25
KERTAS CADANGAN RANCANGAN TAHUNAN 2016. UNIT PENGAKAP SEKOLAH KEBANGSAAN ASSAM JAWA PKK 07 PENGAKAP KANAK-KANAK SKAJ / PKK-07

Rancangan tahunan pkk07

Embed Size (px)

Citation preview

KERTAS CADANGAN

RANCANGAN TAHUNAN 2016.

UNIT PENGAKAP

SEKOLAH KEBANGSAAN ASSAM JAWA

PKK 07

PENGAKAP KANAK-KANAK SKAJ / PKK-07

PRAKATA

Kumpulan pengakap kanak-kanak sekolah kebangsaan Assam Jawa adalah salah satu unit beruniform yang ditubuhkan di bawah unit Kokurikulum sekolah. Kumpulan pengakap kanak-kanak ini adalah didaftarkan di bawah Persekutuan Pengakap Malaysia dengan kod kumpulan PKK-07. Kumpulan pengakap kanak-kanak Sk. Assam Jawa terdiri dari sekumpulan murid lelaki dan perempuan bermula dari tahun 3 hingga tahun 6 yang telah diterima sebagai ahli unit Pengakap sekolah di bawah pentadbiran unit KoKurikulum.

Diperingkat persekutuan Pengakap Malaysia hanya kumpulan murid dari tahun 4,5 dan 6 sahaja didaftarkan. Bagi murid-murid tahun 3 yang dipilih pula hanya menjadi ahli pengakap peringkat sekolah sahaja. Kumpulan murid tahun tiga ini tidak terlibat dengan aktiviti kepengakapan peringkat Persekutuan Pengakap Malaysia sebaliknya hanya diberi peluang menjalani aktiviti yang menjurus kepada pemupukan minat bagi menjadi ahli pengakap dimasa hadapan. (tahun 4)

Secara ringkasnya kumpulan pengakap Sk., Assam Jawa. PKK-07 meletakkan sasaran pencapaian bagi setiap peringkat umur keahliannya seperti berikut:-

1. Murid Tahun 3 - Timbul minat yang mendalam untuk menjadi ahli Pengakap.

2. Murid Tahun 4 - Memiliki Lencana Keahlian- Memperoleh Lencana Kepandaian Ahli Menunggang

Berbasikal- Memperoleh Lencana kemajuan Keris Gangsa

3. Murid Tahun 5 - Memiliki Lencana Kemajuan Perak.- Memliki Lencana Kenajuan Emas.

4. Murid Tahun 6 - Menerima Anugerah Rambu PKK.

Akhir kata , adalah dengan penuh pengharapan agar Pengakap Sk. Assam Jawa berjaya melahirkan sekumpulan pengakap kanak-kanak yang mempunyai asas kemahiran berpengakap

dengan garapan ilmu , kemahiran dan pengalaman yang menepati aspirasi sekolah dengan motto “ILMU SULOH HIDUP” dan terus menjadi ahli pengakap selamanya bertepatan dengan slogan

“SEKALI BERPENGAKAP TERUS BERPENGAKAP”.

SEKIAN TERIMA KASIH

Isi Kandungan.

1. Carta Organisasi.2. Skema Latihan.3. Perancangan Aktiviti /Carta Gan4. Bajet. 5. Penutup.

CARTA ORGANISASI ( CONTOH)

SKIM LATIHAN

SKIM LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK

LENCANA KEAHLIAN

Sebelum dilantik menjadi ahli serta mendapatkan Lencana Keahlian, seseorang budak akan diuji dalam perkara-perkara yang berikut bagi menentukan bahawa dia faham dan mengerti makna-makna tiap-tiap satunya :

1. Persetiaan dan Undang-undang Pengakap.

2. Prinsip Rukunegara.

3. Tabik dan Hormat Pengakap, Isyarat Hormat Pengakap dan Cogankata Pengakap.

4. Sejarah Permulaan Pergerakan Pengakap dan Cerita Hutan.

5. Laung Agung. 

LENCANA WAJIB

Setelah mendapatkan Lencana Keahlian, (bagi faedah keselamatan dirinya) Pengakap Kanak-kanak itu wajib mendapat SALAH SATU dari Lencana Wajib di bawah :

Lencana Ahli Penunggang Basikal

Lencana Ahli Berenang

Kedua-dua lencana ini boleh dianggap sebagai lambang asas keselamatan ahli PKK. Lencana ini dipakai di bahagian atas lengan sebelah kanan baju pegakap.

LENCANA KERIS GANGSA

KESETIAAN

1. Negaraku & Lagu Negeri

2. Bendera Malaysia & Negeri

3. Lambang sejagat Pengakap & cogankata Pengakap kanak-kanak

4. Rukunegara

5. Mengenali orang kenamaan

6. Persetiaan & undang-undang Pengakap

7. Hormat, isyarat dan salam pengakap

8. Nama kuasa penganjur / pemimpin

9. Sejarah kumpulan pengakap kanak-kanak di sekolahnya

10. Mengetahui agama-agama di Malaysia

11. Nilai-nilai beribadat

KESIHATAN DAN KESELAMATAN

1. Kesihatan & kebersihan badan - gigi, kuku, rambut, kaki, tangan & sistem pernafasan

2. Bilik mandi & tandas, tempat sampah, kebersihan sumber minuman & keracunan makanan

3. Memakai kasut / selipar / jagaan

4. Bahaya menelan pil / gula-gula

5. Bahaya bermain mata pisau

6. Mengenali penyakit kulit yang berjangkit

7. Bahaya bermain bahan letupan

8. Mendapat bantuan pertolongan

9. Peraturan lalulintas

10. Sebab utama kemalangan jalanraya

11. Peti pertolongan cemas

KECEKAPAN

1. Asas perbarisan

2. Mengetahui kemahiran asas untuk permainan permainan pasukan seperti

a) Bola Sepak

b) Bola Jaring

c) Bola Tampar

3. Memanjat tali

4. Mengguna dan menjaga pisau kecil

5. Mengetahui kawasan sendiri

6. Mengetahui pakaian seragam pengakap

7. Isyarat-isyarat pengakap

8. Simpulan mengikat tali kasut Simpul Buku Sila & Simpul bungkusan

PENYERTAAN

1. Mengetahui cara perkumuhan kepada manusia, tumbuhan & haiwan Aktiviti (Sudahkan 2 sahaja)

a) Menanam pokok bunga di pasu

b) Menyubur pokok

c) membuat batas

d) Membantu / memlihara pokok

2. Cara-cara memelihara haiwan

3. Membaca buku memelihara binatang / haiwan

4. Menjadi ahli perpustakaan

5. Membuat rekaan

6. Menyembah drama / lakonan & tarian

7. Berlakon

8. Menempatkan koleksi

9. Membuat buku akau simpanan

PERKHIDMATAN

1. Membantu ibubapa di rumah

2. Melawat ke rumah orang tua, kanak-kanak dan lain-lain

3. Bercerita melalui lisan / lukisan

4. Memainkan peranan melaksanakan undang-undang sampah di sekolah

5. Khidmat kemasyarakatan

6. Buku Log khidmat sukarela

LENCANA KEGEMARAN

Setelah lulus Lencana Keris Gangsa, ahli pengakap kanak-kanak perlu mendapatkan 2 dari Lencana Kegemaran di bawah:

Lencana Penghibur

Lencana Pembaca Buku

Lencana Pelukis

Lencana Peladang Kecil

Lencana Ahli Kraftangan

Lencana Ahli Koleksi Hobi

LENCANA KERIS PERAK

KESETIAAN Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Bendera Malaysia dan Negeri Lambang Pengakap Malaysia Nama orang kenamaan Persetiaan dan undang-undang Pengakap Nama Penolong Pesuruhjaya kanak-kanak dan Pesuruhjaya Daerah Sejarah ringkas perkembangan pengakap dan tokoh pengakap daerah Rukun-rukun sembahyang

KESIHATAN DAN KESELAMATAN Kebersihan Kulit melecur Faedah senaman dan tujuan Cara pernafasan B-P Hidung berdarah Perawatan penyakit-penyakit kulit yang mudah berjangkit Mencuci dan membalut luka, dan lain-lain Bahaya penggunaan alat elektrik Bahayanya menggunakan ubat-ubat tanpa nasihat doktor Mengetahui kegunaan isi kandungan peti pertolongan cemas

KECEKAPAN Asas perbarisan Simpulan : Buku sila, bunga geti dan simpul sentak Mengetahui memasang, menaik, mengibar dan menurunkan bendera Kemahiran asas permainan pasukan a)Bola Futsal

ATAUb) Bola jaringMengetahui cara mengekalkan fizikal seperti memanjat tali ATAU mengumpul sejarah keharmonian keluarga Renang dan peraturan keselamatan air ATAU bertugas dengan berbasikal :- Mengepos surat- Ke Balai Polis- Ke Klinik / Balai Bomba / Balai Penghulu

PENYERTAAN Mengetahui sifat burung yang hidup di udara dan di darat Mengetahui keperluan tumbuhan Makanan bersih dan keselamatan Bidang perhubungan Sains komputer ATAU Boleh mengucap / menyebut bahasa asing Mengetahui penggunaan telefon awam / persendirian Menambah simpanan wang Menyertai tarian / nasyid

PERKHIDMATAN Mengumpulkan pakaian lama Mengetahui cara perhubungan (pilih 3 sahaja)a) Telefonb) Akhbarc) T.V. / Radiod) Isyarat kepulan asapNama orang kenamaane) Pukulan gendangf) Kentungg) Tiupan wiselh) Semaphore Syarahan / ceramah undangan Doa keselamatan Menyimpan akuan perbelanjaan Mengetahui cara memberi pertolongan kepada seseorang di air Lencana Pengetahuan

Setelah lulus Lencana Keris Perak, ahli pengakap kanak-kanak perlu mendapatkan 2 Lencana Perkhidmatan serta 2 dari Lencana Pengetahuan di bawah:

Ahli Olahraga

Ahli Pasukan Permainan

Ahli Sains

Pecinta Alam Semulajadi

Pembaca Peta

Pemelihara Alam Sekitar

Pengembara

  LENCANA PERKHIDMATAN

Setelah lulus Lencana Keris Perak, ahli pengakap kanak-kanak perlu mendapatkan 2 Lencana Pengetahun serta 2 dari Lencana Perkhidmatan di bawah:

Pekerja Am 

Pengurus Rumah

Penyelamat Nyawa

Ahli Pertolongan Cemas

LENCANA KERIS EMAS

KESETIAAN Lagu Patriotik Mengenali Jata Negara Malaysia dan Negeri / melipat bendera Mengetahui nama orang kenamaan Nama Pesuruhjaya Negeri dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Mengamalkan rukun agama Sambutan Hari Keputeraan Sambutan Hari Pengakap Sedunia / Malaysia, / Hari Ibu / Bapa, Hari Guru / Kanak-kanak dan lain-lain

KESIHATAN DAN KESELAMATAN Peraturan hidup sihat & bahagia Sakit selsema Mendapatkan bantuan kecemasan Mengetahui kegunaan isi kandungan Peti Pertolongan Cemas dan jenis-jenis balutan

Mengikat Anduh Cara-cara keselamatan di air Cara-cara belajar berenang Koleksi maklumat media

KECEKAPAN Asas perbarisan Cara memasang, menaik, mengibar, menurun dan melipat bendera

Kemahiran asas permainan pasukana) Sepak Ragaataub) Bola Baling Seni mempertahankan diri Kesegaran fizikal Latihan asas ala komando Simpulan-simpulan Mendirikan dan menurunkan khemah

PENYERTAAN Mengetahui sifat ikan Mengetahui sifat tumbuhan Pilih Salah Satua) Buat sebuah kotak untuk alat-alat Pertolongan Cemas Dan lain-lainb) Membuat Patungc) Membuat layang-layangd) Mengetahui memperbaiki satu jenis permainan berbateri Mengetahui Pemeliharaan Kesejahteraan Alam Sekitar, sosial dan fizikal (Pilih mana-mana dua sahaja)a) Membuat Mini zoo seranggac) Menyediakan akuariun / Terrariumc) Melawat ke muzium / zoo / pusat sains Menyanyi dengan iringan muzik mengikut rentak (Pilih dua Sahaja)a) Lagu-lagu berirama Tradisib) Lagu-lagu Rakyatc) Lagu-lagu Aslid) Lagu-lagu Pengakap Tradisie) Lagu-lagu Pengakap Antarabangsa Berlakon babak cerita KoreografkanTarian Kebudayaan

PERKHIDMATAN Membersihkan kawasan Membantu ibubapa / keluarga Membantu rakan sebaya Melukis / membuat model peta kasar menunjukkan tempat-tempat kemudahan awam Program malam Pengakap Membantu Pek bercuti Menguruskan kegiatan perkhidmatan Lencana Keris Gangsa dan Perak

RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK

Pengakap Kanak Kanak yang telah mendapat Lencana Keris Emas & 6 Lencana Kepandaian (2 Lencana Kegemaran, 2 Lencana Pengetahuan & 2 Lencana Perkhidmatan) LAYAK untuk memakai Rambu Pengakap Kanak Kanak dengan syarat Pengakap Kanak Kanak itu:

Pemegang Lencana Keris Emas selama 3 bulan Berkelakuan baik Mempunyai sifat kepimpinan yang baik dan boleh dicontohi

Rancangan Aktiviti PKK-07 / 2016

Kumpulan Murid Tahun 3

Taikh perjumpaan Aktiviti

1 Mesyuarat Agung2 Pertandingan mewarna lambang pengakap dan penerangan3 Penyampaian hadiah mewarnai/menyanyi lagu kanak-kanak(pengakap)4 Pertandingan mewarna Jalur Gemilang/Bendera negeri5 Peyampaian hadiah pertandingan/permainan kecil6 Menonton video aktiviti pengakap7 Mereka bentuk menggunakan plastisin/ kulit kerang/siput dan lilin.8 Pameran hasil kerja murid. Permainan kecil9 Membuat sandwich sardin mentah.10 Latihan lakunan cerita rakyat/ teladan. berkumpulan

11 Persembahan lakunan kumpulan12 Latihan koir lagu kanak-kanak/pengakap13 Pertandingan koir14 Penyampaian hadiah pemenang pertandingan koir. Permainan kecil15 Kemahiran melipat pakaian sekolah serta menjaga kebersihan pakaian16 Sukaneka17 Pengenalan kepada lencana lencana pengakap kanak-kanak/video/gambar18 Penilaian dan rumusan.

Rancangan Aktiviti perjumpaan ko-kurikulum PKK-07 Tahun 4

Tarikh Per…an Aktiviti

1 Mesyuarat Agung.2 LENCANA KEAHLIAN

1. Persetiaan dan undang-undang Pengakap2. Rukun Negara

3 1. Tabik, hormat, isyarat hormat dan cogan kata Pengakap2. Sejarah permulaan Pergerakan Pengakap dan cerita hutan3. Laung agung

4 LENCANA KEPANDAIAN

Lencana Ahli Penunggang Basikal

1. Undang-undang jalan raya2. Peraturan basikal3. Isyarat menunggang basikal4. Kemalangan semasa berbasikal5. Perlanggaran undang-undang yang menyebabkan kemalangan6.

5 1. Menjaga basikal2. Isyarat jalan raya3. Memiliki basikal4. Menunggang basikal

6 LENCANA KEMAJUAN

KERIS GANGSA

(a)    Kesetiaan

1. Menyanyi lagu Negaraku2. Mengenal bendera Malaysia dan bendera negeri3. Lambang dan Cogan Kata Pengakap

7 4. Pengertian Rukun Negara5. Ketua Negara dan ketua negeri6. Persetiaan dan undang-undang Pengakap7. Hormat, isyarat dan salam Pengakap

8 8. Mengenal nama penuh pemimpin Pengakap dan lain-lain9. Sejarah perkembangan kumpulan di sekolah10. Mengetahui tempat ibadat11. Nilai-nilai beribadat

9 (b)   Kesihatan dan Keselamatan

1. Kesihatan dan kebersihan badan2. Kebersihan tandas, pembuangan sampah dan sumber minuman3. Memakai kasut dan selipar

4. Bahaya pil dan gula-gula5. Bahaya benda tajam

10 6. Penyakit kulit7. Bahaya bahan letupan8. Bantuan orang dewasa9. Peraturan pejalan kaki

11 10. Keselamatan jalan raya11. Peti pertolongan cemas

(c)    Kecekapan

1. Asas perbarisan2. Permainan berpasukan

12 1. Mengekalkan kesegaran fizikal2. Menggunakan pisau kecil3. Perhubungan awam4. Pakaian seragam Pengakap

13 1. Isyarat Pengakap2. Simpul buku sila

 d) Penyertaan

1. Perkumuhan manusia, haiwan dan tumbuhan2. Membuka akaun simpanan wang3. Lakonan bisu

14 (e)   Perkhidmatan

1. Membantu ibu bapa di ruumah2. Melaporkan satu peristiwa3. Perlaksanaan undang-undang sekolah4. Khidmat kemasyarakatan

15 Lencana Kegemaran

1. Ahli koleksi hobi-

(membukukan keratan akhbar dengan tema tertentu.)

16 2. Pembaca buku- buku NILAM.(Membaca buku pinjaman pukal dari pusat sumber dan menulis laporan NILAM)

17

Perlaporan dan penilaian.

18

 Perlaporan dan penilaian

Catatan:

Murid yang telah menmiliki lencana terlebih awal melalui penyertaan perkhemahan PKK bolehlah dilibatkan sebagai pembantu pemimpin.

Rancangan aktiviti perjumpaan ko-kurikulum PKK-07 Tahun 5

Tarikh Per….an Aktiviti

1 Mesyuarat Agung2 KERIS PERAK

(a)    Kesetiaan

1. Menyanyi lagu kebangsaan dan lagu kebesaran negeri2. Mengetahui maksud lambang pada bendera3. Melukis lambang Pengakap4. Nama pembesar-pembesar Negara

3 1. Persetiaan dan undang-undang Pengakap

2. Pesuruhjaya Pengakap Daerah3. Sejarah Pengakap4. Rukun-rukun sembahyang

4 (b)   Kesihatan dan Keselamatan

1. Kebersihan fizikal dan mental2. Sebab-sebab kulit melecur3. Senaman4. Pernafasan tradisi Pengakap

5 5. Merawat hidung berdarah6. Merawat penyakit kulit7. Merawat luka dan melecur8. Bahaya alat elektrik9. Bahaya ubat tanpa nasihat doctor10. Kegunaan peti pertolongan cemas

6 (c)    Kecekapan

1. Latihan asas perbarisan2. Asas ikatan dan simpulan

7 1. Menaikkan bendera2. Permainan berpasukan

8 (d)   Penyertaan

1. Haiwan terbang dan haiwan daratan2. Pembinaan makanan oleh tumbuhan3. Kebersihan makanan4. Penggunaan telefon5. Wang simpanan

9 (e)   Perkhidmatan

1. Alat perhubungan2. Syarahan3. Doa4. Akaun perbelanjaan

10 Lencana Pengetahuan

1. Pembaca peta

2. Pemeliharaan alam sekitar

11 KERIS EMAS

(a)    Kesetiaan

1. Menyanyikan lagu patriotik2. Lambang negara dan negeri3. Orang kenamaan daerah dan kampung

12 4. Pegawai Pengakap5. Mengamalkan rukun-rukun agama6. Menyertai sambutan hari keputeraan7. Sambutan perayaan lain

13 b)   Kesihatan dan Keselamatan

1. Peraturan hidup sihat2. Penyakit selsema3. Pertolongan cemas dan bantuan kecemasan

 Kandungan peti pertolongan cemas dan jenis-jenis pembalut(Mengikat anduh)

14 (c)    Kecekapan

1. Asas perbarisan2. Memasang, menarik, mengibar, menurun dan melipat

bendera

15 1. Asas berpasukan2. Ikatan dan simpulan3. Mendirikan dan menurunkan khemah

16 (d)   Penyertaan

1. Mengetahui hidupan haiwan dan tumbuhan2. Sifat tumbuh-tumbuhan3. Membuat kerja tangan/ Kraf tampalan keratan tumbuhan4. Kesejahteraan alam sekitar5. Menyanyi

17 (e)   Perkhidmatan

1. Khidmat masyarakat2. Membantu rakan sebaya3. Membantu pemimpin4. Membuat model

Lencana Perkhidmatan

(Dapatkan dua daripada kategori ini)

1. Penyelamat nyawa2. Ahli pertolongan cemas

18  Perlaporan dan penilaian

Catatan:

Murid yang telah menmiliki lencana terlebih awal melalui penyertaan perkhemahan PKK bolehlah dilibatkan sebagai pembantu pemimpin.

Rancangan aktiviti perjumpaan ko-kurikulum PKK-07 Tahun 6

Pengakap Kanak Kanak yang telah mendapat Lencana Keris Emas & 6 Lencana Kepandaian (2 Lencana Kegemaran, 2 Lencana Pengetahuan & 2 Lencana Perkhidmatan) LAYAK untuk memakai Rambu Pengakap Kanak Kanak dengan syarat Pengakap Kanak Kanak itu:

Pemegang Lencana Keris Emas selama 3 bulan Berkelakuan baik Mempunyai sifat kepimpinan yang baik dan boleh dicontohi

Tarikh Perj….an Aktiviti

1 Mesyuarat Agung2 Kepimpinan 1. – Ciri ciri pemimpin yang baik.

3 Kepimpinan 2 – Komunikasi berkesan4 Kepimpinan 3 – Pengucapan awam 15 Kepimpinan 4 – Pengucapan awam 26 Persediaan Anugerah Rambu7 Latihan Kawat8 Latihan menaik dan menurunkan bendera9 Laung Agung10 Istiadat pengakap11 Latihan perbarisan12 Latihan pertolongan cemas 113 Latihan pertolongan cemas 214 Persediaan aktiviti berbalas pantun15 Berbalas pantun16 Kuiz Pengetahuan am/pengakap17 Pertandingan nyanyian.18 Pelaporan dan penilaian

Catatan:

Murid yang telah menmiliki lencana terlebih awal melalui penyertaan perkhemahan PKK bolehlah dilibatkan sebagai pembantu pemimpin.

CARTA GAN AKTIVITI 2016

Bil. Aktiviti / Bulan J F M A M J J O S O N D

1. Mesyuarat Agung /2. Perjumpaan ( Kokurikulum sekolah ) / / / / / / / / / /3. Perkhemahan /4. Lencana basikal /5. Penganugerahan/pensijilan /6. Mesyuarat Pengurusan / / /

BAJET PKK-07 SKAJ 2016.

Bil. Aktiviti/perkara Bajet ( RM ) Sumber

1. Pengiktirafan pertandingan tahun 3 200 Peruntukan ko-ku2. Peralatan perkhemahan 1000 Peruntukan ko-ku3. Perkhemahan 40 murid 1200 Sumbangan penyertaan

Sumbangan VIP/koporat4. Baju ‘T’ Pengakap Murid5. Penceramah luar/kursus tahun 6 500 Peruntukan ko-ku

PENUTUP

Semoga PKK-07 SKAJ dapat diurus dengan baik bagi menjadikan PKK-07 sebuah unit Kokurikulum yang benar-benar bermakna kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Assam

Jawa, khususnya kepada ahli yang terpilih. Kami juga berharap PKK-07 mendapat sokongan dan kerjasama yang baik daripada semua pihak.

Sekian Terima Kasih

Disediakan oleh:

Unit Pengakap sekolah Kebangsaan Assam Jawa PKK-07/2015

Pemimpin PKK-07/2015.

………………………………………….Mohamad Yahya Ibrahim.