagi kepada empat tahap, iaitu :-

• Minimum 15 - < 30dB (kanak-kanak) • 20 - < 30dB (orang dewasa) • Sederhana 30 - < 60dB • Teruk (severe) 60 - < 90dB • Sangat teruk (profound) ≥ 90dB

ii. Penglihatan

Kurang Upaya Penglihatan bermaksud buta kedua-dua belah mata ATAU buta di sebelah mata ATAU penglihatan terhad di kedua-dua belah mata ATAU lain lain gangguan penglihatan kekal. Kurang upayapenglihatan boleh dibahagi kepada:-

• Terhad bermaksud penglihatan lebih teruk dari 6/18 tetapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan atau medan penglihatankurang dari 20 darjah dari fixation.

• Buta bermaksud penglihatan kurang daripada 3/60 atau medan penglihatan kurang dari 10 darjah dari fixation.

** Kurang daripada 3/60 ialah Counting Fingers (CF), Hand Movement(HM), Perception of Light (PL) dan No-Perception Light (NPL).

Lain-lain gangguan penglihatan kekal (hanya boleh disahkan oleh Pakar Oftalmologi)

iii. Pertuturan

Kurang Upaya Pertuturan bermaksud tidak boleh bertutur sehingga menyebabkan gangguan berkomunikasi dengan sempurna dan tidak boleh difahami oleh mereka yang berinteraksi dengannya. Keadaan ini adalah kekal atau tidak akan sembuh. Bagi kanak-kanak mestilah berdasarkan penilaian

pada umur lima tahun ke atas. Sekiranya ada kemusykilan, Pakar Otorinolaringologi hendaklah dirujuk.

iv. Fizikal

Kurang Upaya Fizikal bermaksud ketidakupayaan kekal anggota badan sama ada disebabkan oleh kehilangan ATAU ketiadaan ATAU ketidakupayaan mana-mana anggota badan yang boleh menjejaskan fungsi mereka dalam melakukan aktiviti asas sepenuhnya. Aktiviti asas yang dimaksudkan ialah seperti penjagaan diri, pergerakan dan penukaran posisi tubuh badan. Keadaan ini boleh terjadi akibat daripada kecederaan (trauma) atau penyakit pada mana-mana sistem saraf, kardiovaskular, respiratori, hematologi, imunologi, urologi, hepatobiliari, muskuloskeletal, ginekologi dan lain-lain yang menyebabkan ketidakfungsian. Contohpenyebab ketidakupayaan ini adalah:

a. Limb defects (congenital/acquired), termasuk kehilangan ibu jari tangan

b. Spinal Cord Injuryc. Stroked. Traumatic Brain Injurye. Kerdil (Achondroplasia) iaitu ≤ 142cm bagi

lelaki dan ≤ 138cm bagi wanitaf. Cerebral Palsy

Nota:Individu yang mengalami keadaan kekurangan (impairment) tanpa menjejaskan fungsi, contohnya kehilangan jari, mempunyai lebih jari (polydactyly) dan tidak ada atau tidak sempurna cuping telinga tidak dipertimbangkan bagi tujuan pendaftaran.

v. Masalah Pembelajaran

Masalah Pembelajaran bermaksud masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikalnya.Mereka yang tergolong dalam kategori ini ialah Lewat Perkembangan Global, Sindrom Down dan kurangupaya intelektual. Kategori ini juga merangkumi keadaan yang menjejaskan kemampuan pembelajaran individu seperti autisme (autistic spectrum disorder), Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik seperti (dyslexia, dyscalculia dan dysgraphia).

vi. Mental

Kurang Upaya Mental merujuk kepada keadaan penyakit mental yang teruk menyebabkan seseorang itu tidak berupaya berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat.

Di antara jenis-jenis penyakit mental tersebut ialah Organic Mental Disorder yang serius dan kronik, Skizofrenia, Paranoid, Mood Disorder (depression, bipolar) dan other Psychotic Disorderseperti Schizoaffective Disorder dan Persistent Delusional Disorders.

Nota:

a. Klien mestilah telah menjalani rawatan psikiatri sekurangkurangnya dua tahun.

b. Pakar Psikiatri akan menentukan tahap kefungsian sosial, kognitif dan kawalan tingkah laku pesakit terjejas dengan ketara atau teruk sebelum beliau dipertimbangkan bagi tujuan pendaftaran OKU.

vii. Pelbagai(Multiple Disabilities)

Kurang Upaya Pelbagai (Multiple Disabilities) bermaksud mempunyai lebih daripada satu jenis

ketidakupayaan dan secara umumnya tidak sesuai diklasifikasikan dalam kategori I hingga VI.

5.Kad OKU

o • KAD OKU adalah suatu tanda pengenalan diri yang dikeluarkan kepada orang kurang upaya yang berdaftar dengan Jabatan bagi memudahkan mekeka berurusan dengan pihak-pihak yang berkenaan.

6.Borang pendaftaran OKU

Borang Permohonan Pendaftaran Orang Kurang Upaya

Sila kliksini

7. Permohonan Pendaftarano • Permohonan boleh dibuat di mana-mana Pejabat

Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian;o • Menggunakan borang tersebut di atas; dano • Menyertakan 1 keping gambar ukuran passport dan

dokumen sokongan seperti Sijil Kelahiran/MyKid/MyKad

8. Syarat-syarat pendaftarano • Warganegara yang bermastautin di Malaysiao • Telah disahkan / diperakui oleh Pegawai

Perubatan Hospital Kerajaan / Pakar Psikiatri atauPakar Perubatan Swasta.

9. Penukaran Kad Penukarano • Penukaran kad OKU boleh dilakukan di mana-mana

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian disebabkan :

• Kad OKU hilang; • Kad OKU rosak; • Mencapai umur 18 tahun; dan • Perubahan kategori ketidakupayaan

http://www.jkm.gov.my/content.php?pagename=pendaftaran_orang_kurang_upaya&lang=bm

Perkhidmatan Institusi Menyediakan perkhidmatan jagaan, pemulihan, latihan serta peluan pekerjaan kepada orang kurang upaya. Terdapat 11 buahinstitusi orang kurang upaya seperti di bawah:-

INSTITUSI BILANGANTaman Sinar Harapan 7Bengkel Terlindung 2Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi 1

Pusat Harian Bukit Tunku 1JUMLAH 11

Taman Sinar harapan(TSH)

i. Pengenalan TSH Taman Sinar Harapan merupakan institusi yang dikhaskan untuk orang kurang upaya masalah pembelajaran yang memerlukan penjagaan, latihan, pemulihan dan perlindungan. Terdapat 7 buah Taman Sinar Harapan yang beroperasi di Malaysia..  

ii. Objektif o  o • Memberi jagaan, perlindungan dan pemulihan

kepada orang kurang upaya bermasalah pembelajaran yang terbiar, yatim piatu, tidak mempunyai penjagadan yang memerlukan latihan pemulihan.

o • Memberi latihan pengurusan diri atau latihan aktiviti kehidupan seharian supaya mereka ini dapat melakukan sendiri tanpa bantuan dari orang lain.

o • Memberi latihan pra-vokasional supaya mereka boleh hidup berdikari.

o • Memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksiatau bergaul dengan kawan-kawan, masyarakat atau orang lain melalui aktiviti-aktiviti sosial dan sebagainya.

o • Memberi latihan kemahiran sosial dan mendapatkankerjasama dari badan-badan sukarela bagi tujuan integrasi dengan masyarakat.

Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (PLPP)

i. Pengenalan PLPP o Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi

adalah sebuah institusi di bawah Jabatan KebajikanMasyarakat yang memberikan perkhidmatan kepada orang kurang upaya anggota (OKU) melalui latihan vokasional serta pemulihan perubatan.

ii. Objektif o • Memberikan perkhidmatan yang komprehensif kepada

OKU anggota untuk mendapatkan latihan vokasional dan pemulihan perubatan.

o • Mengembalikan kemahiran yang telah hilang akibatkemalangan bagi meningkatkan kemampuan mereka bekerja dan berdikari.

o • Mengambil langkah awal untuk pemulihan bagi mengelakkan kurang upaya menjadi bertambah teruk.

o • Menyediakan tempat perkhidmatan sebagai rujukan dan sumber latihan penuntut perubatan, jurupulih, juruteknik prostetik dan ortotik serta lain-lain kakitangan yang memerlukan.

o • Menjadi tempat rujukan untuk menjalankan kajian berkaitan OKU.

Bengkel Terlindung (BT)

i. pengenalan BT o Bengkel Terlindung telah ditubuhkan mengikut

Kaedah-Kaedah Worksyop Terlindung 1979. Bengkel terlindung ini dikhaskan untuk Orang Kurang Upaya yang tidak berdaya saing untuk mendapat pekerjaan di pasaran terbuka. Institusi berkenaan adalah seperti berikut:-

• Bengkel Daya Klang • Bengkel Daya Sungai Petani

ii. Objektif o • Mewujudkan peluang pekerjaan kepada orang kurang

upaya.o • Mempertingkatkan tahap keupayaan, kebolehan,

pengetahuan dan kemahiran warga kurang upaya.o • Memberi sumber pendapatan kepada warga kurang

upaya.

Pusat Harian Bukit Tunku

i. i. Pengenalan o Pusat Harian ini telah dibuka dengan rasminya pada

6 Jun 1989 oleh Y.B. Datuk Mustaffa bin Mohamad, Menteri Kebajikan Masyarakat Malaysia. Menerima kemasukan kes-kes pesakit jiwa yang telah menjalani rawatan perubatan di Hospital Permai di Johor Bahru, Hospital Bahgia di Tanjung Rambutan,

Hospital Besar di Kuala Lumpur bagi menjalani rawatan pemulihan yang disediakan di Pusat Harian Bukit Tunku supaya pesakit-pesakit ini dapat diserapkan lebih awal ke dalam masyarakat.

ii. Objektif o • Untuk membantu mengembalikan keupayaan atau

kebolehan yang boleh menolong mereka untuk hidup lebih bebas di dalam masyakat.

o • Untuk menyedari keupayaan dan kebolehan seseorang pesakit jiwa dan memupuk keupayaan atau kebolehan tersebut.

o • Untuk mempertingkatkan tanggungjawab pesakit jiwa terhadap dirinya dan juga terhadap orang lain.

o • Untuk membimbing pesakit jiwa mengenai penyesuaian dalam kehidupan harian mereka.

http://www.jkm.gov.my/content.php?pagename=perkhidmatan_institusi&lang=bm

Dasar dan Pelan Tindakan OKU Dasar OKU dan pelan Pelan Tindakan OKU diluluskan pada 21 November 2007. Dasar OKU akan menjadikan asas kesaksamaan hak dan peluang kepada OKU bagi penyertaan penuh dalam masyarakat. Dasar OKU akan menyokong dan melengkapi matlamatdasar-dasar lain yang sedia ada untuk mengangkat maruah martabat golongan OKU supaya turut sama terlibat dan menyumbang kepada pembangunan negara.

Dasar OKU mengariskan 28 strategi yang merangkumi 15 bidang iaitu:

• Advokasi • Aksesibiliti • Kesihatan • Pemulihan • Pendidikan

• Pekerjaan • Keselamatan diri dan sosial • Perkhidmatan sokongan • Sosial • Pembangunan Sumber Manusia • Perumahan • Kanak-kanak OKU • Wanita OKU

http://www.jkm.gov.my/content.php?pagename=dasar_dan_pelan_tindakan_oku&lang=bm

Perkhidmatan Kaunseling dan Khidmat Nasihat Bagi orang kurang upaya atau keluarga mereka yang menghadapimasalah dari segi emosi , keyakinan diri dan sebagainya ataumemerlukan maklumat berkaitan jenis-jenis perkhidmatan yang diperlukan, bolehlah mendapatkan khidmat tersebut daripada Pegawai / Pembantu Kebajikan Masyarakat yang berkelayakan

atau kaunselor di Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri masing-masing.

Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Pengenalan

Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau "Community-BasedRehabilitation" (CBR) telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyedian manual dan seterusnya diberi peluang menilaidan mengubahsuai pelaksanaan program ini.

Pada tahun 1984, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan Projek Perintis PDK di Mukim BatuRakit, Kuala Terengganu untuk melibatkan 55 orang kurang upaya (OKU).

Program PDK ini berkembang dengan pesatnya serta mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari masyarakat dari masa ke semasa.

Objektif

1. Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab masyarakat tempatan dalam program pemulihan orang kurang upaya (OKU).

2. Mengembleng sumber tempatan untuk pemulihan sumber tempatan untuk pemulihan OKU.

3. Menggalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yangditerima, murah, efektif dan sesuai dengan keaadaan setempat.

4. Menggunakan infrastruktur organisasi tempatan yang sedia ada untuk memberi perkhidmatan.

5. Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkannyauntuk diperluaskan perkhidmatan yang menyeluruh mengikut keperluan OKU

Program PDK Berteraskan Kepada 3 Model

• Home Based. • Centre Based. • Centre-Home Based.

Aktiviti PDK

• Kemahiran motor kasar. • Kemahiran motor halus. • Perkembangan sosial. • Perkembangan bahasa. • Pengurusan diri sendiri. • Pra-menulis, membaca, mengira dan melukis. • Kreativiti - permainan, rekreasi dan lain-lain. • Latihan Vokasional. • Terapi muzik. • Sukan dan rekreasi.

Konsep PDK 'One Stop Centre'

PDK "One Stop Centre'' sebagai "Focal Point'' kerana ianya satu program yang menggunakan pendekatan integrasi komuniti di setiap daerah dan negeri.

Melalui PDK "One Stop Centre'', perkhidmatan kepada OKU akandisediakan di satu tempat bagi memudahkan mereka dan masyarakat setempat mendapatkan maklumat, khidmat nasihat dan keperluan semasa serta latihan yang bersesuaian.

Peranan PDK "One Stop Centre":

• Pusat Intervensi Awal OKU. • Pusat Sumber maklumat OKU. • usat Rujukan OKU. • Pusat Pendaftaran OKU.

• Pusat Advokasi.

Majlis Kebangsaan Bagi OKU KEANGGOTAAN MAJLIS KEBANGSAAN BAGI ORANG KURANG UPAYA

 

Keanggotaan Majlis Kebangsaan Bgi Orang Kurang Upaya

Keanggotaan Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya adalahseramai 20 orang yang terdiri daripada agensi Kerajaan dan individu yang berikut:-

1. Pengerusi

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

YB. Datuk Rohani Abdul Karim

 

2. Timbalan Pengerusi

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

YBhg. Dato' Sri Dr. Noorul Ainur Mohd Nur

 

3. Setiausaha

Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat

YBhg. Dato’ Norani Hj. Mohd Hashim

 

4. Peguam Negara Malaysia

YBhg. Tan Sri Abdul Gani bin Patail

 

5. Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan

YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar bin Abdullah

 

6. Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan

YBhg. Datuk Seri Long See Wool

 

7. Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia

YBhg. Dato' Seri Zainal Rahim bin Seman

 

8. Ketua Pengarah Pendidikan

YBhg. Tan Sri Abd. Ghafar b. Mahmud

 

9. Ketua Pengarah Kesihatan

YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah

 

 

Individu

1. YBhg. Dr. Wong Huey Siew2. YBhg. Profesor Dr. Ruzita binti Mohd Amin

3. YBhg. Profesor Madya Dr. Andrew Mohanraj Chandrasekaran4. YBhg. Dr. Haron bin Jaffar5. YBhg. Dr. Hasnah Toran6. Puan Bathmavathi a/p K. Krishnan7. En. Nazmi bin Kamarulzaman8. En. Razani bin Ramli9. En. Francis Johen Anak Adam10. Puan Poh Kim Pheng

 

 

LATAR BELAKANG DAN FUNGSI MAJLIS KEBANGSAAN BAGI OKU

 

Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya telah ditubuhkan pada bulan Julai 2008, sebagaimana peruntukan di bawah Seksyen 3, Akta Orang Kurang Upaya 2008. Majlis ini dipengerusikan oleh YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

 

Enam Jawatankuasa telah ditubuhkan untuk membantu Majlis dalam memainkan peranan dan fungsinya dalam membangunkan Orang Kurang Upaya (OKU) di negara ini. Jawatankuasa tersebut adalah seperti berikut:

 

1. Jawatankuasa Reka Bentuk Sejagat Dan Alam Bina

Pengerusi:    Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

2. Jawatankuasa Pengangkutan

Pengerusi :   Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan

3. Jawatankuasa Quality Life Care

Pengerusi :   Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan

4. Jawatankuasa Pendidikan

Pengerusi :   Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

5. Jawatankuasa Pekerjaan

Pengerusi :   Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia

6. Jawatankuasa Pendaftaran Orang Kurang Upaya

Pengerusi:    Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

 

 

 

FUNGSI MAJLIS KEBANGSAAN BAGI ORANG KURANG UPAYA

 

Fungsi-fungsi Majlis antaranya adalah seperti berikut:-

a. Untuk menyelia pelaksanaan dasar negara dan pelan tindakan negara yang berhubungan dengan orang kurang upaya;

 

b. Untuk membuat syor kepada Kerajaan mengenai semua aspek orang kurang upaya termasuk perkara-perkara yang berhubungandengan sokongan, penjagaan, perlindungan, rehabilitasi, pembangunan dan kesejahteraan orang kurang upaya;

 

c. Untuk menyelaras dan memantau pelaksanaan dasar negara dan pelan tindakan negara yang berhubungan dengan orang kurang upaya dengan kementerian, agensi, badan atau pertubuhan kerajaan dan sektor swasta yang berkatian;

 

d. Untuk memantau dan menilai kesan dasar, program dan aktiviti yang dirancang untuk mencapai penyertaan penuh dan berkesan kurang upaya dan dalam berbuat demikian boleh membuat apa-apa perkiraan dengan kementerian, agensi, badan atau pertubuhan kerajaan dan sektor swasta yang berkaitan sebagaimana yang difikirkan perlu;

 

e. Untuk mengkaji semula aktiviti semua kementerian, agensi,badan atau pertubuhan kerajaan dan sektor swasta yang terlibat dalam pelaksanaan dasar negara dan pelan tindakan negara yang berhubungan dengan orang kurang upaya;

 

f. Untuk mengesyorkan kepada Kerajaan perubahan kepada undang-undang sedia ada dan juga untuk mencadangkan undang-undang baru bagi menjamin penyertaan penuh dan berkesan orang kurang upaya dalam masyarakat, termasuk untuk memudahkan kebolehaksesan;

 

g. Untuk membangunkan program dan strategi yang bertujuan untuk mendidik masyarakat dan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat, termasuk pada peringkat keluarga,berhubung dengan orang kurang upaya termasuk keupayaan dan sumbangan mereka bagi menggalakkan tanggapan positif dan kesedaran sosial yang tinggi serta memupuk rasa hormat kepada hak dan maruah orang kurang upaya;

 

h. Untuk menerima pakai langkah yang berkesan dan sesuai bagi menggalakkan pengiktirafan kemahiran, merit dan kebolehan orang kurang upaya, dan sumbangan mereka di tempatkerja dan pasaran buruh;

 

i. Untuk memupuk sikap menghormati hak orang kurang upaya pada semua peringkat sistem pendidikan, termasuk pada peringkat awal kanak-kanak;

 

j. Untuk menasihati Kerajaan mengenai isu ketidakupayaan termasuk perkembangan di peringkat antarabangsa;

 

k. Untuk mengumpul dan mengumpul semak data dan maklumat, dan menjalankan serta menggalakkan penyelidikan yang berhubungan dengan orang kurang upaya;

 

l. Untuk menggalakkan pembangunan latihan awal dan berterusan bagi golongan profesional dan kakitangan yang bekerja dalam perkhidmatan habilitasi dan rehabilitasi;

 

m. Untuk menggalakkan peluang pekerjaan dan peningkatan kerjaya bagi orang kurang upaya dalam pasaran buruh, dan juga bantuan dalam mencari atau mendapatkan pekerjaan atas asas keserataan dengan orang upaya; dan

 

n. Untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri bagi pelaksanaan sewajarnya Akta ini.

Job Coach

Jabatan Kebajikan Masyarakat telah bekerjasama dengan Japan International Cooperation Agency (JICA) dalam mengambil inisiatif dan pendekatan baru dalam pembangunan Orang KurangUpaya (OKU) iaitu Independent Living (IL), Job Coach dan Disability Equality Training (DET) bermula sejak tahun 2005 sehingga 2008 dibawah Project Capacity Building on Social Welfare Services for PWD’s in Malaysia. Pihak JICA berbesar hati untuk meneruskan dengan projek Fasa 2 mulai tahun 2009 sehingga 2012 bagi Project For The Social Participation, Inclusion In The Community, And Empowerment Of Persons With Disabilities In Malaysia. Projek ini diketuai oleh Dr Kenji Kuno dan dibantu oleh Puan Terumi Shikata yang mempunyai banyak pengetahuan mengenai OKU di Malaysia.

Job Coach berperanan untuk membantu OKU dan majikan dalam membuat penyesuaian kepada persekitaran kerja dan bidang kerja, mengambil kira keupayaan OKU supaya OKU dapat bekerjadalam keadaaan selesa dan produktif. Selain daripada itu, peranan Job Coach adalah untuk mewujudkan hubungan saling memahami antara pekerja OKU dengan majikan dan rakan-rakan sekerja agar mereka dapat membantu OKU bekerja secara berterusan di samping meningkatkan kualiti perkhidmatan.

OBJEKTIF LATIHAN JOB COACH

1. Job Coach adalah khusus “One to One Training” untuk melatih warga Orang Kurang Upaya (OKU) dalam aspek “Persediaan sebelum mendapat pekerjaan (Penilaian dan Penyesuaian Pekerjaan atau “Job Matching)” dan “Bantuanselepas mendapat pekerjaan” melalui “On the Job Training”

2. Job Coach diperkenalkan untuk menyediakan OKU supaya dapat bekerja dalam masyarakat atau “open employment” dan menikmati “sustainable employment”

Program Independent Living (IL)

Menurut Adolf Ratzka, “Independent Living is a philosophy and a movement of people with disabilities who work for self-determination, equal opportunities and self-respect”. Dengan kata lain, IL merupakan satukonsep atau pandangan yang memberi penekanan terhadap kebebasan OKU dalam membuat keputusan, menentukan hala tuju atau matlamat hidup dan mempunyai tanggungjawab sepenuhnya ke atas diri sendiri dalam pelbagai aspek kehidupan. Ia jugabertujuan untuk memberi penghormatan kepada OKU yang merupakan sebahagian daripada sistem yang membentuk sesebuahmasyarakat serta mempunyai hak dan keperluan yang perlu dipenuhi dalam melangsungkan kehidupan mereka.

Di Malaysia, IL telah diperkenalkan menerusi Projek Menyokong Penyertaan Orang Kurang Upaya (OKU) yang dilaksanakan secara kerjasama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) dan Japan International Cooperation Agency (JICA) pada tahun 2005-2008. Menerusi Projek ini beberapa siri kursus IL telah dijalankan di Jepundan Malaysia. Peserta-peserta kursus tersebut, telah melaksanakan dan memperluaskan program dengan menganjurkan seminar dan kempen IL di sekitar Kuala Lumpur dan Teluk Intan.

Pusat IL pertama di Malaysia “Society of Independent Living for The Disabled Selangor” telah ditubuhkan pada 6 Februari 2008 di Petaling Jaya yang diasaskan oleh Beautiful Gate Foundation dengan peruntukan geran daripada JKM.

Falsafah IL

i. OKU sepatutnya tinggal di dalam masyarakat bukannya di intitusi;

ii. OKU bukan pesakit yang mesti dirawat, kanak-kanak yang diberi perlindungan ataupun Tuhan untuk disembah;

iii. OKU lebih arif mengenai bantuan serta keperluan yang diperlukan dan dapat menguruskanya dengan sendiri;

iv. OKU adalah mangsa diskriminasi bukannya mangsa ketidakupayaan mereka.

Disability Equality Training (DET) Disability Equality Trainning [DET] merupakan komponen yang terkandung di dalam Fasa Kedua Projek Menyokong Penyertaan Orang Kurang Upaya (OKU) yang dilaksanakan secara kerjasama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) dan Japan International Cooperation Agency (JICA) 2009-2012. Pelaksanaan program ini telah memberi kesan yang positif terhadap pembangunan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia terutamanya dari aspek aksesibiliti dan persepsi orang ramaiterhadap OKU.

DET ialah satu proses penyertaan untuk mempelajari tentang ketidakupayaan (disability) dari perspektif Model Sosial. DET adalah kursus yang direkacipta dan disampaikan atau diterjemahkan sendiri oleh warga OKU yang mempunyai pengalaman didiskriminasi.

DET juga bertujuan untuk mempromosikan pemahaman tentang disability untuk membantu para peserta:-

1. Memahami punca dan mekanisme yang menyebabkan ketidakupayaan itu berlaku seperti pengasingan sosial, halangan penyertaan, diskriminasi dan sebagainya;

2. Menjadi agen perubahan untuk melahirkan masyarakat terangkum dengan tindakan proaktif.

JKM dengan kerjasama JICA telah melatih seramai 37 OKU di Malaysia dan 4 daripadanya Pegawai JKM sebagai jurulatih DET.

Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Pengenalan

Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau "Community-BasedRehabilitation" (CBR) telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyedian manual dan seterusnya diberi peluang menilaidan mengubahsuai pelaksanaan program ini.

Pada tahun 1984, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan Projek Perintis PDK di Mukim BatuRakit, Kuala Terengganu untuk melibatkan 55 orang kurang upaya (OKU).

Program PDK ini berkembang dengan pesatnya serta mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari masyarakat dari masa ke semasa.

Objektif

1. Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab masyarakat tempatan dalam program pemulihan orang kurang upaya (OKU).

2. Mengembleng sumber tempatan untuk pemulihan sumber tempatan untuk pemulihan OKU.

3. Menggalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yangditerima, murah, efektif dan sesuai dengan keaadaan setempat.

4. Menggunakan infrastruktur organisasi tempatan yang sedia ada untuk memberi perkhidmatan.

5. Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkannyauntuk diperluaskan perkhidmatan yang menyeluruh mengikut keperluan OKU

Program PDK Berteraskan Kepada 3 Model

• Home Based. • Centre Based. • Centre-Home Based.

Aktiviti PDK

• Kemahiran motor kasar. • Kemahiran motor halus. • Perkembangan sosial. • Perkembangan bahasa. • Pengurusan diri sendiri. • Pra-menulis, membaca, mengira dan melukis. • Kreativiti - permainan, rekreasi dan lain-lain. • Latihan Vokasional. • Terapi muzik. • Sukan dan rekreasi.

Konsep PDK 'One Stop Centre'

PDK "One Stop Centre'' sebagai "Focal Point'' kerana ianya satu program yang menggunakan pendekatan integrasi komuniti di setiap daerah dan negeri.

Melalui PDK "One Stop Centre'', perkhidmatan kepada OKU akandisediakan di satu tempat bagi memudahkan mereka dan masyarakat setempat mendapatkan maklumat, khidmat nasihat dan keperluan semasa serta latihan yang bersesuaian.

Peranan PDK "One Stop Centre":

• Pusat Intervensi Awal OKU. • Pusat Sumber maklumat OKU. • usat Rujukan OKU. • Pusat Pendaftaran OKU. • Pusat Advokasi.

ABATAN KEBAJIKAN SOSIAL DAN MASYARAKAT

Perbincangan tentang perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Sosial dan Masyarakat(JKM) di Malaysia.

Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, Malaysia

Lihat profil lengkap saya

Khamis, 19 Ogos 2010Orang Kurang Upaya (OKU)

OKU adalah seseorang yang ketidakupayaan jangka masa panjang darisegi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera yang apabila berhadapandengan pelbagai halangan mungkin tidak dapat melibatkan diri sepenuhnyadan secara efektif dalam masyarakat. Pembangunan Orang Kurang UpayaJabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpurmengadakan Akta Orang Kurang Upaya 2008. Pendekatan berasaskan hakatau right- based dan perlindungan wajar digunakan bagi menjamin‘ ’kepentingan dan kesejahteraan OKU. Akta ini memperuntukan perihalberkaitan pendaftaran, perlindungan, pemulihan, pembangunan dankesejahteraan OKU.            

Dasar Orang Kurang Upaya

           Dasar OKU menjadi asas kesaksamaan hak dan peluang kepadaOKU bagi penyertaan penuh dalam masyarakat. Dasar ini turutmengutamakan nilai hak kemanusian bagi membolehkan mereka hidupberdikari. Menghapuskan diskriminasi terhadap seseorang atas sebabketidakupayaannya. Mendidik dan meningkatkan kesedaraan masyarakatmengenai hak OKU. Strategi di bawah Dasar OKU terbahagi kepada 15bidang seperti berikut:

1.      

1.      Advokasi

         Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalanganmasyarakat terhadap OKU menerusi Program yang berkesan.

2.      Aksesibiliti

         Memastikan penyediaan persekitaran bebas halangan (barrier-free)termasuk    kemudahan di dalam dan luar bangunan, tempat kerja, kawasanperumahan serta ruang awam.

         Meningkatkan penyediaan kemudahan pengangkutan awam yang mersaOKU.

         Menggalakkan penyediaan kemudahan serta akses kepada teknologimaklumat dan  komunikasi (ICT).

3.      Kesihatan

         Meningkatkan perkhidmatan kesihatan termasuk program pencegahan,pengesanan dan intervensi awal (primary care)

         Meningkatkan perkhidmatan perubatan yang berkualiti kepada OKU(secondary and tertiary care)

4.      Pemulihan

         Meningkatkan keberkesanan serta memperluaskan program pemulihansedia ada bagi OKU.

         Mewujudkan program pemulihan baru bagi OKU selaras denganperkembangan semasa.

5.      Pendidikan

         Meningkatkan akses OKU kepada pendidikan di semua peringkat,termasuk pendidikan sepanjang hayat.

6.      Pekerjaan

         Membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan memggalakkan pengajianOKU dalam semua sektor pekerjaan.

         Menggalakkan OKU bekerja sendiri (self- employed) dan berdikari.

7.      Keselamatan Diri dan Perlindungan Sosial

         Melindungi OKU dari segala bentuk eksploitasi, keganasan dan penderaan.

         Memantapkan perkhidmatan dan kemudahan kepada OKU yang layak danberkeperluan.

8.      Perkhidmatan Sokongan

         Memantapkan mekanisme perkhidmatan sokongan yang bersesuaiandengan keperluan OKU.

         Mengalakkan penghasilan dan penjualan alat-alat tiruan dan sokonganOKU yang mampu milik.

9.      Sosial

         Meningkatan kemudahan dan menggalakan penyertaan OKU dalam aktivitisosial.

10.  Pembangunan Sumber Manusia

         Membangunkan kapasiti dan menyediakan sumber manusia terlatih sertamencukupi yang memberi perkhidmatan kepada OKU.

         Membangunkan keupayaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yangmewakili kepentingan OKU.

         Meningkatkan penyertaan OKU dalam proses perancangan dan membuatkeputusan.

11.  Penglibatan Masyarakat

         Menggalakkan penglibatan sukarelawan dalam program OKU.

         Menjalin dan memperkukuhkan rangkaian kerjasama multisektordanmultidisiplin.

         Menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam menunaikantanggungjawab sosial korporat.

12.  Penyelidikan dan Pembangunan

         Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan mengenai OKU sertamenyebar luas hasil penyelidikan untuk tindakan penambahbaikan.

         Memantapkan mekanisme penyelarasan pelaksanaan, pemantauan danpenilaian program-program OKU.

13.  Perumahan

         Menggalakkan reka bentuk universal dalam pembinaan rumah dankawasan persekitaran.

         Membuka peluang kepada OKU untuk memiliki rumah.

14.  Kanak-kanak OKU

         Mengutamakan kepentingan terbaik (best interest) untuk wanita kurangupaya dalam setiap program perkembangan, kemajuan dan pemerkasaangolongan OKU.

15.  Wanita OKU

         Mengutamakan kepentingan terbaik (best interest) untuk wanita kurangupaya dalam setiap program perkembangan, kemajuan dan pemerkasaangolongan OKU.

Kemudahan Pendidikan Dan Aktiviti Harian 

               Jabatan Kebajikan Masyarakat mengecualikan bayaranpendaftaran kemasukan pelajar kurang upaya. Jabatan Kebajikan Masyarakattelah memainkan peranan dalam menggalakkan pelbagai kemudahan bagimembolehkan OKU bergerak bebas. Kod Amalan Akses Bagi Orang Kurang“Upaya Ke bangunan Awam dirangka bagi menwajibkan bangunan baru”mempunyai kemudahan akses kepada OKU. Antaranya termasuklah laluanyang bersesuaian dengan kerusi roda, lif khas dengan reka bentuk yangsesuai, tempat letak kereta, tandas khas dan sebagainya.

Kemudahan Alat Ganti Orang Kurang Upaya

             Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan pelbagai programuntuk menjaga, membantu dan menyediakan kemudahan untukmembolehkan OKU menjalani yang normal kehidupan. Mengadakan bantuanalat tiruan seperti anggota tiruan, tongkat, kaki palsu, tangan palsu, kalipers,kerusi roda , alat pendengaran, cermin mata khas dan alat-alat lain diberisupaya OKU yang miskin dan berkeperluan dapat bergerak sertamemudahkan mereka mendapatkan pekerjaan. Usaha telah diambil untukmenyediakan lebih banyak kemudahan mesra orang kurang upaya sepertikemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan kemudahan bebasdari halangan.

Kemudahan Elaun Pekerja Kurang Upaya

Di samping itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat juga mengadakan ElaunPekerja Cacat (EPC). Elaun insentif kepada OKU yang bekerja danberpendapatan kurang daripada RM750 sebulan bagi individu untukmenggalakkan mereka berminat bekerja. Skim ini bertujuan menggalakkanOKU berdikari dan penyenggaraan pendapatan dapat memenuhi keperluanasas kehidupan OKU dan  tanpa bergantung kepada ahli keluarga atau oranglain. OKU yang bekerja, hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yangproduktif  dan untuk meningkatkan taraf hidup OKU di dalam masyarakat.

Kemudahan-kemudahan lain                       

                                                                                

           Jabatan Kebajikan Masyarakat juga menyediakan faedah sepertipemeriksaan kesihatan, pemberian ubat dan kemudahan wad di hospitalkerajaan secara percuma, potongan tambang perjalanan, pengecualian cukaijalan, dokumen perjalanan percuma, tambahan pelepasan cukai pendapatan,potongan duti eksais bagi pembelian kenderaan nasional dan potongan hargabagi pembelian rumah kos rendah. Latihan pemulihan seperti latihan pravokasional, kelas akademik tidak formal, pendidikan agama, rekreasi danaktiviti luar diberikan kepada individu OKU kategori terencat akal sehinggake tahap sempurna mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing.Perlindungan dan jagaan diberi kepada OKU yang mengalami kecacatan yangteruk.

http://bm-tugasan.blogspot.com/2010/08/orang-k-u-rang-upaya-oku-oku-adalah.html

RENCANA UTAMAMelindungi hak orang cacat

Oleh ZULKIPLE IBRAHIM

Walaupun Akta Orang Kurang Upaya berkuatkuasa pada Julai tahun lalu, namun undang-undang ini belum dapat mencerminkan sama ada ia efektif untuk melindungi hak OKU di negara ini.

PARKIR khas untuk golongan OKU kerap disalahgunkan. - Gambar hiasan

SEBUAH akhbar baru-baru ini melaporkan pengalaman seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang menggunakan kerusi roda ketikaberkunjung ke sebuah bank di Subang Jaya, Selangor.

Menurut laporan itu, OKU berkenaan terpaksa menunggu selama 45 minit di luar bank sebelum mendapat bantuan kerana tiada kemudahan bagi orang berkerusi roda untuk memasuki premis itu.

"Tak payah pergi bank...lah, minta saja isteri tolong," kataseorang rakan kepada penulis bila diceritakan kepadanya mengenai insiden itu.

"Sejauh mana berkesannya Akta Orang Kurang Upaya 2008?" tanya seorang pendidik, Fatimah Mansur.

Baginya, walaupun Akta Orang Kurang Upaya berkuat kuasa padaJulai tahun lalu, namun undang-undang ini belum dapat mencerminkan sama ada ia efektif untuk melindungi hak OKU dinegara ini.

Kata Fatimah lagi: "Adakah adil bagi orang kurang upaya bilatempat letak kereta yang dikhaskan untuk mereka disalahguna.Adakah ini sikap lepas tangan orang ramai?"

Tinjauan di beberapa tempat awam mendapati pandangan pendidik itu benar.

Di kawasan Rehat dan Rawat Lebuh RayaUtara-Selatan di Sungai Buloh, Selangor, terdapat tiga petak letak kereta untuk kereta OKU tetapi selalunya disalahguna dan dipenuhi oleh motosikal dan kenderaan lain.

Keadaan yang sama juga kerap berlaku di beberapa kompleks membeli-belah diibu kota yang mana petak letak keretauntuk OKU dipenuhi dengan kenderaan mereka yang tidak cacat.

Layanan kelas pertamaSEORANG OKU, Mohamed Shaffuan AlFarouqi Md. Ali hampir kehilangan

RM5,000 gara-gara kekurangankemudahan untuk OKU melakukantransaksi di sebuah bank di

Petaling Jaya.

Masih dibelenggu oleh pengalaman yang sama dalam satu kejadian pada tahun 2006, penulis yang memakai kaki palsu teragak-agak ketika mahu masuk ke sebuah bank di Petaling Jaya untuk menunaikan urusan perbankan baru-baru ini.

Angka giliran di papan elektronik menunjukkan 5,041 dan penulis sugul bila melihat kertas di tangan menunjukkan gilirannya adalah selepas 60 pelanggan lagi.

Kemudian sesuatu yang menarik berlaku.

"Boleh saya tolong encik?" Seorang pegawai bank tiba-tiba muncul.

Hari itu, merupakan antara hari yang paling menggembirakan bagi penulis kerana layanan istimewa bagi OKU juga diterima di pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, Selangor dan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Shah Alam, Selangor.

Di pejabat KWSP, penulis dijemput ke satu kaunter dan dilayani seorang pegawai. Dengan hanya beberapa minit, permohonan untuk beberapa dokumen penting diselesaikan.

Di pejabat LHDN, penulis menikmati kemudahan 'laluan hijau' dan tanpa perlu mengambil nombor giliran, layanan segera diterima berkenaan dengan permohonan pembayaran balik cukai.

Itulah layanan istimewa yang diterima OKU.

Akta Orang Kurang Upaya

Akta Orang Kurang Upaya mula dikuat kuasa pada 7 Julai 2008.Ia adalah perundangan pertama yang berlandaskan hak bagi OKU.

Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen dilaporkan sebagai berkata, melalui penguatkuasaan undang-undang itu, OKU boleh menikmati kemudahan yang lebih baik dalam pelbagai sektor seperti pengangkutan dan perkhidmatan.

Mereka juga akan mendapat peluang yang sama dalam bidang kesihatan, pelajaran, komunikasi teknologi maklumat serta sukan, riadah dan kebudayaan.

Akta itu memberikan hak untuk pendaftaran, perlindungan, pemulihan, pembangunan serta kebajikan OKU dengan terbentuknya Majlis Kebangsaan Orang Kurang Upaya.

Bagaimanapun, menurut Presiden Majlis Peguam Malaysia, DatukAmbiga Sreenevasan ketika akta itu mula dikuat kuasakan, tiada peruntukan untuk sebarang penalti bagi pihak yang memilih mengingkari apa yang dikehendaki oleh akta berkenaan.

Menurut Ambiga, walaupun akta itu menyatakan OKU berhak untuk mendapatkan kemudahan pengangkutan awam, perumahan, pelajaran, pekerjaan serta penjagaan kesihatan, tiada apa yang boleh dilakukan jika mereka ini didiskriminasi. - Bernama

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0422&pub=kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm