120
INDEKS BIL PERKARA MUKASURAT 1. Aturan Aktiviti Undang-Undang Kecil Dan Aturan 1 2. Aturan Aktiviti Anggota Lembaga Koperasi Dan Aturan Jawatankuasa Audit Dalaman 3 3. Aturan Aktiviti Kumpulan Wang Kebajikan Am 7 4. Aturan Aktiviti Kumpulan Wang Khairat Kematian 10 5. Aturan Aktiviti Keanggotaan 12 6. Aturan Aktiviti Latihan Dan Pendidikan 15 7. Aturan Aktiviti Kumpulan Wang Galakan Pendidikan 18 8. Aturan Aktiviti ICT, Perhubungan Awam Dan Aduan 21 9. Aturan Aktiviti Pengurusan Dan Pelaburan 23 10. Aturan Aktiviti Kumpulan Wang Sosial Dan Sukan 25 11. Aturan Aktiviti Yuran 27 12. Aturan Aktiviti Perlindungan Pembiayaan 28 13. Aturan Aktiviti Pembiayaan (Skim Peribadi) 30 14. Aturan Aktiviti Pengurusan Aset 35 15. Aturan Aktiviti Hutang Tidak Berbayar (Npl) 42 16. Aturan Aktiviti Sumber Manusia 45 17. Aturan Aktiviti Ar-Rahnu 61 18. Aturan Aktiviti Kumpulan Wang Penebusan Syer 74 19. Aturan Aktiviti Kumpulan Wang Pentadbiran Am 76 20. Aturan Aktiviti Pembiayaan Al-Qardhul Hassan 78 21. Aturan Aktiviti Pembiayaan Bai’ Al-Inah 82 22. Aturan Aktiviti Teknikal Dan Penyelenggaraan 88 23. Aturan Aktiviti Kumpulan Wang Tabung Tabarru’ (Skim Tabarru’) 90 24. Aturan Aktiviti Pembiayaan Insurans Kenderaan Dan Cukai Jalan Kenderaan 96 25. Aturan Aktiviti Perlindungan Insurans Takaful 99 26. Aturan Aktiviti Skim Pembiayaan Bai’ Bithaman Ajil 101 27. Aturan Aktiviti ICT Dan Laman Sesawang 105 28. Aturan Aktiviti Pembangunan Keusahawanan 107 29. Aturan Aktiviti Agama Islam 109 30. Aturan Aktiviti Simpanan Khas 110 31. Aturan Aktiviti Permis Lelong 114 32. Aturan Aktiviti Pembelian Bangunan 116 33. Aturan Aktiviti Perkhidmatan Sewaan Rumah Kediaman 118

INDEKS · 2018-09-05 · - 5 - laMPIraN a1 KOPEraSI PEGaWaI KEraJaaN DaEraH JOHOr BaHru ElauN-ElauN DalaM KOPEraSI BIl JENIS ElauN KaDar ElauN (rM) alK/JaD/ EX-OFFICIO PEKErJa/ aNGGOta

  • Upload
    lydieu

  • View
    256

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

- 1 -

INDEKSBIl PErKara MuKaSurat

1. Aturan Aktiviti Undang-Undang Kecil Dan Aturan 1

2. Aturan Aktiviti Anggota Lembaga Koperasi Dan Aturan Jawatankuasa Audit Dalaman 3

3. Aturan Aktiviti Kumpulan Wang Kebajikan Am 7

4. Aturan Aktiviti Kumpulan Wang Khairat Kematian 10

5. Aturan Aktiviti Keanggotaan 12

6. Aturan Aktiviti Latihan Dan Pendidikan 15

7. Aturan Aktiviti Kumpulan Wang Galakan Pendidikan 18

8. Aturan Aktiviti ICT, Perhubungan Awam Dan Aduan 21

9. Aturan Aktiviti Pengurusan Dan Pelaburan 23

10. Aturan Aktiviti Kumpulan Wang Sosial Dan Sukan 25

11. Aturan Aktiviti Yuran 27

12. Aturan Aktiviti Perlindungan Pembiayaan 28

13. Aturan Aktiviti Pembiayaan (Skim Peribadi) 30

14. Aturan Aktiviti Pengurusan Aset 35

15. Aturan Aktiviti Hutang Tidak Berbayar (Npl) 42

16. Aturan Aktiviti Sumber Manusia 45

17. Aturan Aktiviti Ar-Rahnu 61

18. Aturan Aktiviti Kumpulan Wang Penebusan Syer 74

19. Aturan Aktiviti Kumpulan Wang Pentadbiran Am 76

20. Aturan Aktiviti Pembiayaan Al-Qardhul Hassan 78

21. Aturan Aktiviti Pembiayaan Bai’ Al-Inah 82

22. Aturan Aktiviti Teknikal Dan Penyelenggaraan 88

23. Aturan Aktiviti Kumpulan Wang Tabung Tabarru’ (Skim Tabarru’) 90

24. Aturan Aktiviti Pembiayaan Insurans Kenderaan Dan Cukai Jalan Kenderaan 96

25. Aturan Aktiviti Perlindungan Insurans Takaful 99

26. Aturan Aktiviti Skim Pembiayaan Bai’ Bithaman Ajil 101

27. Aturan Aktiviti ICT Dan Laman Sesawang 105

28. Aturan Aktiviti Pembangunan Keusahawanan 107

29. Aturan Aktiviti Agama Islam 109

30. Aturan Aktiviti Simpanan Khas 110

31. Aturan Aktiviti Permis Lelong 114

32. Aturan Aktiviti Pembelian Bangunan 116

33. Aturan Aktiviti Perkhidmatan Sewaan Rumah Kediaman 118

- 1 -

aturaN aKtIVItI uNDaNG-uNDaNG KECIl DaN aturaN

tajuk dan mula berkuat kuasa1. (1) Aturan ini hendaklah dinamakan Aturan Aktiviti Pindaan Undang-undang Kecil Dan Aturan Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad.

(2) Aturan ini diwujudkan menurut Undang-undang Kecil 9(3) Koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Tahunan dan dikemukakan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

tafsiran2. Di dalam Aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain –

“akta” ertinya Akta Koperasi 1993 dan pindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke semasa;

“undang-undang Kecil” ertinya Undang-undang Kecil berdaftar yang dibuat oleh Koperasi ini pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan oleh Akta Koperasi 1993 dan termasuklah sesuatu pindaan berdaftar Undang-undang Kecil, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;

“aturan” ertinya aturan-aturan yang dibuat oleh Lembaga dari semasa ke semasa bagi melaksanakan mana-mana aktiviti yang dijalankan oleh Koperasi tertakluk kepada peruntukan Akta Koperasi 1993, Peraturan, Undang-undang Kecil dan kelulusan mesyuarat agung; dan

“aktiviti” ertinya melaksanakan undang-undang kecil dan membuat pindaan Undang-undang Kecil atas arahan Suruhanjaya atau sesuatu yang perlu koperasi membuat pindaan dan mengadakan bengkel-bengkel undang-undang kecil bagi meningkatkan serta memahirkan pengetahuan ilmu kepada Lembaga, Jawatankuasa Audit Dalaman, Anggota Koperasi dan Pekerja Koperasi.

tujuan3. (1) Tujuan aturan Jawatankuasa ini adalah bertanggungjawab menggubal Undang-undang Kecil Koperasi, membuat pindaan Undang-undang Kecil, tempat dirujuk sebarang pertikaian yang berkaitan dengan perundangan Koperasi, menyemak keputusan Mesyuarat Lembaga yang kurang jelas dari segi perundangan, menyemak Aturan setiap Jawatankuasa dan memantau perjalanan Koperasi supaya tindakan Koperasi tertakluk kepada Akta, Peraturan, Pekeliling Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Undang-undang Kecil dan Aturan Jawatankuasa supaya sentiasa terpelihara sebagaimana diamanahkan oleh anggota koperasi.

(2) Pindaan Undang-undang Kecil yang telah diluluskan pada Mesyuarat Agung hendaklah dihantar ke Suruhanjaya untuk pengesahan sebelum koperasi menggunakan Undang-undang Kecil tersebut.

(3) Jawatankuasa ini memastikan setiap Anggota Koperasi mendapat satu buku Undang-undang Kecil Koperasi untuk dibuat rujukan.

- 2 -

Sumber Kewangan4. Sumber kewangan bagi melaksanakan aktiviti ini diperoleh daripada peruntukan keuntungan bersih Koperasi ini yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan mengikut Undang-undang Kecil 70(1)(2)(d).

Pertikaian5. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham atas tafsiran aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya menurut Undang-undang Kecil 85 (1) Koperasi ini.

Aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi ke-45 pada 18 Jun 2011.

Aturan ini dipinda dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Ke-46 pada 28 Jun 2012.

.................................................. ................................................. (Sabtu Bin Basar) (Haji Ibrahim Bin Dato’ ali) Pengerusi Setiausaha

...............................................................(Mohd adenan Bin Marjon)

Bendahari

- 3 -

aturaN aKtIVItI aNGGOta lEMBaGa KOPEraSI DaN aturaN JaWataNKuaSa auDIt DalaMaN

tajuk dan mula berkuat kuasa1. (1) Aturan ini hendaklah dinamakan Aturan Aktiviti Anggota Lembaga Koperasi dan Jawatankuasa Audit Dalaman Dalaman Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad.

(2) Aturan ini diwujudkan menurut Undang-undang Kecil 9(3) Koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Tahunan dan dikemukakan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

tafsiran2. Di dalam Aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain –

“lembaga” ertinya badan pengelola Koperasi ini yang padanya pengurusan hal-ehwal Koperasi ini diamanahkan sebagaimana ditakrifkan dibawah seksyen 2 Akta Koperasi 1993;

“Ex Officio” ertinya pekerja yang dilantik atas sebab jawatan;

“Jawatankuasa audit Dalaman” ertinya kalangan anggota yang dilantik oleh Lembaga bagi menjalankan kerja-kerja mengaudit tadbir urus koperasi ini; dan

“Elaun” ertinya apa-apa bayaran yang dibayar oleh Koperasi kepada anggota Lembaga koperasi dan Jawatankuasa Audit Dalaman.

tujuan3. Tujuan aturan ini diwujudkan adalah untuk memberi garis panduan kepada Lembaga dalam melaksanakan skim bayaran elaun-elaun sebagaimana dibawah ini:-

(1) Tuntutan Elaun sebagaimana jadual elaun Anggota Lembaga, Anggota, Jawatankuasa Audit Dalaman dan Pekerja (Rujuk Lampiran A1);

(2) Bayaran kerana mendapatkan rawatan dan kos perubatan oleh anggota Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman yang menjalani rawatan perubatan tidak melebihi RM600.00 dalam tempoh enam bulan; dan

(3) Anggota Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman boleh dibekalkan pakaian seragam.

Saguhati4. (1) Satu (1) penggal diberi saguhati maksimum RM 1,000.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ribu Sahaja) dan dua (2) penggal ke atas diberikan sebanyak RM 2,000.00 (Ringgit: Dua Ribu Sahaja) sekali dalam perkhidmatan. Tertakluk kepada keputusan Mesyuarat Lembaga.

(2) Kelulusan bayaran saguhati hendaklah mendapat pertimbangan dan kelulusan dalam Mesyuarat Lembaga.

(3) Insuran kelompok kemalangan boleh diberikan kepada Anggota Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman mengikut perkhidmatan.

- 4 -

Sumber Kewangan5. Sumber kewangan bagi melaksanakan aktiviti ini diperoleh daripada peruntukan keuntungan bersih Koperasi ini yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan mengikut Undang-undang Kecil 70(1)(2)(d).

Makluman Kepada Mesyuarat agung6. Lembaga hendaklah membentangkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan, laporan-laporan mengenai Aturan ini dan membuat cadangan-cadangan bagi memajukannya.

Pertikaian7. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham atas tafsiran aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya menurut Undang-undang Kecil 85 (1) Koperasi ini.

Aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi ke-45 pada 18 Jun 2011.

Aturan ini telah dipinda pada Mesyuarat Agung Tahunan Ke-46 pada 23 Jun 2012.

Aturan ini telah dipinda pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-47 pada 22 Jun 2013.

.................................................. ................................................. (Sabtu Bin Basar) (Haji Ibrahim Bin Dato’ ali) Pengerusi Setiausaha

...............................................................(Mohd adenan Bin Marjon)

Bendahari

- 5 -

laMPIraN a1

KOPEraSI PEGaWaI KEraJaaN DaEraH JOHOr BaHruElauN-ElauN DalaM KOPEraSI

BIl JENIS ElauNKaDar ElauN (rM)

alK/JaD/EX-OFFICIO

PEKErJa/aNGGOta

1. ELAUN MAKAN 50.00/HARI 25.00/HARI

2. ELAUN PENGINAPAN 180.00/MALAM(TANPA RESIT)

RM250.00/MALAM(DENGAN RESIT)

130.00/MALAM(TANPA RESIT)

RM180.00/MALAM(DENGAN RESIT)

3. ELAUN PENGANGKUTAN/PERJALANAN 0.70 (500KM)/0.60 (501KM KE ATAS)

0.50 (500KM)/0.40 (501KM

KE ATAS)

4. BAYARAN TOL SEBAGAIMANA RESIT/

KADAR DITETAPKAN PLUS

SEBAGAIMANA RESIT/KADAR

DITETAPKAN PLUS

5. ELAUN MENGHADIRI PROGRAM/MAJLIS/KURSUS/SEMINAR/PERSIDANGAN

50.00/HARI 25.00/HARI

6. BAYARAN MENJADI SAKSI KOPERASI DALAM PERBICARAAN DI MAHKAMAH

100.00/HARI 50.00/HARI

7. ELAUN MESYUARAT BULANAN/KHAS 50.00/HARI 25.00/HARI

8. ELAUN MENENTUSAH MINIT MESYUARAT AGUNG

50.00/HARI 50.00/HARI

9. ELAUN MESYUARAT AUDIT BERSAMA LEMBAGA 50.00/HARI 25.00/HARI

10. ELAUN MESYUARAT JAWATANKUASAPENGERUSI/SETIAUSAHAAHLI JAWATANKUASA

35.00/HARI25.00/HARI

35.00/HARI25.00/HARI

11. ELAUN TUGAS MESYUARAT AGUNG100.00/HARI 50.00/HARI

12. ELAUN TUGAS KHAS/URUSETIA KURSUS/AKTIVITI 50.00/HARI 30.00/HARI

13. ELAUN GANTIAN MAKAN :- MESYUARAT LEMBAGA/KHAS LEMBAGA- JAWATANKUASA KECIL

25.00/HARI10.00/HARI

25.00/HARI10.00/HARI

14. ELAUN PENCERAMAH :(KECUALI ADA KEPAKARAN AKAN DIBAYAR MENGIKUT KADAR YANG DIPUTUSKAN OLEH LEMBAGA)

100.00/JAM 100.00/JAM

- 6 -

BIl JENIS ElauNKaDar ElauN (rM)

alK/JaD/EX-OFFICIO

PEKErJa/aNGGOta

15. ELAUN TELEFON :- PENGERUSI, TIMBALAN PENGERUSI,

SETIAUSAHA, BENDAHARI- ANGGOTA LEMBAGA SAHAJA- PENGURUS- PEKERJA (SEORANG SAHAJA)

70.00/BULAN

50.00/BULAN100.00/BULAN50.00/BULAN

-

16. ELAUN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN 30.00/JAM(MAKSIMA 400.00/

BULAN)-

17. ELAUN BADAN SYARIAH UNTUK 1 KALI PERSIDANGAN

200.00 (PENGERUSI

DAN AHLI BADAN SYARIAH)

100.00 (SETIAUSAHA)

100.00 (PENGERUSI J/K

SYARIAH)

(UNTUK MESYUARAT BERSAMA LEMBAGA

SAHAJA)

-

18. ELAUN SEMAKAN PINJAMAN BESAR DAN KECEMASAN(PENGERUSI, TIMBALAN PENGERUSI, SETIAUSAHA, BENDAHARI)

100.00/BULAN-

- Mesyuarat Lembaga dan Mesyuarat Khas Lembaga yang melebihi 7 jam akan dibayar dua (2) kali ganda.

- Sekiranya jatuh pada hari Kelepasan Am, elaun Mesyuarat Lembaga akan dibayar dua (2) kali ganda.

- Sekiranya jatuh pada hari Kelepasan Am dan melebihi 7 jam, elaun Mesyuarat Lembaga akan dibayar tiga (3) kali ganda.

- Bayaran elaun di atas adalah tertakluk kepada keputusan Mesyuarat Lembaga sepenuhnya.

- 7 -

aturaN aKtIVItI KuMPulaN WaNG KEBaJIKaN aM

tajuk dan mula berkuat kuasa1. (1) Aturan ini hendaklah dinamakan Aturan Aktiviti Kumpulan Wang Kebajikan Am Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad.

(2) Aturan ini diwujudkan menurut Undang-undang Kecil 9(3) Koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Tahunan dan dikemukakan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

tafsiran2. Di dalam Aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain –

“Koperasi” ertinya Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad;

“lembaga” ertinya badan pengelola Koperasi yang dilantik mengikut undang-undang kecil koperasi.

“Kumpulan Wang Kebajikan am” ertinya satu kumpulan wang yang diwujudkan daripada peruntukan tidak lebih daripada 2.5% keuntungan bersih Koperasi ini tahun semasa dan telah diluluskan oleh Mesyuarat Agung Koperasi;

“anak Yatim” ertinya anak yang kematian bapa yang berumur 18 tahun ke bawah;

“Miskin” ertinya orang yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan;

“Bencana alam” ertinya malapetaka seperti banjir, tanah runtuh, kebakaran, ribut, gempa bumi dan malapetaka yang mendatangkan kemusnahan kepada nyawa dan harta benda; dan

“Penyakit Kronik” ertinya sakit yang tidak ada harapan sembuh, tidak berupaya bekerja dan memerlukan perbelanjaan perubatan yang tinggi dan mendapat pengesahan pakar perubatan.

tujuan3. Tujuan aturan ini diwujudkan adalah untuk memberi bantuan kepada orang perseorangan dan badan-badan tertentu seperti berikut:-

(1) Anak Yatim;

(2) Miskin;

(3) Mereka yang berada di dalam keadaan kesusahan seperti kebakaran rumah, banjir, tanah runtuh dan bencana alam yang lain menyebabkan kerosakan harta benda;

(4) Bantuan kepada badan-badan sukarela, kelab-kelab kebajikan, surau, masjid serta pertubuhan-pertubuhan yang bertujuan untuk kebajikan sosial;

(5) Mereka yang berada dalam kesusahan mengikut budibicara Lembaga;

(6) Banjir yang menyebabkan perabot dan kelengkapan rumah musnah atau rosak;

(7) Tanah runtuh menyebabkan kerosakan kepada tempat kediaman;

- 8 -

(8) Bencana-bencana alam yang lain yang menyebabkan kerosakan kepada harta benda anggota;

(9) Memberi bantuan kepada anggota-anggota serta tanggungan untuk perbelanjaan perubatan bagi penyakit kronik yang pada pendapat Lembaga boleh diberi bantuan; dan

(10) Memberi sumbangan bagi memperingati peristiwa penting yang berlaku dikalangan anggota sepanjang keanggotaan.

Kadar Sumbangan4. Kadar sumbangan adalah seperti berikut:-

(1) Rawatan/perubatan RM300.00;

(2) Bencana alam RM300.00; atau

(3) Kadar yang ditentukan oleh Lembaga mengikut kesesuaian semasa dan bergantung kepada keadaan kewangan Kumpulan Wang ini. Keputusan Lembaga bagi menentukan kadar sumbangan yang boleh diberi kepada sesuatu permohonan itu adalah muktamad.

Sumber Kewangan5. Sumber kewangan bagi melaksanakan ini diperoleh daripada:-

(1) Peruntukan tidak lebih daripada 2.5% keuntungan bersih koperasi ini tahun semasa; dan

(2) Sumbangan dari lain pihak-pihak.

Permohonan6. (1) Semua permohonan untuk mendapatkan sumbangan daripada Kumpulan Wang ini hendaklah dibuat dengan menulis surat kepada Setiausaha Koperasi.

(2) Permohonan boleh dihantar pada bila-bila masa (tetapi tidaklah melepasi tahun semasa) berserta dengan kenyataan-kenyataan dan dokumen-dokumen sokongan.

(3) Setiausaha akan menentukan permohonan itu dibuat mengikut kehendak-kehendak dan syarat-syarat aturan ini sebelum diperakukan kepada jawatankuasa.

(4) Permohonan akan diproses mengikut carta aliran permohonan sumbangan kebajikan am Koperasi.

(5) Melainkan pembayaran khairat kematian, semua bayaran bantuan boleh dibuat hanya selepas tarikh Lembaga mengadakan mesyuarat bagi meluluskannya dan boleh dibayar serta merta setelah Jawatankuasa Kebajikan Anggota dan Khairat Kematian berpuashati atas ketulenan sesuatu permohonan itu.

- 9 -

Memproses Permohonan7. (1) Jawatankuasa Kebajikan Am dan Khairat Kematian hendaklah menyemak senarai permohonan serta dokumen-dokumen sokongan.

(2) Jawatankuasa ini hendaklah membuat perakuan dan membentangkan dalam Mesyuarat Lembaga bagi kelulusan.

Pembayaran8. (1) Semua bayaran daripada Kumpulan Wang ini hendaklah dibuat atau dibayar selepas diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga.

(2) Bayaran hendaklah dibuat dengan cek.

Penggantungan Kumpulan Wang9. (1) Jikalau kedudukan kewangan Kumpulan Wang ini tidak mengizinkan lagi untuk mengeluarkan sumbangan, maka Lembaga hendaklah menggantung aktiviti Kumpulan Wang ini sehingga kedudukan kewangan tersebut dapat dipulihkan semula.

(2) Semua anggota Koperasi hendaklah dimaklumkan melalui pekeliling.

Pertikaian10. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham atas tafsiran aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya menurut Undang-undang Kecil 85 (1) Koperasi ini.

Pentadbiran11. Kumpulan wang ini hendaklah ditadbirkan oleh Lembaga atau sebuah Jawatankuasa yang dilantik olehnya menurut perenggan 48(1)(U),(V) dan (2) Undang-undang Kecil Koperasi ini.

Aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi ke-45 pada 18 Jun 2011.

Aturan ini telah dipinda dalam Mesyuarat Agung Tahunan Ke-46 pada 23 Jun 2012.

Aturan ini telah dipinda dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-47 pada 22 Jun 2013

.................................................. ................................................. (Sabtu Bin Basar) (Haji Ibrahim Bin Dato’ ali) Pengerusi Setiausaha

...............................................................(Mohd adenan Bin Marjon)

Bendahari

- 10 -

aturaN aKtIVItI KuMPulaN WaNG KHaIrat KEMatIaN

tajuk dan mula berkuat kuasa1. (1) Aturan ini hendaklah dinamakan Aturan Aktiviti Kumpulan Wang Khairat Kematian Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad.

(2) Aturan ini diwujudkan menurut Undang-undang Kecil 9(3) Koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Tahunan dan dikemukakan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

tafsiran2. Di dalam Aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain –

“anak” ertinya anak kandung atau anak angkat yang berdaftar;

“Ibu atau bapa” ertinya ibu atau bapa kandung, atau ibu atau bapa angkat berdaftar;

“Koperasi” ertinya Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad;

“lembaga” ertinya badan pengelola Koperasi ini yang padanya pengurusan hal-ehwal Koperasi ini diamanahkan sebagaimana ditakrifkan dibawah seksyen 2 Akta Koperasi 1993; dan

“Kumpulan Wang Khairat Kematian” ertinya Kumpulan Wang yang diwujudkan daripada peruntukan tidak lebih daripada 2.5% keuntungan bersih Koperasi tahun semasa dan telah diluluskan oleh Mesyuarat Agung Koperasi.

tujuan3. Tujuan Kumpulan Wang khairat Kematian (selepas ini disebut Kumpulan Wang ini) diwujudkan adalah untuk memberi bantuan kepada anggota-anggota yang berada dalam kesusahan kerana perkara-perkara berikut:-

(1) Kematian;

(2) Membiayai perbelanjaan pengurusan jenazah dan sebagainya apabila berlaku kematian pada anggota atau keluarganya.

Kadar Bantuan4. (1) Koperasi bolehlah memberi bantuan/sumbangan kepada anggota-anggota melalui Kumpulan Wang ini atas kadar berikut:

(a) Kematian anggota sebanyak RM1,000.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ribu Sahaja);

(b) Kematian suami atau isteri anggota sebanyak RM500.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus Sahaja);

(c) Kematian ibubapa anggota sebanyak RM300.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Sahaja);

(d) Kematian anak kandung, anak angkat dan anak tiri yang sah sebanyak RM300.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Sahaja); dan

(2) Jumlah bantuan atau sumbangan bagi tujuan selain daripada yang ditetapkan di dalam perenggan 3(a) hingga 3(d) adalah bergantung kepada budibicara Lembaga untuk menentukan.

- 11 -

Permohonan5. (1) Semua permohonan daripada Kumpulan Wang ini hendaklah dibuat dengan menghantar surat atau borang yang disediakan kepada Setiausaha Koperasi berserta dengan dokumen sokongan yang sah.

(2) Setiausaha akan menentukan permohonan itu dibuat mengikut kehendak-kehendak atau syarat-syarat aturan Kumpulan Wang ini.

(3) Permohonan-permohonan tersebut bolehlah kemukakan pada bila-bila masa yang diperlukan dengan kenyataan-kenyataan serta bukti-buktinya dan dokumen sokongan kepada Setiausaha Koperasi ini yang akan memproses dan memperakukan kepada Lembaga untuk dipertimbangkan.

Sumber Kewangan6. Sumber kewangan bagi melaksanakan aturan ini diperoleh daripada peruntukan yang diluluskan Mesyuarat Agung menurut Undang-undang Kecil 70(1)(2)(d).

Pentadbiran7. Kumpulan wang ini hendaklah ditadbirkan oleh Lembaga atau sebuah Jawatankuasa yang dilantik olehnya menurut perenggan 48(1)(U),(V) dan (2) Undang-undang Kecil Koperasi ini.

Memproses Permohonan8. (1) Surat atau borang permohonan yang diterima oleh Setiausaha koperasi ini hendaklah disemak sebelum dikemukakan kepada Jawatankuasa Kebajikan dan Khairat Kematian. Pertimbangan Jawatankuasa ini hendaklah berdasarkan kepada bukti-bukti dan kenyataan-kenyataan yang ada dikemukakan bersama-sama dengan borang-borang permohonan dan seterusnya membuat perakuan-perakuan kepada Lembaga bagi mencadangkan kadar bantuan yang boleh dipertimbangkan oleh Lembaga.

(2) Semua bayaran hendaklah dibuat dengan cek.

Penggantungan Kumpulan Wang9. (1) Jikalau kedudukan kewangan Kumpulan Wang ini tidak mengizinkan lagi untuk mengeluarkan sumbangan, maka Lembaga hendaklah menggantung aktiviti Kumpulan Wang ini sehingga kedudukan kewangan tersebut dapat dipulihkan semula.

(2) Semua anggota Koperasi hendaklah dimaklumkan melalui pekeliling.

Pertikaian10. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham atas tafsiran aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya menurut Undang-undang Kecil 85 (1) Koperasi ini.

Aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi ke-45 pada 18 Jun 2011.

Aturan ini telah dipinda dalam Mesyuarat Agung Tahunan Ke-46 pada 22 Jun 2012.

Aturan ini telah dipinda dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-47 pada 22 Jun 2013

.................................................. ................................................. (Sabtu Bin Basar) (Haji Ibrahim Bin Dato’ ali) Pengerusi Setiausaha

...............................................................(Mohd adenan Bin Marjon)

Bendahari

- 12 -

aturaN aKtIVItI KEaNGGOtaaN

tajuk dan mula berkuat kuasa1. (1) Aturan ini dinamakan Aturan Aktiviti Keanggotaan Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad.

(2) Aturan ini diwujudkan menurut Undang-undang Kecil 9(3) Koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Tahunan dan dikemukakan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

tafsiran2. Dalam Aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain -

“akta” ertinya Akta Koperasi 1993 dan pindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke semasa;

“anggota” ertinya termasuklah seseorang yang turut sama dalam permohonan pendaftaran Koperasi ini dan yang telah menandatangani minit Mesyuarat Agung permulaan Koperasi dan seseorang yang diterima menjadi anggota mengikut Peraturan-peraturan Koperasi 1995, Undang-undang Kecil dan Akta Koperasi;

“arahan” ertinya arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia kepada Koperasi dari semasa ke semasa;

“aturan” ertinya aturan-aturan yang dibuat oleh Lembaga dari semasa ke semasa bagi melaksanakan mana-mana aktiviti yang dijalankan oleh Koperasi tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta Koperasi 1993, Peraturan, Undang-undang Kecil dan kelulusan mesyuarat agung;

“Garis Panduan” ertinya garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia kepada Koperasi dari semasa ke semasa;

“Kawasan Operasi” ertinya kawasan dimana Koperasi ini dibolehkan mendapat anggotanya;

“Kesalahan Boleh Daftar” ertinya kesalahan yang boleh didaftarkan dibawah Akta Pendaftaran Penjenayah-penjenayah dan Orang-orang Tak Diingini 1969, sebagimana yang ditakrifkan menurut Jadual Pertama dan kedua kepada Akta itu;

“Koperasi” atau “Koperasi ini” ertinya Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad;

“lembaga” ertinya badan pengelola Koperasi ini yang kepadanya pengurusan hal-ehwal Koperasi ini diamanahkan, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab pembangunan koperasi, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;

- 13 -

“Pegawai” berhubung dengan Koperasi ertinya seorang pengerusi, setiausaha, bendahari atau mana-mana anggota lain Lembaga, dan termasuklah ketua pegawai eksekutif, mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Lembaga, peraturan atau perintah atau Undang-undang Kecil untuk memberi arahan berkenaan dengan urusan Koperasi ini atau, mana-mana pekerja, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993; dan

“Peraturan” ertinya peraturan-peraturan yang dibuat dibawah Akta Koperasi 1993 dan pindaan-pindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke semasa.

tujuan aturan3. (1) Tujuan Aturan Aktiviti Jawatankuasa Keanggotaan ini diwujudkan adalah untuk memberi garis panduan kepada Lembaga dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti Jawatankuasa keanggotaan Koperasi.

(2) Untuk menjalankan prosedur atau pun peraturan yang berkaitan dengan permohonan menjadi ahli Koperasi dan permohonan berhenti menjadi anggota Koperasi serta pemberhentian atau menarik diri daripada Koperasi.

(3) Untuk merancang strategi menambah keanggotaan.

(4) Untuk melaksanakan dasar-dasar Koperasi berkaitan keaggotaan Koperasi.

(5) Mencadangkan permohonan anggota baru dan permohonan berhenti menjadi anggota Koperasi kepada mesyuarat bulanan Lembaga.

(6) Sumbangan kepada anggota-anggota bersara daripada perkhidmatan sebanyak tidak lebih RM200.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Sahaja).

(7) Anggota-anggota yang membawa orang menjadi anggota baru koperasi akan dibayar saguhati RM10.00 seorang sekiranya permohonan mereka diterima dan diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Koperasi.

Pentadbiran4. (1) Jawatankuasa ini hendaklah mempastikan Setiausaha Koperasi menyediakan buku daftar rekod keanggotaan terkini dan sentiasa diletakkan di kaunter bagi kemudahan jawatankuasa khususnya dan anggota-anggota amnya untuk membuat semakan keahlian pada bila-bila masa.

(2) Jawatankuasa ini hendaklah mempastikan buku rekod permohonan berhenti menjadi anggota Koperasi setiap masa dan sentiasa dikemaskini oleh pentadbiran Koperasi.

(3) Jawatankuasa ini hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi menyemak borang-borang permohonan menjadi ahli dan permohonan berhenti menjadi ahli mengikut agenda berikut:-

(a) Ucapan pengerusi mesyuarat;

(b) Mengesahkan dan menerima minit mesyuarat yang lalu;

(c) Perkara berbangkit;

(d) Menyemak dan menimbangkan permohonan menjadi anggota;

- 14 -

(e) Menyemak dan menimbangkan permohonan berhenti menjadi anggota kerana

(i) Bersara wajib pilihan;

(ii) Berhenti berkhidmat; (iii) Meninggal dunia;

(iv) Berpindah;

(v) Masalah Kewangan; dan

(vi) Sakit kronik

(f) Hal-hal lain (jika ada)

(4) Jawatankuasa ini hendaklah menguruskan perolehan cenderahati kepada anggota bersara.

Makluman Kepada Mesyuarat agung5. Jawatankuasa ini hendaklah membentangkan di dalam mesyuarat agung tahunan, laporan-laporan mengenai aktiviti-aktiviti jawatankuasa ini serta membuat cadangan-cadangan bagi memajukannya.

Pertikaian6. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham atas tafsiran aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya menurut Undang-undang Kecil 85 (1) Koperasi ini.

Aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi ke-45 pada 18 Jun 2011.

Aturan ini telah dipinda dalam Mesyuarat Agung Tahunan Ke 46 pada 22 Jun 2012.

Aturan ini telah dipinda dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-50 pada 4 Jun 2016.

.................................................. ................................................. (Sabtu Bin Basar) (Haji Ibrahim Bin Dato’ ali) Pengerusi Setiausaha

...............................................................(Mohd adenan Bin Marjon)

Bendahari

- 15 -

aturaN aKtIVItI latIHaN DaN PENDIDIKaN

tajuk dan mula berkuat kuasa1. (1) Aturan ini dinamakan Aturan Aktiviti Latihan dan Pendidikan Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad.

(2) Aturan ini diwujudkan menurut Undang-undang Kecil 9(3) Koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Tahunan dan dikemukakan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

tafsiran2. Dalam aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain –

“anggota” ertinya anggota Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad;

“Pekerja” ertinya pekerja Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad

“latihan dan Pendidikan” ertinya semua kursus, seminar dan bengkel yang ditawarkan, dianjurkan atau dijalankan oleh Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad; dan

“Peruntukan” ertinya sejumlah peruntukan yang diwujudkan daripada pendapatan bersih Koperasi bagi membolehkan koperasi mengadakan aktiviti pendidikan bagi anggotanya dan pekerja, memberi latihan dan pendidikan kepada anggota-anggota Koperasi untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.

tujuan aturan3. (1) Tujuan Aturan Aktiviti Latihan dan Pendidikan ini diwujudkan adalah untuk memberi garis panduan kepada Lembaga dalam melaksanakan aktiviti Latihan dan Pendidikan.

(2) Untuk menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan latihan dan pendidikan anggota dan pekerja yang boleh meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan sikap (KSA) seterusnya dapat membawa kepada perubahan minda dan sikap yang positif kepada mereka.

(3) Untuk merancang strategi latihan dan pendidikan anggota dan pekerja Koperasi.

(4) Untuk memberi pendedahan kepada anggota dan pekerja Koperasi berkaitan perkembangan-perkembangan terkini Koperasi, SKM, ANGKASA, MKM dan lain-lain yang berkaitan.

(5) Untuk melaksanakan dasar-dasar dan peluang-peluang latihan serta pendidikan yang disediakan oleh SKM, MKM dan ANGKASA.

(6) Menggalakan anggota dan pekerja Koperasi meningkatkan lagi tahap kecekapan mereka.

Sumber Kewangan4. (1) Sumber kewangan bagi melaksanakan aturan ini diperoleh daripada peruntukan yang diluluskan mesyuarat agung menurut Undang-undang Kecil 70(1)(2)(d).

(2) Derma dan sumbangan daripada lain-lain pihak.

- 16 -

Pentadbiran5. (1) Jawatankuasa ini hendaklah menyediakan jadual program latihan dan pendidikan untuk anggota dan pekerja Koperasi secara berterusan mengikut program tersebut secara berperingkat-peringkat.

(2) Dalam sesuatu tempoh, semua anggota Lembaga dan pekerja Koperasi hendaklah telah mengikuti program latihan dan pendidikan sekurang-kurangnya 3 hari setahun.

(3) Jawatankuasa ini menerima dan memproses semua permohonan untuk mengikuti program-program latihan dan pendidikan daripada anggota dan pekerja Koperasi serta memperakukan perkara-perkara yang layak, manakala Lembaga akan mengesahkan dalam Mesyuarat Lembaga.

(4) Lembaga bolehlah melantik Jawatankuasa Latihan dan Pendidkan dibawah Undang-undang Kecil 48(1)(U),(V) dan (2)Koperasi ini untuk menjalankan tugas-tugas dan kewajipan berikut:-

(a) Merancang dan mengatur program latihan dan pendidikan yang sesuai dengan Koperasi ini untuk anggota dan pekerja Koperasi;

(b) Merancang dan mengatur program latihan dan pendidikan yang boleh meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan sikap dikalangan anggota Koperasi yang akhirnya dapat meningkatkan lagi taraf ekonomi dan sosial anggota dan pekerja Koperasi;

(c) Membuat pemberitahuan tentang program-program latihan dan pendidikan Koperasi kepada anggota dan pekerja Koperasi;

(d) Membuat cadangan ke atas semua kursus, seminar dan bengkel yang sesuai untuk anggota dan pekerja Koperasi;

(e) Membuat penilaian dan kajian ke atas keberkesanan Program-program latihan dan pendidikan yang dicadangkan, dianjurkan atau dijalankan oleh Koperasi; dan

(f) Menjalankan sebarang tugas dan kewajipan lain yang ditentukan oleh Lembaga ke atasnya dari semasa kesemasa.

Permohonan6. (1) Semua permohonan daripada anggota dan pekerja Koperasi untuk mengikut program-program latihan dan pendidikan daripada SKM, MKM, ANGKASA dan agensi/jabatan/koperasi luar hendaklah dikemukakan kepada jawatankuasa ini untuk diproses dan diperakukan seterusnya dibawa kepada Mesyuarat Lembaga bagi kelulusan.

(2) Jikalau sesuatu kursus, seminar atau bengkel daripada SKM, MKM, ANGKASA dan agensi/jabatan/koperasi luar kepada koperasi luar kepada Koperasi ini ditawarkan dalam tempoh masa yang singkat dan terhad serta memerlukan jawapan segera, maka jawatankuasa ini yang terdiri sekurang-kurangnya 3 orang dan disokong sekurang-kurangnya oleh 3 orang Lembaga yang bukan jawatankuasa ini, bolehlah memutuskan peserta-peserta yang layak dan sesuai untuk menghadiri kursus/seminar atau bengkel berkenaan dan dibawa ke Mesyuarat Lembaga untuk kelulusan.

- 17 -

(3) Semua anggota dan pekerja Koperasi ini yang ingin mengikuti mana-mana kursus, seminar dan bengkel yang tidak melalui jawatankuasa ini, maka tidak boleh membuat sebarang tuntutan dalam Koperasi ini.

(4) Anggota Lembaga yang ingin mengikuti program latihan di SKM, MKM, ANGKASA dan agensi/jabatan/Koperasi luar hendaklah terus memaklumkan di dalam Mesyuarat Lembaga untuk kelulusan sebelum tarikh kursus/program/seminar tersebut bermula.

Memproses Permohonan7. (1) Borang-borang permohonan, apabila diterima hendaklah diproses oleh Setiausaha koperasi ini untuk menentukan permohonan-permohonan itu dibuat mengikut kehendak-kehendak dan syarat-syarat Aturan untuk sebelum diperakukan kepada Jawatankuasa Latihan dan Pendidikan.

(2) Permohonan mengikut aktiviti latihan dan pendidikan koperasi ini hendaklah dihantar selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh tutup yang ditetapkan oleh pihak berkenaan, kepada jawatankuasa ini untuk diproses.

(3) Permohonan dan keputusan untuk mengikuti aktiviti latihan dan pendidikan koperasi ini akan dimaklumkan kepada semua pemohonan oleh Setiausaha Koperasi.

Makluman Kepada Mesyuarat agung8. Lembaga hendaklah membentangkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan, laporan-laporan mengenai aktiviti-aktiviti jawatankuasa serta membuat cadangan-cadangan bagi memajukannya.

Pertikaian9. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham atas tafsiran aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya menurut Undang-undang Kecil 85 (1) Koperasi ini.

Aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi ke-45 pada 18 Jun 2011.

Aturan ini dipinda dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi ke-46 pada 23 Jun 2012

.................................................. ................................................. (Sabtu Bin Basar) (Haji Ibrahim Bin Dato’ ali) Pengerusi Setiausaha

...............................................................(Mohd adenan Bin Marjon)

Bendahari

- 18 -

aturaN aKtIVItI KuMPulaN WaNG GalaKaN PENDIDIKaN

tajuk dan mula berkuat kuasa1. (1) Aturan ini dinamakan Aturan Aktiviti Kumpulan Wang Galakan Pendidikan Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad.

(2) Aturan ini diwujudkan menurut Undang-undang Kecil 9(3) Koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Tahunan dan dikemukakan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

tafsiran2. Dalam aturan ini, melainkan jika konteknya menghendaki makna yang lain;

“Kumpulan Wang Galakan Pendidikan” ertinya kumpulan wang yang diwujudkan daripada pendapatan bersih Koperasi bagi membolehkan Koperasi mengadakan aktiviti pendidikan bagi anggotanya dan pekerja memberi hadiah pelajaran kepada anak-anak anggota dan anak-anak pekerja Koperasi sebagai perangsang dan galakan di atas pencapaian mereka dalam pelajaran;

“Calon-calon” ertinya anggota, anak anggota Koperasi, pekerja dan anak pekerja Koperasi yang dipertimbangkan untuk menerima hadiah pelajaran; dan

“aktiviti pendidikan” ertinya aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan kemahiran dan pengetahuan yang boleh membawa kepada perubahan sikap dan perbuatan yang positif.

tujuan aturan3. Menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan anggota, anak anggota, pekerja dan anak pekerja Koperasi seperti yang dimaksudkan oleh Kumpulan wang ini.

Sumber Kewangan4. Sumber kewangan bagi melaksanakan aktiviti ini diperolehi daripada:-

(1) Sumber kewangan bagi melaksanakan aturan ini diperoleh daripada peruntukan yang diluluskan Mesyuarat Agung menurut Undang-undang Kecil 70(1)(2)(d) Koperasi ini;

(2) Pulangan pelaburan wang kumpulan wang ini; dan

(3) Derma dan sumbangan daripada anggota-anggota dan lain-lain pihak.

Pentadbiran5. (1) Kumpulan wang ini hendaklah ditadbirkan oleh Lembaga yang pada tiap-tiap tahun menyediakan jadual program Galakan Pendidikan.

(2) Bagi hadiah pelajaran, Lembaga juga berkuasa atas segala keputusan memilih dan menolak calon-calon, memberi, menahan, menyambung dan menetapkan amaun hadiah pelajaran yang hendak dikeluarkan serta memberhentikan pembayaran serta apa jua difikirkan munasabah oleh Lembaga.

- 19 -

(3) Lembaga boleh melantik Jawatankuasa Galakan Pendidikan di bawah Undang-undang Kecil 48(1)(U),(V) dan (2) Koperasi ini untuk menjalankan tugas-tugas dan kewajipan:-

(a) Merancang, mengatur dan melaksanakan program galakan pendidikan; (b) Merancang dan mengatur program latihan yang boleh meningkatkan kemahiran

dikalangan anggota,anak anggota, pekerja dan anak pekerja Koperasi; (c) Menyumbangkan hadiah pelajaran, mengatur atau pemberitahuan tentang

penganugerahan hadiah pelajaran; (d) Menemuduga calon-calon, jika perlu; (e) Membuat penilaian terhadap permohonan yang diterima; (f) Menjalankan sebarang tugas dan kewajipan lain yang ditentukan oleh Lembaga

keatasnya dari semasa ke semasa; dan (g) Mengadakan program-program pendidikan dan motivasi kepada anak-anak

anggota dan anak-anak pekerja Koperasi.

(4) Calon-calon yang dipilih untuk menerima hadiah pelajaran bagi anak anggota dan anak pekerja Koperasi adalah terdiri daripada kategori berikut:-

(a) Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR); (b) Darjah Khas (Sekolah Agama Johor); (c) Penilaian Menengah Rendah (PMR)/Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA); (d) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) /

Sijil Menengah Agama (SMA); dan (e) Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia/Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

(STPM) / Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

(5) Calon-calon yang dipilih daripada kalangan anggota dan pekerja Koperasi adalah kategori berikut:-

(a) Diploma (IPTA); dan (b) Ijazah (IPTA).

Jenis Hadiah/Pemberian6. Hadiah/Pemberian yang dikeluarkan dibawah kumpulan wang ini adalah didalam bentuk wang tunai atau barangan kepada mereka yang layak.

Nilai Hadiah/Pemberian7. Nilai hadiah/pemberian yang boleh dikeluarkan pada setiap tahun hendaklah diputuskan oleh Lembaga bergantung kepada kedudukan kewangan kumpulan wang ini.

Permohonan8. Semua permohonan untuk hadiah pelajaran hendaklah dibuat menggunakan borang rasmi yang disediakan oleh Koperasi ini beserta dokumen sokongan yang disahkan.

Memproses Permohonan9. (1) Borang-borang permohonan, apabila diterima, hendaklah diproses oleh jawatankuasa ini untuk menentukan permohonan-permohonan itu dibuat mengikut kehendak-kehendak dan syarat-syarat Aturan ini sebelum diperakukan kepada Lembaga.

- 20 -

(2) Pertimbangan Jawatankuasa Galakan Pendidikan hendaklah berdasarkan kepada bukti-bukti dan kenyataan-kenyataan yang ada didalam borang permohonan. Jawatankuasa ini seterusnya akan membuat perakuan-perakuan kepada Lembaga mencadangkan kadar bantuan yang boleh dipertimbangkan oleh Lembaga.

Pertikaian10. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham atas tafsiran aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya menurut Undang-undang Kecil 85 (1) Koperasi ini.

Aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi ke-45 pada 18 Jun 2011

Aturan ini dipinda dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi ke-46 pada 23 Jun 2012.

.................................................. ................................................. (Sabtu Bin Basar) (Haji Ibrahim Bin Dato’ ali) Pengerusi Setiausaha

...............................................................(Mohd adenan Bin Marjon)

Bendahari

- 21 -

aturaN aKtIVItI ICt, PErHuBuNGaN aWaM DaN aDuaN

tajuk dan mula berkuat kuasa1. (1) Aturan ini dinamakan Aturan Aktiviti ICT, Perhubungan Awam dan Aduan Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad.

(2) Aturan ini diwujudkan menurut Undang-undang Kecil 9(3) Koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Tahunan dan dikemukakan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

tafsiran2. Dalam aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain –

“ICt” ertinya teknologi maklumat dan komunikasi yang dipraktikan secara menyeluruh didalam pentadbiran Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad;

“aktiviti Perhubungan awam” ertinya interaksi dua hala antara koperasi dengan Anggota dan pihak luar;

“Keselamatan” ertinya melindungi Koperasi yang boleh menjejaskan dan menjatuhkan imej Koperasi;

“aduan” ertinya sebarang maklumbalas yang diterima oleh Koperasi melalui laman web, telefon, surat, borang aduan dan secara lisan; dan

“Perolehan” ertinya membeli kelengkapan, perkhidmatan, peralatan dan lain-lain yang berkaitan dengan ICT.

tujuan3. (1) Aktiviti ICT ialah untuk menjalankan dan meningkatkan secara menyeluruh sistem pentadbiran Koperasi berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi yang terkini.

(2) Aktiviti Perhubungan Awam ialah untuk menjalankan aktiviti yang melibatkan persiapan dan menyelaras sebelum, semasa dan selepas sesuatu acara majlis, seperti kunjungan samada lawatan dari luar dan keluar koperasi.

(3) Aktiviti Aduan ialah menerima, menyemak surat layang dan merujuk kepada lembaga untuk tindakan selanjutnya.

Sumber Kewangan4. Sumber kewangan bagi melaksanakan aktiviti ini diperolehi daripada:

(1) Peruntukan daripada keuntungan bersih Koperasi ini yang diusulkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan; dan

(2) Derma atau sumbangan daripada pihak ketiga.

- 22 -

Pentadbiran5. Aktiviti ini hendaklah ditadbir oleh jawatankuasa ini yang dilantik khas oleh Lembaga yang sentiasa diselia dan dipantau perjalanannya.

Makluman Kepada Mesyuarat agung6. Lembaga hendaklah membentangkan didalam Mesyuarat Agung Tahunan, laporan-laporan mengenai aktiviti-aktiviti Jawatankuasa ICT, Perhubungan Awam dan Aduan ini serta membuat cadangan-cadangan bagi memajukannya.

Pertikaian7. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham atas tafsiran aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya menurut Undang-undang Kecil 85 (1) Koperasi ini.

Aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi ke-45 pada 18 Jun 2011

Aturan ini dipinda dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi ke-46 pada 23 Jun 2012.

.................................................. ................................................. (Sabtu Bin Basar) (Haji Ibrahim Bin Dato’ ali) Pengerusi Setiausaha

...............................................................(Mohd adenan Bin Marjon)

Bendahari

- 23 -

aturaN aKtIVItI PENGuruSaN DaN PElaBuraN

tajuk dan mula berkuat kuasa1. (1) Aturan Aktiviti Pengurusan dan Pelaburan dan Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad.

(2) Aturan ini diwujudkan menurut Undang-undang Kecil 9(3) Koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Tahunan dan dikemukakan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

tafsiran2. Dalam aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain;

“Pengurusan” ertinyanya tindakan Lembaga bagi mengurus tadbir Koperasi secara umum demi memastikan imej dan kepentingan Koperasi terpelihara; dan

“Pelaburan” ertinya menggunakan wang Koperasi atau sumber lain bagi perolehan dan penjualan aset dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan.

tujuan3. Tujuan aktiviti pelaburan diwujudkan adalah untuk meningkatkan lagi pendapatan Koperasi dan seterusnya memberi manfaat kepada anggotanya dengan mendapat kelulusan Suruhanjaya.

Sumber Kewangan4. Sumber kewangan bagi melaksanakan aktiviti ini diperolehi daripada:

(1) Keuntungan bersih Koperasi ini diluluskan oleh Mesyuarat Agung mengikut Undang-undang Kecil 70(1) Koperasi ini.

Pentadbiran5. (1) Aktiviti pelaburan ini hendaklah dilaksanakan oleh Lembaga atau sebuah Jawatankuasa yang dilantik olehnya dibawah Undang-undang Kecil 48(1)(U),(V) dan (2) Koperasi ini. Lembaga bertangggjawab untuk:

(a) Memantau dan mengurus pentadbiran koperasi secara menyeluruh agar segala aktiviti dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan;

(b) Merancang segala aktiviti pelaburan dan pembangunan yang dijalankan oleh Koperasi ini; dan

(c) Melaksanakan segala aktiviti tersebut mengikut undang-undang yang berkenaan.

(2) Kelulusan dan jumlah peruntukan memuat sebarang pelaburan bagi suatu tempoh hendaklah diputuskan oleh Lembaga dan kelulusan Suruhanjaya.

(3) Lembaga hendaklah melantik Jawatankuasa yang membuat kajian dan mengesyorkan cadangan kepada Lembaga untuk diluluskan.

- 24 -

(4) Laporan aktiviti pelaburan hendaklah dibentangkan dalam Penyata Kewangan Tahunan Koperasi.

(5) Lembaga bolehlah melabur dalam harta sebagaimana Seksyen 2 Akta Koperasi 1993.

Insentif6. Lembaga bolehlah memutuskan bayaran insentif kepada anggota Koperasi dan mana-mana pihak lain yang mendapatkan apa-apa sumber pendapatan yang menyumbang kepada keuntungan koperasi ini.

Pertikaian7. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham atas tafsiran aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya menurut Undang-undang Kecil 85 (1) Koperasi ini.

Aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi ke-45 pada 18 Jun 2011.

Aturan ini dipinda dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi ke-46 pada 23 Jun 2012.

.................................................. ................................................. (Sabtu Bin Basar) (Haji Ibrahim Bin Dato’ ali) Pengerusi Setiausaha

...............................................................(Mohd adenan Bin Marjon)

Bendahari

- 25 -

aturaN aKtIVItI KuMPulaN WaNG SOSIal DaN SuKaN

tajuk dan mula berkuat kuasa1. (1) Aturan ini dinamakan Aturan Aktiviti Kumpulan Wang Sosial dan Sukan Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad.

(2) Aturan ini diwujudkan menurut Undang-undang Kecil 9(3) Koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Tahunan dan dikemukakan kepada Suruhanjaya.

tafsiran2. Dalam aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain;

“program sukan” ertinya acara-acara sukan;

“lawatan sosial” ertinya lawatan sambil belajar yang memanfaatkan anggota;

“keluarga anggota” ertinya anggota Koperasi dan tanggungannya;

“pekerja koperasi” ertinya pegawai dan pekerja yang bekerja dengan Koperasi;

“keluarga pekerja Koperasi” ertinya pegawai dan kakitangan yang bekerja dengan Koperasi dan tanggunganya; dan

“Kumpulan Wang Sosial dan Sukan” ertinya satu kumpulan wang yang diwujudkan daripada keuntungan bersih Koperasi bagi membolehkan Koperasi menjalankan aktiviti sosial dan sukan untuk anggota, keluarga anggota, pekerja Koperasi dan keluarga pekerja Koperasi.

tujuan3. Tujuan Kumpulan Wang Sosial dan Sukan ini adalah untuk membolehkan Koperasi menjalankan aktiviti sosial dan sukan untuk anggota, keluarga anggota, pekerja Koperasi dan keluarga pekerja Koperasi.

Sumber Kewangan4. Sumber kewangan bagi melaksanakan aktiviti ini diperolehi daripada:

(1) Peruntukan daripada keuntungan bersih Koperasi ini yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan mengikut Undang-undang Kecil 70(1)(2)(d) Koperasi ini.

Pentadbiran5. Kumpulan wang ini hendaklah ditadbirkan oleh Lembaga atau Jawatankuasa Kecil yang dilantik olehnya menurut perenggan 48(1)(2)(V) Undang-undang Kecil Koperasi ini untuk menjalankan tugas-tugas dan kewajipan berikut :-

(1) Menganjurkan program sambutan hari-hari kebesaran Islam untuk anggota, keluarga anggota, pekerja Koperasi dan keluarga pekerja Koperasi;

- 26 -

(2) Menyediakan dan menganjurkan program sukan untuk anggota, keluarga anggota, pekerja Koperasi dan keluarga pekerja Koperasi;

(3) Menganjurkan lawatan-lawatan sosial didalam negeri dan keluar negara dengan diberi kemudahan pinjaman;

(4) Menganjurkan Hari Keluarga, Sukaneka dan majlis-majlis perjumpaan sosial. Untuk anggota, keluarga anggota, pekerja Koperasi dan keluarga pekerja Koperasi;

(5) Menyediakan hadiah-hadiah dan cenderahati bagi program sosial dan sukan tahunan;

(6) Membiayai perbelanjaan perlawanan persahabatan dan pertandingan–pertandingan sukan antara Koperasi ini dengan Jabatan/Agensi Kerajaan/Koperasi yang lain; dan

(7) Menjalankan sebarang tugas dan kewajipan lain yang ditentukan oleh Lembaga ke atasnya dari semasa ke semasa.

Pertikaian7. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham atas tafsiran aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya menurut Undang-undang Kecil 85 (1) Koperasi ini.

Aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi ke-45 pada 18 Jun 2011

Aturan ini dipinda dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi ke-46 pada 23 Jun 2012.

.................................................. ................................................. (Sabtu Bin Basar) (Haji Ibrahim Bin Dato’ ali) Pengerusi Setiausaha

...............................................................(Mohd adenan Bin Marjon)

Bendahari

- 27 -

aturaN aKtIVItI YuraN

tajuk dan mula berkuat kuasa1. (1) Aturan ini dinamakan Aturan Aktiviti Yuran Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad.

(2) Aturan ini diwujudkan menurut Undang-undang Kecil 9(3) Koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Tahunan dan dikemukakan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

tafsiran2. Dalam Aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain;

“ANGKASA” ertinya Angkatan Kebangsaan Koperasi Malaysia Berhad; dan“Pihak Berkuasa Tempatan” ertinya semua pihak berkuasa tempatan didalam daerah Johor

Bahru dan Kulaijaya.

tujuan3. Tujuan Aturan Yuran adalah untuk menjalankan aktiviti kutipan yuran dan pengeluaran yuran anggota koperasi ini menurut Undang-undang Kecil 60 dan subseksyen 50(c) Akta Koperasi 1993.

Sumber Kewangan4. Sumber kewangan bagi melaksanakan aktiviti ini diperolehi daripada:

(1) Caruman yuran anggota Koperasi mengikut Undang-undang Kecil 60 Koperasi ini.

Kaedah Caruman5. Setiap anggota yang diluluskan menjadi anggota Koperasi ini, diwajibkan mencarum yuran bulanan sekurang-kurangnya RM 50.00 (Ringgit Malaysia: Empat Puluh) menurut Undang-undang Kecil 60. Walaubagaimanapun anggota boleh membuat caruman lebih dengan mengisi Borang Tambahan Yuran. Permohonan pembiayaan mengikut syarat caruman yuran seperti berikut:

(1) Caruman RM50.00 – Jumlah pembiayaan RM50,000.00 ke bawah;(2) Caruman RM100.00 – Jumlah pembiayaan RM100,000.00 ke bawah;(3) Caruman RM150.00 – Jumlah pembiayaan RM150,000.00 ke bawah; dan(4) Caruman RM200.00 – Jumlah pembiayaan RM200,000.00 ke bawah.

Pertikaian6. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham atas tafsiran aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya menurut Undang-undang Kecil 85 (1) Koperasi ini.

Aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi ke-45 pada 18 Jun 2011.

Aturan ini dipinda dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi ke-46 pada 23 Jun 2012.

.................................................. ................................................. (Sabtu Bin Basar) (Haji Ibrahim Bin Dato’ ali) Pengerusi Setiausaha

...............................................................(Mohd adenan Bin Marjon)

Bendahari

- 28 -

aturaN aKtIVItI PErlINDuNGaN PEMBIaYaaN

tajuk dan mula berkuat kuasa1. (1) Aturan-aturan ini hendaklah dinamakan Aturan Aktivti Perlindungan Pembiayaan Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad atau Tabung Perlindungan Pembiayaan.

(2) Aturan ini diwujudkan menurut Undang-undang Kecil 9(3) Koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Tahunan dan dikemukakan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

tujuan2. Tujuan Aturan Aktiviti Perlindungan Pembiayaan ini adalah untuk melindungi pembiayaan dan mengambil tindakan hapuskira bagi pembiayaan anggota Koperasi ini bagi perkara-perkara berikut:

(1) Anggota yang meninggal dunia;

(2) Anggota yang dikenakan tindakan muflis (bankrup);

(3) Anggota yang ditamatkan perkhidmatan atas sebab-sebab kesihatan dan ditamatkan kontrak atau ditamatkan tindakan tatatertib;

(4) Anggota yang menghilangkan diri dari perkhidmatan; dan

(5) Selain daripada dibawah ini perenggan (1),(2),(3), dan (4) aturan ini hendaklah diputuskan oleh mesyuarat Lembaga.

Sumber Kewangan3. Sumber kewangan Tabung Perlindungan Pembiayaan ini adalah dari sumbangan derma anggota Koperasi ini yang telah mendapat pembiayaan daripada Koperasi ini pada kadar seperti berikut:

(1) Satu peratus (1%) bagi pembiayaan RM50,000.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Ribu) kebawah;

(2) Dua peratus (2%) bagi pembiayaan RM50,001.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Ribu Satu) hingga RM100,000.00 (Ringgit Malaysia: Seratus Ribu);

(3) Tiga peratus (3%) bagi pembiayaan RM100,001.00 (Ringgit Malaysia: Seratus Ribu Satu) hingga RM200,000.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Lima Puluh Ribu);

Kaedah Pelaksanaan4. (1) Jawatankuasa Hutang Tidak Berbayar hendaklah membuat laporan kepada Lembaga.

(2) Wang Tabung Perlindungan Pembiayaan ini boleh digunakan untuk tindakan hapuskira dan perlu mendapat persetujuan melalui Mesyuarat Lembaga.

- 29 -

(3) Kadar pengeluaran wang Tabung Perlindungan Pembiayaan ini berdasarkan keupayaan koperasi mendapatkan balik baki pembiayaan daripada peminjam setelah segala usaha telah dijalankan.

(4) Jika kedudukan kewangan tidak mengizinkan untuk diteruskan maka Lembaga berkuasa menamatkan tabung ini. Kaedah hapus kira dilaksanakan melalui pembiayai hutang lapuk/hutang ragu yang dibawa ke Mesyuarat Agung untuk kelulusan.

(5) Segala perbelanjaan berkaitan usaha-usaha mendapat balik baki pembiayaan hutang tidak berbayar hendaklah menggunakan wang perlindungan ini dengan persetujuan Lembaga.

Makluman Kepada Mesyuarat agung5. Lembaga hendaklah membentangkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Laporan mengenai tabung ini serta pembiayaan untuk menghapus kira hutang lapuk/hutang ragu dan cadangan bagi memajukannya.

Pertikaian6. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham atas tafsiran aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya menurut Undang-undang Kecil 85 (1) Koperasi ini.

Aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi ke-45 pada 18 Jun 2011.

Aturan ini dipinda dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi ke-46 pada 23 Jun 2012.

.................................................. ................................................. (Sabtu Bin Basar) (Haji Ibrahim Bin Dato’ ali) Pengerusi Setiausaha

...............................................................(Mohd adenan Bin Marjon)

Bendahari

- 30 -

aturaN aKtIVItI PEMBIaYaaN (SKIM PErIBaDI)

tajuk dan mula berkuat kuasa1. (1) Aturan ini hendaklah dinamakan Aturan Aktiviti Pembiayaan (Skim Peribadi) Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad.

(2) Aturan ini diwujudkan menurut Undang-undang Kecil 9(3) Koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi dan dikemukakan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

tafsiran2. Dalam aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain;

“Pegawai” ertinya seorang Pengerusi, Setiausaha, Bendahari atau mana-mana anggota lain Lembaga dan termasuklah ketua pegawai eksekutif, mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Lembaga, Peraturan atau perintah atau Undang-undang Kecil untuk memberi arahan berkenaan dengan urusan Koperasi ini, atau mana-mana pekerja, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;

“Peristiwa tertentu” ertinya kadar pembiayaan kepada anggota mengikut hari-hari tertentu seperti musim perayaan, persekolahan, percutian atau apa-apa peristiwa yang difikirkan sesuai oleh Lembaga mengikut kewangan semasa;

“Pembiayaan Peribadi” ertinya pembiayaan kewangan kepada anggota Koperasi; dan

“Majikan” ertinya pihak pengurusan yang membayar gaji.

tujuan3. Tujuan Aturan Aktiviti Pembiayaan ini adalah untuk menjalankan aktiviti Pembiayaan kewangan kepada anggota dalam kesulitan kewangan untuk hal-hal berikut:-

(1) Perbelanjaan tunai dalam urusan majlis kenduri, keramaian serta perkahwinan;

(2) Perbelanjaan persediaan persekolahan/pendidikan anggota dan anak-anak anggota;

(3) Membiayai sebahagian daripada kos pembelian kenderaan atau hartanah yang mempunyai surat hakmilik yang sah;

(4) Pengubahsuai atau sebarang tujuan mengubah bentuk asal bagi tujuan mencantikkan atau memudahkan bagi kenderaan atau hartanah yang mempunyai hakmilik yang sah;

(5) Membayar pelbagai cukai dan insurans;

(6) Melunaskan hutang-piutang yang sedia ada;

(7) Membayar kos perubatan anggota, anak-anak anggota dan ibu bapa/mertua;

- 31 -

(8) Pelancongan atau perbelanjaan perjalanan untuk menunaikan ibadah; dan

(9) Keperluan-keperluan lain.

Jumlah Pembiayaan4. Pembiayaan peribadi hendaklah dihadkan kepada jumlah,

(1) Dua puluh (20) bulan gaji anggota yang meminjam itu dicampurkan dengan jumlah yuran yang telah sebenarnya dibayar; atau

(2) Had maksima RM200,000.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Ribu Sahaja) tertakluk had umur persaraan; atau

(3) Had pembiayaan cemas RM5,000.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ribu Sahaja) untuk tempoh 60 bulan sahaja dan sekali permohonan. Sekiranya permohonan cemas kali kedua, dikehendaki menjelaskan pembiayaan cemas yang terdahulu;

(4) Pembiayaan Hari Raya maksimum RM2,500.00 tertakluk keadaan kewangan semasa;

(5) Pembiayaan Persekolahan maksimum RM2,500.00 tertakluk keadaan kewangan semasa;

(6) Lembaga boleh membuat keputusan mana-mana permohonan pembiayaan peribadi anggota untuk diberi kelulusan tertakluk kepada keputusan Mesyuarat Lembaga.

Kelulusan Pembiayaan5. (1) Pembiayaan Cemas

(a) Pengerusi atau Timbalan Pengerusi atau Setiausaha atau Bendahari bagi menimbang, meluluskan dan menolak Pembiayaan cemas anggota Koperasi dan melaporkan pada Mesyuarat Lembaga terdekat.

(2) Pembiayaan Sembilan Puluh Peratus (90%)

(a) Pengerusi atau Timbalan Pengerusi atau Setiausaha atau Bendahari bagi menimbang, meluluskan dan menolak Pembiayaan sembilan puluh peratus (90%) anggota Koperasi dan melaporkan pada Mesyuarat Lembaga terdekat.

(3) Pembiayaan Besar

(a) Lembaga berkuasa menimbang, meluluskan dan menolak permohonan pembiayaan besar anggota Koperasi; dan

(b) Lembaga berkuasa menimbang, meluluskan dan menolak permohonan pembiayaan besar anggota Koperasi yang dibawa secara edaran pekeliling dan melebihi satu per dua (½) atau sekurang-kurangnya tujuh (7) Anggota Lembaga hendaklah meluluskan serta tandatangan pada borang edaran pekeliling.

- 32 -

(4) Pembiayaan Hari Perayaan

(a) Pengerusi atau Timbalan Pengerusi atau Setiausaha atau Bendahari bagi menimbang, meluluskan dan menolak Pembiayaan Hari Raya anggota Koperasi dan melaporkan pada Mesyuarat Lembaga terdekat.

(5) Pembiayaan Persekolahan

(a) Pengerusi atau Timbalan Pengerusi atau Setiausaha atau Bendahari bagi menimbang, meluluskan dan menolak Pembiayaan Persekolahan anggota Koperasi dan melaporkan pada Mesyuarat Lembaga terdekat.

Syarat Pembiayaan6. (1) Pembiayaan ini boleh diberikan kepada anggota Koperasi ini tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(a) Telah menjadi anggota Koperasi ini dan telah membayar Modal Syer sebanyak RM 100.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Sahaja) dan telah membayar tiga (3) bulan yuran dengan kelulusan Lembaga;

(b) Anggota Koperasi berjawatan tetap dan tidak boleh menjadi penjamin kepada tiga (3) permohonan pembiayaan; dan

(c) Anggota Koperasi yang berjawatan kontrak, permohonan pembiayaan hendaklah mengikut tempoh kontrak bekerja yang diberikan oleh majikan secara bertulis.

(d) Setiap permohonan pembiayaan hendaklah disertakan laporan kewangan (CCRISS) daripada Bank Negara.

(2) Penjamin kepada anggota yang berjawatan kontrak hendaklah,

(a) 4 anggota koperasi yang berjawatan tetap; dan

(b) Bertanggungjawab terhadap baki pembiayaan sekiranya terjadi kegagalan si peminjam untuk menjelaskannya.

(3) Penjamin terlepas dari jaminannya dengan sendiri sekiranya baki pembiayaan bersamaan dengan jumlah yuran.

Proses Permohonan7. (1) Semua permohonan akan diproses oleh Pegawai yang menyemak permohonan anggota yang dilantik oleh Lembaga dibawah Undang-undang Kecil 48(1)(U),(V) dan (2) Koperasi ini.

(2) Di dalam menjalankan tugas memproses permohonan pembiayaan, Jawatankuasa Pembiayaan menyemak perkara-perkara seperti berikut:

(a) Kesempurnaan borang-borang yang diisi dan ditandatangani bersekali dengan dokumen sokongan dan kenyataan yang menyokong permohonan;

(b) Kelayakan pemohon;

(c) Pengesahan majikan untuk pemotongan gajinya;

- 33 -

(d) Pengesahan dokumen bagi tujuan permohonan;

(e) Kedudukan baki pembiayaan yang sedia ada dan tertunggak;

(f) Menyediakan senarai permohonan mengikut format yang ditentukan untuk di bawa ke Mesyuarat Lembaga;

(g) Ansuran bulanan bagi pembiayaan ini tidak melebihi enam puluh peratus (60%) gaji bersih bulanan anggota bagi potongan oleh ANGKASA; dan

(h) Ansuran bulanan bagi pembiayaan ini tidak melebihi enam puluh peratus (60%) gaji bersih bulanan anggota bagi pihak berkuasa tempatan (MBJB, MPJBT, SWM, atau jabatan yang setaraf dengannya)

(3) Permohonan yang terpaksa ditolak disebabkan,

(a) kurang penjamin;

(b) kurang saksi;

(c) melebihi had kelayakan meminjam iaitu dua puluh (20) bulan gaji anggota yang meminjam itu dicampurkan dengan jumlah yuran yang telah sebenarnya dibayar;

(d) tidak disertakan dengan kenyataan-kenyataan yang cukup bagi menyokong permohonannya; dan

(e) potongan gaji tidak melebihi enam puluh peratus (60%) daripada gaji bulanan anggota.

(4) Borang-borang permohonan yang tidak dilengkapkan hendaklah diberitahu segera agar pembetulan dapat dibuat dan permohonan itu dapat dipertimbangkan di dalam mesyuarat Lembaga akan datang.

Bayaran Balik8. (1) Jadual ansuran bulanan bayaran balik pembiayaan termasuk caj perkhidmatan adalah sehingga lima belas (15) tahun sebagaimana Jadual Bayaran Balik.

(2) Caj perkhidmatan dikenakan sebanyak lima peratus (5%) setahun. Mesyuarat Lembaga mempunyai kuasa menambah atau mengurangkan kadar caj perkhidmatan dari semasa ke semasa.

(3) Caj perkhidmatan pembiayaan peribadi adalah seperti berikut:-

Tahun 1-3 4-5 6-15

Kadar 3.99% 4.5% 5.0%

(4) Bayaran balik hendaklah dibuat secara,

(a) potongan ANGKASA; dan

(b) potongan majikan bagi anggota pihak berkuasa tempatan;

- 34 -

(5) Lembaga boleh membenarkan tangguhan atau pengurangan sebarang ansuran bayaran balik pembiayaan setelah menerima permohonan secara bertulis daripada anggota.

(6) Baki pembiayaan itu hendaklah dibayar balik dengan serta merta atas sebab,

(a) peminjam berhenti daripada menjadi anggota;

(b) sebarang bayaran balik ansuran pembiayaan itu telah terlewat dibayar terlebih daripada dua (2) bulan; dan

(c) seseorang anggota itu berhenti atau bersara daripada jawatan kerajaan

Hapuskira Pembiayaan9. Lembaga berkuasa mengambil tindakan hapuskira melalui kumpulan wang perlindungan pembiayaan bagi anggota yang

(1) meninggal dunia;

(2) dikenakan tindakan muflis (bankrap); dan

(3) ditamatkan perkhidmatan atas sebab kesihatan.

Pertikaian10. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham atas tafsiran aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya menurut Undang-undang Kecil 85 (1) Koperasi ini.

Aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi ke-45 pada 18 Jun 2011.

Aturan ini dipinda dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi ke-46 pada 23 Jun 2012.

Aturan ini telah dipinda dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-47 pada 22 Jun 2013.

Pindaan aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi ke-48 pada 21 Jun 2014.

Aturan ini telah dipinda dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-50 pada 4 Jun 2016.

.................................................. ................................................. (Sabtu bin Basar) (Haji Ibrahim bin Dato’ ali) Pengerusi Setiausaha

...............................................................

(Mohd adenan bin Marjon)Bendahari

- 35 -

aturaN aKtIVItI PENGuruSaN aSEt

tajuk dan mula berkuat kuasa1. (1) Aturan ini dinamakan Aturan Aktiviti Pengurusan Aset Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad.

(2) Aturan ini diwujudkan menurut Undang-undang Kecil 9(3) Koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi dan dikemukakan kepada Suruhanjaya.

tafsiran2. Dalam aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain;

“aset” ertinya segala harta koperasi sama ada aset boleh alih atau tidak boleh alih termasuk aset tetap, aset separa tetap, harta modal, inventori, bekalan pejabat dan wang tunai;

“aset tetap” ertinya harta koperasi tidak boleh alih seperti bangunan dan tanah;

“aset Separa tetap” ertinya aset boleh alih seperti saham, debentur bon atau apa-apa surat cara pelaburan milik koperasi, yang boleh ditukarkan kepada wang tunai dalam jangka masa yang pendek;

“Harta Modal” ertinya aset boleh alih yang kos pembelian setiap satu melebihi RM1,000.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ribu) atau yang kurang tetapi memerlukan penyelenggaraan;

“Inventori” ertinya aset boleh alih yang kos pembelian setiap satu kurang RM1,000.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ribu) dan tidak perlu penyelenggaraan;

“Bekalan Pejabat” ertinya barang-barang yang digunakan berterusan hingga habis atau luak seperti dakwat, bahan kimia, borang alat ganti, pensil dan lain-lain;

“Pelupusan” ertinya memusnah, menjual, menghadiah atau memindah keluar aset dari koperasi dan membatalkan rekodnya sama ada nombor atau nilai buku; dan

“Kehilangan” ertinya aset yang tiada lagi dalam simpanan disebabkan oleh kecurian, kemalangan, kebakaran, bencana alam, kesusutan, penipuan atau kecuaian kakitangan dan anggota koperasi.

tujuan3. Aturan ini bertujuan membolehkan koperasi melaksanakan pengurusan aset mengikut kehendak-kehendak perakaunan masa kini yang cekap dan berkesan.

Kaedah4. Aset koperasi hendaklah diuruskan mengikut tatacara berikut:

(1) Perolehan;

(2) Penerimaan;

(3) Pendaftaran;

(4) Penggunaan, penyimpanan dan pemeriksaan;

(5) Penyelenggaraan;

- 36 -

(6) Pelupusan; dan

(7) Kehilangan dan hapuskira.

Perolehan5. (1) Perolehan terbahagi kepada pembelian borang, perlaksanaan kerja dan perkhidmatan penyelenggaraan atau perkhidmatan perunding.

(2) Perolehan bekalan pejabat yang kosnya kurang dari RM1,000.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ribu) boleh dibuat oleh Penolong Akauntan manakala perolehan sehingga RM5,000.00 (Ringgit Malaysia : Lima Ribu) dengan sebutharga atau pun tender tertakluk kepada perenggan 5(3).

(3) Semua perolehan melibatkan aset tetap, harta modal, inventori, perkhidmatan penyelenggaraan dan perkhidmatan perunding hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan Mesyuarat Lembaga.

(4) Sesuatu permohonan perolehan hendaklah terlebih dahulu dibuat menggunakan Nota Minta sebagaimana borang AsetKoop JB-1 dan hendaklah disertakan dengan sebutharga (boleh difaxkan) dari pembekal atau kontraktor. Perolehan boleh dilaksanakan hanya setelah mendapat tandatangan kelulusan sebagaimana diperenggan 5(2).

(5) Sebutharga dari sekurang-kurangnya tiga (3) orang pembekal atau kontraktor hendaklah diperolehi bagi perolehan melebihi RM5,000.00 (Ringgit Malaysia : Lima Ribu) sehingga RM20,000.00 (Ringgit Malaysia : Dua Puluh Ribu).

(6) Perolehan dengan kos melebihi RM20,000.00 (Ringgit Malaysia : Dua Puluh Ribu) hendaklah ditender. Tender hendaklah diterima dari sekurang-kurangnya lima (5) orang pembekal atau kontraktor. Pelawaan tender hendaklah dibuat secara meluas dengan iklan di papan-papan kenyataan di pejabat kerajaan atau pun swasta. Bagi perolehan melebihi RM200,000.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Ribu), pelawaan tender hendaklah juga diiklankan dalam sebuah akhbar berbahasa melayu.

Penerimaan6. (1) Barang yang dibekal hendaklah disertakan nota minta koperasi dan surat serahan delivery order. Penolong Akauntan atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Lembaga hendaklah menyemak dan menandatangani surat serahan tersebut serta memperakui spesifikasi kualiti dan kuantiti barang yang dibekal adalah sebagaimana dikehendaki dalam nota minta.

(2) Sekiranya didapati barang yang dibekalkan tidak menepati kualiti atau kuantiti yang ditetapkan dalam nota minta, barang dan surat serahan tersebut hendaklah dikembalikan kepada pembekal tanpa ditandatangani.

(3) Kerja yang disiapkan oleh kontraktor atau perunding hendaklah disahkan oleh Pengerusi atau mana-mana orang yang kompeten yang dilantik oleh Lembaga.

Pendaftaran7. (1) Setiap Aset koperasi hendaklah diberi Nombor Siri Pendaftaran. Nombor ini hendaklah dicatatkan pada Daftar Harta Modal atau Daftar Inventori sebagaimana borang AsetKoop JB-2 atau AsetKoop JB-3 dan dilabel kekal pada fizikal aset. Daftar Harta Modal dan Daftar Inventori hendaklah ditandatangani oleh Penolong Akauntan atau pegawai yang dilantik oleh Lembaga.

(2) Semua perolehan bekalan pejabat hendaklah direkodkan dalam Buku Daftar Bekalan Pejabat Aset Koop JB-4 dan penggunaan bekalan pejabat hendaklah direkodkan dan ditandatangani oleh pengguna. Buku Daftar Bekalan Pejabat ini hendaklah disimpan dan diselenggaran serta dikemaskini oleh Pembantu Eksekutif Kanan Koperasi atau mana-mana pegawai yang diarahkan.

- 37 -

(3) Koperasi hendaklah juga merekodkan aset yang berada dalam sesebuah bilik, premis atau lokasi ke dalam Borang AsetKoop JB-5 bagi mencegah barangan tersebut dibawa keluar tanpa kebenaran.

(4) Daftar Aset hendaklah dikemaskini apabila berlaku perkara-perkara:

(a) Penambahan/penggantian/penaiktaraf aset;

(b) Pemeriksan Aset;

(c) Pelupusan; dan

(d) Hapuskira

(5) Nombor Siri Pendaftaran hendaklah mengikut susunan :

(i) Kod Koperasi KoopJB

(ii) Harta Modal HM

(iii) Inventori INV

(iv) Tahun Pembelian 2010 atau sebagainya

(v) No. Siri Secara Berturutan

Contoh : KoopJB/HM/2010/0001 (Bagi Harta Modal) KoopJB/INV/1999/0001 (Bagi Inventori)

(6) Pergerakan aset bagi tujuan pinjaman atau penempatan sementara hendaklah direkodkan dalam Borang Pergerakan Harta Modal dan Inventori AsetkoopJB-6.

(7) Semua Daftar Aset hendaklah disimpan didalam kabinet berkunci oleh Penolong Akauntan atau pegawai yang diberi kuasa oleh Lembaga.

(8) Senarai Aset koperasi hendaklah dilaporkan oleh Pengurus atau Penolong Akauntan atau pegawai yang diberi kuasa oleh Lembaga pada setiap Mesyuarat Lembaga dalam borang AsetKoopJB-7.

Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan

Objektif8. (1) Semua aset koperasi hendaklah diguna dan dikendalikan dengan cekap, mahir dan teratur bagi tujuan:

(a) Mengurangkan pembaziran;

(b) Menjimatkan kos;

(c) Mencapai jangka hayat;

(d) Mencegah penyalahgunaan; dan

(e) Mengelakkan kehilangan.

Penggunaan(2) Penggunaan aset koperasi hendaklah mematuhi peraturan berikut :-

(a) Bagi kegunaan koperasi sahaja;

- 38 -

(b) Mengikut fungsi sebenar seperti yang terdapat dalam manual/buku panduan pengguna barangan;

(c) Dikendakalikan oleh pegawai yang mahir dan berkelayakan;

(d) Perlu direkodkan; dan

(e) Melapor kerosakan dengan menggunakan Borang Aduan Kerosakan AsetKoopJB-8.

(3) Aset koperasi yang dibawa keluar dari pejabat atau mana-mana premis koperasi hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Pengerusi setelah mendapat kelulusan Lembaga. Aset berkenaan hendaklah dipulangkan semula setelah selesai penggunaanya atau mengikut tempoh kelulusan, mana yang lebih awal.

(4) Peraturan mengenai penggunaan, pengurusan dan penyelenggaraan kenderaan adalah mengikut peraturan semasa yang berkuatkuasa.

Penyimpanan(5) Aset koperasi hendaklah disimpan ditempat yang selamat dan sentiasa dibawah

kawalan Penolong Akauntan. Arahan hendaklah sentiasa dipatuhi oleh semua pekerja dan anggota koperasi bagi mengelak berlakunya kerosakan atau kehilangan aset.

(6) Setiap pekerja dan anggota koperasi adalah bertanggungjawab terhadap apa-apa kekurangan, kerosakan atau kehilangan aset dibawah tanggungjawabnya.

(7) Aset yang sangat menarik atau bernilai tinggi akan terdedah kepada risiko kehilangan, maka hendaklah sentiasa dibawah kawalan yang maksima.

Pemeriksaan(8) Pemeriksaan aset dilaksanakan ke atas :

(a) Fizikal;

(b) Rekod; dan

(c) Lokasi

(9) Tujuan pemeriksaan aset adalah untuk :

(a) Mengetahui keadaan dan prestasinya;

(b) Memastikan setiap aset mempunyai nombor siri pendaftaran yang lengkap, tepat dan kemasikini; dan

(c) Memastikan setiap aset berada dilokasi sama seperti yang tercatat dalam daftar.

(10) Lembaga hendaklah melantik sekurang-kurangnya dua (2) orang Juruaudit Dalaman untuk membuat pemeriksaan ke atas aset tetap, harta modal, inventori dan bekalan pejabat. Pemeriksaan hendaklah dilaksanakan sekurang-kurannya dua (2) kali setahun.

(11) Juruaudit Dalaman hendaklah menandatangani Daftar Aset yang telah diperiksa dan mengemukakan Laporan Pemeriksaan Aset dalam borang AsetKoopJB-9 kepada mesyuarat Lembaga sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun.

- 39 -

Penyelenggaraan

Objektif9. (1) Penyelenggaraan aset koperasi bertujuan:

(a) Memastikan aset berfungsi dengan lancar secara berterusan dan selamat digunakan;

(b) Memelihara dan memanjangkan jangka hayat aset;

(c) Meningkat keupayaan aset;

(d) Mengurangkan kerosakan;

(e) Menjimatkan perbelanjaan koperasi;

(f) Menjamin keselematan pengguna;

(g) Mewujudkan suasana kerja yang kondusif serta produktif; dan

(h) Memelihara imej koperasi.

Jenis Penyelenggaraan (2) Penyelenggaraan terbahagi kepada dua jenis seperti berikut:

(a) Penyelenggaraan Pencengahan Preventive Maintenance ialah tindakan penyelenggaran berjadual yang diambil untuk memeriksa, menservis, membaiki atau mengganti komponen atau sumber fizikal secara teratur supaya dapat berfungsi dengan lancar secara berterusan; dan

(b) Penyelenggaraan Pemulihan Corrective Maintenance ialah tindakan membaiki atau mengganti kompenen atau sumber fizikal supaya dapat berfungsi mengikut standard yang ditetapkan.

Manual Penyelenggaraan (3) Setiap manual/buku panduan pengguna berkaitan aset hendaklah disimpan selamat oleh Penolong Akauntan sebagai rujukan untuk tujuan penyelenggaraan.

Panduan Penyelenggaraan (4) Penolong Akauntan atau pegawai yang diberi kuasa oleh Lembaga adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan langkah-langkah berikut :

(a) Menyediakan senarai aset yang memerlukan penyelenggaraan Aset yang memerlukan penyelenggaraan perlu dikenal pasti dan disenaraikan

sebagaimana AsetKoopJB-10.

(b) Merancang penyelenggaraan Setelah aset yang memerlukan penyelenggaraan disenaraikan, satu program

penyelenggaraan hendaklah dirancang dan disediakan.

(c) Melaksanakan program penyelenggaraan Penyelenggaraan hendaklah dilaksanakan mengikut jadual yang telah

ditetapkan melainkan sesuatu aset itu memerlukan penyelenggaraan segera.

(d) Merekodkan penyelenggaraan Setiap Penyelenggaraan yang dilaksanakan hendaklah direkodkan dalam

Daftar Penyelenggaraan Harta Modal AsetKoopJB-11.

- 40 -

(e) Menilai Program Penyelenggaraan Penilaian bolehlah dibuat ke atas program penyelenggaraan bagi tujuan

berikut:

(i) Menentukan matlamat program penyelenggaraan tercapai;

(ii) Memastikan penyelenggaraan yang dijalankan berkualiti, bersesuaian dan munasabah dari segi kos dan masa;

(iii) Mengenal pasti penyelenggaraan yang seterusnya; dan

(iv) Membantu pihak Lembaga membuat keputusan tindakan yang sesuai ke atas asset berkenaan.

(f) Menyelia dan memantau penyelenggaraan yang dilaksanakan oleh pihak swasta.

(5) Kerja-kerja penyelenggaraan yang dibuat oleh pihak swasta hendaklah diselia dan dipantau oleh pengurus atau pegawai yang diberikuasa oleh Lembaga bagi memastikan syarat-syarat yang ditetapkan dalam perjanjian dipatuhi.

Pelupusan10. (1) Jawatankuasa Pengurusan Aset Koperasi hendaklah membuat perakuan kepada Lembaga apabila mendapati aset tersebut perlu dilupuskan kerana,

(a) Rosak;

(b) Tidak ekonomik untuk dibaiki; dan

(c) Hilang akibat kecurian.

(2) Mesyuarat Lembaga hendaklah memutuskan sama ada sesuatu aset itu perlu dilupuskan serta kaedah pelupusannya. Kaedah-kaedah pelupusan adalah seperti berikut:

(a) Jualan, secara –

(i) Tender;

(ii) Sebutharga; dan

(iii) Lelong.

(b) Jualan Sisa;

(c) Tukar Barang Barter Trade;

(d) Tukar Beli Trade In;

(e) Tukar Ganti Cannibalize;

(f) Pindahan;

(g) Hadiah;

(h) Musnah secara –

(i) Tanam;

(ii) Dibakar;

(iii) Dibuang; dan

(iv) Ditenggelam.

(i) Kaedah lain pelupusan yang difikirkan sesuai oleh Lembaga

- 41 -

Kehilangan dan Hapuskira

Objektif11. (1) Hapuskira aset koperasi bertujuan untuk:

(a) Mengawal kerugian yang ditanggung oleh koperasi akibat kehilangan aset;

(b) Menyelaraskan rekod aset;

(c) Meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab terhadap kepentingan keselamatan aset koperasi; dan

(d) Membolehkan tindakan diambil ke atas pekerja atau anggota koperasi yang cuai menyebabkan kerugian kepada koperasi.

Kuasa Melulus Hapuskira dan Pelupusan12. Lembaga berkuasa meluluskan hapuskira dan pelupusan sesuatu aset koperasi dan boleh membuat apa-apa keputusan yang difikirkan sesuai sebagai tindakan kepada pekerja atau anggota koperasi yang menyebabkan koperasi mengalami kerugian akibat kecuaian dan penipuan.

Keputusan Mesyuarat lembaga13. Aturan Pengurusan Aset Koperasi adalah disifatkan sebagai sebahagian daripada aktiviti pengurusan pentadbiran koperasi, yang demikian ianya boleh dipinda dari semasa ke semasa mengikut keputusan mesyuarat Lembaga.

Sumber Kewangan14. Sumber kewangan bagi melaksanakan aktiviti ini diperolehi daripada;

(a) Peruntukan daripada keuntungan bersih Koperasi; dan

(b) Derma dan sumbangan daripada pihak lain.

Pertikaian15. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham atas tafsiran aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya menurut Undang-undang Kecil 85 (1) Koperasi ini.

Aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi ke-45 pada 18 Jun 2011

Aturan ini dipinda dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi ke-46 pada 23 Jun 2012.

.................................................. ................................................. (Sabtu Bin Basar) (Haji Ibrahim Bin Dato’ ali) Pengerusi Setiausaha

...............................................................(Mohd adenan Bin Marjon)

Bendahari

- 42 -

aturaN aKtIVItI HutaNG tIDaK BErBaYar (NPl)

tajuk dan mula berkuat kuasa1. (1) Aturan ini dinamakan Aturan Aktiviti Hutang Tidak Berbayar Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad.

(2) Aturan ini diwujudkan menurut Undang-undang Kecil 9(3) Koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Tahunan dan dikemukakan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

tafsiran2. Dalam aturan ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki makna yang lain:-

“Muflis” ertinya anggota yang telah dikenakan tindakan bankrup oleh Jabatan Insolvensi;

“Hutang tidak Berbayar (NPl)” ertinya hutang pembiayaan anggota yang tertunggak tidak dapat dibayar;

“Hutang ragu” ertinya hutang yang tidak pasti boleh diperolehi semula atau tidak; dan

“Hutang lapuk” ertinya hutang yang didapati tiada ada peluang diperolehi.

tujuan3. Tujuan jawatankuasa Hutang Tidak Berbayar (NPL), selepas ini disebut (Jawatankuasa ini) adalah untuk mengambil tindakan kepada anggota Koperasi yang gagal membayar hutang pembiayaan Koperasi.

Kategori Hutang tidak Berbayar4. Hutang Tidak Berbayar Anggota Koperasi ini adalah disebabkan perkara-perkara berikut:

(1) Anggota yang meninggal dunia;

(2) Anggota yang dikenakan tindakan muflis;

(3) Anggota yang menamatkan perkhidmatan atas sebab kesihatan;

(4) Anggota yang menghilangkan diri dari perkhidmatan;

(5) Anggota yang ditamatkan perkhidmatan atas sebab tindakan tatatertib; dan

(6) Anggota yang ditamatkan perkhidmatan kontrak.

Sumber Kewangan5. Sumber kewangan bagi melaksanakan aktiviti Jawatankuasa ini diperolehi daripada

(1) Kumpulan wang Perlindungan Pembiayaan.

(2) Peruntukan daripada keuntungan bersih Koperasi ini yang diluluskan oleh mesyuarat agung tahunan mengikut Undang-undang Kecil 70(1)(2)(d) Koperasi ini.

(3) Insentif lima peratus (5%) diberi daripada jumlah hutang yang dibayar akan diberikan kepada anggota yang memberi maklumat dan setiap kali anggota NPL membuat bayaran, maka insentif lima peratus (5%) akan diberikan.

- 43 -

Pentadbiran6. Kumpulan wang ini hendaklah ditadbirkan oleh Lembaga atau sebuah Jawatankuasa yang dilantik olehnya menurut perenggan 48(1)(2)(U) Undang-undang Kecil Koperasi.

Pelaksanaan7. Tindakan bagi menyelesaikan masalah hutang tidak berbayar anggota adalah seperti berikut:-

BIl KatEGOrI tINDaKaN

1. Anggota yang meninggal dunia

Hutang tertunggak Anggota yang telah meninggal dunia akan dibayar kepada koperasi melalui sumber kewangan dengan mendapatkan kelulusan Mesyuarat Lembaga.

2. Anggota yang dikenakan tindakan muflis

Hutang tertunggak anggota dibayar kepada koperasi melalui sumber kewangan dengan mendapatkan kelulusan daripada Mesyuarat Lembaga

3. Anggota yang ditamatkan perkhidmatan atas sebab kesihatan

Hutang tertunggak anggota ini akan dibayar kepada koperasi melalui sumber kewangan dengan mendapatkan kelulusan daripada Mesyuarat Lembaga.

4. Anggota yang menghilangkan diri dari perkhidmatan

Hutang tertunggak anggota dibayar kepada koperasi melalui sumber kewangan dengan mendapatkan kelulusan Mesyuarat Lembaga. Jawatankuasa ini mengambil tindakan menghubungi anggota untuk menyelesaikan hutang tertungak melalui:

a) Surat Peringatan sebanyak 3 kali b) Peguam atau Tribunal

5. Anggota yang ditamatkan perkhidmatan atas tindakan tatatertib

Hutang tertunggak anggota akan dibayar kepada koperasi melalui sumber kewangan dengan mendapatkan kelulusan Mesyuarat Lembaga. Jawatankuasa ini mengambil tindakan menghubungi anggota untuk menyelesaikan hutang tertunggak melalui:

Surat Peringatan 3 kalia) Peguam atau Tribunalb)

6. Anggota yang ditamatkan perkhidmatan kontrak

Hutang tertunggak anggota akan dibayar kepada koperasi melalui sumber kewangan dengan mendapatkan kelulusan Mesyuarat Lembaga. Jawatankuasa ini mengambil tindakan menghubungi anggota untuk menyelesaikan hutang tertunggak melalui:

a) Surat Peringatan 3 kalib) Peguam atau Tribunal

Pembayaran8. (1) Bayaran hutang tertunggak anggota yang dibayar melalui Sumber Kewangan hendaklah ditentusahkan oleh Jawatankuasa ini dan diluluskan oleh Lembaga dalam Mesyuarat.

- 44 -

(2) Laporan Hutang Tidak Berbayar terkini hendaklah dibentangkan dalam mesyuarat Lembaga untuk pengesahan.

Pertikaian9. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham atas tafsiran aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya menurut Undang-undang Kecil 85 (1) Koperasi ini.

Aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Ke-50 pada 4 Jun 2016.

Aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi ke-45 pada 18 Jun 2011.

Aturan ini dipinda dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi ke-46 pada 23 Jun 2012.

Aturan ini telah dipinda dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-47 pada 22 Jun 2013.

Pindaan aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi ke-48 pada 21 Jun 2014.

Aturan ini telah dipinda dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-50 pada 4 Jun 2016.

.................................................. ................................................. (Sabtu Bin Basar) (Haji Ibrahim Bin Dato’ ali) Pengerusi Setiausaha

...............................................................(Mohd adenan Bin Marjon)

Bendahari

- 45 -

aturaN aKtIVItI SuMBEr MaNuSIa

tajuk dan mula berkuat kuasa1. (1) Aturan ini dinamakan Aturan Aktiviti Sumber Manusia Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad atau ringkasannya “Aturan Sumber Manusia”

(2) Aturan ini diwujudkan dibawah Undang-undang Kecil 9(3) koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas pesetujuan Mesyuarat Agung Tahunan dan dikemukakan kepada Suruhanjaya.

tafsiran2. Dalam aturan ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki makna yang lain:-

“Pekerja” ertinya individu atau satu kumpulan manusia yang dilantik oleh koperasi bagi menjalankan kerja-kerja atau tugas-tugas sebagimana yang diarahkan oleh Lembaga mengikut keadaan dan kesuaian sesebuah organisasi bagi mencapai matlamat dan tujuan koperasi yang selepas ini disebut sebagai pekerja;

“Perlantikan” ertinya pengambilan pekerja bagi tujuan menjalankan tugas dan kerja bagi sesuatu skim kerja yang diwujudkan oleh Koperasi;

“Kenaikan pangkat” ertinya peningkatan jawatan seorang pekerja daripada jawatan lantikan ke satu skim yang yang sama tetapi kedudukan yang lebih tinggi;

“Syarat-syarat perkhidmatan” ertinya garis panduan yang ditetapkan oleh Koperasi bagi seseorang pekerja itu menjalankan tugas dengan dibayar upah dan imbuhan serta kemudahan yang sesuai ditentukan dari semasa ke semasa;

“Persaraan” ertinya tarikh seseorang pekerja itu tamat tempoh perkhidmatan apabila mencapai umur lima puluh enam (56) tahun atau diberhentikan atas sebab-sebab yang ditentukan oleh mesyuarat lembaga koperasi dari semasa ke semasa.

“Keluarga” ertinya ialah isteri atau pun suami dan anak-anak Pekerja termasuk anak angkat yang mempunyai dokumen pengambilan anak angkat yang sah dari jabatan/agensi yang berkaitan; dan

“Pekerja dan majikan” ertinya bagi maksud yang terkandung dalam Aturan Sumber Manusia koperasi ini adalah tertakluk kepada Akta Kerja 1955.

tujuan3. Tujuan aturan Sumber Manusia ini (selepas ini disebut “aturan ini”) diwujudkan ialah untuk dijadikan garis panduan yang melibatkan urusan penstafan, pelantikan, penggajian, kenaikan pangkat/gred, pesaraan, latihan Pekerja serta kemudahan-kemudahan yang diberikan kepada Pekerja mengikut sebagaimana yang terkandung dalam Skim Pekerja Dan Syarat-Syarat Perkhidmatan Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad yang telah diluluskan oleh Lembaga pada mesyuarat Lembaga bilangan 10 2010-2011 bertarikh 27 Mac 2011 Perkara-perkara yang terkandung dalam skim tersebut hendaklah dijadikan perjanjian yang mengikat Pekerja dengan Koperasi.

Sumber Kewangan4. Sumber kewangan bagi melaksanakan aturan ini diperolehi daripada peruntukan yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung menurut Undang-undang Kecil 70(1)(2)d Koperasi ini.

- 46 -

Pentadbiran5. Aturan ini hendaklah ditadbirkan oleh Lembaga dan Pegawai yang diberikuasa oleh Lembaga.

Gred Kumpulan Jawatan6. (1) Jawatan-jawatan dalam Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad dibahagikan kepada empat (6) gred/kumpulan sebagaimana berikut:-

GrED/KuMPulaN(aSaS)

GElaraNJaWataN

GrED/JaWataN

KElaYaKKaN aKaDEMIK(aSaS)

A Pegawai Eksekutif(Pengurus)

A1 Ijazah atau setaraf dengannya

B Penolong Akauntan B1 Diploma atau setaraf dengannya

F Penolong Pegawai Sistem Maklumat

F1 Diploma atau setaraf dengannya

C Pembantu Eksekutif Kanan

C2 SPM (jawatan kenaikkan pangkat)

Pembantu Eksekutif C1 SPM atau setaraf dengannya

D Juruteknik D1 SPM/SPVM/Sijil Politeknik atau setaraf dengannya

E Pembantu Eksekutif Rendah

D2 PMR atau setaraf dengannya

F Pembantu Am Rendah

D1 PMR atau setaraf dengannya

(Sila rujuk lampiran A untuk butiran tangga gaji)

(2) Lembaga boleh menimbangkan untuk kenaikan gred/kumpulan yang sedia ada kepada gred/kumpulan yang lebih tinggi yang difikirkan sesuai kepada seseorang Pekerja apabila Koperasi mendapati Pekerja itu telah melaksanakan tugas dengan cemerlang.

Jawatan Kosong7. (1) Jikalau berlaku kekosongan jawatan dalam Koperasi, maka Jawatankuasa Sumber Manusia hendaklah mengiklankan kekosongan tersebut secara terbuka sama ada di dalam surat khabar, ditampal di papan kenyataan Koperasi, di hantar ke semua jabatan/agensi kerajaan, Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) atau ANGKASA dan lain-lain.

(2) Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia.

(b) Berumur tidak kurang lapan belas (18) tahun ke atas dan tidak melebihi lima puluh empat (54) tahun ketika lantikan dibuat.

(c) Mempunyai kelayakan akademik mengikut skim jawatan yang ditawarkan.

- 47 -

(3) Lembaga hendaklah melantik panel temuduga bagi menjalankan sesi temuduga kepada calon-calon yang layak seterusnya melantik atau menolak calon-calon berkenaan. Panel temuduga terdiri daripada:

(a) Pengerusi Koperasi : Pengerusi panel

(b) Timbalan Pengerusi : Ahli

(c) Setiausaha : Ahli

(d) Bendahari : Ahli

(e) Pengerusi Sumber Manusia : Ahli

(4) Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia adalah sebagai Ketua Urusetia dan Pegawai Eksekutif (Pengurus) adalah Jawatankuasa Urusetia.

(5) Semua ahli panel, ketua urusetia dan jawatankuasa urusetia dibayar elaun mengikut yang ditetapkan oleh Lembaga pada setiap kali sesi temuduga diadakan.

Pelantikan8. (1) Surat perlantikan atau surat tawaran jawatan kepada calon-calon Pekerja akan dikeluarkan oleh Setiausaha atau pegawai yang diturunkan kuasa berserta borang setuju terima jawatan

(2) Semua Pekerja baru dalam tempoh satu (1) bulan hendaklah:-

(a) Menandatangani kontrak perkhidmatan;

(b) Mengemukakan laporan perubatan terkini dengan perbelanjaan sendiri;

(c) Membuat ikrar akujanji di hadapan Pengerusi Koperasi; (d) Membuat akuan sumpah/berkanun.

(3) Sekiranya Pekerja membuat ikrar palsu atau tidak sihat, atau menghantar maklumat yang bercanggah daripada apa yang dinyatakan, maka Koperasi boleh menamatkan perlantikan atau perkhidmatan Pekerja tanpa sebarang notis.

(4) Semua Pekerja lantikan baru akan menjalani tempoh percubaan selama enam (6) bulan hingga satu (1) tahun dari tarikh mendaftar atau melapor diri.

(5) Dalam tempoh percubaan, Pekerja dikehendaki menghadiri kursus wajib Asas Koperasi anjuran Maktab Kerjasama Malaysia (MKM), ANGKASA atau oleh Koperasi sendiri. Pekerja juga dikehendaki menghadiri sekurang-kurangnya satu kursus berkaitan dengan bidang kerjanya di Koperasi. Salinan sijil hendaklah dikemukakan kepada pentadbiran Koperasi sebagai bukti Pekerja telah menghadiri kursus-kursus berkaitan.

(6) Semua Pekerja dikehendaki menghadiri dan lulus temuduga berkaitan perkhidmatan Koperasi dan Koperasi secara umum oleh panel temuduga Koperasi. Ini akan menguji kefahaman Pekerja tentang Koperasi, SKM dan hal ehwal Koperasi di negara ini atau di negara luar.

(7) Diperakukan oleh Pegawai Eksekutif (Pengurus)

- 48 -

(8) Selepas tempoh yang ditetapkan, Lembaga mempunyai hak untuk mengesahkan atau melanjutkan tempoh percubaan selama 6 bulan atau menamatkan perkhidmatan Pekerja dalam jawatan yang berkenaan.

(9) Surat pengesahan jawatan hendaklah dikeluarkan oleh Setiausaha dan ditanda tangani oleh Pengerusi.

Kenaikan Pangkat9. Pekerja yang menunjukkan kompetensi dan disiplin kerja yang tinggi boleh dinaikkan pangkat dengan syarat-syarat berikut:

(1) Terdapat kekosongan jawatan berkaitan;

(2) Sekurang-kurangnya telah berkhidmat dengan Koperasi selama tiga (3) tahun

(3) Diperakukan oleh Pegawai Eksekutif (Pengurus) dan Jawatankuasa Pengurusan

(4) Menghadiri serta lulus temuduga oleh panel temuduga Koperasi

(5) Keputusan Lembaga.

Penggajian10. (1) Pekerja akan dibayar gaji atau upah mengikut ketetapan Anggota Lembaga Koperasi dari semasa ke semasa.

(2) Pegawai Eksekutif (Pengurus) dan Bendahari Koperasi akan menentukan tarikh bayaran gaji Pekerja bagi setiap akhir bulan dengan kelulusan Lembaga.

(3) Pembayaran gaji Pekerja bagi bulan yang mengandungi kelepasan Am yang tertentu, bolehlah dilakukan lebih awal mengikut yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan.

Kenaikan Gaji11. (1) Kenaikan gaji Pekerja tidak secara automatik tetapi tertakluk kepada pencapaian tahap prestasi yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan dan diluluskan oleh Lembaga.

(2) Semua kenaikan gaji tahunan Pekerja dikira daripada tarikh Pekerja disahkan jawatan. Bagi Pekerja baru atau Pekerja yang dilantik ke jawatan baru, kenaikan gaji dikira dari tarikh disahkan jawatan dan diberi selepas dua belas (12) bulan perkhidmatan dikira dari tarikh pengesahan jawatan. Semua kenaikan gaji perlu mendapat kelulusan Lembaga yang berhak menahan atau menangguhkan kenaikan gaji mana-mana Pekerja tanpa perlu memberi sebab kepada kepada Pekerja berkenaan.

(3) Jawatankuasa Pengurusan akan bersidang setiap awal tahun bagi menentukan penilaian prestasi semua Pekerja sebelum dibawa dan dilaporkan kepada Lembaga termasuk bagi kelulusan kenaikan gaji.

(4) Jikalau prestasi kerja Pekerja tidak memuaskan, kenaikan gaji boleh ditangguhkan.

(5) Lembaga boleh menimbangkan untuk memberi tangga gaji yang lebih tinggi yang difikirkan sesuai kepada seseorang Pekerja apabila Koperasi mendapati Pekerja itu telah melaksanakan tugas dengan cemerlang. Ini boleh diukur melalui laporan penilaian prestasi, sasaran kerja tahunan (SKT) atau petunjuk prestasi (KPI) Pekerja berkenaan.

- 49 -

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)12. Semua Pekerja dikehenaki membayar caruman kepada KWSP dan PERKESO mengikut kadar berkanun dan Koperasi juga akan membuat caruman yang sama. Walau bagaimana pun, Bendahari akan menyemak bayaran KWSP dan PERKESO Pekerja mengikut jadual yang ditetapkan.

(1) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja;

(2) Skim Perlindungan Pekerja;

(3) Cuti;

(4) Kemudahan perubatan;

(5) Bayaran bonus tahunan; dan

(6) Ganjaran persaraan.

Elaun13. Elaun-elaun berikut boleh ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan dan diluluskan oleh Lembaga mengikut kelayakan dan kadar yang berpatutan.

(1) Elaun Tetap Perumahan

(2) Elaun Khas Perkhidmatan

(3) Elaun COLA/Sara Hidup

Syarat-Syarat Pelantikan14. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(1) Warganegara Malaysia;

(2) Berumur tidak kurang daripada lapan belas (18) tahun; dan

(3) Mempunyai kelayakan akedemik mengikut skim jawatan yang ditawarkan.

Masa Kerja15. Masa kerja adalah seperti berikut :

ahad hingga rabu

8.30 pagi hingga 5.30 petang

Rehat : 1.00 tgh. Hingga 2.00 petang(Petugas Kaunter waktu makan tengah hari rehat jam 12.00 pagi hingga 1.00 tengahari)

Khamis 8.30 pagi hingga 4.00 petang

Rehat : 1.00 tgh. Hingga 2.00 petang

Jumaat minggu pertama setiap bulan

8.30 pagi hingga 1.00 petang

Rehat – tiada(Sekiranya hari Kelepasan Am jatuh pada hari Jumaat minggu pertama maka hari Jumaat berikutnya adalah hari bekerja, jika Jumaat minggu kedua hari kelepasan Am jatuh pada hari tersebut maka, hari Jumaat berikutnya juga adalah hari bekerja dan minggu seterusnya selepas itu.)

- 50 -

(1) Petugas kaunter pada masa rehat (1.00 petang – 2.00 petang) hendaklah dijadualkan mengikut giliran.

(2) Hari Jumaat selain jumaat minggu pertama setiap bulan dan sabtu ialah hari kelepasan rasmi walaubagaimana pun sekiranya hari cuti umum jatuh pada hari Sabtu, maka tiada gantian cuti bagi hari tersebut dan hari Ahad adalah hari kerja biasa.

(3) Pekerja boleh diarah oleh Lembaga untuk bekerja pada bila-bila masa yang diperlukan, selain masa yang telah ditetapkan di atas.

Kelepasan am16. Kelepasan Am adalah mengikut jadual Kelepasan Am Negeri Johor yang diterbitkan dalam Warta Kerajaan Negeri Johor dari masa ke semasa.

Elaun Kerja lebih Masa17. (1) Semua Pekerja yang dikehendaki bertugas di luar masa pejabat atau dalam masa cuti kelepasan boleh mendapat elaun lebih masa atau elaun mengikut kadar yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan dan kelulusan Lembaga dengan mengambil kira ketetapan dalam Akta Kerja 1955.

(2) Jikalau perlu, Pekerja yang dikehendaki bertugas di luar kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru bolehlah menuntut elaun kenderaan mengikut kadar yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan dan kelulusan Lembaga.

(3) Pegawai Eksekutif (Pengurus) dan Penolong Akauntan tidak layak dibayar elaun kerja lebih masa tetapi boleh diberi saguhati atau cuti gantian mengikut yang diluluskan oleh Lembaga.

Cuti rehat18. (1) Cuti rehat adalah suatu tempoh di mana seorang Pekerja meninggalkan tugasnya tanpa memutuskan perkhidmatannya dengan Koperasi.

(2) Hari Kelepasan Am dan Hari Kelepasan Mingguan tidak dimasukkan dalam perkiraan cuti rehat yang diambil.

(3) Pekerja yang telah disahkan jawatannya adalah layak mendapat cuti tahunan bergaji penuh mengikut kadar sebagaimana berikut:-

Jawatan Perkhidmatan(10 tahun ke bawah)

Perkhidmatan(10 tahun ke atas)

Pegawai Eksekutif 20 hari 25 hari

Penolong Akauntan 20 hari 25 hari

Pembantu Eksekutif Kanan 20 hari 25 hari

Pembantu Eksekutif 20 hari 25 hari

Pembantu Eksekutif Rendah 17 hari 22 hari

Jawatan-Jawatan lain 17 hari 22 hari

- 51 -

(4) Semua cuti rehat hendaklah diambil dalam tahun cuti itu diperolehi dan jika tidak diambil sepenuhnya dalam tahun itu oleh kerana kepentingan perkhidmatan, maka cuti rehat itu boleh dibawa kehadapan dalam tahun yang berikutnya dengan terlebih dahulu mendapat sokongan daripada Pegawai Eksekutif (Pengurus) dan diluluskan oleh Lembaga. Walaubagaimana pun, cuti rehat itu akan luput sekiranya tidak dapat dihabiskan pada tahun berkenaan.

(5) Cuti rehat boleh dikumpul tidak lebih dari dua (2) tahun dan akan luput jikalau melebihi tempoh tersebut.

(6) Semua Pekerja hendaklah mengambil cuti rehat secara bergilir-gilir supaya tidak menganggu pentadbiran atau pengurusan Koperasi terutamanya pada musim-musim cuti perayaan dan semasa menjelang Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi.

(7) Pegawai Eksekutif (Pengurus) Koperasi hendaklah menentukan bahawa cuti rehat hendaklah diambil oleh pekerja-pekerja dalam tahun cuti itu diperolehi.

(8) Permohonan cuti rehat hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 3 hari sebelum Pekerja bercuti. Sekiranya gagal tindakan pemotongan gaji bolehlah di buat.

(9) Semua cuti rehat hendaklah dicatatkan dalam daftar/rekod cuti dan fail peribadi Pekerja serta di papan kenyataan Koperasi.

Cuti Sakit19. (1) Cuti sakit dibenarkan jika disertai dengan surat akaun atau pun Sijil Perakuan Cuti Sakit daripada panel doktor yang dilantik oleh Koperasi atau dari mana-mana doktor dari klinik/hospital yang berdaftar dan diperakui oleh Lembaga.

(2) Pekerja yang mendapat cuti sakit hendaklah memberitahu Pegawai Eksekutif (Pengurus) dengan kadar segera. Selepas itu Pekerja hendaklah mengemukakan borang cuti sakit serta surat akuan doktor atau Sijil Cuti Sakit kepada Pegawai Eksekutif (Pengurus) bagi disokong untuk kelulusan Pengerusi.

(3) Pekerja yang gagal memberitahu Pegawai Eksekutif (Pengurus) mengenai cuti sakit mereka dengan kadar segera dalam tempoh 24 jam, atau gagal mengemukakan sijil perakuan cuti sakit dalam tempoh 48 jam, maka Pekerja berkenaan boleh dianggap tidak hadir berkerja tanpa kebenaran dan telah dianggap melanggar tata-tertib bekerja.

(4) Pegawai Eksekutif (Pengurus) boleh membenarkan seseorang Pekerja bercuti sakit tidak melebihi 2 hari.

(5) Cuti sakit dibenarkan 60 hari dalam setahun dengan bergaji penuh dan separuh gaji bagi cuti sakit selepas itu.

(6) Pekerja yang mendapat cuti sakit lebih daripada tiga (3) bulan dalam sesuatu tahun atau mengidap penyakit kronik seperti lumpuh, tibi, kanser, leukemia, kusta, buah pinggang, jantung dan lain-lain, boleh dirujuk kepada Lembaga Perubatan yang dilantik oleh Koperasi untuk pertimbangan Lembaga seterusnya.

(7) Semua cuti sakit hendaklah dicatatkan dalam daftar/ rekod cuti dan fail peribadi Pekerja.

- 52 -

Cuti Bersalin20. (1) Pekerja wanita boleh mendapat cuti bersalin selama 60 hari dalam setahun dengan gaji penuh mengikut terma-terma atau syarat dalam Akta Kerja 1955 kecuali jikalau Pekerja Wanita tersebut gagal mematuhi seksyen 40(1) atau (2) Akta tersebut.

(2) Cuti bersalin hanya diberi lima (5) kali sahaja dalam tempoh perkhidmatan Pekerja dengan Koperasi.

(3) Cuti disebabkan keguguran kandungan tidak dikira sebagai cuti bersalin. Ia boleh dikategorikan sebagai cuti sakit.

Cuti Haji21. Pekerja yang telah disahkan jawatannya dan telah berkhidmat sekurang-kurangnya lima belas (15) tahun dengan Koperasi boleh diberi cuti haji bergaji penuh selama 40 hari termasuk cuti mingguan dan kelepasan am, iaitu sekali dalam tempoh perkhidmatannya.

Cuti Ehsan22. Pekerja boleh diberi cuti ehsan sebagaimana di bawah dan dikehendaki mengisi borang cuti ehsan dengan mengemukakan bersama dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan,

(1) 2 hari bekerja kerana kematian isteri/suami/anak;

(2) 2 hari bekerja kerana kematian ibu/bapa kandung; atau

(3) 3 hari bekerja kerana isteri bersalin

Cuti tanpa rekod Kerana Mewakili Negeri/Negara, Menghadiri Peperiksaan, lawatan sambil kerja/Kursus/Seminar/Bengkel/taklimat Koperasi

23. (1) Pekerja mewakili negeri atau negara dalam acara sukan atau kebudayaan, jumlahnya adalah sepanjang tempoh masa berkenaan, sebahagian atau mengikut budibicara dan kelulusan Lembaga.

(2) Pekerja mengambil peperiksaan selaras dengan tugas atau jawatan Pekerja (pada hari peperiksaan sahaja) dan diluluskan oleh Lembaga.

(3) Pekerja mengikuti lawatan sambil belajar, seminar dan kursus yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Maktab Kerjasama, ANGKASA, badan-badan tertentu dan Koperasi sendiri (sepanjang tempoh masa berkenaan atau mengikut yang diluluskan oleh Lembaga).

(4) Pekerja mengikuti kursus, seminar, bengkel atau pun taklimat yang berkaitan dengan kerjanya dan bagi tujuan meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan sikapnya dalam kerja. Sekiranya di luar Johor Bahru, maka cuti dimaksudkan adalah termasuk hari perjalanan pergi dan balik dan dengan kelulusan oleh Setiausaha atau pun Jawatankuasa Pengurusan.

(5) Semua permohonan cuti di atas hendaklah dibuat dengan mengisi borang cuti tanpa rekod dan hendaklah dihantar/dipohon bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang menyokong permohonan tersebut selewat-lewatnya satu (1) bulan sebelum tarikh cuti bagi kelulusan Pengerusi, ataupun Jawatankuasa Pengurusan atau pun Lembaga.

Kuasa Meluluskan Cuti24. (1) Semua permohonan cuti rehat, cuti sakit dan cuti ehsan Pekerja hendaklah disokong oleh Pegawai Eksekutif (Pengurus) dan dilluluskan oleh Pengerusi atau pun pegawai yang diturunkan kuasa.

- 53 -

(2) Semua cuti Pekerja hendaklah dilaporkan dalam mesyuarat Lembaga oleh Jawatankuasa Pengurusan.

(3) Semua permohonan cuti haji dan cuti tanpa rekod kerana menghadiri peperiksaan, lawatan sambil belajar, kursus, seminar, bengkel dan taklimat berkaitan Koperasi hendaklah disokong oleh Jawatankuasa Pengurusan dan diluluskan oleh Lembaga.

Faedah Perubatan25. (1) Pekerja boleh mendapatkan rawatan di hospital kerajaan kelas dua (2), atau di klinik swasta dan perbelanjaannya dibiayai oleh Koperasi mengikut kelulusan Lembaga.

(2) Faedah-faedah perubatan ini tidak termasuk rawatan perbidanan, pembedahan kosmetik, rawatan pakar dan rawatan bersalin (ditanggung sendiri).

(3) Faedah perubatan ini turut diberikan kepada keluarga Pekerja.

(4) Had dibenarkan di klinik ialah RM1,200.00 setahun dengan resit.

Insuran26. Semua Pekerja boleh dilindungi Perlindungan Takaful mengikut kelulusan Mesyuarat Lembaga dari semasa ke semasa.

Kemudahan Pembiayaan27. (1) Pekerja yang berkhidmat lebih satu (1) tahun dan telah disahkan jawatan, boleh mendapat pembiayaan daripada Koperasi dengan kelulusan Lembaga. Keputusan tersebut hendaklah dimaklumkan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Had pembiayaan yang diberikan adalah sama seperti anggota Koperasi dan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam aturan aktiviti pembiayaan Koperasi.

(2) Bagi tujuan ini suatu ikatan perjanjian hendaklah ditandatangani oleh pemohon dan 2 orang penjamin di kalangan Pekerja atau anggota Koperasi dengan syarat-syarat sebagaimana yang ditetapkan dalam aturan aktiviti pembiayaan Koperasi.

(3) Pembiayaan hendaklah dikenakan caj perkhidmatan atau pun faedah seperti yang dikenakan kepada anggota Koperasi.

(4) Pekerja yang ditamatkan atau menamatkan perkhidmatannya dengan Koperasi hendaklah menyelesaikan semua baki pembiayaannya. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan baki pembiayaan tersebut dibayar oleh penjamin melalui potongan gaji bulanannya di samping tindakan undang-undang yang boleh dikenakan ke atas Pekerja berkenaan.

(5) Semua Pekerja tidak boleh menjadi penjamin lebih daripada dua (2) orang Pekerja yang lain dalam satu-satu masa.

(6) Semua pembiayaan kepada Pekerja hendaklah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Ganjaran28. (1) Ganjaran (gratutities) hendaklah dibayar kepada Pekerja dengan sebab sebagaimana di bawah ini:-

(a) Bersara wajib pada umur 56 tahun

(b) Meninggal dunia dalam perkhidmatan

- 54 -

(c) Diberhentikan dengan sebab masalah kesihatan

(d) Diberhentikan dengan sebab rancangan Koperasi hendak mengurangkan pekerja

(2) Ganjaran ini hendaklah dikira mengikut tempoh perkhidmatan bagi suatu jumlah yang difikirkan munasabah dan berpatutan yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Pengurusan dan diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga mengikut perkiraan di bawah:-

PErKHIDMataN PErKIraaN

05 -10 Tahun : RM800.00 setahun X tahun berkhidmat

11 - 29 Tahun berkhidmat : RM1,000.00 setahun X tahun

30 Tahun ke atas : Maksima RM40,000.00

(3) Ganjaran akan dibayar kepada Pekerja setelah ditolak pinjaman dengan Koperasi terlebih dahulu, jikalau ada.

Bayaran Bonus tahunan29. (1) Bayaran bonus tahunan atau satu bayaran hadiah kepada Pekerja pada tiap-tiap akhir tahun setelah kira-kira untung rugi Koperasi bagi tahun-tahun yang tertentu dikehendaki dan setelah pembayaran keuntungan diluluskan oleh M`esyuarat Agung Koperasi. Jumlah bayaran hadiah ini terpulang kepada kelulusan Lembaga.

(2) Bayaran ini bukanlah suatu perkara yang hak bagi Pekerja tetapi bergantung atas keuntungan Koperasi dari masa ke semasa dengan persetujuan Lembaga.

(3) Tempoh perkhidmatan yang layak diberi bonus tahunan ialah genap satu (1) tahun berkhidmat di mana bonus itu diberikan.

(4) Bayaran bonus bagi setiap Pekerja adalah bergantung kepada laporan prestasi kerja Pekerja dengan sokongan Jawatankuasa Pengurusan dan kelulusan Lembaga.

(5) Pekerja yang diberhentikan dengan sebab kelakuan melanggar tatatertib tidak boleh diberi bayaran bonus, termasuklah yang berhenti dengan kehendak sendiri.

(6) Bayaran bonus kepada Pekerja tidak secara automatik tetapi tertakluk kepada pencapaian tahap prestasi yang dinilai oleh Pengurus serta ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan dan diluluskan oleh Lembaga.

Kursus, latihan, Bengkel Dan Seminar30. (1) Semua Pekerja akan diberi peluang untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan sikap mereka terhadap kerja melalui kursus, latihan, bengkel, seminar dan lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh Koperasi atau yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Maktab Kerjasama Malaysia (MKM), ANGKASA atau pihak-pihak lain dari semasa ke semasa.

(2) Kursus, latihan, bengkel, seminar dan lawatan sambil belajar yang dihadiri oleh Pekerja hendaklah yang bersesuaian dengan bidang tugas mereka di Koperasi bagi tujuan meningkatkan kecemerlangan Koperasi.

(3) Bagi maksud tersebut, Pekerja akan dibayar elaun-elaun yang bersesuaian sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.

- 55 -

(4) Semua Pekerja dikehendaki menghantar salinan sijil kursus, latihan, bengkel atau seminar yang diikutinya untuk disimpan dalam fail peribadi masing-masing bagi tujuan penilaian prestasi, kenaikan pangkat/gred dan lain-lain.

Displin Pekerja31. (1) Semua Pekerja hendaklah menunjukkan disiplin kerja yang baik dengan mematuhi terma-terma atau pun kandungan dalam skim Pekerja dan syarat-syarat perkhidmatan ini serta peraturan-peraturan am Koperasi yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan atau oleh Lembaga dari semasa ke semasa.

(2) Pekerja boleh dikenakan tindakan tata-tertib kerana pelanggaran disiplin dan boleh dirujuk kepada Lembaga disiplin bagi tindakan. Lembaga disiplin boleh terdiri daripada:-

(a) Ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Koperasi.

(b) Tiga (3) orang anggota Lembaga yang dipilih oleh mesyuarat Lembaga.

(3) Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia adalah sebagai Ketua Urusetia dan Pegawai Eksekutif (Pengurus) adalah Jawatankuasa Urusetia (kecuali jika berkaitan dengan dirinya sendiri, maka tempatnya akan ditentukan oleh orang lain yang ditentukan oleh Lembaga).

(4) Semua Ahli Lembaga Disiplin, ketua urusetia dan jawatankuasa urusetia dibayar elaun mengikut yang ditetapkan oleh Lembaga pada setiap kali bersidang.

(5) Dengan Pengersyoran dari Lembaga Tatatertib Mesyuarat Lembaga Koperasi boleh memutuskan tindakan terhadap Pekerja yang melangar disiplin sebagaimana berikut:-

(a) Amaran (b) Lucut hak Emolument/gaji (c) Tiada kenaikan gaji tahunan d) Turun gaji (e) Tahan gaji (f) Turun pangkat (g) Gantung kerja tanpa gaji (h) Buang kerja

Pekerja Berprestasi rendah32. (1) Biasanya Pekerja ini mencapai prestasi hanya 49.9% ke bawah. Secara purata skala peratusan yang diperolehi adalah 3 atau 4 iaitu pada tahap rendah dan tidak memuaskan dari semua aspek penilaian; kegiatan, sumbangan, penghasilan kerja, pengetahuan, kemahiran serta kualiti dan hubungan dengan orang lain.

(2) Pekerja seperti di atas, boleh diberi pergerakan gaji statik.

(3) Pegawai Eksekutif (Pengurus) hendaklah mengambil tindakan dengan membuat perbincangan atau perundingan, memberi amaran lisan dan amaran bertulis sereta memaklumkan kepada Jawatankuasa Pengurusan.

Pekerja Bermasalah33. (1) Pegawai seperti ini boleh mencapai prestasi sehingga 50% ke atas dan mendapat pergerakan gaji mendatar, menegak atau melintang, tetapi pada hakikatnya ia dikategorikan Pekerja bermasalah dan dapat dilihat dengan tanda-tanda berikut:

- 56 -

(a) Dari segi kualiti peribadi, iaitu dari segi hubungannya dengan ketua dan rakan sekerja serta pelanggan-pelanggan Koperasi tidak memuaskan seperti menunjukkan sikap yang agerasif, suka menonjolkan diri atau suka menyalahkan orang lain di samping mengganggap dirinya sahaja yang betul. Permasalahannya merangkumi aspek sikap, tingkah laku, emosi dan nilai hidup Pekerja berkenaan

(b) Pekerja yang menghadapi masalah mental dan fizikal yang pada zahir/fizikal memperlihatkan seorang Pekerja yang normal tetapi pada keadaan dan masa tertentu perangai serta tingkah lakunya berubah dan sukar dikawal

(c) Pekerja yang lemah dari segi kepimpinan, penyeliaan dan susah untuk membuat sesuatu keputusan

(d) Pekerja yang tidak dapat memberi tumpuan kepada tugas hakikinya atau tidak dapat membawa Koperasi ke arah mencapai objektif dan matlamat yang ditetapkan

(e) Pekerja yang tidak dapat menghormati anggota Lembaga, Pengurus, Penyelia, rakan sekerja dan pelanggan-pelanggan Koperasi

(f) Pekerja yang tidak boleh brekerja secara berpasukan dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja dan perkembangan semasa

(2) Pegawai Eksekutif (Pengurus) boleh mengambil tindakan dengan mengadakan sesi kaunseling dan sekiranya gagal, Pekerja berkenaan boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Pengurusan sebelum dibawa kepada Lembaga tata tertib

Kedatangan34. (1) Sebuah mesin kad perakam waktu (punch card) hendaklah disimpan di pejabat bagi merekodkan masa datang kerja dan balik kerja setiap hari. Pegawai Eksekutif (Pengurus) hendaklah memeriksa kad kedatangan Pekerja dari masa ke semasa. Jikalau kedatangan seorang Pekerja tidak memuaskan, Pekerja berkenaan hendaklah memberikan keterangan dan jikalau perlu diberi amaran.

(2) Pembantu Eksekutif Kanan adalah bertanggungjawab atas kedatangan semua Pekerja dan menjaga kad kedatangan ini dengan betul dan melaporkan Pegawai Eksekutif (Pengurus) jikalau didapati sebarang kecuaian berlaku.

(3) Pekerja yang tidak datang bekerja tanpa sebarang kenyataan dalam masa 24 jam atau tidak mengisi borang cuti dalam tempoh 48 jam boleh dipotong gaji serta elaun-elaun yang layak ke atasnya pada hari-hari yang berkenaan itu.

(4) Pekerja yang tidak datang bekerja dan tidak lagi mempunyai baki cuti rehat, sama sekali tidak boleh mengambil cuti rehat tahun hadapannya bagi menggantikan hari yang dia tidak datang berkerja itu, sebaliknya Koperasi hendaklah memotong gajinya.

(5) Tindakan tata-tertib boleh dikenakan ke atas Pekerja yang didapati merakamkan masa datang atau masa balik Pekerja yang lain.

(6) Pekerja yang datang lewat melebihi tiga (3) jam atau meninggalkan pejabat lebih tiga (3) jam dalam satu hari bolehlah diminta mengisi borang cuti rehat supaya Pekerja mengambil cuti rehat.

- 57 -

Penamatan Perkhidmatan35. Lembaga boleh menimbang untuk memberhentikan Pekerja dengan memberi satu (1) bulan notis atau dibayar sebulan gaji sebagai ganti notis atas sebab-sebab berikut:-

(1) Berkelakuan dengan apa cara sekalipun sehingga memudaratkan Koperasi.

(2) Ingkar perintah atau pun perbuatan yang ditakrifkan sebagai ingkar perintah.

(3) Membocorkan rahsia Koperasi kepada yang tidak berhak sama ada secara lisan atau pun bukan lisan.

(4) Mengambil cuti sakit melebihi sembilan puluh hari (90) hari dalam setahun.

(5) Disabitkan kesalahan jenayah oleh mahkamah.

(6) Disahkan oleh pegawai perubatan dengan penyalahgunaan dadah/penagih dadah.

(7) Disahkan oleh pegawai perubatan kehilangan upaya dari segi fizikal dan mental.

Berhenti Kerja atau Menamatkan Perkhidmatan36. Pekerja yang hendak berhenti kerja atau menamatkan perkhidmatan dengan Koperasi hendaklah memberi notis terlebih dahulu atau membayar gaji (mana satu lebih awal) sebagaimana berikut:-

(1) Jika belum disahkan jawatan 14 hari notis atau sebulan gaji.

(2) Jika sudah disahkan jawatan : sebulan notis atau pun sebulan gaji.

Kerahsiaan 37. (1) Semua Pekerja adalah tertakluk kepada kerahsiaan Koperasi.

(2) Semua keputusan Mesyuarat Anggota Lembaga hendaklah disifatkan sebagai rahsia.

(3) Semua Pekerja tidak dibenarkan berkomunikasi dengan orang lain untuk memberitahu atau menyatakan apa-apa pun mengenai aktiviti-aktiviti Koperasi atau apa pun yang berkaitan dengannya tanpa sebarang kebenaran sama ada secara lisan atau pun bertulis daripada Lembaga.

(4) Semua Pekerja hendaklah menyimpan dan menjaga dengan sebaik-baiknya semua dokumen rasmi yang dirujuk bagi tujuan menjalankan aktiviti Koperasi ini daripada pengetahuan pihak-pihak lain, termasuk laporan-laporan yang terdahulu, terkini atau akan datang, sama ada Pekerja sedang bekerja atau pun selepas Pekerja menamatkan perkhidmatannya dengan Koperasi.

(5) Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan Pekerja dikenakan tindakan tatatertib atau pun tindakan mahkamah atau di buang kerja.

(6) Sebarang kecuaian atas rahsia Koperasi yang dilakukan oleh pekerja-pekerja, Pegawai Eksekutif (Pengurus) hendaklah melaporkan kepada Jawatankuasa Pengurusan bagi diambil tindakan tatatertib yang perlu.

- 58 -

Maklumat Kepada Mesyuarat agung38. Lembaga hendaklah membentangkan bajet bagi mendapatkan peruntukan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi.

39. Cuti Tanpa Gaji

(1) Permohonan Cuti Tanpa Gaji hendaklah dikemukakan tiga puluh hari sebelum tarikh cuti untuk diluluskan di dalam Mesyuarat Lembaga.

(1) Tempoh Cuti Tanpa Gaji adalah tertakluk kepada keputusan Mesyuarat Lembaga dari semasa ke semasa

Pertikaian40. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham atas tafsiran aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya menurut Undang-undang Kecil 79 Koperasi ini.

Aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi ke-45 pada 18 Jun 2011.

Aturan ini dipinda dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Ke-46 pada 23 Jun 2012.

Aturan ini telah dipinda dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-50 pada 4 Jun 2016.

.................................................. ................................................. (Sabtu bin Basar) (Haji Ibrahim bin Dato’ ali) Pengerusi Setiausaha

....................................................(Mohd adenan bin Marjon)

Bendahari

- 59 -

laMPIraN a

SKIM GaJI PEKErJaKOPEraSI PEGaWaI KEraJaaN DaEraH JOHOr BaHru BErHaD

1. PEGAWAI EKSEKUTIF (PENGURUS)

T1 T2 T3 T4 T5 T6 T7 T8 T9 T10

1,800.00 1,940.00 2,080.00 2,220.00 2,360.00 2,500.00 2,640.00 2,780.00 2,920.00 3,060.00

T11 T12 T13 T14 T15 T16 T17 T18 T19 T20

3,200.00 3,340.00 3,480.00 3,620.00 3,760.00 3,900.00 4,040.00 4,180.00 4,320.00 4,460.00

T21 T22 T23 T24 T25 T26 T27 T28 T29 T30

4,600.00 4,740.00 4,880.00 5,020.00 5,160.00 5,300.00 5,440.00 5,580.00 5,720.00 5,860.00

2. PENOLONG AKAUNTAN / PENOLONG PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT

T1 T2 T3 T4 T5 T6 T7 T8 T9 T10

1,300.00 1,410.00 1,520.00 1,630.00 1,740.00 1,850.00 1,960.00 2,070.00 2,180.00 2,290.00

T11 T12 T13 T14 T15 T16 T17 T18 T19 T20

2,400.00 2,510.00 2,620.00 2,730.00 2,840.00 2,950.00 3,060.00 3,170.00 3,280.00 3,390.00

T21 T22 T23 T24 T25 T26 T27 T28 T29 T30

3,500.00 3,610.00 3,720.00 3,830.00 3,940.00 4,050.00 4,160.00 4,270.00 4,380.00 4,490.00

3. PEMBANTU EKSEKUTIF KANAN

T1 T2 T3 T4 T5 T6 T7 T8 T9 T10

1,900.00 1,990.00 2,080.00 2,170.00 2,260.00 2,350.00 2,440.00 2,530.00 2,620.00 2,710.00

4. PEMBANTU EKSEKUTIF / JURUTEKNIK

T1 T2 T3 T4 T5 T6 T7 T8 T9 T10

1,160.00 1,240.00 1,320.00 1,400.00 1,480.00 1,560.00 1,640.00 1,720.00 1,800.00 1,880.00

- 60 -

T11 T12 T13 T14 T15 T16 T17 T18 T19 T20

1,960.00 2,040.00 2,120.00 2,200.00 2,280.00 2,360.00 2,440.00 2,520.00 2,600.00 2,680.00

T21 T22 T23 T24 T25 T26 T27 T28 T29 T30

2,760.00 2,840.00 2,920.00 3,000.00 3,080.00 3,160.00 3,210.00 3,320.00 3,400.00 3,480.00

5. PEMBANTU EKSEKUTIF RENDAH

T1 T2 T3 T4 T5 T6 T7 T8 T9 T10

1,070.00 1,140.00 1,210.00 1,280.00 1,350.00 1,420.00 1,490.00 1,560.00 1,630.00 1,700.00

T11 T12 T13 T14 T15 T16 T17 T18 T19 T20

1,770.00 1,840.00 1,910.00 1,980.00 2,050.00 2,120.00 2,190.00 2,260.00 2,330.00 2,400.00

T21 T22 T23 T24 T25 T26 T27 T28 T29 T30

2,470.00 2,540.00 2,610.00 2,680.00 2,750.00 2,820.00 2,890.00 2,960.00 3,030.00 3,100.00

6. PEMBANTU AM RENDAH

T1 T2 T3 T4 T5 T6 T7 T8 T9 T10

1,000.00 1,065.00 1,130.00 1,195.00 1,260.00 1,325.00 1,390.00 1,455.00 1,520.00 1,585.00

T11 T12 T13 T14 T15 T16 T17 T18 T19 T20

1,650.00 1,715.00 1,780.00 1,845.00 1,910.00 1,975.00 2,040.00 2,105.00 2,170.00 2,235.00

T21 T22 T23 T24 T25 T26 T27 T28 T29 T30

2,300.00 2,365.00 2,430.00 2,495.00 2,560.00 2,625.00 2,690.00 2,755.00 2,820.00 2,885.00

- 61 -

aturaN aKtIVItI ar-raHNu

tajuk dan mula berkuat kuasa(1) Aturan ini dinamakan Aturan Aktiviti Ar-Rahnu (Pajak Gadai Islam) Koperasi Pegawai

Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad.

(2) Aturan ini diwujudkan menurut Undang-undang Kecil 9(3) Koperasi ini dan dikuatkuasakn selepas persetujuan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi dan dikemukakan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

tafsiran2. Dalam aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain :-

“Koperasi” ertinya Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad;

“ar –rahnu” ertinya institusi yang menjalankan perniagaan pajak gadai secara Islam;

“Pemajak Gadai” ertinya seseorang yang menyerahkan sesuatu barang sebagai sandaran untuk memperolehi pinjaman kewangan dari Ar-Rahnu;

“Barang gadaian (marhun)” adalah barang emas yang boleh digadaikan kepada koperasi dan boleh dijual beli;

“Nilai barang gadaian (nilai marhun)” ertinya harga barang gadaian yang telah dinilai mengikut jenis, mutu, berat dan kandungan emas;

“Pemegang gadai (al-murtahin)” ertinya orang yang memegang barang gadaian iaitu koperasi;

“Penaksir” ertinya pegawai yang bertanggungjawab menjalankan penilaian barang gadaian tersebut.

“lembaga” ertinya Anggota Lembaga Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad: dan

“Sandaran” ertinya apa-apa barang yang dipajak gadaikan kepada Ar-Rahnu.

tujuan3. Tujuan Ar-Rahnu membolehkan Koperasi memberi perkhidmatan dan faedah kepada anggota-anggotanya, dan juga individu yang memerlukan perkhidmatan pajak gadaian atas landasan yang selari dan sesuai dengan Syariat Islam.

Konsep4. (1) Konsep sistem Ar-Rahnu ialah seperti berikut:-

(a) Ar-Rahnu ialah satu sistem pajak gadai di mana hutang berkenaan dengan pinjaman tersebut dijamin oleh si penerima pinjaman dengan memberi harta sebagai sandaran kepada si pemberi pinjaman;

- 62 -

(b) Sistem yang diamalkan ini berdasarkan kepada peraturan-peraturan yang dibenarkan oleh Syariat Islam;

(c) Mengikut sistem ini si pemajak gadai berhak untuk menebus barang yang dipajak gadai itu;

(d) Bayaran yang berbentuk upah dikenakan di atas barang emas yang dijaga/disimpan oleh Ar-Rahnu; dan

(e) Untuk melindungi kepentingan pemajak gadai dan Ar-Rahnu beberapa peruntukan tertentu telah dimasukkan ke dalam Aturan.

Kelayakkan Mengadai5. Kemudahan-kemudahan memajak gadai terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia.

Barang Gadaian6. Hanya marhun sahaja yang boleh di terima sebagai sandaran kepada gadaian.

Kesahihan Hakmilik7. Pemajakgadai adalah bertanggungjawab sepenuhnya tentang kesahihan milik marhun yang dipajak dan jika pihak lain yang menuntut hak milik marhun berkenaan, maka pihak Ar-Rahnu tidak sekali-kali dipertanggungjawabkan.

Had Pinjaman8. Amaun pinjaman yang boleh diberi ialah hanya sebanyak tidak lebih daripada tujuh puluh peratus (70%) daripada nilai (emas) barang yang digadai. Walau bagaimanapun pihak pemegang gadai berhak mengurangkan had maksima ini dalam keadaan yang difikirkan munasabah.

tempoh Gadaian9. Tempoh pajak gadaian ialah enam (6) bulan tetapi pemajak gadai boleh memohon untuk timbangan lanjutan tempoh tambahan yang tidak melebihi empat (4) bulan dengan syarat ia membayar semua upah bagi tempoh yang telah lanjut.

upah10. (1) Bayaran upah yang dikenakan berasaskan kepada nilai marhun yang digadaikan adalah seperti berikut :-

NIlaI MarHuN uPaH tEMPOH

RM 1,000.00 ke bawah RM 0.50 setiap RM 100.00 Sebulan

RM 1,001.00 – RM 3,000.00 RM 0.65 setiap RM 100.00 Sebulan

RM 3,001.00 ke atas RM 0.80 setiap RM 100.00 Sebulan

(2) Tiap-tiap urusniaga pajak gadaian akan dikenakan bayaran pentadbiran sebanyak 50 sen.

- 63 -

Peraturan Memajak Gadaian11. Peraturan-peraturan memajak gadai adalah seperti berikut :-

(1) Tiap-tiap pemajak gadai yang hendak mengendalikan urusan pajak gadaian perlu menyerahkan marhun serta kad pengenalan di kaunter jualan;

(2) Marhun yang diserahkan akan dinilai harganya oleh penilai Ar-Rahnu;

(3) Pemajak gadai berhak mendapat harga hanya sebanyak tidak melebihi tujuh puluh peratus (70%) bagi anggota daripada nilai marhun tertakluk kepada Aturan 8 ;

(4) Dalam menentukan nilai harga marhun batu permata seperti berlian, delima, zamrud dan lain-lain jenis batu permata tidak diambil kira. Begitu juga simbol keagamaan termasuk patung atau makhluk lengkap bernyawa serta barang yang diterima tidak terdapat sesuatu cap atau tanda menunjukkan ianya sebagai harta Kerajaan Malaysia atau Kerajaan sesebuah Negeri.

(5) Nilai harga marhun yang ditetapkan oleh penilai Ar-Rahnu adalah muktamad;

(6) Setelah amaun pinjaman dipersetujui oleh pemajak gadai akan diberi satu Surat Gadai atau Surat Sambung Gadai yang dimaksudkan disini adalah seperti contoh di lampiran i; dan

(7) Surat Gadai hendaklah disimpan untuk tujuan menebus; jika hilang atau terbakar atau rosak yang menyebabkannya tidak boleh dibaca, pemajak gadai hendaklah melaporkan kepada Ar-Rahnu. Ar-Rahnu akan mengeluarkan resit aduan surat gadaian hilang di mana dalamnya tercatit data-data surat gadai tersebut. Resit yang dimaksudkan di sini adalah seperti contoh di lampiran iiA. Resit ini hanya sah digunakan sebagai ganti Surat Gadai yang telah hilang sekiranya tempoh tujuh (7) hari dari tarikh aduan kehilangan ini dibuat pemajak gadai menyerahkan kepada Ar-Rahnu satu (1) surat sumpah yang sempurna ditandatangani oleh Pesuruhjaya Sumpah. Surat Sumpah yang dimaksudkan disini adalah seperti contoh di lampiran iiB.

Peraturan Menebus Gadaian12. Peraturan-peraturan menebus pajak gadaian marhun adalah seperti berikut :-

(1) Pemajak gadai adalah berhak menebus marhunnya bila-bila masa sebelum tempoh enam (6) bulan atau mana-mana tempoh tambahan yang diberi oleh Ar-Rahnu tamat;

(2) Pemajak gadai hendaklah menyerahkan Surat Gadai di kaunter tebus gadai untuk disemak kesahihannya sebelum marhun ditebus;

(3) Apabila urusan tebus gadai selesai pemajak gadai akan diberi resit tebus gadai. Resit tersebut adalah seperti contoh di lampiran iii;

(4) Mana-mana pemajak gadai yang tidak berupaya untuk hadir sendiri bagi menebus gadai marhunnya ia bolehlah melantik seorang wakil untuk berbuat demikian; dan

(5) Jika pemajak gadai telah meninggal dunia, warisnya bolehlah menebus gadaikan balik marhun dengan syarat ia mengemukakan Suratkuasa Mentadbir pesaka pemajak gadai berkenaan.

- 64 -

Peraturan Pelelongan13. Peraturan-peraturan pelelongan adalah seperti berikut :-

(1) Jika pemajak gadai tidak menebus marhunnya setelah tempoh yang jua tamat, maka Ar-Rahnu berhak melelong marhun berkenaan;

(2) Perlelongan akan dilakukan oleh pelelong yang berlesen;

(3) Sebelum tindakan melelong diambil, pemajak gadai akan diberi notis secara bertulis mengenai tindakan ini untuk memberi peluang menebus marhunnya. Notis tersebut adalah seperti contoh di lampiran iv;

(4) Satu iklan mengenai perlelongan tersebut juga akan dikeluarkan di suratkhabar tempatan bagi pengetahuan pemajak gadai berkenaan seperti contoh lampiran v;

(5) Jika tidak ada penebusan dilakukan selepas dua (2) minggu dari tarikh notis Aturan 12(c) di atas, pelelongan akan dijalankan;

(6) Harga lelongan marhun tersebut akan dimulakan dengan satu (1) amaun yang tidak kurang daripada harga semasa bagi emas terpakai;

(7) Wang hasil dari lelongan akan digunakan untuk membayar amaun terhutang, kos pelelongan dan lain-lain kos, jika ada dan bakinya perlu dituntut oleh pemajak gadai sejurus menerimanya notis menuntut lebihan wang lelongan. Notis yang dimaksudkan di sini adalah seperti contoh di lampiran vi;

(8) Tuntutan wang lebihan dari lelongan akan diuruskan melalui Baucer Wang Baki Lelongan. Baucer yang dimaksudkan di sini adalah seperti contoh di lampiran vii; dan

(9) Pemajak gadai adalah berhak untuk memeriksa rekod lelongan dan penyata kewangan berkenaan dengannya.

Kerahsiaan14. Ar-Rahnu mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas kerahsiaan urusniaga dan keselamatan marhun termasuk mengambil perlindungan insurans yang secukupnya semasa marhun itu berada dalam simpanan.

Pentadbiran15. (1) Pengurusan hal ehwal Ar-Rahnu terdiri daripada lima (5) orang seperti berikut :-

(a) Seorang Pengerusi dilantik oleh Lembaga dari kalangan anggota-anggota Lembaga ; dan

(b) Empat (4) orang anggota yang di lantik oleh Lembaga.

(2) Semua Ahli Jawatankuasa Pengurusan Ar-Rahnu mestilah anggota Koperasi.

(3) Pekerja Ar-Rahnu tidak dibolehkan dilantik Ahli Jawatankuasa Pengurusan Ar-Rahnu.

(4) Lembaga adalah berkuasa untuk melantik atau menamatkan perkhidmatan Pekerja Ar-Rahnu mengikut pertimbangan dan keperluannya.

- 65 -

Modal16. Hal ehwal Ar-Rahnu berkaitan dengan modal adalah seperti berikut:-

(1) Modal untuk menjalankan perniagaan hendaklah datang daripada Koperasi atau pinjaman daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia;

(2) Sekiranya perlu modal bolehlah disumbangkan oleh anggota Koperasi secara Simpanan Khas mengikut peruntukan Undang-undang Kecil Koperasi;

(3) Sumbangan modal oleh Simpanan Khas yang disumbangkan oleh anggota Koperasi untuk tujuan ini akan dimasukkan ke dalam satu dana khas yang dinamakan Dana Khas Ar-Rahnu; dan

(4) Simpanan Khas ini di terima berlandaskan hukum Al-Mudharabah.

akaun17. Hal ehwal akaun Dana Ar-Rahnu adalah seperti berikut :-

(1) Dana Khas Ar-Rahnu akan diuruskan melalui satu akaun bank yang khusus;(2) Segala perbelanjaan yang berkaitan dengan urusan Ar-Rahnu hendaklah di bayar

dari akaun ini; dan(3) Akaun bank bagi Dana Ar-Rahnu akan diuruskan oleh orang yang di beri kuasa oleh

Lembaga.

tahun Kewangan audit18. (1) Tahun kewangan bagi Dana Ar-Rahnu hendaklah mengikut tahun kewangan bagi Koperasi.

(2) Pengauditan Dana Ar-Rahnu adalah seperti berikut :-(a) Pengauditan akaun tahunan Dana Ar-Rahnu hendaklah di buat oleh Juruaudit

yang dilantik oleh Lembaga; dan (b) Jawatankuasa Audit Dalaman diberi tanggungjawab memeriksa segala rekod

dan perakaunan Dana Ar-Rahnu dan hendaklah menjalankan semakan berkala dari semasa ke semasa segala rekod dan perakaunan tersebut.

(3) Pengagihan untung bersih yang diperolehi dari Ar-Rahnu akan dibahagikan kepada anggota Koperasi yang membuat Simpanan Khas sebagai dividen berdasarkan baki amaun terkini yang di sumbang sebagai Simpanan Khas mereka.

Pertikaian19. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham atas tafsiran aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya menurut Undang-undang Kecil 85 (1) Koperasi ini.

Aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi ke-46 pada 23 Jun 2012.

Aturan ini telah dipinda dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-50 pada 4 Jun 2016.

.................................................. ................................................. (Sabtu bin Basar) (Haji Ibrahim bin Dato’ ali) Pengerusi Setiausaha

.................................................(Mohd adenan bin Marjon)

Bendahari

- 66 -

79

Lampiran i

*SURAT GADAI/SURAT SAMBUNG GADAI KOPERASI PEGAWAI KERAJAAN DAERAH JOHOR BAHRU BERHAD

TINGKAT 3, BANGUNAN KERJASAMA, JALAN DHOBY, 80000 JOHOR BAHRU

Waktu Isnin-Jumaat : 8.30 pagi – 1.00 tgh No. Siri : Perniagaan 2.00 ptg – 5.30 ptg

Tarikh Gadai :

Masa : Tarikh Cukup Tempoh :

Nama : Bandar : Alamat : Poskod :

Bangsa :

Jantina : Tarikh Lahir : No. Kad Pengenalan :

Jumlah Cagaran : RM

Nilai Marhun : RM

Marhun : Jumlah : Berat(gm)

Penggadai (Rahin) : Saya cagarkan barang (marhun) saya di atas, kepada tuan untuk hutang (marhun bih) saya sebanyak di atas yang saya terima, daripada tuan dengan syarat-syarat yang dipersetujui bersama seperti yang tersebut dibelakang.

Pemegang Gadai (Murtahin) : Saya terima seperti yang tersebut di atas,

Nama:………………………………………………………………

Saksi (Syahid) : Saya menyaksikan Ijab dan Qabul disempunakan Nama: ………………………………………………………………

*potong yang tidak berkenaan

NO. SIRI:

JUMLAH HUTANG : RM

NILAI MARHUN : RM

JUMLAH UPAH : RM

TARIKH TEBUS : RM

AR-RAHNU Sistem Gadaian Islam

- 67 -

lampiran iia

aDuaN Surat GaDaI HIlaNG

KOPERASI PEGAWAI KERAJAAN DAERAH JOHOR BAHRU BERHADTINGKAT 3, BANGUNAN KERJASAMA, JALAN DHOBY,

80000 JOHOR BAHRU

ADUAN SURAT GADAI HILANG-------------------------------------

NO. SIRI : ……………………NAMA PENGADAI : TARIKH GADAI :JENIS BARANG :BERAT :NO. K/P : TARIKH LUPUT : TARIKH ADUAN :

NOTA :

SEKIRANYA DALAM TEMPOH 1 MINGGU DARI TARIKH ADUAN KEHILANGAN INI DIBUAT TUAN TIDAK MENGEMUKAKAN SATU SALINAN SURAT SUMPAH KEPADA AR-RAHNU, PIHAK KAMI BERHAK MENERIMA SESIAPA SAHAJA YANG DATANG MENEBUS BARANG BERKENAAN JIKA PENUNTUT TERSEBUT MENGEMUKAKAN SURAT GADAIAN ASAL.

YANG BENAR SAYA BERSETUJU DENGAN SYARAT-SYARAT BERKENAAN

………………………………………… ………………………………………………………………… T/T PENEBUS T/T PENGADAI

Perhatian :Surat ini tidak sah dijual sebelum atau selepas membuat surat sumpah.

- 68 -

lampiran iiB

Surat SuMPaH

Saya ............................................................................................................................................

beralamat ....................................................................................................................................

.................................................................................................................................................... .

dengan sesungguh dan sebenarnya mengaku bahawa,

surat pajak gadai yang bernombor siri haribulan gadai

haribulan cukup tempoh nilai gadai borang yang digadai;

Telah dihilang dari simpanan saya.

Saya telah mencari dimerata tempat tapi tidak jumpa.

dan saya membuat Akuan ini dengan kepercayaan bahawa apa-apa yang tersebut didalamnya adalah benar, serta menurut Akta akuan Berkanun 1960.

Diperbuat dan dengan sebenar-sebenarnya

Diakui oleh yang tersebut namanya di atas iaitu

…………………………………………………………………………………

di ...................................................

di Negeri ......................................

pada …..… haribulan ...................

20 ……...

Dihadapan saya,

……………………………………………………………(Tandatangan Hakim Mahkamah Seksyen/

Majistret atau Pesuruhjaya Sumpah)

- 69 -

lampiran iii

rESIt tEBuS GaDaI

KOPERASI PEGAWAI KERAJAAN DAERAH JOHOR BAHRU BERHADTINGKAT 3, BANGUNAN KERJASAMA, JALAN DHOBY,

80000 JOHOR BAHRU

rESIt

No:

No. Siri : No. Surat :Nama : Tarikh Bayar :No. K/P : Tarikh Cagaran : Tempoh Simpan (Bulan) :Nama Barang dipohon :

PERKARA JUMLAH (RM)

BARANG (RM) TAMBAHAN DIPOHON (RM)

BAKI (RM)

UpahUpah Selepas Rebat Harga Surat Baru

JUMLAH RM RM RM RM

Amaun Diterima : RM

………………………… AR-RAHNU

………………………………………………………………………………………………………………

…………………………....... …………………………....... …………………………....... Disemak Marhun Dikeluarkan Marhun Diterima

Nota : Marhun tidak boleh dikeluarkan kecuali setelah wang diterima.

- 70 -

lampiran iv

NOTIS LELONG

--------------------------------------PENULIS DAN PELELONG BERLESEN

................................................................................

................................................................................

................................................................................

................................................................................

Ruj. Kami : Tarikh :

Ruj. Tuan : Bersamaan :

KEPADA :

No. K/P :

PEMBErItaHuaN lElONGaN aWaM (MarHuN)BaraNG GaDaIaN (ar-raHNu)

Jual lElONG PaDa DaN MulaI PuKul PaGI

Tuan/Puan :

Dengan hormatnya kami memberitahu yang mana barang-barang tuan/puan letak gadai, Ar-Rahnu akan jual lelong pada hari, waktu dan tarikh yang tersebut di atas.

2. Ar-Rahnu memberitahu sebelum daripada tarikh dijual lelong, maka bolehlah tuan/puan datang ke Pejabat Gadai yang tersebut bagi menebus balik barang-barang yang tersebut empat belas (14) hari dari tarikh notis lelong ini dikeluarkan.

3. Apabila sampai masa waktu jual lelong tuan/puan tidak juga tebus balik maka Ar-Rahnu hendaklah menjual lelong, oleh Pihak Pelelong yang berlesen.

Sekian, harap maklum.

Tandatangan Pelelong yang berlesen,

……………………………………………………Pelelong yang berkenaan

- 71 -

lampiran v

IKLAN LELONG

NOTIS LELONGAN MARHUN

Semua barang-barang cagaran yang telah digadai pada bulan …………………atau sebelumnya dan masih

tidak dituntut sehingga kini akan dijual dalam perlelongan awam pada……………. Jam……………… pagi di

Ar-Rahnu : …………………………………………………………………………………………………………………………

(JURULELONG BERLESEN)

- 72 -

lampiran vi

NOTIS LEBIHAN WANG LELONGAN

KOPERASI PEGAWAI KERAJAAN DAERAH JOHOR BAHRU BERHADTINGKAT 3, BANGUNAN KERJASAMA, JALAN DHOBY,

80000 JOHOR BAHRU

Kepada, Tarikh :

Assalamualaikum

Tuan/Puan,

lEBIHaN WaNG lElONGaN BaraNG GaDaIaN

No. Surat Gadaian: Tarikh Gadai :

Merujuk kepada perkara di atas tuan/puan diminta datang Ar-Rahnu seperti alamat di atas bagi mengambil wang lebihan lelongan barang gadaian tuan/puan berjumlah seperti dibawah :-

HARGA LELONG RM :TolakJUMLAH CAGARAN RM :BELANJA LELONGAN RM :UPAH RM : ………………………………LEBIHAN WANG LELONGAN RM : =====================Barang gadaian tuan/puan telah dijual didalam lelongan awam pada

Tuan/Puan diminta datang menuntut wang lebihan tersebut tidak lewat dari empat (4) bulan dari tarikh lelongan.

Jika tuan/puan gagal berbuat demikian wang tersebut akan diserahkan kepada Akauntan Negara Negara (Seksyen 25(1) Akta Pemegang Pajak Gadai 1992).

Tuan/Puan diminta membawa Kad Pengenalan dan surat gadai apabila membuat tuntutan tersebut.

Sekian, terima kasih.

Catatan :- Tiada tandatangan diperlukan dari pihak Ar-Rahnu kerana surat ini cetakan komputer

- 73 -

lampiran vii

BauCHEr WaNG lEBIHaN

KOPERASI PEGAWAI KERAJAAN DAERAH JOHOR BAHRU BERHADTINGKAT 3, BANGUNAN KERJASAMA, JALAN DHOBY,

80000 JOHOR BAHRU

BauCEr WaNG BaKI lElONG

PERKARA : BAKI LELONG PADA

TARIKH GADAI : NO. SIRI :

BAYAR KEPADA : NO. K/P :

@ WAJUK : NO. K/P WAKIL :

TARIKH BAYAR : BAYARAN : RM

TANDATANGAN :................................................... @ COP JARI : .........................

DILULUS OLEH :................................................... PENGURUS

Nota : Pastikan No. K/P, Surat Gadai dan Tandatangan. Sila ambil cop jari sekiranya surat gadai hilang/tidak dibawa bersama, manakala wakil di minta tandatangan dan cop jari

- 74 -

aturaN aKtIVItI KuMPulaN WaNG PENEBuSaN SYEr

tajuk dan mula berkuat kuasa1. (1) Aturan ini dinamakan Aturan Aktiviti Kumpulan Wang Penebusan Syer Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad.

(2) Aturan ini diwujudkan dibawah Undang-undang Kecil 9(3) Koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas pesetujuan Mesyuarat Agung Koperasi dan dikemukakan kepada Suruhanjaya.

tafsiran2. Dalam aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain;

“Syer” ertinya bahagian dalam syer Koperasi ini yang disumbangkan oleh seseorang anggota berkenaan dengan keanggotaannya dalam Koperasi ini;

“lembaga” ertinya Lembaga Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad;

“anggota” ertinya anggota Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad;

“Kumpulan Wang Penebusan Syer” ertinya satu kumpulan wang yang diwujudkan bagi membolehkan Koperasi menebus syer anggota yang dikeluarkan menurut persetujuan Lembaga;

“Kumpulan Wang rizab Statutori” ertinya kumpulan wang yang diwujudkan daripada keuntungan bersih Koperasi menurut persetujuan Lembaga; dan

“Koperasi” ertinya Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad.

tujuan3. Tujuan Kumpulan Wang Penebusan Syer (selepas ini disebut “Kumpulan Wang Ini”) adalah untuk menyediakan suatu peruntukan wang bagi membolehkan Koperasi menebus kembali syer anggota yang dikeluarkan.

Sumber Kewangan4. Sumber kewangan bagi melaksanakan aktiviti ini diperolehi daripada:

(a) Caruman syer anggota Koperasi mengikut Undang-undang Kecil 59(1) Koperasi ini.

Pengeluaran Syer5. Pengeluaran syer adalah tertakluk kepada persetujuan Lembaga dengan syarat-syarat berikut:

(1) anggota hendaklah mempunyai modal syer tidak kurang daripada RM200.00;(2) menarik diri daripada keanggotaan Koperasi;(3) dibuang keanggotaan Koperasi; dan(4) meninggal dunia.

Pentadbiran6. Kumpulan wang ini hendaklah ditadbirkan oleh Lembaga atau jawatankuasa yang di lantik menurut perenggan 48(1)(U),(V) dan (2) Undang-undang Kecil Koperasi ini.

- 75 -

Pertikaian7. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham atas tafsiran aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya menurut Undang-undang Kecil 85 (1) Koperasi ini.

Aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi ke-46 pada 23 Jun 2012.

Aturan ini telah dipinda dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-50 pada 4 Jun 2016.

.................................................. ................................................. (Sabtu bin Basar) (Haji Ibrahim bin Dato’ ali) Pengerusi Setiausaha

.................................................(Mohd adenan bin Marjon)

Bendahari

- 76 -

aturaN aKtIVItI KuMPulaN WaNG PENtaDBIraN aM

tajuk dan mula berkuat kuasa1. (1) Aturan ini hendaklah dinamakan Aturan Aktiviti Kumpulan Wang Pentadbiran Am Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad.

(2) Aturan ini diwujudkan menurut Undang-undang Kecil 9(3) Koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Tahunan dan dikemukakan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

tafsiran2. Di dalam Aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain –

“Kumpulan Wang Pentadbiran am” ertinya kumpulan wang yang diwujudkan daripada pendapatan bersih Koperasi bagi membolehkan Koperasi mengadakan aktiviti-aktiviti membabitkan pengurusan dan pentadbiran Koperasi di mana peruntukan tersebut boleh digunakan dengan persetujuan Lembaga;

“Pentadbiran am” ertinya meliputi perkara-perkara am yang berkaitan dengan fungsi dan aktiviti pentadbiran Koperasi yang tidak terdapat di bawah mana-mana perkara yang membabitkan peruntukan yang diluluskan dalam mesyuarat Agung Tahunan Koperasi;

“lembaga” ertinya badan pengelola Koperasi ini yang kepadanya pengurusan hal-ehwal Koperasi ini diamanahkan, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993; dan

“Peruntukan” ertinya sejumlah peruntukan yang diwujudkan daripada pendapatan bersih Koperasi bagi membolehkan Koperasi mengadakan aktiviti yang dirancang oleh Jawatankuasa Pengurusan.

tujuan3. (1) Tujuan Aturan Aktiviti Kumpulan Wang Pentadbiran Am di buat membolehkan aktiviti-aktiviti Pengurusan yang tiada peruntukan khas dilaksanakan dengan persetujuan Lembaga.

2) Aktiviti-aktiviti Pengurusan ini adalah dibawah kawalan seliaan Jawatankuasa Pengurusan, Pelaburan dan Undang-undang Kecil Koperasi dengan melaporkan kepada jawatankuasa ini untuk di bawa ke Mesyuarat Lembaga.

aktiviti Pengurusan4. (1) Antara aktiviti-aktiviti Pengurusan ialah,

(a) Kursus-kursus atau program yang di rancang dibawah Jawatankuasa Pengurusan, Pelaburan dan Undang-undang Kecil Koperasi;

(b) Perbelanjaan yang diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga tetapi tiada peruntukan khas untuk melaksanakan program tersebut.

- 77 -

Sumber Kewangan5. Sumber kewangan bagi melaksanakan aktiviti ini diperoleh daripada peruntukan keuntungan bersih Koperasi ini yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan mengikut Undang-undang Kecil 70(1)(2)(d) Koperasi ini.

Pertikaian6. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham atas tafsiran aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya menurut Undang-undang Kecil 85 (1) Koperasi ini.

Aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi ke-46 pada 23 Jun 2012.

.................................................. ................................................. (Sabtu bin Basar) (Haji Ibrahim bin Dato’ ali) Pengerusi Setiausaha

.................................................(Mohd adenan bin Marjon)

Bendahari

- 78 -

aturaN aKtIVItI PEMBIaYaaN al-QarDHul HaSSaN

tajuk dan mula berkuat kuasa1. (1) Aturan ini hendaklah dinamakan Aturan Aktiviti Pembiayaan Al-Qardhul Hassan Kecemasan Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad.

(2) Aturan ini diwujudkan menurut Undang-undang Kecil 9(3) Koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Tahunan dan dikemukakan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

tafsiran2. Dalam aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-:

“akta” ertinya Akta Koperasi 1993 dan pindaannya dari semasa ke semasa;

“undang-undang Kecil” ertinya Undang-undang Kecil Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad;

“Koperasi ini” ertinya Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad;

“lembaga” ertinya Lembaga Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad;

“anggota” ertinya anggota Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad; dan

“al Qardhul Hassan” ertinya memberikan pembiayaan wang kepada seseorang anggota dengan perjanjian yang ia akan membayar balik dengan nilai yang sama. “Al-Qardhul Hassan” bermaksud hutang tanpa faedah atau tiada bayaran lebih atau manfaat material semasa ‘aqad’ akan tetapi semasa menjelaskan hutang, penghutang amat digalakkan memberi saguhati atau hadiah kepada Koperasi sebagai tanda terima kasih.

tujuan3. Aturan ini bertujuan untuk memberi pembiayaan kewangan kepada anggota-anggota yang layak dan di dalam kesulitan kewangan untuk hal-hal seperti berikut :-

(1) Kematian - ibu, bapa, isteri atau suami, mertua, anak dan adik beradik kepada anggota termasuk anak angkat yang mempunyai surat akuan yang sah.

(2) Sakit - anggota atau isteri/suami, ibubapa, anak termasuk anak angkat yang mempunyai surat akuan yang sah.

(3) Bersalin - anggota atau isterinya.

(4) Bencana alam - kebakaran, banjir, ribut taufan, kemalangan atau sebab-sebab lain yang dianggap kecemasan oleh Lembaga.

Kelayakan4. Pembiayaan ini boleh diberikan kepada anggota Koperasi ini dengan segera (kecemasan) tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

- 79 -

(a) Telah menjadi anggota Koperasi ini tidak kurang daripada 3 bulan berterusan.

(b) Telah mencarum dalam Modal Yuran di Koperasi ini sekurang-kurangnya 3 bulan berturut-turut daripada potongan gaji majikan anggota.

(c) Pembiayaan yang dibenarkan tidak melebihi RM 1,000.00

(d) Berkemampuan membayar pembiayaan iaitu bayaran ansuran bulanan bagi pinjaman ini tidak melebihi 60% daripada pendapatan bulanan.

tempoh Bayaran Balik5. Tempoh bayaran balik pembiayaan ini tidak melebihi 10 bulan dan ansuran mestilah bermula pada bulan berikutnya selepas permohonan diluluskan atau cek dikeluarkan.

Permohonan6. (1) Semua permohonan kepada Pembiayaan Al-Qardhul Hassan hendaklah dibuat di atas borang rasmi Koperasi ini.

(2) Permohonan untuk Pembiayaan Al-Qardhul Hassan hendaklah disampaikan ke pejabat Koperasi ini dengan segera untuk dipertimbangkan dan diluluskan oleh Jawatankuasa Kecil Pembiayaan (JKP). Pembiayaan ini tidak memerlukan jaminan.

(3) Pemohon-pemohon hendaklah terlebih dahulu menentukan bahawa borang-borang permohonan mereka dan dokumen-dokumen sokongan diisi dengan sempurna dan ditandatangani. Kecuaian di segi ini akan menyebabkan permohonan itu ditolak dan anggota yang berkenaan akan diminta membuat permohonan semula yang mana ianya akan dipertimbangkan oleh JKP.

(4) Penerimaan atas permohonan pembiayaan tersebut hendaklah didaftarkan di dalam Daftar Permohonan Pembiayaan dan diberi angka pendaftaran dan kemudian diserahkan kepada sebuah jawatankuasa yang dilantik oleh Lembaga untuk memproses permohonan-permohonan itu.

Memproses Borang Permohonan7. (1) Semua borang permohonan untuk Pembiayaan Al-Qardhul Hassan akan diproses oleh JKP yang dilantik oleh Lembaga di bawah Undang-undang Kecil Koperasi ini.

(2) Di dalam menjalankan tugas memproses permohonan pembiayaan, JKP ini hendaklah menyemak perkara-perkara berikut:-

(a) Kesempurnaan borang-borang yang diisi dan ditandatangani bersekali dengan dokumen sampingan dan kenyataan yang menyokong permohonan.

(b) Kelayakan pemohon.

(c) Kesanggupan pemohon untuk memberi kuasa kepada majikan supaya memotong gajinya untuk membuat bayaran pembiayaan dan lain-lain caruman kepada koperasi ini.

(d) Pengesahan dokumen bagi tujuan permohonan.

(e) Kedudukan baki pembiayaan yang sedia ada dan tertunggak.

- 80 -

(f) Berkemampuan membayar pembiayaan iaitu bayaran ansuran bulanan bagi pembiayaan ini tidak melebihi 60% daripada pendapatan bulanan.

(3) Permohonan yang terpaksa ditolak disebabkan permohonan yang melebihi had kelayakan atau yang tidak disertakan dengan kenyataan yang mencukupi bagi menyokong permohonan atau borang-borang tidak diisi dengan sempurna, hendaklah dimaklumkan kepada pemohon dengan segera agar pembetulan dapat dibuat dan permohonan itu dapat dipertimbangkan oleh JKP.

(4) Selesai kerja memproses permohonan pembiayaan ini, perakuan terhadap permohonan yang boleh diluluskan dan yang tidak boleh diluluskan hendaklah dibentangkan di dalam Mesyuarat JKP untuk kelulusan.

Menimbangkan Permohonan Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pinjaman (JKP)8. (1) Mesyuarat JKP hendaklah menimbangkan permohonan mengikut giliran pendaftaran yang dicatatkan pada borang permohonan.

(2) Di dalam mengambil keputusan untuk meluluskan sesuatu permohonan pembiayaan, JKP hendaklah berpegang kepada prinsip “Yang mustahak dan yang kecil didahulukan”.

(3) JKP bolehlah menimbangkan cadangan tempoh dan kaedah bayaran balik pembiayaan atau mengenakan syarat-syarat tertentu bagi pembiayaan itu.

(4) Kelulusan atau penolakan sesuatu permohonan hendaklah dicadang dan disokong oleh semua anggota JKP. Kelulusan atau penolakan itu hendak diminitkan dan dibentangkan dalam Mesyuarat Lembaga yang terdekat untuk perakuan dan dicatatkan dalam Daftar Pembiayaan.

(5) Adalah menjadi kuasa muktamad JKP untuk menolak sesuatu permohonan dan menghadkan jumlah pembiayaan yang dipohon terhadap Pembiayaan Al-Qardhul Hassan itu.

Kaedah Pembayaran Wang Kepada Pemohon9. (1) Kecuali dalam keadaan yang luar biasa yang dibenarkan oleh Lembaga, semua pembayaran wang untuk Pembiayaan Al-Qardhul Hassan hendaklah dilakukan dengan segera selepas mesyuarat JKP meluluskannya.

(2) Sebelum bayaran-bayaran di buat, Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari Koperasi ini hendaklah mempastikan bahawa:-

(a) Borang permohonan dan dokumen berkaitan telah disempurnakan dan ditandatangani oleh semua pihak yang berkenaan;

(b) Baucer pembayaran telah siap untuk ditandatangani;

(c) Jumlah pembiayaan yang diluluskan direkodkan di dalam Daftar Pembiayaan; dan

(d) Pembayaran wang bagi urusniaga di bawah Skim ini hendaklah dibuat terus kepada pemohon.

- 81 -

Caj Perkhidmatan10. Pembiayaan ini tidak dikenakan sebarang faedah. Caj perkhidmatan sebanyak RM100.00 akan dikenakan bagi setiap permohonan.

Mendapatkan Balik Hutang atau Pembiayaan Dengan Segera11. Keseluruhan jumlah pembiayaan atau baki pembiayaan hendaklah dibayar balik kepada Koperasi tanpa bertangguh-tangguh dan tanpa sebarang alasan jika penghutang didapati:

(1) berhenti atau diberhentikan daripada menjadi anggota;

(2) pembiayaan digunakan bagi sebarang tujuan selain daripada tujuan yang dinyatakan dalam borang permohonan; atau

(3) Jika kedudukan penghutang difikirkan meragukan.

akibat Kegagalan Membayar Balik 12. Dalam keadaan di mana seseorang anggota itu didapati gagal untuk membayar balik pembiayaannya, Lembaga Koperasi ini berhak memutuskan dalam satu mesyuaratnya supaya jumlah wang yang masih belum dibayar itu ditolak daripada wang anggota berkaitan yang ada dalam Simpanan Khas, Modal Yuran, atau Modal Syer kecuali syer minima seperti yang ditentukan dalam Undang-undang Kecil Koperasi ini.

Kuasa lembaga Dan Mesyuarat agung13. (1) Lembaga mempunyai kuasa untuk menggantung mana-mana atau semua aturan-aturan ini dan melaporkannya kepada Mesyuarat Agung yang berikutnya.

(2) Mesyuarat Agung berkuasa untuk meminda, menambah, mengganti atau menarik balik aturan-aturan ini.

akta, Peraturan Dan undang-undang Kecil14. Aturan-aturan ini adalah tambahan kepada Akta Koperasi 1993 dan Koperasi ini hendaklah tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta, Peraturan-peraturan dan Undang-undang Kecil Koperasi ini yang dibaca bersekali.

Pertikaian15. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham atas tafsiran aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya menurut Undang-undang Kecil 85 (1) Koperasi ini.

Aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi ke-46 pada 23 Jun 2012.

.................................................. ................................................. (Sabtu bin Basar) (Haji Ibrahim bin Dato’ ali) Pengerusi Setiausaha

.................................................(Mohd adenan bin Marjon)

Bendahari

- 82 -

aturaN aKtIVItI PEMBIaYaaN BaI’ al-INaH

tajuk dan mula berkuat kuasa1. (1) Aturan ini hendaklah dinamakan Aturan Pembiayaan Bai’ Al-Inah Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad.

(2) Aturan ini diwujudkan menurut Undang-undang Kecil 9(3) Koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Tahunan dan dikemukakan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

tafsiran2. Dalam aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-:

“akta” ertinya Akta Koperasi 1993 dan pindaannya dari semasa ke semasa;

“undang-undang Kecil” ertinya Undang-undang Kecil Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad;

“Koperasi ini” ertinya Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad;

“lembaga” ertinya Lembaga Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad;

“anggota” ertinya anggota Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad;

“Barang” ertinya aset atau perkhidmatan yang dipersetujui untuk dijual beli atau diusahakan;

“Penghutang” ertinya seseorang anggota yang membeli barang secara bayaran tangguh dengan pembiayaan skim ini;

“Bai’ al-Inah” ertinya satu jenis jual beli yang diharuskan oleh Syariah dimana Koperasi bersetuju untuk menjual satu aset milik Koperasi kepada anggota secara kredit berasaskan kaedah Bai’ Bithaman Ajil dan kemudian sejurus selepas akad jual beli Bai’ Bithaman Ajil ini, Koperasi akan membeli semula aset yang sama dengan membayar secara tunai;

“Bai’ Bithaman ajil” (BBA) ertinya satu jenis jual beli yang diharuskan Syarak dimana Koperasi bersetuju untuk membeli barang yang dicadangkan oleh anggota dan kemudian di jual kepada anggota dengan harga tangguh dan dibayar balik secara ansuran; dan

“Ibra” ertinya rebat terhadap kadar keuntungan yang dibenarkan terhadap pembiayaan pembelian kepada penghutang ke atas pembayaran balik lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan.

tujuan3. (1) Bai’ Al-Inah ertinya satu jenis jual beli yang diharuskan oleh hukum Syarak bagi tujuan memenuhi keperluan tunai seseorang. Bai’Al-Inah merupakan satu kaedah:

(a) menjual sesuatu aset dengan harga tangguh dan kemudian membelinya semula daripada pembeli secara tunai; ataupun

- 83 -

(b) membeli sesuatu aset dengan harga tunai dan kemudian menjualnya semula pada harga tangguh.

(2) Di bawah Aturan ini yang juga dikenali sebagai Pembiayaan Peribadi, Koperasi akan menyediakan pembiayaan bagi anggota-anggota yang memerlukan wang tunai untuk pelbagai kegunaan yang tidak boleh dipenuhi melalui Aturan Pembiayaan Al-Bai’ Bithaman Ajil. Antara keperluan tunai anggota adalah seperti untuk:-

(a) perbelanjaan tunai dalam urusan majlis kenduri, keramaian serta perkahwinan;

(b) perbelanjaan persediaan persekolahan/pendidikan anggota dan anak-anak anggota;

(c) membiayai kos pembelian kenderaan atau hartanah yang mempunyai surat hakmilik yang sah;

(d) Pengubahsuaian atau sebarang tujuan mengubah bentuk asal bagi tujuan menaiktaraf atau memudahkan bagi kenderaan atau hartanah yang mempunyai hakmilik yang sah;

(e) membayar pelbagai cukai dan insuran;

(f) melunaskan hutang-piutang yang sedia ada;

(g) membayar kos perubatan anggota, anak-anak anggota dan ibu bapa/ahli keluarga;

(h) pelancongan; dan

(i) keperluan-keperluan lain yang dipersetujui oleh Anggota Lembaga Koperasi.

Pelaksanaan4. (1) Bai’ Al-Inah melibatkan dua akad jual beli yang berasingan. Aturan ini dilaksanakan dengan kaedah Al-Bai’ (jual beli tunai) dan juga Al-Bai’ Bithaman Ajil (BBA-jualan harga tangguh) dan Koperasi akan menggunakan Aturan ini di mana barang disediakan oleh pihak Koperasi. Dalam Aturan ini akad yang berlaku adalah :-

(a) Akad pertama: pihak Koperasi akan menjual suatu barang milik Koperasi secara jualan bertangguh atau disebut Al-Bai’ Bithaman Ajil kepada anggota dengan ditambahkan keuntungan ke atas harga kos di atas persetujuan kedua belah pihak. Dari hukum Syarak barang ini kini berpindah milik kepada anggota dan anggota pula berhutang dengan Koperasi; dan

(b) Akad kedua: Setelah selesai akad jual beli pertama anggota akan menjual aset yang sama itu kepada Koperasi secara jual tunai (Al-Bai’). Barang ini berpindahmilik semula kepada Koperasi dan Koperasi akan membayar tunai kepada anggota.

- 84 -

(2) Koperasi adalah pemilik sah kepada barang atau beberapa barang yang bernilai. Atas barang ini koperasi akan mewujudkan sijil-sijil pemilikan dalam pelbagai denominasi contohnya seperti nilai RM10.00, RM50.00 dan RM100.00. Denominasi ini adalah mengikut nilai pembiayaan. Sijil-sijil pemilikan ini akan digunakan dalam akad jual beli Bai’ Al-Inah.

(3) Kadar maksimum pembiayaan untuk seseorang anggota di bawah pembiayaan ini ialah sebanyak RM200,000.00 sebelum dicampur kadar keuntungan untuk koperasi.

(4) Tempoh pembayaran balik tidak melebihi 180 bulan bagi pembiayaan ini yang berjumlah RM200,000 dan ke bawah.

(5) Tempoh pembayaran balik pembiayaan kecemasan tidak melebihi 60 bulan dan had pembiayaan tidak melebihi RM5,000.00

(6) Pembiayaan bertindih boleh dibenarkan tertakluk kepada persetujuan Lembaga.

(7) Kadar pengambilan keuntungan adalah ketetapan Lembaga Koperasi dari semasa ke semasa.

(8) Aset yang dibeli dijual balik kepada Koperasi.

Kelayakan5. Pembiayaan ini boleh diberikan kepada anggota Koperasi ini tertakluk kepada semua syarat-syarat berikut:

(1) Telah menjadi anggota Koperasi ini dan telah membayar Modal Syer sekurang kurangnya RM 100.00 dan mencarum yuran sepertimana Aturan Aktiviti Yuran;

(2) Berkemampuan bermaksud potongan bayaran balik ansuran bulanan tidak melebihi 60% pendapatan bulanan; atau

(3) Dua puluh (20) bulan gaji anggota yang meminjam itu dicampurkan dengan jumlah yuran yang telah sebenarnya dibayar.

Syarat-Syarat Penjamin6. (1) Tiap-tiap penjamin akan bersama-sama atau berasingan bertanggungjawab untuk mengesan peminjam sekiranya berlaku hutang tertangguh.

(2) Penjamin hendaklah terdiri daripada kalangan anggota Koperasi.

(3) Penjamin tidak dibenarkan menjamin lebih daripada 3 orang anggota di dalam satu masa.

(4) Anggota Lembaga tidak dibenarkan menjamin semasa tempoh di dalam jawatan sebagai Anggota Lembaga.

Syarat-Syarat Saksi7. Jumlah saksi yang diperlukan adalah salah satu daripada berikut:-

(1) 2 lelaki

(2) 1 lelaki atau 2 wanita

(3) 4 wanita.

- 85 -

Permohonan 8. (1) Semua permohonan kepada Pembiayaan Bai’ Al-Inah hendaklah dibuat di atas borang rasmi Koperasi.

(2) Permohonan bagi Pembiayaan Bai’ Al-Inah hendaklah disampaikan ke Pejabat Koperasi sekurang-kurangnya 1 hari sebelum Lembaga mengadakan Mesyuarat bagi menimbangkannya atau melalui resolusi edaran.

(3) Pemohon-pemohon hendaklah terlebih dahulu menentukan bahawa borang-borang permohonan mereka dan dokumen-dokumen sokongan diisi dengan lengkap dan ditandatangani mengenai tujuan permohonan. Kecuaian dari segi ini akan menyebabkan permohonan itu ditolak dan anggota yang berkenaan akan diminta membuat permohonan semula yang mana ianya akan dipertimbangkan.

(4) Penerimaan atas permohonan-permohonan tersebut hendaklah didaftarkan di dalam Daftar Permohonan Pembiayaan Bai’ Al-Inah.

Memproses Borang Permohonan9. (1) Semua borang permohonan kepada Pembiayaan Bai’ Al-Inah akan diproses oleh Jawatankuasa Pembiayaan (JKP) yang dilantik oleh Lembaga di bawah Undang-undang Kecil Koperasi.

(2) Di dalam menjalankan tugas memproses permohonan pembiayaan, JKP ini hendaklah menentukan:-

(a) Borang-borang hendaklah diisi dengan lengkap dan ditandatangani bersekali dengan dokumen sampingan dan kenyataan yang menyokong permohonan;

(b) Kelayakan pemohon, penjamin-penjamin, dan saksi-saksinya;

(c) Kesanggupan pemohon untuk memberi kuasa kepada majikannya supaya memotong gajinya untuk membuat bayaran pinjaman dan lain-lain caruman-caruman kepada Koperasi ini;

(d) Pengesahan dokumen bagi tujuan permohonan;

(e) Kedudukan baki pembiayaan yang sedia ada dan tertunggak;

(f) Berkemampuan membayar pembiayaan iaitu bayaran ansuran bulanan bagi pinjaman ini tidak melebihi 60% daripada gaji bersih bulanan; dan

(g) Menyediakan senarai permohonan mengikut format yang ditentukan untuk di bawa ke Mesyuarat Lembaga.

(3) Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses dan dimaklumkan kepada pemohon.

Menimbangkan Permohonan Dalam Mesyuarat lembaga10. (1) Permohonan yang telah diluluskan melalui pekeliling akan dibentangkan dalam Mesyuarat Lembaga.

(2) Lembaga bolehlah menimbangkan cadangan tempoh dan kaedah bayaran balik pembiayaan atau mengenakan syarat-syarat tertentu bagi pembiayaan itu.

- 86 -

(3) Permohonan yang diluluskan hendaklah diberitahu segera kepada pemohon supaya Surat Perjanjian Pembiayaan dapat dilengkapkan dengan sempurna oleh pemohon. Tidaklah menjadi suatu kesalahan jika pihak koperasi ini dan pihak pemohon bersetuju agar Surat Perjanjian ini diisi dan ditandatangani terlebih dahulu iaitu semasa pemohon mengemukakan permohonan pembiayaan.

(4) Adalah menjadi kuasa muktamad Lembaga untuk menolak sesuatu permohonan terhadap Pembiayaan itu, menghadkan jumlah pembiayaan yang dipohon dan menolak mana-mana anggota daripada menjadi penjamin.

(5) Anggota-anggota tidaklah boleh menuntut bahawa Pembiayaan ini adalah sebagai satu daripada hak-haknya seperti mana yang tersebut di bawah Undang-undang Kecil Koperasi.

Kaedah Pembayaran Wang Kepada Pemohon11. (1) Semua pembayaran wang untuk Pembiayaan Bai’ Al-Inah hendaklah dilakukan seberapa segera setelah diluluskan.

(2) Sebelum bayaran-bayaran dibuat, Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari Koperasi hendaklah mempastikan bahawa :-

(a) Surat-surat Perjanjian Pembiayaan telah siap disempurnakan dan ditandatangani oleh semua pihak yang berkenaan;

(b) Baucer pembiayaan telah disiapkan untuk ditandatangani;

(c) Jumlah pembiayaan yang diluluskan direkodkan di dalam Daftar Pembiayaan; dan

(d) Daftar Penjamin telah sempurna diselenggarakan.

Penangguhan Pembayaran Balik12. Dalam keadaan tertentu Lembaga boleh meluluskan penangguhan atau pengurangan sebarang ansuran pembiayaan. Tidak ada penangguhan ke atas sebarang ansuran pembiayaan boleh diberikan atas sebab sebarang perayaan.

Mendapatkan Balik Hutang atau Pembiayaan Dengan Segera13. Keseluruhan jumlah pembiayaan atau baki pembiayaan hendaklah dibayar balik kepada koperasi tanpa bertangguh-tangguh dan tanpa sebarang alasan jika peminjam atau penghutang didapati:

(1) berhenti atau diberhentikan daripada menjadi anggota;

(2) Pembiayaan digunakan bagi sebarang tujuan selain daripada tujuan yang dinyatakan dalam borang permohonan; atau

(3) Jika kedudukan penghutang difikirkan meragukan.

akibat Kegagalan Membayar Balik 14. Dalam keadaan di mana seseorang anggota itu didapati gagal untuk membayar balik wang yang sepatutnya dibayar kepada Koperasi ini melalui Pembiayaan Bai’ Al-Inah, Lembaga Koperasi berhak memutuskan dalam satu Mesyuarat Lembaga supaya jumlah wang yang masih belum dibayar itu ditolak daripada wang anggota berkaitan yang ada dalam Simpanan Khas atau Modal Yurannya kecuali Modal Syernya yang masih ada di Koperasi dan bakinya akan dituntut daripada pemohon atau warisnya.

- 87 -

Kuasa lembaga Dan Mesyuarat agung15. (1) Lembaga mempunyai kuasa untuk menggantung mana-mana atau semua aturan-aturan ini dan melaporkannya kepada Mesyuarat Agung yang berikutnya.

(2) Mesyuarat Agung berkuasa untuk meminda, menambah, mengganti atau menarik balik aturan-aturan ini.

akta, Peraturan Dan undang-undang Kecil16. Aturan ini adalah tambahan kepada Akta Koperasi 1993 dan Koperasi hendaklah tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta, Peraturan-peraturan dan Undang-undang Kecil Koperasi yang dibaca bersekali.

Pertikaian17. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham atas tafsiran aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya menurut Undang-undang Kecil 85 (1) Koperasi ini.

Aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi ke-46 pada 23 Jun 2012.

Aturan ini telah dipinda dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-47 pada 22 Jun 2013.

Pindaan aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-48 pada 21 Jun 2014.

.................................................. ................................................. (Sabtu bin Basar) (Haji Ibrahim bin Dato’ ali) Pengerusi Setiausaha

.................................................(Mohd adenan bin Marjon)

Bendahari

- 88 -

aturaN aKtIVItI tEKNIKal DaN PENYElENGGaraaN

tajuk dan mula berkuat kuasa1. (1) Aturan ini dinamakan Aturan Aktiviti Teknikal Dan Penyelenggaraan Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad.

(2) Aturan ini diwujudkan menurut Undang-undang Kecil 9(3) Koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi dan dikemukakan kepada Suruhanjaya.

tafsiran2. Dalam aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain,

“teknikal” ertinya kehendak dan tatacara teknikal melantik kontraktor penyelenggara semua aset Koperasi; dan

“Pembangunan” ertinya mengenalpasti dan menjalankan semua aktiviti Koperasi yang berkaitan dengan pembangunan fizikal.

tujuan3. Aturan ini bertujuan membolehkan Koperasi melaksanakan tatacara teknikal proses melantik kontraktor untuk menjalankan kerja penyelenggaraan Koperasi seperti pejabat, kedai dan dewan mengikut keperluan semasa pembangunan Koperasi.

Kaedah4. Proses melantik kontraktor mengikut tatacara berikut:

(1) Semua cadangan kerja penyelanggaraan bangunan Koperasi mestilah terlebih dahulu telah mendapat kelulusan dan perakuan dalam Mesyuarat Lembaga yang telah diminitkan.

(2) Cadangan tersebut hendaklah dibincang, diperinci dan didokumenkan dalam bentuk Deraf Ikhtisar Kerja (Bill Of Quantity) diperingkat Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan seterusnya dibawa kepada Mesyuarat Lembaga untuk kelulusan.

(3) Deraf Ikhtisar Kerja (Bill Of Quantity) yang telah diluluskan dan diminitkan dalam Mesyuarat Lembaga atau pekeliling akan di buat Dokumen sebenar Ikhtisar kerja bagi dikeluarkan:

(a) Tawaran Kerja Sebutharga:

(i) Sebutharga dari seorang pembekal atau kontraktor secara lantikan terus mengikut keperluan segera oleh Koperasi seperti atas sebab kecemasan, keselamatan, kesihatan dan sebagainya hendaklah diperolehi bagi perolehan melebihi RM5,000.00 (Ringgit Malaysia : Lima Ribu) sehingga RM20,000.00 (Ringgit Malaysia : Dua Puluh Ribu); atau

(ii) Sebutharga dari sekurang-kurangnya tiga (3) orang pembekal atau kontraktor mengikut keperluan biasa hendaklah diperolehi bagi perolehan melebihi RM5,000.00 (Ringgit Malaysia : Lima Ribu) sehingga RM20,000.00 (Ringgit Malaysia : Dua Puluh Ribu).

- 89 -

(b) Tawaran Kerja Tender:

(i) Perolehan dengan kos melebihi RM20,000.00 (Ringgit Malaysia : Dua Puluh Ribu) hendaklah ditender. Tender hendaklah diterima dari sekurang-kurangnya lima (5) orang pembekal atau kontraktor; atau

(ii) Pelawaan tender hendaklah dibuat secara meluas dengan iklan di papan-papan kenyataan di pejabat Kerajaan ataupun swasta. Bagi perolehan melebihi RM200,000.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Ribu), pelawaan tender hendaklah pamerkan di papan kenyataan Koperasi dan laman web Koperasi.

Jenis Penyelenggaraan5. Penyelenggaraan terbahagi kepada dua jenis seperti berikut:

(1) Penyelenggaraan Pencengahan Preventive Maintenance ialah tindakan penyelenggaran berjadual yang diambil untuk memeriksa, menservis, membaiki atau mengganti komponen atau sumber fizikal secara teratur supaya dapat berfungsi dengan lancar secara berterusan; dan

(2) Penyelenggaraan Pemulihan Corrective Maintenance ialah tindakan membaiki atau mengganti komponen atau sumber fizikal supaya dapat berfungsi mengikut standard yang ditetapkan.

Sumber Kewangan6. Sumber kewangan bagi melaksanakan aktiviti ini diperolehi daripada;

(1) Peruntukan daripada keuntungan bersih Koperasi; dan

(2) Derma dan sumbangan daripada pihak lain.

Pertikaian7. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham atas tafsiran aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya menurut Undang-undang Kecil 85 (1) Koperasi ini.

Aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi ke-46 pada 23 Jun 2012.

Pindaan aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-48 pada 21 Jun 2014.

.................................................. ................................................. (Sabtu bin Basar) (Haji Ibrahim bin Dato’ ali) Pengerusi Setiausaha

.................................................(Mohd adenan bin Marjon)

Bendahari

- 90 -

aturaN aKtIVItI KuMPulaN WaNG taBuNG taBarru’(SKIM taBarru’)

tajuk dan mula berkuat kuasa1. (1) Aturan ini hendaklah dinamakan Aturan Aktiviti Kumpulan Wang Tabung Tabarru’ atau Skim Tabarru’ Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad.

(2) Aturan ini diwujudkan menurut Undang-undang Kecil 9(3) Koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Tahunan dan dikemukakan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

tafsiran2. Di dalam Aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain –

“akta” ertinya Akta Koperasi 1993 dan pindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke semasa;

“undang-undang Kecil” ertinya Undang-undang Kecil berdaftar yang dibuat oleh Koperasi ini pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan oleh Akta Koperasi 1993 dan termasuklah sesuatu pindaan berdaftar Undang-undang Kecil, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;

“aturan” ertinya aturan-aturan yang dibuat oleh Lembaga dari semasa ke semasa bagi melaksanakan mana-mana aktiviti yang dijalankan oleh Koperasi tertakluk kepada peruntukan Akta Koperasi 1993, Peraturan, Undang-undang Kecil dan kelulusan mesyuarat agung;

“lembaga Koperasi” ertinya badan pengelola Koperasi ini yang padanya pengurusan hal-ehwal Koperasi ini diamanahkan sebagaimana yang ditakrifkan dibawah seksyen 2 Akta Koperasi 1993;

“tabung tabarru” ertinya Kumpulan Wang Tabarru’ yang diperoleh daripada anggota atau pekerja Koperasi;

“Musibah” ertinya apa-apa kemalangan atau penyakit yang dihadapi oleh anggota dan pekerja Koperasi;

“Peserta” ertinya anggota atau pekerja Koperasi yang membayar caruman di dalam Skim Tabarru’ ini;

“Sumbangan tabarru’ ” ertinya bayaran bulanan yang diberikan oleh peserta Skim Tabarru’ kepada Koperasi untuk manfaat faedah bersama peserta yang lain;

“Kelayakan” ertinya syarat-syarat yang penerima sumbangan kemasukan wad hospital dan derma khairat kematian daripada Skim Tabarru’;

“Kematian” ertinya seseorang peserta itu meninggal dunia dengan apa jua sebab;

- 91 -

“Nilai Serahan” ertinya enam puluh peratus (60%) daripada baki terkumpul bayaran Skim Tabarru’ yang akan diserahkan kepada peserta mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan di dalam aturan ini; dan

“Kemasukan Ke Wad” ertinya seseorang peserta itu didaftarkan dan dimasukkan ke mana-mana wad samada hospital kerajaan atau swasta (bermalam) kerana apa jua sebab perubatan.

tujuan3. (1) Tujuan aturan ini diwujudkan untuk menambah tabungan anggota dan pekerja di Koperasi sebagai aktiviti jimat cermat dan untuk menyediakan suatu kumpulan wang derma yang akan digunakan untuk membantu sesama peserta yang ditimpa musibah.

(2) Kumpulan Wang Tabarru’ (Skim Tabarru’) ini hendaklah diuruskan melalui akaun bank yang berasingan.

(3) Membenarkan Lembaga Koperasi membuat pelaburan daripada wang Kumpulan Wang Tabung Tabarru’ melalui simpanan tetap patuh Syariah bagi menampung bayaran musibah yang akan dibayar kepada peserta.

Caruman tabung tabarru’4. (1) Caruman Tabung Tabarru’ adalah wajib bagi setiap anggota Koperasi yang baru dan caruman dibuat melalui potongan gaji bulanan.

(2) Caruman minimum Tabung Tabarru’ ialah RM10.00 sebulan dan had maksimumnya ialah RM50.00 sebulan.

(3) Peserta boleh menambah caruman dengan nilai gandaan RM10.00 hingga ke had maksimumnya dan hanya sekali pada setiap tahun.

(4) Sumbangan Tabarru’ diagihkan kepada tiga (3) sub akaun iaitu:-

(a) Akaun Peserta (60%), (b) Akaun Derma dan Khairat (20%)(c) Akaun Upah Pengurusan (20%)

akaun Peserta5. (1) Akaun Peserta merupakan akaun nilai serahan yang akan dikembalikan kepada anggota jika peserta itu tidak lagi menjadi anggota Koperasi atau Pekerja Koperasi yang tidak lagi berkhidmat dengan Koperasi.

(2) Peserta yang memohon berhenti daripada menyertai Skim Tabarru’ ini, nilai serahan akan diberikan kepada peserta dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh kelulusan mesyuarat Lembaga.

(3) Peserta yang didapati tidak membayar caruman Skim Tabarru’ ini selama tiga (3) bulan berturut-turut tidak akan mendapat manfaat perlindungan daripada Kumpulan Wang Tabarru’ dan nilai serahan akan diberikan dengan kelulusan mesyuarat Lembaga sekiranya tiada hutang dengan Koperasi.

- 92 -

akaun Derma dan Khairat6. (1) Akaun Derma dan Khairat merupakan akaun yang digunakan untuk membayar tuntutan derma kemasukan ke wad hospital peserta dan khairat kematian peserta.

(2) Kadar bayaran bagi derma kemasukan ke wad hospital (bermalam) adalah seperti jadual berikut:

tahun Penyertaan Sumbangan

Bil. Hari

layak

Kadar Bayaran Derma Kemasukan Wad/Hospital Sehari (rM)

Sumbangan Sumbangan Sumbangan Sumbangan Sumbangan

rM10.00 rM20.00 rM30.00 rM40.00 rM50.00

1 7 20 30 40 50 60

2 7 21 31 41 51 61

3 10 22 32 42 52 62

4 10 23 33 43 53 63

5 12 24 34 44 54 64

6 12 25 35 45 55 65

7 14 26 36 46 56 66

8 14 27 37 47 57 67

9 14 28 38 48 58 68

10 14 29 39 49 59 69

11 14 30 40 50 60 70

12 14 31 41 51 61 71

13 14 32 42 52 62 72

14 14 33 43 53 63 73

15 14 34 44 54 64 74

16 14 35 45 55 65 75

17 14 36 46 56 66 75

18 14 37 47 57 67 75

19 14 38 48 58 68 75

20 14 39 49 59 69 75

21 14 40 50 60 70 75

22 14 41 51 61 71 75

23 14 42 52 62 72 75

24 14 43 53 63 73 75

25 14 44 54 64 74 75

(3) Derma kemasukan ke wad tidak akan dikumpulkan dari tahun ke tahun. Peserta hanya boleh menuntut derma kemasukan ke hospital berdasarkan kelayakannya bagi tahun penyertaan yang berkenaan.

- 93 -

(4) Jadual Kadar Bayaran Derma Kemasukan Wad Hospital boleh dipinda dari semasa ke semasa melalui kelulusan Mesyuarat Lembaga.

(5) Tuntutan Derma Kemasukan Ke Wad hendaklah dibuat oleh peserta dalam tempoh tidak lewat dari enam (6) bulan dari tarikh berlakunya musibah ke atas peserta.

(6) Kadar bayaran derma khairat kematian dibawah Skim Tabarru’ adalah seperti jadual berikut:

tahun Penyertaan Sumbangan

Kadar Bayaran Derma Khairat Kematian tabarru’ (rM)

Sumbangan Sumbangan Sumbangan Sumbangan Sumbangan

rM10.00 rM20.00 rM30.00 rM40.00 rM50.00

1 2,000.00 4,000.00 6,000.00 8,000.00 10,000.00

2 2,150.00 4,300.00 6,450.00 8,600.00 10,750.00

3 2,300.00 4,600.00 6,900.00 9,200.00 11,500.00

4 2,450.00 4,900.00 7,350.00 9,800.00 12,250.00

5 2,600.00 5,200.00 7,800.00 10,400.00 13,000.00

6 2,750.00 5,500.00 8,250.00 11,000.00 13,750.00

7 2,900.00 5,800.00 8,700.00 11,600.00 14,500.00

8 3,050.00 6,100.00 9,150.00 12,200.00 15,250.00

9 3,200.00 6,400.00 9,600.00 12,800.00 16,000.00

10 3,350.00 6,700.00 10,050.00 13,400.00 16,750.00

11 3,500.00 7,000.00 10,500.00 14,000.00 17,500.00

12 3,650.00 7,300.00 10,950.00 14,600.00 18,250.00

13 3,800.00 7,600.00 11,400.00 15,200.00 19,000.00

14 3,950.00 7,900.00 11,850.00 15,800.00 19,750.00

15 4,100.00 8,200.00 12,300.00 16,400.00 20,500.00

16 4,250.00 8,500.00 12,750.00 17,000.00 21,250.00

17 4,400.00 8,800.00 13,200.00 17,600.00 22,000.00

18 4,550.00 9,100.00 13,650.00 18,200.00 22,750.00

19 4,700.00 9,400.00 14,100.00 18,800.00 23,500.00

20 4,850.00 9,700.00 14,550.00 19,400.00 24,250.00

21 5,000.00 10,000.00 15,000.00 20,000.00 25,000.00

22 5,150.00 10,300.00 15,450.00 20,600.00 25,750.00

23 5,300.00 10,600.00 15,900.00 21,200.00 26,500.00

24 5,450.00 10,900.00 16,350.00 21,800.00 27,250.00

25 5,600.00 11,200.00 16,800.00 22,400.00 28,000.00

- 94 -

(7) Waris peserta hendaklah menyediakan dokumen-dokumen yang berkaitan seperti borang tuntutan, atau sijil kematian dan surat akuan sumpah hendaklah disertakan semasa mengemukakan tuntutan kepada Koperasi.

(8) Jadual Kadar Bayaran Derma Khairat Kematian Tabarru’ boleh dipinda dari semasa ke semasa melalui kelulusan Mesyuarat Lembaga.

(9) Tuntutan Derma Khairat Kematian Tabarru’ ini hendaklah dibuat oleh waris peserta dalam tempoh tidak lewat dari enam (6) bulan dari tarikh kematian ke atas peserta.

(10) Sekiranya wang Tabung Tabarru’ ini tidak mencukupi membayar tuntutan peserta, Koperasi dibolehkan mengambil sebahagian peruntukan daripada Kumpulan Wang Perlindungan Pinjaman dengan kelulusan Mesyuarat Lembaga.

Pentadbiran7. (1) Aktiviti kumpulan wang ini dipantau oleh Jawatankuasa Kebajikan Am Dan Khairat Kematian yang dilantik oleh Lembaga Koperasi.

(2) Mesyuarat jawatankuasa ini dibuat membincangkan perkara-perkara berikut:

(a) Membuat kajian risiko Kumpulan Wang Tabarru’ jika ada pindaan jadual kadar bayaran derma Skim Tabarru’;

(b) Menggubal dasar dan rancangan pelaburan secara Syariah untuk Kumpulan Wang Tabarru’; dan

(c) Hal-hal berkaitan Skim Tabarru’.

(3) Jawatankuasa ini boleh memberi kuasa kepada Pegawai Eksekutif atau lain-lain pekerja untuk tugas menyemak, memproses dan meluluskan permohonan serta borang tuntutan Tabung Tabarru.

(4) Segala laporan daripada jawatankuasa ini hendaklah dilaporkan dalam Mesyuarat Lembaga untuk diperakukan.

Prosedur urusan tuntutan Bayaran Derma Skim tabarru’8. (1) Borang tuntutan yang diterima Koperasi hendaklah didaftarkan dalam sistem terimaan borang Syskop.

(2) Borang tuntutan mestilah bertarikh dan ditandatangani oleh pemohon. Dokumen sokongan seperti salinan surat discaj dari wad atau salinan sijil kematian dan surat akaun sumpah sebagai pewaris yang sah hendaklah disertakan semasa membuat tuntutan.

(3) Tuntutan hanya diproses setelah borang tuntutan yang dikemukakan itu sempurna diisi dan lengkap dengan dokumen sokongan yang diperlukan. Dokumen yang tidak lengkap tidak akan diproses.

(4) Borang tuntutan yang lengkap dengan dokumen sokongan diserahkan kepada Pegawai Eksekutif untuk disemak dan disahkan untuk penyediaan baucer dan cek bayaran.

- 95 -

(5) Rekod tuntutan yang mengandungi butiran seperti dibawah ini hendaklah difailkan untuk rujukan:

(a) nombor anggota atau nombor pekerja;(b) nama anggota atau waris;(c) jenis tuntutan:(d) tarikh tuntutan;(e) tarikh mula penyertaan tabung;(f) tarikh masuk dan keluar wad atau tarikh kematian;(g) bilangan hari, kadar dan amaun tuntutan;(h) nombor dan tarikh baucer;(i) baki tuntutan yang layak bagi tahun berkenaan; dan(j) catatan atau lain-lain butiran yang perlu

Kelulusan Bayaran Permohonan Skim tabarru’9. (1) Pembayaran derma kemasukan wad hospital (bermalam) dan derma Khairat Tabarru’ diluluskan oleh salah seorang daripada Pengurusan Tertinggi Koperasi atau Pegawai Eksekutif yang diberi kuasa oleh Lembaga Koperasi.

(2) Segala bayaran yang telah dibuat kepada peserta hendaklah dilaporkan kepada mesyuarat Lembaga untuk diperakukan.

Sumber Kewangan10. Modal bagi melaksanakan aktiviti ini adalah diperoleh daripada caruman bulanan

Skim Tabarru’ dan Kumpulan Wang Perlindungan Pinjaman Koperasi ini.

Pertikaian11. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham atas tafsiran aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya menurut Undang-undang Kecil 85 (1) Koperasi ini.

Aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-47 pada 22 Jun 2013.

.................................................. ................................................. (Sabtu bin Basar) (Haji Ibrahim bin Dato’ ali) Pengerusi Setiausaha

.................................................(Mohd adenan bin Marjon)

Bendahari

- 96 -

aturaN aKtIVItI PEMBIaYaaN INSuraNS KENDEraaN DaN CuKaI JalaN KENDEraaN

tajuk dan mula berkuat kuasa1. (1) Aturan ini hendaklah dinamakan Aturan Aktiviti Pembiayaan Insurans Dan Cukai Jalan Kenderaan Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad (selepas ini disebut “pembiayaan ini”).

(2) Aturan ini diwujudkan menurut Undang-undang Kecil 9(3) Koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Tahunan dan dikemukakan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

tafsiran2. Di dalam Aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain –

“akta” ertinya Akta Koperasi 1993 dan pindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke semasa;

“aturan” ertinya aturan-aturan yang dibuat oleh Lembaga dari semasa ke semasa bagi melaksanakan mana-mana aktiviti yang dijalankan oleh Koperasi tertakluk kepada peruntukan Akta Koperasi 1993, Peraturan, Undang-undang Kecil dan kelulusan Mesyuarat Agung;

“Koperasi” atau “Koperasi ini” ertinya Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad;

“lembaga Koperasi” ertinya badan pengelola Koperasi ini yang padanya pengurusan hal-ehwal Koperasi ini diamanahkan sebagaimana yang ditakrifkan dibawah seksyen 2 Akta Koperasi 1993;

“Pegawai” ertinya seorang Pegerusi, Setiausaha, Bendahari atau mana-mana anggota lain Lembaga dan termasuklah ketua pegawai eksekutif, mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Lembaga, Peraturan atau perintah atau Undang-undang Kecil untuk memberi arahan berkenaan dengan urusan Koperasi ini, atau mana-mana pekerja, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;

“anggota” ertinya seseorang yang telah diterima menjadi anggota Koperasi ini sepertimana Undang-undang Kecil 15; dan

“Majikan” ertinya Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Johor, Badan-badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan;

tujuan3. Tujuan aturan ini diwujudkan ialah untuk memberikan kemudahan kepada anggota bagi memperbaharui perlindungan insurans dan cukai jalan kenderaan.

Syarat-syarat Pembiayaan4. Permohonan pembiayaan ini hendaklah mematuhi syarat-syarat seperti berikut:

(1) Berjawatan tetap jika kontrak hendaklah mengikut tempoh perkhidmatan;

- 97 -

(2) Potongan gaji tidak melebihi enam puluh peratus (60%) melalui BPA atau majikan; dan

(3) Lain-lain syarat mengikut ketetapan Lembaga Koperasi dari semasa ke semasa.

Jumlah Pembiayaan Insurans Kenderaan5. (1) Jumlah pembiayaan ini adalah bergantung kepada jumlah nilai perlindungan insurans dan cukai jalan kenderaan anggota dengan pembiayaan maksimum RM3,000.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ribu Sahaja) termasuk caj urusan penghantaran.

(2) Pembiayaan yang telah diluluskan akan diuruskan oleh Koperasi dan setelah urusan tersebut selesai, pihak Koperasi menyerahkan dua (2) dokumen kepada anggota iaitu:-

(a) Polisi perlindungan insurans kenderaan; dan(b) Cukai jalan kenderaan.

(3) Pembiayaan ini anggota tidak mendapat wang tunai tetapi mendapat perkhidmatan memperbaharui insurans dan cukai jalan kenderaan melalui Koperasi.

(4) Lembaga Koperasi diberi kuasa untuk meminda atau menetapkan jumlah pembiayaan ini mengikut keperluan dari semasa ke semasa melalui kelulusan Mesyuarat Lembaga.

tempoh Pembiayaan6. (1) Pembayaran balik hendaklah dibuat melalui potongan gaji melalui Biro Potongan ANGKASA (BPA) atau Majikan selama dua belas (12) bulan.

(2) Lembaga Koperasi diberi kuasa untuk meminda atau menetapkan tempoh bayaran balik pembiayaan ini mengikut keperluan dari semasa ke semasa melalui kelulusan Mesyuarat Lembaga

Kadar Pembiayaan7. (1) Kadar pembiayaan ini untuk kemudahan ini ialah sebanyak tiga peratus (3%) untuk 12 bulan berkonsepkan Bai’ Bithaman Ajil.

(2) Lembaga Koperasi diberi kuasa untuk meminda atau menetapkan kadar pembiayaan ini mengikut keperluan dari semasa ke semasa melalui kelulusan Mesyuarat Lembaga.

Kaedah Pelaksanaan8. (1) Semua permohonan hendaklah dibuat dua (2) bulan sebelum insurans kenderaan tersebut tamat tempoh.

(2) Permohonan hendaklah mengisi borang rasmi Koperasi beserta dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

(a) 3 salinan gaji terkini;(b) Pengesahan jawatan daripada majikan;(c) 2 salinan kad pengenalan;(d) Surat Opsyen Umur Persaraan;(e) 2 salinan geran kenderaan; dan(f) Polisi insurans lama

- 98 -

(3) Borang rasmi yang lengkap akan diproses oleh Koperasi sebelum dipertimbangkan oleh Koperasi.

(4) Anggota akan dihubungi oleh Koperasi untuk mengambil polisi perlindungan dan cukai jalan kenderaan setelah urusan tersebut selesai.

(5) Sekiranya insurans dan cukai jalan kenderaan tidak dapat diperbaharui disebabkan saman trafik atau lain-lain, anggota dikehendaki menjelaskan saman tersebut atau melalui Koperasi dengan bayaran perkhidmatan sebanyak RM20.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh sahaja) bagi setiap bil saman yang dibayar.

(6) Lembaga Koperasi diberi kuasa untuk meminda atau menetapkan kaedah pelaksanaan pembiayaan ini mengikut keperluan dari semasa ke semasa melalui kelulusan Mesyuarat Lembaga

Kelulusan Pembiayaan9. (1) Permohonan pembiayaan ini akan ditimbang, diluluskan atau ditolak oleh salah seorang daripada Pengurusan Tertinggi Koperasi yang dilantik oleh Lembaga Koperasi iaitu:

(a) Pengerusi;(b) Timbalan Pengerusi;(c) Setiausaha; atau (d) Bendahari.

(2) Walaubagaimanapun, kuasa kelulusan pembiayaan ini juga boleh diserahkan kepada Pegawai yang diberi kuasa oleh Lembaga Koperasi melalui Mesyuarat Lembaga.

Sumber Kewangan10. Modal bagi melaksanakan aktiviti ini adalah diperoleh daripada caruman bulanan anggota Koperasi ini atau pinjaman luar dengan kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Pertikaian11. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham atas tafsiran aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya menurut Undang-undang Kecil 85 (1) Koperasi ini.

Aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-47 pada 22 Jun 2013.

.................................................. ................................................. (Sabtu bin Basar) (Haji Ibrahim bin Dato’ ali) Pengerusi Setiausaha

.................................................(Mohd adenan bin Marjon)

Bendahari

- 99 -

aturaN aKtIVItI PErlINDuNGaN INSuraNS taKaFul

tajuk dan mula berkuat kuasa1. (1) Aturan ini hendaklah dinamakan Aturan Aktiviti Perlindungan Insurans Takaful Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad.

(2) Aturan ini diwujudkan menurut Undang-undang Kecil 9(3) Koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Tahunan dan dikemukakan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

tafsiran2. Di dalam Aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain –

“akta” ertinya Akta Koperasi 1993 dan pindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke semasa;

“Peraturan” ertinya peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta Koperasi 1993 dan pindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke semasa;

“undang-undang Kecil” ertinya Undang-undang Kecil berdaftar yang dibuat oleh Koperasi ini pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan oleh Akta Koperasi 1993 dan termasuklah sesuatu pindaan berdaftar Undang-undang Kecil, sebagaimana taktifan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;

“lembaga” ertinya badan pengelola Koperasi ini yang kepadanya pengurusan hal-ehwal Koperasi ini diamanahkan, sebagaimana takrifan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;

“Peserta” ertinya anggota Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad yang mencarum insurans;

“Panel insurans” ertinya syarikat insurans hayat yang dilantik oleh Lembaga dari semasa ke semasa;

“Insurans” ertinya manfaat perlindungan yang diberikan kepada peserta mengikut kadar bayaran caruman insurans; dan

“Caruman” ertinya bayaran bulanan caruman insurans melalui potongan gaji peserta;

tujuan3. Tujuan aturan ini diwujudkan adalah untuk memberi manfaat perlindungan insurans kepada anggota Koperasi ini melalui panel insurans yang dilantik oleh Koperasi.

Panel Insurans4. (1) Anggota Koperasi boleh memilih mana-mana syarikat insurans yang dilantik oleh Lembaga untuk mencarum bagi tujuan manfaat perlindungan anggota.

(2) Lembaga berkuasa memilih dan menamatkan panel insurans Koperasi mengikut keperluan Koperasi ini dari semasa ke semasa.

- 100 -

(3) Bayaran caruman bulanan akan diuruskan oleh pihak Koperasi dan diserahkan kepada panel insurans Koperasi yang dilantik oleh Lembaga.

Manfaat Perlindungan Insurans5. (1) Anggota yang mencarum insurans akan mendapat manfaat perlindungan mengikut polisi insurans yang ditetapkan oleh panel insurans

(2) Manfaat perlindungan diperoleh sebulan selepas caruman pertama dipotong melalui potongan gaji.

(3) Segala tuntutan manfaat perlindungan yang dituntut oleh peserta hendaklah melengkapkan dokumen-dokumen yang dikehendaki oleh Koperasi.

(4) Bayaran perlindungan akan diserahkan kepada peserta setelah panel insurans mengeluarkan cek untuk bayaran tersebut.

Pertikaian6. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham atas tafsiran aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya menurut Undang-undang Kecil 85 (1) Koperasi ini.

Aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-47 pada 22 Jun 2013.

.................................................. ................................................. (Sabtu bin Basar) (Haji Ibrahim bin Dato’ ali) Pengerusi Setiausaha

.................................................(Mohd adenan bin Marjon)

Bendahari

- 101 -

aturaN aKtIVItI SKIM PEMBIaYaaN BaI’ BItHaMaN aJIl

tajuk dan mula berkuat kuasa1. (1) Aturan ini hendaklah dinamakan Aturan Aktiviti Skim Pembiayaan Bai’ Bithaman Ajil Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad.

(2) Aturan ini diwujudkan menurut Undang-undang Kecil 9(3) Koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Tahunan dan dikemukakan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

tafsiran2. Di dalam Aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain –

“Koperasi” ertinya Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad;

“lembaga” ertinya badan pengelola Koperasi ini yang padanya pengurusan hal-ehwal Koperasi ini diamanahkan sebagaimana yang ditakrifkan dibawah seksyen 2 Akta Koperasi 1993;

“Pegawai” ertinya seorang Pegerusi, Setiausaha, Bendahari atau mana-mana anggota lain Lembaga dan termasuklah ketua pegawai eksekutif, mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Lembaga, Peraturan atau perintah atau Undang-undang Kecil untuk memberi arahan berkenaan dengan urusan Koperasi ini, atau mana-mana pekerja, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;

“Bai’ Bithaman ajil (BBa)” ertinya satu jenis jual beli yang diharuskan Syarak dimana Koperasi bersetuju untuk membeli barang yang dicadangkan oleh anggota dan kemudian dijual kepada anggota dengan harga tangguh termasuk kadar keuntungan dan dibayar balik secara ansuran;

“Barang” ertinya aset atau perkhidmatan yang dipersetujui oleh Lembaga untuk dijual beli;

“Ibra” ertinya rebat terhadap kadar keuntungan yang diluluskan oleh Lembaga terhadap pembiayaan pembelian kepada penghutang ke atas pembayaran balik lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan; dan

“Penghutang” ertinya anggota yang membeli barang secara bayaran tangguh dengan pembiayaan ini;

tujuan3. Tujuan skim pembiayaan ini diwujudkan untuk memberikan kemudahan pembiayaan kepada anggota yang ingin membeli:-

(1) barangan elektrik, komputer, telefon dan kelengkapan perabot;(2) kenderaan motosikal atau kereta;(3) insurans kenderaan dan cukai jalan kenderaan; dan(4) lain-lain barang yang diluluskan oleh Lembaga Koperasi dari semasa ke semasa

mengikut permohonan anggota.

Sumber Kewangan4. Modal bagi skim pembiayaan ini diperoleh daripada:-

(1) yuran, syer, dan simpanan khas daripada anggota; dan(2) melalui pinjaman daripada bukan anggota mengikut kelulusan Suruhanjaya Koperasi

Malaysia.

- 102 -

Kelayakan5. Pembiayaan ini boleh diberikan kepada anggota Koperasi tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

(1) telah menjadi anggota Koperasi dengan membayar modal syer sekurang-kurangnya RM100.00 dan telah mencarum yuran 1 bulan melalui ANGKASA atau majikan;

(2) potongan gaji tidak melebihi 60%;(3) surat pengesahan jawatan;(4) berjawatan tetap jika kontrak hendaklah mengikut tempoh perkhidmatan;(5) tempoh pembiayaan yang diluluskan tidak melebihi umur 56 tahun; dan(6) lain-lain syarat mengikut kelulusan Lembaga Koperasi.

Pelaksanaan6. (1) Pembiayaan ini dilaksanakan mengikut kaedah Bai’ Bithaman Ajil dimana Koperasi akan membeli barang yang dipohon oleh anggota daripada pembekal luar kemudian menjualkannya kepada anggota berkenaan dengan ditambah keuntungan atas persetujuan bersama dan cek bayaran barang tersebut dibuat di atas nama pembekal.

(2) Kadar maksimum pembiayaan ini untuk seseorang anggota di bawah aturan ini ialah sebanyak RM200,000.00 sebelum ditambah keuntungan Koperasi.

(3) Tempoh pembiayaan ini adalah seperti berikut:-

Jenis Barang tempoh (tahun)Rumah 15Tanah 15

Kenderaan 9

(4) Barang yang dibeli tidak dibenarkan ditukar dengan wang tunai dan jaminan atau waranti atas barang itu diberikan oleh pembekal luar.

(5) Kadar keuntungan adalah mengikut ketetapan Lembaga dari semasa ke semasa.

(6) Bayaran bertindih dibenarkan dengan potongan gaji tidak melebih 60%.

(7) Koperasi boleh memberi rebat sekiranya anggota yang membuat pembayaran awal hutang dari tempoh yang asal selepas 2 tahun pembiayaan yang dikeluarkan.

Penjamin dan Skim Perlindungan Pembiayaan7. (1) Semua pembiayaan anggota hendaklah menguruskan “caveat” aset dituntut oleh Koperasi dengan perbelanjaan sendiri perlu penjamin tetapi akan dilindungi Skim Perlindungan Pembiayaan sepanjang tempoh pembiayaan dan manfaat perlindungan diberikan sekiranya anggota berkenaan meninggal dunia atau sakit kronik.

(2) Dua orang penjamin diperlukan bagi anggota berjawatan kontrak yang akan bersama-sama bertanggungjawab di atas bayaran balik pembiayaan ini. Penjamin tidak perlu bayar hutang anggota tetapi hendaklah berusaha mendapatkan kembali pembiayaan.

(3) Penjamin hendaklah terdiri daripada anggota Koperasi ini dan jika penghutang tidak dapat membayar balik mengikut perjanjian yang dipersetujui, hutang tersebut akan dibayar daripada modal yuran penjamin.

(4) Penjamin tidak dibenarkan menjamin lebih 2 orang anggota dalam satu masa.

(5) Anggota Lembaga tidak dibenarkan menjamin pembiayaan ini semasa tempoh jawatan sebagai Anggota Lembaga Koperasi.

- 103 -

Permohonan8. (1) Semua permohonan Skim Pembiayaan Bai’ Bithamin Ajil ini hendaklah dibuat atas borang rasmi Koperasi.

(2) Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan dan menyediakan dokumen sokongan dengan sempurna dan ditandatangani lengkap untuk tujuan permohonan. Dokumen yang tidak lengkap menyebakan permohonan akan ditolak oleh Koperasi.

Kelulusan Pemohonan9. (1) Semua permohonan pembiayaan ini diluluskan oleh salah seorang Pengurusan yang terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Pegawai yang diberi kuasa sebelum kelulusan diberikan dengan memastikan perkara-perkara berikut:-

(a) kemampuan bayaran balik ansuran yang tidak melebihi 60%;

(b) kesempurnaan borang-borang dan dokumen sokongan yang telah ditandatangani oleh pemohon;

(c) telah membayar syer minimum RM100.00 dan caruman yuran;

(d) perjanjian Bai’ Bithamin Ajil telah ditandatangani oleh pemohon; dan

(e) lain-lain perkara mengikut keperluan yang akan ditetapkan oleh Lembaga Koperasi.

(2) Permohonan akan ditolak sekiranya anggota tidak memenuhi kelayakan yang diperlukan oleh aturan ini.

Kaedah Bayaran10. (1) Pembayaran wang skim pembiayaan ini hendaklah dilakukan terus kepada pembekal luar sepertimana yang dipohon oleh anggota.

(2) Anggota yang memohon pembiayaan ini, bayaran ansuran hendaklah dibuat melalui potongan gaji daripada ANGKASA atau majikan anggota.

Bayaran terhenti11. (1) Bayaran pembiayaan yang terhenti melebihi tiga (3) bulan, tindakan berikut akan diambil iaitu:

(a) tiga kali notis peringatan tuntutan bayaran bulanan;

(b) status kebankrapan daripada Jabatan Insolvensi; dan

(c) lain-lain tindakan mengikut kelulusan mesyuarat Lembaga dari semasa ke semasa.

(2) Peminjam hendaklah menjelaskan bayaran bulanan secara tunai mengikut tempoh kontrak perjanjian Bai’ Bithaman Ajil (BBA) yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

(3) Peminjam yang meninggal dunia atau sakit kronik berlarutan sebelum tamat tempoh pembiayaan hendaklah diselesaikan oleh Koperasi menggunakan Skim Perlindungan Pembiayaan dengan kelulusan Mesyuarat Lembaga.

- 104 -

(4) Lembaga Koperasi diberi kuasa untuk menetapkan kaedah lain yang bersesuaian dari semasa ke semasa untuk mendapatkan baki hutang tersebut.

Pertikaian12. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham atas tafsiran aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya menurut Undang-undang Kecil 85 (1) Koperasi ini.

Aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-47 pada 22 Jun 2013.

.................................................. ................................................. (Sabtu bin Basar) (Haji Ibrahim bin Dato’ ali) Pengerusi Setiausaha

.................................................(Mohd adenan bin Marjon)

Bendahari

- 105 -

aturaN aKtIVItI ICt DaN laMaN SESaWaNG

tajuk dan mula berkuatkuasa1. (1) Aturan ini dinamakan Aturan Aktiviti ICT dan Laman Sesawang Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad.

(2) Aturan ini diwujudkan menurut Undang-undang Kecil 9(3) Koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi dan dikemukakan kepada Suruhanjaya.

tafsiran2. Dalam aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain,

“ICt” ertinya segala urusan berhubung dengan IT (teknologi informasi dan maklumat) dan teknologi komputer yang dijalankan oleh Koperasi; dan

“laman Sesawang” ertinya laman sesawang yang diwujudkan oleh koperasi ini bagi tujuan manyalurkan maklumat kepada anggota dan masyarakat umum.

tujuan3. Aturan ini bertujuan membolehkan Koperasi melaksanakan tatacara kerja, sistem dan perancangan koperasi dengan menggunakan kecanggihan teknologi maklumat dan informasi melalui Laman Sesawang Koperasi dan kemudahan IT bagi memudahkan pentadbiran dan pengurusan koperasi dari semasa ke semasa.

Kaedah dan Faedah4. Penggunaan ICT dan Laman Sesawang

(1) Menggunakan sistem dan aplikasi ICT dan IT Koperasi dalam urusan harian seperti permohonan menjadi anggota, aduan pelanggan, promosi, perakaunan, penyata anggota, pentadbiran dan kerja-kerja berkaitan dengan koperasi yang lain.

(2) Menyebarkan maklumat dan aktiviti-aktiviti koperasi menerusi Laman Sesawang yang boleh dicapai oleh anggota dan umum.

(3) Mewujudkan Laman Sesawang yang interaktif bagi anggota bertujuan mengetahui baki hutang pembiayaan anggota dan mengemaskini profil anggota dengan mengambil kira langkah-langkah keselamatan (username, id pengguna dan kata laluan)

(4) Menjadikan Laman Sesawang Koperasi sebagai Laman Sesawang yang produktif seperti sewaan tapak bagi iklan dan promosi produk oleh anggota dan panel koperasi dengan caj yang berpatutan.

(5) Mempamerkan aktiviti-aktiviti koperasi, maklumat mengenai koperasi, takwim koperasi dan maklumat-maklumat yang terkini untuk makluman anggota dan umum.

(6) Mewujudkan media sosial baru koperasi bagi tujuan perhubungan antara anggota dan koperasi seperti e-mel, Facebook, Twitter, Instagram, WhatsApp, Telegram dan aplikasi lain.

- 106 -

(7) Melaksanakan kursus dan bengkel bagi melahirkan usahawan cyber dikalangan anggota yang mempunyai perniagaan dan produk sendiri.

Penyelenggaraan5. Penyelenggaraan aplikasi ICT dan Laman Sesawang diuruskan oleh Penolong Pegawai Sistem Maklumat lantikan Koperasi dan pembekal perkhidmatan ICT yang dilantik oleh Koperasi.

Sumber Kewangan6. Sumber kewangan bagi melaksanakan aktiviti ini diperolehi daripada;

(1) Peruntukan daripada keuntungan bersih Koperasi; dan

(2) Derma dan sumbangan daripada pihak lain.

Pertikaian7. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham atas tafsiran aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya menurut Undang-undang Kecil 85 (1) Koperasi ini.

Aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi ke-48 pada 21 Jun 2014.

.................................................. ................................................. (Sabtu bin Basar) (Haji Ibrahim bin Dato’ ali) Pengerusi Setiausaha

.................................................(Mohd adenan bin Marjon)

Bendahari

- 107 -

aturaN aKtIVItI PEMBaNGuNaN KEuSaHaWaNaN

tajuk dan mula berkuatkuasa1. (1) Aturan ini dinamakan Aturan Aktiviti Pembangunan Keusahawanan Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad.

(2) Aturan ini diwujudkan menurut Undang-undang Kecil 9(3) Koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi dan dikemukakan kepada Suruhanjaya.

tafsiran2. Dalam aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain,

“Pembangunan Keusahawanan” ertinya segala urusan berhubung melahirkan usahawan dikalangan anggota Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad.

tujuan3. Aturan ini bertujuan membolehkan Koperasi melaksanakan tatacara kerja dan perancangan bagi melahirkan usahawan produktif dikalangan anggota menerusi program-program kursus dan bengkel kemahiran yang dianjurkan oleh koperasi atau agensi lain. Seterusnya anggota koperasi akan menggunakan kemahiran yang diperolehi menerusi kursus dan bengkel untuk membuka perniagaan bagi menjana pendapatan.

Kaedah dan Faedah4. Kursus dan Bengkel Kemahiran

(1) Menganjurkan kursus kemahiran seperti masakan, bakeri, pastry, jahitan, refleksologi, kecantikan dan spa dan lain-lain kursus kemahiran yang boleh menjana pendapatan anggota.

(2) Memberi pembiayaan kepada usahawan-usahawan dikalangan anggota bagi memulakan projek perniagaan atau mengembangkan perniagaan sedia ada.

(3) Mewujudkan satu ruang niaga atau kedai bagi usahawan-usahawan dikalangan anggota bagi mempromosi dan menjual produk-produk.

(4) Melahirkan usahawan-usahawan yang produktif dan cemerlang dan berjaya dikalangan anggota koperasi.

(5) Mewujudkan satu rangkaian perniagaan yang luas (networking) dikalangan anggota Koperasi dan Koperasi boleh melantik usahawan-usahawan dikalangan anggota sebagai panel pembekal perkhidmatan dan barangan kepada koperasi.

Pelaksanaan5. Pelaksanaan aktiviti-aktiviti keusahawanan diuruskan oleh sebuah Jawatankuasa yang dilantik oleh Koperasi dikalangan anggota dan pekerja.

- 108 -

Sumber Kewangan6. Sumber kewangan bagi melaksanakan aktiviti ini diperolehi daripada;

(1) Peruntukan daripada keuntungan bersih Koperasi; dan

(2) Derma dan sumbangan daripada pihak lain.

Pertikaian7. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham atas tafsiran aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya menurut Undang-undang Kecil 85 (1) Koperasi ini.

Aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi ke-48 pada 21 Jun 2014.

.................................................. ................................................. (Sabtu bin Basar) (Haji Ibrahim bin Dato’ ali) Pengerusi Setiausaha

.................................................(Mohd adenan bin Marjon)

Bendahari

- 109 -

aturaN aKtIVItI aGaMa ISlaM

tajuk dan mula berkuat kuasa1. (1) Aturan ini hendaklah dinamakan “Aturan Aktiviti Agama Islam Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad”.

(2) Aturan ini diwujudkan di bawah Undang-undang Kecil 9 (3) koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Tahunan dan dikemukakan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

tujuan2. Tujuan aturan ini diwujudkan adalah untuk mengimarahkan aktiviti Jawatankuasa

Agama Islam kepada anggota koperasi dan pekerja koperasi.

Sumber Kewangan3. Sumber kewangan bagi melaksanakan aktiviti ini diperolehi daripada:

(1) Keuntungan bersih koperasi ini diluluskan oleh Mesyuarat Agung mengikut Undang-undang kecil 64(1) koperasi ini.

(2) Derma dan sumbangan dari pihak ketiga.

Pentadbiran4. Aktiviti ini hendaklah ditadbirkan oleh Jawatankuasa yang dilantik oleh Lembaga dan sentiasa diselia serta dipantau perjalanannya.

Makluman Kepada Mesyuarat agung5. Lembaga hendaklah membentangkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan, laporan-laporan mengenai aktiviti-aktiviti Jawatankuasa Agama Islam serta membuat cadangan-cadangan bagi memajukanya.

Pertikaian6. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham atas tafsiran Aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya menurut Undang-undang Kecil 85 (1) Koperasi ini.

Aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi ke-48 pada 21 Jun 2014.

.................................................. ................................................. (Sabtu bin Basar) (Haji Ibrahim bin Dato’ ali) Pengerusi Setiausaha

.................................................(Mohd adenan bin Marjon)

Bendahari

- 110 -

aturaN aKtIVItI SIMPaNaN KHaS

tajuk dan mula berkuat kuasa1. (1) Aturan ini dinamakan “Aturan Aktiviti Simpanan Khas” Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad.

(2) Aturan ini diwujudkan menurut Undang-undang Kecil 9(3) Koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan dan dikemukakan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

tafsiran2. Di dalam aturan ini, melainkan konteksnya mengkehendaki makna yang lain –

“akta” ertinya Akta Koperasi 1993 dan pindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke semasa;

“Garis Panduan” ertinya garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia kepada Koperasi dari semasa ke semasa;

“undang-undang Kecil” ertinya Undang-undang Kecil berdaftar yang dibuat oleh Koperasi ini pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan oleh Akta Koperasi 1993 dan termasuklah sesuatu pindaan berdaftar Undang-undang Kecil, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;

“aturan” ertinya aturan-aturan yang dibuat oleh Lembaga dari semasa ke semasa bagi melaksanakan mana-mana aktiviti yang dijalankan oleh Koperasi tertakluk kepada peruntukan Akta Koperasi 1993, Peraturan, Undang-undang Kecil dan kelulusan Mesyuarat Agung;

“anggota” termasuklah seseorang yang turut sama dalam permohonan pendaftaran Koperasi ini dan yang telah menandatangani minit Mesyuarat Agung permulaan Koperasi dan seseorang yang diterima menjadi anggota Koperasi mengikut Peraturan dan Undang-undang Kecil Koperasi selepas pendaftaran;

“Koperasi” atau “Koperasi ini” ertinya Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad;

“lembaga” ertinya badan pengelola Koperasi ini yang kepadanya pengurusan hal-ehwal Koperasi ini diamanahkan, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;

“Pegawai” berhubung dengan Koperasi ertinya seorang Pengerusi, Setiausaha, Bendahari atau mana-mana anggota lain Lembaga, dan termasuklah ketua pegawai eksekutif, mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Lembaga, Peraturan atau perintah atau Undang-undang Kecil untuk memberi arahan berkenaan dengan urusan Koperasi ini, atau mana-mana pekerja, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;

“Peraturan” ertinya peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta Koperasi 1993 dan pindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke semasa;

“Pulangan” termasuklah apa-apa bentuk sewaan, pulangan, dividen atau faedah, termasuk apa-apa fi atau hadiah, yang kena dibayar atau akan diberikan berhubung dengan apa-apa urusniaga, transaksi atau surat cara, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;

- 111 -

“Simpanan khas” ertinya wang yang didepositkan oleh seseorang anggota dengan Koperasi ini dengan niat nyata untuk menggunakan wang yang didepositkan untuk suatu maksud yang dinyatakan yang dibenarkan di bawah Peraturan, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993; dan

“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang ditubuhkan dibawah Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993.

tujuan3. (1) Tujuan Simpanan Khas ini diwujudkan ialah untuk:-

(a) Membiayai dan menjana keperluan kewangan tambahan bagi produk kredit atau lain-lain perniagaan Koperasi ini yang diluluskan oleh Lembaga dan Suruhanjaya sepertimana prospektus yang diterbitkan dan dinyatakan;

(b) Menambah simpanan anggota; dan

(c) Memberi peluang kepada anggota menyertai projek-projek yang diceburi oleh Koperasi secara langsung.

Syarat-syarat Caruman Simpanan Khas4. (1) Syarat caruman simpanan khas adalah sebagaimana berikut:-

a) Anggota Koperasi ini; ataub) Bukan anggota Koperasi ini hendaklah mendapatkan kelulusan daripada

Suruhanjaya.

Sumber dan kegunaan kewangan5. (1) Koperasi ini membuka tawaran kepada anggota dalam tempoh yang ditetapkan mengikut kadar dan kelayakan untuk anggota membuat simpanan melalui jenis instrumen yang ditawarkan di dalam prospektus.

(2) Anggota yang berminat menerima tawaran melalui dokumen yang disediakan oleh Koperasi ini dan dilengkapkan dengan menyertakan bayaran bagi maksud instrumen yang ditawarkan dan akan menjadi kontrak yang mengikat untuk Koperasi memenuhi obligasi sebagaimana yang ditawarkan.

(3) Penerimaan dan pengambilan simpanan khas anggota, pemulangan, pengembalian atau penyerahan balik simpanan khas tersebut berserta pulangan dalam bentuk Hibah (hadiah) atau apa-apa nilaian wang serta penetapan jangka masa (tempoh) matang simpanan khas anggota dinyatakan dengan jelas kepada anggota melalui prospektus dan dokumen yang disediakan.

tahun kewangan6. Tahun kewangan bagi simpanan khas anggota hendaklah bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember setiap tahun.

Pengurusan7. (1) Simpanan Khas anggota ini hendaklah ditadbirkan oleh Lembaga dan akaun berasingan diwujudkan bagi menunjukkan sumber dan penggunaan dana.

(2) Lembaga hendaklah bertanggungjawab dan memastikan pengambilan deposit melalui simpanan khas sebagaimana berikut –

(a) Sepadan dengan aktiviti-aktiviti Koperasi ini seperti termaktub dalam undang-undang kecil;

- 112 -

(b) Bersesuaian dengan kekukuhan modal, kepakaran pengurusan dan risiko Koperasi ini;

(c) Aturan aktiviti simpanan khas hendaklah dikaji dari semasa ke semasa dan dipinda sekiranya perlu serta dibentangkan untuk kelulusan Mesyuarat Agung;

(d) Pengambilan Simpanan Khas adalah bersesuaian dengan objektif aktiviti perniagaan dan halatuju koperasi;

(e) Proses pengurusan risiko dalam aktiviti pengambilan simpanan khas adalah mencukupi dan berfungsi; dan

(f) Melaporkan kedudukan kewangan di dalam Simpanan Khas di dalam Mesyuarat Lembaga pada setiap bulan.

Jawatankuasa Pengurusan risiko8. (1) Jawatankuasa Pengurusan Risiko hendaklah ditubuhkan oleh Lembaga bagi mengamalkan teknik pengurusan risiko yang berkesan dengan mewujudkan –

(a) Rangka kerja dan tatacara yang mencukupi bagi mengenalpasti, memantau dan mengawal risiko;

(b) Prosedur operasi pengambilan simpanan khas yang mencukupi dan berkesan; dan

(c) Proses kawalan dalaman untuk menilai, mengukur, mengawal, memantau dan melaporkan segala jenis risiko dalam Mesyuarat Lembaga.

(2) Dasar dan prosedur pengurusan risiko hendaklah diluluskan oleh mesyuarat Lembaga.

Caruman Simpanan Khas9. (1) Anggota yang berhasrat untuk menabung ke dalam Simpanan Khas ini hendaklah membuat caruman minimum RM10.00 pada setiap bulan melalui potongan ANGKASA atau potongan gaji majikan.

(2) Lembaga diberi kuasa menetapkan caruman minimum Simpanan Khas dari semasa ke semasa.

Prospektus10. (1) Sebelum melaksanakan aktiviti pengambilan Simpanan Khas Anggota, suatu prospektus khas dikeluarkan kepada anggota-anggota untuk menerangkan perihal produk tersebut yang lebih khusus dan menjurus kepada matlamat simpanan tersebut diadakan.

(2) Prospektus tersebut hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya maklumat tersebut:-(a) Pengenalan produk pengambilan simpanan khas;(b) Saiz dana;(c) Simpanan minima, maksima dan penebusan;(d) Jangkasama ditawarkan;(e) Maklumat terperinci;(f) Prestasi produk sepertinya (yang terdapat di pasaran);(g) Unjuran perolehan pendapatan dan pulangan;(h) Fi, caj dan perbelanjaan yang terlibat, jika ada (termasuk caj penalti ke atas

pengeluaran pra matang);(i) faedah atau pulangan;(j) Pengurusan dana; dan(k) Pengisytiharan oleh Lembaga bahawa produk tersebut telah mematuhi garis

panduan Suruhanjaya.

- 113 -

Kadar Pulangan Simpanan Khas11. (1) Pulangan Simpanan Khas adalah dalam bentuk Hibah (Hadiah) yang akan dikreditkan ke akaun simpanan khas pada setiap enam bulan tahun kewangan koperasi.

(2) Kiraan Hibah ini berdasarkan baki terkumpul yang terakhir di dalam akaun simpanan khas anggota.

(3) Kadar pulangan atas baki simpanan khas ialah 2% pada setiap enam bulan.

(4) Lembaga diberi kuasa untuk menetapkan kadar pulangan ini dari semasa ke semasa.

Pelaburan12. (1) Semua sumber dana yang diperoleh dari Simpanan Khas Anggota tersebut bagi sesuatu tujuan khusus hendaklah digunakan bagi tujuan sepertimana yang disebutkan dalam prospektus tersebut.

(2) Penggunaan bagi maksud lain adalah dilarang.

Penebusan13. Penebusan atau pengeluaran bagi Simpanan Khas dibuat pada setiap tiga bulan.

Jawatankuasa audit Dalaman14. Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) hendaklah memastikan wujudnya kawalan dalaman, pengurusan risiko dan prosedur pengambilan Simpanan Khas. Disamping itu, JAD perlu memastikan infrastruktur berkenaan adalah mencukupi, dipatuhi dan berfungsi.

Penggantungan15. (1) Jika kedudukan Simpanan Khas Koperasi ini mengalami kesulitan dari segi kewangan, maka Lembaga hendaklah menggantung akan aktivitinya sehingga kesulitan kewangan itu dapat dipulihkan semula.

(2) Anggota-anggota Koperasi yang mendeposit dalam Simpanan Khas tersebut hendaklah diberitahu melalui surat pekeliling mengenai penggantungan dan pemulihan semula Simpanan Khas tersebut.

Pertikaian16. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham atas tafsiran aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya menurut Undang-undang Kesil 85 Koperasi ini.

16. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham atas tafsiran aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya menurut Undang-undang Kesil 85 (1) Koperasi ini.

Aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi ke-50 pada 4 Jun 2016.

.................................................. ................................................. (Sabtu bin Basar) (Haji Ibrahim bin Dato’ ali) Pengerusi Setiausaha

....................................................(Mohd adenan bin Marjon)

Bendahari

- 114 -

aturaN aKtIVItI PErMIS lElONG

1. tajuk dan mula berkuat kuasa

(1) Aturan ini dinamakan “Aturan Aktiviti Permis Lelong Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad.”

(2) Premis bermaksud bangunan manakala lelong bermaksud menjual premis kepada umum

(3) Aturan ini diwujudkan di bawah Undang-undang Kecil 9(3) Koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan dan dikemukakan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

2. tafsiran

Dalam aturan ini, melainkan konteksnya mengkehendaki makna yang lain –

“akta” ertinya Akta Koperasi 1993 dan pindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke semasa;

“arahan” ertinya arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia kepada Koperasi dari semasa ke semasa;

“aturan” ertinya aturan-aturan yang dibuat oleh Lembaga dari semasa ke semasa bagi melaksanakan mana-mana aktiviti yang dijalankan oleh Koperasi tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta Koperasi 1993, Peraturan, Undang-undang Kecil dan kelulusan Mesyuarat Agung;

“Garis Panduan” ertinya garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia kepada koperasi dari semasa ke semasa; “lembaga” ertinya badan pengelola Koperasi ini yang kepadanya pengurusan hal-ehwal Koperasi ini diamanahkan, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;

“Menteri” ertinya menteri yang dipertanggungkan dengan tangungjawab pembangunan koperasi, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;

“Pegawai” berhubung dengan Koperasi ertinya seorang Pengerusi, Setiausaha, Bendahari atau mana-mana anggota lain Lembaga, dan termasuklah ketua pegawai eksekutif, mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Lembaga, Peraturan atau perintah atau Undang-undang Kecil untuk memberi arahan berkenaan dengan urusan Koperasi ini, atau mana-mana pekerja, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993; “Peraturan” ertinya peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta Koperasi 1993 dan pindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke semasa;

“Bangunan” ertinya premis rumah kedai atau rumah kediaman; dan

- 115 -

“lelong” ertinya menjual premis kepada umum.

3. tujuan

Tujuan aturan ini di wujudkan adalah untuk menambah aturan bagi melaksanakan aktiviti koperasi menurut Undang-undang Kecil kepada anggota koperasi dan Pekerja Koperasi

4. Sumber Kewangan

Sumber kewangan bagi melaksanakan aktiviti ini diperoleh daripada :-

(1) Keuntungan bersih koperasi ini diluluskan oleh Mesyuarat Agung mengikut Undang-undang Kecil 64(1) Koperasi ini.

(2) Derma dan sumbangan dari pihak ketiga

5. Pentadbiran

Aktiviti ini hendaklah ditadbirkan oleh Jawatankuasa yang dilantik oleh Lembaga Yang Sentiasa diselia dan dipantau perjalananya.

6. Makluman Kepada Mesyuarat agung

Lembaga hendaklah membentangkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan, laporan-laporan mengenai aktiviti-aktiviti Koperasi serta membuat cadangan-cadangan bagi memajukannya.

7. Pertikaian

Jika berbangkit sebarang perselisihan faham tafsiran Aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya menurut Undang-undang Kecil 85 (1) Koperasi ini.

Aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi ke-49 pada 13 Jun 2015.

.................................................. ................................................. (Sabtu bin Basar) (Haji Ibrahim bin Dato’ ali) Pengerusi Setiausaha

.................................................(Mohd adenan bin Marjon)

Bendahari

- 116 -

aturaN aKtIVItI PEMBElIaN BaNGuNaN

1. tajuk dan mula berkuat kuasa

(a) Aturan ini hendaklah dinamakan Aturan Aktiviti pembelian Bangunan Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad (Selepas ini disebut “ Aturan ini”)

(b) Aturan ini diwujudkan di bawah Undang-undang Kecil 9(3) koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan dan dikemukakan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

2. tafsiran

Dalam aturan ini, melainkan konteksnya mengkehendaki makna yang lain;

“akta” ertinya Akta Koperasi 1993 dan pindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke semasa;

“arahan” ertinya arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia kepada Koperasi dari semasa ke semasa;

“aturan” ertinya aturan-aturan yang dibuat oleh Lembaga dari semasa ke semasa bagi melaksanakan mana-mana aktiviti yang dijalankan oleh Koperasi tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta Koperasi 1993, Peraturan, Undang-undang Kecil dan kelulusan mesyuarat agung;

“Garis Panduan” ertinya garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia kepada koperasi dari semasa ke semasa; “lembaga” ertinya badan pengelola Koperasi ini yang kepadanya pengurusan hal-ehwal Koperasi ini diamanahkan, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;

“Menteri” ertinya menteri yang dipertanggungkan dengan tangungjawab pembangunan koperasi, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;

“Pegawai” berhubung dengan Koperasi ertinya seorang pengerusi, setiausaha, bendahari atau mana-mana anggota lain Lembaga, dan termasuklah ketua pegawai eksekutif, mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Lembaga, Peraturan atau perintah atau Undang-undang Kecil untuk memberi arahan berkenaan dengan urusan Koperasi ini, atau mana-mana pekerja, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993; “Peraturan” ertinya peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta Koperasi 1993 dan pindaan-pindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke semasa;

“Bangunan” ertinya Premis Rumah Kedai Atau Rumah Kediaman; dan

“Pelaburan” ertinya menggunakan wang koperasi atau sumber lain bagi perolehan dan penjualan aset dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan.

- 117 -

3. tujuan

Tujuan aktiviti pelaburan diwujudkan adalah untuk meningkatkan lagi pendapatan Koperasi melalui pembelian bangunan.

4. Sumber Kewangan

Sumber kewangan bagi melaksanakan aktiviti ini diperoleh daripada :-

(1) Keuntungan bersih koperasi ini diluluskan oleh Mesyuarat Agung mengikut Undang-undang Kecil 70(1) Koperasi ini.

5. Pentadbiran

Aktiviti ini hendaklah dilaksanakan oleh Lembaga atau sebuah Jawatankuasa yang dilantik olehnya dibawah Undang-undang Kecil 48(1)(U),(V) dan (2) koperasi ini. Lembaga bertangungjawab untuk:

(1) Memantau dan mengurus pembelian bangunan serta mendapat pembiayaan pembelian bangunan.

(2) Melaksanakan segala aktiviti tersebut mengikut undang-undang yang berkenaan.

(3) Kelulusan dan jumlah peruntukan memuat sebarang pelaburan bagi suatu tempoh hendaklah diputuskan oleh Lembaga dan kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

(4) Lembaga hendaklah melantik Jawatankuasa yang membuat kajian dan mengesyorkan cadangan kepada Lembaga untuk diluluskan.

(5) Laporan aktiviti pelaburan hendaklah dibentangkan dalam Penyata Kewangan Tahunan Koperasi

6. Pertikaian

Jika berbangkit sebarang perselisihan faham tafsiran Aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya menurut Undang-Undang Kecil 85 (1) Koperasi ini.

Aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi ke-49 pada 13 Jun 2015.

.................................................. ................................................. (Sabtu bin Basar) (Haji Ibrahim bin Dato’ ali) Pengerusi Setiausaha

.................................................(Mohd adenan bin Marjon)

Bendahari

- 118 -

aturaN aKtIVItI PErKHIDMataN SEWaaN ruMaH KEDIaMaN

1. tajuk dan mula berkuat kuasa

(a) Aturan ini dinamakan Perkhidmatan Sewaan Rumah Kediaman Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad.

(b) Aturan ini diwujudkan di bawah Undang-undang Kecil 9(3) koperasi ini dan dikemukakan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

2. tafsiran

Dalam aturan ini, melainkan konteksnya mengkehendaki makna yang lain;

“rumah Kediaman” ertinya sebuah bangunan yang digunakan untuk didiami.

“Penyewa” ertinya seseorang yang menduduki sebuah rumah kediaman dengan dikenakan sejumlah bayaran

“Bayaran Sewaan” ertinya sesuatu kadar bayaran yang dikenakan mengikut persetujuan yang telah ditetapkan oleh mesyuarat Lembaga kepada penyewa.

“Peruntukan” ertinya sejumlah peruntukan yang diwujudkan daripada pendapatan bersih Koperasi bagi membolehkan Koperasi mengadakan aktiviti Perkhidmatan Sewaan Rumah Kediaman kepada anggota-anggota Koperasi dan orang awam: dan “Pekerja” ertinya Pekerja Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad atau orang yang dilantik oleh Koperasi menjalankan kerja penyelenggaraan dan pembersihan.

3. tujuan aturan

(1) Tujuan aktiviti Perkhidmatan Sewaan Rumah Kediaman diwujudkan adalah untuk memberi garis panduan kepada Lembaga Koperasi dalam melaksanakan aktiviti ini.

(2) Untuk meningkatkan serta menjana pendapatan Koperasi dan seterusnya memberi manfaat kepada anggota serta orang awam

4. Sumber Kewangan

Sumber kewangan bagi melaksanakan aktiviti ini diperoleh daripada :-

(1) Peruntukan daripada keuntungan bersih koperasi

5. Pentadbiran

Aktiviti Perkhidmatan Sewaan Rumah Kediaman hendaklah dilaksanakan oleh Lembaga atau sebuah Jawatankuasa yang dilantik olehnya dibawah Undang-undang Kecil 48(1)(U),(V) dan (2) koperasi ini. Lembaga bertangungjawab untuk:

- 119 -

(1) Memantau dan menguruskan perkhidmatan sewaan rumah kediaman serta kerja-kerja penyelenggaraan oleh pekerja atau orang yang dilantik oleh koperasi, agar dapat dilaksanakan dengan lancar serta berkesan.

(2) Mengadakan Surat Akuan/Perjanjian Sewaan kepada penyewa.

(3) Dari segi kemudahan asas, persekitaran, kebersihan serta keselamatan hendaklah dititik beratkan bagi menjaga serta menjamin kesejahteraan penyewa.

(4) Kadar bayaran sewaan yang ditawarkan adalah mengikut jumlah hari/minggu/bulan /tahun tempahan sebagimana yang diluluskan oleh Lembaga Koperasi.

6. Pertikaian

Jika berbangkit sebarang perselisihan faham tafsiran Aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya menurut Undang-Undang Kecil 85 (1) Koperasi ini.

Aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi ke-49 pada 13 Jun 2015.

.................................................. ................................................. (Sabtu bin Basar) (Haji Ibrahim bin Dato’ ali) Pengerusi Setiausaha

.................................................(Mohd adenan bin Marjon)

Bendahari