15
PENGENALAN Sejarah mengenai alat-alat perkusi telah lama wujud. Manusia zaman dahulu mengetuk dinding-dinding gua, bongkah- bongkah batu dan kayu berongga secara tidak sengaja dan hasil bunyi dari ketukan dijadikan sebagai isyarat atau suatu bentuk komunikasi bagi maksud tertentu. Cara ketukan atau pola irama yang dimainkan juga digunakan bagi sesuatu upacara adat kelompok kaum berkenaan. Lama kelamaan ianya menjadi tradisi dan kebiasaan sebagai satu bentuk kesenian dan kekal sebagai adat dan seni budaya suku kaum tersebut. Permainan muzik perkusi adalah asas kepada permainan muzik yang lebih besar seperti orkestra .Permainan perkusi memerlukan disiplin yang tinggi semasa persembahan atau semasa latihan. Tanpa disiplin yang tinggi persembahan tidak mungkin berjaya. Bentuk persembahan menyerupai sebuah orkestra sebenar. Pemain berbaris mengikut kumpulan alat. Seorang konduktor akan mengawal persembahan. Seorang pengiring (biasanya guru muzik) akan memainkan melodi dengan piano atau satu instrumen atau menggunakan rakaman audio. Permainan perkusi dimainkan mengikut disiplin orkestra. Setiap alat dikumpulkan dalam satu kumpulan dan akan bermain serentak. Setiap alat perkusi perlu dimainkan mengikut teknik yang betul agar menghasilkan bunyi yang estetik. Murid diasuh

PENGENALAN Sejarah mengenai alat perkusi

Embed Size (px)

Citation preview

PENGENALAN

Sejarah mengenai alat-alat perkusi telah lama wujud.

Manusia zaman dahulu mengetuk dinding-dinding gua, bongkah-

bongkah batu dan kayu berongga secara tidak sengaja dan hasil

bunyi dari ketukan dijadikan sebagai isyarat atau suatu

bentuk komunikasi bagi maksud tertentu. Cara ketukan atau

pola irama yang dimainkan juga digunakan bagi sesuatu upacara

adat kelompok kaum berkenaan. Lama kelamaan ianya menjadi

tradisi dan kebiasaan sebagai satu bentuk kesenian dan kekal

sebagai adat dan seni budaya suku kaum tersebut.

Permainan muzik perkusi adalah asas kepada permainan

muzik yang lebih besar seperti orkestra .Permainan perkusi

memerlukan disiplin yang tinggi semasa persembahan atau

semasa latihan. Tanpa disiplin yang tinggi persembahan tidak

mungkin berjaya. Bentuk persembahan menyerupai sebuah

orkestra sebenar. Pemain berbaris mengikut kumpulan alat.

Seorang konduktor akan mengawal persembahan.

Seorang pengiring (biasanya guru muzik) akan memainkan

melodi dengan piano atau satu instrumen atau menggunakan

rakaman audio. Permainan perkusi dimainkan mengikut disiplin

orkestra. Setiap alat dikumpulkan dalam satu kumpulan dan

akan bermain serentak.

Setiap alat perkusi perlu dimainkan mengikut teknik yang

betul agar menghasilkan bunyi yang estetik. Murid diasuh

untuk mengamalkan teknik yang betul memainkan sesuatu alat

perkusi. Bagi mencapai tujuan itu, guru perlu menunjukkan

cara memegang dan memainkannya mengikut teknik yang standard

agar murid dapat membina biasaan yang baik dari awal lagi.

Kanak-kanak mempunyai keinginan untuk bermain alat muzik

melebihi keinginan untuk belajar muzik. Guru yang akan

mengubah keinginan ini agar murid-murid dapat belajar muzik

dalam erti kata sebenarnya.

Permainan alat perkusi pastinya menjadi aktiviti yang

dinanti-nantikan oleh setiap pelajar. Ia merupakan masa yang

membolehkan pelajar meluahkan perasaannya disamping berhibur.

Alat muzik perkusi tentunya mudah dimainkan dan semua pelajar

dapat mengambil bahagian tanpa kecuali. Di samping itu,

permainan alat perkusi juga membantu membina koordinasi

gerakan anggota badan murid. Dalam permainan alat perkusi

murid berpeluang meneroka kreativiti mereka. Seterusnya

permainan alat perkusi secara ensembel memupuk semangat

kerjasama dan toleransi, disiplin, dan rasa tanggung jawab.

Oleh yang demikian, guru hendaklah memastikan semua murid

berpeluang memainkan alat perkusi. Antara matlamatnya ialah :

1. Menyemai rasa cintakan irama. (Cultivating a feeling for

rhythm)

2. Membantu kanak-kanak mengetahui dan menghargai muzik

dimana kebanyakkan mereka tidak dapat peluang belajar

bermain muzik secara formal. Kanak-kanak dilatih untuk

mengenali bunyi dan nilai bunyi pastinya akan sedar

betapa kreatifnya pencipta lagu dan seterusnya

menghargai nilai seni bunyi.

3. Membolehkan kanak-kanak melalui latihan aural dan

membaca muzik dapat menghayati dan menghargai hasil

karya muzik seterusnya memajukan diri mereka dalam

muzik.

Antara kelebihan bermain alat perkusi adalah menguji

ketajaman pendengaran. Contohnya seperti murid dapat

mengenalpasti rangkai lagu, imbangan bunyi, tekanan bunyi,

bentuk irama seterusnya menjadi lebih sensitif kepada bunyi

dan sentuhan bunyi. Di samping itu, melalui permainan alat

perkusi juga menguatkan daya Ingatan di mana kanak-kanak

dapat menyerap tema malah keseluruhan lagu melalui latihan

muzikal. Selain itu, latihan mata juga dapat dilakukan

melalui bermain alat perkusi ini. Mata boleh dilatih untuk

membaca dengan lancar malah boleh lebih pantas dari sebutan

KLASIFIKASI ALAT PERKUSI

Dalam Tamadun China Purba , alat muzik diklasifikasikan

mengikut bahan utama yang digunakan dalam pembuatan alat

muzik tersebut seperti logam, batu, tanah, belulang, sutera,

labu, buluh dan kayu. Dalam Tamadun India Purba pula

mengumpulkan alat muzik mengikut klasifikasi gong/simbal,

gendang, alat bertali dan alat yang ditiup. Manakala di dalam

Orkestra Barat terdapat 4 klasifikasi iaitu percussions, strings,

brass dan woodwind. Bagi Klasifikasi Sachs – Hornbostel -

klasifikasi alat muzik berdasarkan kitab catatan India purba

Natyasastra iaitu Idiofon, Kordafon, Membranofon dan Erofon.

1. Idiofon merupakan alat muzik yang dibuat daripada bahan

logam, kayu, buluh dan tempurung. Idiofon dimainkan

dengan cara pukulan, hentakan, goncangan dan ketukan.

Contohnya, gong, saron, bonang , kenong , angklung,

gambang, kertuk dan lain-lain.

2. Erofon - contoh : serunai dan bangsi (caklempong),

sakuhachi (Jepun), nafiri (Nobat) dan lain-lain.

3. Kordafon ialah klasifikasi bagi alat muzik bertali.

Contohnya gambus, uds, koto, shamishen, sitar dan

sharinggi.

4. Membranofon pula ialah klasifikasi alat muzik dari kulit

yang diregang. Contohnya ialah gendang, kompang, geduk,

daiko, tabla dan gedombak.

PENULISAN SKOR ALAT PERKUSI

Skor muzik ialah satu catatan mengandungi not-not

muzik dan arahan-arahan membunyikannya. Skor yang lengkap

haruslah mempunyai maklumat lengkap mengenai lagu

tersebut. Fungsi skor ialah untuk membantu pemuzik

mengingati muzik yang perlu dimainkannya. Bagaimanapun,

dalam ensembel, seorang konduktor diperlukan untuk menyatu

dan menyelaraskan idea muzik yang bakal dimainkan. Skor

muzik mengandungi judul lagu, komposer, penggubah dan

penulis lirik (bagi skor yang mempunyai nyanyian vokal)

SKOR PERKUSI TANPA PIC

Alat muzik perkusi tanpa pic menggunakan klef

perkusi. Ia tidak menggunakan baluk lima garisan. Ia tidak

memerlukan ruang atau garisan untuk menyatakan pic-pic

muzik. Ada alat muzik perkusi yang dibina satu unit atau

set berpasangan. Contoh alat muzik satu unit ialah

tamborin, dram samping, dram bes, simbal dan lain-lain.

Skor alat muzik seperti ini hanya menggunakan baluk satu

garisan sahaja. Baluk dua garisan biasanya digunakan untuk

alat muzik set berpasangan 7(d) Drumset dan aksesori

(misalnya conga dan bongo).

SKOR ALAT MUZIK TRANSPOSE

Sesetengah alat muzik adalah jenis transpose instrument.

Contohnya Trumpet in Bb, French Horn in F, Alto Saxophone

in Eb, Tenor Saxophone in Bb dan lain-lain. Apabila

Trumpet in Bb memainkan pic C maka bunyi yang terhasil

sebenarnya adalah pic Bb. Oleh kerana itu alat ini

dinamakan Trumpet in Bb. Biasanya nada transpose

dinyatakan bersama alat muzik, contohnya Clarinet in Bb,

Trombone in C dan lain-lain. Dalam skor, nada ini boleh

dinyatakan dalam dua keadaan. Pertama ditulis dalam nada

konsert. Contohnya jika konsert ialah C major, trumpet

dan alat muzik transpose lain juga adalah C major. Dalam

keadaan begini, elemen harmoni lebih mudah disemak.

Kedua, skor ditulis dalam nada transpose iaitu semua baluk

alat muzik adalah mengikut nada masing-masing

ALAT PERKUSI

Alat Perkusi Tidak Berpic

Alat muzik yang tergolong dalam permainan muzik perkusi

adalah:

a. Diketuk, dipalu, digeselkan, digoncang

b. Setiap alat menghasilkan satu ton sahaja.

c. Biasanya dalam keluarga “membranofon” dan “Ideofon”.

d. Mudah dipelajari dan diiringi oleh satu alat muzik utama

sahaja seperti piano, melodian atau lain-lain yang

biasanya dimainkan oleh guru pengiring serta rakaman

audio.

Alat Perkusi Berpic

Alat perkusi berpic merupakan semua jenis bunyi terhasil

daripada getaran. Gelombang getaran diukur menggunakan unit

ukuran Hertz, iaitu bilangan getaran lengkap setiap satu saat.

Pic ialah standard getaran yang telah ditetapkan oleh ahli

muzik terhadap bunyi daripada getaran yang stabil. Contohnya

pic A mempunyai ukuran sebanyak 440Hz. Ukuran ini hanya boleh

didapati daripada getaran bunyi yang stabil sahaja. Getaran

yang tidak stabil tidak boleh dikukur unit Hznya. Oleh kerana

ciri-ciri getaran alat perkusi yang terhasil ada yang stabil

dan ada yang tidak stabil, maka alat perkusi juga turut

dibahagikan kepada alat muzik perkusi berpic dan alat muzik

tidak berpic. Getaran yang stabil menghasilkan bunyi pic

manakala getaran yang tidak stabil menghasilkan bunyi tanpa

pic. Alat perkusi berpic boleh menghasilkan sekurang-

kurangnya 2 not dalam pic yang tepat dan standard. Alat-alat

ini boleh memainkan melodi atau lagu. Contohnya: vibraphone,

xylophone, marimba, gambang, slentem, caleste, tubular bells,

glokenspiel, angklung dan timpani.

TEKNIK DAN PERMAINAN ALAT PERKUSI

1. LOCENG

Rupa bentuk Loceng merupakan segugusan loceng kecil yang

dipasang pada bingkai. Bingkai berbentuk gelung diperbuat

daripada plastik dan loceng-loceng logam kecil diikatkan pada

bingkai tersebut. Loceng-loceng

ini akan menghasilkan

bunyi yang halus dan nyaring

apabila digoncang.

Cara Memegang dan Memainkan Loceng

1. Masukkan empat jari ke dalam gelong loceng dan genggam

bahagian yang tidak berloceng.

2. Loceng menghasilkan bunyi apabila ia digoncang.

3. Genggam pemegang loceng dengan tangan kiri atau kanan.

4. Kemudian ketuk pergelangan tangan kiri dengan tangan

kanan yang menggenggam loceng.

2. KAYU TIK TOK

Rupa bentuk Tik-tok lazimnya diperbuat daripada kayu. Ia

mempunyai pemegang dan sebatang pengetuk. Tik-tok

menghasilkan bunyi yang tidak lanjut. Bunyi yang

dihasilkan daripada bahagian kanan tik- tok tidak sama

dengan bunyi daripada bahagian kiri.

Cara Memegang dan Memainkan Kayu Tik Tok

1. Pegang tik-tok dengan tangan kiri dan pengetuknya dengan

tangan kanan.

2. Ketuk tik-tok pada bahagian kiri dan kanannya secara

bergilir-gilir.

3. TAMBORIN

Tamborin merupakan sebuah gelung yang lazimnya diperbuat

daripada kayu atau plastik. Di sekelilingnya terdapat ceper-

ceper besi kecil yang menghasilkan bunyi apabila digoncang.

Terdapat dua jenis tamborin iaitu tamborin berkulit dan

tamborin tanpa kulit.

Cara Memegang dan Memainkan Tamborin

1. Lazimnya tamborin dimainkan dengan dua cara iaitu:

a. Pegang tamborin dengan tangan kanan dan goyangkan

ke kiri dan ke kanan.

b. Pegang tamborin dengan tangan kiri atau kanan.

Ketuk tepi tamborin atau kulit tamborin dengan

hujung jari tangan kanan atau kiri.

1. KASTENET

Rupa bentuk Kastanet diperbuat daripada kayu atau plastik.

Alat ini mempunyai dua bahagian yang diikat dengan tali atau

getah.

Cara Memegang dan Memainkan Kastenet

1. Lazimnya gelung tali atau getah kastanet disarungkan

pada jari tengah dan biarkan kastanet terletak di atas

tapak tangan kiri atau kanan.

2. Ketuk kastanet dengan hujung jari tangan kanan atau

kiri.

2. KERINCING

Rupa bentuk Kerincing lazimnya diperbuat daripada besi dan

berbentuk segitiga. Pemegangnya merupakan seutas tali pendek

yang diikat pada bucunya. Kerincing mempunyai sebatang besi

pengetuk. Apabila diketuk, ia menghasilkan bunyi lanjut yang

nyaring.

Cara Memegang dan Memainkan Kerincing

1. Pegang tali kerincing pada talinya sebelah tangan dan

pemukulnya di tangan yang sebelah lagi.

2. Pastikan tangan yang memegang tali kerincing tidak

menyentuh kerincing.

3. Kerincing boleh dimainkan dengan cara mengetuk pada

lingkaran segitiganya dengan pengetuk kerincing.

4. Ketukan boleh dilakukan juga di sebelah luar kerincing

atau dalam kerincing.

KEMAHIRAN MEMAINKAN ALAT PERKUSI

Dalam permainan alat perkusi, murid-murid diberikan

peluang belajar membaca skor perkusi yang terancang. Mereka

belajar untuk:

1. Menyebut menepuk dan mengetuk bersama-sama.

2. Memainkan alat dan berhenti mengikut arahan.

3. Mula dan berhenti bersama-sama mengikut skor muzik.

4. Merasai situasi bermain seperti sebuah orkestra yang

penuh dengan peraturan dan disiplin.

PENJAGAAN DAN MEMBAIK PULIH ALAT PERKUSI

1. Tidak terlalu kuat memukul semasa bermain.

2. Hindarkan alat-alat tersebut jatuh ke lantai yang keras

3. Semasa menyimpan, hendaklah disimpan di tempat yang

sesuai dan tidak bertindih antara satu sama lain.

4. Selalu membuat penalaan untuk mendapat pic yang betul.

5. Membersihkan alat tersebut supaya tidak berhabuk dan

kotor.

6. Disimpan di tempat pengudaraan yang baik.

7. Hindarkan disimpan di tempat yang terlalu panas atau

lembab.